ads

Ahad, 8 Julai 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Sungai Chilling, Kelah Sanctuary <b>di Kuala Kubu</b> Bharu | Chestnut <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 05:34 PM PDT

Aku dan wife ke Sungai Chilling pada 30 Jun 2012.

Well, ini merupakan plan last minit. Sebenarnya aku hanya decide untuk pergi pada malam sebelum 30 Jun. Kebetulan pula memang tak pernah ke sana. aku pasti kalau kita google pasal Sungai Chilling, banyak sangat maklumat yang ada. Aku akan share maklumat yang mungkin tak ada dalam laman web atau blog orang lain.

Baik, Sungai Chilling merupakan pusat pemuliharaan ikan kelah. Kerana ianya pusat pemuliharaan ikan kelah, maka kita tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing ke sini. Sungai ini berada di dalam Hutan Simpan Kekal yang diwartakan oleh Kerajaan Selangor.

Bagaimana untuk ke sana? Sebenarnya, tidak susah. Untuk kali pertama juga insyaAllah tak sesat sebab jalan dia simple dan banyak papan tanda. Sebagai panduan, kalau dari mana pun kita, kita perlu menghala ke Bandar Kuala Kubu Bharu di dalam daerah Hulu Selangor. Bandar ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor. Jadi banyak la pejabat kerajaan dekat sini. Dari Bandar Kuala Kubu Bharu, ikut sahaja papan tanda ke Sungai Chilling atau boleh juga ikut papan tanda ke Bukit Fraser. Ia menggunakan jalan yang sama. Dari Kuala Kubu Bharu lebih kurang 13 km sahaja. Tiada sebarang stesyen minyak ke sana. Kalau minyak dah E atau dah nyala lampu warning, baik isi sahaja. Nanti jalan ke sana berbukit sikit melalui Empangan Sungai Selangor.

Jalan melalui Empangan Sungai Selangor luas macam highway. Ada dua lane. Hint bila dah nak sampai ialah bila kita cross jambatan 1 lane. Literally 1 lane. Maksudnya, kalau ada kereta nak selisih, kena tunggu kereta tu lepas dulu. Just after jambatan, kalau you all sampai pukul 9.00, memang comfirm dah ada kereta lain, so parking sahaja kereta dekat situ. Kalau you all orang pertama, you all akan nampak pintu gerbang sebelah kanan lebih kurang 50 m dari jambatan tadi. Parking sahaja berhampiran situ di bahu jalan. Memandangkan tiada siapa yang jaga kereta kita, aku nasihatkan kita kunci kereta baik-baik bersama kunci stereng jika perlu. Jalan itu sunyi juga kecuali kereta-kereta yang hendak ke Bukit Fraser sahaja.

Dari pintu gerbang ke tempat admin lebih kurang 300 m. Sampai sahaja ke pejabat admin, di situ ada kawasan lapang. Boleh berkhemah dan berkelah. Bayar kepada penjaga RM1 untuk seorang dan isi buku log. Oh ya, Sungai Chilling ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kalau nak berkhemah di kawasan sekitar admin tak ada masalah. Tapi kalau nak masuk ke Air Terjun, tetap kena ikut time yang ditetapkan. Di kawasan admin dan tapak perkhemahan ada disediakan tandas, surau dan pondok. Sungai juga dekat jika ingin mandi-manda.

Ok, dari tempat admin, kami berjalan hingga ke Air Terjun Sungai Chilling. Perjalanan lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Perlu meredah sungai senhingga 6 kali untuk sampai ke sana. Baik, trek yang disediakan dijaga dengan baik. Kalau ikut trek, insyaAllah tak sesat. Untuk melintas sungai pula, ada diletakkan papan tanda memaklumkan bahawa kita perlu melintas sungai.

Sesampai sahaja di puncak, ada air terjun tinggi dan kolam untuk mandi. Di sini boleh tahan banyak ikan kelah. Kalau bawa roti, boleh la bagi makan. Wife bawa makanan ikan dari rumah. Di tempat admin juga ada dijual makanan ikan beharga RM3/bungkus.

Kami lepak di sana hingga pukul 12.30 tengahari. Memang bawa bekalan makan nasi lemak dan dua liter air. Aku rasa, trip ke Sungai Chilling ini lebih mudah berbanding Bukit Broga.

Gambar lain bole dilihat di flickr saya di sini

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Mohd Hafrizzuddin & Hazilah <b>di Semenyih</b>.

Posted: 13 Jun 2012 04:38 AM PDT


Selasa, 05/06/2012, membekalkan pa system dan karaoke set di Semenyih.

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


MASJID AS-SYARIF,TAMAN SERI,<b>TELOK DATOK</b>: Kita <b>di</b> mana?

Posted: 19 Jun 2012 08:42 PM PDT

Orang Bertaqwa Mendapat Pertolongan Allah Ketika Titian Sirat


Sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Mariam ayat 71)

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal solih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus."

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: "…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa'daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa "Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t"

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah s.w.t. dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar." (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadhannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra' yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,"Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya." Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Sekatan Keenam : Mengenai wudhu' dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wudhu'nya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wudhu'nya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.

Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.


Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.

* Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
* Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
* Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk
* Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:

Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Sirat. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; "Wahai Muhammad!", dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata; "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


Sahabat yang dikasihi,

Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki Syurga Allah s.w.t. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?

Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan Nabi s.a.w tetapi dalam keadaan yang amat azab.

Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah ruginya kita bila bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada amalan yang dapat membantu dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.


Hanya jiwa yang beriman dan bertaqwa sahaja akan terselamat daripada azab yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.

Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


The JourNey Of My LiFe: Aroma Ikan Bakar <b>di Jeram</b>

Posted: 30 May 2012 09:17 PM PDT

Assalamualaikum..

Memula hajat nak gi makan bertiga jek..tp cam boring plak plus lakiku adalah seorang yang tidak suka makan..so decide nak buat plan mengejut bersama-sama jiran2 yg evelebel..

Memasing evelebel. cantekkkk..plan tgh hari, ptg baru gerak..maghrib di sana sajekk..

Harus tepek lokasi kejadian :


Bersama jiran sebelah rumah : cikgu ain
Bersama jiran depan rumah : Mak Buyung Siti.. kami preknan sesame..selang seminggu jek..datang sini pon sebab laki-laki kami yang mengidam nak makan sefud nih kekdahnye..

Antara menu utama yang kami order. simple simple pon cecah rm2++ gak la..




ikan siakap masak pedas. (tiada dlm gamba : ikan siakap stim)

simple jek kan? tp agak mahal..xpela sekali sekale jek pon..kalo selalu mmg kopak la memasing..mahal mybe lokasi n kefemesannya kt jeram kot..

Kat bawah nih aktiviti anak-anak bile berjumpa :



View yang sempat lakiku capture using his dslr. no editing at all..suasana Jeram, Kuala Selangor di malam hari..



Tu jelah entry makan utk kali nih..sesape yang suke sefud boleh la terjah ke sana..boleh jugak buat tempahan awal sebelum nak datang sebab tempatnya sentiasa la penuh..:D

Yours Truly ;P

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


VIDEO Kewajipan Bersatu Pertahankan Islam <b>di Batang Kali</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2012 09:55 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]VIDEO Kewajipan Bersatu Pertahankan Islam di Batang Kali. Posted on June 27, 2012 by admin. Satu perkongsian yang amat seronok untuk ditonton. Ikutilah ceramah Dato Hasan Ali mengenai kesedaran yang seharusnya dikongsi bersama ...

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


mencari rumah sewa <b>di dengkil</b> | Rumah Sewa

Posted: 24 Apr 2012 12:54 AM PDT

Publish date: April 24, 2012 7:54 am
Contact Name: en azrul
Price: RM700
Region: Selangor
Location: dengkil
Phone: 0133128158
Tags:

hubungi saya kosong satu tiga tiga satu dua lapan satu lima lapan

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


PAPA GOMO: Demonstrasi <b>Di Puchong</b>, Gobind Singh Ahli Parlimen <b>...</b>

Posted: 30 May 2012 05:55 AM PDT

Demonstrasi bantahan penduduk Kampung Bunga Melur Batu 14 yang diadakan pada pukul 2 petang dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang tadi berlaku sedikit kekecohan apabila wakil penduduk berasa tersinggung dengan tindakan salah seorang yang dipercayai Ahli Majlis bercakap Read More....

Nah satu lagi cerita menarik untuk rakyat Malaysia melihat sendiri kedajalan pemimpin Pakatan Pembangkang terutama didalam negeri Selangor. Satu bukti nyata bahawa pemimpin pembangkang begitu rakus dalam merompak apa yang ada didalam negeri Selangor.

Meh layan Video dibawah ini:

Apa yang akan mereka pemimpin pakatan Selangor iaitu Kerajaan negeri akan nyatakan? Ohh dah tentu mereka akan kata ni satu lagi konspirasi UMNO mengupah sebilangan orang untuk menjatuhkan imej Kerajaan Pakatan Selangor.


Apa pun anda sebagai rakyat Malaysia boleh menilai apa yang berlaku dan fikirkan apa yang terjadi disekeliling anda. Pastikan PRU 13 nanti anda mampu berfikiran secara waras memilih kerajaan yang benar benar berkerja untuk rakyat.

Psssttt.. Gobind Singh mana? Takkan lari? Hahaha

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


GELOMBANG WANGSA MAJU: PARAH ... Rosmah &#39;MALUKAN <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 06:00 AM PDT


Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor 'lupa diri' dengan kekayaan yang dimilikinya kini ternyata berbeza realiti sebenar.
Situasi ini dapat dibuktikan pada  Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.

Beliau (Rosmah) berkeras untuk makan menggunakan bekas makanan polistren walaupun urusetia ingin memberikan pinggan kepadanya.


Beliau makan dalam bekas polistren sama seperti dengan tetamu lain yang hadir pada program tersebut.
Selain itu, beliau juga kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan kaum wanita yang hadir dan kelihatan begitu mesra melayani mereka.

Sehubungan itu, bukti ini jelas menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang sering menyebarkan perkara yang tidak elok mengenai beliau.

Pada program tersebut, lebih 20,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir bersama isterinya itu.

Sah ... Rosmah 'malukan' Najib dengan makan menggunakan bekas makanan polisterin. Apa kelas you makan dalam polisterin ... Memang sahih bakal jadi bahan fitnah dan tohmahan puak-puak pembangkang.

Sampai bila pembangkang akan menjadikan DS Rosmah sebagai bahan cacian, umpatan, tohmahan dan fitnah? Hanya masa yang akan menentukan.

Pelik juga dengan sikap pembangkang, lebih-lebih lagi puak-puak cicak mengkarung yang memakai serban dan kopiah ini.
Tidak payah kita pertikaikan Anwar Ibrahim dan puak-puaknya. Jangkaan GWM ...  mulut Anwar Ibrahim lebih busuk dari bau longkang yang dicemari najis khinzir.
Namun apa yang lebih pelik lagi adalah sikap dan mulut seorang wanita yang dianggap sebagai 'wanita terbaik' pernah dilahirkan oleh pembangkang.
Wanita yang dianggap sebagai 'role model' puak-puak pembangkang yang 'buta dalam celik' ini.

GWM hanya mempu menggelengkan kepala melihat betapa petahnya Wan Azizah sempat mengumpat dan memfitnah DS Rosmah ... dalam bulan Ramadhan Al Mubarak lagi.
Artikel dari Malaysiakini Ogos 2011, ini bukti 'ciri-ciri wanita impian' puak-puak ngentot Anwar Ibrahim. Mengumpat dan memfitnah dalam bulan puasa.
Kegagalan Wan Azizah mengawal mulut dalam bulan puasa jelas menunjukkan sifat hasad dengki dan iri hati terhadap DS Rosmah.
Walhal tidak pernah timbul dalam mana-mana media massa baik kerajaan mahupun pembangkang DS Rosmah menyerang peribadi Wan Azizah.
Terpampang jelas sifat disebalik wajah keibuan Wan Azizah sebenarnya ... Wajah yang dianggap sejuk dan lembut dilihat rupanya mempunyai hati yang cukup busuk terhadap DS Rosmah.
Tidak ada bezanya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ini ... mulut tak ada insurans!
Barangkali Wan Azizah perlu mengenang kembali apa yang telah diperkatakan oleh arwah Dr. Lo'lo terhadapnya suatu masa dahulu ...


Wan Azizah ... Jadikan kata-kata hikmat arwah Dr. Lo'lo sebagai penguat semangat untuk tidak lagi menjaga tepi kain orang, walhal kain sendiri sudah koyak rabak dicarik sang suami.
Jadikan kata-kata hikmat arwah Dr. Lo'lo sebagai penguat semangat untuk menegur sang suami yang masih rakus bernafsu dari membalun jantan dan betina.

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Persandingan Rosli & Zubaidah <b>di Ulu Yam</b>. - Perkhidmatan PA <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 08:33 PM PDT


Pada 16hb Jun 2012, Kami dipelawa membekalkan PA system dan Karaoke set pada Majlis perkahwinan Rosli dan Zubaidah di Ulu Yam, Selangor. Terima Kasih kepada tuan rumah.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Semenyih Baru: Pecah Tanah SK <b>Bandar Sunway</b> Semenyih

Posted: 01 Jul 2012 09:14 PM PDT

Orang ramai yang tinggal berdekatan Bandar Sunway Semenyih, Taman Desa Mewah dan sekitarnya dijemput untuk makan tengahari bersama Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi  yang hadir menyempurnakan majlis pecah tanah pada 7 Julai 2012, pada jam 9.30 pagi.

Pada Disember 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Hj Puad Zarkashi telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih. Dalam lawatan itu yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz,  beliau telah mengumumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Pengumuman itu telah disambut positif oleh penduduk d kawasan berhampiran terutama Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah. Ketika ini, anak-anak mereka bersekolah sama ada di SK Semenyih, SK Bandar Teknologi atau SK Taman Jasmin yang jaraknya antara 2-3 kilometer.
Setahun kemudian, pada bulan November 2011, Dr Hj Puad telah mengadakan lawatan  di tapak SK Bandar Sunway sekaligus memberi harapan sekolah tersebut akan terdiri dalam waktu terdekat.

Dengan siapnya SK Bandar Sunway Semenyih kelak, ia akan dapat mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah berdekatan terutama SK Semenyih yang kini mempunyai hampir 3,000 murid. Hari ini, buktinya dapat dilihat. Kerajaan menepati janji dan memahami keluk kesah serta keperluan rakyat. Janji ditepati, rakyat didahulukan!

12 di sungai pelek - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Kerajaan Negeri Ambil Tanah Untuk SJK(c) Tchi Min

Posted: 30 Jun 2012 08:30 PM PDT

CHERAS, 01 JULAI: Prihatin dengan keperluan pelajar yang semakin bertambah, Kerajaan Negeri bersetuju mengambil milik tanah bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tchi Min bagi membolehkan sekolah itu menambah bangunan kelas darjah baru.

Keputusan sebulat suara ini dicapai pada Mesyuarat Exco pada 27 Jun memandangkan sekolah yang berada di Sungai Pelek ini mengalami masalah kekurangan ruang bilik darjah sejak sekian lama.

Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok berkata, proses ini dilakukan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil-milik sebahagian tanah-tanah di sebelah sekolah tersebut.

Pengambilan tanah ini melibatkan lot 99 (0.9981 ekar) dan lot 100 (1.6324 ekar) di Pekan Sungai Pelek untuk kegunaan penambahan bangunan bilik darjah bagi sekolah tersebut.

Menurutnya, permohon pihak sekolah untuk tanah lapang di hadapan pintu besarnya telah ditolak oleh pentadbir tanah kerana tanah tersebut digunakan penduduk Sungai Pelek.

"Menteri Besar Selangor mengarahkan Pejabat Tanah Sepang untuk mendapatkan tanah di persekitaran sekolah tersebut untuk diserahkan kepada mereka (pihak sekolah).

"Pada waktu sama, saya juga pernah meminta rakan saya untuk menghubungi tuan tanah di sebelah sekolah supaya menjual ataupun memberi tanah mereka kepada pihak sekolah. Namun usaha saya dan pejabat tanah gagal," luah Teresa.

Beliau menambah, proses mengambil-milik oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Sementara kos pengambilan dan kos ukuran tanah akan ditanggung oleh pihak sekolah manakala kerajaan negeri akan membantu dalam aspek kutipan dana.

Ujar Teresa lagi, parti DAP dan pihak lembaga pengarah sekolah juga akan mengadakan beberapa aktiviti untuk mencari dana pembangunan berkenaan.

Selangor memperuntukkan RM 4 juta setiap tahun untuk pembangunan 109 buah SJKC. Manakala RM 4 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan RM 6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

SJKC Tchi Min dibina pada tahun 1938 dan mempunyai 280 orang pelajar setakat ini.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Aktiviti terjunan base <b>di</b> Kampung Wira Damai, <b>Batu Caves</b>

Posted: 30 Jan 2009 08:03 PM PST

Hanya 20 saat

Oleh ASMARUDDIN JAMALUDDIN
rencana@kosmo.com.my (copy & paste je)

Aktiviti terjunan base di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor memompa adrenalin setiap penerjun.




BAGI kebanyakan kita, aktiviti terjunan base adalah sangat ekstrem. Ini kerana terjunan base dilakukan pada ketinggian yang sangat rendah berbanding terjunan biasa yang dilakukan dari kapal terbang.

Dengan kata lain, terjunan base adalah satu bentuk terjunan dari bangunan (building), pencawang (antena), jambatan (span) dan tebing (earth).

Aktiviti itu mula diterima masyarakat tempatan selepas penganjuran program terjunan base yang melibatkan 50 peserta dari seluruh dunia di Menara Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2001. Kejayaan program itu telah membuka peluang kepada penggemar sukan ekstrem untuk memperkembangkan aktiviti itu di negara ini.

Di Malaysia, lokasi sesuai untuk terjunan base adalah sangat terhad. Yang sesuai hanyalah terjunan dari bangunan tinggi. Malangnya untuk mendapatkan kebenaran membuat terjunan di bangunan berkenaan hampir mustahil kerana polisi dan situasi bangunan di sini tidak membenarkan aktiviti seperti itu dilakukan.


PELAPIK lutut untuk terjunan base.




TOPI keledar menjadi kelengkapan wajib.


Cuma, sejak akhir-akhir ini, terdapat sedikit peluang untuk membuat terjunan base dari menara-menara tinggi, itupun pada hari keraian tertentu sahaja.

Setakat ini, hanya Menara KL sahaja yang menjadikan terjunan base sebagai acara tahunan anjuran mereka dan itupun kerana menara itu mempelopori sukan terjunan bebas di negara ini. Terjunan bebas sedikit berbeza dengan terjunan base kerana penerjun sempat memusingkan badan, berbanding terjunan base yang mana penerjun tidak sempat berbuat demikian.

Justeru, bagi mengembangkan kedua-dua jenis terjunan itu, pencarian bakat pelapis baru kini aktif dijalankan oleh Presiden Persatuan Terjunan Base Malaysia, Kapten Aziz Ahmad, 52. Beliau kini sentiasa mencari lokasi tetap yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

"Tanggungjawab utama persatuan sekarang ialah mencari lokasi bagi melengkapkan empat disiplin base di negara ini," katanya kepada Kosmo!.

Dengan bantuan dua sahabatnya yang pakar dalam terjunan bebas, mereka membuat cubaan pertama terjun dari puncak tebing batu di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor pada awal tahun lalu.

Ekoran kejayaan terjunan pertama itu, beberapa terjunan lain dan beberapa perbincangan dengan pengurusan pusat mendaki di situ telah dilakukan. Hasilnya, satu pelantar dibina di tebing bukit pada Oktober lalu bagi memudahkan penerjun mendapatkan posisi terbaik untuk membuat terjunan.

MOHD. Idrus (kiri) dan Mohd. Noorizan melipat kanopi selepas membuat terjunan.


Sebelum ini, kawasan tersebut sangat terkenal dengan aktiviti memanjat tebing (rock climbing) dan kini bakal melakar sejarah menjadi pusat terjunan bebas dari tebing batu pertama di negara ini.

Kesempatan bersama mereka untuk melihat sendiri bagaimana mereka melakukan aktiviti terjunan bebas di situ adalah satu isyarat dari mereka bahawa mereka telah cukup bersedia untuk mengembangkan satu lagi aktiviti ekstrem di situ.

Menurut Aziz Ahmad, keberanian sahaja tidak mencukupi untuk menyertai sukan itu kerana kecekapan dan kemahiran menguasai saat-saat genting sangat perlu.

Dengan ketinggian hanya 96 meter (317 kaki) dari tanah, penerjun tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. "Cuba bayangkan, apa yang boleh dilakukan dalam tempoh tidak sampai 20 saat? Itulah tempoh masa yang ada bagi setiap penerjun base di situ sebelum mereka mendarat," ujarnya tegas.

Memang diakui, sukan ekstrem seperti terjun base itu tinggi risikonya. "Tetapi risiko yang dihadapi boleh dielakkan sekiranya mereka menerima tunjuk ajar dan panduan daripada jurulatih yang benar-benar bertauliah," katanya.

Oleh itu, hanya penerjun yang berjaya membuat terjunan melebihi 150 terjunan dari kapal terbang dibenarkan melakukan aktiviti tersebut. Ketepatan mendarat di lokasi yang ditetapkan juga amat penting bagi penerjun baru.

Bagi penerjun paling senior yang juga merupakan bekas komando, Jamaluddin Ismail, 54, beliau amat mementingkan disiplin diri. Kecelakaan boleh dielakkan dengan mengikuti rutin disiplin yang telah ditetapkan untuk penerjun.

"Cara berpakaian, kelengkapan keselamatan dan menguruskan kelengkapan terjunan amat diutamakan," ujarnya.

Mengimbas kembali penglibatan awalnya, akui Jamaluddin, beliau mengikuti aktiviti terjunan kerana 'tugas'.

PILOTCHUT Asistance, Azuan Taruddin sedang memeriksa beg Ahmad Zaharuddin sebelum membuat terjunan.




PANDANGAN dari atas penerjun membuat terjunan base.




AZIZ Ahmad (depan) turun ke tapak terjunan.


Namun kini, aktiviti ekstrem itu bertukar menjadi hobi. Ini kerana aktiviti seperti itu telah sebati dengan dirinya.

Beliau telah melakukan lebih daripada 3,000 terjunan sebelum ini.

"Setakat ini, saya telah melakukan dua daripada empat disiplin terjunan base iaitu dari bangunan dan tebing," ujarnya.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak pengurusan pusat mendaki di Wira Damai, Batu Caves kerana telah memberi kemudahan kepada penerjun untuk menjadikan pusat mendaki itu sebagai lokasi terjunan base dari tebing yang pertama di negara ini.

"Padang bola di sini juga menjadi tarikan penerjun kerana ia selamat untuk penerjun mendarat," katanya lagi.

Bagi penerjun muda, Hizam Shah Sahibudeen, 28, beliau mula mendapat pendedahan aktiviti payung terjun dari bapanya yang juga merupakan seorang penerjun.

"Saya memulakan aktiviti terjunan ini secara serius semasa menuntut dan bekerja di California, Amerika Syarikat. Di sana, terdapat banyak peluang untuk mendalami aktiviti terjunan ini," katanya.

"Semasa di sana juga, saya telah melengkapkan keempat-empat disiplin base seperti terjun dari bangunan, pencawang, jambatan dan tebing. Setiap disiplin terjunan base memberikan pengalaman yang berbeza dan begitu mengujakan," katanya lagi.

Beliau juga amat mengalu-alukan pembukaan lokasi terjunan di Batu Caves kerana akan memberi lebih banyak peluang kepada penerjun baru untuk melakukan terjunan base di negara ini.

Lebih menarik lagi, kemudahan awam di situ sudah lengkap dan mudah dikunjungi. "Setiap penerjun hanya memerlukan 30 minit untuk berjalan ke puncak melalui trek yang disediakan," katanya.

AKTIVITI terjunan base di Kampung Wira Damai, Batu Caves semakin popular.


Bagi Mohd Idros Mohd Yusop pula, tarikan di lokasi itu akan membantu meningkatkan populariti aktiviti terjunan base. "Selain melakukan terjunan base, peserta juga boleh mendaki tebing batu di sini," katanya.

Katanya, terdapat dua teknik asas yang diamalkan penerjun semasa melakukan terjunan base iaitu dengan teknik pilotchut asistance (pca) dan handheld free fall.

Menurutnya, handheld free fall hanya boleh dilakukan jika pilotchut yang digunakan bersaiz besar dan sesuai untuk terjunan dari tapak lokasi yang lebih rendah.

Sementara pilotchut asistance pula sesuai untuk mereka yang ingin membuka kanopi dengan pantas. Ini bermaksud, penerjun akan menggunakan khidmat rakan lain untuk membantu menarik keluar kanopi sebaik sahaja melakukan terjunan. "Tindakan ini akan membantu penerjun membuka kanopi sebaik sahaja mereka terjun," ujarnya lagi.

Setakat ini, beliau telah melakukan terjunan base lebih 350 kali dan melengkapkan dua disiplin iaitu terjun dari bangunan dan tebing.

Sesiapa yang berminat untuk belajar dan mendalami sukan terjunan base, bolehlah menghubungi Aziz Ahmad di talian 019-202 4198 atau e-mel skydivewilaziz@hotmail atau Mohd Idros Mohd Yusop di talian 019-620 4946 atau e-mel idros.yusop@menarakl.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan di pusat mendaki Kampung Wira Damai, Batu Caves hubungi Mohd Zain Mihat di talian 014-620 0029.

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


LEBIH DARI 1.000 MAHASISWA <b>DI SEPANG</b> BERPARTISPASI <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2012 01:20 AM PDT

INDONESIA IKUT BERPARTISIPASI DENGAN MENGIRIMAKAN 18 TIM DARI 9 UNIVERSITAS
Hari ini, mahasiswa dari seluruh Asia dan Timur Tengah telah berkumpul di sirkuit Kuala Lumpur, Sepang International Circuit untuk berkompetisi pada ajang Shell Eco-marathon Asia 2012. Sejumlah 119 tim mahasiswa telah mendaftarkan diri untuk menjadi bagian dari tantangan untuk melihat siapakah yang dapat merancang dan membangun kendaraan – mulai dari awal hingga akhir – yang memiliki efisiensi bahan bakar paling tinggi di kawasan.
Menampilkan tim dari universitas, perguruan tinggi, dan institut teknik dari 18 negara, Shell Eco-marathon Asia akan dilaksanakan mulai hari ini sampai 7 Juli. Kompetisi ini telah dijalankan di Eropa sejak tahun 1985 dan di Amerika sejak tahun 2007, sedangkan di Kuala Lumpur telah berjalan untuk yang ketiga kalinya sejak debut pertamanya di Asia pada tahun 2010. Malaysia juga menurunkan kontingen terbesar tahun ini dengan jumlah 28 tim. Lima (5) negara baru yang berpartisipasi juga pada tantangan tahun ini adalah Lebanon, Qatar, Uni Emirat Arab, Hong Kong dan Korea Selatan.
"Sebuah momen inspirasional ketika melihat sejumlah generasi muda Asia datang bersama untuk menjadi bagian dari Shell Eco-marathon. Para mahasiswa ini pada akhirnya berkesempatan untuk menguji kendaraan dan inovasi yang telah mereka kerjakan berbulan-bulan, di atas trek. Shell Eco-marathon lebih dari sekadar kompetisi atau perlombaan balap antar mahasiswa. Ajang ini menjadi medium untuk merealisasikan ide menjadi kenyataan, serta juga berfungsi sebagai platform bagi anak muda kedepannya dalam menghasilkan solusi lebih kreatif guna menghasilkan kendaraan hemat energi yang mampu menjawab tantangan energi saat ini," ujar Mavis Kuek, General Manager Shell Eco-marathon Asia.
Tim mahasiswa akan berpartisipasi pada satu atau dua kategori Prototype dan Urban Concept dan Shell Eco-marathon tahun ini mengumpulkan sejumlah 81 kendaraan Prototype dan 38 kendaraan UrbanConcept dari wilayah Asia. Kategori Prototype mengajak para mahasiswa untuk mendaftarkan mobil efisien futuristik yang memaksimalkan efisiensi bahan bakar melalui inovasi elemen desain, seperti drag reduction. Kategori Urban Concept memfokuskan lebih pada kelayakan penggunaan kendaraan dengan efisiensi bahan bakar. Bertujuan untuk menjawab kebutuhan pengemudi di dunia nyata, kendaraan-kendaraan ini secara penampilan memiliki kemiripan dengan mobil jarak tempuh tinggi yang banyak terlihat di jalan saat ini.
Tim Bit Qat I dari Institut Teknologi Beijing merupakan tim pertama yang terdaftar di Sirkuit Internasional Sepang untuk kompetisi ini. Kendaraan tersebut akan berkompetisi untuk kategori Prototype, melawan kendaraan Prototype lain yang berbahan bakar bensin. "Kami merancang kendaraan yang benar-benar baru dan hanya menggunakan pembelajaran dari pendahulu sebagai satu-satunya unsur memengaruhi desain kami. Kendaraan ini merupakan hasil kerja keras selama empat bulan, dan kami sangat senang dapat pertama kali mengujinya di trek hari ini," ujar Manager Tim Yang Junwei.
Dalam proses membangun kendaraan paling efisien bahan bakar, para mahasiswa memiliki kebebasan untuk melatih kreativitas pada aspek teknis dan desain, selama kendaraan memenuhi aturan keselamatan. Penghargaan akan diberikan pada tim dengan jarak tempuh terjauh pada 1 kWh atau 1 liter bensin. Penampilan di luar trek seperti kreativitas, keselamatan, desain, dan pemasaraan juga menjadi unsur penilaian.
Untuk kategori Prototype dan Urban Concept, para tim dapat mulai mendaftarkan kendaraannya dengan tipe energi yang digunakan sebagai berikut : hidrogen (sel bahan bakar), solar, baterai elektrik, bensin, diesel, Shell Gas to Liquids (GTL), Fatty acid methyl ester (FAME) dan Ethanol E100. Hasil dari kendaraan dengan tenaga listrik (tiga tipe energi pertama) dilihat dari jarak tempuh km per kilowatt per jam (km/kWh) dan km per liter (km/l) untuk kelima jenis energi lainnya
28 penghargaan On-Track dengan jumlah hadiah uang sebesar USD 42.000 diperebutkan oleh seluruh tim yang berpartisipasi pada kategori Prototype dan UrbanConcept. Hadiah utama senilai USD 2.000 akan diberikan kepada masing-masing pemenang di setiap jenis energi.
Seluruh tim juga dapat bersaing untuk total penghargaan off-Track masing-masing senilai USD 1.000. Penghargaan terbaru seperti "Eco-Design", "Best Team Spirit" dan "Ketekunan dalam Menghadapi Kesulitan" juga disiapkan tahun ini untuk memotivasi tim mahasiswa untuk bersaing di luar teknis kompetisi.
Seluruh tim akan menjalankan kendaraannya di trek mulai tanggal 5 Juli 2012. Kompetisi ini secara resmi dimulai pada pukul 09.00 pagi tanggal 6 Juli 2012 oleh by Simon Henry, Chief Financial Officer of Royal Dutch Shell plc dan Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jala, Chief Executive Officer of Malaysia's Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU). Upacara penutupan dan pemberian hadiah akan diadakan pada tanggal 7 Juli.
Sirkuit Internasional Sepang akan dibuka untuk publik pada tanggal 5 Juli dari pukul 8.00 pagi sampai 7.00 malam, tanggal 6 Juli pada pukul 2.,00 siang sampai 7.00 malam, dan tanggal 7 Juli pada pukul 8.00 pagi sampai 4.00 sore. Pengujung dapat masuk melalui pintu masuk Paddock Club dan dapat menyaksikan kompetisi ini dari Paddock Club (PC) 1.
Selain kompetisi mahasiswa, pengunjung juga berkesempatan untuk mengikuti tantangan Shell FuelSave Driving Challenge, tantangan mengemudi di dunia nyata yang memberikan kesempatan untuk meguji kemampuan efisiensi bahan bakar. Selama Shell FuelSave Driving Challenge, John dan Helen Taylor, ambassador Shell FuelSave dan pemegang rekor efisiensi bahan bakar di dunia akan menunjukkan para pengumudi berdasarkan pengalaman nyata tentang bagaimana menggunakan bahan bakar dengan benar serta melakukan perubahan kecil pada perilaku berkendara dapat membantu menghemat bahan bakar, dan dengan demikian ongkos bahan bakar dapat terkurangi. Registrasi Shell FuelSave Driving Challenge bertempat di Area Pameran Shell FuelSave di Paddock Club 2. Setiap tantangan akan berlangsung selama 30 menit, dan dimulai di Perdana Suites carpark.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai kompetisi Shell Eco-marathon secara global, termasuk aturan resmi, instruksi untuk registrasi dan detail mengenai hadiah, silakan kunjungi website Shell Eco-marathon di www.shell.com/ecomarathon.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved