Selasa, 4 Oktober 2011

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Hulu Langat dan <b>Hulu Selangor</b> pada 23 <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 03:23 AM PDT

Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Antara pukul 9 malam pada 23 Ogos hingga 5 pagi 24 Ogos, gangguan bekalan akan berlaku di taman-taman perumahan di kawasan Kajang dan Semenyih, yang disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan penyambungan paip oleh pihak ketiga di Jalan Reko, Kajang.

Syabas dalam satu kenyataan hari ini berkata gangguan juga berlaku di kawasan Hulu Selangor mulai 10 malam 25 Ogos hingga 5 pagi 26 Ogos, yang membabitkan sekitar Kampung Dato Lee Kim Sai, Taman Bersatu Rawang, Belmas
Johan/ R&R/ Industri Indah Rawang, Industri Kri dan NSK.

Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

- Bernama

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads