ads

Sabtu, 5 Mei 2012

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Rumah sewa <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 12:00 AM PST

Salam,

Saya jana, 24 tahun, dan sedang mencari sebuah rumah/apartment untuk disewa di kawasan Salak Tinggi mahupun yang berdekatan.
Saya bekerja di Cyberjaya dan sering ke Putrajaya. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai rumah sewa di kwasan ini, harap dapat hubungi saya. :cry:
Thanks! 0129272951

Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Bakal Beli Rumah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2012 12:22 AM PDT

Apartment untuk di jual-kota warisan sepang.Full details:-
1) Tingkat 1,rumah tepi
2) Lokasi yg strategik-dekat KLIA,Nilai,Banting,Bndr Enstek,Putrajaya/Cyberjaya,Sepang F1.
3) Kemudahan asas yg lengkap & Parking Lot yg senang
4) 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Mandi.
5) Free aircond,master bedroom cabinet,cooking cabinet & full art painting(dinding)
6) Rumah dlm keadaan baik & baru.
7) 720 sqft
8) RM 160,000( boleh di runding)
9) Contact : 019-2391208

Kota Warisan(an airport city)superb inlocation next to Salak Tinggi ERL transit station.10 minutes to Cyberjaya,Putrajaya,international school and other amenities.easy to major highway..

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Kes Bunuh Pensyarah Dan Bapanya <b>Di Puchong</b>, Dah Ada Petunjuk!

Posted: 16 Mar 2012 04:56 AM PDT

SHAH ALAM - Polis menemui beberapa petunjuk termasuk penemuan barang kemas bernilai RM100,000 yang dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan dua beranak di Puchong Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata penemuan turut berupa kenderaan milik mangsa, telefon bimbit serta maklumat spesifik yang diperolehi daripada orang ramai.

"Polis sedang mengumpul semua bukti dari segala sudut penyiasatan kes yang dipercayai bermotifkan masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek.

"Sehingga hari ini, polis telah menahan enam suspek di mana seorang daripadanya dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang mangsa iaitu si anak.

"Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Ampang dan Cheras. Dua daripada mereka ditahan pada 12 Mac dan empat lagi semalam," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Mohd Bakri berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 19 dan 23 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di tempat mangsa mengajar.

Pembunuhan itu berlaku pada 11 Mac lalu dengan mayat pensyarah tersebut, Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di rumah mereka di Taman Kinrara.

Zara Eleena ditemui mati di atas lantai di dalam sebuah bilik manakala bapanya ditemui terlentang di atas katil di dalam bilik utama rumah teres setingkat itu.

Semua suspek kini ditahan reman sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Issyaz Wedding: Majlis Perkahwinan <b>di Bangi</b> / Bandar Putra Mahkota

Posted: 01 May 2012 10:37 AM PDT

Minggu lepas kami dapat job di Bangi, utk majlis perkahwinan anak kepada Fatimah Rahim. 
Few gamba ni adalah hasil kerja dari Issyaz Wedding.
Untuk meja makan beradap, kami menggunakan:
- pom pom coklat dan putih
- rose putih dan pink champange
Satu kombinasi yg menyegarkan bukan?
Kek buttercream yg sangat sedap!! trust me..
Tema majlis Silver and Black...
The catering site !!! yummm...
Makanan sangat sedap... 
Alhamdulillah...majlis semua berjalan lancar...
Feedback dari tuan rumah:
" Assalamualaikum...Kak Imah ucap terima kasih dan majlis berjalan lancar...Ramai cakap lauk sedap..TQ ya"
Amin dan rasa bersyukur sangat...Insyallah, ada masa dan rezeki kami di area Bangi pula kan? mana tau..hehehe..

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Kembara MeNcaR! ReDHa ILaH!... : Berhujung minggu <b>di Morib</b>

Posted: 05 May 2012 05:26 AM PDT

Alhamdulillah c'jai dan keluarga sedang berhujung minggu di Pantai Morib....Dah lama teringin nak tengok sendiri sunset...
Selalunya hanya tengok gambar-gambar yang pakcik google punya jer.
Alhamdulillah Allah izinkan..
Subhanallah....cantiknya memandang matahari yang perlahan-lahan terbenam untuk beradu kala siang melabuhkan tirainya...bersama hembusan angin laut yang menyegarkan......
Sungguh terpesona.....
Selamat bercuti pada semua dan buat warga Pahang yang berada di bumi Pahang tentunya cuti kita bersambung lagi hingga ke Hari Isnin...Jumpa lagi next entri....
Tungguuuuuuu...

✿ Akhir Kalam, Salam Ukhuwah...*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE' jika sudi, moga ada manfaatnya ~ Terima Kasih Baca dan Komen di SINI..Datang Lagi ✿ _♥ ummuainries ♥

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Amin Iskandar: "Mentari Kuning Menyalalah" <b>di Selayang</b>

Posted: 22 Apr 2012 02:58 PM PDT

CD single "Mentari Kuning Menyalalah" telah siap dicetak. Bonus track "Burhanuddin Helmy", versi baru. RM 5. Bagi yang berminat, sila email ke amin@aminiskandar.net.


Video di atas ihsan dari Shufiyan Shukur dari Malaysiakini. Persembahan di siri jelajah BERSIH di Selayang.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


AKAR UMBI: Lokasi Aksi Azmin <b>Di Shah Alam</b>? Pengerusi Portfolio <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 07:06 PM PDT

Bila Zuraidah Kamarudin secara terbuka menzahirkan kekecewaan terhadap reaksi "no comment" oleh MB Khalid Ibrahim, jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan PKR, khususnya di peringkat Majlis PimpinanNegeri Selangor dalam menangani foto aksi Azmin Ali yang disebarkan di internet.
Dalam sidang media anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara PKR sebagai tanda sokongan kepada Azmi dalam mendepani isu Azmin Ali, ternyata mereka dalam keadaan kelam kabut memperbetulkan damage yang telah berlaku.
Malangnya, dek kerana terlalu emosi dan tertekan dengan pendedahan yang mendatangkan mudarat yang amat besar keatas PKR, Zuraidah kelihatan mensasarkan serangan keatas MB yang mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini.
Hakikatnya, kenyataan 'no comment' dari Khalid sebenarnya lebih baik bagi diri Azmin. Apakah Zuraidah dan Azmin terlupa bahawa Khalid adalah Pengerusi Portfolio Agama Selangor? Dengan kedudukan ini, Khalid punya kuasa buntuk mengarahkan Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk menyiasat kesahihan maksiat yang dilakukan Azmin.
Ada desas-desus mengatakan aksi yang didedahkan berlaku di kondominium baru di Seksyen 15, Shah Alam. Betulkah?

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Demo Pra-Bersih Depan Kuil <b>Batu Caves</b>

Posted: 23 Apr 2012 10:46 PM PDT

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman bakal diadakan di depan kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves jam 10 pagi pada 27 April ini sebagai sebahagian program Himpunan Bersih 3.0 yang dijadualkan berlangsung pada keesokan harinya di Dataran Merdeka.

Demonstrasi pra-bersih berkenaan akan diadakan sebelum waktu solat Jumaat dan dianggarkan disertai lebih 10,000 penyokong dari seluruh negara.

Menurut sumber yang rapat dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, peserta demonstrasi di depan kuil itu seterusnya akan 'berkampung' di situ sehingga lewat malam sebelum mula berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

"Kita akan memastikan perhimpunan di Batu Caves berlangsung dengan aman dan bebas dari unsur keganasan atau gangsterisme," katanya.

Menyedari bahawa berkemungkinan besar pihak berkuasa akan melakukan beberapa s0ekatan di jalan-jalan utama pada hari Sabtu ini, para penyokong himpunan Bersih 3.0 terpaksa mengambil inisiatif untuk berhimpun lebih awal dari jangkaan, jelas sumber berkenaan.

Himpunan itu adalah sejajar dengan perhimpunan aman menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada jam 2.30 petang,  hari yang sama di hadapan bangunan Majlis Peguam di sini.

Demo Pra-Bersih Depan Kuil Batu Caves

Himpunan Bersih 3.0 akan bermula di Dataran Merdeka pada jam 8 pagi serentak di seluruh negara dan di luar negara bagi menuntut proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak untuk memberi keizinan kepada Bersih 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu ekoran dipercayai mengandungi unsur-unsur politik atau bantahan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagaimanapun menawarkan tiga buah stadium iaitu Stadium Badminton, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras atau Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa kepada Bersih 3.0 untuk dipilih sebagai lokasi himpunan 'duduk bantah' itu.

Namun, kebanyakan Jawatankuasa Bersih 3.0 nekad untuk enggan beralih lokasi himpunan dan tetap mahu menggunakan Dataran Merdeka untuk himpunan yang akan bermula jam 8 pagi pada Sabtu ini.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Bicara THTL: Hijrah ke KSA 12: Keadaan keluargaku <b>di Subang Jaya</b>

Posted: 18 Apr 2012 02:53 AM PDT

Jarak udara antara Jazan (KSA) dan Subang Jaya (Malaysia) ialah 7,000 KM.  Namun dengan keujudan komunikasi, ianya dekat sekali, saban hari kita boleh skype percuma sahaja. SMS hanya SR0.50 sen per sms, manakala dgn khidmat BB messenger, ianya percuma. Maka maksud meninggalkan keluarga di zaman ICT walaupun 7000 KM tidaklah sama dengan meninggalkan keluarga di zaman silam. Saya masih ingat, zaman saya kanak-kanak, saya selalu ditinggalkan oleh ayahanda saya yang suka merantau, beliau bertahun-tahun menetap di Selatan Thailand. Kemudian dia bermukim (iqamah) di Terengganu dan kemudian pernah menetap di Kedah beberapa tahun. Musafir di masa lampau adalah musafir yg total, terputus semua hubungan hatta surat menyurat pun tak ada. tetapi, manusia di zaman dulu dapat menerima hakikat tersebut. Namun, faedah ketara dari musafirnya ayahanda saya ialah kekuatan famili kami berdikari, macam mana kuatnya ibu saya dan adik beradik saya menghadapi kehidupan tanpa ayah.

Sudah 5 hari aku meninggalkan familiku, berada di bumi Hijaz dan aku belum terasa apa-apa kesunyian lagi, mungkin kerana sedang menghadapi cabaran kerjaya yang baru, suasana serba baru, kawan2 dan lokasi yang baru serta iklim yang juga baru. Namun sudah ada suara-suara mengejek saya di sebuah laman web popular, bahawa saya sudah kerinduan.
Sebenarnya, perpisahan ini sengaja saya rencanakan untuk kekuatan famili saya sendiri. Suatu hari nanti, mereka akan pasti kehilangan saya buat selama-lamanya, namun, aku ingin menguji kekuatan mental dan fizikal mereka kerana selama ini aku terlalu manjakan keluargaku. Semalam, keluargaku tak dapat memasak kerana mereka gagal menggantikan tong gas masak yang lama kepada tong gas yang baru. Sebab selama ini, hanya aku yang tahu selok belok memasang kepala paip gas memasak, menyelenggara, mengganti tong gas dan memasangnnya semula. Itu baru satu. Mereka akan menemui banyak lagi kerja2 yang selalunya hanya aku saja yg melakukannya terutamanya kerja2 teknikal di dalam rumah dan penyelenggaraan kenderaan. Aku juga keluar ke pasar dan supermarket untuk groceries, maka sudah tentu mereka akan menghadapi sedikit kesusahan untuk melakukan kerja2 tsb.
Inilah maksud hadis Nabi saw, " sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluargamu." Maka kekadang kita perlu menguji keluarga kita, apakah kita sudah  memberikan servis yang terbaik untuk famili kita? Dan cara terbaik untuk mengujinya ialah bila kita tiada di sisi mereka dan alangkah indahnya bila famili kita akan berkata," alangkah baiknya jika abah ada bersama kita." Maka barulah mereka tahu betapa pentingnya keujudan kita dalam kehidupan mereka.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved