ads

Selasa, 21 Mei 2013

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori <b>di Kuala Kubu</b> Bharu <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 02:23 AM PDT

- May 20, 2013 17:23:31.

kemalangan-kereta-lori-kuala-kubu-bharu-1

HULU SELANGORPEMBANGKANG BERTELINGKAH DI AMBANG KEKALAHAN @faekah_qkn5 @AzminAli @Khalid_Ibrahim @ybz99. Read more ... » 20 Mei – Tiga orang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7.9, Jalan Hamzah di Kuala Kubu Bahru di sini hari ini.

Kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di jambatan Sungai Rening, Rasa, di Kuala Kubu Bharu, Selangor pagi tadi.

Ketua balai bomba Kuala Kubu Bharu, Noorazhar Tajudin berkata, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bharu, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Dua maut, tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di jambatan Sungai Rening, Rasa, di Kuala Kubu Bharu, Selangor pagi tadi.

Ketua balai bomba Kuala Kubu Bharu, Noorazhar Tajudin berkata, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Dua_Maut_Tiga_Parah_Kemalangan_Babitkan_Lori_Kereta.html#sthash.qh4ROH17.dpuf

Mereka yang maut ialah pemandu Civic, Muhammad Hilal Mohd. Isa, 19; penumpang sebelahnya, Omar Hamzah Zulkifli, 19, dan penumpang belakang, Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19.

Muhammad Addin Firdaus Rashidi yang kritikal, disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bahru.

Semua mangsa berusia 19 tahun dan hari ini merupakan hari ulangtahun ke 19 Muhammad Addin Firdaus.

Dua yang parah ialah pemandu lori, N. Sivasalagaram, 34, dan seorang lagi penumpang belakang Civic, Mohamad Nazren Kamisan, 27.

kemalangan-kereta-lori-kuala-kubu-bharu-3 kemalangan-kereta-lori-kuala-kubu-bharu-2

Short URL: http://din.huluselangor.net/?p=33408

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Macam Macam Ada: Mangsa Kes Tembak Menemui Ajal <b>di Cheras</b>

Posted: 26 Apr 2013 01:52 AM PDT

Tempat: Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh/Masa: 26 April, 2013 1 petang
Kronologi:
Selepas kira-kira sejam dimasukkan ke Pusat Perubatan UKM, mangsa kes tembak di Bulatan Billion, Cheras akhirnya meninggal dunia jam 1 petang tadi. Dalam kejadian tersebut, mangsa yang memandu sebuah Nissan Livina bersama ibunya, ditembak dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat berhampiran susur ke Pusat Perubatan UKM.

Berita lanjut: 

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


nasi lemak royale kini <b>di ampang</b>... - The Neverending Story...

Posted: 16 May 2013 08:53 PM PDT

huuishhhh tajuk tu tak menahan kan
honestly saya memang suka makan
memang pemakan yang tegar..
my biggest imaginary wish is to eat and eat and eat and become thinner
each time i ate..haha amek ko
sekarang ni tengah try makan lecithin from shaklee
baru makan 2 minggu..belum timbang lagi
we'll see the result nanti ye
siapa duk utara mesti tau nasi lemak royale ni
femes kot..tapi ada kat utara jela
tapi sekarang dah ada cawangan kat ampang
dekat Tiara Duta Ampang Club House
located sebelah swimming pool
di sebalik pagar tu is the swimming pool 
 adam yang dah terlentok..but its ok sebab senang mommy n ayah nak makan ;p
do not imagine nasi lemak royale ni macam nasi lemak yang biasa
nasi je lemak, tapi nasinye warna kuning and dimakan dengan lauk nasi kandar

as usual..kuah campur ye ane
this is mine..look at the kuah dan ayam yang super crispy
im drooling while typing this
ok kenapekah aku bahasa rojak arini
lantak le..janji korg paham..haha

the verdict- as en.hubby said sama macam royale aloq staq
so kalau ada yang mengidam nasi lemak royale..do come here okeyh
p/s : kalau anyone interested nak cuba lecithin shaklee tu..do email me at ainasuraya.as@gmail.com

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mohon Pasaraya Borong <b>...</b>

Posted: 12 May 2013 02:02 AM PDT

Assalamualaikum wbt,

BBST tengah pesat membangun dan memerlukan pasaraya besar untuk mendapat barang keperluan harian. Di sini saya berharap YB Dun yang menjaga Bandar Baru Salak Tinggi dapat menyuarakan hasrat ini kepada pihak MYDIN.dengan adanya pasaraya ini ia sedikit sebanyak dapat membangunkan lagi kawasan sekitar BBST..

Kepada YB yang telah menang dalam PRU13, mohon bantu kami..Andalah orang yang layak memperjuangkan hak dan suara kami..

Terima kasih..

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Rahsia Hidup Sihat: Pengedar Shaklee Anda <b>Di Puchong</b>

Posted: 16 May 2013 01:12 AM PDT


Saya ialah pengedar sah Shakleee di area Puchong, Selangor. Penghantaran terus ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/ Gdex/ Citylink.

Jika anda perlukan NATURAL SUPPLEMENT DAN HALAL bagi PENYUSUAN BAYI, IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, MASALAH BERAT BADAN
, INGIN HAMIL dan masalah-masalah kesihatan yang lain, boleh hubungi Nour Fieza melalui salah satu cara di bawah:

FB : Nour Fieza 

♥ Email: permaysury@yahoo.com
♥ Whatsapp/SMS/Call :012 3549 179 
♥ Blog : http://nourfieza.blogspot.com/

Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

KENAPA SHAKLEE?

♥ Syarikat pelopor NUTRISI SUPPLEMENT yang sudah lebih 50 tahun bertapak di dunia ini.
♥ Ianya sentiasa SELAMAT : >>> Shaklee telah menjalankan lebih 80 000 test ke atas product2nya
♥ Ianya sentiasa BERKESAN :>>> Shaklee telah membelanjakan lebih dari $ 250 Million in R&D
♥ Ianya sentiasa HIJAU:>>> Mesra Alam, sudah pasti. Shaklee antara peneraju Dunia Hijau.

Itulah yang membuatkan saya YAKIN, SHAKLEE - Simply The BEST!

INGAT YA : "Supplement bukan PENGGANTI MAKANAN tetapi mengisi LOMPONG2 NUTRISI yang berlaku dalam DIET HARIAN ANDA!"

Nak order produk Shaklee anda, boleh hubungi saya sekarang!

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Mencari"KATI"jumpa <b>di Beranang</b>.. - koleksi pak mat tahir barangan <b>...</b>

Posted: 18 May 2013 05:35 PM PDT

Alat timbangan dacing ini menggunakan sistem imperial untuk sukatan berat dalam Tahil dan Kati...
                                                    1 kg .. .. .. = 1.653466 kati
                                                       1 g .. .. .. = 0.0264554 tahil
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977

Penukaran ke Sistem Metrik Bagi Perolehan Semua Barang-Barang

1. Pendahuluan Akta Timbang dan Sukat, 1972 telah pun diwartakan didalam Warta Kerajaan
pada 30hb. Mac, 1972 dan 10 tahun telah diperuntukan untuk menukarkan kesistem metrik.
Ketua Setiausaha Negara di dalam Surat Pekeliling bertarikh 5hb. Januari, 1973 telah
mengarahkan supaya semua Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri
menggunakan yunit-yunit sistem metrik didalam perkara-perkara timbangan, sukatan dan ukuran.
Sungguh pun sebilangan Kementerian dan Jabatan Kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk
menukar kesistem metrik dengan penuhnya tetapi masih ada lagi beberapa Kementerian dan
Jabatan yang belum lagi mengambil apa-apa tindakan untuk menukar atau menggunakan
yunit-yunit metrik didalam semua bidang kerja mereka. Walau pun penukaran ini akan
dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 1981, tetapi usaha-usaha penukaran kesistem ini
hendaklah dibuat pada masa sekarang supaya ini dapat dilaksanakan dengan licinnya.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Senarai Rumah Seram Dan Popular <b>Di Shah Alam</b>, Selangor. Errrrrr!

Posted: 15 May 2013 06:57 AM PDT

Senarai Rumah Seram Dan Popular Di Shah Alam, Selangor | Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan?So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

cerita tegak bulu roma rumah sewa RM50 seksyen 2 shah alam. - kisah seram ini tak pasti kesahihannya. Wallahu a'lam.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...

Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...

Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?

ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

PS: Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310.

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


Burger Bakar Kampung | The LifeStyle Journalist - Rabiatul Adawiyah

Posted: 23 Mar 2013 06:31 AM PDT

Baru-baru ini saya berkesempatan menikmati burger bakar di Meru, Klang. Jemputan ini secara tidak langsung dari Bro pada pagi Isnin 18 March 2013. Almaklumlah saya kan suka cerita bab makan secara jujur di blog ini. Hehehe.

Cepat-cepat saya roger suami, nak pergi ke tidak dan okay ke nak ke Meru Klang malam tu. Nasib baik dia okay, sebab memang ada dalam senarai bulan ini nak pekena burger bakar sebagai menu makan malam. Kebiasaan di KL, kalau nak makan burger bakar kena kira tabung skit. Yelah mahal bebenor kan. Ada yang minta biasa-biasa je pun dah berbelasan ringgit keluar. Itu burger sahaja, belum lg set bersama air sirap dan kentang goreng. Hmmm..

Bermulalah perjalan ku dari Surian Tower, Mutiara Damansara ke Meru, Klang. Menggunakan WAZE, memang merepek betul jalannya. Tapi alhamdulillah sampai ke lokasi. Guna jalan dalam, Jalan Paip katanya. Hehehe. Jalan bukit tu gelap siap saya terlanggar ular. Huwaaa.. Nasib baik ular tu tak mati.

Lokasi Burger Bakar Kampung ni sebenarnya mudah je. Kalau dari Speedmart menghala pasaraya Bismi, kedai Burger Bakar Kampung ni di tengah-tengah. Uols boleh perhatikan dibahagian kiri ada simpang. Kedai Burger Bakar Kampung ada di tepi itu dan uols boleh parking di kawasan parking dengan senang. Burger Bakar Kampung ni ada menyediakan kerusi meja untuk uols makan-makan disitu.

Burger Bakar Kampung Meru Klang

Lokasi Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Blogger sewaktu interview pemilik Burger Bakar Kampung

Muhammad Hafiidh Al Haq

Muhammad Hafiidh Al Haq – Pemilik Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Blogger-blogger sewaktu di Burger Bakar Kampung

Diantara menu burger bakar yang kami cuba :

Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Burger-Bakar-Kampung-6

Burger-Bakar-Kampung-5

Burger-Bakar-Kampung-4

Burger-Bakar-Kampung-3

Burger-Bakar-Kampung-2

Kesemua menu diatas ternyata lazat kerana daging burger yang dihasilkan sendiri oleh pemilik  Burger Bakar Kampung. Dari gagal mencipta daging yang lazat sehingga berjaya mencipta intipati daging lembu dan daging ayam yang sedap!

Saya bukanlah penggemar burger ayam, kerana daging ayam kan sentiasa lembut dan leper. Jadi nikmat makan burger ayam seperti makan roti je. Kebiasaan saya makan burger adalah burger daging. Tetapi di Burger Bakar Kampung saya mencuba kedua-dua daging lembu dan ayam. Kunyahan pertama sudah terasa juice ayam dan daging yang membuatkan Burger Bakar Kampung ini istimewa.

Burger Bakar Kampung

Saiful Naim sewaktu menikmati Burger Bakar Kampung

Jadi, jom serbu Burger Bakar Kampung di Meru Klang. Peta adalah seperti dibawah :

Burger Bakar Kampung

Peta lokasi Burger Bakar Kampung

Like FB Burger Bakar Kampung

Selamat mencuba!

xoxo!

sign5.png

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari yakin <b>Sabak Bernam</b> paling berpotensi dimenangi Pakatan <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 05:34 AM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 7 Apr:  Calon KEADILAN di Parlimen P092 Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menang di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Menurut Aziz, sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat di Sabak Bernam berada di kedudukan 'nombor satu di Selangor dan nombor 10 di Malaysia'.

Aziz Bari 02"Umno-BN menang kurang daripada 10 peratus pada pilihan raya umum 2008. Undi mereka menurun sebanyak 9.7 peratus berbanding 2004.

"Sabak Bernam lebih cerah dari segi peluang, hatta kalau dibanding dengan Pandan dan Sepang," kata bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa itu.

Ini adalah kali pertama Aziz bertanding  pilihan raya, dalam usaha menempatkan dirinya sebagai wakil di  institusi perundangan tertinggi negara.

Pakar perlembagaan yang tidak asing dalam dunia akademik ini berkata, gerak kerja dan persiapan kempen pilihan raya bagi menawan P092,  telah dimulakan sejak berbulan lalu.

"Alhamdulillah, gerak kerja lancar. BN cuma nampak hebat dari segi pasang bendera sahaja. Program mereka cuma sampaikan BR1M  (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Itu pun kecoh, rakyat dihina macam duit itu duit poket mereka (Umno BN)," kata Aziz.

Dalam pada itu kata Aziz, ada di kalangan penduduk di kawasan pedalaman di Selangor ditipu, kononnya pemberian air percuma di negeri itu dilaksanakan  kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, kempen itu giat dijalankan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan pusat.

"Ketua kampung Umno-BN ini dibayar gaji oleh pusat. Mereka ini hanya membuang duit rakyat sebab mereka tidak buat apa-apa, sekadar menabur penipuan Umno untuk memastikan parti itu terus bergerak di peringkat akar umbi," katanya kepada Keadilan Daily.

Pada PRU 11 pada tahun 2004, calon KEADILAN, Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari Umno dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi.

Bagaimanapun, undi majoriti berjaya dikurangkan secara drastik hingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. Badrul memperoleh 10,720 berbanding Abdul Rahman Bakri dari Umno yang memenangi kerusi itu dengan 12,055 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49656

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Topi petani <b>di Subang Jaya</b> | Gan Meng Foo (颜明富)

Posted: 02 May 2013 10:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Gan Meng Foo calon BN N31 DUN Subang Jaya dan kempen akar umbi. Share this: Twitter · Facebook. Like this: Like Loading... About Gan Meng Foo (颜明富). Generation X-er for Malaysia: Yes to National Spirit, Acceptance ...

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Tukar Tiub: JUMPA <b>DI</b> STADIUM <b>KELANA JAYA</b>

Posted: 08 May 2013 01:37 AM PDT


KUALA LUMPUR, May 8 — Pakatan Rakyat (PR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's rally at the Kelana Jaya stadium tonight is legal as a 10-day notification to the police is not required under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012, senior lawyer Datuk Ambiga Sreenevasan said today.
Ambiga pointed out that the state-owned Kelana Jaya stadium was a "designated place of assembly", which would not require a 10-day notice under Section 9(2)(a), and not a "public place" as defined in Section 3 because the stadium is not currently open to or is being used by the public.
"My reading is that this is an assembly at a designated place, so the 10-day notification doesn't apply," Ambiga told The Malaysian Insider today

-------
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved