ads

Sabtu, 12 Mei 2012

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


13 kawasan <b>di Cheras</b> terputus bekalan air | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: 07 Mei – Tiga belas kawasan di sekitar Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan kejadian paip inlet yang membekalkan air ke kolam Pudu Hulu pecah.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som, berkata syarikat itu telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau di SYABAS Kuala Lumpur pada jam 11 malam kelmarin ekoran kejadian berkenaan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata kerja membaik pulih paip pecah itu sudah pun siap sepenuhnya pada jam 2 pagi semalam dan bekalan air akan pulih secara berperingkat sehingga selewat-lewatnya Selasa malam (8 Mei).

Kawasan terbabit ialah Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, Taman Midah, Taman Cheras, Taman Supreme, Taman Desa Aman, Taman Sri Bahtera, Taman Permata, Taman Rajawali, Taman Gemilang, Taman Mutiara Timur, Taman Bukit Ria dan Batu 5 Cheras.

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Bekas Pekerja Ladang <b>Dengkil Di</b> Peruntuk Tanah Bina Rumah

Posted: 16 Apr 2012 03:28 AM PDT

DENGKIL 16 APRIL : Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Taman Permata, Dengkil menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri Selangor sedia memperuntukkan tanah bagi membina rumah teres kos rendah untuk bekas pekerja empat buah ladang yang dipindahkan 13 tahun lalu berikutan projek pembinaan Putrajaya.

Mereka adalah 400 ratus orang penghuni sementara di lima blok rumah tersebut yang merupakan bekas pekerja di Ladang Perang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley.

Rata-rata penduduk risau akan nasib yang menimpa mereka berikutan kerajaan pusat yang dilihat tidak prihatin dengan nasib mereka serta hanya pandai membuat janji tetapi tidak mengotakannya.

Sejak dipindahkan ke pangsapuri terbabit pada 1999, penduduk dijanjikan rumah teres sebagai rumah alternatif mereka. Tetapi lebih 13 tahun berlalu, pangsapuri yang sepatutnya menjadi rumah transit mereka, kini sudah menjadi rumah tetap.

Malah penduduk semakin bimbang apabila rumah transit itu semakin teruk akibat tanah mendap, terlalu hampir dengan saluran paip gas, sistem perparitan yang tidak sempurna dan kotor serta saliran air kumbahan turut pecah dan bangunan rumah retak.

Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berkata kerajaan negeri bersetuju memberi 18 ekar tanah berhampiran Dengkil untuk

pembinaan rumah terbabit.

Bagaimanapun, pembinaan rumah teres seperti yang dijanjikan kepada penduduk itu akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

"Mereka sudah janji, jadi mestilah dikotakan, kita sudah bagi tanah dan segala dokumen itu sudah ada di Pejabat Daerah.

"Dulu mereka (kerajaan pusat) meminta sebanyak 100 ekar kepada kita, katanya 20 ekar untuk pembinaan rumah kepada penduduk itu dan 80 ekar lagi bagi tujuan pembangunan yang mereka mahu jalankan. Tetapi tuntutan itu melampau dan kita cuma memberi 18 ekar sahaja," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, K.Ramadass, 52, berkata pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mahu menyediakan tanah bagi pembinaan rumah mereka.

Namun, keresahannya masih lagi berbaki kerana takut jika kerajaan pusat masih mahu bermain 'tarik tali'.

Katanya, mereka sudah 13 tahun menduduki rumah pangsa tersebut, tetapi sehingga kini harapan untuk memiliki rumah teres yang dijanjikan masih belum tercapai walau pelbagai usaha dilakukan.

"Sehingga kini rayuan kami untuk mendapatkan rumah tersebut masih tidak berhasil kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidak melakukan sebarang tindakan bagi menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan.

"Selepas dipindahkan ke rumah pangsa ini, segala kebajikan kami tidak lagi dihiraukan oleh mereka walaupun kami ada menyatakan keresahan kerana terpaksa hidup di rumah yang tidak selamat untuk didiami," katanya.

Pada 1998 sebanyak 327 keluarga iaitu 177 dari Ladang Prang Besar, 62 dari Ladang Galloway, 37 dari Ladang Madingley dan 51 dari Ladang Sedgeley dipindahkan ke Flet Taman Permata yang dibina oleh Putrajaya Holidings (PJH) melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Semasa dipindahkan ke Pangsapuri Kos Rendah Taman Permata itu mereka dijanjikan pampasan dalam bentuk sebuah rumah teres kos rendah dan sebidang tanah untuk diusahakan.

Mereka mendakwa, wakil PJH turut memaklumkan bahawa penempatan tersebut hanya bersifat sementara dan akan diberikan rumah teres tetapi sehingga sekarang janji tersebut tidak ditunaikan.

Difahamkan, semasa tawaran dibuat 13 tahun lalu wakil dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) dan Kementerian Sumber Manusia turut hadir.

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Bilik Untuk Disewa (Wanita Sahaja) <b>Di Bangi</b> | Rumah Sewa

Posted: 09 May 2012 03:25 AM PDT

Publish date: May 9, 2012 10:25 am
Contact Name: Azlan
Price: RM165
Region: Selangor
Location: Bangi
Phone: 0173046911
Tags:

*Rumah kedai Tingkat 1
*Berkonsepkan Hostel
*Mempunyai 8 Bilik. 1 bilik hanya boleh memuatkan 2 orang.
*Kawasan betul2 di tengah bandar, Bandar Baru Bangi.
*Berdekatan dengan GIANT (Warta),Bank,kedai makan dan Warta Walk.(Hanya 5minit jalan kaki ke semua tempat tersebut). Berdekatan juga dengan kawasan kilang seperti Hitachi dan Sony.
*TV,Astro(Basic),Dapur ,Katil (bujang single), Peti Ais dan Mesin Basuh disediakan. Katil tidak termasuk tilam dan bantal.
*Kadar sewa RM165/person termasuk bil electrik,air dan astro.

Syarat-Syarat kemasukkan:-
*Penyewa perlu membayar bulanan pertama besertakan deposit kemasukkan 1 bulan
(RM165 + RM165 = RM330)
*Atau penyewa boleh membuat bayaran deposit 2kali iaitu pada bulan pertama dan bulan kedua. (bulan pertama RM165 + RM82.50 = RM247.50). Begitu juga dengan bulan kedua. Bulan ketiga hanya perlu bayar sewa bulanan seperti biasa.
*Unit terhad hanya untuk 16 orang sahaja.
*Kemasukkan pada May 2012

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:-
Pn.Nurul Hidayah: 017-5972330
En.Azlan: 017-3046911

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


apa - apa aje lah.......: Beli Jagung <b>Di Sekinchan</b>

Posted: 04 May 2012 05:56 PM PDT

Apa khabar? Aku dan keluarga sihat-sihat aje. Maaf sebab aku dah lama tak 'update' blog ini kerana agak sibuk sedikit dengan tugas dan tanggungjawab samada di rumah atau di pejabat.
Semalam aku ke Sitiawan, Perak kerana ada kerja nak buat.
Aku teringat pada kampung halaman yang dah lama aku tak singgah. Apa khabar agaknya orang - orang di sana? Aku harap mereka juga sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Yelah... 12 tahun dah aku tak balik kampung.
Dalam pada itu, aku singgah di salah sebuah gerai yang terdapat di tepi jalan dekat Pekan Sekinchan.
Aku cuba cari benda apa yang sesuai untuk aku bawa balik ke rumah. Di gerai itu ada menjual mangga, jambu air, keladi, sukun dan jagung. Tengok punya tengok, aku ternampak beberapa longgok jagung. 
Jadi aku mula memilih nak pilih longgok yang mana satu sebab semuanya menarik. Akhirnya aku membeli selonggok jagung mentah dan beberapa ketul jagung rebus. Harganya lebih kurang RM 15.00 aje.
Selain menjual jagung rebus dan jagung cawan, di gerai itu juga ada menjual benih jagung.
 Jagung rebus dan jagung cawan. Sedap oooooiiiiii.......
 Makcik ini dibantu oleh anak-anaknya untuk menjalankan perniagaan
Buah sukun sedap digoreng garing. Begitu juga dengan keladi, tetapi aku tak berapa gemar makan keladi. Buah timun laut tu aku tak tahu cara nak makan. Itulah kali pertama aku tengok buah timun laut tu.
Di hadapan gerai itu, kelihatan deretan pokok kelapa dengan satu lagi pemandangan indah di waktu petang. 
Dalam memandu menuju ke rumah selepas itu, aku pun makanlah jagung rebus yang aku beli tadi. Aku puas hati membelinya kerana rasa isi jagung tu tak terlalu manis.
Akhirnya aku tiba di rumah sekitar jam 8 malam selepas mengharungi perjalanan yang lancar cuma ada sedikit kesesakan di plaza tol kerana masih banyak kenderaan yang baru pulang kerja agaknya...

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Temui saya <b>di Shah Alam</b> Hujung bulan ini « Bersama Uncang <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 02:38 AM PDT

Temui saya di Shah Alam Hujung bulan ini

Kepada rakan semua, Saya akan berada di Shah Alam pada 28.4.2012 hingga 01.5.2012. kepada yang nak tambah atau nak tahu tentang emas boleh buat appointment dengan saya.Jika anda dari KLang, Kuala selangor, Tanjong Karang lagi mudah nak bertemu saya kerana mertua saya tinggal di Kuala Selangor. Untuk 28.4.2012( Sabtu ) dah full. hubungi 010-7945969. Jumpa anda di sana..byeeee

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


<b>Kelana Jaya</b> dan Subang Jaya <b>di</b>&#39;biru&#39;kan dengan program BN <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:37 AM PDT

Program Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya hari ni (24/3/2012) betul-betul meriah . Ramai yang hadir termasuk ahli-ahli parti komponen BN dari MCA. MIC dan PPP . Program ini dibuat untuk mendekatkan BN dengan anak2 muda di sekitar Parlimen Kelana Jaya. Boleh dikatakan program ini berjaya dengan penyertaan konvoi bermotor dan berkereta yang melebihi dari jangkaan . Boleh dikatakan hampir setiap kawasan-kawasan strategik di sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya dilalui konvoi. Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Yahya . 

Program konvoi Puteri ini bermula dari Pejabat UMNO/Barisan Nasional Kelana Jaya melalui Subang Parade, Maideen USJ dan seterusnya berhenti di PDM Angsana untuk program bersama kanak2 di  Dewan Masyarakat Angsana, USJ1 Subang. Persinggahan konvoi di PDM Angsana juga disambut meriah, lebih ramai yang menunggu kedatangan konvoi melebihi jangkaan awal. 
Selesai aktiviti di PDM Angsana, konvoi bergerak melalui Desa Menteri , seterusnya ke Padang Kelana Jaya, berhampiran 7 Eleven dan menamatkan konvoi di Pejabat UMNO/BN Kelana Jaya . Boleh dikatakan program Puteri UMNO Kelana Jaya hari ni berjaya mem'biru'kan sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya yang dikuasai oleh PR. Kehadiran mereka di tempat-tempat ini memberi isyarat bahawa BN di Kelana Jaya dan Subang Jaya masih 'hidup' dan akan sentiasa bersedia bersama rakyat di kawasan-kawasan ini tanpa mempedulikan tohmahan-tohmahan oleh pemimpin-pemimpin PR Selangor.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Citer WiFe MaT NaVY: Jalan2 <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 11 May 2012 01:03 AM PDT

Kejadian : 7 - 8 April 2012
Kali pertama berjalan2 sekitar Sabak Bernam..
Selama ini.. cuma lalu je..
untuk ke Lumut selalunya..
Anakanda suka sangat tengok sekitarnya seperti
Air River, Air Longkang (Parit = Tali Air sebenarnya..)
Pokok Nasi (Sawah padi) 
Hangin tau.. dengan hubby nyer statement..
Dah dah jgn dok perasan body dah kecik !!!
niat asal cuma nak baca Citer Sabak Bernam ni time free)
SUNGAI SELANGOR ke.. SUNGAI SABAK BERNAM
Makan tengahari di Medan apa ntah tak ingat
Puas sangat dapat makan Masak Lemak Cili Padi Udang 
(besar2 udangnya.. dan sangatlah manis)
dan kami minum petang dengan 
Tauhu Goreng cicah kuah kacang serta Char Kuay Teow kat sini..
perut kenyang tapi masih juga nak try pau dan cendol kat gerai depan restoran Kuala Kurau tu
bawak balik ke HOMESTAY.. (memang sedap lah..)
(alamak tak amik gambar kat home stay la.. memang gile murah.. 
Rumah 2 bilik boleh kata hampir lengkap baru RM140/malam)
Tu la.. WN memang selalu lupa nak amik gambar kalo gi jalan2..
Sebab Hubby ku tak suka sangat agenda bergambar nih..
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved