ads

Selasa, 21 Mei 2013

12 di meru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


Burger Bakar Kampung | The LifeStyle Journalist - Rabiatul Adawiyah

Posted: 23 Mar 2013 06:31 AM PDT

Baru-baru ini saya berkesempatan menikmati burger bakar di Meru, Klang. Jemputan ini secara tidak langsung dari Bro pada pagi Isnin 18 March 2013. Almaklumlah saya kan suka cerita bab makan secara jujur di blog ini. Hehehe.

Cepat-cepat saya roger suami, nak pergi ke tidak dan okay ke nak ke Meru Klang malam tu. Nasib baik dia okay, sebab memang ada dalam senarai bulan ini nak pekena burger bakar sebagai menu makan malam. Kebiasaan di KL, kalau nak makan burger bakar kena kira tabung skit. Yelah mahal bebenor kan. Ada yang minta biasa-biasa je pun dah berbelasan ringgit keluar. Itu burger sahaja, belum lg set bersama air sirap dan kentang goreng. Hmmm..

Bermulalah perjalan ku dari Surian Tower, Mutiara Damansara ke Meru, Klang. Menggunakan WAZE, memang merepek betul jalannya. Tapi alhamdulillah sampai ke lokasi. Guna jalan dalam, Jalan Paip katanya. Hehehe. Jalan bukit tu gelap siap saya terlanggar ular. Huwaaa.. Nasib baik ular tu tak mati.

Lokasi Burger Bakar Kampung ni sebenarnya mudah je. Kalau dari Speedmart menghala pasaraya Bismi, kedai Burger Bakar Kampung ni di tengah-tengah. Uols boleh perhatikan dibahagian kiri ada simpang. Kedai Burger Bakar Kampung ada di tepi itu dan uols boleh parking di kawasan parking dengan senang. Burger Bakar Kampung ni ada menyediakan kerusi meja untuk uols makan-makan disitu.

Burger Bakar Kampung Meru Klang

Lokasi Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Blogger sewaktu interview pemilik Burger Bakar Kampung

Muhammad Hafiidh Al Haq

Muhammad Hafiidh Al Haq – Pemilik Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Blogger-blogger sewaktu di Burger Bakar Kampung

Diantara menu burger bakar yang kami cuba :

Burger Bakar Kampung

Burger Bakar Kampung

Burger-Bakar-Kampung-6

Burger-Bakar-Kampung-5

Burger-Bakar-Kampung-4

Burger-Bakar-Kampung-3

Burger-Bakar-Kampung-2

Kesemua menu diatas ternyata lazat kerana daging burger yang dihasilkan sendiri oleh pemilik  Burger Bakar Kampung. Dari gagal mencipta daging yang lazat sehingga berjaya mencipta intipati daging lembu dan daging ayam yang sedap!

Saya bukanlah penggemar burger ayam, kerana daging ayam kan sentiasa lembut dan leper. Jadi nikmat makan burger ayam seperti makan roti je. Kebiasaan saya makan burger adalah burger daging. Tetapi di Burger Bakar Kampung saya mencuba kedua-dua daging lembu dan ayam. Kunyahan pertama sudah terasa juice ayam dan daging yang membuatkan Burger Bakar Kampung ini istimewa.

Burger Bakar Kampung

Saiful Naim sewaktu menikmati Burger Bakar Kampung

Jadi, jom serbu Burger Bakar Kampung di Meru Klang. Peta adalah seperti dibawah :

Burger Bakar Kampung

Peta lokasi Burger Bakar Kampung

Like FB Burger Bakar Kampung

Selamat mencuba!

xoxo!

sign5.png

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved