ads

Khamis, 17 Januari 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


RM49 Juta Kos Projek Bina Jambatan, Jalan <b>Di</b> - Perak Today

Posted: 17 Jan 2013 03:53 AM PST

Sejajar dengan slogan Janji Ditepati yang dilaungkan Barisan Nasional (BN), sejumlah RM49 juta diluluskan kerajaan Pusat dan negeri bagi membiayai kos membina jambatan dan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Lumut dan Beruas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk membina jambatan menghubungkan penduduk Kampung Batu dan Kampung Teluk.

"Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha telah merasmikan majlis pecah tanah projek itu tahun lalu  dan ia sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada 2015.

"Mereka (penduduk) tidak perlu membuat pusingan sejauh 45 minit untuk ke Kampung Teluk dan Kampung Telaga Nenas kerana jambatan ini dapat menghubungkan secara terus, sekaligus memudahkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Kerja di DUN Pengkalan Bharu yang berlangsung di Arena Square, dekat Beruas, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Pengkalan Bharu Datuk Hamdi Abu Bakar dan Penasihat Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn.

Katanya, projek yang berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu merupakan sebahagian janji kerajaan BN kepada penduduk kampung yang memohon agar laluan di kampung itu dinaiktaraf.


Selain pembinaan jambatan dan laluan baru, peruntukan itu turut melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan di kawasan Lubuk Pusing.

"Di Kilometer 11, keadaan jalannya agak merbahaya terutama di kawasan selekoh jadi kerja-kerja meluruskan jalan telah dilakukan yang melibatkan kos berjumlah RM6 juta," katanya.

Peruntukan yang disumbangkan oleh kerajaan Pusat dan negeri itu turut meliputi pembinaan jalan alternatif menghubungkan Ayer Tawar dan Pantai Remis yang melibatkan kos berjumlah RM8 juta.

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Jabatan Kehakiman Syariah <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 31 Dec 2012 05:39 PM PST

Kekosongan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
1. Pekerja Sambilan Harian
Tarikh Tutup: 4 Januari 2013

Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Selangor</b> (PKNS)

Posted: 26 Dec 2012 06:33 PM PST

Kekosongan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
2. Pegawai Tadbir Gred N41 (Pemasaran)
3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
Tarikh Tutup: 25 Januari 2013

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


BukanSayaDisini: New Year 2013 <b>Di</b> Bukit <b>Ampang</b>

Posted: 09 Jan 2013 04:48 PM PST

Tau x kat mana Bukit Ampang?
Bukit Ampang terletak di Hulu Langat, bersebelahan dengan kawasan Ampang, Selangor.
Dari Bukit Ampang pengunjung boleh  melihat panorama senja  Kuala Lumpur. Jika tidak ada jerebu, kita boleh melihat KLCC and KL TOWER dengan jelas kelihatan dari sini. View nya sangatlah cantik kita boleh tengok pemandangan di sekitar KL
Kat atas tu ada banyak gerai makanan. so kepada sesiapa yang plan nak makan-makan kat atas tu boleh la datang ke Bukit Ampang sambil menghirup udara malam melihat keindahan panorama sekitar KL 
Saya menanti detik 12 malam untuk menyambut tahun baru 2013 dr Bukit Ampang..hehe
pada malam tu jgn cakap la.Beribu orang yang datang nak sambut kat atas bukit Ampang. Dari sini kita boleh lihat keseluruhan Bunga Api yang di pasang di sekitar KL. Cantik sangat.

Suasana malam di Bukit Ampang

Kereta bersesak sesak, Jalam Jem

Pengunjung membanjiri Bukit Ampang





Detik 12 Malam Telah bermula



 Bunga Api dari Suria KLCC

Ribuan pengunjung yang datang menyaksikan detik permulaan 12 Malam 2013
Bagi yang belum pernah ke Bukit Ampang ni, boleh la p nanti. PASTI xmenyesal.

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Cook states Jacobs understands precisely what he&#39;s carrying out <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 07:28 PM PST

Di Sungai Klang pun ada buaya . Ini buaya betullah bukan lelaki miang. Masa buat kerja malam tadi aku dah nampak gambar buaya di Sungai Klang dalam WireOrBiro image – hav sempat nak save gambar tu.

Read more from the original source: 
Cook states Jacobs understands precisely what he's carrying out …

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Ayam Satu Malaysia: Anak Pacak <b>Di Dengkil</b>

Posted: 16 Jan 2013 02:03 AM PST

Inilah anak pacak di dengkil.
RM350 + 30 pos

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Cerita Himpunan Kebangkitan Rosmah anjuran Najib <b>di semenyih</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 12:49 PM PST

Sabtu-12 Jan: 

Ini semua gambar-gambar dekat Tesco Semenyih di Taman Pelangi Semeyih, Rinching, Selangor. 

Meh sini saya ceritakan, Rinching ini bersempadan dengan Beranang dimana Beranang adalah pekan sempadan Selangor/Negeri Sembilan dimana bermulanya Jalan Lama Mantin nak ke Seremban. 

Disini populasi dia adalah Melayu 98% di Beranang dan Rinching pula kawasan yang dahulunya estet adalah ramai India namun India walaupun ramai di Semenyih dan Rinching kerana dahulunya estet namun ia tidak seramai yang di Klang atau Brickfields kerana ia terbahagi kepada 3 iaitu Melayu, India dan Cina. 

Persoalan dia, adalah kenapa UMNO/BN mengangkut ratusan India dari tempat lain??? Bas-bas disini semuanya bas dari luar dan bas disini ada dalam 50 buah bas dan semunya adalah kaum India yang bukan penduduk Semenyih sebab ni BN+IPF so nak tunjuk India Selangor sokong dia la tuh. 

Bas disini teramat-amatlah banyak sehingga menggangu jalan raya yang satu-satunya menghubungkan Semenyih ke KL.

Berbeza dengan Bersih dan HKR yang ada banyak jalan  altenatif, jalan nak ke KL ada sebuah sahaja jika datang dari arah Beranang atau Semenyih ni iaitu jalan lama KL-Seremban sebelum boleh masuk highway LEKAS atau Kajang SILK. 

Bas-bas disini sejak dari awal pagi Subuh sudah membuat parking yang menyebabkan kami nak turun Pasar Semenyih terpaksa bersesak jam kerana jalan yang sempit (yang sememangnya sempit di Simpang Broga) dan bas-bas yang teramat besar dan banyak. 

Yang bestnya pasal Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 di Dataran (parking lot yang tak sampai setengah lebar padang bola sepak) Tesco Semenyih ni ialah semua 99% kaum India dari luar dan PM kita asik-asik cakap pasal isu air, SYABAS, air, air, air, SYABAS, air, air SYABAS, air, air SYABAS, air, air, air , SYABAS. 

Yang lain-lain itu macam biasa la gula-gula dia konon kalau tawan Selangor masalah air tak ada dan perjuangan percayakan pembangkang. UMBO/BN juga macam biasa tak lupa bagi penyokong dia gula-gula iaitu beras dan tepung gandunm yang di agih-agihkan saya rasa dalam 3 buah treler besar kot. Lepas tu orang kerumun ambik beg a.k.a goodies yang ada logo 1M dan muka dia.

Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 Tesco Semenyih ini juga berlangsung dalam pukul 9:30am ke 12:30pm je. pastu habis la dah panas dah dapat goodies, makan minum dapat apa lagi balik la. Ha ni pun problem, nak balik pun jam, sebab banyak bas kelaur dari Tesco menuju ke KL (tak tahu la kaum India mana dia cekau tapi bukan India sini la sebab India sini banyak PR) 

Baju diornag pun senang je nak kenal yang muka naik bas ni, sama ada baju IPF( hitam, putih, merah) atau baju biru dan merah berserta logo BN dan logo satu Malaysia. 
Logo BN kat baju tu punya besar kalau boleh dari puncak Broga tu dah boleh nampak dah. Tapi takpelah saya tak kisah pun. 

Yang kisahnya ialah dah la bawa orang luar entah dari mana berduyun-duyun bas, lepas tu semua berselerak. Ada sambil dengar ucapan Najib sambil beli Loreal kat Tesco, 
usha-usha TV dekat Seng Heng, ada tengah makan Nasi Ayam Gemas dan macam-macma lagi. Eh tak ada lak kedai tutup???? Mana ade sebab tak ada surat pekeliling dan inilah masa nak cari duit lebih. 

Akhir kata Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 hanya sebuah acara membawa berduyun-duyun bas kaum India dari luar Semenyih dan Kajang serta berkesempatan 
membeli-belah barang basah segar di Tesco Semenyih yang buka awal pagi.

Tesco kan kalau pagi-pagi ikan dan sayuran fresh2 sebab belum pilih lagi. Then naik bas nak balik dengan bawa Tesco punya barang sekali siap tumpang letak goodies UMNO/BN dan barang Tesco dalam shopping cart Tesco lagi. Tesco xguna beg plastik hari Sabtu. 

Kesimpulan: 

Himpunan Kebangkitan Rosmah 2013 #HKR 2013 Tesco Semenyih: Gagal dan perserta sedikit tetapi akan masuk TV3 dan akan digandakan sebanyak 70,000 kali. 

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #HKR 2013 Stadium Merdeka: EPIK!!!!! GAME CHANGER!!!!!! JUTAAN RAKYAT!!! SEMUA KAUM!!!! tetapi akan masuk TV3 sebagai Himpunan Shamsidar. 

Yang benar,

Broga Girl 658-741 

***pic beras tengah agihkan tu bukan saya punya, sebab tak sempat amik tetapi camtu la rupe dia, semua org kerumun sambil tadah tangan, pic yg lain semua Broga Girl 658-741 punya**








Artikel dan gambar adalah milik peribadi broga girl. Artikel di atas ditulis dan dikirimkan oleh Broga Girl.

Dari amenoworld.blogspot.com

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


kursus <b>di bangi</b>

Posted: 09 Jan 2013 06:25 AM PST

                          Every time I close my eyes I see you in front of me
                          I still can hear your voice calling out my name
                          And I remember all the stories you told me
                          I miss the time you were around [x2]
                          But I'm so grateful for every moment I spent with you
                          'Cause I know life won't last forever


Alhamdulilllah... akhirnya dapat juga merasa duduk rumah sendiri di kajang buat sementara waktu ni... saya berkursus di bangi selama hampir 2 bulan... dan mungkin akan menjadi 3 bulan .... saya ulang alik kajang-bangi sepanjang tempoh kursus....

syukur... 


sebab dapat apa yg sy mahu buat selama ni... tinggal di rumah yang dibeli oleh suami saya sendiri... tinggal di rumah yang penuh barang kenangan kami sepanjang kami berkahwin.... dan segalanya rasa indah sbb masih ada 'bau' dia di setiap sudut barangan rumah ni... perasaan yang sukar sy ceritakan... hanya yang mengalaminya memahami apa yang sy cuba sampaikan... rindu itu terubat sungguh pun tidak di depan mata....


bercerita mengenai kursus... saya berkursus kali ni bagi mengesahkan jawatan saya sekarang... intipati atau pengisian kursus utk minggu pertama ni sangat2 lah membuatkan saya teringatkan dia... sangat2.... sbb apa yg saya belajar sekarang adalah apa yg dia sdg lakukan satu masa dahulu...



dia selalu bercerita dgn saya tentang kerjayanya... tentang perihal pejabat yang satu masa dulu saya tak faham pun! dan minggu pertama saya di bangi ni.. sy mula teringat cerita2 dan keluhan dia selepas pulang bekerja ttg hal pejabatnya... terlalu banyak persamaan yang dibuatnya dahulu semasa dia bekerja, saya pula yang buat sekarang... kalau dia masih ada, tentu saja saya akan mengeluh dan bercerita dengannya tentang hal yang sama.... dan mungkin dia rujukan utama saya! :) tp saya harus buang perkataan 'kalau' itu sebab saya harus yakin dengan qada' dan qadar Allah terhadap saya...
saya hanya berbicara dengan dia di dalam hati saya... setiap hari, setiap saat... dan setiap kali itulah saya ingat kita ini milik Pencipta.. tiap bicara hati saya buat ahmad, terselit doa saya pada dia... terselit rasa hamba yang memohon pada Pencipta untuk disampaikan rasa rindu dan rintihan hati pada si dia.. yang entah saya tidak pasti didengarinya atau tidak.. Allahu a'lam.. Allah  Maha Mengetahui.... 

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Penilaian Selepas 4 Tahun; <b>Selayang</b> komentar <b>di</b> laman KJ!

Posted: 13 Jan 2013 09:11 AM PST

Mana cemburu dan sensitif mu terhadap Islam seperti dulu wahai diri?

Bersihkan diri, baiki diri dan ajaklah juga orang lain bersama-sama.

Rujukan tulisan lama tentang komentar di sini.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Kelab Malam Di Buka <b>Di Shah Alam</b> | AIDC

Posted: 21 Dec 2012 09:33 PM PST

AIDCNews – 22/12/12 – Selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan kelab malam beroperasi di kawasannya dua hari lepas, namun semalam beliau menukar kenyataan mengesahkan kewujudannya yang beroperasi secara haram.

Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu, di mana lesen kafeteria ditukar menjadi kelab malam dan menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu tidak diarahkan penutupan, disita dan dirampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.

Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya.

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Pada 19 Disember lalu, Khalid seperti dilaporkan mole.my menafikan dakwaan sebuah kelab malam bakal dibuka di Shah Alam.

Khalid diminta memberi komen dakwaan blog khairulryezal yang mendedahkan sebuah kelab malam pertama bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, telah dibuka.

"Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

""Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga!

"Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!," dedah blog itu.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Lebih 1,000 polis bertugas <b>di Batu Caves</b> semasa Thaipusam <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 10:28 AM PST

Posted on January 11, 2013, Friday

KUALA LUMPUR: Polis akan menempatkan lebih 1,000 anggota bagi menjaga keselamatan orang ramai sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, selama empat hari mulai 24 Jan ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata selain menempatkan anggota di situ, orang ramai sendiri boleh mengambil beberapa langkah bagi menjamin keselamatan mereka.

Sebagai contoh, katanya ibu bapa dinasihatkan agar menyimpan nombor telefon anggota keluarga dalam saku anak kecil mereka kerana itu akan memudahkan keluarga dihubungi sekiranya anak mereka hilang dalam kesesakan orang ramai. — Bernama

"Pengunjung juga diingatkan tidak meninggalkan barang bernilai seperti komputer riba dan telefon bimbit dalam kenderaan mereka yang diletak di tepi jalan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata para pengunjung juga mesti berkelakuan sopan dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata bagi mengelakkan sebarang kekecohan di tempat ibadat itu.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang melakukan kegiatan yang tidak senonoh seperti meminum arak, memiliki senjata tajam dan mengganggu ketenteraman penganut lain," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah yakin jumlah penganut yang mengunjungi Thaipusam kali ini akan meningkat berbanding tahun lepas.

"Sambutan Thaipusam kali ini yang jatuh pada hari minggu (27 Januari),akan menjadikannnya lebih meriah kerana lebih ramai pengunjung berpeluang melawat kuil itu," katanya.

Nadarajah berkata para penganut harus memberi keutamaan terhadap keselamatan diri, di mana mereka dinasihatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Beliau menyarankan ibu bapa yang membawa kanak-kanak kecil supaya memerhatikan mereka untuk mengelak kes kehilangan, kerana Thaipusam kali ini dijangka akan dibanjiri 1.5 juta penganut Hindu.

"Kuil menyediakan perkhidmatan kaunter maklumat beroperasi 24 jam untuk membantu kanak-kanak mahupun sesiapa yang sesat mencari anggota keluarga mereka," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Harley-Davidson Kuala Lumpur buka Pusat Motosikal Pra-milik <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 07:42 AM PST

IMG 9129 Harley Davidson Kuala Lumpur buka Pusat Motosikal Pra milik di Petaling Jaya

Bertempat di Petaling Jaya, 15 Januari 2013, Harley-Davidson Kuala Lumpur (H-DKL) secara rasminya melancarkan pembukaan Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson ( Harley-Davidson Pre-owned Motorcycle Centre).

Majlis perasmian pembukaan pusat tersebut diserikan lagi dengan penyerahan kunci kepada pemilik pertama unit pra-milik Harley sewaktu sesi sidang akhbar yang diadakan pada masa dan lokasi yang sama.

Pusat Motosikal Pra-milik itu terletak di belakang bilik pameran utama Harley-Davidson di Petaling Jaya, dengan perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Turut hadir bersama pada majlis itu ialah Naib Presiden Bahagian Roda Dua NAZA (NAZA Two Wheel Division), iaitu En. Nik Danial Nik Mahmood, En. Azian Ramli (Dealer Principle Harley-Davidson of Kuala Lumpur), dan juga Mr Raj Thangavelu, pemilik pertama motosikal pra-milik Harley-Davidson, serta kehadiran ahli-ahli kelab Harley Owners Group (HOG) Malaysia.

Setakat ini pengedar tunggal motosikal Harley-Davidson di Malaysia, NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 600 unit motosikal untuk tahun 2013, di mana 100 unit daripada jumlah keseluruhannya akan disumbangkan oleh motosikal pra-milik.

Pusat Motosikal Pra-Milik Harley-Davidson merupakan suatu platform yang menjadi nilai tambah bagi motosikal yang di 'trade-in' kepada H-DKL oleh pelanggan sedia ada yang menaik taraf kepada model terbaru atau kepada model yang berbeza.

Setiap motosikal Harley yang berada buat sementara waktu di pusat tersebut sementara menantikan pemilik baru akan diperiksa dan dikawal selia oleh pasukan juruteknik Harley-Davidson yang terlatih dan profesional.

IMG 9139 Harley Davidson Kuala Lumpur buka Pusat Motosikal Pra milik di Petaling Jaya

Berikut ialah petikan daripada siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan oleh Harley-Davidson Kuala Lumpur, teruskan bacaan anda;

All pre-owned units are genuine local units (acclimatised to suit local conditions) and come with high specifications (upgraded exhaust system, wind shield, saddle bags etc.), low mileage, factory warranty (where applicable) and free service maintenance (where applicable). The pre-owned units consist of trade-in bikes, demo units as well as pre-registered units used for promotional events. The centre, which is fitted with the proper tools and equipment approved by the Harley-Davidson Motor Company, also offers a variety of parts and accessories on special discounts.

Purchasers of all pre-owned units are not only eligible to become official full-fledged HOG members, enjoying the life of luxury and adventure that comes with it, but also will enjoy additional after-sales privileges such as break-down/pick-up service (complimentary), on-site repairs (during H-DKL's monthly service clinic visits to Northern, East-Coast, and Southern Malaysia, as well as Sabah and Sarawak).

"Harley-Davidson Kuala Lumpur understands and greatly appreciates the value and technical artistry of Harley-Davidson motorcycles and as always ensures the quality of each bike. Customers making purchases at the authorised H-DKL Pre-owned Motorcycle Centre can revel in the knowledge that their investment not only gains them a high-specification bike, but also the Harley Owner Group lifestyle that accompanies Harley ownership, as well as the benefit of top-notch services we provide," added Datuk Wira SM Faisal.

The freshly opened centre currently displays a range of available pre-owned units that include Sportster 48, Sportster XR, Dyna Wide Glide, Softail Fatboy, VROD 105th Anniversary Edition, VROD Nightrod and CVO Ultra Classic.

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


NOOR FATIN: SEBULAN <b>DI SUBANG JAYA</b>. EH

Posted: 13 Jan 2013 01:36 AM PST

wowowowow apa khabar semua pembaca? masih ingat aku? kahkah aku sebenarnya kan dah terlupa aku ada blog sebenarnya. hahahahhahaha. dah lebih sebulan aku tak update gara-gara kekangan masa, kepenatan, keletihan, ketiadaan mood dan sebagainya...
sebulan sudahh aku berada di subang! ya Allah kejap sangat aku rasa, korang rasa kejap ke lama? wkwkwkwkw masa mula-mula datang sini abah cakap ' hang rasa 3bulan tu macam 3 tahun tapi sebenarnya 3 bulan tu macam 3 hari ja.' ada betoi ka? ;p
selama sebulan ni, so far, alhamdulillah, everything is okay. semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur pada Allah. setiap pagi tak henti berdoa semoga Allah permudahkan urusan selama berada di sini, belum campur doa kedua ibu bapa lagi.. sebab tu terasa kejapnya berada di sini.
10 disember 2012 aku telah memulakan latihan industri di salah sebuah kilang di subang. aku ditempatkan di bahagian production dan jawatan aku mestilah trainee. ai ai ai takkan manager ye dak? kakakaka..
setakat ni ok je praktikal kat sini. kawan-kawan pun best. staff2 kat sini pun okay.rakan2 nepal pun okay. err. tak da masalah lagi dengan persekitaran, kengkawan, pekerjaan dan sebagainya di sini. alhamdulillah. 
begitu juga dengan tempat tinggal. aku menyewa dengan sebuah keluarga yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri di sini. tak jauh la dari tempat kerja aku. aku pergi kerja dengan rakan sekerja jugak. kalau jalan kaki tu tak de la jauh mana pun tapi agak letih la dan ditambah dengan anjing yang banyak. kakakaka..
kemanisan yang aku rasai, aku tak pernah rasa terpinggir samada di tempat kerja atau di rumah walaupun aku ni baru je datang sini. kui kui kui
ada beberapa keping gambar ingin aku kongsikan kepada pembaca yang mungkin tidak menjadi rakan aku di facebook. 100+ gambar sudah ku kongsikan di facebook dan kalau anda tersenarai di friendlist saya, anda boleh tengok! ekekeke
di sebelah kanan anda, bahagian logistik.
di sebelah kiri anda, production office. naik tangga dulu na :P
*sebahagian kecil kawasan kilang, nak tengok keseluruhan mai la lawat :P *

permandangan dari rumah aku, tingkat 10. gayattt makkkkkkkkkkk~
bawah tu ada swimming pool dan aku belum penah mandi di situ. isk isk :P

(fazlan, fatin, balqis, iceq) 
(taman tasik perdana, 2012)
1st time jumpa balqis! sedangkan kitorang kenal dari tahun 2008 lagi! hahaha! akhirnya jumpa jugak kitorang. ekekke

berbaju ungu, aizam. jeng jeng.
minggu tersebut 14, 15 dan 16 hb, di mana aku bersama kengkawan yang tersayang. 14hb malam, lepak kat seksyen dua makan nasi lemak dengan aizam, nana, iceq dan fazlan. buat pertama kalinya bersua muka dengan fazlan dan aizam. 
seterusnya keesokan harinya, 15hb, pergi makan meatball kat ikea! dengan iceq, balqis, fazlan, aizam dan zaffran. 

ni diaaa meatball. sedappp. hangpa kena terai ni! ngeh ngeh
lepas tu aku, iceq, balqis, aizam dan fazlan bergerak ke taman tasik perdana. untuk photoshoot. eh eh. saja jalan-jalan amik angin petang. dan seterusnya kami bergerak ke sunway pyramid untuk menikmati sushi king! buat pertama kali aku rasa. kahkah. not bad. belum kena dengan selera aku. ekekekek
malam tu.. makan lagi!! kat burger bakar abang burn, shah alam. kali ni zaffran, syaira, yul dan wan jugak turut serta! aum!
balikkk dan bermalam di rumah iceq bersama balqis dan keesokan lagi, selepas makan terus pulang ke rumah ;p
18hb disember birthday mama, aku kirimkan jambangan cupcake dan bunga dari kejauhan. maaf tak dapat bersama. sob sob *kesat air mata*
19hb disember, company lunch. sesi bertukar hadiah. aku dapat hadiah tupperware. tak tau dari siapa. misteri sungguh. wkwkwkw
22hb dan 23hb, habiskan masa bersama syazwani. pertama kali berjumpa. perkenalan kami tidak disangka. persahabatan tiada noktahnya. hehe.
22hb, jalan2 kat times square, shopping!!, makan kenny rogers, secret recipe dan dan sushi king! tu dia. makan ka apa ni. wawawawa
23hb, disertai oleh fazlan, bercanda di summit, makan + karok bersama. wehuu. thank you wani! wkwkwkwkw

aku akhiri tahun 2012 dengan berdating bersama housematesssss masa kat tati dulu. haha! menumpang kasih di rumah dayah, najwa dan farhana di selayang, aku, hana dan sarah bermalam di sana. menghabiskan masa bersama. auwww rindu sangat kat korang. walau baru sebulan berpisah, rindu tak payah nak cakap la kan =(
6 bulan bagi korang sangat lama, bagi aku sangat singkat, 6 bulan tapi rapatnya kita lebih dari adik beradik! sayang korang!!
 tahun baru 2013. menyambutnya di RNR dengkil, minum kopi bersama nana, syaira dan iceq. sampai ke pagi. hewhew menyambut kepulangan iceq dari sarawak dan seterusnya malam tu aku bermalam di puncak perdana, teratak indah syaira dan sasa :P aum. hehe 
oh ya, dah 24 dah kitorang. aaaa dah dua puluh empat. lek lek. baru dua puluh empat *sedapkan hati sendiri*
5hb, annual dinner kat rovski!! untunglah kan aku yang tak sampai sebulan berpraktikal ni, dapat join sekali dinner diorang. kehkeh buat kat kilang jeee. meriahh. dan makanan memang sedapp. aku overdose makan kambing ni aku rasa tu pasal demam. wkwkwkwkw



merasa la semua benda baru ye dak. untunglah single sebab duit tak payah abis kat boifren lagi dah. wakakaka
eh lupa, caption. 'im not adele, i dont want to find someone like you' HAHA!!

malam tu bertuah sebab aku menang lucky draw dan hadiahnya berupa jam tangan jenama casio! mak oii. 1st time merasa pakai jam mahal mak oii :P sebelum ni tak penah pun. rezeki rezeki. alhamdulillah~ ;D
6hb yang lalu, aku ke mid valley. bersama iceq. plannya lain, jadinya lain. haha tak apa la, asalkan dapat jugak jumpa kawan sepermainan aku ni, napi namanya. dah 2 tahun berkawan di alam maya, baru berkesempatan bersua muka. kakakaka dibawanya sekali rakan sepermainan nya jua, hazim namanya, kacak dan masih single, sapa nak kenai? wakakak
makan domino's pizza + menonton wayang cz 12 bersama-sama =)
dua2 bukan aku punya. sekian.
*lap air peluh, peh punyalah banyak aku bercerita, tu pun banyak cerita aku skip tau dak =_= *
baru sebulan kat sini, dah 4 buah buku aku beli tapi hakikatnya satu pun aku belum berjaya abiskan. gara-gara kekangan masa. satu hari nanti. satu hari nanti. kumpul dulu. hiks!
minggu ni aku mc 2 hari sebab aku demam. homesick. haha ketika menulis entry ni pun demam aku belum baik! demam rindu kat mama dan abah =(
weekend yang pertama aku tak keluar pergi mana-mana sebab demam punya pasal. kalau tak, asal hujung minggu tak pernah melekat kat rumah. tak patut tak patut. hahaha!
minggu depan pergi seremban, kenduri rumah amin. semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
dan akhir kata dari saya,
2013.. dan masih single.. dan bercita-cita mahu menamatkan 2013 dengan suami. eh.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved