ads

Rabu, 27 Jun 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: KAYUHAN AMAL

Posted: 23 Jun 2012 08:34 PM PDT

KARMA BBR 2.0 menganjurkan satu program rekreasi khusus untuk seluruh warga BBR yang ingin beriadah sambil beramal yang dikenali sebagai KAYUHAN AMAL.

Menggunakan basikal, para peserta diajak mengelilingi BBR sejauh 7 KM bermula dari tapak karnival dan berakhir di tempat yang sama. Kepada sesiapa yang tidak mempunyai basikal sendiri, bolehlah menyewa daripada pihak penganjur dengan caj serendah RM 30.00 sahaja.

Seramai 5 anggota RELA dan 10 sukarelawan telah disiapkan untuk mengawal lalulintas di sekitar BBR agar perjalanan program kayuhan amal ini berjalan tanpa halangan trafik.

Sertailah kami untuk beriadah sambil beramal. Terbuka kepada semua yang berminat tak kira orang BBR atau pun orang luar, tak kira Muslim ataupun bukan Muslim, tak kira lelaki mahupun wanita, tak kira yang berumur mahupun masih muda.... semua boleh join..!

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


TAHNIAH <b>di</b> atas kejayaan mewujudkan ZON BERSIH <b>di</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 08:36 PM PDT


awal pagi ni,rakan-rakan kp telah call kp..ingatkan ajak minum ktekaan kp silap...mereka mengeluh lagi..pasal sampah...hairan bin ajaib..ingatkan takde lagi isu sampah,sedangkan kerajaan selangor sekarang ni dah umumkan pembelian 50 buah lori sampah bagi atasi masalah ini..aikkk..macam tak percaya ajekan..
tapi itu yang mereka kata....tapi hakikatnya..gambar di bawah boleh menceritakan segalanya..


12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


AzriFotoZoom Photo Collection - Kalau singgah <b>Kuala Kubu</b>

Posted: 09 Feb 2008 07:33 PM PST

Kenapa Kuala Kubu Bharu disebut Allahyarham Sudirman dalam lagunya, Joget Kenangan Manis?

BAS lama ini kekal memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat.


KEPADA mereka yang pernah menonton filem arahan Afdlin Shauki, Baik Punya Cilok, anda mungkin masih dapat mengingati kedai pajak Tauke Wong yang menjadi lokasi penggambaran utama filem itu.

Memaparkan suasana sebuah pekan lama yang tenang dan tidak sibuk sama ada dengan orang ramai mahupun kenderaan yang lalu lalang pada latarnya, pasti ada yang memikirkan penggambaran berlangsung di bandar Taiping, Perak, yang dikenali dengan identiti sebegitu.

Sedangkan hakikatnya ia dirakam di sebuah bandar di daerah Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Bharu, yang terletak kira-kira 65 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

Bandar ini mungkin tidak menjadi sebutan ramai, namun jangan pandang enteng kekuatannya sebagai destinasi pelancongan.

Melayari Internet menggunakan kata kunci 'Kuala Kubu Bharu', beberapa laman web menyebutnya sebagai destinasi sukan ekstrem yang ideal kerana bentuk muka bumi serta landskapnya yang dilatari sungai dan air terjun.

Air Terjun Chilling dan Air Terjun Serendah antara siri air terjun yang terpeta di sekitar bandar lama ini.


AKTIVITI lasak adalah tarikan utama di sini.


Sebagai bandar yang paling hampir dengan Bukit Fraser ia turut menjadikannya sebagai transit yang popular sebelum dan selepas berkunjung ke pusat percutian tanah tinggi itu.

Bagaimanapun, itu bukanlah titik noktah kepada tarikan yang ada di sini.

Menempatkan sejarah sebuah empangan yang pecah dan mengakibatkan banjir yang teruk sehingga melibatkan perpindahan penempatan, tragedi Kuala Kubu Bharu itu dikatakan bermula dengan kisah seekor buaya putih yang dibunuh Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerah itu, Cecil Ranking.

Rentetan daripada kejadian itu, penduduk setempat merasakan Kuala Kubu Bharu dihantui sumpahan si buaya yang menurunkan hujan setiap kali pekan itu menganjurkan acara besar-besaran, termasuklah pasar malam pada setiap 9 dan 29 haribulan.

"Ia mungkin hanya kepercayaan orang dahulu yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Tetapi sebagai seorang penduduk di sini, saya secara peribadi dapat memerhatikan relevan kenyataan itu," ujar Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Perhubungan Awam, Majlis Daerah Hulu Selangor, Junainah Abdullah.

Hari ini, Empangan Sungai Selangor terbina tegap lima kilometer dari pusat bandar. Dikendalikan sebagai Projek Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), kedudukannya di kawasan tanah tinggi memberikan satu pemandangan yang memukau.

Menyaksikan takungan air yang menyerupai sebuah tasik buatan itu dari kawasan lapang di sisi lebuh raya atau dari bukit bersebelahan, anda akan dapat merasakan ketenangan terutamanya tatkala angin berhembus lembut dan dingin.

Meneroka pekan kecil yang dibina berpaksikan tapak perlombongan bijih timah ini, orang ramai akan dapat melihat bangunan-bangunan lama yang masih berdiri kukuh dan rancak beroperasi.

"Berbanding 10 tahun lalu, salah sebuah pintu masuk ke negeri Pahang ini tidak banyak berubah. Yang berubah hanyalah pertumbuhan kawasan perumahan yang semakin banyak," tambah Junainah.

Dan 'kelesuan' pekan ini dapat dilihat umpama pilihan penduduk setempat yang selesa dengan cara hidup sebegitu.

"Memang ramai yang tidak mahu suasana ini berubah. Sebenarnya, kerana suasananyalah Kuala Kubu Bharu menjadi pilihan orang filem dan pembuat iklan untuk membuat rakaman, termasuk cerita Susuk.

"Selain itu, ia pernah menjadi laluan kepada acara cabaran eko," katanya.

Turut memetakan kedudukan ialah beberapa institusi pendidikan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu, sekolah tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Akademi Bomba, sekali gus menggambarkan bandar itu sebagai lokasi yang strategik untuk pembelajaran.

Malah kalau diikutkan, selain Kuala Lumpur, Kuala Kubu Bharu adalah satu lagi nama tempat yang disisipkan dalam salah sebuah lagu dendangan Allahyarham Sudirman yang berbunyi: "Kalau singgah Kuala Kubu, tulis nama atas batu..."

Nah, siapa kata Kuala Kubu Bharu tidak menjadi sebutan?

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Ceramah Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>di Jeram</b> Padang

Posted: 28 May 2012 10:52 AM PDT

Saya menjemput teman-teman seperjuangan dan rakyat N. Sembilan untuk bersama-sama dalam siri penerangan rakyat ini. Kita berkongsi agenda yang akan dibentang oleh DSAI Demi Rakyat.

Kita yakin N. Sembilan akan menjadi negeri ke-5 Pakatan Rakyat. Sokongan rakyat berbilang kaum dan latar belakang adalah tulang belakang kemenangan rakyat di N. Sembilan. Agenda rakyat perlu menjadi keutamaan.

Tonggak Nan Sembilan Pakatan Rakyat N. Sembilan menjadi bukti komitmen pimpinan PR untuk memartabatkan rakyat di N. Sembilan.

Kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah & Kelantan adalah bukti kemampuan pentadbiran mesra rakyat yang lebih baik di bawah PR berbanding BN.

Rakyat punyai pilihan MENJELANG PRU-13 yang ternyata bijak untuk kali ini membuat pilihan suara rakyat bersama PAKATAN RAKYAT.

Selamat Mengundi

-Kamarul Baharin Abbas-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK <b>BUKIT LANJAN</b> KALI YANG KE 29

Posted: 27 Jun 2012 05:28 PM PDT

Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 24 Jun 2012 telah berlangsung acara Temasya Sukan Tahunan SKBL kali yang ke 29 bertempat di padang Desa Temuan Bukit Lanjan. Temasya kali ini telah dirasmikan oleh En. Norazman bin Jamalim YDP PIBG SK Bukit Lanjan. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk acara olahraga, sukaneka, acara ibu bapa dan pegawai kejohanan. Acara sampingan untuk mengutip dana PIBG juga diadakan iaitu cabutan nombor bertuah dan meneka biji tembikai susu. Ramai ibu bapa dan penduduk sekitar Desa Temuan telah hadir dan kelihatan sukan tahunan pada tahun ini berlangsung dengan meriah dan jayanya. Tahniah kepada adik Mikail Sarakit dan Anis Usof kedua-duanya daripada Rumah Biru kerana menggondoli anugerah Olahragawan dan Olahragawati SKBL pada tahun ini. Syabas kepada Rumah Merah kerana memenangi perbarisan terbaik serta sekalunh tahniah kepada Rumah Kuning kerana muncul sebagai rumah sukan terbaik keseluruhan. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan manakala yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.
ADMIN : Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini : guru-guru, murid, PIBG, ibu bapa dan tidak lupa juga guru-guru pelatih IPGKBM yang banyak membantu.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Tirai HiduP PelaNgi Sepi: Banjir <b>Di Batang Kali</b>

Posted: 07 May 2012 07:18 PM PDT

Views
LIPAT...pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu membersihkan Masjid As-Sajidin, Batang Kali, semalam.
pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu membersihkan Masjid As-Sajidin, Batang Kali
8/5/2012

BATANG KALI:

  Nuriah Mohamad, 59,
mangsa banjir lumpur yang menyebabkan 14 kampung terjejas teruk.
menceritakan..
Air deras merempuh rumahnya menyebabkan dinding robohnya
, anak dan cucu terkejut melihat air naik tinggi
segera ke dapur lalu memanjat tangga besi untuk naik ke bumbung.

hujan lebat tanpa henti bermula jam 1 pagi semalam
menyebabkan air Sungai Batang Kali melimpah
 lebih 150 keluarga dipindahkan
Dia yang tinggal di Kampung Genting Malik bersama lima anak dan  dua cucu perempuan berusia lapan dan 12 tahun
 kerugian besar selain tinggal sehelai sepinggang
 selepas rumah peninggalan arwah moyangnya rosak teruk akibat banjir sedalam dua meter.
SELAMAT...Paterpar Singh (depan) dan rakannya menyelamatkan kambing mereka daripada terperangkap dalam banjir, semalam.
Paterpar Singh (depan) dan rakannya menyelamatkan kambing mereka dari terperangkap dalam banjir, 

Sumber : metro

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Zara Baking: Makan malam <b>di Bangi</b>.

Posted: 02 Jun 2012 07:19 PM PDT

Salam buat teman semua.  Hari ini kami sekeluarga menjamu selera (makan malam) di Bangi.  Makan malam di belanja oleh anak ku yang kedua sempena mendapat gajinya yang pertama.  Beliau baru mendapat pekerjaan setelah tamat pengajiannya.  Makan malam ini dihari oleh kesemua ahli keluarga ku kecuali menantu sulung yang tidak dapat hadir.  Terima kasih buat anak ku Fatin.  Lain kali boleh belanja lagi...






12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


BOKSING KELANTAN: Sitkrumat no.1 <b>di Klang</b>

Posted: 18 Jun 2012 08:56 PM PDT

Apabila berjumpa dengan rakan-rakan jurulatih dan pemilik kelab Muay Thai di kejohanan Muay Thai, mereka akan kagum dengan kebolehan Kem Sitkrumat yang sering menghantar petinju baru dalam jumlah yang ramai.
Di Kem Sitkrumat, sistem talaqqi, iaitu sistem pendidikan Islam yang berkonsepkan seorang guru seorang murid masih diamalkan. Oleh sebab itu, setiap pelatih yang bercadang untuk menyertai pertandingan akan diberi latihan yang secukupnya. Dalam tempoh 3 bulan (24 sesi latihan), pelatih sudah layak dihantar untuk bertarung. Sistem ini bukan sahaja diamalkan untuk pelatih yang menyertai pertandingan, bahkan kepada semua pelatih Sitkrumat.
Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, daftarlah sekarang. Yuran penyertaan cuma RM50 dan tiada yuran bulanan. Anda boleh berlatih secara percuma selagi Cikgu masih hidup. Kem Sitkrumat terbuka kepada semua tidak kira umur dan kaum. Masa latihan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada pukul 5.00 - 7.30 petang. Pakaian bebas dan gloves disediakan kepada pelatih yang tidak mampu memiliki gloves sendiri.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Aku Budak Nerek: Ride Menaiki Bot <b>Panjang di Sungai</b> Pahang

Posted: 26 Jun 2012 07:15 PM PDT

Salam,
Dah lama aku tak bertinta. Sibuk dengan kerja serta tidak mempunyai cerita cerita yang baru. Maklum laa, kerja macam aku yang jarang jarang dapat cuti Sabtu dan Ahad nie memang tidak memungkinkan aku join dengan mana mana ride besar besar nie.

Kekadang tu jealous juga bila membaca cerita cerita diaorang yang berjaya ride ke merata pelusuk tanahaiar, dan cerita terbaru si Bunga yang berjaya ride hingga sampai ke Krabi dengan menaiki Vespa. Ishh, kalau aku dapat kerja cuti Sabtu dan Ahad, memang cepat laa bertambah nukilan nukilan aku dalam blog nie..hahaha
Kali nie aku nak ceritakan pengalaman aku ride naik bot panjang di Sungai Pahang. Yaa, bagi korang yang boring boring dan tak ada kerja nak buat kalau hari Ahad tu, dijemput turun ke Temerloh nie. Selain dari dapat jalan jalan cuci mata di pekan sehari Temerloh nie, ada satu tarikan yang bagi aku amat rugi kalau tak cuba!!
Pengalaman menaiki bot panjang meredah arus Sungai Pahang! Wachoww, memang best laa. Ditambah pulak dengan unsur unsur suspen, memang terangkat laa cerita nie. Dulu kalanya, penduduk di sini memang menggunakan bot nie untuk berulang alik menyeberangi sungai nie untuk ke Temerloh. So penduduk dari kampung seberang Temerloh akan menunggu bot yang akan membawa mereka menyeberangi sungai Pahang yang tak kurang juga besarnya nie.
Bagi penduduk kat sini, memang tak ada apa apa yang menarik pun sebenarnya. Tapi bagi korang yang tak biasa dengan pengalaman macam nie, aku suka sarankan pergilah mencuba! Tak rugi, bawaklah anak anak korang yang membesar dengan arus kemodenan tu mencuba sesuatu yang klasik macam nie.
Tak mahal pun untuk pakei bersiar siar di Sungai Pahang nie. Satu bot panjang tu boleh dichartered dengan harga RM40 untuk satu perjalanan. Ramai boleh nail, dalam lapan orang kot. So satu kepala baru kena bayar RM5 ajer. Dan pengemudi bot akan membawa anda bersiar siar di sepanjang Sungai Pahang sekitar Temerloh nie. Dapat laa korang tengok pusat ternakan ikan dalam sangkar. Bagi aku memang menarik laa!`






Bagi aku, saat yang paling best masa naik bot nie ialah sewaktu dia ambik corner, pherggh. Macam adik aku cakap, korang memang handal laa ambik corner kat Bukit Tinggi ka, Karak kaa..mai try naik bot nie dan rasa dia ambik corner. Dengan bunyi keriuk papan bot tu, memang dashat laa! Kalau korang nak lagi best, pergi laa naik bot kat Kuala Tahan sana tu...!

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


KLXPRESS - ISU KEDUA: Surat Sokongan Nurul Izzah Aktifkan <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 02:24 AM PDT

Pada 19 April 2011, Akhbar Sinar Harian telah mendedahkan tentang pencerobohan tanah Kerajaan di Wira Damai Selayang yang dikenali sebagai Kampung Sepakat Jaya. Ia merupakan tanah Rezab Batu caves (No Warta: GN 4718-30 bertarikh 17 Jun 1930). Ekoran dari itu, Pejabat Daerah gombak telah mengeluarkan Notis Pendudukan Tanpa Kebenaran di bawah seksyen 425, Kanun Tanah Negara kepada Pak Ibrahim iaitu ketua peneroka tersebut. Di atas tanah terdapat beberapa bah rumah kekal yang hampir 75% siap. Pada 23 April 2011, Ahli Majlis Pembandaran Selayang Lim Ching How telah membuat laporan tentang penerokaan tanah secara haram ini.

Kerja-krja penerokaan telah dihentikan si atas tanah tersebut selepas notis dikeluarkan. Pejabat Tanah Gombak telah menolak semua permohonan tanah di kawasan tersebut melalui Summary Rejection pada 10 Ogos 2011. Walau bagaimanapun, penerokaan tanah di kawasan tersebut kembali aktif apabila ketua peneroka menerima surat sokongan daripada ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertarikh 5 Mei 2011. Kandungan surat sokongan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu membayangkan seolah-olah tanah tersebut pasti diberi milik kepada penceroboh-penceroboh berkenaan.

Perkara ini sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Lin Ching How yang membuat aduan kali kedua pada 2 Februari 2012. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang penduduk Kg. Wira Damai turut membuat aduan kepada Pejabat Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang pada 7 Mei 2012.

Isunya di sini ialah mengapa YB Nurul izzah yang mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan di dalam kawasan Parlimen Gombak di bawah YB Azmin Ali?

Selain itu, kenapa terdapat percanggaha antara pemimpin Pakatan Rakyat tentang dasar penyelesaian setinggan di Selangor?

Rumah-rumah setinggan yang dibina bukanlah rumah kayu yang murah sebaliknya rumah batu yang mewah.

Apa yang pasti, YB Nurul Izzah tidak sepatutnya menggalakkan rakyat melanggar peraturan semata-mata inginkan publisiti  politik murahan.

Isu Pakatan Rakyat mengeluarkan surat sokongan secara semberono sepatutnya diselidik dengan lebih mendalam agar tidak berlaku salah guna kuasa.


12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


DIROGOL WAKTU TIDUR <b>DI KAJANG</b>... ISY, YER KER? - Flying Kick

Posted: 26 Jun 2012 04:00 AM PDT


KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

"Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja," katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan. (

SUMBER)

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Najib &#39;gadai akidah&#39; hadir upacara Thaipusam <b>di Batu Caves</b>, tegas <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 08:38 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak …

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Awas! Pangsapuri hantu <b>di Kuala Langat</b>

Posted: 22 Jun 2012 09:19 AM PDT



(Dr Yunus berucap dalam ceramahnya)

KUALA LANGAT: Mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di daerah ini yang didiami sejumlah pengundi.

Tetapi, apabila diperiksa, bangunan tersebut hanya ada empat tingkat sahaja.

Terdapat juga rumah di sekitar daerah ini yang mempunyai sampai 30 pemilih dalam satu rumah, kata ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus, yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, mendedahkan bahawa pemantauan daftar pemilih juga mendapati terdapat pertumbuhan pengundi baru yang mendadak di daerah itu sebanyak 17,000 orang.

Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui "Kempen SelangorKU Bersih".

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini.

Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.

Di kawasan DUN Sijangkang sahaja kata Dr Yunus, terdapat 8,000 pengundi baru, satu fenomena yang mencurigakan.

Pendedahan mengenai pengundi yang meragukan ini dibuat oleh Dr Yunus dan beberapa pemimpin Pas Selangor di ceramah "Awas Pengundi Hantu Di Rumah Anda" di Teluk Panglima Garang di sini semalam.

Turut serta di dalam ceramah tersebut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

"Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh dipertikaikan kerana siasatan dibuat kita dapati maklumatnya berbeza," kata Dr Yunus.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah mendedahkan bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencurigakan.

Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar sebagai pengundi di Selangor tetapi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindahkan ke dalam Selangor.

Pada 13 Jun beberapa kampung di Ampang membuat laporan polis dengan mendakwa, alamat rumah di kawasan mereka digunakan untuk mendaftar sampai 40 lebih pengundi.

Bagi mengenalpasti dan menjejaki pemilih yang meragukan di Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan program "Selangorku Bersih".

"Kita jalankan audit ini di setiap DUN bagi mengenal pasti pengundi yang sah di dalam senarai dikeluarkan.

"Kita ingin melihat hak mengundi ini hanya diberikan kepada mereka iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar," Dr Yunus berkata di dalam ucapannya.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved