ads

Selasa, 30 Ogos 2011

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


<b>di</b> sini aku menulis: <b>Kuala Kubu</b> Yang Dahulu

Posted: 30 Jun 2011 04:32 AM PDT


Perlombongan bijih timah menjadi nadi Kuala Kubu buat sekian lamanya.  Kini boleh dilihat kesan-kesan perlombongan, bekas-bekas lombong menjadi sebahagian dari landskap Kuala Kubu Bharu.  Ianya menjadi nostalgia yang berkekalan.

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS <b>NEGERI SELANGOR</b>

Posted: 24 Aug 2011 03:18 PM PDT

UMNO SUBURKAN BUDAYA MURTAD

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menganggap Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ibarat 'meludah ke langit dan terkena muka sendiri'. Isu yang cuba dibangkitkan adalah berkenaan pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian. Beliau  mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian. Setelah 50 tahun lebih UMNO/BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah UMNO/BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka. UMNO/BN cuba untuk meraih kepentingan politik semata-mata daripada isu ini tanpa ada kesedaran untuk membenteras jenayah murtad ini daripada terus berleluasa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Abdul Shukur supaya tidak cuba untuk menjadi juara di dalam isu ini kerana UMNO/BNlah yang telah menggalakkan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan Ummat Islam daripada pengamalan dan penghayatan agama Islam yang sebenarnya. Penerapan budaya hiburan melampau yang menggalakkan pergaulan bebas, pengagungan terhadap budaya hedonism, menghentikan sumbangan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat, menamatkan riwayat tulisan jawi, pengharaman tazkirah di bulan Ramadhan, menyenarai hitam ulamak dan penceramah agama yang tidak selari dengan kerajaan, tragedi pemecatan Datuk Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor kerana mempertahankan Agama Islam adalah antara kezaliman dan penindasan UMNO/BN terhadap agama Islam yang telah termasuk di dalam lipatan sejarah yang tidak boleh disangkal oleh Abdul Shukur. Isu penukaran agama Ummat Islam ini tidak akan timbul dalam masa setahun dua, pastinya ia telah berlaku awal sebelum daripada pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 sepertimana yang telah disebut oleh Mufti Perak, Tan Sri Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria pada tahun 2007, telah terdapat hampir 250,000 orang Islam telah menukar agama mereaka. Selain itu, Abdul Shukur perlu melawat Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat borang-borang penukaran agama ummat Islam yang cukup banyak sepanjang tempoh pemerintahan UMNO/BN sebelum daripada ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah pendekatan yang cermat dan terbaik di dalam menangani isu ini dan akan sentiasa menjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam dan Ummat Islam di dalam negeri Selangor daripada di jebak oleh proses Kristianisasi ataupun mana-mana agama sekalipun. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya UMNO Selangor melakukan persediaan untuk menjawab penglibatan mereka dalam isu 'serbuan' JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di mahkamah daripada cuba untuk menjadi 'hero' kepada agama Islam.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

24 Ogos 2011

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


UzairOthman.com » Lokasi Speedtrap <b>di</b> Semenanjung Malaysia

Posted: 25 Aug 2011 10:21 AM PDT



PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Jadi berhati-hatilah ketika memandu kenderaa di musim perayaan ni ye..jangan dapat duit raya pastu kene bayar saman lak ea..hehe..pandu cermat jiwa selamat.

Kredit untuk Mohdzaid.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Kuala Lumpur Condominium For Sale at RM870,000 | Kuala <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 02:01 PM PDT


Address

One Jelatek Condominium, Jalan Jelatek, Ampang, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Description

One Jelatek in Setiawangsa, With 5 units occupying each floor, it is a much sought after low density condominium in the area of Jelatek. The build-up sizes ranges from 1,327sf to 2,976sf with 1 bedroom and 1 study, 2 bedrooms and 1 study and 3 bedrooms.

Finishing :
• Quality finishes and fittings
• Split air-conds in living, dining, study and bedrooms
• Build-in kitchen cabinets with hood and hob
• Tempered glass panel doors in shower area
• Solid timber flooring in bedrooms
• 7.8meter long balcony

Facilities :
• Sky Lounge – a recreational area
• Infinity-edged pool
• Sun deck
• Jacuzzi

Security :
• Proximity vehicle reader
• CCTV
• Audio intercom
• Magnetic touch card at all entries

Amenities :
• Shopping centres (Ampang Point, Great Eastern Mall, The Ampwalk)
• Shopping malls (Suria KLCC, Pavillion)

Healthcare :
• Gleneagles Intan Medical Centre
• Ampang Puteri Medical Centre
• HSC Medical Centre
• Prince Court Medical Centre

Schools :
• Sayfol
• International School of Kuala Lumpur
• Sri Utama

Accessibilty :
• Jalan Ampang
• Middle Ring Road 2 (MRR2)
• Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
• Damansara-Ulu Klang Elevated Highway (DUKE)
• 50meters from Setiawangsa Putra LRT Station
• 60meters from Jelatek Putra LRT Station
More information →

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Catering Perkahwinan Mahligai Impian <b>di Sungai Buloh</b>, Desa <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2011 11:56 PM PDT

http://mahligaicatering.com/catering-perkahwinan-sungai-buloh-desa-coalfields

Catering Perkahwinan Mahligai Impian telah berpindah ke Desa Coalfield, Sg. Buloh, Selangor. Pejabat baru kami kini bukan lagi di Prima Damansara, Petaling Jaya. Ini adalah selaras dengan perkembangan dan kemajuan Mahligai Impian Catering yang telah disokong oleh pelanggan-pelanggan sekalian. Terima kasih kami ucapkan kerana terus menyokong katering kahwin kami.

Berbanding dengan tempat lama, tempat baru kami kini lebih lapang dan luas. Ini bermaksud kami mempunyai ruang yang selesa untuk memasak dan menyediakan juadah makanan seperti katering kahwin. Ini adalah penting untuk memastikan setiap juadah katering yang kami sediakan terutama catering perkahwinan adalah di dalam keadaan yang terbaik khusus untuk hari bahagia anda.

Bagi sesetengah pelanggan yang berada di Kuala Lumpur atau Selangor yang merasakan Sg. Buloh adalah jauh dari tempat kediaman, temu janji boleh diaturkan di luar untuk membincangkan hal-hal penyediaan katering perkahwinan dan sebagainya. Sila hubungi Catering Perkahwinan Mahligai Impian untuk temujanji katering anda yang seterusnya.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Hadir <b>di</b> Kuliah Subuh Masjid al-Husna <b>Bandar Sunway</b> -- niknazmi <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 09:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Temui Tan Sri Khalid dan Azmin Ali di Makan Malam Keadilan Kelana Jaya. 13 May. Nik Nazmi ... Perbincangan Buku Mendepani Zaman di Pesta Buku Antarabangsa KL. 02 Mar ... Masjid al-Husna, PJS 10 Bandar Sunway ...

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Perutusan Syawal Adun <b>Batu Caves</b> 2011/1432 – Syawal Bulan <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 02:30 AM PDT

Alhamdulillah marilah kita rafaqkan kesyukuran kehadrat Allah kerana kita dapat menemui Ramadhan yang penuh berkat tahun ini dan mampu menyudahkan ibadah Puasa yang diwajibkan kepada mereka yang beriman.

Dikesempatan ini saya bersama keluarga besar pimpinan Pakatan Rakyat  dan Parti Keadilan Rakyat , Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak ingin mengucapkan salam Eid Fitri kepada semua warga khususnya untuk masyarakat dan rakyat di Batu Caves. Semoga Eid Fitri kita sambut  dengan gembira  setelah  melalui  pendidikan Ramadhan yang melatih kita agar menjadi muslim dan manusia yang taat dan bermanafaat.

Disebalik kegembiraan yang dianjurkan harapnya dapatlah kita bersama mengekalkan momentum positif yang dicerna dalam bulan Ramadhan. Ibadah puasa yang kita lalui dalam bulan Ramadhan  berupaya meningkatkan iman dan taqwa dan seterusnya melahirkan manusia-manusia yang terdidik hati dan lakunya.

Pembentukan masyarakat yang cemerlang dan dirahmati  sewajarnya digerakkan oleh mereka-mereka yang taat kepada penciptanya dan bermanafaat kepada manusia.  Diharapkan kita akan menjadi salah satu dari manusia-manusia tersebut yang mengerakan perubahan kearah kebaikan dalam masyarakat.

Dalam sirah Rasulullah Salallahualaihi Wassalam, kita diberitahu telah berlaku peperangan Ahzab atau juga dikenali sebagai perang Khandaq yang berlangsung dalam bulan Syawal di tahun ke 5 Hijrah. Tentera Kuffar telah membentuk  barisan bersekutu antara Yahudi dan Musyrikin yang mempunyai kekuatan 3 kali ganda dari kekuatan tentera  umat Islam di kota Madinah.Dengan izin Allah tentera Islam mampu bertahan dan mencapai kemenangan walaupun barisan bersekutu Kuffar mengepung hampir sebulan kota Madinah. Allah rakamkan peristiwa tersebut dalam surah Al Ahzab.

Kemenangan tentera Islam salah satunya terhasil dengan tingginya keimanan dan ketabahan tentera Islam berhadapan dengan serangan fizikal dan mental pasukan lawan, walaupun saat itu umat Islam masih berada dalam kesedihan selepas kekalahan perang Uhud.Hanya manusia-manusia berkualiti yang mampu berhadapan dengan dugaan dan cabaran besar sedemikian rupa, dan mereka juga berhadapan dengan peperangan itu 7 hari selepas tamatnya Ramadhan tahun tersebut.

Justeru marilah kita ambil semangat tersebut sebagai pedoman kita melalui hari depan dalam melawan nafsu dan cabaran serta ketidakadilan yang kerap terpampang dihadapan kita. Allah berjanji kemenangan akan tetap bersama dengan kebenaran dan ianya lebih mudah dengan perancangan yang teliti dan bijaksana serta dengan pertolongan Allah.

 

"Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).

Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar Walillahi Hamd

Salam Eidulfitri
Minal 'aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


Pengedaran Kad Raya <b>di</b> Tol <b>Rawang</b> « Leading The Change

Posted: 26 Aug 2011 07:19 AM PDT

Gambar diambil do depan Tol Rawang

Pada petang jam 5.30 hingga 7.00 malam, saya bersama YB William,Ahli Parlimen Selayang & Ustaz Zaidi,YDP PAS Selayang telah mengedar 300 kuih raya, 200 bubur lambuk bersama kad raya, Selangorkini dan pek pewangi kepada kereta yang dalam perjalanan balik ke Rawang ataupun perjalanan balik kampung di Tol Rawang.

Pengedaran kad raya and kuih oleh Ustaz Zaidi

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.Semoga selamat dalam perjalanan balik ke Kampung.

YB Gan Pei Nei, ADUN RAWANG

Advertisement

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Wilayah <b>Sepang</b> September

Posted: 26 Aug 2011 11:48 PM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Wilayah Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 7 dan 8 September ini.

kawasan terlibat adalah Ladang Sungai Rawang/ Tanjung Rhu/ Sungai Belankan; Ladang Teluk Merbau; Taman Telok Merbau; Taman Sri Merbau; Kampung Bagan Lalang.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan bekalan air pada 7 September itu akan berlaku pada pukul 10 malam hingga 4 pagi.

"Manakala gangguan bekalan air dikawasan terlibat seterusnya akan berlaku pada 8 September ini.

"Oleh itu para pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut," katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Abdul Halem berkata, gangguan bekalan air itu berlaku kerana kerja-kerja Pengalihan Paip Bersaiz 200MM di Sungai Sepang Kecil, Sepang ekoran daripada kerja-kerja Menaiktaraf Jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Justeru, kata beliau, Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi pihak Syabas.

Jelasnya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) Syabas menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222.

Menurutunya, informasi berkenaan ganggguan bekalan air juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel atau melalui laman sosial facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Maharum Bugis Syah (MBS): Balik Kampung dan Bas Ke <b>Sabak</b> <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 10:32 PM PDT

Syah Dalam Komuter Pagi Tadi dan Mintakan Seorang Penumpang Indonesian Ambilkan Syah Gambar Nie.
29.08.2011, Isnin - Hari nie Syah balik kampung naik public transport kerana plan nak balik dengan anak saudara Syah, Mamat tak kesampaian. Actually every year Syah balik dengan Mamat menggunakan kereta Syah tetapi tahun nie dia dah beli kereta sendiri jadi taklah bawa AEL Syah tue balik kampung. Pagi nie Syah keluar rumah jam 06:25hrs dan tunggu bas 06:30hrs. Dari Bandar Rawang, Syah ingat nak ke Pudu Sentral tetapi tak jadi sebab baru teringat Syah boleh naik bas ke Kuala Selangor dari Sungai Buluh. Syah sampai Sungai Buluh jam 07:20hrs dan on the way ke stesyen bas hari hujan renyai-renyai dan bas baru jer lepas.

So terpaksa tunggu next bas dan bas sampai jam 08:40hrs dengan tambang RM5.00. Dulu bas nie last stationnya Puduraya atau sekarang nama barunya Pudu Sentral tetapi bila Syah tanya tadi katanya bukan di Pudu Sentral lagi tetapi didepan Kota Raya. Syah sampai Kuala Selangor jam 10:00hrs dan terus ke toilet dan on the way tu jumpa driver bas Kelang dan Syah tanya mana toilet dan bas ke Sabak Bernam. Katanya bas ke Sabak Bernam tak ada cuma ke Tanjung Karang dan katanya cepat sedikit coz bas dah nak jalan.

Mak aiiii............ semua toiletnya penuh dengan najis, apalah mereka nie dan terpaksalah kencing juga sebab dah tak tahan sambil menahan nafas. Bilik air nie di tingkat 1 dan keluar bilik air jer Syah tengok driver tadi tu tahankan bas ke Tanjung Karang dan Syah dengar dia kata ada orang nak naik dan dia ke toilet sekejap dan bas tu tunggu Syah. Sebelum naik Syah ucap terima kasih pada uncle Indian tu. Tambang Kuala Selangor - Tanjung Karang cuma RM2.00. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari nie Syah dapat duduk seorang-seorang kerana penumpang tak berapa ramai. Mungkin awal pagi atau orang dah balik awal-awal lagi ke kampung.

Sampai jer Tanjung Karang dan Syah tengok orang lain turun sebelum bas stand dan Syah tunggu hingga bas masuk ke bas stand, heran juga mengapa mereka turun. Sampai jer bas stand Syah tengok bas stand tu macam padang jarak padang terkukur tak ada mahluk seorang pun. Syah tanya driver bas, Bang bas ke Sabak Bernam kat mana yer. Abang tu jawab, Bas ke Sabak Bernam dah lama diberhentikan perkhidmatannya, dua bula lebih dah. Terkejut beruk Syah dengar dan tanya macam mana nak ke Sabak Bernam. Dia suruh Syah tunggu kat Masjid dan tahan jer bas yang lalu kat situ. Ya Allah rasa macam nak terduduk Syah dibuatnya.

Dari bas stand syah jalan kaki ke masjid kira-kira 600 meter dan tunggu macam orang bodoh kat situ dan terfikir macam mana Syah nak naik bas nie. Dalam hati berdoa kepada Allah supaya bantu Syah. Masa Syah tunggu bas tu semua orang lalu lalang tengok semacam kat Syah agaknya mereka pelik tengok Syah kat bas stop tu kot dengan beg sandang macam orang nak mengembara dan siap ada tongkat plak lagi tu walhal perkhidmatan bas dah diberhentikan. Heheheh... Dalam hati kata kalau jam 12:00hrs bas tak ada Syah naik teksi jer dan tak taulah berapa cajnya dengan jarak 48km itew.

Tiba-tiba pada jam 11:20hrs Syah nampak bas dan Syah tahan jer tanpa melihat bas tu hendak kemana. Bila bas berhenti Syah tebalkan muka dan tanya boleh pergi Sabak Bernam dan pemandu tu kata boleh. Syah duduk di seat depan sekali dan duduk seorang-seorang lagi kerana orang tak ramai. Heran plak hari nie orang tak ramai macam tahun-tahun lepas. Syah nak bayar pemandu tu kata duduk dulu dan Syah ingatkan free ker tetapi kemudian di kata bayarannya RM7.00 dan tiada tiket, rupa-rupanya bas tu Bas Sabak Bernam Express yang merupakan bas express KL-Sabak Bernam-Teluk Intan. jam 12:10hrs Syah sampai Sabak Bernam.

Sampai jer Syah terus beli kain untuk batu nisan marhum keluarga Syah dan tanya pekerja kedai tu mengenai bas dan dia kata memang menyusahkan sekarang. katanya dia hendak ke Sungai Besar pun susah kerana tambang teksi jer RM15.00 dan pergi balik RM30.00. By the way pusat pentadbiran Sabak Bernam adalah di Sungai Besar dan pejabat-pejabat kerajaan semuanya disana. Kata kakak tu mereka berhentikan perkhidmatan bas kerana tak mendapat sambutan dan tak menguntungkan. Rasanya kerajaan negeri Selangor harus campurtangan dalam perkara ini kerana ini menyusahkan rakyat. Bagi yang banyak duit bolehlah naik teksi tetapi bagi golongan yang kurang mampu memang menyusahkan tetapi terpaksa lah bayar jika mahu berurussan dengan pejabat-pejabat kerajaan.

Sekarang nie musim perayaan lagilah menyusahkan dan menghadkan pergerakan orang ramai untuk bertandang kerumah sanak saudara. Tak semua orang di Sabak Bernam nie "orang berada" semuanya. Harap-harap kerajaan negeri dapat uruskan perkara ini secepat mungkin demi kebajikan rakyat. On the way balik ke Rumah Marhum Nenda, Syah jumpa my sister Intan dan suaminya Am, sedang tukar tayar kereta. Syah kirim salam pada Ayahanda dan Bonda Encik serta cakap kat Intan esok Syah tidur rumah Ayahanda.

Ok sekejap lagi Syah akan ke Makam keluarga untuk bersihkan makam dan minta razak hantarkan Syah. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry.....................

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


JOM MAKAN2-JALAN2: Bazar Ramadan 2011 @ <b>Subang Jaya</b>

Posted: 13 Aug 2011 10:33 AM PDT

Sepertimana Bazar Ramadan lain, Bazar di Subang Jaya di SS 18 ini turut
menawarkan pelbagai jenis hidangan juadah istimewa buat pengunjungnya.
Pelbagai jenis makanan, kuih muih dan minuman bersusun rapi di
sepanjang gerai yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ.
Penduduk pelbagai kaum Subang Jaya turut memeriahkan lagi suasana membelibelah di sini.
Para penjaja juga cukup proaktif menggunakan kepakaran masing-masing
untuk menarik minat pengunjung untuk membeli juadah yang mereka disediakan.

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


SPNB Siapkan Projek Bandar Alam Perdana <b>Ijok</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 14 Jul 2011 07:04 PM PDT

- Jul 15, 2011 10:04:47.

2,500 pembeli rumah projek Bandar Alam Perdana Ijok, terpaksa menunggu lama jika kerajaan Selangor terus berdolak dalik dalam keseungguhanya menyelesaikan masalah rakyat negeri itu.

Projek berkenaan yang sebelum ini terbengkalai,  kini 92 peratus berjaya dibaikpulih oleh kerajaan persekutuan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB.

Bagaimanapun isu seperti pengambilalihan tanah yang masih gagal ditangani kerajaan negeri Selangor bakal memberi kesan kepada pembeli.

Hasil pemantauan Syarikat Perumahan Negara Berhad, projek Bandar Alam Perdana di Ijok adalah projek perumahan terbesar dibaikpulih.

Secara keseluruhannya kerajaan pusat menerusi SPNB membelanjakan RM173 juta untuk membaik pulih projek ini.

Ia membabitkan rumah kos rendah berharga RM35 ribu seunit yang terbengkalai sejak 2002.

SPNB mensasarkan November depan untuk menyerahkan kunci kepada pembeli.

Namun timbul masalah yang masih gagal ditangani oleh kerajaan negeri Selangor.

DATUK IR IDRIS HARON / PENGERUSI SPNB
Nak masuk rumah dah kerajaan negeri Selangor tak nak urus pengambilalihan tanah dan tak nak lepas CF. Apa maknanya? Maknanya pilihanraya nanti MB dan exco perumahan baru nak sampaikan CF jadi ada niat politik.

Bagi pembeli, mereka rata-rata golongan berpendapatan rendah.

Selain isu tanah yang melewatkan penyerahan kunci, penduduk juga mendakwa dikenakan bayaran tambahan oleh kerajaan negeri.

AMIRUDDIN ABDULLAH / PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBELI BANDAR ALAM PERDANA
Kenapa kerajaan negeri Selangor masih nak kutip 2 ribu dari setiap rumah sebagai kos tambahan SPNB tak nak kutip kos tambahan selain kos asal itu di sini saya minta siasatan kes ini kerana jejas ekonomi orang berpendapatan rendah.

Selain projek Bandar Alam Perdana, di Selangor SPNB mempunyai 15 projek yang babitkan 6,024  unit rumah sedang dan telah dibina.

SPNB menerima peruntukkan awalan dana khas dalam Tabung Pemulihan Perumahan Terbengkalai.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 1 Dan 2.

Dana Pakej Rangsangan 1 dan 2 bernilai RM430 juta.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved