ads

Isnin, 15 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gaji Guan Eng lagi banyak daripada CEO TH.. ada korang bising

Posted: 12 Oct 2012 10:10 PM PDT

Memang aku tak paham dengan juak pembangkang ni. Tak abis-abis nak buat huru-hara.. dah takde isu nak mainkan.. depa main isu gaji CEO TH ler pulak.. adehhh..
Cuba korang tanya gaji Nuar berapa.. Gaji LGE berapa? Yang korang sibuk intai gaji orang buat apa!
Kan dah ditentukan rezeki dia banyak tu.. maka banyak tulah dia dapat.. memadai dengan apa yang beliau dah sumbangkan kat Syarikat-syarikat.. idea dia.. masa dia.. ada korang fikir ke? Udah-udahlah oiii.. jangan asyik nak cari salah orang aje oiii...agaknya korang lupa tentang Qada dan Qadar kot..pasal tu meroyan semacam je. Aku ni.. kerja yang gaji tak seberapa pun masih boleh bersyukurlah. Cukup makan. Cukup pakai.. anak bini tak merempat.. udah.. memadai.. 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2012 05:36 PM PDT

1 demo bantahan memprotes filem "Innocence of Muslims" yg menghina Nabi Muhammad SAW akan diadakan pada 5 Zulkaedah 1433 bersamaan 21hb Sept 2012 selepas solat Jumaat (jam 2 ptg esok) bertempat di depan Masjid Kg Medan, Jln. Klang-Banting..

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Perumahan Baru <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Maaf jika sudah ada topik berkaitan,sebab dah terlalu banyak topik tak tau nak refer yang mana..

Saya kini menetap di BBN dan berhasrat untuk membeli rumah sekitar BBST..
Saya difahamkan terlalu banyak perumahan baru yang akan/sedang didirikan..menjadikan saya keliru..
Jika hari ini,saya review di Desa ini..esok pula saya lihat ke kawasan desa itu..lama2 saya sendiri lupa Desa apa yang saya review...hehehe :mrgreen:
Boleh tak sapa2 tolong bagitau bagaimana cara saya nak tahu latest projek perumahan di kwsn BBST nie? biasanya di mana ofis jualan nya?
saya prefer untuk memiliki semi-d anggaran harga 250k..

harap sapa2 bleh membantu..tengs :D

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Arak Dijual Secara Terbuka <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> | AIDC

Posted: 15 Oct 2012 01:03 AM PDT

AIDCNews – 15/10/11 – Menurut Shariman Mohd Nor, Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang berkata arak boleh dijual secara terbuka seperti di 99 SpeedMart dan 7 Eleven asalkan kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus.

"Minuman keras yang melebihi 10 persen alkohol, kelulusannya di bawah pejabat daerah, tetapi kurang dari 10 persen alkohol..macam Carlsberg..ini kurang 10 peratus alkohol..ia tidak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka,"katanya kepada media Isma.

Beliau dihubungi media Isma untuk diminta mengulas mengenai penjualan arak secara terbuka yang dilihat di Bandar Baru Bangi.

"Benda yang nak dijual kalau benda itu bersalahan dengan undang-undang, kita boleh ambil tindakan, tapi kalau tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat sahaja,"katanya lagi.

Ronnie Liu merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, exco dari DAP yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan.

Manakala, wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi, Selangor adalah YB Dr Shafie Abu Bakar dari PAS.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Kerjaya <b>di</b> MD <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 15 Oct 2012 01:34 AM PDT

Kekosongan di Majlis Daerah Hulu Selangor
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa J29

2. Pembantu Kesihatan Awam U17

3. Pembantu Penguatkuasa N17

4. Pekerja Awam R1

Tarikh Tutup: 30 Oktober 2012

Klik Untuk Maklumat Lanjut

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Forum Politik Matang <b>di Shah Alam</b> | Saifulislam.Com 2.0

Posted: 13 Oct 2012 03:38 AM PDT

Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior.

Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah.

Antaranya:

  • Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi.
  • Revolusi Perancis 1789-99 dengan slogan Liberty, Equality dan Fraternity memudahkan kita melihat mengapa Tauhid dibenci golongan berkuasa. Elemen ini menjadi intipati Tauhid. "Seruan ini pasti dibenci raja-raja" adalah antara komen awal yang Baginda SAW terima berkenaan makna La Ilaha Illallaah.
  • Gerakan penterjemahan ide di era Tahtawi dan Muhammad Abduh sebagai perbandingan tentang keutamaan menterjemahkan buku pemikiran semasa bagi membentuk politik matang.
  • Gerakan Jadidiyyah oleh Sheikh Kursavi 1804 yang bersemangat Islam, berubah menerima serapan idea kesatuan bangsa apabila Rusia menakluk wilayah Volga pada tahun 1880an untuk membentuk Pan Turkism (Ketuanan Turki – Turanism)
  • Demikian juga perubahan yang berlaku kepada The Young Ottoman daripada berjati diri Islam, berubah kepada Turkism, sebagai menunjukkan idea-idea kesatuan berasaskan bangsa adalah idea reaktif yang tidak boleh menjadi asas perjuangan.
  • Nicholas Hagger di dalam buku The Light of Civilization dan The Rise and Fall of Civilization merumuskan bahawa semua tamadun tanpa mengira bangsa, di mana dan bila, akan berada dalam peningkatan apabila mereka komited dengan mesej 'Cahaya', dan jatuh apabila menjauhi mesej itu.

YB Khalid Samad kata saya 'mencari masalah' dengan menyenaraikan kedudukan istimewa melayu, hak istimewa melayu, ketuanan melayu dan diakhiri dengan Melayu Sepakat Islam Berdaulat :-)

Berikut adalah rakaman Forum Politik Matang di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Pentas dan topik yang saya jarang berpeluang 'menikmatinya'. Jelas sekali saya tidak berbakat dalam politik, harus terus menulis dalam fokus yang lain, namun amanah ilmu dan tanggungjawab al-Bayan mesti diteruskan.

Terima kasih penganjur kerana menggandingkan saya dengan masyaikh yang hebat. Banyak saya belajar dalam Forum Politik Matang ini. Semoga hadirin juga banyak mengambil manfaat daripada mereka.

HASRIZAL

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Curi <b>di Kajang</b>, tangkap di Melaka - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 10 Oct 2012 05:33 PM PDT

MELAKA , 11 Okt.– Kelicikan lima penjenayah yang melarikan lima buah kereta jenis Honda daripada bilik pameran kenderaan itu di Bandar Sungai Long, Kajang Selangor 25 September lalu tidak ke mana apabila kesemuanya diberkas selepas pulang dari Pulau Besar di sini kelmarin.

MUHD. NUR HISAMUDDIN (kiri) dan pegawainya menunjukkan salah sebuah kereta curi yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Jasin semalam.

Suspek-suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu diberkas pada pukul 5.20 petang kelmarin sebaik menghabiskan masa selama enam jam untuk bersembahyang di pulau tersebut.

Kesemua penyangak tersebut datang dengan menaiki dua buah kereta jenis Honda Accord pada pukul 10 pagi sebelum menaiki bot untuk ke pulau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hisamuddin Hashim berkata, pihaknya terus membuat intipan di Jeti Anjung Batu pada pukul 4.20 petang selepas mendapat maklumat mengatakan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya yang membuat pemeriksaan mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Kita kemudian telah menunggu selama satu jam sebelum mendapati lima lelaki berkenaan terus menuju ke kereta tersebut sebaik turun dari jeti.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Konsert Bersih 2.0 <b>Di Kelana Jaya</b> Semalam <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 03:30 AM PDT

Puak PAS dan Lebai PAS tidak berani yang datang ke Kelana Jaya...takut takut kot.Lebai lebai yang pakai kopiah mesti buka punya....Mana boleh datang tempat seperti bergini....dengan hiburan sampai 12 tengah malam.Lihatlah saja sambutan orang ramai terhadap ....pembangkang amatlah mengejutkan sedangkan ini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.Ini akan memberi tamparan hebat.......

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


gOSsIp RaKyaT: Terkini: Rakyat <b>Sabak Bernam</b> &#39;Sayang Sangat <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 04:58 AM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Prof. murahan PAS iaitu Prof. Dr. Aziz Bari yang semua sedia maklum cuba menunjuk hero menentang Kerajaan ketika menjawat jawatan di UIA. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam dengan rasa ANGKUHnya merasakan beliau layak menjadi ahli parlimen yang baru pada PRU 13 nanti. Pokoknya...boleh menang ke? Ada ciri-ciri sebagai seorang pemimpin ker dia nie..???

Pada 23 Sep 2012 lalu, MATC Sabak Bernam yang diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.Kini, cita-cita dan angan-angan Dr. Aziz Bari mula hancur berkecai dan punah serta-merta akibat dari keegoannya sendiri.

Berdasarkan sembang-sembang pemuda AMK Sabak Bernam, mereka semua tidak sepakat untuk meletakkan Dr. Aziz Bari dalam kerusi Parlimen kerana beliau cepat lupa diri apabila dicalonkan oleh Anwar Ibrahim di Sabak Bernam. Mereka juga menuntut untuk meletakkan calon lain yang berkelayakan untuk menduduki kerusi tersebut walaupun terpaksa mengambil calon dari luar kawasan. Betapa bencinya ahli PKR Cabang Sabak Bernam terhadap Dr. Aziz Bari.

GR kata: Macam mana nak memimpin rakyat, diri sendiri pun tak betul. Hancurlah pakatan pembangkang nie!! Korang dah daftar undi..??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


Selangor Sedia Bantu “Kafa Dalam Surau” <b>Ijok</b>

Posted: 11 Oct 2012 10:50 PM PDT


SHAH ALAM 12 OKT : Kerajaan Negeri sedia membantu Sekolah Kafa Integrasi Al-Falah di Kota Puteri, Ijok yang menggunakan surau bagi tujuan pembelanjaran sejak awal tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata pihak sekolah boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, permohonan itu boleh dibuat di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berjumlah RM9 juta bagi tahun ini.

"Kita sedia membantu mereka. Sememangnya bantuan itu diberikan kepada mana-mana sekolah yang memerlukan.

"Sejak 2009, kita memperuntukkan sebanyak RM6 juta tetapi untuk tahun ini Kerajaan Negeri menambah peruntukkan bagi SAR itu," katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan pada 6 Okt seramai 25 murid di Kafa tersebut menggunakan surau yang diubahsuai untuk tujuan pembelajaran sejak awal tahun lalu.

Pihak surau itu berkata mereka sedang mencari sumbangan orang ramai bagi membina bangunan khusus bagi menempatkan sekolah tersebut.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved