ads

Selasa, 12 Februari 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:45 AM PST


Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. 

Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. 

Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'.

 IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian


Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'? OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim

Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Selangor</b> (PKNS)

Posted: 08 Feb 2013 03:50 PM PST

Kekosongan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
1. Pegawai Undang-undang Gred L41
2. Pegawai Pertanian Gred G41
Tarikh Tutup: 16 Februari & 9 Mac 2013

Klik Untuk Maklumat Lanjut

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Kuasa Kasih Sayang: Pengedar Sah SHAKLEE <b>Di Puchong</b>

Posted: 17 Jan 2013 07:02 PM PST

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dah lama erna tak menulis blog pukul2-3pagi. Dulu masa tengah study,masa tengah mengandungkan iman, masa erna berada di tahun akhir pengajian UniMAP, erna selalu menulis blog lewat pagi. Kadang tu, lab report tak siap lagi..kalau dah bosan, mulalah blog walking sana sini dan masa tu jugak idea mencurah-curah nak menulis di blog sendiri. Harini mata tak mengantuk lagi walaupun esok pagi nak bangun pagi ke tempat kerja. Menghabiskan sisa-sisa beberapa hari sahaja lagi nak bekerja dibawah arahan bos. huhuhu. Bermula bulan depan, erna akan duduk rumah dan apa yang membahagiakan..erna boleh lihat iman membesar sepanjang masa depan mata erna. Seronok betul! Seronok juga sebab erna boleh uruskan OhShawl dan SHAKLEE =)
Jika di entry INI erna pernah ceritakan tentang OhShawl, entry kalini..erna nak bercerita tentang SHAKLEE pula. Memang sebelum ni tak pernah langsung erna berkongsi atau bercerita tentang SHAKLEE sehinggalah erna sendiri gunakan produk ini dan dapat kesan baik serta hasil yang sangat memuaskan hati selepas gunakan produk SHAKLEE. Pertama kali erna gunakan produk SHAKLEE, erna beli SET B. Iaitu set penyusuan asas. Masa tu, umur iman lebih kurang 2bulan setengah. Secara jujur, erna memang tiada masalah penghasilan susu. Alhamdulillah syukur. Jadi, kenapa erna beli vitamin SHAKLEE ni? Erna mula tertarik untuk beli vitamin SHAKLEE sebab erna nak pastikan iman dapat susu terbaik dari erna. Sedia maklum, pemakanan seharian kita belum tentu cukup semua zat yang di perlukan tubuh. Selain dari tu, erna yakin pengambilan vitamin ni juga penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita sendiri. Alhamdulillah..selepas erna mengikuti jadual yang ditetapkan, kualiti susu dan kuantiti susu erna cukup menggembirakan. 
Beberapa bulan selepas itu, erna mula makan vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit pula. Biasalah dalam tempoh 9bulan mengandung, perubahan hormon yang berlaku buat kulit muka erna ada naik sedikit jeragat. Alhamdulillah..penggambilan vitamin SHAKLEE ini juga mampu menghilangkan kesan jeragat pada kulit wajah erna. Bila erna dah guna dan dah dapat KESAN BAIK, mula terfikir untuk berkongsi kebaikan vitamin ini dengan semua. Mula-mula makan vitamin ini. Lepas dapat kesan yang baik, kini menjadi pengedar pula. Ada banyak vitamin dipasaran sekarang ni. macam-macam vitamin atau makanan tambahan yang ada. Kenapa dan mengapa erna pilih SHAKLEE?
Ini adalah sangat penting untuk kita yang beragama islam. Isu halal atau haram sesuatu produk memang perlu dititik beratkan. Jika anda ragu-ragu, boleh semak di http://www.halal.gov.my/v3/
2- Antara Syarikat Vitamin yang Lama di Pasaran.
Penghasilan produk SHAKLEE adalah dengan menggunakan produk semulajadi yang sememangnya selamat untuk pengguna. Erna sendiri telah dapat kesan yang baik hasil daripada pengambilan vitamin secara teratur.
3- Harga Produk yang Berpatutan Setanding dengan Kualiti.
Bagi anda yang sangat mementingkan kualiti, ini adalah produk terbaik untuk anda. Pada asalnya kita akan rasa produk ini mahal. Tapi, jika kita dah makan vitamin SHAKLEE dan dapat kesan yang memang terbaik, kita akan rasa harga vitamin ini sangat murah jika nak di bandingkan dengan kualiti serta kesan baik yang kita perolehi.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini dengan cara pembelian secara online. Erna akan pos ke alamat anda =)
Jika anda terus ke HQ untuk membeli vitamin SHAKLEE, anda masih boleh membeli vitamin hebat ini pada harga ahli dengan menggunakan ID 908806. 
Nama: Erna Nordiana Zamri
Call / WhatsApp : 013-3357696
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
*semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat

12 di ulu kelang - Google Blog Search

2 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Tanah Untuk <b>Di</b> Jual Dalam Kawasan <b>Hulu</b> Selangor Dan Lembah <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 04:07 AM PST

Description

Senarai Tanah Untuk Di Jual Dalam Kawasan Hulu Selangor

1.HULU RENING, BATANG KALI (2 ekar) TANAH DUSUN. Lapisan ketiga dari jalan besar.Ada jalan sampai ke tanah. Dekat dengan kemudahan api dan air.Pokok buah pelbagai cth.durian,rambutan,cempedak,pulasan dan lain-lain.Selang beberapa lot daripada tanah akan dibangunkan sebuah kawasan untuk tujuan perumahan dan komersial. REZAB MELAYU 99 TAHUN. Harga RM90 ribu seekar(runding) ADA 2 LOT.

2.HULU RENING,BATANG KALI (6 ekar). KEBUN GETAH.Jarak dari jalan besar dalam lingkungan 2km hingga 4km. Jauh dari kemudahan api dan air.Ada jalan sampai ke tanah.
REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM70 ribu seekar(runding).
ADA 2 LOT.

3.HULU TAMU,BATANG KALI. (21.986 ekar). DUSUN DURIAN.
Terdiri dari 5 lot tanah yang bercantum. Ada sungai
dalam tanah.Untuk jalan masuk perlu buka simpanan jalan untuk ke tanah.Kemudahan api dan air dimasa akan datang tiada masalah kerana bersebelahan tanah akan dibangunkan KEM PLKN. Dijangka KEM PLKN beroperasi pada Januari 2014.REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM90 ribu seekar (runding).

4.BUKIT TAMU,BATANG KALI (1.8 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN DAN KOLAM IKAN. Ada jalan masuk sampai ke tanah.Tiada
kemudahan api.Sungai mengalir ditengah-tengah tanah.
Di atas tanah ada sebuah rumah batu(rumah rehat).
Kedudukan rumah dan kolam ikan ditengah-tengah di
kelilingi oleh dusun buah-buahan.Ada 4 kolam ikan
Talapia Merah yang dijaga dengan baik.Anggaran hasil
jualan ikan boleh mencecah RM10 ribu sebulan.
REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM460 ribu keseluruhan
(runding).

5.BUKIT TAMU,BATANG KALI (2 EKAR).DUSUN BUAH-BUAHAN.Ada jalan masuk sampai ke tanah. kedudukan tanah rata dan sedikit landai.tiada kemudahan api.Ada sebuah ruah rehat.Mempunyai 3 punca air dari Hutan Simpan Bukit Tamu. Ada 2 buah kolam tetapi tidak dijaga dengan baik.REZAB MELAYU 99 TAHUN.harga RM360 ribu keseluruhan (runding).

6.BATANG KALI (3 ekar). DUSUN DURIAN. Ada jalan masuk
sampai ke tanah.Tiada kemudahan api tetapi ada sungai
melalui tanah.REZAB MELAYU KEKAL. Harga RM90 ribu
seekar(runding).

7.HULU YAM LAMA,BATU 30 (2 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN. Ada kemudahan api dan air. Tanah rata.REZAB MELAYU KEKAL.Harga RM270 ribu keseluruhan(runding)

8.HULU YAM LAMA,BATU 30 (3 ekar).KEBUN GETAH. Jalan sampai ke tanah(separuh tar dan separuh tanah merah). Tidak ada kemudahan api. Ada punca air (tali air). tanah rata dan sedikit berbukit. REZAB MELAYU KEKAL. Harga RM140 ribu keseluruhan(runding)

9.RASA,TAMAN RASA TAMBAHAN (2.6 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN Jalan sampai ke tanah.Tidak ada kemudahan api. Ada sungai kecil melalui tanah.tanah landai.
PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA.
Harga RM240 ribu keseluruhan(runding)

10.RASA,SEMERPOH (1 ekar). Terletak antara jalan dari
Pekan Rasa ke Bukit Beruntung. Ada jalan ke tanah.
Tiada punca api dan air.Tanah berbukit.
REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM60 ribu seekar(runding)

SENARAI TANAH UNTUK DI JUAL DI KAWASAN LEMBAH KLANG

1.DENGKIL (2.5 ekar). TANAH KOSONG dan ada sungai.Sesuai untuk pertanian,rumah sewa dan rumah kediaman.Berdekatan dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).Status Tanah REZAB MELAYU KEKAL PERTANIAN.Harga RM190 ribu seekar(runding)

2.MERU KG.BUKIT CERAKAH,KLANG (3 ekar). TANAH KOSONG TEPI JALAN BESAR. STATUS PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA.BERDEKATAN BANDAR PUNCAK ALAM < 7 Km. Harga RM500 ribu seekar(runding)

3.JALAN GOMBAK BATU 4 (5 ekar).TEPI JALAN. STATUS
PEGANGAN KEKAL PERTANIAN.Harga RM180 sekaki(runding).

4.JALAN GOMBAK BATU 4 (1.5 ekar). TANAH KOSONG TEPI JALAN.STATUS REZAB MELAYU KEKAL PERTANIAN. Harga RM230 sekaki(runding)

5.SG.LONG KAJANG (7.77 ekar).TEPI JALAN bukit landai.
STATUS PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA, BANGUNAN.
HARGA RM40 sekaki(runding)

Bagi anda yang berminat untuk mendapat detail lanjut tanah
yang berkenaan, sila emel atau smskan emel anda
ke 0176548878 atau mdalff0@gmail.com

Incoming search terms:

  • rumah untuk dijual batang kali 2013 (4)
  • rumah untuk dijual di hulu selangor 2013 (2)
  • perniagaan untuk dijual di batang kali (2)
  • rumah untuk dijual hulu selangor (2)
  • rumah untuk dilelong di meru klang 2013 (1)
  • rumah untuk dijual sungai besar di pejabat daerah sungai besar selangor (1)
  • rumah untuk dijual lembah klang (1)
  • rumah untuk dijual kawasan klang 2013 (1)
  • rumah untuk dijual direct owner di selangor (1)
  • rumah untuk dijual di taman kaloi selangor (1)

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Datuk Sosilawati Masih Hidup - Tertuduh | TeminFM Blog

Posted: 15 Jan 2013 04:25 PM PST



SHAH ALAM – Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia melihat seorang wanita yang didakwa sebagai Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas jutawan kosmetik terbabit dikatakan mati dibunuh.

Kathavarayan, 32, berkata, dia hanya mengetahui wanita itu merupakan Sosilawati selepas diberitahu oleh bekas majikannya, N. Pathmanabhan, 43, ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas berjumpa dengan rakan-rakan bekas peguam itu di sebuah restoran pada petang, 7 September 2010.

Bagaimanapun, kata tertuduh itu, pada masa tersebut wanita terbabit berambut pendek dan berbeza dengan Sosilawati yang dilihat pada kali terakhir datang ke Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 yang berambut panjang.

Terdahulu, Kathavarayan yang disoal peguam yang dilantik mahkamah Hasshahari Johari Mawi berkata, pada hari kejadian dia diminta Pathmanabhan membawanya ke sebuah restoran di Tanjung Sepat.

"Saya diarah tunggu di dalam kereta dan Pathmanabhan kemudian makan dan bersembang dengan rakan-rakannya dengan agak lama," katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Dakwa Kathavarayan atau nama panggilan Ravi, semasa berada di dalam kereta dia tidak dapat melihat dengan jelas rakan-rakan Pathmanabhan kerana berada dalam jarak kira-kira 12 meter hingga 13 meter sehingga ada antara lima dan enam orang termasuk seorang wanita pergi ke kenderaan masing-masing.

"Dalam perjalanan pulang saya tanya Pathmanabhan siapa wanita di restoran, dia cakap itulah perempuan yang datang ke ladang tempoh hari.

"Saya tanya dia nampak lain, rambut pendek tetapi Pathmanabhan cakap itu merupakan perempuan yang sama (Sosilawati)," katanya.

Wanita itu jelas Kathavarayan menaiki kenderaan seperti jip bersama seorang lelaki yang berkemeja lengan panjang namun tertuduh mendakwa tidak pernah melihat lelaki tersebut.

Kathavarayan juga memberitahu, itu merupakan kali terakhir dia melihat wanita berkenaan.

Kathavarayan kemudian diberi sekeping gambar Sosilawati untuk pengecaman dan bekas pekerja ladang itu mengaku itu merupakan wanita yang dilihatnya di restoran cuma berbeza kerana berambut pendek dan berpakaian perempuan.

Kathavarayan bersama Pathmanabhan selaku tertuduh pertama manakala Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, masing-masing tertuduh kedua dan ketiga kini pada peringkat pembelaan.

Mereka kini membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Sementara itu, pada awal keterangan, Kathavarayan berkata, dia ada terdengar Pathmanabhan mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh pemandu Sosilawati iaitu Kamarudin atas arahan wanita itu sendiri.

Dakwa tertuduh, perbualan itu didengar di luar bilik karaoke di belakang ladang selepas Pathmanabhan selesai berbincang dengan Sosilawati di dalam bilik tersebut.

Ketika keluar dari bilik berkenaan, muka Sosilawati kelihatan muram manakala Pathmanabhan dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke keretanya.

Keesokan harinya, pada petang 31 Ogos 2010, Kathavarayan berkata, semasa pulang dari pekan Banting, dia ada ternampak Thilaiyalagan dan Matan sedang membakar orang-orang yang dibunuh di satu lokasi pembakaran di belakang ladang.

"Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang?," tanya peguam sebelum Kathavarayan menjelaskan; "Seorang pemandu, seorang peguam Melayu dan juga seorang yang saya tidak kenal, saya tidak lihat muka."

(Sumber Dari KOSMO! 16/01/2013)

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


MASJID AT-TAQWA BUKIT <b>KAPAR</b>: Perempuan India Aksi Protes <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 06:10 AM PST


 

Ini contoh dan pelajaran bagi siapapun yang menentang dan membenci syariat Islam dan seluruh
perintah-perintah Allah SWT. Sekumpulan wanita di India melakukan aksi protes dengan mencoba
membakar jilbab yang sengaja mereka bawa. Namun, apa yang terjadi, Allah SWT., mengadzab wanita ini dan membakarnya di dunia. Api membakar tubuh wanita tersebut. Allahu Akbar!

Dalam sebuah tayangan video yan telah tersebar luas di Youtube, yang diposting oleh Moslim Mowahed, terlihat sekelompok perempuan India melakukan aksi protes terhadap jilbab atau hijab, pakaian yang diwajibkan oleh Allah SWT., kepada Muslimah (wanita Muslim). Perempuan- perempuan India ini, mengenakan pakaian tradisional India (Sari) terlihat di atas tandon (tempat penampungan) air yang cukup tinggi dan mulai berteriak-teriak memprotes hijab atau jilbab. Tak lama kemudian, nampak seorang dari mereka, dibantu rekannya, langsung meletakkan jilbab hitam yang sudah dipersiapkan, menyiramkan bensis, dan lalu membakarnya. Apa yang terjadi, si perempuan itu yang ternyata langsung membara. Api menjilat seluruh tubuhnya. Si wanita ini
pun langsung turun dengan kobaran api yang sudah menyelimuti seluruh tubuhnya. 
Laa haula wa laa quwwatailla billah. 

Sementara satu wanita lain pun terbakar dengan api yang menyala-nyala dan masih berada di atas tandon.Teriak dan jerit histeris bersahutan keluar dari para peserta aksi yang sebagian besar wanita  India dan ada juga pria dengan memakai pakaian khas agama sikh. Menurut informasi yang ada di video di Youtube yang diposting pada hari Ahad, (03/02/2013) ini, si wanita tadi adalah seorang guru dari Punjab yang akhirnya tewas mengenaskan dalam insiden konyol tersebut. Sekali lagi, tayangan video ini adalah sebuah contoh dan pelajaran bagi siapapun yang menghina, menentang, dan memerangi syariat Allah SWT.,termasuk hijab atau jilbab, maka AllahSWT., pasti akan mengadzabnya, di dunia, apalagi di akhirat nantinya. Allahuakkbar

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Manjung Mari: Kerusi Dun <b>Pasir Panjang</b> - Umno Lumut nganga <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 07:48 PM PST

Ha ha ha apo nak dikato, bukan rezeki kita... kesian Dr Azizah, Kesian kat Cikgu Rashidi,, kesian kat Rosli Yaakob orang kuat Dr Awang Adek... masing-masing dah duk pasang angan-angan di antara mereka bertiga nak merasai tahkta kerusi Dun Pasir Panjang...

Tup-tup.....


Tengahari semalam aku sempat tengok berita tv3 jam 1.30 tgh,,kat rumah adik aku di Sungai Acheh Nibong Tebal,,  keluar muka haprak ni...

Aku tak dengar apa isi tajuk cerita,,, yang aku duk nampak keluar tulisan kat bawah slot berita kaki,, kerusi Dun Behrang dan Pasir Panjang.....
Balik rumah,, cuba-cuba cari balik, apa isu sebenar....rupa-rupanya... wooii ada tawar menawar, kowtim,,, yang sebelum ini rakyat diluar tak tau cerita.... ini kerja Zambry...

Boleh baca sepenuhnya 
Klik Sini...


Keling Mic lebih ceredik dari anak mamak pangkor woiii.. sekadar jawatan senator apa ke benda,, habis tempoh 2 penggal habislah,,, kerusi kouta mic dah hilang,, mana boleh jadi...

Apa cerita.., nampak gayanya,, Umno Pasir Panjang jadi melukut ditepi gantanglah.... nanti pakat-pakatlah jadi pencacai mic jadi petugas peti undi,,, dapatlah upah Rm50 sorang,,,penat berjuang siang malam,,,hasilnya tetap hak mic,,, 

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Khalid Samad : Tiada Kelab Malam <b>Di Shah Alam</b>

Posted: 08 Feb 2013 03:41 AM PST

SHAH ALAM 8 FEB : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat membenarkan pembukaan kelab malam di negeri ini.

Sebaliknya, beliau berkata, pusat hiburan yang didakwa menawarkan perkhidmatan kelab malam itu hanyalah merupakan sebuah restoran yang dibuka daripada jam 8 malam sehingga 12 malam.

"Ianya sama seperti 'The Ship' atau 'Hard Rock Cafe' dan boleh dikunjungi oleh sekeluarga.

"Kami sudah mengadakan lawatan dan mendapati tempat tersebut bukanlah kelab malam seperti didakwa sebelum ini," jelas Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya petang tadi.

Bagaimanapun, Khalid mengakui restoran tersebut menawarkan minuman keras dan berkeadaan gelap.

"Namun mereka sudah mendapatkan lesen daripada pihak kastam untuk menjual 'hard liquor' di premis mereka," ujarnya lagi.

Khalid juga menegaskan bahawa premis tersebut terletak di Setia Alam, dan bukannya Shah Alam seperti didakwa sesetengah pihak.

Setia Alam merupakan kawasan perbandaran baru yang berbeza dengan Shah Alam, di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - Cepat Atau Lambat Bubar DUN, UMNO <b>Hulu</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 04:10 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Cepat Atau Lambat Bubar DUN, UMNO Hulu Selangor Sentiasa Siap Siaga

Oleh: Azlina Rosdy

BATANG KALI, 8 Feb  – UMNO Hulu Selangor sentiasa bersedia untuk terus mempertahankan kesemua Dewan Undangan Negeri termasuk Parlimen tanpa menghiraukan sama ada kerajaan Selangor mahu membubarkan DUN negeri lebih awal dari kerajaan pusat.

Menurut  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, sejak 2008 lagi gerak kerja tersusun telah diatur bagi menunjukkan komitmen tinggi UMNO dan BN dalam membela nasib rakyat.

Tambah beliau program berterusan dilakukan sebaik mungkin kerana UMNO dan BN bukan membela nasib rakyat mengikut musim dan kerana program berterusan ini jugalah UMNO amat yakin untuk terus diberi mandat oleh rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor.

Jelasnya lagi, sekiranya Menteri Besar Selangor tetap dengan keputusannya untuk membubarkan DUN awal daripada pembubaran Parlimen, BN di Selangor tidak gentar kerana telah bersedia sejak awal lagi untuk menghadapi pilihan raya.

"Kita di sini sudah bersedia sekiranya Menteri Besar tetap dengan keputusannya itu. Sebenarnya bagi saya, Kerajaan Negeri takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Selangor awal.

"Mereka ingin menutup isu rakyat yang semakin memberontak. Walaupun sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan hanya akan membubarkan DUN selepas Mac 2013 namun dek kerana takut mereka mengambil keputusan bubar awal.

"Kita tak ada masalah. Awal ke cepat ke kita memang sudah bersedia untuk membantu BN kembali berkuasa di Selangor. Apa yang pasti kita memang hanya menunggu masa dan ketika untuk melaksanakan tanggungjawab kepada parti," jelas Mohd Isa yang juga merupakan ADUN Batang Kali. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 8 February 2013 8:10 PM

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Ceramah anjuran PAS <b>di Kuala Langat</b> <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2012 09:30 PM PST





   
    Sumber di sini

200 Sertai Kayuhan BES Jelajah Selangor <b>Kuala Langat</b>

Posted: 08 Feb 2013 10:58 PM PST

KUALA LANGAT 9 FEB : Lebih 200 peserta hari ini menyertai Kayuhan Basikal Belia Ehsan Selangor (BES) Jelajah Selangor dari Pantai Morib ke Telok Panglima Garang.

Program anjuran Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri tersebut merupakan kesinambungan kepada Program Jelajah Futsal yang diadakan pada tahun-tahun sebelum ini oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, selain membawa kelainan kepada warga belia pada siri tahun ini, program berbasikal itu juga diharap dapat menarik penyertaan yang lebih menyeluruh.

"Ia juga merupakan usaha untuk membolehkan rakyat khususnya golongan belia untuk mengenali Selangor dengan lebih dekat.

"Program dijalankan secara santai agar peserta dapat menikmati keindahan pemandangan negeri ini di samping mempromosikan cara hidup yang sihat," kata Dr Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang.

Program anjuran bersama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) pada pagi ini juga merupakan Siri Kedua Kayuhan BES selepas Siri Pertama diadakan di Kuala Selangor, minggu lepas.

Pagi ini, peserta berkayuh sejauh 40 km dari Pantai Morib dan hingga ke Tapak Pasar Malam, Taman Datok Hormat, Telok Panglima Garang.

Sementara itu, salah seorang peserta, Masran Hassan 48, memuji program tersebut yang sangat bermanfaat dalam membentuk sahsiah diri yang baik untuk golongan belia.

"Saya harap para belia dapat mengambil peluang ini kerana aktiviti sebegini mampu meningkatkan semangat persepakatan antara mereka.

"Ini juga dapat mengelak para belia daripada menyertai aktiviti kurang sihat yang merugikan mereka," kata peserta yang aktif menyertai kelab berbasikal ini.

Turut hadir dalam program pagi tadi ialah Penyelaras DUN Morib, Hasnul Baharuddin.

Minggu hadapan, program Kayuhan BES Jelajah Selangor Siri Ketiga akan dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pendapat Anda

Pendapat

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved