ads

Ahad, 9 September 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


2 Maut Kemalangan Ngeri <b>di Kuala Kubu</b> Bharu | Kaki Bising Dot Com

Posted: 05 Sep 2012 04:53 AM PDT

image

Gambar oleh Amir Ali

KUALA KUBU BHARU – Dalam tempoh dua jam, dua kemalangan maut berlaku melibatkan empat kenderaan di laluan sama di Jalan Bandaran dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan pertama berlaku jam 3.20 petang melibatkan motosikal dan kereta jenis Perodua Myvi.

"Manakala kejadian kedua berlaku kira-kira jam 5.20 petang melibatkan lori muatan balak dengan sebuah kereta.

"Dalam kejadian awal, motosikal ditunggang Zaliha Che Pin, 48, dipercayai gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Myvi dipandu Low Yoke Teng, 27.

"Pertembungan itu mengakibatkan penunggang motosikal daripada Taman Teratai, dekat sini maut di tempat kejadian kerana kecederaan di bahagian kepala," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Manakala, kemalangan kedua katanya, berlaku hanya pada jarak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pertama.

Menurutnya, kejadian di Jalan Hamzah berdekatan Desa Rening itu berlaku apabila kereta dipandu S Thevandran, 28, yang datang dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, lori muatan kayu balak itu yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta terbabit.

"Kejadian itu mengakibatkan kereta yang dipandu Thevandran terputus dua.

"Dia yang berasal dari Taman Ampang Pecah dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

"Manakala pemandu lori, Abdul Majid Ismail tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun lorinya terbalik," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa kemalangan berasingan itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Menurutnya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

http://din.huluselangor.net/?p=18683

Membidik gambar dengan DSLR <b>di</b> pekan <b>Kuala Kubu</b> Bharu <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2012 04:03 AM PDT

It seems we can't find what you're looking for. Perhaps searching, or one of the links below, can help.

Try looking in the monthly archives. :)

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Projek Jalan Raya Umno-BN Menyusahkan Peniaga <b>di Semenyih</b>

Posted: 04 Sep 2012 01:15 AM PDT

SEMENYIH, 3 SEPT: Projek penurapan jalanraya Kerajaan Umno-BN di sebuah kampung di sini menyusahkan penduduk apabila kedai mereka sering dimasuki air setiap kali ia hujan.

Peniaga dan pemilik kedai Kampung Sungai Jai, Beranang, mendakwa mereka terpaksa membersihkan kedai daripada air yang mengalir masuk daripada jalan tersebut yang berhadapan premis mereka.

Projek menaiktaraf laluan alternatif bagi Kuala Lumpur – Seremban itu didakwa diuruskan pejabat DUN Semenyih bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan.

MP Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat berkata, banjir ini disebabkan keadaan jalan baru ini terlalu tinggi serta ketiadaan longkang bagi mengalirkan air daripada masuk ke kedai-kedai berhampiran.

"Jalan ini diturap setinggi hampir enam inci tetapi longkang yang sepatutnya penting bagi mengalirkan air terutama ketika hujan tidak dibina," katanya ketika meninjau keadaan jalan di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk di kawasan Beranang menghargai jalan yang diturap serta lampu isyarat baru namun biarlah ia dalam keadaan sempurna tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Seorang peniaga kedai gambar, Wan Mohd Zambri Wan Husin, mengadu kedainya sering dimasuki air sejak jalan ini siap diturap bulan lalu dan ianya menyusahkan urusan perniagaannya.

"Apabila datang musim hujan, saya terpaksa membersihkan kedai setiap hari kerana dimasuki air dan ianya benar-benar merumitkan saya," katanya ketika ditemui.

Bagi peniaga kedai gunting rambut Sivarajan Muniandy, JKR sudah berjanji akan membina longkang di depan kedai-tersebut.

"Jurutera JKR ada berjumpa saya dan mereka berjanji untuk membina longkang bagi mengatasi masalah banjir tetapi tiada apa-apa perkembangan sampai sekarang," katanya.

Sementara itu, Dr. Che Rosli berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan JKR untuk melihat pelan projek seterusnya mengatasi masalah ini.

Turut hadir ketika tinjauan dilakukan adalah Ketua Kampung Sungai Jai, Beranang, Mat Asnawi Mat Daud dan Penyelaras DUN Semenyih, Nor Azlan Mohamad.

Jungle Green : kisah penentangan pengganas komunis <b>di Semenyih</b>.

Posted: 30 Aug 2012 09:49 AM PDT


Oleh: Harith Faruqi Sidek

Naskah Jungle Green ini diterbitkan dalam tahun 1953, ianya merupakan catatan Major Arthur Campbell, seorang bekas anggota tentera British yang berkhidmat di Malaya didalam The Suffolk Regiment. Major Arthur Campbell terlibat didalam operasi menentang pengganas komunis selama tiga tahun setengah di Malaya. Dalam tempoh tersebut, Regimen Suffolk telah berhadapan dengan ancaman komunis yang diketuai oleh Liew Kon Kim, yang juga dikenali sebagai "Wira Berjanggut" kerana menyimpan janggut bagi kaum cina pada masa itu adalah sesuatu yang janggal. Liew Kon Kim merupakan ketua kepada sayap komunis yang dikenali sebagai 'Malayan Races' Liberation Army', pasukan ini juga dikenali sebagai 'Geng Kajang' kerana pusat operasi mereka adalah di Kajang dan kawasan sekitarnya termasuk Semenyih.



Sepanjang menjalankan operasi, pasukan Arthur Campbell telah bekerjasama dengan pasukan Polis Daerah Kajang yang diketuai oleh Jock MacFadden. Pasukan tentera dilihat lebih berkesan dalam memerangi komunis kerana mereka dilatih dengan kemahiran bertempur didalam hutan berbanding pasukan polis.
 Antara peristiwa kekejaman komunis yang diceritakan oleh Arthur Campbell ialah, pembunuhan keluarga Ah Chong di Broga. Ah Chong dikatakan telah dibunuh oleh pasukan komunis yang diketuai oleh Liew Kim Bok.Pembunuhan Ah Chong sekeluarga ini dikatakan bermotifkan dendam,  kerana sebelum itu Ah Chong dikatakan telah memberi maklumat kepada pasukan polis dimana terletaknya kawasan perkhemahan komunis di Broga, akibatnya pasukan polis telah melakukan serangan keatas kawasan yang dimaksudkan lalu berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis.
Pasukan Polis kemudiannya telah menawarkan perlindungan kepada Ah Chong dan keluarganya dengan menyarankan mereka berpindah dari kawasan dimana mereka tinggal sekarang, tetapi ditolak oleh isteri Ah Chong. Nasib malang kemudiannya menimpa Ah Chong, beliau bersama isteri serta anak perempuannya yang masih kecil telah dibunuh dengan kejam di kediaman mereka. Menurut Arthur Campbell, komunis dipercayai telah membunuh isteri Ah Chong dahulu, diikuti anaknya yang ditembak tepat di jantung dan akhir sekali Ah Chong yang maut akibat tembakan bertubi-tubi ke tubuhnya.


Hasil siasatan pihak polis, dipercayai ada talibarut komunis yang berada di Kajang telah melaporkan kepada Liew Kim Bok bahawasanya mereka telah menyaksikan Ah Chong berada di Balai Polis Kajang, beberapa detik sebelum pasukan polis menghantar pasukan menyerang kedudukan komunis di Broga. Peristiwa pembunuhan Ah Chong telah dipandang serius oleh pasukan Polis dibawah pimpinan McFadden, lalu beliau berusaha mendapatkan maklumat daripada penduduk sekitar Broga tentang Liew Kim Bok serta peristiwa pembunuhan Ah Chong, malangnya tiada yang berani membuka mulut. McFadden kemudiannya memperkenalkan satu kaedah bagaimana penduduk boleh menyalurkan maklumat kepada pasukan polis tanpa perlu pergi ke Balai Polis. McFadden memberitahu kepada para penduduk, sesiapa yang mempunyai maklumat tentang komunis boleh menulis surat yang mengandungi maklumat yang mereka tahu dan memasukkannya ke dalam peti pos di Pejabat Pos Broga. Kaedah ini juga tidak berkesan kerana kebanyakkan penduduk dikawasan setinggan di Broga itu tidak boleh menulis, lalu McFadden mencadangkan keseluruhan kampung itu perlu dipindahkan ke kawasan lain dibawah rancangan "Kampung Baru" di Semenyih.

Selain Broga, kedudukan komunis  di Semenyih termasuklah di sekitar kawasan Sungai Semenyih (tidak pasti jika ianya merujuk kepada sungai tekala ), Lenggeng (dirujuk sebagai Rengging oleh Arthur Campbell) serta kawasan ladang getah sekitar Semenyih. Penempatan semula kaum cina di Kampung-kampung baru telah mewujudkan beberapa penempatan di negeri selangor, antaranya Broga Tarun, Sungai Chua, Kg. Balakong, Batu. 9, Cheras dan lain-lain. Pangkat terakhir Major Arthur Campbell didalam tentera British ialah Leftenan Kolonel.

Rujukan:

Campbell, Arthur. 1953. Jungle Green.London: George Allen and Urwin Ltd.
(DS596.C3 kat - Koleksi Asia Tenggara / B0103.JVD 42-Koleksi Khas - Sumbangan JVD Cruz)

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Hagna Polka.Com: Restoran Selera Ria, <b>Bukit Raja</b>

Posted: 06 Sep 2012 06:03 PM PDT

Dalam situasi bandar...haku jadi pelik kerana kedai-kedai macam gini  boleh hidup dengan persaingan di kiri kanan.
Keadaan kedai yang kurang terurus, makanan lambat sampai, harga yang kurang berpatutan dan yang penting...rasanya tidak menyelerakan. Haku bukan nak mengutuk ke hapa, tapi bila perkara melibatkan selera, haku akan sedikit bertegas. Bukan tidak menghormati makanan, atau tidak cuba berlapang dada menerima citarasa tukang masak, tapi...si tukang masak or pemilik kedai perlu ingat, bila pelanggan membayar makanan mereka dengan duit, so....masaklah dengan sebaik-baiknya. 
Haku ke Restoran Selera Ria....dekat ajer dengan Aeon Bukit Raja, Shah Alam. Alang-alang ada hal di Aeon tu, deretan dekat kedai berdepan dengan Aeon...haku menapak mencari makanan. Lapar.
Kedai tak banyak bukak waktu malam di kawasan situ, yang ada restoran mamak yang memang dikunjungi ramai orang. Haku suka melepak mamak dengan Along. So, kalau takder Along, haku rasa macam tak best ler. So, cari la tempat bukan kedai mamak.
Jumpalah food court ni di satu sudut hujung. Kedainya bersebelahan dengan kedai makan cina. Haku tengok lama2...sebelahnya kedai pemilik melayu dan lokasinya takderlah dekat sangat dengan kedai makan non-muslim tu. Yang makan pun ramai orang melayu. Kena tengok elok2 dalam hal ni, sebab makanan kan boleh jadi darah daging. Jujurnya, pernah beberapa kali haku rasa hati haku memang ada rasa-rasa malas nak solat...baca Quran dan sebagainya..ha...mesti faktor pemakanan yang haku rasa titiknya. Hadui....haku berpuasa lepas tu dan kalau boleh..elak daripada perkara2 shubhah nih. 







Air Asam Boi blended.....manis macam hapa..memang tak boleh minum langsung. Macam tu anda tengok dalam gambar...macam tu lah haku tinggalkan atas meja tuh. Kalau haku jadi peniaga, mesti haku pelik kenapa tak terusik airnya. Hang jawablah sendiri. Lagi satu...haku order..nasi goreng ayam kunyit. Tak tersnap gambarnya dan tak tertempek gambarnya dalam polkadots haku ni gambar nasi tu sebab minyak banyak giler...macam mana nak makan. Pun tinggal macam tu jugak.

Apapun, untuk peniaga di luar sana...keuntungan memang berlipat ganda anda mahukan dan perolehi..tapi tidakkah anda sedar yang kami sebagai perasa atau pelanggan ni keluarkan duit untuk memenuhi perut yang lapar dengan selera yang baik. Hm....

Mesti peniaga akan jawab...masak ler sendiri kat rumah kalau semua ta puas hati...

Bukan...tapi sebelum anda nak bukak kedai makan...silalah pastikan tukang masak anda tu boleh memasak dengan baik kerana itu ialah speciality anda dalam menjalankan tugas kan....


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2012 09:32 PM PDT



 
 
PADA asalnya, saudara Kamal Affendi Hashim memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau mungkin akan tiba dilokasi terlewat sedikit dari yang dijadualkan. Beliau ada program di Simpang Pulai yang akan berakhir jam 11 pagi. Untuk ke lokasi KARMA BBR 2.0 tepat jam 2.00 petang adalah mustahil memandangkan jarak yang jauh, trafik yang tidak diketahui tahap sibuknya dan beliau sendiri tidak pernah ke Bandar Bukit Raja iaitu sesuatu yang mustahil untuk beliau hadir tepat pada masanya.
TEPAT JAM 2.00 PETANG pada 30 Jun 2012, terpacul berdiri di meja deejay seorang yang dikenali ramai di kaca tv. Kelibatnya tidak ubah seperti seorang penganalisis jenayah yang tersohor dan tak lekang dengan beg galasnya. Memang sah! KAMAL AFFENDI HASHIM dah sampai.
Tanpa pengetahuan penganjur
Tanpa ditanya mana tapak karnival
Tanpa disangka-sangka... program dah boleh dimulakan tepat jam 2.00 petang
Begitulah hebatnya disiplin seorang penganalisis jenayah yang bernama KAMAL AFFENDI HASHIM.
Kehadiran beliau telah menarik pengunjung untuk berkumpul di khemah yang disediakan.
Tak sabar mendengar celoteh beliau
Tak sabar berhibur dengan lawak selamba beliau
Tak sabar nak tahu... sama tak ngan dalam tv perangai dia
Tak sabar mendapatkan tips-tips keselamatan... pasal ragut... rogol... samun... dadah.. jenayah siber.. bla bla bla
Pertama kali bersua.. semacam dah lama kenal
Tak pernah jumpa.. tapi mulutnya tak berhenti-henti bercakap
Macam ditengok dalam tv.. cam tu la dia kat luar... asyik menyakat orang jerrrrrrr
Itulah hebatnya daya komunikasi seorang penganalisis jenayah yang bernama KAMAL AFFENDI HASHIM.
Leman si deejay asyik kena jer sepanjang sesi SEMBANG JENAYAH nyerrrr.
Apatah lagi 2 orang pembantu yang buat demo.
Aku yang tukang bawak air pun kena jugak.
Memang tak ngantuk la petang-petang cam gitu..
Ya tak ya jugak yerrrr... kalu sembang serious... alamak mengantuk la jawabnya.
Sembang Jenayah... kan serious bunyi nyer..
Tapi kalu dibawa dalam bentuk santai... kan lebih enak...!
Syabas dan Tahniah buat KAMAL AFFENDI HASHIM... anda memang terbaik...!
Syukur pada Allah SWT dikurniakan bakat yang hebat seperti ini. 
Program Sembang Jenayah ini turut dihadiri oleh kira-kira 40 orang pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Tinggi Hisamudin sebagai tetamu istimewa.... terima kasih atas sokongan. Diharap anda semua mendapat manfaat daripada program yang telah diaturkan dan mendapat sesuatu daripada celoteh yang disampaikan oleh penceramah. Semoga apa yang disampaikan diambil sebagai iktibar dan panduan untuk berjaya kelak.
       

Acara ini berakhir tepat jam 4.30 petang dengan penyampaian saguhati kepada adik-adik tetamu jemputan. 

 

Sedang elok tengah raikan Kamal Affendi Hashim dan para tetamu jemputan makan-makan.... ZAINAL ABIDIN HASSAN pulak datang.... perghhhh... ikuti cerita BOLA pulak



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SEMBANG JENAYAH BERSAMA KAMAL AFFENDI HASHIM                                                                  
              

                                                   

Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: KARMA BBR 2.0 HARI PERTAMA - Final <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 03:48 AM PDT


DEMAM EURO 2012. Sempena dengan penganjuran Euro 2012 di Poland dan Ukraine, Liga Super BBR sekali lagi dianjurkan dengan Piala Liga Liga Super BBR menjadi rebutan beserta hadiah wang tunai yang menarik. 
Jika musim lalu hanya 4 pasukan yang bertanding dengan Casabella FC menjadi juara sulung mengenepikan KR Daisy, tahun ini pihak penganjur berjaya mendapatkan 7 pasukan untuk merebut kejuaraan musim ke-2. Memandangkan ahli jawatankuasa penganjur Liga Bolasepak dan ahli jawatankuasa KARMA 2.0 rata-rata merupakan 'muka yang sama', lantas penjadualan liga dibuat sebaik mungkin.
Lalu dijumpailah bahawa 30 JUN 2012 sebagai tarikh keramat iaitu ….
-        *  Hari pertama KARMA 2.0 dan boleh dimasukkan sebagai salah satu aktiviti rasmi
-        * Demam Euro sampai ke kemuncak iaitu sehari sebelum Final antara Spain vs Italy
-        *  Sesuai dengan jadual liga yang mana mengambil masa 2 bulan bermula 5 Mei 2012
-         * Jadual liga perlu dihabiskan sebelum Ramadhan bermula iaitu 21 Julai 2012.
Bertitiktolak pada 11 April 2012, satu mesyuarat khas telah berlangsung khusus membincangkan pelantikan ahli jawatankuasa penganjur dan penetapan syarat-syarat penyertaan.
Pengerusi – wakil pasukan KR Daisy
Timbalan Pengerusi – wakil pasukan Casavista
Setiausaha – wakil pasukan Casabella
Bendahari – wakil pasukan campuran
Pada 1 Mei 2012, majlis undian kumpulan dilakukan.
KUMPULAN A: Avista FC, Bella FC dan Despira FC
KUMPULAN B: Andira FC, KR Daisy, Inang FC dan Nova FC.
Demikian sedikit latarbelakang sejarah penganjuran Liga Super BBR. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, penganjuran kali ini mendapat sentuhan nilai KARMA. Pihak KARMA berjaya membawa selebriti Harimau Malaya bagi memeriahkan lagi Demam Bola di BBR ini. Malah, dengan adanya 'tetamu' yang dikenali ramai ini, Final liga menjadi lebih formal dan lebih teratur terutama dari sudut persediaan seperti khemah dan PA system dan protokal VIP.
Tepat 4.30 petang, tapak Karnival Rakan Masjid menerima kehadiran saudara ZAINAL ABIDIN HASSAN lagenda bolasepak Malaysia tatkala Pengarah KARMA masih meraikan saudara Kamal Affendi Hashim. Hahhaaa… apalagi, sekali jalan ajer la… jemput minum dulu….. Rupanya, kedua-dua mereka ini adalah rakan baik. Kecoh ruang jamuan KARMA dengan gelak ketawa dek gelagat kedua-dua tetamu ini.
Sebaik sahaja saudara Kamal Affendi Hashim memandu pulang dari tapak Karnival, saudara Zainal Abidin Hassan dibawa ke 'stadium BBR' dengan diiringi oleh saudara Pengarah KARMA, saudara Helmi Ikhsan dan saudara Zulkifli Md Arif.
Oh ya… pasukan mana yang masuk final erkkk?
Final Liga Super 2012 telah menemukan Inang FC vs Despira FC.
Semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagi NEGARAKU. Sebagai VIP, saudara Zainal Abidin Hassan diperkenalkan kepada semua para pemain, pengadil dan pegawai perlawanan. Sebelum gimik sepak mula dilakukan, saudara Zainal Abidin Hassan juga diminta member ucapan. Dalam ucapan beliau amat berterima kasih kepada pihak penganjur dan amat mengalu-alukan penganjuran liga bolasepak di peringkat komuniti demi pembangunan sukan bolasepak di Malaysia.
Tepat jam 5.30 petang, wisel dibunyikan untuk pertarungan selama 35 minit pada separuh masa pertama. Sebelum berhenti rehat, kedudukan Inang FC 0-1 Despira FC.
Di ketika waktu rehat selama 10 minit, sepakan penalty dilakukan bagi menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4 antara Andira FC melawan Avista FC. 
Keputusannya, Andira FC 5-4 Avista FC. Jadi, Andira FC Berjaya merebut tempat ke-3 dengan hadiah wang tunai RM 100.00. Walau bagaimanapun, tempat ke-4 juga memperolehi nilai hadiah yang sama. Hanya kedudukan sahaja yang membezakan kedua-dua pasukan. Hadiah tetap sama kerana perlawanan 70 minit tidak dilangsungkan. Kan adil tuuu…
Bersambung lagi 35 minit separuh masa kedua, Inang FC  berjaya memperolehi 1 gol sebelum Despira FC menambah 1 lagi gol. Tamat permainan jam 6.50 petang, Despira FC berjaya muncul juara edisi ke-2 Liga Super BBR menewaskan Inang FC 2-1 dengan membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta piala pusingan Liga Super BBR. 
Manakala Inang FC membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 sebagai pemenang ditempat ke-2. Saudara Zainal Abidin Hassan diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Cenderahati buat Zainal Abidin Hassan.... TQ bro.
Tepat jam 7.10 petang, majlis bersurai dan semua hadirin dijemput untuk menjayakan program KARMA di tapak karnival bagi acara malam dengan hidangan Forum Addin "OMBAK RINDU".

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Hari Terbuka Y.A.B. <b>Dato</b>` Menteri Besar <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2012 04:05 PM PDT

Shah Alam, 01 Syawal 1433 = 19 Ogos 2012 (Ahad):

Memang dari awal lagi Adun Bangi berhasrat untuk menghadiri Hari Terbuka Eidul Fitri Dato` Menteri Besar Selangor yang diadakan pada hariraya pertama – hari ini di Pekarangan Dewan Negeri-Bangunan SSAAS, Shah Alam. Lantaran itu sesudah menunaikan Solat Sunat Hariraya Eidul Fitri di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada pagi ini Adun menghantar isteri dan anakanda pulang ke rumah bagi persediaan tamu hadir – terutama anak-cucu. Adapun Adun memandu berseorangan berbaju Melayu bersamping dan bersongkok ke Shah Alam.

Tiba di hadapan pagar, pengawal mengarah untuk meneruskan panduan ke sebelah kiri. Semua tempat di luar telah penuh dengan kenderaan yang datang. Tempat parking khas bagi Adun-Adun disekat dari memasuki, kerana khemah-khemah memenuhi ruang dari bangunan SSAAS ke Dewan Negeri, sampai ke belakang diarah lagi ke belakang bangunan dan akhir sekali turun ke bahagian parking paling bawah baru ada kekosongan.

Dari sini untuk kehadapan Dewan agak jauh, sudah tentu berpeluh dahulu berjalan baru tiba, mujur juga ada perkhidmatan bas yang membawa pengunjung ke hadapan Dewan. Adun naik dan menunggu sehingga bas penuh dengan pengunjung dan dibawa pemandu ke hadapan Dewan. Tiba dihadapan Dewan didapati penuh dengan pengunjung. Mereka sedang beratur memilih makanan, sedang di atas pentas juruacara mengendalikan pengumuman dan juga hiburan. Adun menyelinap di tengah orang ramai mencari tempat yang bersesuaian hingga terbawa ke bahagian VIP dan di sini dapat menemui seperti Y.B.Lee Kim Sin Adun Kajang, Y.B. Phlip Tan Choon Swee Adun Teluk Datuk, Kemudian hadir Y.B. Dr.Ahmad Yunus Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Ketemu sama, S.S.Dato` Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Dato` Haji Mohd Jaafar Bin Atan Dato` Bandar Shah Alam. Adun berkesempatan duduk dan bercakap-cakap dengan pengunjungp-pengunjung kehormat. Menurut pengumuman yang dibuat bahawa Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor akan tiba jam 12.00 tengahari. Sementara ketibaan kami terus bercakap-cakap dan makan-makan. Adalah difahamkan Y.A.B Dato` Menteri Besar melakukan Kunjungan Hormat mengadap DYMM Sultan Selangor selepas menunaikan solat Eidul Fitri. Sementara itu Tuan Speaker Y.B. Dato` Chang Khim yang tiba menyambut tetamu dan membahagikan duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Kehadiran Y.A.B. terus diiring ke lobi Bangunan Annex – Anjung Dewan Negeri. Beliau menemui warga-warga emas yang uzur dan OKU yang sengaja ditempatkan di lobi Anjung Dewan yang lebih selesa. Y.A.B. Dato` Menteri Besar turut sama diiringi oleh Isteri dan anak serta cucu yang ada masa didukung cucunya semasa menemui pengunjung-pngunjung dari kalangan warga emas dan OKU. Adun turut sama ke lobi Anjung Dewan dengan tujuan untuk sama mengambil gambar semasa Y.A.B. meraikan warga emas dan OKU berkenaan.

Kemudian barulah Y.A.B. keluar dari Bangunan Anjung Dewan dan ke bawah khemah dan menemui orang ramai yang berpusu-pusu datang. Suasana adalah amat meriah. Banyak pilihan makanan yang dihidangkan, termasuklah nasi beriani, mee, sate, karipap, buah-buahan dan berbagai lagi makanan. Jumlah mereka yang datang dari berbagai kaum mungkin meningkat kepada 40 ribu orang.

Daripada kehadiran mencerminkan Y.A.B. Dato` Menteri Besar adalah Menteri Besar yang berwibawa dan disayangi rakyat jelata, khususnya bagi rakyat negeri Selangor.

Sekian.

Masjid <b>Teluk Datok</b>, Morib, Jugra - ontahsapo

Posted: 30 May 2007 09:25 PM PDT

Jumaat, 8 Jamadilawal 1428. Minggu lepas lah tu. Kami berpetualang ke Banting, berjemaah di Masjid Teluk Datok. Masjid ini adalah masjid baru yang dibina diatas tapak masjid lama Kampung Teluk Datok satu masa dulu. Kawasan Teluk Datok ni adalah kawasan mulanya pendatang Jambi mendarat di Selangor.

Dah terlanjur sampai sini, kami terus makan tengahari di Pantai Morib. Satu satunya pantai yang terkenal di negeri Selangor. Dapat la baca serba sedikit sejarah Pantai Morib ni dekat batu bersurat dia kat bawah ni.

Kemudian, hala nak balik singgah pulak ke kompleks makam Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Selangor yang keempat. Baginda mula memerintah Selangor pada 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad iaitu bapa saudara baginda.

Diatas ni adalah makam baginda. Bangunan bewarna kuning. Baginda juga yang memindahkan pusat pemerintahan Selangor ke Jugra dari Melawati atau Kuala Selangor. Dan dengan itulah maka, makam baginda juga terletak di Bukit Jugra.

Bukit Jugra memang terkenal sejak lama dulu. Dalam Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melaka, dikatakan Bandar Melaka dahulu bersambung hingga ke Jugra. Hingga disebut jika seseorang berjalan dari Melaka ke Jugra, tidak perlu membawa api, kerana pasti akan ada rumah rumah disepanjang perjalanan itu yang terang benderang.

Dalam Hikayat Hang Tuah pula dikatakan Bukit Jugra adalah persinggahan Hang Tuah yang terakhir dalam siri pertapaannya.

Wallahualam.

Di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad jugalah ramai pendatang dari Cina yang datang untuk menggali Bijih. Juga dizaman yang sama bermulanya perlantikan Residen British yang pertama di Selangor, J.G Davidson.

Antara makam makam keturunan Sultan Abdul Samad yang lain yang juga terdapat di sini. Antaranya makam Raja Muda Musa dan makam Raja Fatimah.

Al Fatihah.....

Labels: , , , ,

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


APA DAH JADI <b>DI AMPANG</b>? | TEH TARIK BERSAMA YB

Posted: 02 Aug 2012 01:38 AM PDT

Pemimpin sekarang perlu lebih versatile,perlu mendekati pelbagai lapisan masyarakat,jangan hanya memberi tumpuan kepada puak atau juak politik sahaja. Pendekatan baru oleh Dato Ismail Kijo untuk tampil secara santai dan berjumpa dengan masyarakat setempat memang di puji. Cara kendalian dalam acara  Teh Tarik Santai ini juga agak berlainan dan banyak menumpukan tentang pembangunan serta sejarah Ampang yang jarang di ketahui ramai. Saya tertarik dengan pengetahuan beliau mengenai asal usul nama Bukit Belachan yang berasal dari cerita seekor harimau yang pernah menghuni di Bukit itu.Pada sessi itu jugalah saya tahu bahawa suatu ketika dahulu punca utama air di Kuala Lumpur datangnya dari Main Pipe dari Ampang . Cerita -cerita menyeramkan mengenai penempatan lombong serta kawasan di Ampang turut di ceritakan oleh beliau. Hanya satu rahsia yang saya tidak sempat korek daripada Dato Ismail Kijo ialah Mengapa selebriti-selebriti suka tinggal di Ampang? Sebagai seorang pemimpin tempatan beliau tidak meminggirkan golongan muda dan belia. Baru -baru ini beliau turut bersama -sama dengan geng sheesha kawasan Ampang mengedarkan bubur lambuk di Dagang Avenue Food Court.

Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Bersantai <b>Di</b> The Pool <b>Ampang</b>

Posted: 05 Sep 2012 06:52 PM PDT

The Pool - Salah satu tempat yang sesuai untuk menghabiskan waktu malam bersama rakan-rakan ataupun orang yang tersayang.

Akak dah pernah pergi The Pool kali pertama dahulu.  Memang teruja bila melihat pemandangan yang ada di sini terutama suasana di tepi kolam yang mendamaikan mata memandang.

Kalau pergi di sini, anda akan mendapat layanan bak seorang VIP tau. Sambil menikmati suasana yang santai di tepi kolam, anda juga boleh menikmati makanan dan minuman yang lazat yang di sediakan di sini.

Antaranya ialah

fuhyooo bentuk love tuuu..feeling lomantik bila berduaan dengan hb

hiasan yang mengoda kalbu

menyelerakan sungguh kannn

 wow..tenguk pun dah tergiur dibuatnya

 Untuk pengetahuan korang The Pool ni diasaskan oleh pemilik restoran dan bar yang terkenal di Damansara Heights iaitu The Hill.

Anda boleh pilih nak lepak kat mana mana tempat yang anda suka.. semua tempat di sini memang sungguh selesa  antaranya ialah


The Pool Deck...kalau akak..akak suka di sini..suasana santai dan open air

Kyoto Lab Lounge

The Pool Deck ...seronoknya bila dapat datang dengan suami kannn

The Pool Inside Seating


Kyoto Lab Dining


Cantikkan dekorasi yang di sediakan memang menarik dan sesuai dengan taraf layanan  bak VIP yang di sediakan di sini.  Apa lagi jangan lepaskan peluang bersantai di sini.

The Pool
347 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook : The Pool, Jalan Ampang

Rabu hingga Sabtu – 5.00 petang hingga 3.00 pagi
Ahad – 4.00 petang hingga 3.00 pagi
Isnin & Selasa – Tutup


p/s wah...kalau candle light dinner dengan hb sempena ulangtahun perkawinan best gak ni..feeling macam baru kawin..ahaksss

WTF : Perang Bikini, Basah & Liar <b>Di Ampang</b> (Gambar) | Aku Stress <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 04:53 AM PDT

Mungkin ada yang korang dah tau pasal ni kan? takpa..aku share kepada yang belum tahu.. malas nak cakap banyak.. korang komen je kat bawah..
Mamat hitam pun join gak.. amek ko..


Sumber : Here

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Wayang <b>di Kuala Selangor</b> larang berpasangan, pisah jantina <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:59 AM PDT

Ditulis oleh: notakosong

Majlis Daerah Kuala Selangor menetapkan peraturan dimana, pasangan kekasih yang belum berkahwin, dilarang menonton wayang beresebalahan dan perlu duduk berasingan.

Satu-satunya wayang di daerah Kuala Selangor itu adalah pawagam panggung wayang LOTUS FIVE STAR di pusat membeli-belah 1 Plaza Kuala Selangor. Dan wujudnya tanda peringatan pada ruang pawagam itu untuk mengingatkan pasangan supaya duduk berasingan.

wayang kuala selangor Wayang di Kuala Selangor larang berpasangan, pisah jantina

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangguhkan arahan peraturan itu dari dikuatkuasakan.

Suara orang ramai sudah kedengaran dimana ramai yang mengatakan tindakan sedemikian adalah tindakan fanatik dan tidak menghormati orang lain, bangsa lain. Turut dipersoalkan adalah arahan itu dibuat tanpa perbincangan.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan itu, panggung wayang di Kuala Selangor yang mahu memperbaharui lesen dimaklumkan perlu mematuhi peraturan pemisahan tempat duduk dalam panggung wayang mengikut jantina.

Apa pendapat anda? Ini berlaku di Kuala Selangor, dan ianya ditangguhkan sebelum berkemungkinan bakal dikuatkuasakan.

Sumber: TheStar

Related posts:

PENIAGA MELAYU KENE HALAU <b>DI KUALA SELANGOR</b>

Posted: 17 Aug 2012 06:24 AM PDT


Bila raya makin dekat maka makin ramai la peniaga melayu yang menjual kuih muih dan lemang mengambil kesempatan untuk berniaga mencari rezeki.

Jalan-jalan utama menjadi pilihan termasuk la jalan utama Kuala Selangor yang mulai sesak dengan manusia yang nak balik raya.

Hari ni sedang aku melalui jalan tersebut aku terlihat sekumpulan Penguatkuasa MDKS mengerumuni gerai peniaga melayu yang menjual lemang.

Tak payah tanya dah tau kenapa mereka ada kat situ kan... dah tentu lah mereka menghalau peniaga-peniaga melayu tersebut dan gerai sebelahnya yang jual ketupat dah pun packing barang untuk balik sebab MDKS kata tak boleh meniaga kat situ.

Kenapa halau mereka?... sebab mereka yang berniaga tu melayu kan?.. cuba kalu cina DAP meniaga kat situ berani tak penguatkuasa MDKS halau?

Gambar ni pulak aku ambil tak jauh dari tempat orang melayu meniaga tu kene halau...


Punye besar bapak punyer signbord rumah urut tak pulak Penguatkuasa MDKS halau.. Ade lesen la tu..
Tapi kalu ade lesen maknanye dah berbelas rumah urut kat bandar kuala selangor ni ade lesen la yer... sape bagi?.. ape keperluan?.. Ramai sangat ke pelanggan urut kaki ni?... atau ramai lagi pelanggan urut lain?..
Sebab tu aku kata YB Dr Zulkifli Ahmah, Ahli Parlimen Kuala Selangor ni bangang... cakap kat Parlimen berdentum-dentum tapi kat tempat sendiri haram ntah ape yang dia buat pun aku tak tau..
Orang Melayu meniaga yang ntah berapa sen untungnye asik kene halau je tapi peniaga cina DAP yang bukak bisnes urut dan judi dibela dan dijaga.. ye laa kan kalu tak masyukkk sape nak jaga kan?...
"Buat la aniaya kat bangsa ko sendiri... makan la sampai kenyang duit haram yang korang ambik.. bagi la anak bini ko makan duit tu.."

Aku tujukan Ayat ni Khas Untuk YB Dr Dr Dzulkefly Ahmad selaku Ahli Parliman Kuala Selangor.


Makan la ko puas-puas dan jahanamkan la agama Islam ni sampai ko puas hati!!!

Duke Amiene Rev: Tempat-tempat Menarik <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 12 Aug 2012 09:40 AM PDT

Tempat-tempat Menarik Di Kuala Selangor
Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.

Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.

Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Makam Anak Dara
Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ

Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:

  •     Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  •     Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  •     Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.

Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.

Batu Hampar
Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.

Busut Malawati
Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Tempat Melihat Anak Bulan
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.

Bukit Belanda
Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

Kota Malawati
Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.

Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.00 sahaja.
 

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


<b>Di</b> Sini Cinta Ku Bermula...: :: Orchard Trip @ Mini <b>Jeram</b> Kampung <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2012 07:54 AM PDT

Dah lama nak pos, tapi asyik busy aje. Terus terlupa. Nie before puasa hari tu, ada acara makan-makan buah di Mini Jeram, Kampung Kemensah. Acara makan-makan buah, macam-macam buah ada. Durian. Rambutan. Dokong. Mata Kucing. Hmmm...banyak kan!


Makan plak semua di kawasan jeram. Di mana? Di Kampung Kemensah, area belakang Zoo Negara. Kat area sini banyak kawasan air terjun. Ni adalah Mini Jeram aje...dalam tu ada lagi. Macam-macam ada. Kawasan untuk sewa chalet pun ada. Banyak kawasan untuk di jelajahi di area Kampung Kemensah.


Amek kawww!! Pilih laaa makan korang nak...Banyak tu...tak habis makan sampai bawak balik rumah sorang 3-4 biji lagi. Hehehe...kelas gitu!! Next time bleh buat lagi....


Durian memang best. D24. Perghhh....tapi aku tak makan sangat waktu tu, sebab baru baik demam dan batuk. Jadi amatlah tidak digalakkan. Dengan tekanan darah yang amat tidak stabil...so, better jangan makan banyak sangat. Makan 3 ulas aje, tu pun aku rasa dah semacam aje. Hehehe...
So, apa rancangan lepas raya? Nak makan buah-buahan lagi ker? Huhu...mungkin ye kut. Balik kampung beraya nak beli durian. Heheh sebab Ibu dah cakap dia nak beli durian. So, tolong kopek durian aje la...makan tidak laa kut! Tempoyak OK lagi...durian tak berapa sangat...ntah..ada musim2 untuk aku makan kut...eheheh ...bukan Durian aje ada musim tawww!!
Ok laa...citer pasal durian di masa akan datang plak...Kang terliur lak!

Kerja meletupkan batu <b>di Jeram</b> Pelagus hampir selesai | Malaysian <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2012 05:28 PM PDT

Posted by rqh9z8ef on August 21st, 2012

KUCHING: Kerja melet­upkan batuan besar dan batu-batan yang menganjur di Jeram Pelagus di hulu Ba­tang Rajang yang kini hampir selesai, mengurangkan bahaya kepada bot ekspres komersil untuk dikemudi di laluan itu, kata Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak Datuk Roland Sagah. Beliau berkata projek berni­lai RM9 juta itu, yang dijangka siap menjelang bulan depan, akan memudahkan pelayaran semua kenderaan air terutama di laluan tertentu di sungai itu, lebih-lebih lagi ketika musim kemarau apabila lalu lintas sungai tergendala disebabkan paras air rendah. "Keseluruhannya, saya gembira kerana bot kecil kini boleh melalui banyak bahagian alur sungai yang dibersihkan daripada batuan besar ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ai­dilfitri Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini semalam. Pada masa ini, tiada jalan raya yang menghubungkan Kapit ke hulu Sungai Belaga, apabila penduduk luar bandar yang menghuni 20 rumah panjang terpaksa bergantung kepada bot ekspres komersil yang melalui sungai itu. Mengenai bangkai kapal, Sagah berkata kekurangan dana dan air keruh menghalang kerja untuk mengalih bangkai kapal yang dianggarkan 100 buah dari dasar sungai. Beliau berkata helikopter Eurocopter yang terhempas ke dalam muara Sungai Lingga, Sri Aman pada 20 Julai tahun ini dan mengorbankan tiga penumpang, turut dianggap sebagai bangkai namun kerja mengalihkannya hanya akan di­jalankan sementara menunggu siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkaitan. — Bernama

See the original post:
Kerja meletupkan batu di Jeram Pelagus hampir selesai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Hagna Polka.Com: Berbuka <b>di</b> Pantai <b>Jeram</b>..medan ikan bakar

Posted: 10 Aug 2012 05:00 PM PDT

Meja nombor 21.

Datang sini ingat nak makan dekat Aroma Ikan Bakar...alih2 dah park kereta yang siap ada abang tukang jaga parking lagi...kena start kereta balik sebabnya Aroma Ikan Bakar fuuulll house. Ramai orang buat event bukak puasa kat situ plus   nak datang berbuka kat situ kena booking dulu.

So...tak jauh bebetul sebelah ajer dengan Aroma tu, tempat biasa yang haku lepak..tapi takderlah selalu. Haku pernah entry kan ceritanya dalam polkadots haku nih.

Itupun penuh jugak tapi masih ada beberapa tempat yang kosong. So..rezeki kita oranglah kat situ. Biasanya, tak pernah nampak penuh tempat ni. Tapi..mungkin dah rezeki Ramadhan dan tempat medan ikan bakar lain dah penuh. Kat sini pun jadi ramai orang pulak. Alhamdulillah la kan...














 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved