Isnin, 15 Oktober 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Arak Dijual Secara Terbuka <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> | AIDC

Posted: 15 Oct 2012 01:03 AM PDT

AIDCNews – 15/10/11 – Menurut Shariman Mohd Nor, Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang berkata arak boleh dijual secara terbuka seperti di 99 SpeedMart dan 7 Eleven asalkan kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus.

"Minuman keras yang melebihi 10 persen alkohol, kelulusannya di bawah pejabat daerah, tetapi kurang dari 10 persen alkohol..macam Carlsberg..ini kurang 10 peratus alkohol..ia tidak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka,"katanya kepada media Isma.

Beliau dihubungi media Isma untuk diminta mengulas mengenai penjualan arak secara terbuka yang dilihat di Bandar Baru Bangi.

"Benda yang nak dijual kalau benda itu bersalahan dengan undang-undang, kita boleh ambil tindakan, tapi kalau tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat sahaja,"katanya lagi.

Ronnie Liu merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, exco dari DAP yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan.

Manakala, wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi, Selangor adalah YB Dr Shafie Abu Bakar dari PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads