ads

Khamis, 15 September 2011

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Berbuka dengan Ibu Tunggal Muda Zon Tengah, Hulu Selangor <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2011 04:23 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Berbuka dengan Ibu Tunggal Muda Zon Tengah, Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu. by Dato' Mohamed Idris Abu Bakar · Image. Sent from my iPhone. Tweet. Posted from Kuala Kubu Bahru, Malaysia. Posted from. Kuala Kubu Bahru ...

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Lelaki ditahan kes bakar kereta : N9 Kini

Posted: 12 Sep 2011 04:53 PM PDT

KLANG: 13 September – Seorang lelaki berumur 32 tahun ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan jalan raya membabitkan dirinya, bagi membantu siasatan berhubung kes membakar dua kenderaan di Bukit Raja, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, seorang lelaki membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang diletakkan di Lorong Makyong, Taman Bukit Raja sebelum melarikan diri.

Katanya, ketika cuba melarikan diri, dia dikatakan secara tidak sengaja menyebabkan pelapik kaki dalam keretanya terbakar.

"Akibat panik, lelaki itu membuang pelapik kaki melalui cermin bahagian hadapan sebelah penumpang dan mengenai sebuah Proton Gen 2 hingga menyebabkan kereta itu turut terbakar.

"Lelaki itu kemudian gagal mengawal kereta yang dipandunya menyebabkan dia terbabas di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan perumahan itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berikutan kemalangan itu, lelaki berkenaan ke Balai Polis Bukit Raja untuk membuat laporan tanpa menjangka dia akan diminta pegawai penyiasat ke tempat kejadian yang mahu menyiasat punca kemalangan.
Mohamad Shukor berkata, tindakan lelaki itu membuat laporan polis `memakan diri' kerana seorang saksi mengesyaki lelaki sama yang dipercayai terbabit dalam kes membakar dua kenderaan di kawasan perumahan itu.

"Suspek yang menyertai lawatan anggota polis ke lokasi kemalangan terus ditahan sebaik polis menerima maklumat daripada saksi berkenaan yang kebetulan berada di lokasi itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat latar belakang suspek, bahan yang digunakan suspek untuk membakar kereta terbabit, selain motif ia dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan api.

- berita harian

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


PUSAT KURSUS PERKAHWINAN JOMKAHWIN.MY <b>DI CHERAS</b>: JOM BOOKING <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 06:06 PM PDT

PERHATIAN PASTIKAN ANDA HANYA MEMBUAT TEMPAHAN SETELAH ANDA BENAR-BENAR COMFIRM DAPAT HADIR PADA HARI TERSEBUT, DAN SEKIRANYA ANDA GAGAL HADIR PADA HARI TERSEBUT IANYA AKAN MENYEBABKAN KERUGIAN KEPADA PIHAK PENGANJUR KERANA TELAH MENUTUP TEMPAHAN BAGI PESERTA LAIN DAN KERUGIAN TEMPAHAN MAKAN MINUN FAIL DAN DLL
TARIKH KURSUS PERKAHWINAN BAGI SEPTEMBER - OKTOBER 2011 

Tarikh : 10-11 September 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 17-18 September 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 24-25 September 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 1-2 Oktober 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 8-9 Oktober 2011(Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 15-16 Oktober 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)
 Tarikh : 22-23 Oktober 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 29-30 Oktober 2011 (Di Buka Untuk Tempahan)



JOM BUAT TEMPAHAN ANDA SEKARANG …

Untuk Booking Secara berkumpulan anda boleh emailkan ke kursuskahwin@ymail.com
ikut contoh format seperti dibawah :

BIl., Nama Penuh, No. IC, No. HP, Tarikh,  No.Tel dan Pusat Kursus Cheras
1.
2.
3.
.
10.

dan emailkan ke:    kursuskahwin@ymail.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


UNTUK BOOKING SMS

SMS : CHERAS, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS
kursus diadakan setiap sabtu dan ahad sahaja.

Contoh : CHERAS, ANUAR SUBIR ALI / AYU NURAINI ABDULLAH, 1-2/10/11

HANTAR KE : 012-294 3040 / 012-634 6533

Atau hubungi talian hotline kami di : 03-4260 4329 / 03-4253 3864


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pusat Kursus Perkahwinan JomKahwin.MY
46-1, Jalan Alam Damai 1, 
Damai 23, Alam Damai, Cheras, 
56000 Kuala Lumpur
(Berhampiran Plaza Phoenix @ Giant Taman Connaught)


Peta Lokasi





WAKTU KURSUS 

SABTU : 2 Petang - 6 Petang
AHAD : 9 PAGI - 6 Petang




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Day 1
Saturday
2.00pm:Pendaftaran
2.30pm:Akhlak Dalam Islam
3.30pm:Akidah Dalam Islam
4.30pm:TEA BREAK & ASAR PRAYER
4.45pm:Ibadah Dalam Islam
5.45pm:Hubungan Dalam Keluarga
6.45pm:END OF DAY 1
Day 2Sunday
9.00am:Perkahwinan Dalam Islam & Prosedur Perkahwinan
10.00am:Perkahwinan Dalam Islam & Prosedur Perkahwinan
11.00am:MORNING BREAK
11.15am:Komunikasi Suami & Isteri
12.15pm:Pengurusan Kesihatan
1.15pm:LUNCH BREAK & ZOHOR PRAYER
2.00pm:Pengurusan Kewangan dan Masa
3.00pm:Pembubaran Perkahwinan
4.00pm:Pengurusan Stress dan Konflik
5.00pm:TEA BREAK & ASAR PRAYER
5.15pm:Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
6.15pm:END OF COURSE
12 Credit Hours

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNTUK BOOKING SMS

SMS : CHERAS, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS
kursus diadakan setiap sabtu dan ahad sahaja.

Contoh : CHERAS, ANUAR SUBIR ALI / AYU NURAINI ABDULLAH, 1-2/10/11

HANTAR KE : 012-294 3040 / 012-634 6533

Atau hubungi talian hotline kami di : 03-4260 4329 / 03-4253 3864

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai tanda terima kasih kami kepada anda, Kami memberi anda hadiah perkahwinan
berupa Voucher Diskaun Kecantikan Dr.Azimuth Bioherba khas buat anda!!!

ANTARA VOUCHER HADIAH PERKAHWINAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA PSERTA IALAH :-
1- RAWATAN WAJAH VITAMIN C (2 JAM)Dr.Azimuth Bioherbal - VOUCHER Diskaun BERNILAI RM128
2- RAWATAN RAMBUT / SPA RAMBUT Dr.Azimuth Bioherbal- Voucher Diskaun bernilai RM100.00
3- Terapi pelangsingan Dr. Azimuth Bioherbal (wanita shj) - Voucher Diskaun bernilai RM200
4- Rawatan Wajah Soft laser = Voucher bernilai RM128
Sila dapatkan Voucher2 ini di kaunter pendaftaran!!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------






-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UNTUK BOOKING SMS

SMS : CHERAS, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS
kursus diadakan setiap sabtu dan ahad sahaja.

Contoh : 

CHERAS, ANUAR SUBIR ALI / AYU NURAINI ABDULLAH, 1-2/10/11

HANTAR KE

 : 012-294 3040 / 012-634 6533

Atau hubungi talian hotline kami di : 03-4260 4329 / 03-4253 3864



12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Selangor</b> (MDKS) - Sep <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 10:55 AM PDT

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
2. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
3. Juruteknik Bangunan Gred J17
4. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
5. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mdks.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=19501&folderId=266848&name=DLFE-6104.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdks.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f3e29a9f-2fef-4e29-83df-c66094a8d4fa&groupId=19545

Tarikh Tutup : 15 September 2011

PAS <b>Kuala Selangor</b> kini <b>di</b> Twitter

Posted: 08 Sep 2011 02:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tajuk "Pakar matematik syor turunkan harga minyak" rasanya lebih sesuai berbanding... PAS ikrar pertahankan Kuala Selangor, rampas Jeram. Para peserta berikrar sebelum konvensen berakhir. Lagi gambar di sini. 21 November 2010 : Ahli ...

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


pengalaman aku <b>di</b> klinik kesihatan <b>salak tinggi</b>. - SaFiyYaH oSmAn

Posted: 05 Sep 2011 10:28 PM PDT

alaikum.. hye peeps.

Aku dah berjaya buat buku pink..gilos betul..punya ramai orang.kalau banyak duit dah p private dah.

Pukul9.45pagi dah terpacak siap dah.tapi sebelum tue aku breakfast dulu dengan husband.husband teman sampai la benda alah tue selesai..

aku breakfast dekat satu kedai nie,sebelah dengan klinik kesihatan tue..aku makan nasi lemak satu cup kecik,ayam seketui,sambal kosong,timun 5potong,telur rebus dua potong.husband pulak makn  nasi lemak satu cup kecik,telur mata 1 sambal kosong ..minum teh o panas dengan milo ais..total RM 10..bapak mahal.T_________________T

lepas dah licin makan..terus p klinik untuk pendaftaran..masa nak daftar tue..dengar sorang nurse tua nie cakap "tanya dulu nak tunggu ke tidak..sebab orang ramai..." lebih kurang macam tue la ayat...aku tak dengar sangat..husband ja yang dengar clear...tapi nada nurse tue memang macam minta kaki..hello makcik..awal pagi xakan dah bad mood..HAHAHA..tapi manusia memang raaaaaaaaammmmmmmmaaaaaiiiiiiiiiii...

aku punya turn untuk buat card 8013...untuk orang yang baru nak buat buku tue memang nombor start dari 8000...

tunggu punya tunggu..start tunggu 9.45pagi...sejam lepas tue baru nurse panggil...suruh timbang dengan ambil tekanan darah...lepas tue..tunggu lagi setengah jam...ada sesi temubual pulak...tanya ada penyakit ka dak...lepas 15minit dok sembang dengan nurse tue...kena p makmal no.17 pulak ambil darah..10ml kot...gila ketaq!tapi muka haruslah cool..hahaha..

lepas ambil darah,terus kena ke makmal ujian bagi sample darah tue..time nie nurse dia lelaki...dia bagi aku bekas kecik suruh kencing dalam tue....dan letak dekat tepi toilet..sebab tepi tue ada makmal nak test air kencing kita..

part dekat toilet,memang nauzubillah!!!!!!!!!!stock toilet 7tahun xcuci...gila betoi..aku masuk stock dah keluar bunyi uwekuwek..kencing cepat -cepat ,basuh tangan lepas tue pergi balik kaunter bagitau dah buat test darah semua.

lepas tue tunggu lagi setengah jam,tunggu punya tunggu sekali nombor giliran aku sampai dan kena masuk bilik no.3.masuk duduk tepi nurse yang umur dalam lingkungan 45++...baik ja nurse nie..cakap lembut...dia ajar aku cara nak urut urut tetek...cara nak bersihkan..lepas tue dia ada urut perut aku.

nasihat dia :: jangan minum teh,kopi,nescafe...sebab xbagus untuk ibu mengandung..sebab boleh buat darah merah jadi sikit.

lepas tue keluar dari bilik tunggu pulak dekat sejam lebih!MENCABAR KEIMANAN!tunggu pulak sebab nak jumpa doktor.

last dekat pukul1 lebih juga baru dapat jumpa doktor.scan baby segala..

doktor kerajaan xfriendly gila...diam ja...xbest...

sekarang,dah lega...dah dapat tengok baby^____________^

tapi aku nak p scan private juga...doktor kerajaan nie diam ja xkata apa pasal baby...sehat ka..ok ka pekembangan baby....nie dia xcakap apa...aku pun jadi blur tengok da diam...

kalau ada duit lebih,sila lah ke private.^________________________^

bye.

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Rawatan Bekam <b>Di</b> Klang Dan <b>Port Klang</b> | Iklan Percuma – Promosi <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 11:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rawatan Bekam Di Klang Dan Port Klang. Asslamu'alaikum & Salam Sejahtera….. Kami menawarkan rawatan Bekam Sunnah (Darah) & Bekam Angin secara moden hasil gabungan perubatan islam. "Untuk lelaki dan wanita ...

<b>Port Klang</b> cargo traffic to rise to double-digit this year - Greater <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 03:49 PM PDT

 
Cathay-Dragonair see Aug airfreight dip 11.8pc
HONG KONG, Sep 16 (GCTL) - Cathay Pacific Airways and Dragonair jointly announced that they experienced continued weakness in the airfreight sector and handled 131,448 tonnes of cargo and mail in August, an 11.8 percent decrease compared to the same month last year, while the cargo and mail load factor was down 7.8 percentage points to 64.9 percent.

full story...

 
Aviation Greater China
More...
 
Maritime Greater China
More...
 
Express, Mail, Logistics, Rail Gtr. China
More...
 
Asia Pacific News
More...
 
India, Pakistan, Middle East, Africa
More...
 
Govts, Rules, Trade, Metals Gtr. China
More...
 
Business & Financial News
More...
 
USA, EU, Elsewhere
More...
 
 

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Pemuda UMNO Hulu Selangor: Moreh Ramadhan <b>di</b> Masjid Ulu <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 05:35 AM PDT






Batang Kali 5 /8/11 - Program Moreh Ramadhan anjuran Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor bermula di masjid Ulu Rening Batang Kali yang di kendalikan oleh Pengerusi Gugusan Pemuda Sdr Raikino.Prgram yang akan dilaksanakan di setiap gugusan bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat masjid terutamanya golongan muda bersama-bersama bersembahyang terawih dan menjamu juadah yang disediakan.Hadir bersama Ketua Pemuda Bahagian Yg Bhg Mahmud Karim .

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Aksi <b>di Jeram</b> Panjang!!! | Apo2 Yolah

Posted: 14 Sep 2011 04:50 PM PDT

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Jumaat ni kan Hari Malaysia. Makanya atok mengambil kesempatan ni untuk bercekerama. Astaghfirullah. Silap! Silap! Atok mengambil kesempatan ini untuk melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah wokey. Jumaat pagi atok dah plan nak buat sesi photoshoot untuk baju pengantin. Pada mulanya atok willing untuk menjadi model pengantin lelaki, tetapi memandangkan atok sedar yang muka atok ada iras abang bawak lori trelar, so atok cancel kan je lah. Lagipun atok tak cukup inci.
Atok tak sesabau nak shoot kat jeram panjang tu. Dulu tempat tu menjadi pusat rekreasi yang popular maso jaman atok kanak-kanak dulu. Tempat atok mandi bogel dolu-dolu. Opss. Tapi sekarang dah lobih 15 tahun atok tak ke sana kot. Ko rasa jeram tu dah bina Disney Wonderland tak hagak-hagak?
Sebenarnya ini merupakan pengalaman atok yang pertama tau sebagai potrait photographer (modelling). Sebelum ni atok more to landscape photographer (nature). Nasib baik atok dibantu oleh Lensa Kami Photography tu. Depa memang huslor untuk potrait photographer. So, hasil gabungan kami mesti melatop nyah. Modelling at nature beauty! Pakaian pengantin di taja sepenuhnya oleh Butik Pengantin True Lurve Palong N9. Atok penah pergi butik ni. Macam-macam baju ado. Santek-santek. Mostly import dari Bandung mareey. Kalo ko nak kawen, ko usha butik ni. Memang murah!
Dan terimo kasih gak pado kawan satu kelas atok dolu, Ana Mohd Shukor kerana meminjamkan modelnya Siti Hajartul Munirah Salleh untuk sesi fotoshoot kali ni. . Ana ni ada perniagaan sendiri tau. Dio sebagai event manager. Ko kasi je apa2 event kat dia, insyaAllah dio bulih handle. Model kita kali ni nak acik salleh ok. Bukan mat salleh. Hihi. Atok harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Nanti senang-senang atok akan post gambar tu suma kat fb eh. Atau kek blog pun bulley. Ok, den nak tido dulu.Mato den dah bongkak..Papaiiii 

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Polis Tembak Mati Suspek Kes Samun <b>Di Sungai Buloh</b>

Posted: 20 Aug 2011 10:21 PM PDT

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati seorang suspek kejadian samun di sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan selepas melarikan diri ke Damansara Damai.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi apabila dua lelaki rakyat tempatan berumur 20-an dan 30-an bersenjatakan pistol itu memasuki premis berkenaan untuk menyamun.

"Kebetulan pada masa itu, dua anggota polis sedang melakukan operasi di kafe siber berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tun Hisan berkata, suspek berusia 20-an itu terkena tembakan dalam kejadian berbalas tembakan.

Tun Hisan berkata, rakan suspek yang mengalami kecederaan sempat melarikan diri menaiki kereta jenis Citra berwarna hitam yang dipandu seorang rakan mereka.

"Polis mengejar kereta itu hingga Damansara Damai. Suspek kedua berjaya ditahan, manakala lelaki yang memandu kereta itu berjaya melarikan diri. Polis sedang mengesan kereta itu," katanya.

Beliau enggan mengulas bagaimana dan di mana suspek terbabit ditinggalkan di kawasan Damansara Damai.

Tun Hisan berkata, suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala dua anggota polis yang membuat operasi di kafe siber berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya, sambil menambah kafe siber itu sudah lima kali diserbu pihak berkuasa sebelum ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Jalan Kajang-<b>Beranang</b> dilebar

Posted: 13 Sep 2011 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jalan Kajang-Beranang serta beberapa jalan di laluan itu akan dilebarkan di dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kesesakan yang semakin teruk di sepanjang laluan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz (gambar) berkata, projek pelebaran jalan tersebut dijangka dapat dimulakan dalam waktu terdekat ini setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) menghantar kertas kerja mengenai projek itu ke Jabatan Perdana Menteri.

"Sekarang ini kita hanya menunggu kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya untuk meneruskan projek ini yang disifatkan sebagai antara yang perlu disegerakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Johan berkata, jalan Kajang – Beranang kini mengalami masalah kesesakan yang teruk sejak beberapa tahun lalu berikutan kepesatan pesat kawasan itu terutama pertumbuhan mendadak kawasan-kawasan perumahan baru serta kawasan komersial.

"Kesesakan sangat ketara terutama pada waktu puncak pada waktu pagi dan petang ketika penduduk pergi dan pulang dari tempat kerja serta pelajar menuju ke sekolah," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menyiapkan fasa pertama projek pelebaran jalan itu bermula dari persimpangan Lebuh raya Kajang Seremban (Lekas) sehingga ke Taman Paling Jaya di Semenyih.

Projek itu ternyata telah membawa perubahan besar di kawasan itu yang kini tidak lagi berdepan masalah kesesakan tetapi masih tidak menyelesaikan sebahagian besar masalah kesesakan di Semenyih sehingga ke pekan Beranang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Jejak Usahawan/Melayu Maju: kerepek <b>tanjung sepat</b>

Posted: 26 Aug 2011 02:49 PM PDT


Kerepek Tanjung Sepat ke Australia

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar SAIFUL BAHARI ASAHARI

KETIKA pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) sibuk membuat kuih dan kerepek bagi memenuhi permintaan menjelang perayaan, lain pula dengan Siti Noraini Markom, 50.

Dia yang dikunjungi rombongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di premisnya di Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor, bersama-sama suaminya, Mohd. Noor Sukimi sibuk memunggah produk IKS keluaran syarikat mereka untuk dihantar ke Australia.

Mengapa sampai ke Australia? Kenapa tidak di pasaran tempatan?

"Sekarang banyak sangat usahawan IKS yang membuat kerepek dan pasaran di sini tidak terlalu besar.

"Jadi apa salahnya saya mencuba rezeki di Australia. Saya merancang untuk memasarkan produk saya ke Filipina selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Bekas kerani pejabat swasta di pekan Banting itu memulakan usahanya dengan menjual biskut bangkit kelapa resipi arwah ibunya.

"Sememangnya kuih bangkit buatan ibu memang sedap sehingga saya mengambil keputusan membuat dan menjualnya semasa musim perayaan," katanya.

Ketika itu, dia membeli ketuhar bagi menghasilkan biskut bangkit kelapa sebelum membeli dapur gas yang kecil.

Bagaimanapun Siti Noraini terfikir sampai bila dia akan berniaga secara bermusim.

Justeru, dia mula menjual kuih bangkit kelapa dan menjualnya dengan berbasikal sekitar kampung, kantin sekolah dan kedai runcit.

Perniagaan itu terus berkembang dan kesibukan menguruskan perniagaan berseorangan memaksanya menggaji dua orang pembantu dan membuat jadual penghantaran apabila 300 buah kedai runcit mula menerima kuih bangkit kelapa buatannya.

Walaupun masih bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Banting, Siti Noraini tidak melepaskan peluang menghadiri kursus keusahawanan anjuran pelbagai jabatan kerajaan.

Beliau mahu mendalami aspek perniagaan dan keusahawan termasuk pemasaran dan perhubungan dengan pelanggan sebelum pergi lebih jauh.

Setelah enam tahun bekerja dan perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, Siti Noraini mengambil keputusan nekad meletakkan jawatan.

"Ketika itu saya mengembangkan perniagaan dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kerepek serta menjual produk usahawan lain," katanya.

Berkat kegigihan dan kesungguhan membangunkan perniagaannya, dia sudah mula melihat bibit kejayaan.

Sejak penglibatannya dalam IKS, Siti Noraini menerima pelbagai anugerah seperti Peladang Jaya, Tokoh Usahawan Wanita Selangor dan Belia Jaya.

Malah, usahanya menarik minat pelbagai agensi kerajaan yang tampil memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk selain khidmat nasihat.

Sentiasa mengingati arwah ibunya dalam kejayaan yang dikecapi, Siti Noraini yakin segala kejayaan berkat doa ibunya.

Dalam pada itu Siti Noraini sentiasa menanamkan pelbagai impian seperti kerepek di dalam kanister ketika usianya 35 tahun.

"Alhamdulillah saya mencapai sasaran yang saya tetapkan sendiri," katanya.

Permintaan kerepek ubi, pisang tanduk dan keledek yang semakin menggalakkan menyebabkan Siti Noraini memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak.

Malah pada masa yang sama, seorang usahawan dari Australia berminat untuk memasarkan kerepeknya ke Australia dan New Zealand.

Selain negara berkenaan Siti Noraini juga telah berjaya menghantar produknya ke Hong Kong, Jakarta dan Singapura.

Selepas musim perayaan, Siti Noraini akan menerbangkan kerepeknya ke Filipina yang mempunyai pasaran yang lebih besar.

"Masalahnya bagi pasaran luar negara, kami perlu memastikan kualiti dan kapasiti produk yang konsisten setiap kali penghantaran.

"Misalnya bagi ke Australia saja saya perlu menghantar kerepek ubi bagi memenuhi hampir satu kontena sepanjang 20 kaki," katanya.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah terutama dari luar negara, Siti Noraini perlu berubah daripada peralatan menggoreng manual ke separa automatik.

"Ini bagi mempercepatkan lagi proses penghasilan produk tetapi saya tidak boleh berkompromi dengan kualiti produk yang saya hasilkan," katanya.

Selain menerima tempahan, Siti Noraini juga membawa produknya ke ekspo-ekspo seluruh negara dan antarabangsa anjuran agensi kerajaan.

Buat masa ini produk IKS Siti Noraini dengan jenama Ani Biskut boleh didapati di K-Shoppe Bukit Kapar dan Jalan Istana Lama, Kampung Jawa, Kelang.

Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk IKS Siti Noraini boleh menghubungi beliau di 019-373 4735 atau 03-3148 1088 atau emel: ani_biskut@yahoo.com
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


REZQEEN HILL: Aktiviti <b>Di</b> Sungai <b>Klang</b>

Posted: 14 Sep 2011 12:33 AM PDT


Hah tadi tengah baik punya menikmati pemandangan lepas hujan Kg. Baru, Kuala Lumpur daripada Megan Avenue II, tiba² saya ternampak berlaku aktiviti di Sg. Klang.
Sudah beberapa hari saya perasan akan aktiviti ini. Tetapi hari ni kelihatan mcm mencurigakan. Nampak lebih meriah. Macam ada welding je, potong² besi di situ.
Adakah kerja² yg dilakukan ini mendapat kebenaran dan arahan daripada DBKL ataupun AKLEH?
Jika ya, mana pula uniform pekerja ataupun uniform keselamatan. Pasal apa saya kata keselamatan, pasal apabila hujan lebat. Air sungai ini akan naik secara mendadak. Rumput² tu mmg takkan kelihatan. Mmg takkan selamat kalo berada kat bwh jambatan sekalipun.
Tak pecaya, pi duduk tgk time hujan. So ni berbalik pada soklan td.
Adakah pihak berkuasa perasan akan aktiviti ni? POLIS nampak? DBKL nampak tak? AKLEH tahu tak?
Mana lah tau, dorang ni tgh potong dan curi besi bawah jambatan AKLEH ker, kang roboh pulak highway tu kan hehe.
So ada tak mana² pihak boleh beri penjelasan?
Bukan syak tapi prihatin dgn sekeliling. Kang roboh highway tu, sibuk mencari teka teki sebab musabab terjadi hehe.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


<b>Sunway</b> Integrated Properties

Posted: 15 Sep 2011 01:41 AM PDT

Sunway Integrated Properties is a premier property company focusing on quality real estate development and investing in properties with attractive yields that augment its township development to generate excellent returns. We are seeking suitably qualified, dynamic and self-driven candidates who can effectively contribute to the advancement of our tradition of excellence to join our dynamic team.

Accountant
(Selangor - Bandar Sunway)

Responsibilities:

  • Prepare monthly cash flow forecast and monitor cash flow position of the companies
  • Review monthly management accounts
  • Manage and review audited accounts of the companies
  • Ensure timely and accurate tax computation/ estimate done by external tax agent and respective accounts staff
  • Performing ad-hoc analysis (eg: Cost & benefit analysis) as and when required
  • Prepare Business Plan and projection for the companies

Requirements:

  • Candidate must possess a Degree in Accounting/professional qualification recognized by MIA
  • At least 4 year(s) of working experience in the related field is preferred for this position but not a pre-requisite.
  • Audit experience and knowledge of JDE accounting system are an added advantage
  • Good interpersonal skills and ability to work under pressure

Interested candidates are encouraged to apply online.



Sunway Integrated Properties
Level 14, Menara SungeiWay, Jalan Lagoon Timur, Bandar Sunway Petaling Jaya 46150.
Website: http://www.sunway.com.my

Sunway Integrated Properties (921551-D)

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


Gembirakan Masyarakat Menjelang Hari Raya « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 23 Aug 2011 04:06 PM PDT

Tanjong Karang, 24 Ogo    : Prihatin dengan nasib rakyat yang kurang bernasib baik dan tidak sihat dan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pasukan beruniform menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong hari ini telah mengadakan lawatan dan penyampaian sumbangan di Hospital Tanjong Karang, Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan Tanjong Karang serta Balai Polis dan Bomba.

Kami sangat bersimpati dengan nasib mereka, ketika Umat Islam sedang bergembira dalam menyambut Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, tetapi mereka terpaksa tinggal di hospital untuk menerima rawatan, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman.

Sebanyak lebih 300 hamper telah disediakan untuk diserahkan kepada pesakit dan anggota beruniform, semoga dengan adanya sedikit sumbangan tersebut akan dapat meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mereka dan dapat menggembirakan mereka menjelang hari lebaran, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Sementara itu, YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Jasa dan pengorbanan anggota beruniform seperti jururawat, pasukan bomba dan polis, termasuk juga Doktor yang telah banyak berkorban demi keselesaan dan keselamatan rakyat adalah sangat-sangat dihargai terutamanya di hari lebaran ini.

Kita memahami perasaan mereka, yang terpaksa mengorbankan waktu cutinya dihari lebaran demi untuk rakyat, oleh sebab itu, kami juga turut melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka, tanpa pengorbanan daripada mereka, masyarakat akan menghadapai kesukaran, katanya sewaktu menyerahkan hamper Klinik Pergigian Sungai Kajang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Dewan  Pemuda dan Muslimat (DPP & DMP) Kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Haji Mohd Maskuri Mardzuki dan Pengerusi JKKK Sungai Terap, Haji Miskon Misani dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Dewan Pemuda (DPP) dan Muslimat (DMP) Kawasan.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved