Isnin, 29 Julai 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


BUAYA BESAR MATI DITEMUI <b>DI KUALA SELANGOR</b>

Posted: 25 Jul 2013 03:37 PM PDT

Bangkai buaya besar ditemui di Sungai Selangor

Ini buaya gergasi! itulah kata-kata yang terpancul dari mulut penduduk setempat apabila melihat seekor buaya yang telah disahkan mati dijumpai oleh dua orang nelayan ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing

buaya gergasi kuala selangor buaya besar mati ditemui di kuala selangor

Sebelum itu, nelayan yang menjumpai bangkai buaya di tebing sungai Selangor telah menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing dan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya

Orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar dengan buaya yang sudah tidak bernyawa tersebut, dan salah seorang daripada mereka berkata tidak pernah melihat buaya berukuran sebesar itu di depan mata

buaya gergasi kuala selangor 2 buaya besar mati ditemui di kuala selangorbuaya gergasi kuala selangor 1 buaya besar mati ditemui di kuala selangor

buaya gergasi kuala selangor 3 buaya besar mati ditemui di kuala selangor

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Israel Keluar Dari <b>Port Klang</b> & Malaysia !! - BeritaTerkini

Posted: 13 Jun 2010 07:31 PM PDT

Sun

Minta keluarkan sebarang hubungan dan pengaruh Israel di Malaysia!!! Kita hanya suka melaung-laungkan sahaja tetapi realitinya? Dalam keadaan saudara Palestin kita terus ditekan oleh Israel, kita pula di Malaysia dikejutkan dengan kehadiran kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Port Klang Isnin lalu. Perkara mengenai kapal-kapal Israel yang didedahkan baru-baru ini, telah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Entah berapa banyak sebenarnya syarikat telah pun memberikan sumbangan kepada rejim Israel yang sudah bertapak di Malaysia setakat hari ini. Memang ada syarikat yang terlibat…..dan buktinya….

Laman Entegris

Terbaru sekali, akhirnya kewujudan  sebuah Syarikat yang ada membuat urusniaga di Israel iaitu Entegris (M) Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai 2 buah cawangan di Malaysia iaitu 1 di Bayan Lepas – Pulau Pinang dan 1 lagi di Kulim – Kedah yang ke 2-2nya beralamat di:

Entegris Malaysia SDN BHD
Unit 14 & 15, Lower Level 5 (Executive Wing), Hotel Equatorial
No. 1 Jalan Bukit Jambul
11900 Bayan Lepas, Penang
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-641-3294

Entegris Malaysia SDN BHD
Lot 17, Phase 1, Kulim Hi-Tech Park
09000 Kulim, Kedah,
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-403-1262

Cawangan Syarikat Entegris (M) Sdn Bhd menjalankan operasi Pengeluaran barangan komputer, Pusat Jualan dan juga Pusat Penyelidikan di Malaysia (Kulim – Kedah dan Bayan Lepas – Pulau Pinang). Syarikat ini juga mempunyai cawangan di Israel:

Entegris Israel Limited
Izmargad Street 12
Kiryat-Gat
Israel
Tel. +972 (0) 73 221 00 00
Fax +972 (0) 73 221 00 22

Entegris (M) Sdn Bhd kali terakhir sekali telah membuat penghantaran barangan Komputer (Wafer Container) ke Negara Israel yang melibatkan 2 transaksi bernilai USD292,441.60. Bagus niat kerajaan Malaysia menarik pelabur luar negara untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Seperti kata Professor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff yang merupakan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah mengatakan Foreign Direct Investment (FDI) sepatutnya berada pada kadar 12% bukannya 2% ketika pengumuman Rancangan Malaysia ke sepuluh tempoh hari. Tetapi janganlah sampai kita  mengejar angka, terdesak sehingga memberikan ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat seperti ini masuk ke Malaysia..

Kita tidak mahu dikatakan sebagai 'talam dua muka' apabila berusaha untuk membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel. Namun, pada masa yang sama kita memberi peluang kepada pihak Israel memasuki Malaysia menerusi hubungan perdagangan.

P/S : Kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi dalam masa yang sama ada hubungan perdanganan pula dengan Israel. Macam mana agaknya tu? Kejap kita berkeras, kejap kita berlembut!!!!!

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jul 2013 03:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Malaysia Edition

Posted: 11 Jun 2013 10:10 PM PDT

KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.

Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.

Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.

Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.

Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo

Aku Budak Telok: Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:32 AM PDT

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris
 (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
 (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?

                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal

 kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini 
terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
 tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang 
rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
 dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam
 mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat 
penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan 
orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. 
Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture,

 kata cikgu omputeh aku dulu.


Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
 yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
 Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah 
darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
 dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
 Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh
 datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan
 tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
 tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu 
untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
 pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri
 ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli
 yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah
 berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

"JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG"


Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, 

Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok 
dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang 
amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
 Kampung Telok Panglima Garang manakala
 lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh 


Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
 di daerah Kuala LangatSelangorMalaysia. Kampung Sijangkang
 terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. 
Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
 yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang
 menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri.
 Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di
 sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
 di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang
 iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'.
 Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
 ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung
 ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang
 lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka
 seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar.
 Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil
 yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah
 dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
 ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan
 yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama 
dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
 tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas
 (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang
 yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan
 menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina
 masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925,
 ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. 

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina 

menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
 Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8
 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat,
 selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru,
 Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. 
Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
 Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting.
 Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar
 terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal 
ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini 
hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
 diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British
 yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey,
 beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang
 telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan
 nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal

 masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia.
 Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli
 yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur 
ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
 masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, 
Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
 dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).
Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
 yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom

Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
 sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah
 dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh 
Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
 Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan
 sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan
 ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, 
kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
 terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom,
 Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
 dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis
 tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu,
 rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. 
Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
 kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai
 Kampung Jenjarom.
 Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari
 Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan 
dengan sebuah papan tanda.




Coret-coret: Catatan setahun <b>di</b> SJKT <b>Jenjarom</b>

Posted: 07 Nov 2012 05:52 PM PST

Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini. 
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


MAMA ILA STORY: SATU HARI <b>DI SHAH ALAM</b>

Posted: 07 Jul 2013 07:16 PM PDT

Rabu lepas..aku ngan adikk hannani ikut papa meeting di Shah Alam...alang2 dah dekat nak puasa..kite holiday skali...sooo..plan punye plan..nak ke Melaka.... en somi ajak skali FIL & MIL jenjalan ke sana..makanya berlima lah kitorang....rabu tu bermalam dulu di Shah Alam...sebab en somi meeting sampai petang....
kitorang gerak dari K. Trg dalam pukul 8 30 pagi..en somi meeting pukul 2.00pm..hmmm memang merasalah..xbrenti makan apa pun..just brenti nak buang air kecik jer..hahahaha..sampai sana baru kitorang makan tengahari...  sampai shah alam dalam pukul 1.45pm..soo sempatlah en somi lunch..singgah kat Hailam Kopitiam area seksyen 7 kalau xsilap...

budak kecik nie ralit tengok apa ntah...ralit tgk org order makanan kot..hehehe..amboiii..adikk skang nie pipi kembong...suke bebenor aku gomol n kiss pipi dia..huhu..makanan sampai xsempat nak snap gambo..masing2 makan cepat2 sebab en somi nak meeting...adikk pulak wat perangai..nak turun dari baby chair..bergilir ler kitorang tengokkan adikk..hehe..
kat sebelah nie ada restoran ala bali..ekcelly mula2 nk mkn kat sini..punyelah masuk kat situ..skali tgk menu..xde yg berkenan..MIL ngan FIL pun cakap cam x berapa nak kena ngan selera diaorg..sudahnye kopitiam ler kite...hahaha..mahal pun ada jugak...menu nasi ada 2 jenis je kot..dah ler sepanjang jalan ke KL xsinggah makan..perut lapar nak nasi...tapi walaupun xmakan kat sini sempat ler jugak amik gambo..hahaha...boleh ajer...
 memang cantik deco dia..kalau minum2 petang ok kot...makan yg ringan2....tapi kitorang time tu mmg tengah lapar nasi...memang xberapa nak sesuai ler makan kat sini..

pas checked in hotel..en somi gi meeting..sooo aku, adikk, MIL ngan FIL rehat kat bilik ajer...malam baru kitorang keluar makan n jenjalan... malam tu pulak..kitorang kuar gi JJ Bukit Raja (tempat kenangan dating masa belajar Uitm..ngee)  dah agak lewat..dah dekat2 pukul 9...sebabnya en somi pas meeting..dia sakit kepala n demam..memang before ke KL dia dah demam..sooo pas meeting demam dia dating balik..ye lar..drive dari pagi pastu sambung meeting pulak..xde rehat... pas makan panadol..rehat jap..dah ok sikit baru kitorang kluar..sudahnye sampai shopping mall dah lewat...sempat beli sluar Pooh adikk jalan2 jap..JJ dah nak tutup..huhu... xsempat shopping sangat lah..
hahhh..korang tengok..happy betul budak kecik nie dapat bebas..jenjalan..
sebelum balik hotel..singgah dinner kat Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang kat seksyen 13.. yg nie en somi yg pilih sebab dia nak makan nasi lemak..hehe..makanya ikutkan ajer..pas makan terusss balik hotel..tidur....besok pagi2 dah nak ke Melaka.. ^__^

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


premium beautiful : berbuka puasa <b>di rawang</b> - colors to my life

Posted: 22 Jul 2013 09:24 PM PDT


Semalam hari isnin keluar berbuka puasa dengan ammyrra atyka di tesco rawang. Kebetulan myra ada appointment dengan kawan se class dia waktu belajar dulu. So, boleh je la sal join sekali. sambil makan, sambil borak-borak tentang masa depan.
Alhamdulillah zaman biawaks dah berlalu.
In shaa Allah penghijrahan kali ni penuh bermakna bila mana tak de lagi dah any gossip yang diutarakan setiap kali duduk semeja dengan kawan-kawan yang sama aliran pemikiran.
Sambil tunggu waktu berbuka, sambil kitorang borak-borak tentang plan strategi untuk kembangkan perniagaan yang makin lama makin luas jalanNya. Thank you Allah sebab hadiahkan orang-orang yang positif disekelilingku ;)
 Tak tau nak makan kat mana pun dalam tesco rawang ni, so decide untuk berbuka puasa kat sini je lah. Pak hailam kopitiam. Hihihii..best jugak nama kopitiam ni.


 Yang pasti makan tanpa was-was sebab terselah logo halal malaysia katsetiap page menu dan di luar pintu masuk pak hailam kopitiam ni.
Ni nasi myra. Nasi ayam hainan kalau tak silap.
Sal pulak kalau ikutkan nak order semua, laksa, mee kari, roti paratha, wantan goreng bagai. Tapi bila fikir balik yang tu semua nafsu semata-mata so, decide untuk makan nasi goreng belacan ni je lah. Tak boleh la kalau sehari tak jumpa nasi. Rinduuuuu... ;D
After berbuka gi surau jap untuk solat then around 9pm kawan myra pun datang. Alhamdulillah dengan ketelusan business plan yang kami terangkan pada beliau, akhirnye in shaa Allah beliau akan jadi sebahagian dari keluar top leaders circle tak lama lagi.
Bukan cakap kosong ye yang kami present kan pada client, memang sesungguhnye benar yang RM4500 1st bonus before raya akan directly bank in dalam akaun bank usahawan yang mulakan business online yang sangat unik bersama TLC ni dalam bulan july ni.
So guys, kalau uol pun nak tau details tentang kelebihan business bersama TLC ni, jangan ragu-ragu untuk dapatkan penjelasan dari kami.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Weeda&#39;s Blog: Tempahan Cheese Tart & Brownies <b>di Kajang</b>. Harga <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 01:40 AM PDT

Assalamualaikum....Salam Ramadhan
Lama saya tak update blog....tiba2 update nak promosi pula ye...hehehe...biasalah nak raya ni masing2 sibuk nak buat tempahan untuk baju, kuih dan sebagainya.
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba...saya ada buat beberapa promosi.Semestinya cheese tart seperti biasa dan ada beberapa brownies terkini...kira murah harga saya jual ni kalau nak dibandingkan market price sebenar uhuhu....sangat sesuai untuk hidangan jamuan atau dibawa pulang ke kampung sempena musim perayaan ni :)
Antara produknya ialah :-

Flavour: Blueberry,strawberry,kiwi,lemon n coklat
*Cheese tart ni memang banyak saya terima tempahan terutamanya sempena musim perayaan ni.
2. BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE
NP: RM 55 / PROMOSI RM 50
*Brownies paling banyak customer order tak kira bila masa pon. 
NP : RM 65-RM 70 / PROMOSI : RM 60
* Rupa tak berapa cun tapi rasanya dipenuhi rasa coklat dan walnut!
NP : RM 65-RM 70 / PROMOSI : RM 60
*Ini kategori brownies juga antara kek dan biskut...dalam ada coklat dan walnut..sekarang ni tempahan congo bars tengah hot di kalangan bakers gitewww
Untuk tempahan. Sila maklumkan :- 

NAMA :
NO.HPHONE : 
JENIS TEMPAHAN: 
TARIKH TEMPAHAN : 
PICKUP TIME : 

*Semua pesanan self pickup di Saujana Impian,Kajang sahaja. 

*Tarikh tempahan untuk raya adalah sehingga 7 Ogos 2013. Tempahan adalah TERHAD maka tempahan awal amat digalakkan. 

*Deposit 50% diperlukan untuk belian RM 100 ke atas. Tempahan hanya dikira confirm apabila pihak kami menerima wang deposit.

Untuk maklumat lanjut/tempahan sila PM/SMS/WhatsApp 012-6682771  @


12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Panas: Risalah Kristian Di Edar Meluas <b>Di Kelana Jaya</b>

Posted: 20 Jun 2013 07:15 AM PDT


Orang ramai di sekitar kawasan Kelana Jaya, Selangor terkejut apabila risalah "Kristian" disebarkan secara meluas di rumah mereka sejak beberapa hari yang lalu. Menurut sumber, risalah yang tertera perkataan "Tuhan Yesus Adalah Penyelamatmu" itu dipercayai diedarkan oleh pihak gereja dan dibuat oleh mubaligh Kristian yang berbangsa Melayu berdasarkan kepada ayat-ayat yang digunakan pada risalah berkenaan. Bukti risalah ini kini disebarkan secara meluas di laman sembang sosial internet. Justeru, pihak berkuasa digesa memantau dan menyiasat laporan ini kerana ia jelas satu perbuatan yang tidak wajar. Tambahan pula risalah berkenaan hanya diedarkan di rumah-rumah orang Islam sahaja. Ia menunjukkan pihak berkenaan sudah menyiasat latar belakang penghuni sebelum membuat operasi tersebut. Senario ini berbahaya terhadap umat Islam. #sumber

ads