Khamis, 15 September 2011

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Lelaki ditahan kes bakar kereta : N9 Kini

Posted: 12 Sep 2011 04:53 PM PDT

KLANG: 13 September – Seorang lelaki berumur 32 tahun ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan jalan raya membabitkan dirinya, bagi membantu siasatan berhubung kes membakar dua kenderaan di Bukit Raja, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, seorang lelaki membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang diletakkan di Lorong Makyong, Taman Bukit Raja sebelum melarikan diri.

Katanya, ketika cuba melarikan diri, dia dikatakan secara tidak sengaja menyebabkan pelapik kaki dalam keretanya terbakar.

"Akibat panik, lelaki itu membuang pelapik kaki melalui cermin bahagian hadapan sebelah penumpang dan mengenai sebuah Proton Gen 2 hingga menyebabkan kereta itu turut terbakar.

"Lelaki itu kemudian gagal mengawal kereta yang dipandunya menyebabkan dia terbabas di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan perumahan itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berikutan kemalangan itu, lelaki berkenaan ke Balai Polis Bukit Raja untuk membuat laporan tanpa menjangka dia akan diminta pegawai penyiasat ke tempat kejadian yang mahu menyiasat punca kemalangan.
Mohamad Shukor berkata, tindakan lelaki itu membuat laporan polis `memakan diri' kerana seorang saksi mengesyaki lelaki sama yang dipercayai terbabit dalam kes membakar dua kenderaan di kawasan perumahan itu.

"Suspek yang menyertai lawatan anggota polis ke lokasi kemalangan terus ditahan sebaik polis menerima maklumat daripada saksi berkenaan yang kebetulan berada di lokasi itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat latar belakang suspek, bahan yang digunakan suspek untuk membakar kereta terbabit, selain motif ia dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan api.

- berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads