ads

Ahad, 25 Mac 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Ummi Iman: Ambil voucher <b>di</b> Jaya Jusco <b>Bukit Raja</b>

Posted: 19 Mar 2012 12:00 AM PDT

Mood kurang baik dari semalam. Sekarang baru ok. Berperang dengan perasaan sendiri :(
Semalam keluar pergi Jaya Jusco Bukit Raja cari pakaian untuk Iman. Dia dah semakin membesar... seluar dan baju pun dah singkat. Sebelum shopping pergi kaunter Jcard. Masa tu nombor 1309 dan nombor giliran saya pula 1352. Walaupun mood kurang baik tapi masih sabar menunggu. Malas nak datang banyak kali. Dah 2 sms dari Jaya Jusco diterima mengatakan point saya nak expired. Jadi tunggu jelah.. walaupun nombor banyak tapi disebabkan banyak nombor tiada orang maka proses menunggu jadi cepatlah sikit.
Bila sampai dikaunter kata nak check point. Kebetulan kad pun dah expired ;) tak perasan. Jadi renew kad sekali. Ada offer renew untuk 3 tahun RM24. Biasanya renew setahun RM12. Oklah save RM12 plus dapat extra point 200/2000 lupalah pula. Setelah di check maka dapat voucher RM30.00. Saya tanya ada point yang nak expired tak? dia kata ada 1000 point nak expired bulan 4. Jadi campur point yang baru dapat tadi terima lagi voucher RM20. Jadilah RM50 semuanya. Kemudian baru shopping untuk pakaian Iman. Habislah RM100 lebih. Kebetulan ada sales. Jimat sikit kalau tak mungkin lebih lagi... ;)
Voucher yang diterima. Sempat snap guna hp masa di kaunter.
Ada sedikit info mengenai J CARD. Baca di bawah.
AEON UNVEIL THE NEW BRAND NAME & TAGLINE "AEON ENRICHING YOUR LIFESTYLE"
03 MARCH 2012
To the entire one million J CARD holders, their member cards will be upgraded to the new AEON Member Card that retains some of the previous J CARD benefits plus some added new ones. All existing accumulated points will be transferred to the new AEON Member Card. Members can replace their card at the AEON Member Card Customer Service Counter for FREE starting from 15 March 2012 – 30 April 2012. Nonetheless, new members can enjoy a new fee rate at RM24 for a 3 years membership.  http://aeonretail.com.my/press_id120308.html

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


PAS Kuala Selangor: Terima Kasih Rakyat <b>di Kuala Selangor</b>

Posted: 18 Mar 2012 07:48 PM PDT




ATURCARA KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

TARIKH: 25 MAC 2012
MASA: 7.00 pagi – 12.00 malam
TEMPAT: STADIUM KUALA SELANGOR

7.00am - 8.30am :
- Program Senamrobik

8.30am - 12.30pm :
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Sukan Tradisional
- Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak
- Pertandingan Bayi Sihat
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pertandingan Hiasan Kek
- Pertandingan Jahitan
- Acara Memanah

11.30am - 12.00pm :
- Cabutan Bertuah

- Kuiz Selangorku bersama DJ Mansor

12.00pm - 2.00pm :
- Sesi bersama Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

2.00pm - 2.30pm :
- Kuiz Selangorku bersama DJ Mansor

2.00pm - 3.00pm :
- Sesi Demonstrasi Masakan Bersama Chef Selebriti Yang Jamil

2.30pm - 5.00pm :
- Konsert Mini artis popular Fify Emielia, OAG & Sixth Sensebersama Buddi Hekayat, penulis lirik lagu Awan Nano.

5.00pm - 7.00pm :
- Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan SriDato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.
- Persembahan Tarian Tradisional Berbilang Kaum
- Lion Dance (Juara Dunia Lion Dance)
- Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri: Silat dan Silambam

7.00pm - 7.15pm :
- Cabutan Bertuah

7.30pm - 8.30pm :
- Majlis Kesyukuran Rakyat: Solat Maghrib berjemaah, Tahlil &Solat Hajat berjemaah.

8.45pm - 11.45pm :
- Tayangan Video Montaj "Terima Kasih Rakyat"
- Rapat Rakyat bersama YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan SriDato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk SeriHaji Hadi Awang & YB Lim Kit Siang.

11.45pm - 12.00am :
- Cabutan Bertuah

12.00am :
- Bersurai

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

5.00 PM : Kehadiran Jemputan & Persembahan Kebudayaan

5.30 PM : Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor & Isteri

5.45 PM : Nyanyian Lagu Negeri Selangor & Negaraku

6.00 PM : Bacaan Doa

6.15 PM : Ucapan oleh YB Ronnie Liu

6.30 PM : Ucapan Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor
6.50 PM : Pelancaran dan Persembahan Nyanyian Lagu Selangorku

7.00 PM : Jamuan

7.30 PM : Solat Maghrib Berjemaah

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Taman Intan Baiduri Fasa 1&2

Posted: 06 Mar 2012 04:03 PM PST

same-same..cth surat..lebey kurang mcm ni...ni reka sendiri je

xxxxxx
xxxxx
xxx
---------------------------------
sepang megah
xxxxxx

PER: PERMOHONAN GANTI RUGI DENDA LEWAT SERAH KUNCI (LAD)

Merujuk kepada perkara diatas, saya merupakan salah seorang pembeli hartanah pihak pemaju di Taman Intan Baiduri, Salak Tinggi, Sepang. Di bawah ini saya sertakan butirannya.

JENIS HARTANAH: RUMAH TERES 1 TINGKAT
PROJEK: TAMAN INTAN BAIDURI-FASA 2
NO PT: 3050
NO H.S.(M): 3441
PERJANJIAN JUAL BELI: 30 OKTOBER 2009

Mengikut apa yang tertera di dalam perjanjian jual beli, pihak pemaju sepatutnya menyerahkan kunci rumah kepada pembeli yakni saya, selepas 2 tahun dari tarikh perjanjian itu. Ini bermakna selepas 2 tahun perjanjian jual beli tersebut iaitu 30 Oktober 2011, dan pembeli akan mendapat kunci rumah pada 29hb Oktober 2011. Namun pihak pemaju gagal memberikan kunci pada tarikh tersebut.

Di dalam perjanjian jual beli itu juga, klausa 22.2 yang menyatakan, sekiranya pemaju gagal menyerahkan kunci selepas 2 tahun dari perjanjian jual beli, maka pihak pembeli berhak membuat tuntutan ganti rugi seperti termaktub di dalam perjanjian itu.

Dengan ini saya ingin memohon kepada pihak tuan/pemaju agar dapat membayar ganti rugi tersebut kepada pembeli/saya berdasarkan pengiraan di dalam perjanjian jual beli tersebut iaitu dari 29hb Oktober 2011 sehingga 27hb Februari 2012.

calculation 10% x(harge rumah) x (baper hari lewat/365= jumlah yg akan dpt
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya baru kol sepang megah td..depa ckp salah bagi tarikh surat..surat serah kunci yg sy dpt tarikh 27/2/12..depa ckp silap buat tarikh patut 3/1/12..ikut last bill..depa back dated...feel something fishy

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Terlalu Menyibuk Hal NFC..., Banjir <b>Di Ampang</b>...? - Tulisan Blog <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 10:31 PM PDT

Banjir kilat yang melanda Hulu Langat dan Ampang mendedahkan kelemahan dan ketidaksungguhan Pakatan Rakyat untuk menjalankan tugas mereka selaku penyandang jawatan Wakil Rakyat di kedua-dua kawasan tersebut.

Kelambatan dan ketidakpekaan Pakatan Rakyat bertindak membuktikan, Pakatan Rakyat memang tidak pernah peduli dengan kebajikan rakyat, kecuali hanya untuk beretorik untuk mendapatkan undi semata-mata.

Lembah Jaya Utara merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, apabila berlaku tanah runtuh dan kerosakan kediaman yang teruk. Pada malam kejadian, pihak pertama yang muncul dan menghulurkan bantuan adalah UMNO Ampang yang diketuai oleh Dato' Ismail Kijo dan Ketua Pemudanya, Safarizul Mustafa.

Manakala Zuraidah Kamaruddin dan ADUN Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz tidak muncul-muncul...

Hanya pada keesokan harinya, barulah Pakatan Rakyat Ampang mengumumkan tentang bantuan, tempat penempatan selain beretorik dengan gambar-gambar yang kononnya dapat meyakinkan orang ramai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mengambil berat tentang rakyat yagn mereka wakili.

Hakikatnya, bantuan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sekadar untuk dipaparkan di dalam media-media milik mereka. Bantuan susulan, tidak dilakukan dan Pakatan Rakyat terlalu berharap, gambar-gambar yang dipaparkan dalam lakonan mereka akan membolehkan penduduk di Ampang dan Hulu Langat tidak terpengaruh dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam konteks bantuan yang diberikan kepada orang ramai di kedua-dua daerah tersebut.

Pada malam kejadian, iaitu pada 8 Mac, antara kawasan yang turut terjejas ialah Kampung Sungai Puteh. Sebuah rumah dilaporkan hampir dihanyutkan oleh arus deras sungai tersebut.

Sebaik sahaja mendapat berita, para pemimpin UMNO Ampang bergegas ke tempat kejadian walaupun hujan turun dengan lebat. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan mangsa sekalipun basah kuyup dan keletihan.

Tidak ada satu kelibat Pakatan Rakyat pun kelihatan pada malam itu. Hanya setelah mengetahui UMNO Ampang turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang terbabit sehingga lewat subuh, pagi esoknya barulah Pakatan Rakyat menerusi Khassim Abdul Aziz mengumumkan tentang rancangan bantuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Ampang.

Manakala Zuraidah Kamaruddin yang lebih sibuk dengan National Feedlot Corporation dan majlis pertunangan anak Perdana Menteri pula, langsung tidak bersuara, apatah lagi kelihatan di Lembah Jaya Utara.

Baca seterusnya..., klik sini

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Ada Apa <b>di</b> Restoran Jejantas R&R <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 19 Mar 2012 04:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sambil-sambil makan, maybe yang bawa bekal, boleh gak baca newspaper kat sini ya. Kerepek pun ada dijual, di samping, buku-buku yang bercirikan agama. Opppsss terlupa kat R&R Jejantas Sungai Buloh ni ada Baskin ...

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


DUNIA PUANSTOBERI: Corat Coret Course <b>di Morib</b> (2)

Posted: 01 Mar 2012 09:30 PM PST

Oke. Dah abis paintball tu kiterang buat highrope lak.
Ada 7 halangan. Mula2 pikir mmg cam tak bleh la. Tambah lagi yg takde pemegang tu. Grrr... tp aku saja nak buat awal. Abis citer. Takde la nak berdebar2 sgt kan. Join grup lelaki yg buat.
Paling mencabar adalah yg cam buaian ni. Tau je lah kaki cumil kan. Patut tak perlu buh dedua kaki atas tu, tp da jadi terbuai2 atas tu. Huwaaaaa.........



Akhir skali adalah flying fox. Tu takde masalah kot. Penah buat gak masa induksi dulu. Tp tinggi tak tinggi sgt la high rope ni. Aku rasa lagi gayat time aku buat canopy walk kat Poring tu. Lagi gigil rasa nak pusing balik.
Sokay la. Rest jap. Makan2. Ready utk kayak plak. Ni mengong. Sian kat Iza blkg aku. Kayak asik ke tebing je. Huhu

Settle tu kiterang dpt lagi satu task. Ecochallenge katanya.  Ikut grup lah.
Kena berenang amik sebijik buah tembikai (2 org).
 Lepas tu kena berkayak. Bawak temikai tu
 Dah abis, simpan kayak, meniti batang pinang plak. Bawak temikai tu gak.
 Lps tu kena lompat bintang, da siap kena merangkak atas pasir.
 Then kena tanam dugong - sorang lelaki la timbuskan.

And last skali makan temikai yg duk bawak tu.
 Owhh... abis tudung Ariani ku kena bola paint ball. Uhuks. Jadi belasahan je lah pas nih.
Kena makan smpai abis tinggal yg putih tu. Aku mmg tak makan yg tu. Jadi, bagi je ke orang lain perabiskan. Tak geli2 dah. Sbb kira adik badik je. Huhu.
Settle menda tu pun da nak senja. Malam tu kena siap2 utk dinner. Seme da mcm lembik dah. Patut ada persembahan kumpulan, tp urus setia sian kat kiterang, tak buat pun.

Dinner adalah bes. Ada bbq kambing bakar bagai. Mula2 nak buat kat luar. Dah siap dah ni pihak hotel buh bufet, tapi, malam kat situ bau adalah semerbak. Bau apa?? ce google area Morib ada pencemaran bau apa waktu malam. Sapa selera kan?. So, our KP mintak tukar tpt, masuk dlm dewan.

Esuknya ada xtvt grup lagi. Tp combined 2 grup. Explorace plak. Carik menda2. Yg tak tahan tu, kena carik seorang security (ha..ni grup kiterang dpt), then carik cicak, cacing, lipas (ni kiterang tak dpt). Sbb kiterang berjaya bawak security maka kiterang menang. Huuhu.
Dan sesi akhir. Penyampaian hadiah dan tangkap gambar ramai-ramai. 

Apa pun... mmg bes course camni. Dah lama tak buat xtvt camni. Walo badan2 sakit2, tp pengalaman yg dpt mmg bes....

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


AkU YaNTy: CAMPING <b>DI ULU YAM</b> WATERFALL Wit STACY <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 09:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]CAMPING DI ULU YAM WATERFALL Wit STACY & FAMILY & FRENZ 03.02.2012 - 05.02.2012. Posted by AbbYanTy at 9:37 AM. 0 comments: Post a Comment · Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom) ...

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


PAS Pertikai Kehadiran DS Najib <b>Di Batu Caves</b>, Nik Aziz Rasmi <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 03:10 AM PST

Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan walaupun beberapa hari telah berlalu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.
Agak kurang ajar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu tetapi dalam hal Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat, PAS terus membisu. Lihatlah gambar di atas. Apa pula penjelasan yang mahu diberikan oleh PAS terutamanya Nasruddin? Apa fatwa yang PAS keluarkan sehingga membolehkan Dato Nik Aziz merasmikan tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara dan memakai pakaian rasmi Tok Sami Siam?
CTS telah mendapatkan penjelasan daripada dua rakan CTS beragama Hindu yang kebetulan bersama-sama berkursus bersama-sama selama 2 hari. Menurut mereka, isu DS Najib datang ke Batu Caves telah dipolitikkan oleh PAS dan pihak-pihak tertentu. Menurut beliau, masyarakat Hindu terutama pemimpin-pemimpin Agama Hindu di Batu Caves amat sensitif dengan hukum dan halal haram di dalam Agama Islam. Menurut beliau lagi, DS Najib tidak berada di dalam kawasan kuil atau menyembah berhala. Beliau hanya berada di pentas yang disediakan khas berdekatan dengan kuil di Batu Caves. Lagipun, katanya, Perdana Menteri sendiri mempunyai Penasihat Khas Agama beliau sendiri. Takkanlah isu sebegini besar yang kononnya melibatkan akidah DS Najib terlepas pandang oleh Penasihat Agama beliau?
PAS sepatutnya tidak bersifat ayam jantan, berkokok kuat, telor tak ada. PAS lebih bersifat sebagai kuman di seberang laut nampak jelas sedangkan gajah di depan mata buat tak tau saja. PAS tidak perlu berselindung disebalik Agama dengan mengeluarkan beberapa fatwa mengikut musim kerana umat Islam akan keliru dengan perjuangan PAS sebenarnya. PAS sepatutnya menjawab persoalan Hari Valentine yang dipertikaikan oleh Karpal Singh. PAS sepatutnya berpendirian tegas dalam isu Hari Valentine. Bukan dengan menghalalkan hari yang diharamkan kepada Umat Islam disebabkan ditegur oleh Karpal Singh. PAS jangan jadi dayus. Kalau nak jadi juara berkenaan Islam, jangan hanya berani menegur Kerajaan sebaliknya dengan DAPig  dan pemimpin PAS sendiri, mereka membisu seribu bahasa!

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


<b>Kelana Jaya</b> dan Subang Jaya <b>di</b>&#39;biru&#39;kan dengan program BN <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:37 AM PDT

Program Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya hari ni (24/3/2012) betul-betul meriah . Ramai yang hadir termasuk ahli-ahli parti komponen BN dari MCA. MIC dan PPP . Program ini dibuat untuk mendekatkan BN dengan anak2 muda di sekitar Parlimen Kelana Jaya. Boleh dikatakan program ini berjaya dengan penyertaan konvoi bermotor dan berkereta yang melebihi dari jangkaan . Boleh dikatakan hampir setiap kawasan-kawasan strategik di sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya dilalui konvoi. Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Yahya . 

Program konvoi Puteri ini bermula dari Pejabat UMNO/Barisan Nasional Kelana Jaya melalui Subang Parade, Maideen USJ dan seterusnya berhenti di PDM Angsana untuk program bersama kanak2 di  Dewan Masyarakat Angsana, USJ1 Subang. Persinggahan konvoi di PDM Angsana juga disambut meriah, lebih ramai yang menunggu kedatangan konvoi melebihi jangkaan awal. 
Selesai aktiviti di PDM Angsana, konvoi bergerak melalui Desa Menteri , seterusnya ke Padang Kelana Jaya, berhampiran 7 Eleven dan menamatkan konvoi di Pejabat UMNO/BN Kelana Jaya . Boleh dikatakan program Puteri UMNO Kelana Jaya hari ni berjaya mem'biru'kan sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya yang dikuasai oleh PR. Kehadiran mereka di tempat-tempat ini memberi isyarat bahawa BN di Kelana Jaya dan Subang Jaya masih 'hidup' dan akan sentiasa bersedia bersama rakyat di kawasan-kawasan ini tanpa mempedulikan tohmahan-tohmahan oleh pemimpin-pemimpin PR Selangor.

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Lebai Malang Cerita Benar Berlaku <b>Di Kuala Langat</b>

Posted: 17 Mar 2012 02:57 PM PDT

Pejabat Daerah, Kuala Langat, 22 Rabiul Akhir 1433 = 15 Mac 2012 (Khamis):

Ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Persiapan bagi YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor merasmikan Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat dijangka pada 24 Mac 2012 akan datang, kami AJK diraikan oleh Encik Yazid Pegawai Daerah Kuala Langat yang dulu adalah Setiausaha Dewan Negeri Selangor. Bersama minum semeja ialah En. Yazid sendiri, Dato` Raja Uzir Orang Besar Daerah Kuala Langat, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Puan Azlinda binti Azman Ketua Pegawai Executive PADAT dan En. Mohamad Aris bin Haji Sahid Kurator PADAT.

Bercakap tentang Muzium Insitu Jugra , Kuala Langat yang menarik kehadiran pelancong di samping bahan-bahan sejarah yang lain yang terdapat di Kuala Langat ini, En. Yazid menyebut bahawa selain dari bahan-bahan yang bersifat fizikal, beliau menimbulkan tentang cerita rakyat yang menurutnya sebagaimana dicerita oleh penduduk setempat, bahawa cerita Lebai Malang adalah merupakan cerita benar yang berlaku di Kuala Langat!

Lebai Malang adalah watak tamak yang membawa rugi. Ceritanya pada satu hari Lebai Malang mendapat dua jemputan kenduri satu di hilir dan satu lagi di hulu. Dengan harapan tidak terlepas kedua-dua jemputan, Lebai Malang membuat perhitungan, bahawa lebih baik baginya pergi ke jemputan yang jauh terlebih dahulu, kemudian baru berpatah balik ke jemputan yang dekat – di Kuala. Dengan perhitungan sedemikian Lebai Malang berkayuh perahu ke hulu mencanggahi air yang mengalir surut. Menyebabkan lambat sampai dan bila sampai kenduri sudah selesai. Lantas dengan harapan tidak terlepas dari satu lagi jemputan di hilir di tempatnya, beliau berkayuh balik, malangnya semasa berkayuh ke hilir air mulai naik pasang, sebab itu perahunya juga tergendala dan lambat sampai, menyebabkan dia juga tidak berkesempatan kenduri di hilir, akibatnya dia lapar dan dahaga selepas membuat perhitungan yang salah dan sia-sia. Sifat tamaknya menyebabkan dia mengalami kerugian. Pada hal kalau dia pergi kenduri di hilir di tempatnya terlebih dahulu, dia dengan mudah mudik ke hulu bersama air pasang dalam masa yang lebih pendek.

Encik Yazid meyakinkan kami secara sungguh-sungguh dan bertanya kami, ``Sudahkah naik ke puncak Bukit Jugra?``

Jawab Adun, ``Sudah, di atas puncaknya ada rumah api, radar dan `Baitul Hilal` tempat melihat anak bulan.`` Tanya Encik Yazid, ``Apa yang dapat dilihat dari atas puncak Bukit Jugra ?`` Jawab Adun, ``Pandangan yang indah, larian sungai Kuala Langat yang tenang dengan kiri kanan sungai pokok-pokok menghijau. Dari atas bukit ke bawah tempat gliding dan taburan bangunan di bawah bukit di tepian Sungai mengindahkan pandangan.``

Kata Encik Yazid, ``Lebai Malang bertolak dari Kg. Hilir Jugra, Sungai Kuala Langat untuk ke tempat kenduri ke Kampong Hulu Bandar sebagaimana dalam cerita,`` tekannya secara sungguh-sungguh sedang Dato` Raja Uzir Orang Besar Kuala Langat, Puan Azlinda dan Adun mengiakan sambil ketawa.

``Yalah masa itu tak ada jalan darat lagi agaknya,`` sokong Adun.

``Sungai adalah jalan utama pada zaman tradisi,`` kata Puan Azlinda, dan Dato` Raja Uzir mengiakan !

Untuk meyakinkan kami Encik Yazid menambah, ``Lebai Malang, bukan saja malang tidak berpeluang makan kenduri, kerana sifat tamak dan salah perhitungan, tetapi lebih malang lagi, bila Lebai Malang mati, beliau dikebumikan secara bersendirian dekat dengan jirat (kubur) Cina !

Kata Adun, ``Memang atas puncak dan di lereng Bukit Jugra itu ada kuburan Cina.`` Adun menambah, ``Memang pada kali pertama Adun melawat ke puncak bukit itu, Adun diberitahu ada kuburan Islam yang tidak diketahui kuburan siapa !``

``Itulah Kuburan Lebai Malang, menurut ceritanya.`` kata Encik Yazid.

Dalam hati Adun berkata, ``Nampaknya watak, tempat, jalan cerita ada keselarian sebagai cerita rakyat !``

Kami semua ketawa seolah-olah mengiakan, ``Boleh dijadikan tambahan bagi pekej pelancongan yang dapat diceritakan kepada pengunjung-pengunjung,`` kata Dato` Raja Uzir.`` kami menjawab, `Yalah`.

Pada masa itu pihak yang menyediakan tempat mesyuarat mengingatkan kami dan menjemput kami untuk masuk ke bilik mesyuarat. Kami masuk mesyuarat, tetapi Encik Yazid tidak turut sama, kerana ada urusan, sebaliknya beliau mewakilkan kepada pegawainya bermesyuarat bersama kami.

Sekian.

jas salleh: CABANG PKR <b>KUALA LANGAT DI</b> TUTUP??

Posted: 19 Mar 2012 06:48 AM PDT

Seorang sahabat Hamba yang berada di Kuala Langat baru sebentar tadi memaklumkan kepada hamba bahawa Cabang PKR Kuala Langat akan di tutup secara rasmi. Bila entahlah. Kemudian katanya, malam semalam satu sepanduk besar dengan wajah Nurul Izzah mengajak semua hadir ke ceramah Calun-Calun PRU 13 pada malam esuk di Kg Sawah. Katanya lagi,  kemungkinan ada Majlis Pengisytiharan Selamat Tinggal PKR sepertimana terjadi di Ipoh Barat dahulu.
Hamba bertanya kepada beliau 'Kenapa Cabang Kuala Langat di tutup ?"
Beliau menjawab, " Dolah Sani sudah sabotaj, Ketua Cabang Kuala Langat pun sabotaj ... teruk PKR Kuala Langat sebab Faekah nak dijadikan calon PRU 13'.
Baru-baru ini Badrul Amin di tangkap berkhalwat dengan isteri orang dan Dolah Sani Ahli Parlimen Kuala Langat bernikah baru dengan seorang ahli Majlis Daerah Kuala Langat kononnya. Terbaru video salah kelakuan seksual Anwar Ben Israel dengan Siam Doll bakal meletop di pasaran. 
Hj Hadi Ben Yahudi dan Rabbai Nik Aziz sudah menghalalkan kerjasama dengan regim Yahudi Zionis semata-mata untuk mempertahankan Anwar Ben Israel. 
Jadi apalagi tinggal dengan Regim Punah Ranah ? Melainkan sisa-sisa belaka sahajalah. 
Dalam banyak-banyak projek ternakan pula apakah kisah Projek Kambing Jamnapari Husam Musa?

Gangguan Bekalan Air <b>di Kuala Langat</b> Esok.

Posted: 13 Mar 2012 12:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM - Kawasan-kawasan di wilayah Kuala Langat yang terlibat akibat gangguan bekalan air berjadual bermula pada jam 8 pagi esok sehingga 8 malam lusa disebabkan oleh kerja-kerja penggantian 'Sluice Valve', ...

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


DUA PENJENAYAH MAUT DITEMBAK <b>DI PETALING JAYA</b>

Posted: 23 Mar 2012 11:47 AM PDT

DUA PENJENAYAH MAUT DITEMBAK DI PETALING JAYA | Dua penjenayah yang baru setengah jam mencuri sebuah kereta Honda Civic, ditembak mati selepas sepasukan polis peronda terserempak dengan suspek yang ketika itu sedang menukar nombor pendaftaran kenderaan terbabit di satu kawasan sunyi di Persiaran Bukit Utama, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakan mereka, menahan kereta yang dilarikan itu berhampiran pusat beli-belah Bandar Utama Center Point dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum menarik keluar pemandu dan melarikan kereta berkenaan ke lokasi mereka ditembak mati.

Menurutnya, seorang lagi rakannya menaiki kereta lain kini sedang diburu polis.

"Sepasukan empat pegawai dan anggota polis menaiki kereta peronda melalui kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan kedua-dua suspek di kawasan sunyi dalam keadaan mencurigakan.



"Ketika polis menghampiri mereka, seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan mengenai cermin depan kereta peronda dan polis terpaksa membalas tembakan.


"Suspek berusia 39 dan 37 tahun mati di tempat kejadian dan pemeriksaan menemui sepucuk pistol, sebilah parang dan pisau," katanya ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek dari Ampang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu, mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.




sumber : hmetro.com.my
SILA LIKE FB FANPAGE AKU NIH..!! 

<b>PETALING JAYA</b> PERINTIS BANDAR WIFI PERCUMA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 11:23 AM PDT

Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu. Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.

Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet. Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain.

Incoming search terms:

  • beta excelsior sdn bhd (6)
  • pj wifi (3)
  • wifi petaling jaya (3)
  • Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd (2)
  • free wifi untuk penduduk petaling jaya (2)
  • free wifi petaling jaya (2)
  • wifi MBPJ (2)
  • wifi percuma di selangor (2)
  • wifi percuma petaling jaya (2)
  • perintis bandar wifi (1)

Tags: , , , ,

Category: TEKNOLOGI

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

30 kekosongan <b>di Petaling Jaya</b> | Fishajob.com Malaysia: Freelance <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 08:58 PM PDT

Penerangan mengenai Jawatan:

Untuk stocktaking fizikal bagi syarikat runcit dan kedai serbaneka.

KEPERLUAN PEKERJAAN:

• Keperluan untuk pengiraan yang tepat 100%.

• Bolehkah menghadiri 100% hari.

• Tiada pengalaman diperlukan

• Baik dalam matematik yang mudah dan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang mudah.

• Mampu bekerja dalam jangka masa yang panjang dan bersedia untuk pergi luar.

• Boleh bekerja syif malam apabila diperlukan.

• Sanggup mematuhi segala peraturan  syarikat.

• Mampu untuk bekerjasama dengan ahli pasukan.

• Bersedia untuk melakukan latihan pengiraan sama setiap hari dan mempelajari kemahiran baru.

• Boleh bekerja di bawah tekanan.

• Ketepatan masa dan sikap yang baik.

GAJI:

RM1,200 (Basic Salary) + Insentif (sehingga RM250.Sila rujuk di bawah) + EPF and SOCSO

- Elaun kehadiran Perfect (RM50)

- Elaun Prestasi (sehingga RM150)

- Elaun makan (Hanya untuk luar kawasan)

- Midnight elaun.

- Parking yuran

- Pengangkutan

- Elaun Perubatan

- Cuti Tahunan

- Kerja lebih masa

Waktu Bekerja:

1) 9.00am – 6.00 petang (Shift Biasa – Jumlah hari bekerja adalah 26 sebulan)

3) Masa Mula dan masa tamat akan bergantung kepada keperluan pekerjaan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved