Selasa, 30 Oktober 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Ketua Umno putus jari ditetak <b>di Ampang</b>. - UtaraNews - The News <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 11:00 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini. Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada media "Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus. "Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

 Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui. "Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital. "Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya. Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.

 "Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya. Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:14 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


AMK Shah Alam

Posted: 25 Oct 2012 06:45 AM PDT

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama

Dato' Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & MPN

28 Oktober 2012 (Ahad)


1)    09.30 pagi – Pekan Sungai Besi
2)    12.00 thari – Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang
3)     01.45 ptg - Pekan sg besar berhadapan restoran batu kurau Sg Besar. (Dalam laluan akan singgah sebentar sekitar 10 ke 15minit. PA sistem Cabang Sg Besar sediakan. Kena singgah kerana edaran makluman sudah dibuat)
4)     02.15 ptg – Padang Sepaktakraw, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
5)    03.45 ptg - Singgah Lubok Pusing di Dataran Pekan Bagan Terap (Dalam laluan ke Sungai Tenggi akan singgah sebentar sekitar 10 ke 15minit. PA sistem Cabang Sabak Bernam sediakan. Kena singgah kerana edaran makluman sudah dibuat)
6)    05.00 ptg – Felda Sungai Tengi Selatan
7)    07.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

       Lokasi – Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

9)    09.00 – 10.00 mlm –  Pekan Rasa
8)    09.00 -12.00 mlm – Ceramah Perdana- Merdeka Rakyat

     Lokasi : Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor

Barisan Penceramah:     

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii.                YB Azmin Ali

iv.               YB Zuraida Kamaruddin

v.                 YBhg S Surendran

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Hari Ke-2 Eidul Adha : Saari Menghadiri 7 Majlis Ibadah Korban <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 01:33 AM PDT

Hulu Kelang, 27 Oktober 2012 – Saari telah bersama-sama penduduk setempat menghadiri 7 majlis gotong-royong ibadah korban di sekitar DUN Hulu Kelang.

Saari membantu penduduk dalam gerak kerja gotong-royong ibadah korban di Surau Al-Islah, Taman Seri Keramat AU2A

Saari membantu melapah lembu korban di Surau Nurul Ehsan, Taman Desa Keramat AU2C

Saari membantu penduduk memotong daging korban di Masjid Al-Khairiah, Keramat AU3

Saari membantu memotong daging korban di Surau Al-Falah, Taman Seri Keramat Tengah AU4

Saari bergambar kenangan bersama penduduk semasa kerja gotong-royong ibadah korban di Surau Nurul Hijrah Al-Khalidiah, Kg Melayu Sg Sering

Saari berbual mesra bersama penduduk sambil memasak sup tulang di program gotong royong ibadah korban di Surau Maarif Islamiah, Dataran Kg Sg Sering

Saari bergambar kenangan bersama peserta ibadah korban Surau At-Taqwa, Ukay Perdana selepas majlis gotong royong

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


CKT GLOBAL ENTERPRISE: PROGRAM <b>DI SELAYANG</b> DI TUNDA!!!

Posted: 23 Sep 2012 06:12 PM PDT

Saya memohon maaf kepada semua peserta kursus CKT 22/9/12 kerana program ini terpaksa di tunda kerana masalah teknikal. Saya akan membuat permohonan semula untuk mendapatkan tempat bagi kita mengadakan kursus tersebut dalam masa terdekat. CKT GLOBAL telah berurusan sejak tahun 2010 dengan Kolej ini dan tidak ada apa2 masalah sebelum ini. Mungkin perubahan prosidur telah menyebabkan program kita terpaksa di tunda tempoh hari. HARAP MAKLUM!!!

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Putih Hitam: <b>Bandar Sunway</b> dalam kenangan

Posted: 05 Jul 2012 06:41 AM PDT

Kalau diikutkan, 5 tahun itu adalah satu jangka masa yang lama. Bagi saya dan mereka-mereka yang melalui 5 tahun yang penuh dengan pelbagai perasa, tempoh itu tidaklah panjang mana. Pejam-celik, dan pejam-celik, maka tibalah pada hari perpisahan.
Saya sengaja mengajak mana-mana kenalan seperjuangan (yang sama-sama mengharungi dunia kejuruteraan) turun padang menjayakan aktiviti luar. Sengaja juga dipilih di luar Bandar Sunway, biar terbuka fikiran daripada melihat Bandar Sunway sejak 5 tahun yang lepas. Kalau ada di antara kami yang berjalan adalah saya dan Shazana, lelaki saya tidak tahu. 
5 tahun di Bandar Sunway menyimpan suka dan duka. Ia meninggalkan satu kesan yang amat dalam. Zaman bergelar pelajar adalah zaman yang paling seronok sekali, boleh diselitkan sesi main-main. Sebab itu, keputusan saya selalu tidak memberangsangkan. Lupakan seketika tentang keputusan. Saya tahu ia sangat sensatif. 
Mari lihat gambar dahulu sekitar majlis perpisahan yang diadakan di Sungai Kanching, Rawang. 




Berhijrah ke Bangi membuatkan saya merindui Bandar Sunway. Bagi saya, Bandar Sunway adalah zon yang paling selesa terutamanya untuk berbelanja. Semua pasaraya ada di sekitar. Tetapi berlainan pula di sini. Terkebil-kebil saya mencari arah ke pasaraya terdekat. Masih dalam proses perkenalan. Teringat ketika saya berpraktikal di Seri Kembangan. Sanggup berulang-alik ke Sunway dan keluar seawal jam 6.00 pagi. Saya boleh sahaja tinggal dengan adik di Kuala Lumpur tetapi saya tetap merasakan Bandar Sunway adalah tempat yang paling selesa bagi saya.
Saya masih merindui Bandar Sunway dan kawan-kawan di sana. 
Saya merindui tempat lepak di Library Monash University. 

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


MAJLIS QURBAN PAS <b>HULU SELANGOR DI</b> <b>...</b> - Ulama Pewaris Nabi

Posted: 30 Oct 2012 12:39 AM PDT

Alhamdulillah PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 berjaya menghantar seramai 8 orang pejuang dalam Qurban 1433Hiriah di Kalumpang pada 28 Oktober 2012 lepas.
2 orang ajk iaiatu Sdr Muhammad dan Noran telah dipertanggungjawab untuk menjaga pendaftaran peserta dan petugas dalam majlis tersebut.Antara lain ialah Sdr Ketua Caw Sdr Abg Zulkefli , Abg Johari, Sdr jalil , Sdr Muhammad Shauqi , Sdr Sazali(Ahli Majlis Zon Sg. Buaya ) dan saya sendiri.










12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di Balakong</b> Kini ...

Posted: 02 Oct 2012 09:06 AM PDT


Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom!

Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.

Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.

Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)."

Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.

Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.

Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!

Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat.

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Tenby Schools Ipoh buka kampus utama <b>di Meru</b> Raya – Perak Today

Posted: 01 Mar 2012 10:01 PM PST

Tenby Schools Ipoh, satu lagi mercu tanda pendidikan bertaraf antarabangsa yang bakal melonjakkan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan, sekaligus meletakkan sektor pendidikan antara sumber ekonomi yang penting bagi negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata jenama Tenby yang bermula di Ipoh telah berkembang dan terkenal kerana mempunyai beberapa cawangan di serata negara termasuklah di Miri; Sarawak, Shah Alam dan Pulau Pinang.

"Jenama Tenby ini bermula di Perak dan ia telah mendapat sambutan baik dan kini mahu memperluaskan khidmat yang ditawarkan dengan membina sebuah kampus baru di Meru Raya.

"Dengan kemudahan yang ditawarkan, saya yakin Tenby Shools Ipoh ini akan menjadi satu lagi mercu tanda kepada sektor pendidikan negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah sekolah itu di Meru Raya, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Tenby Schools Ipoh, Datuk Lim Si Boon.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, SEGI University College juga akan membina kampus barunya tidak lama lagi tidak jauh dari Tenby Schools Ipoh.

"Kita harap dengan pembinaan kampus universiti itu nanti, ia dapat mengembangkan potensi dan kedudukan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan.

"Selain itu, Quest International University Perak juga sedang menunggu kelulusan daripada kementerian berkaitan untuk membina kampus tetap di Gua Tempurung," katanya.

Terdahulu, dalam ucapanya, Zambry berkata, Tenby Schools Ipoh yang dijadual beroperasi pada 2013 mampu menawarkan pendidikan berkualiti berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang dimilikinya.

"Sekolah ini dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan mampu melahirkan golongan pelajar yang seimbang," katanya lagi.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


aLw!z b3 my baby: Berpicnic <b>di Sepang</b> Gold Coast

Posted: 18 Oct 2012 07:00 PM PDT

lepas check out dari Rumah Peranginan Persekutuan Morib, kami gerak ke Pantai Bagan Lalang pulak. makanan untuk lunch semua dah siap masak kat chalet lagi, so tinggal nak ngap je la kat sini.. masa mula sampai tu hujan renyai²... lepas tu dah kembali cerah. Alhamdulillah... dapat la kami berpicnic. klu still hujan kena la angkut semua makanan bawak balik umah...

tak ingat bila last time datang sini.... 2 tahun lepas rasanya. time tu ikut hubby bukak puasa ngan kawan die kat Bagan Lalang.. jauh giler bukak pose kan? huwahuwa....

parking kete pulak kat depan 'kawasan bahaya' ni.. adeh.... nasib baik la dapat selamatkan duit... hadif mintak beli mainan pon aku buat bolayan jek.. giler mahai!! tapi mainan istana pasir die aku dah bawak siap². hadif main tu je la...
sampai je terus pasang khemah n keluarkan semua barang makanan....

sampai dalam kui 1 camtu... air tengah surut...
maklang tengah goreng telur... kena berpayung sebab hujan rintik² n masuk lam minyak. 

jom kita makan... siap kari ikan lagi tu... nyumnyum.... makan ramai² camni memang best...
budak² dah nampak pasir memang tak nak makan la kan?
 dah boring main pasir, jom main air pulak.

muka penuh selut! baju hadif ni dah ketat.. nampak gaya kena beli baru lah coz taon depan nak pi Redang... yeeehaaa.... tak sabar!



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Konsert Bersih 2.0 <b>Di Kelana Jaya</b> Semalam <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 03:30 AM PDT

Puak PAS dan Lebai PAS tidak berani yang datang ke Kelana Jaya...takut takut kot.Lebai lebai yang pakai kopiah mesti buka punya....Mana boleh datang tempat seperti bergini....dengan hiburan sampai 12 tengah malam.Lihatlah saja sambutan orang ramai terhadap ....pembangkang amatlah mengejutkan sedangkan ini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.Ini akan memberi tamparan hebat.......

ads