ads

Selasa, 4 Oktober 2011

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


BERITA Ahli Perniagaan Ditikam <b>Di</b> Hadapan Rumah, <b>Cheras</b> <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 11:24 AM PDT

Seorang ahli perniagaan di temui mati di percayai di bunuh dalam satu kejadian cubaan samun di Jalan Mutiara Timur 4, Cheras, di ibu negara, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10:45 malam itu, mangsa dilaporkan sempat menjerit meminta tolong, selepas dipercayai cuba disamun.

Mangsa yang berusia 25 tahun berasal dari Johor, dipercayai cuba melarikan diri.

Bagaimana pun, beliau rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak kira-kira 60 meter dari rumahnya.

Jiran yang mendengar jeritan mangsa kemudiannya menemui mangsa terbaring berlumuran darah akibat tikaman di dada kanan.

Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati barangan berharga milik mangsa masih ada.

Polis masih menjalankan siasatan, motif dan punca sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, di minta tampil membantu siasatan.

sumber

Related Posts via Categories

Related posts via Matching:

  1. (BERITA) Gambar Anak Polis Mati Jatuh Kuarters di Marang | Kanak-Kanak Sindrom Down

  2. (BERITA) Gambar dan Kisah Orang Minyak di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak

  3. (BERITA) Gambar Pagar Rumah Mat Sabu yang Terbakar Dibaling Bom Petrol

  4. (BERITA) Gambar Kebakaran 5 Rumah Kedai di Pelabuhan Klang

  5. (BERITA) Gambar Sekitar Kemalangan Maut Datuk Awang Jabar, Tokoh Veteren UMNO Terengganu

  6. (BERITA) Gambar & Senarai Nama Mangsa Maut & Cedera Van dihempap Pokok pada 11/9/2011 di Perlis

  7. (BERITA) Tiga Maut Di Lebuh Raya Utara Selatan

  8. (BERITA) Kemalangan Maut Terbabas & Terbakar Nor' izah Abdullah Omar

  9. (BERITA) Pelajar Kolej Swasta, Nurul Awati Mohamad Shakri Dibunuh dan Dibakar di Ampang

  10. (BERITA) Gambar Kemalangan Warga Emas, Manis Ismail Dengan Kereta Penyeludup

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


海南村 / Bagan Hailam, <b>Port Klang</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 17 Sep 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - McDonald <b>di</b> Kota Warisan

Posted: 22 Sep 2011 08:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]McDonald di Kota Warisan. Perbincangan Kota Warisan, Perbandaran baru di Bandar Baru Salak Tinggi. 30 posts • Page 3 of 3 • 1, 2, 3. Re: McDonald di Kota Warisan. Post by mfma » Fri Jul 22, 2011 1:38 pm ...

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR

Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.

1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)

1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat,

Masa: 2.30 petang .

Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang

1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor

masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Adilla, Pengerang

2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin)

2.1: Dialog Bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Felda Dengga, Sembrong

2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai

3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa)

3.1: Dialog bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pejabat PKR Sekijang

3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Maokil, Pagoh

Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.

Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011

3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.

4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.

9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2.

Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham

Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011

Kawasan Rompin:

2.30 petang: Felda Keratong 1

4.30 petang: Felda Keratong 8

8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.

Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan.

Kawasan Bentong }

Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:

1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan

2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi

3. 12.00 t.h - di Felda Suharto

4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa

Terlibat dalam lawatan:

YB Elizabeth Wong

Haji Suhaimi Said

T. Kumar

Rebin Birham

Zabidie Abas

Man Kadir (Pak Jabit)

Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.

Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Rumah Teres 2 Tingkat <b>di</b> B.B <b>Bangi</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:24 AM PDT

Subject: Double Storey House in B.B Bangi

Bathroom: 3
Other info: Bumi Lot
Property Type: Double storey
Bedrooms: 4
Size: 3208 sq.ft.
Area: Bangi
Tenure: 91
Title type: Leasehold

Segera untuk dijual.
(alasan: pemilik akan menetap di luar negara).
-Alamat: No.1,Jalan 4/3F, Bandar Baru Bangi. Bangi Selangor.
-Jenis: Rumah Teres 2 Tingkat, Lot Tepi.
-Luas tanah: 3208 k/p.
-Luas rumah: 1588 k/p.
-Kini rumah ini sedang disewa. (Penyewa bersedia keluar / sewa semula) RM1000
sebulan.
-Keadaan rumah baik dan boleh lihat bila-bila masa. (Seperti sedia ada).
-Pembeli berminat boleh hubungi saya segera atau email. (Hanya pembeli serius
sahaja) H/P: 0192203375 / email: alshabana@live.com
-Harga boleh dirunding.

Price: RM 320000

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Jangan main politik dengan Isu bekalan air <b>di</b> Lembah <b>Klang</b> | Free <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 12:17 AM PDT

SURAT FMT

Dari Rakyat S'gor prihatin, melalui e-mel

Saya sebagai penduduk Selangor ingin menyokong kenyataan Setiausaha Agung FOMCA, Mohammad Shaani Abdullah, yang meminta supaya tiada percangahan kenyataan berkaitan dengan bekalan air di Selangor.

Bagi saya, SYBAS sepatutnya menjelaskan mengapa LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) yang bertanggungjawab terhadap bekalan air mentah mendapati bekalan air mencukupi bagi Lembah Kelang?

SYBAS juga harus menjelaskan mengapa mereka masih berdegil dengan kenyataan awal mereka yang menyatakan bekalan air di Lembah Kelang terancam.

Setahu kami rakyat Selangor ini, SYBAS cuma bertanggungjawab di atas pembersihan dan pensulingan air sahaja. Hal ehwal bekalan air terletak di bawah kuasa LUAS. Maka, LUAS lebih mengetahui keadaan sebenar bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang berbanding Sybas.

Amat dikesali pihak SYBAS cuba bermain politik dengan isu bekalan air di Selangor dan Lembah Klang. Sudah menjadi maklumat umum, SYBAS adalah syarikat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang pro kepada Umno.

Kenyataan SYBAS yang terbaru ini jelas berbau politik dan mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta MB Selangor.

Bagi saya rakyat Selangor, kenyataan dari LUAS sudah cukup untuk memberikan saya rasa tenang terhadap keadaan bekalan air di masa hadapan.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


beritaprima.com » Rumah <b>Panjang di Sungai</b> Kapuas

Posted: 04 Oct 2011 07:39 AM PDT

Jakarta, beritaprima.com  – Rumah panjang atau betang dan lamin adalah rumah adat Suku Dayak yang panjang dan biasanya dibangun di pinggiran sungai. Jika Anda ingin menyaksikan bangunan rumah seperti ini, berkunjunglah ke Sungai Kapuas, Kalimantan Barat.

Rumah panjang terdiri lebih dari 50 ruangan dengan banyak dapur. Rumah ini dihuni oleh beberapa keluarga, termasuk keluarga inti. Bahkan rumah panjang di dataran tinggi sungai Kapuas Putussibau memiliki 54 bilik yang dihuni oleh beberapa keluarga.

Rumah panjang biasanya dibangun di atas tiang setinggi 5 sampai 8 meter seperti panggung dan ada yang panjangnya sampai 186 meter serta lebar 6 meter. Untuk masuk ke dalamnya pun harus melewati anak tangga atau yang dikenal dengan nama tangka.

Uniknya lagi, kondisi rumah ini masih sangat kokoh, meski sudah berumur ribuan tahun. Mau tahu alasannya ? Karena kayu yang dipakai untuk membangun rumah panjang adalah kayu ulin (kayu besi) yang terkenal kuat.

Ada pun rumah panjang lainnya yang tersebar di Kapuas Hulu atau di dataran tinggi Kapuas. Mulai dari Kabupaten Sunge Uluk Apalin, Melapi, Semangkok, Sungai Utik, dan di Kabupaten Bukung.

Suku Dayak merupakan suku asli Kalimantan, pulau besar yang dikenal juga dengan nama Borneo. Suku Dayak di Kalimantan menghuni dataran tinggi, pedalaman hutan, dan di sepanjang pinggiran sungai pulau ini.

Seru juga ya liburan ke rumah panjang !

Item Thumbnail

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Hulu Langat dan <b>Hulu Selangor</b> pada 23 <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 03:23 AM PDT

Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Antara pukul 9 malam pada 23 Ogos hingga 5 pagi 24 Ogos, gangguan bekalan akan berlaku di taman-taman perumahan di kawasan Kajang dan Semenyih, yang disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan penyambungan paip oleh pihak ketiga di Jalan Reko, Kajang.

Syabas dalam satu kenyataan hari ini berkata gangguan juga berlaku di kawasan Hulu Selangor mulai 10 malam 25 Ogos hingga 5 pagi 26 Ogos, yang membabitkan sekitar Kampung Dato Lee Kim Sai, Taman Bersatu Rawang, Belmas
Johan/ R&R/ Industri Indah Rawang, Industri Kri dan NSK.

Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

- Bernama

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


<b>Bandar Sunway</b>, Malaysia | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 01 Oct 2011 08:13 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


DIARY HANI.COM: WEEDING <b>DI KAJANG</b>

Posted: 25 Sep 2011 06:11 AM PDT

Di saat orang sibuk pegi open house sana sini, kami ada undangan kenduri majlis perkhawinan sepupu sebelah emak di Kajang.Kami konvoi ala2 rombongan cik Kiah...4 buah keta tu!.

Ini merupakan majlis kahwin menerima menantu yang pertama buat auntie dan uncleku. Mesti gabra kan..al-maklum pengalaman pertama. Cam emak dan abah dulu yang tak makan dari pagi sampai petang dek risau memikirkan macam2 perkara...Takut tetamu tak datang, takut makanan tak cukup dan paling dia takut...takut menantu lari..(Yang last ni,,aku tambah jerrr..)


(Siap dok atas riba lagi nih)


(Anak dara ni excited nak tangkap gambar tapi lengan baju maksu nyer plak masuk sekali)

Ramai gak tetamu yang hadir. Diantaranya sepupu2 aku yang datang dari Perak dan juga sekitar KL. Cuma..aku tak bersedia berjumpa segelintir dari mereka...kerana masih terasa hati dengan sikap mereka yang tidak mejenguk emak di saat menerima berita kematian Abah dulu. Aku bukan orangnya yang boleh bersikap pura2 dan aku kira semua ni mengambil masa jugak untuk aku memaafkan mereka..


(Cam biasa...posing lepas makan)

One of them.. cam perasan yang muka aku cam kelat semacam...Tak berani pun datang kat meja makan kami..terus blah gitu jer. Ada aku kisah!...aku tak mahu berurusan dengan orang hipokrit camtu biarpun dia sepupu aku sendiri. Setakat waktu senang jer nam menebeng tapi waktu kami ditimpa musibah..batang idung dia pun tak nampak..!Itu ke jenis manusia yang perlu aku hormat?

Apa pun. semua tu tak menghalang kegembiraan kami berjumpa sepupu2 yang lain..Balik dari weeding tu, kami singgah umah adik kat Sg. Long. Sempat gak ler aku rembat ikan guppy dia...Dia ni memang suka menghias laman..cantik dan tersusun rapi bunga2nya.

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Kini Dan Silam: GERAKAN POLITIK KIRI <b>DI HULU LANGAT</b>, 1946 <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 03:13 PM PDT


GERAKAN POLITIK KIRI DI HULU LANGAT, 1946-1948*
Dr. Mohamed Salleh Lamry**

Mengikut versi sejarah arus perdana atau versi sejarah "rasmi", perjuangan untuk mencapai kemerdekaan di Malaysia biasanya dikatakan bermula dengan penubuhan UMNO dan penentangan terhadap gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Setelah berjaya menghapuskan Malayan Union, UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC  mengadakan perundingan dengan kerajaan Bristish untuk mendapatkan kemerdekaan, dan  kemedekaan diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam keadaan aman damai  pada tahun 1957. Tersirat dalam versi sejarah arus perdana ini seolah-olah UMNO-lah yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.
       Versi sejarah arus perdana ini sekurang-kurangnya salah dari dua segi. Pertama,  salah dari segi tarikh permulaan perjuangan kemerdekaan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan bukan bermula  pada tahun 1946, tetapi  jauh lebih awal daripada itu. Kalau    penentangan pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang dan Tok Janggut di Kelantan tidak kita masukkan dalam perbincangan ini, kita harus mengakui bahawa perjuangan untuk mencapai kemerdekaan  sudah pun bermula  selewat-lewatya pada tahun 1938, dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
      Kedua, salah  dari segi parti  yang mempelopori atau yang  terawal memperjuangkan kemerdekaan. Yang sebenarnya KMM-lah parti yang mempelopori perjuangan kemerdekaan; bukan UMNO  dengan rakan-rakannya MCA  dan MIC. Perjuangan KMM kemudian disambung oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan  pada akhir  tahun 1945.  Dengan itu versi  sejarah arus perdana ini seolah-olah tidak mengiktiraf  peranan KMM dan PKMM, yang biasanya diistilahkan sebagai "gerakan kiri" dalam perjuangan kemerdekaan.
      Oleh yang demikian, sebagai koreksi kepada versi sejarah arus perdana ini, sudah sampailah masanya kita  memperkenalkan dan membincangkan peranan gerakan kiri pula dalam  perjuangan kemerdekaan. Walaupun  gerakan kiri bukan gerakan  yang berjaya mendapatkan kemerdekaan, tetapi gerakan kiri ialah gerakan yang mempelopori dan ikut memainkan peranan  dalam perjuangan kemerdekaan.  Oleh itu  peranan gerakan kiri juga wajar diberi pengiktirafan.
     Gerakan politik kiri bukan saja wujud pada peringkat nasional atau peringkat negara Malaysia, tetapi juga pada peringkat tempatan (daerah dan kampung). Gerakan politik kiri pada peringkat nasional, sudah banyak dikaji dan dibincangkan (lihat misalnya Ramlah Adam 2004; Mohamed Salleh Lamry 2006). Oleh itu, sudahlah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada  gerakan politik kiri pada peringkat tempatan (daerah dan kampung) pula.
     Sehubungan itu, makalah ini ingin meninjau gerakan politik kiri pada peringkat daerah Hulu Langat dan kampung Jenderam, iaitu   daerah dan kampung di mana gerakan politik kiri yang aktif telah wujud   antara tahun 1946 hingga 1948 dahulu.
Gerakan Politik Kiri di Hulu Langat
Ahmad Boestamam (1972: 78-79) ada mencatatkan dalam memoirnya, "Memang  Ulu  (Hulu ) Langat punya keistimewaan sepanjang yang berkaitan dengan  gerakan kiri dulu. Bukan saja BATAS kuat di sana bahkan API, AWAS dan PKMM juga." Catatan Ahmad Boestamam ini menunjukkan bahawa gerakan politik kiri memang  pernah muncul dan berkembang di Hulu Langat.
      Berdasarkan pemerhatian, gerakan politik kiri dipercayai mudah muncul dan berkembang di Hulu Langat kerana beberapa faktor, yang antaranya adalah seperti di bawah ini.
      Pertama, kedudukan daerah  Hulu Langat yang  agak hampir dengan Kuala Lumpur,  pusat  gerakan politik sejak sebelum  perang  dunia kedua lagi. Ini memudahkan pemimpin   pusat gerakan kiri yang tinggal di Kuala Lumpur berkunjung ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu. Oleh itu, penduduk Hulu Langat mudah melibatkan diri dengan gerakan kiri sejak permulaannya lagi. Misalnya, pada tahun 1938, apabila KMM ditubuhkan, sudah  ada penduduk Hulu Langat yang menyertainya. Salah seorang daripada mereka  ialah  Bakar Jali yang kemudiannya menjadi ketua PKMM  kampung Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78).
      Kedua, penduduk  daerah Hulu Langat umumnya terdiri daripada orang-orang keturunan Indonesia, seperti juga pemimpin utama gerakan kiri. Mereka umumnya masih mempunyai hubungan dengan keluarga mereka di Indonesia, dan berminat terhadap gerakan politik radikal seperti yang terdapat di Indonesia (Mohd.Nor Mohd. Amin 1977/78). Ini memudahkan mereka menyokong gerakan politik kiri, apabila  pemimpin  dari pusat, yang umumnya terdiri daripada orang-orang ketururan Indonesia datang ke Hulu Langat untuk  mengembangkan  pengaruh gerakan itu.
     Ketiga, bagi sesetengah kampung, seperti kampung Jenderam yang  penglibatan politik penduduknya akan dihuraikan di bawah ini, pengaruh Indonesia memang begitu jelas, dan merupakan faktor utama yang memungkinkan  gerakan  politik kiri berkembang di kampung itu. Kebetulan  pengaruh dari Indonesia ini memang ditekankan oleh Stockwell (1979)  sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan politik radikal Melayu (gerakan kiri Melayu)  di Malaya antara tahun 1945-1948.
      Keempat, di daerah  Hulu Langat telah muncul beberapa orang pemimpin gerakan  kiri yang aktif dan berkebolehan,  yang namanya dinyatakan di bawah ini.
      Kelima, yang tidak kurang pentingnya ialah Kajang, ibu daerah Hulu Langat,  telah dijadikan ibu pejabat PKMM Selangor setelah  berlaku perpecahan dalam PKMM antara  kumpulan yang menyokong Dato' Onn dengan kumpulan yang menyokong Dr.Burhanuddin  dalam isu penentangan terhadap Malayan Union. Ibu pejabat PKMM Selangor itu terletak di No. 24,
Main Street
, Kajang (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 45)
     Selepas itu, Kajang telah dipilih sebagai tempat kongres dan mesyuarat penting gerakan  kiri. Misalnya, pada bulan Oktober 1946, kongres  pertama  AWAS dan BATAS  Malaya telah diadakan di panggung wayang Sun, Kajang.  Kongres AWAS itu mencatat sejarah,  kerana dalam kongres itulah untuk pertama kalinya Kamarulzaman Teh, Ketua API  Pahang yang juga  seorang tokoh komunis Melayu di negeri itu,  menyatakan secara terbuka bahawa ia  berucap sebagai wakil PKM  (Shamsiah Fakeh, 2004: 46; Mohamed Salleh Lamry,  2006: 108).
      Pada tahun 1947 pula, ketika PKMM mengadakan kongresnya yang ketiga di Singapura, para perwakilan dari Zon Utara  (Perlis, Kedah, dan  Pulau Pinang) dan Zon Barat (Perak, Selangor dan Negeri Semblan) telah bertemu di Kajang untuk mengadakan mesyuarat persiapan bagi  menghadiri kongres  tersebut.  Jaafar Husin (1989: 40) perwakilan dari Pahang yang turut sama singgah di Kajang mencatatkan, "Kongres di adakan di tingkat atas sebuah kedai mamak dan barangkalinya menjadi Pejabat Parti Bahagian Kajang".
      Peranan Kajang sebagai Ibu Pejabat PKMM Selangor dan tempat kegiatan penting seperti mesyuarat dan kongres ini tentu ada pengaruhnya terhadap perkembangan  gerakan politik kiri di daerah Hulu Langat.
      Oleh yang demikian, mulai awal tahun 1946 di kampung-kampung yang ramai penduduknya dan mempunyai orang-orang yang berkebolehan untuk memainkan peranan sebagai pemimpin, lahirlah cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS. Walaupun kita tidak memperoleh senarai kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri, tetapi antara kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri yang kuat termasuklah Sungai Long, Bukit  Raya, Sungai Serai  dan Jenderam (temu ramah dengan Yahya Nasim,   25 Jun 2008).
       Kemunculan    cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS di daerah  Hulu Langat boleh dikatakan seiring dengan kemunculan pemimpin-peinimpin yang aktif, yang menggerakkan  organisasi tersebut. Di sini pun kita tidak mempunyai rekod yang lengkap tentang siapa mereka dan ciri-ciri mereka. Namun, kemudiannya ada beberapa orang pemimpin dari daerah Hulu Langat  yang menduduki jawatan yang agak tinggi,  bukan saja pada peringkat cawangan, tetapi juga pada peringkat kebangsaan dan negeri, dan kerana itu  boleh diiktiraf sebagai pemimpin yang lebih penting.
      Dari kalangan pemimpin PKMM, salah seorang pemimpin dari daerah  Hulu Langat yang  menduduki jawatan penting ialah Yahya Nasim. Di samping menjadi Ketua PKMM Hulu Langat, dia juga menjadi Ketua PKMM Selangor dan menjadi Penolong Bendahari PKMM Pusat.  Beberapa orang pemimpin PKMM dari Hulu Langat juga memegang jawatan pimpinan pada peringkat negeri Selangor, iaitu   Bakar Jali (Ketua 2), Nawawi Haji Abdul Hamid (Setiausaha), Kassim Haji Sirat (Bendahari), Ustaz Yunus Yatimi (Badan Penerangan), Mustafa Yunus (Ahli Jawatankuasa) dan Sulaiman  Pandita (Ahli Jawatan kuasa).                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
      Dari kalangan pemimpin API, yang paling terkemuka ialah Khidir Ibrahim.  Dia menjadi  Ketua API  Hulu  Langat, di samping menjadi salah seorang pemimpin API Selangor.
      Bagi organisasi AWAS pula, salah seorang pemimpinnya yang terpenting ialah Aishah Haji Hussain yang berasal dari Hulu Langat dan pernah menjadi isteri Pak Sako (Ishak Haji Muhamad). Ia menjadi Ketua AWAS daerah Hulu Langat dan negeri  Selangor  dan  Bendahari AWAS Malaya. Sementara itu, beberapa orang pemimpin AWAS dari kampung Jenderam seperti Fatimah Haji Kassim, Rosnah  Mein, Mariam Jaafar, Hindon Tahir dan Zaharah Kasim, juga merangkap jawatan AJK AWAS  Selangor.
     Mengenai BATAS, Ahmad Boestamam (1972: 78) menganggap  bahawa  daerah Hulu Langat  ialah kubu BATAS yang terkuat di Selangor, dan ketuanya  ialah  Mohamad Sharif yang menjadi orang kanan kepada Musa Ahmad, ketua BATAS Malaya. Mungkin kerana ia berjambang, Yahya Nassim (temu ramah  25 Jun 2008)  menggelarnya sebagai  "Sharif Jambang".
      Dalam tempoh kewujudannya yang agak singkat, dari tahun 1946 hingga 1948,  mungkin tidak banyak aktiviti yang sempat dilakukan oleh  cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS daerah  Hulu Langat. Namun, beberapa akivitinya yang penting boleh disenaraikan  seperti  di bawah ini.
      Pertama, menerima kedatangan pemimpin atau tokoh dari luar dan mendengar ceramah yang diberikan oleh pemimpin tersebut. Misalnya, pemimpin pusat seperti Dr.Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Wahi Anuar, Musa Ahmad, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Zainab Mahmud dikatakan sering berkunjung ke kampung Jenderam, salah sebuah pusat gerakan kiri yang terkuat di daerah  Hulu Langat.  Kedatangan mereka disambut dengan kemesraan oleh penduduk kampung tersebut (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 48-49).
      Kedua, mengadakan latihan ketenteraan untuk anggota API  dan anggota   PKMM serta AWAS yang terpilih.  Sebagaimana yang dilaporkan oleh pusat  perisikan British (Ramlah Adam, 2004: 224)  di  Hulu Langat  terdapat  sebuah  pusat latihan ketenteraan API,  selain daripada sebuah pusat lain di Singapura,   dan  pusat latihan tetap dan utama di Taboh Naning, Alor Gajah  dan   Tanjong Bidara, Melaka.
      Berdasarkan pengalaman  Aishah  Haji Khatib, bekas Ketua AWAS  Cawangan Bukit Raya yang diceritakannya kepada Aishah Ghani,  Aishah Ghani (1992: 33)  menceritakan dalam memoirnya   bahawa  orang yang menyertai latihan itu,
 "… dibawa ke dalam hutan  untuk menjalani latihan menggunakan senjata api dan menghadiri kursus-kursus sulit yang juga diadakan dalam hutan Sungai Long tidak berapa jauh dari Kampung Batu 10…Setelah  berlatih selama dua minggu mereka balik semula ke kampung. Latihan-latihan itu berjalan berterusan dari semasa  ke semasa."
      Ketiga, mengadakan Kongres Tani  secara besar-besaran di kampung Jenderam pada 28 Mei 1948, tiga minggu sebelum Undang-Undang Darurat diisytiharkan. Walaupun kongres ini tidak dinamakan kongres nasional, tetapi ia dihadiri oleh  pemimpin gerakan  kiri yang penting, seperti  Dr.Burhanuddin,  Abdullah C.D. dan Shamsiah Fakeh.   Bersempena dengan kongres itu, satu perarakan BarisanTani yang mengandungi kira-kira 700 orang telah diadakan dari masjid kampung Jenderam selepas sembahyang Jumaat.  Bendera "merah putih"  dan "bendera  rakyat" turut dikibarkan dalam perarakan itu.
      Kongres Tani itu dikatakan bermula  pada pukul  tiga petang dan  didahului oleh ucapan oleh beberapa orang wakil badan-badan progresif, termasuk Parti Buruh dan Pembantu Indonesia  Merdeka (PIM). Kongres berakhir pada pukul lima petang. Pada sebelah malamnya telah diadakan pertunjukan sandiwara  yang bertemakan semangat  perjuangan oleh anggota PETA (Ikatan Pemuda Tanah Air) cawangan Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin 1977/78: 49).
      Apabila Undang-Undang Darurat diisytiharkan  pada 20 Jun 1948, dan berikutan dengan itu parti-parti kiri  diharamkan oleh kerajaan penjajah Inggeris,  beberapa orang pemimpin dan anggota gerakan kiri dari daerah  Hulu  Langat  telah menyertai  perang gerila yang diterajui  oleh PKM.  Antara mereka termasuklah Khidir Ibrahim, Ketua API Hulu Langat yang terkorban di Hulu Selangor  (Ahmad Boestamam 1972: 79) dan Aishah Haji  Khatib, Ketua AWAS Bukit Raya, Hulu Langat,  yang kisah perjuangannya diceritakan dengan panjang lebar oleh Aishah Ghani dalam memoirnya  ( 1992: 32-35).
      Bagaimanapun, berbanding dengan penduduk kampung lain, penduduk kampung  Jenderamlah yang paling ramai menyertai perang gerila itu. Ini ditegaskan oleh  Wikipedia (http: ms.wikipedia.org/wiki/sejarah_komunis-di Selangor)  dengan kata-kata seperti berikut:
      Kebanyakan  pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datang dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.
/sejarah_komunis-di Selangor)  dengan kata-kata seperti berikut:
      Kebanyakan  pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datang dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.
bersambung dengan
"Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam"

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Tengok secara live jemaah pergi haji <b>di kelana jaya</b> - Pika Diaries

Posted: 03 Oct 2011 07:05 AM PDT


Assalamualaikum

Aku rasa semua orang dah tau sekarang ni memang musim orang mengerjakan haji.Aku semestinya tau sebab aku tengah praktikal kat tabung haji kan.Kalau tak tau memang nak kene penampaq free je dari boss aku..hehe

Alkisahnya aku ni tak pernah la pegi kelana jaya tempat check in jemaah yang nak pergi haji tu la kan.Aku bayangkan kelana jaya tu macam klia.Tetapi rupanya tidak sama sekali..hehe
Sabtu lalu aku mengikut family aku menghantar nenek aku punye adik pergi mekah.So just hantar kat kelana jaya jela kan.Rupenye kelana jaya tu dalam kawasan perumahan.Bukan tanah lapang macam yang aku bayangkan.

Aku sampai dalam pukul 6 lebih.Jalan memang jammed la kan.Sampai je orang memang dah penuh giler.Bermacam-macam gelagat aku tengok.Ade yang bercamping,ade yang buat kelana jaya tu macam rumah die sendiri.Family sebelah aku tu siap makan tempoyak,pergh bau memang mengancam!

Muka jemaah haji yang terpilih mengerjakan haji tahun ni masing-masing penuh seri.Yela nak jadi tetamu Allah kan.Terbit dihati aku nak jejak kaki kat sana :)
Insyallah bila sampai masanya :)

Jemaah boleh check in start pukul 9 lebih.Orang pon dah beratur.Bila diorang announce jer boleh masuk.Macam2 gelagat ade,sayu jer hati biler dengar budak2 lambai atok nenek dorang sambil jerit..bye atok..bye nenek..Ade yang nangis.Ade yang meraung.Macam-macam adela :)

Seronok rasany abiler dapat tengok sendiri jemaah yang pergi haji sebab selama ni aku tolong uruskan proses diorang untuk pegi haji jer.Dari pendaftaran sampai lah serahan passport.Walaupun tidak diberi peluang untuk join OHTA(operasi haji tanah air) tapi dapat jugaklah tengok secara live orang pegi haji :)

Sape yang tak daftar haji jom daftar sekarang di pejabat tabung haji yg berdekatan :)
Lagi cepat kita daftar lagi cepat kite berpeluang pegi mekah!
Pastikan kena bukak akaun tabung haji dulu la tw :)

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved