ads

Selasa, 24 Julai 2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Seindah Sakura Mula Bercerita ...: <b>Di Tanjung Karang</b>, Selangor

Posted: 02 Jul 2012 01:23 AM PDT

Gambar ini masa aku bersama kawan baik aku . aku dijemput oleh kluarga Nor Syahadah Yahya ke, Tanjung Karang,Selangor. sejujurnye aku tak pernah merasakan suasana indah berada di kampung, dan ini ialah kali pertama sbb aku takde kampung .. untonglah sape yg ada kampung tuu .. :)

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Shafie Nor: Syabas serbu pemaju perumahan <b>di Puchong</b> kerana <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2012 05:41 AM PDT

PETALING JAYA, SELASA, 03 Julai, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerugian RM382,546 akibat tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan di Puchong mencuri air sejak setahun lalu.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pemaju di Puchong Lestari itu dikesan hasil aduan orang ramai.
Serbuan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ke tapak projek rumah pangsa kos rendah lima tingkat dan rumah kedai ini mendapati pemaju melakukan sambungan haram dari paip utama bagi membekalkan air ke tapak pembinaan, katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini.
Beliau berkata Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.
Sementara itu, Abdul Halem berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,793 aduan berhubung kes curi air diterima dan 1,779 kes telah disiasat yang mana 396 kes didapati sahih dan telah diambil tindakan.
Abdul Halem berkata, bagi kes yang tidak boleh dikompaun, mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perbuatan mencuri air agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian 1-800-88-5252 untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Salam Dua Takziah! Pemergian <b>di</b> awal Ramadhan - SURAUKINI

Posted: 20 Jul 2012 11:24 PM PDT

Dari Allah kita datang , kepadaNya jua pasti kita dikembalikan.

SK mengambil kesempatan mengucapkan dua Takziah
Gambar : SK menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Hajjah Saodah pagi tadi.
Takziah pertama kepada Tuan Haji Abdul Rahim AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah atas pemergian bapa mentua beliau awal petang semalam di Jenjarom Banting. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Seksyen 21 Shah Alam pagi tadi.
Takziah kedua kepada Tuan Haji Mohamad Amin AJK Surau Ad Diniyyah atas pemergian bapa mentu beliau awal pagi ini di Taiping
Semoga roh mereka ditempatkan bersama para Solihin. Al Fatihah

 

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


rempahratuskehidupan: Majlis Aqiqah cucu <b>di Dengkil</b>

Posted: 17 Jul 2012 05:20 PM PDT

Sabtu, 14/8/2012; besan mm telah mengadakan majlis aqiqah cucu2barunya serta kenduri doaselamat sempena kedatangan bulan Ramadhan di kediaman mereka di Dengkil, Selangor.



12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


BUFFET RAMADHAN <b>DI BANGI</b> GOLF RESORT 2012

Posted: 20 Jul 2012 02:28 AM PDT

Buffet Ramadhan yang terbaik untuk aku – Restaurant BGR yang terletak di Clubhouse of Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi. Aku pergi makan buffet di Bangi Golf Resort ini 2 tahun berturut turut – 2010 dan 2011 dan sudah semestinya untuk tahun ini 2012 aku berkira kira untuk berbuka lagi di sini. Sweet… ada sesiapa yang mahu menaja?

Untuk keterangan mengenai Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ini, boleh rujuk poster di atas.

Buffet Ramadhan di BGR Restoran akan disediakan setiap petang di antara jam 6:30 petang dan 9:30 dari 25 Julai 2012 hingga 17 Ogos 2012.

Antara juadah yang disediakan :- hidangan tradisional Melayu Gulai Kawah, Ayam Kapitan, Kari Ikan Tenggiri dan Sambal Udang Petai, serta masakan Asia termasuk Daging Black Pepper, Kong Po Ayam, Udang Butter, Nasi Ayam Panggang, kambing panggang , Satay, Mee Goreng, Char Kway Teow, pasta, Roti John, Snek Deep-goreng, Kuih muih dan pelbagai Pencuci mulut.

Kemudahan surau turut disediakan

Harga :-

  • Walk-in Bufet price ialah RM 62 nett (RM 29 nett per child).
  • Take advantage of Daily Pre-paid Special at RM 48.00 nett (RM 23.00 nett per child) from Monday to Thursday and RM 53.00 nett (RM 25.00 nett per child) for Friday, Saturday, Sunday and Public Holiday.  Offer is on the basis of first-come, first-served with full payment to be made before 1:00 p.m. daily.
  • Special discount is offered for group with more than 20 paxs.
  • Further discount is available for fixed date booking.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-8210 0265 atau 03-8925 3728.

Related posts:

  1. BUFFET RAMADHAN DI HOTEL DOUBLETREE HILTON KUALA LUMPUR 2012
  2. BUFFET RAMADHAN PICC 2012
  3. TIPS MEMILIH BUFFET RAMADHAN
  4. SUP URAT KETING BANGI
  5. SENARAI HOTEL RESORT DAN RESTAURANT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL JAKIM

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


Penipuan Dalam Konsert Pop Yeh Yeh PAS <b>Di Paya Jaras</b>

Posted: 07 May 2012 05:15 PM PDT

PAS Selangor cuba keluar dari kotak kebiasaan dengan penganjuran Konsert Pop Yeh Yeh di Paya Jaras.

Dalam banner promo konsert berkenaan telah mempamerkan Jeffrydin sebagai salah seorang penyanyi yang bakal tampil membuat persembahan.

Perkara ini telah dinafikan oleh penghibur veteran berkenaan, melalui kenyataannya di Sinar Harian.


Namun begitu, pihak penganjur telah melakukan penipuan dengan menampilkan klon Jeffrydin di konsert berkenaan.

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Piknik <b>di Ulu Yam</b> | Adeqrifqi Official Blog

Posted: 19 Jun 2012 08:57 PM PDT

Assalamualaikum

Dah lama tak berpiknik. Dengan ayam BBQ plak.Perghhhh...sedap tak hengatt uuu..heheh.
Tarikh : 17 Jun 2012
Destinasi : Ulu Yam, Selangor
Ketibaan : Jam 9.00 pagi
Penyertaan : 2 family ( famili aku + famili kakak aku)
Jumlah peserta : 6 orang jea...;P

Heheh..cam surat jemputan plak. Ada detail bagai kan..
Tapi yang bestnye kali ni, family aku sampai dlu berbanding kakak aku yang terkenal dengan panctual dan awal..;D
Yang part kelakarnye,baru cop tempat dan nak mula pasang khemah...tiba-tiba...
Aduhhh..hujan lebat la pulakk...aku pon berlari termengah-mengah sambil dukung rifqi yg 17kg++ tu carik tempat yang ada bumbung...huhu

 Dalam 20 minit gitu..barulah hujan makin reda.Alhamdulillah...lega lah. Bukan apa kalau hujan terus-menerus macamana nak bakar ayam dekk onnn...alamat bungkus dan balik ajea lah..So Amir and Aiman ( anak kakakku) ditugaskan memasang khemah.  Nampaknya budak Rifqi ni cuba nak menyebok kat abang-abang sedaranya..padahal khemah die dah siap kat belakang tu..Lagi mau kacau...huhu  At last siap gak khemah..Alahh khemah zaman la ni tak sampai 20 minit dah siap pasang.Lain zaman dulu masa takde khemah yang pasang siap ni kan. Nak kena carik kayu, korek lubang nak pacak pancang lagi...carik tali nak ikat khemah lagi..huhu memang advanture abiss.  En husband dan abag jep (abag ipar i..) menugaskan diri untuk membakar ayam yang telah siap diperap..
Nampak macam best..Rasa belum tau lagi masa ni..jeng-jeng..  Yaaa...mari adik adik..abang..cik adis maness...mari beli ayam bakar kami..very special...heheh
Kipas..jangan tak kipas...:)  Rifqi kerjamya menangguk ultraman dalam baldi...lantak ler..asalkan die happy sudah..
Piknik kali ni temanya bebas.Lantak kome ler nak main apa pon..  Hahah..okey..first batch ayam BBQ dah masak...JOM makan..;D  Menu lain : Nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih, air dan cekedisss
 Abang ipar ku yg penuh sabar melayan karenah Rifqi yang macam-macam tu..  En husband sempat posing nyambil mengipas-ngipas..Happy Father's Day!  Menu tambahan : Aiskrim (Rifqi 2x round mkn aiskrim).Sebabnya bro jual aiskrim tu parking lama giler kat tepi tu..macam tak mau balik..member sorang ni memang takbleh nampak..Nasib la.terpaksa belikan jugak la.Mende depan mata kan. Ada satu fear factor Rifqi : Takut air..air kolam tak takut.Tapi cam gabra kalau air menderu macam air laut or air terjun.Sib baek ada abag jep.Macam-macam cara die nak menarik Rifqi masuk dalam air yang sejuk tu.Dan akhirrnyaaa...berjaya..Alhamdulillah.Nampak tu kakinya dah cecah air..kalau tak jangan harapler..asik nak berpeluk ajer le :)
Airnya agak keruh sikit coz baru jer lepas hujan.Sejuknya jangan ceritalah..memang sejuk amat.Tapi best!

 Mama Rifqi dan Kakzu berendam dalam air..perghhh..segar giler..heheh
Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


ANGIN PERUBAHAN: Video Sindiket Graduan Palsu <b>Di Subang Jaya</b>

Posted: 23 Jul 2012 05:46 AM PDT

Penulis terlibat dalam gerakan pelajar pada awal 1996. Ketika zaman "taliban" menguasai kampus di utara, penulis bersama aktivis mahasiswa yang lain telah menggelarkan gerakan itu sebagai gerakan "Perubahan" atau Islah, yang telah dijadikan agenda utama perjuangan pelajar.

1999, ketika kampus bergegar dengan reformasi pelajar, Perubahan telah berjaya menakluk kampus di utara tersebut. Aspirasi orang muda kepada Tun Mahathir selaku PM pada waktu itu. Satu persatu IPT berjaya ditransformasi hinggalah gerakan nasional itu kemudiannya digelar sebagai "Aspirasi".

2007, berblog di alam siber sebagai galang ganti platform baru setelah sebuah laman 1.0 yang aktif sejak 2001, dikuburkan. Selepas 2008, aura perjuangan membela agama, bangsa dan negara semakin mencabar. Inilah medannya, ruang seorang aktivis menyumbang sesuatu pada alif, ba ta.

inilah kisah kami..: Hafiz Masuk Wad <b>di</b> Hospital <b>Subang Jaya</b> !

Posted: 11 Jul 2012 11:24 PM PDT


Pada 11 Julai 2012 bersamaan dengan Hari Selasa, kami sekeluarga menerima berita yang mengejutkan di mana Syamsul Hafiz (Adik Ipar saya) telah dimasukkan ke Sime Darby Health Care di Subang Jaya lebih kurang jam 3.00 petang ekoran daripada masalah sesak nafas dan tekanan darah tinggi yang dialaminya secara tiba-tiba.
Berita ini mengakibatkan suami saya, ibu saya, dan Mak Long Samsiah bergegas ke Subang Jaya di sebelah malamnya untuk meninjau keadaan Hafiz di sana. Alhamdulillah keadaan Hafiz dilaporkan stabil, cuma masalah tekanan darahnya masih lagi tinggi.
Setibanya di sana lebih kurang jam 8.00 malam, Pak Ngah Husin, Pak Tam Rosli dan Mak Tam Mahani, Mak Usu Halijah dan juga Wan Asiah telah pun tiba lebih awal di sana. Suami saya turut membawa anak ketiga kami iaitu Dzaqwan Amri untuk turut ikut bersama menemui Pak Lang nya (Syamsul Hafiz).
Selepas daripada melawat Hafiz, kesemua yang berada di hospital telah menuju ke Restoran Kayu Manis di Bukit Jelutong bagi menikmati makan malam di sana. Dan kemudiannya, suami saya terus berangkat pulang ke Seremban.
Dengan ini adalah didoakan agar Hafiz cepat sembuh dan kembali ceria dan kembali menjalankan tugas seperti biasa. Hafiz, jangan lupa rehat betul-betul dan jaga pemakanan.
Berikut dikongsikan gambar-gambar untuk tatapan semua.
Suasana ketika berada di luar wad sementara menanti Hafiz diperiksa oleh Jururawat bertugas
Rancak perbualan keluarga ini...
Hafiz yang kekal ceria walaupun di dalam hatinya... hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Hafiz mendengar nasihat daripada Mak Usu Halijah sambil diperhatikan oleh Pak Tam RosliIbu Mertua saya dan Wan Asiah
Suasana ketika manikmati makan malam di Restoran Kayu Manis
Dzaqwan leka makan sup crab meat with tofu
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Rafizi Bakal Jadi Imam Terawikh <b>Di Subang Jaya</b>? | MyMassa

Posted: 23 Jul 2012 02:00 PM PDT

Tajuk saja bagi gempak pagi-pagi macam ni.

Sebenarnya Rafizi bakal buat ceramah waktu orang Islam buat solat terawikh kat Subang.

Ada ke patut? Macam dah takde waktu lain dah nak berceramah.


*Si Rafizi ni sama macam Anwar Ibrahim. Kalau Anwar pulak, masa orang bertakbir AidilAdha, dia boleh layan joget pulak. Tak caya boleh tengok video ni.


 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved