ads

Isnin, 23 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gara-gara DAP takbur, BN menang S'gor « Helen Ang

Posted: 24 Feb 2012 09:05 AM PST

Februari 25, 2012 at 1:05 am

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN. Pada PRU12, Pakatan menang 36 kerusi dan BN 20.

Untuk memperolehi majoriti mudah di Selangor, sesebuah gagasan itu sama ada Pakatan atau BN memerlukan 29 kerusi.

Bandingkan juga keputusan DUN Kelantan PRU11 (tahun 2004) di mana PAS menang 24 kerusi, BN 21. Jikalau waktu itu dua orang sahaja Adun PAS melompat, parti Islam tersebut akan tinggal 22 kerusi dan BN 23!

Pada tahun 2008, Adun-Adun Selangor ada yang menang dengan hanya majoriti tipis.

Contohnya DUN Teluk Datuk di mana Phillip Tan (DAP) mendapat 7,584 undi dan lawannya Ei Kim Hock (MCA) 6,886 undi. Calon DAP itu menang dengan kelebihan 698 undi sahaja. Namun undi rosak ialah 493.

Yang keluar mengundi di Teluk Datuk ialah 82.2 peratus daripada pemilih berdaftar. Pecahan pemilih mengikut kaum ialah Melayu: 33.2%, Cina: 44.6%, India: 22.0%, Lain-lain: 0.2%.

Teluk Datuk adalah di antara 10  kerusi — yang lainnya Bukit Melawati, Cempaka, Sekinchan, Damansara, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Kota Anggerik, Lembah Jaya dan Selat Klang — yang mana Pakatan menang dengan majoriti kurang 10 peratus.

Tidak mustahil BN dapat merampas semula kerusi-kerusi goyah di Selangor jika boleh dipertingkatkan prestasi mereka. Untuk MCA tawan balik Teluk Datuk, misal kata, calon parti tersebut harus mengaut sekerat sahaja undi tambahan kaum Melayu atau India. 'Swing'/ayunan kecil ini sebenarnya bisa diusahakan.

Para pemilih India telah pun mengisyaratkan rasa tawar hati mereka terhadap pembangkang. Antara punca Pakatan kalah pilihanraya-pilihanraya kecil Hulu Selangor, Bagan Pinang, Tenang dan Merlimau ialah faktor sokongan India kembali kepada BN. Atau pemilih India sengaja tidak keluar undi.

Kalau kaum India sudah celik mata, bagaimana pula dengan kaum Melayu, khususnya yang duduk di luar bandar dan pedalaman? Biar kita tinjau sikap kerajaan Selangor dan menilai sama ada pentadbiran Khalid Ibrahim mesra rakyat.

Mengikut banci tahun 2010, Selangor mencatatkan sejumlah 5,462,141 penduduk. Daripada angka itu, Bumiputera dikira sebanyak 57.1%, Cina 28.6%, India 13.5% dan lain-lain 0.8%.

Orang Cina Selangor pada hakikatnya kurang 30 peratus tetapi tampak angkuh serta rakus membolot kuasa dan pengaruh.

Cuba kita tengok perangai puak Hosanna di Selangor Times yang semua wartawannya Cina.

Analisa 'Selangor Times'

Dalam posting yang lepas, saya mengatakan Selangor Times sedang giat mempromosi personality cult pemimpin-pemimpin DAP kesayangan mereka.

Di bawah ialah peta negeri Selangor mengikut sempadan DUN. Daerah Subang Jaya ditandakan dalam petak merah.

Saya telah mendedahkan bahawa setiap edisi Selangor Times pasti akan mempamerkan gambar Adun Subang Jaya DAP iaitu Hannah Yeoh.

Pada muka depan Selangor Times jilid 60 bertarikh Feb 10 terpampang gambar besar Hannah. Dalam jilid 61 bertarikh Feb 17, cerita utama di muka depan pun berulang kali menyebut nama Hannah — "Yeoh is influential and she knows how important this issue is".

Selangor Times edisi minggu ini

Edisi terkini Selangor Times, iaitu jilid 62 bertarikh Feb 24, mengandungi 24 halaman termasuk 5 halaman iklan mukasurat penuh dan 2 halaman iklan separuh mukasurat. Ini bermakna halaman bercetak ialah (24-6=) 18 helai.

Daripada 18 halaman berita ini, sejumlah tiga rencana membawa 'dateline' (yakni tempat cerita dilaporkan) Subang Jaya dan seperti biasa Hannah Yeoh mesti dipetik pemberita Selangor Times.

Sejak permulaan tahun dari jilid 55 ke 62, iaitu selama lapan minggu berturut-turut, Selangor Times tak ubah-ubah memaparkan gambar serta rencana berkenaan Hannah Yeoh.

Selangor Times seolah-olah takut sangat penangan Yang Berhormat itu jika sekiranya ada satu minggu berlalu di mana Hannah Yeoh tidak mendapat tempat dalam suratkhabar negeri. Pengarang, penyunting dan pemberita begitu menggeruni serta mentaati wala Sang Hannah Utama.

Selain penulis-penulis Hosanna yang lazim di Selangor Times, personaliti terkenal Patrick Teoh juga diundang sebagai penulis tamu untuk terbitan Feb 24.

Patrick yang terkenal sikap pro-DAPnya pernah memblog tentang Lim Guan Eng seperti berikut:

"Damn best speech I've heard from a politician in years la. He spoke about Penang and the people's collective efforts in building a great place to live and work and bring up family all. And he never once highlighted any one particular community for praise. All are Penangites and all contribute and share. I tell you ah, after listening to him and enjoying Penang for 2 days I really felt like moving there to live la."

Seorang lagi penulis jemputan Selangor Times Feb 24 ialah Tricia Yeoh yang mengulas perbahasan hangat presiden MCA dengan setiausaha agung DAP.

Beliau mengujar:

"The DAP leader [Lim Guan Eng] also scoffed at MCA for not being able to stand up to the corrupt ways of Umno. To be fair, the Penang Chief Minister did articulate a host of policy successes of his state, to prove that Pakatan Rakyat's policies would be viable."

Tricia Yeoh berpendapat Guan Eng berjaya menyampaikan kepada hadirin tentang sukses dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Sebaliknya Tricia tidak mempunyai apa-apa kata pujian bagi Soi Lek.

Selangor Times hanya untuk Hannah

Sudah terang lagi bersuluh siapa yang diberi ruang dalam Selangor Times meskipun 5.4 juta anak watan Selangor tidak semestinya semua pro-Pakatan.

Adakah sebuah jentera kerajaan seperti Selangor Times – yang sepatutnya berfungsi sebagai media rakyat – telah berlaku adil?

Cuba teliti sekali lagi gambar-gambar 56 orang Adun Selangor (scroll atas). Siapa di kalangan mereka yang mampu anda cam? Adun-Adun Cina umpamanya Ronnie, Teresa, Hannah dan Elizabeth Wong, bukan?

Ramai Adun BN yang mungkin kurang dikenali. Adakah kepincangan ini hasil kesan daripada golongan BN dipinggirkan oleh media dan aktiviti rasmi negeri Selangor (contohnya memanfaatkan peruntukan RM300 juta 'Selangorku')?

Mengapakah Selangor Times mahu melaporkan bahawa Hannah Yeoh seorang polikus yang memiliki pengaruh besar? Adakah pengaruhnya nescaya publisiti meluas yang selalu disalurkan oleh perkakas kerajaan negeri?

Kenapa Selangor Times asyik memberi tumpuan kepada Subang Jaya? Kalau sebut Shah Alam masuk akal kerana ibukota tersebut pusat negeri.

Tempat-tempat lain seperti Batang Berjuntai, Jeram, Langat dan Tanjong Karang langsung tidak mendapat liputan sebab Selangor Times ini Subang-centric siut.

Nampaknya Selangor Times ingatkan cakerawala berpaksi di Subang Jaya. Dalam sangkaan Selangor Times juga Adun-Adun BN berupa makhluk ghaib. Dan Selangor Times jarang nampak kelibat Melayu dan India.

Maka ada baiknya jika kita boleh khabarkan sikap riak Selangor Times ini kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung.

Pada PRU11 yang lepas, PKR telah bertanding 21 kerusi, PAS 20 dan DAP 15. Justeru status quo ini dikekalkan di Selangor, DAP boleh meraih tahap maksimum 15 kerusi.

Lantaran itu, kerajaan negeri akan ditentukan di gelanggang PKR lawan Umno. PAS lawan Umno. PKR dan PAS tidak jamin menang.

Kerenah Selangor Times - sebuah penerbitan yang berada di bawah kawalan pejabat menteri besar – boleh sedikit sebanyak membuka mata orang Melayu kepada situasi lidah Roket dibenarkan bermaharajalela.

Harap agar rakan-rakan blogger boleh tolong sebarkan. Terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Hannah Yeoh 56, Umno 0

Why Hindraf Indians won't vote Pakatan next election

Peruntukan berjuta-juta bagi Adun, majlis perbandaran S'gor tapi …

Kg Buah Pala: Pagar makan padi

Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU. Tags: , .

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Shazwan Azizan - Wanblur: Gerai Klinikal <b>di Ampang</b>

Posted: 22 Jul 2012 08:36 AM PDT

Hari sabtu minggi lepas-lepas, wanblur dan kawan-kawan terpaksa dan dipaksa untuk membuat gerai klinikal di sebuah kawasan sekitar Ampang, Kuala Lumpur. Hari tue, just ada 10 orang ja. Kalau tak, memang ramai yang nak join, tapi masalag pengangkutan melanda. So, dengan Van Umno je larh kitaorang pergi.


Kitaorang sampai kat sana. Penduduk tengah bersenamrobik. Kami dimaklumkan program gerai klinikal kali ini merupaka anjuran Umno kawasan bersempena 1Malaysia Youth. Program kat tempat nie ramai dengan budak-budak tadika, budak Plkn dan penduduk setempat. memang havoc habis senamrobik diorang. Kitaorang? Cer tengok bawah !!  Kitaorang makan nasik lemak sedap dan Free. Bukan senang nak makan benda free nie. Sedap pulaktue. Kalau kira kat kedai mamak, boleh dalam 4-5 ringgit jugak nie. Nyam-nyam... Mulut rakus melantak sambil penduduk sekeliling sedang penat bersenamrobik. haha.. sengal!  Rutin aktiviti or pemeriksaan kesihatan yang kitaorang buat ialah BMI, Blod Pressure, Body Fat Distribution Index, Blood groupin-rhesus, Urine distrix, Bloog glucose dan consultation session. Disebabkan kebebalan wanblur untuk join benda nie, wanblur dikehendaki menjadi consultant. meneliti kesemua result-ressult penduduk yang melakukan pemeriksaan kesihtan dan intrepret kepada mereka.

Susah meh. Kalau just cakap tinggi-rendah-normal-abnormal SENANG larh. Kalau nak explain sikit tentang kenapa buat pemeriksaan itu-ini, dan result. Mau naik letihh. Tapi, rasa tenang. Tak rasa macam pressure dengan golongan elit yang bongkak dan sombong. I love people.


Overall berdasarkan majoriti yang datang untuk consultation dengan wanblur (ada sorunk lagi member yg juga jadi consultant), majoriti penduduk yg terlibat memiliki blood glucose yang baik, dibawah 11g/dl (disebabkan baru lepas makan), Blood pressure terkawal, dan urine normal.

Ada jugak lah beberapa kes / penyakit yang korunk perlu titik beratkan seperti Obesiti, hypertension, glaucoma, dan UTI. Beberapa kes minoriti. Beberapa suggestions yang diberikan seperti gaya hidup sihat, jenis-jenis pemakanan yg perlu dan tidak perlu (nasib belajar time JKM dulu), jenis-jenis senaman untuk warga emas, dan the special one, Im consulted the pregnant mother!! warghhh... RIndu O&G meh... MEH MEH.... T____T


Nie lah buda-budak PLKN yang dalam bahagian Sukarelawan. Mereka kena bersihkan surau dan dewan orang ramai sebelum pergi ke KLCC untuk program Youth nie. AIyak. Terasa macam wanblur dah bukan remaja lagi..
Kitaornag balik dalam kul 1 lebih, Penat sampai tertidur dalam van. Sedar-sedar semua dah turun van.Cisss...

Anyway, Good experience for future-doctor.

salam ramadhan.



Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa di Blog ini. Sudi-sudi lah komen. Doa Nabi Adam : رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِين "Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


Restoren Putera Ayu @ <b>Padang Jawa</b> « WaRnA & CoRaK <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2012 06:39 AM PDT

Semalam hari yg sebuk gara-gara menghantar anak-anak kembali ke daerah ilmu. Sampai di Kuala Klawang sewaktu jam hampir ke angka 6 petang. Lega..sempat juga bujang ni masuk sebelum gate di tutup. Along masih ada pelepasan sehingga jam 10 malam jadi merasalah berbuka bersama. Kesihan angah….ralat juga tak dapat makan di luar dalam kesempurnaan sekeluarga.

Terlintas mahu berbuka di Putera Ayu, Padang Jawa. Desakan dari tahun lepas saat nonton Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Kecur liur melihat menu terhidang di kaca tv. Peluang diajak kanda utk mencuba semalam tidak saya tolak.

Suasana saya bagi rate A. Parking selesa, kerusi empuk, set makan luxury, toilet  bersih, surau selesa walau sempit sikit…harga eerrmm…boleh tahan mahal. Oleh kerana bujang Shafiq tak ikut serta ..kami ambil ala carte saja. Siakap 3 rasa, Kailan Ikan masin, Sotong goreng tepung, Tom Yam campur dan telur dadar. Nampak sedap.

Azan berkumandang, baca doa berbuka, makan kurma, sedut air sikit dan mula cedok nasi dan ambil lauk. Tom yam masin….kurang rasa tomyam dan masam nya ntah ke mana. Ikan siakap tiada rasa yg 3 seperti diminta. Telur dadar ..ok . Sotong goreng tepung je yg sedap agaknya. Anak2 dh mula mengomel. Saya yg suka makan pun hanya mampu habiskan nasi separuh dan itu pun dgn payah. Kurang rasa….mungkin sebab tukang masak berpuasa agaknya. Saya tidak berkira utk membayar untuk sesuatu yg sedap tetapi semalam…membayar jumlah RM97 di kaunter dengan perasaan sedikit sesal.

Kanda mahu komplen. Untuk penambah baikkan katanya. Saya iyakan tetapi entah mengapa…tiba-tiba seolah hilang semangat dan mampu hanya kata.

"Tak payah datang lagilah…entahlah..mungkin tak kena dengan tekak kita sekeluarga agaknya. Indah khabar dari rupa..sungguh!"

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Majlis Perasmian Kawasaki + Givi Showroom <b>Di Bandar Sunway</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 04:57 PM PDT


SC Premium Bikes Sdn Bhd (juga dikenali sebagai Sunway Cycle) telah merasmikan Kawasaki + Givi Showroom terbaru mereka yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Acara ini turut di hadiri oleh lebih 100 orang jemputan yang terdiri daripada VIP, Orang kenamaan, para media dan juga ahli kelab superbike.

Di kesempatan ini,

Bro menjemput rakan-rakan blogger yang free dan meminati motor berkuasa tinggi datang dan memeriahkan majlis ini.

Majlis ini bukan sahaja untuk measmikan showroom semata-mata.

Dalam masa yang sama SC Premium Bikes Sdn Bhd juga telah memperkenalkan keluaran terbaru Kawasaki iaitu "Kawasaki W800 special edition classic bike".

Gambar sekitar acara menanda tanggi majlis perlancaran ini oleh Mr. Jeffrey, En. On hai Swee dan En. Joseph.

Bro  sempat juga beraksi sebagai model Kawasaki. Amik berkat, mana tahu akan datang bro dapat sebiji motor ini. Korang juga yang jeles.


Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang hadir ke majlis ini. Pihak penganjur telah mengadakan sesi cabutan bertuah.

Antara blogger yang bertuah mendapat cabutan bertuah – Ammar & Hamzah Ian

Hadiah kemuncak yang dinanti-nantikan untuk cabutan bertuah ini,

Eh…!!! Bukan motor ek. Tetapi jaket Kawasaki. Tahniah kepada mereka yang bertuah.

Teringin nak dapatkan jaket ini.

Dapat gak bergaya tiap kali bawa motor. Teringat pengalaman semasa bro dijemput untuk test ride.

Kepada anda yang meminati motor berkuasa tinggi dan mempunyai kesempatan, anda boleh datang ke showroom ini yang terletak di alamat di bawah :-

SC Premium Bikes Sdn Bhd
19, Jalan PJS7/17. Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi ini dekat dengan area Sunway Pyramid. Kalau ikut Lebuhraya Damansara Puchong atau Lebuhraya Pantai Baru agak mudah untuk sampai ke lokasi ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


DARUL EHSAN TODAY: Pusat Karaoke <b>Di Shah Alam</b>, Khalid <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 06:00 AM PDT

Kalau tengok Dari Jauh Nampak macam Tempat Parking Biasa. Tapi bila datang Dekat Rupa-rupanya ada Pusat Karaoke. Tersembunyi di Tingkat Parking dalam Bangunan Giant Sek7, Shah Alam.
Kalau Dahulu Shah Alam terkenal dengan Gelaran Bandar Islamic yang Suci. Tidak Ada Pusat Hiburan, Tiada Pusat Karaoke, Tiada Panggung Wayang.
Tapi Sekarang Tidak Lagi, Dibawah Kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat semuanya sudah Berubah. Pusat Karaoke Sangat Dekat dengan Rumah Sewa Pelajar UITM dan Juga UITM itu Sendiri.Adakah Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS tidak nampak Ataupun Buat-buat Tak Nampak?
Kenapa aku panggil karaoke jamban, pasal besar bilik karaoke tu sama besar macam jamban, sebenarnya orang tak menyanyi sangat dalam karaoke sebesar tu, buat port beromen je...





12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


[Video] Hampir Dirogol 15 Lelaki <b>Di Kajang</b>!! - jendela maya

Posted: 09 Jul 2012 05:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dua orang pelajar perempuan sekolah menengah di Kajang nyaris diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika sedang makan di taman berhampiran sekolah mereka... Mereka diheret masuk ke sebuah kereta dan dicabul oleh kumpulan ...

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Kuala Langat</b> Yakin Bantu BN Rampas <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 02:54 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Kuala Langat Yakin Bantu BN Rampas Kerusi Pada PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LANGAT, 12 Julai –  Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata  jentera pilihan raya di Kuala Langat telah bersiap sedia berjuang untuk menawan semua kerusi di bahagian tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, semasa PRU yang lalu, Parlimen Kuala Langat tewas dengan majoriti yang sedikit iaitu hanya 989 majoriti. Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Barisan Nasional tewas dengan mojoriti yang tidak besar kecuali di DUN Sijangkang iaitu 1,081 majoriti.

"Bagi saya, kita tewas dahulu bukannya kerana BN tidak kuat tetapi kerana ketika itu tsunami politik sedang melanda dan juga kerana calon yang tidak popular di kalangan rakyat.

"Sebab itu saya amat bersetuju apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengutamakan 'winnable candidate' untuk diletakkan sebagai calon di PRU akan datang. Harus diakui, calon yang benar-benar layak memainkan peranan yang amat penting untuk kita memang disulami dengan kerja keras jentera pilihan raya.

"Calon haruslah seorang yang mesra rakyat dan disenangi oleh masyarakat setempat. Sekiranya calon hanya popular di kalangan parti sahaja, sudah pasti kita tidak mampu memenangi hati rakyat kerana rakyat mahukan calon yang sentiasa susah senang dan bangun duduk bersama mereka. Sebab itu saya yakin, sekiranya di PRU akan datang, calon yang diletakkan memenuhi permintaan masyarakat setempat, sudah pasti kita mampu merampas kerusi Parlimen dan DUN di  bahagian ini," ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Penceramah Parlimen Kuala Langat menegaskan, masyarakat setempat yang merupakan pengundi atas pagar banyak bergantung kepada calon yang dipertaruhkan semasa membuang undi.

"Apa yang dapat saya lihat hasil kajian yang saya lakukan sendiri, pengundi atas pagar inilah yang harus kita berikan tumpuan. Sebab itu saya amat menegaskan mengenai calon yang bakal diletakkan. Calon yang sesuai akan memudahkan gerak kerja jentera pilihan raya.

"Jika kedua-dua ini digabungkan, tiada apa yang dapat menghalang kita dari merampas kembali semua kerusi di Bahagian Kuala Langat", katanya.

Mengenai jentera pilihan raya di bahagian itu, beliau berkata UMNO  Bahagian Kuala Langat telah berjaya mendaftarkan lebih 12 ribu pengundi baru.

"Ini menambah keyakinan saya bahawa kita mampu menang di PRU nanti sekaligus membantu parti untuk mendapatkan kembali kuasa 2/3," ujarnya lagi.

Beliau menjelaskan, sasaran untuk mendaftar tiga ribu pengundi baru di setiap DUN telah berjaya dicapai dan tindakan susulan bakal dilakukan bagi memastikan kesemua pengundi ini akan keluar mengundi semasa PRU nanti.

"PRU sudah tidak lama lagi. Kita perlu menggandakan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Usaha ini bukan sahaja perlu dilakukan diperingkat atasan, tetapi juga di peringkat akar umbi. Semua pihak perlu mengembling tenaga untuk parti dan anak cucu kita kelak," jelasnya kepada UMNO-Online.

Berita Bertarikh Pada 5:54 PM

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Majlis Marhabah <b>di Kelana Jaya</b>. - Perkhidmatan PA System Leeight <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 08:40 PM PDT

Pada 22hb Jun 2012, kami dipelawa membekal peralatan PA system bagi Majlis Marhabah di Kelana Jaya.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved