ads

Jumaat, 13 April 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


sabahkini.net: WARGANEGARA SEGERA RAMAI <b>DI SEMENYIH</b>

Posted: 20 Mar 2012 04:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]16 daripada mereka membuat pendaftaran sebagai pemilih baru Dun Semenyih mengikut alamat di dalam IC yang tiada nombor rumah atau nombor lot, tetapi mereka menetap di luar Dun Semenyih seperti Seksyen 7 ...

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Gambar Penyanyi SonaOne Dipukul Kerabat <b>Raja Di Bukit</b> Bintang <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 08:41 PM PDT

Share

Penyanyi HIP HOP, SonaOne Dipukul Kerabat Raja Di Bukit Bintang .Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

"Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan."Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka," katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Di Werner's Bukit Bintang
  2. Pelajar Nigeria Mati Dipukul Akibat Cabul Wanita Di Hulu Langat
  3. Jalan Ke Bukit Bintang Dan Imbi Akan Ditutup Pada Ahad
  4. Tragedi Bukit Kepong Karpal Singh Mahu Mat Sabu Tarik balik Kenyataan
  5. Ani Mayuni Dipukul Teruk Suami Muka Bengkak Tulang Retak
  6. Pelajar UPSI Ditahan Polis Adakan Perhimpunan Haram

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Rumah sewa <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 12:00 AM PST

Salam,

Saya jana, 24 tahun, dan sedang mencari sebuah rumah/apartment untuk disewa di kawasan Salak Tinggi mahupun yang berdekatan.
Saya bekerja di Cyberjaya dan sering ke Putrajaya. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai rumah sewa di kwasan ini, harap dapat hubungi saya. :cry:
Thanks! 0129272951

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Ceramah Zulkifli Noordin <b>Di Ampang</b> – Saya Kenal ANWAR <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 07:32 AM PDT

- Apr 13, 2012 22:32:03.

DEBAT RAKYAT
"Pembangkang Malaysia" AUTA dan BELIT
11 April 2012
Kampong Ampang Indah, Ampang.


….


Posted by on Apr 13, 2012 22:32:03. Filed under BERITA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Pejabat Rela <b>Negeri Selangor</b> |

Posted: 30 Mar 2012 10:31 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan di Pejabat Rela Negeri Selangor : 1. Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 41 Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui portal jobs Malaysia di www.jobsmalaysia.gov.my Taip "RELA …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


COCO NUTZ: SUCI - Episod 3 (terakhir) Wa <b>di Jeram</b> pastu balik <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 11:55 PM PDT

tuan nyer yang tak pandai atur masa yang diberi..
Ini lah Sucisonia Maryam , baby no 2 di keluarga adik santek ie. Elly & Hasrul...
Misi kami tercapai selepas berjumpa dengan empunya diri itu..SUCI...
Kami sempat bergambar dengan anak comel itu.
Kepada SUCI, sila pasrah dengan kehadiran kawan-kawan mummy anda yang berperangai suci ini.
hehe... Ini ewel-ewel...
Yang diwar-warkan oleh tuan rumah...
Disajikan untuk kami makan...
(nyesal tak tapau weeehh!!!!)
Wa telan sebijik aje...
macam tak puas plak....(Ely, please take note on the 'tapau' and 'tak puas' words there...)
buruk lantak, ko memang gitu...
Saat nak balik telah tiba.
Kami pun membawa diri (ekceli yang sibuk nau suruh balik awal adalah Danny...
katanyer ada BBQ la...red carpet la...Hi-Tea la...Gathering kengkawan lain la...huh??)
Perjalanan mengambil masa dalam 1jam ++ dari Sekinchan.
Dan wa masa tuh menjadi 'pemberat kereta' Fatt, 
(TQ sebab ajak wa naik sama..merasa naik kete Fatt tau!!!korang ade??? hhhheehee)
 Look!!!
It's a plane!
Nope...
It's an aeroplane!!
Nopeee..
Santa Clause???
errr...whatever... Kami berkonvoi sebanyak 5 kereta...(kalau dikirakan...5 x 4 = 20 orang, kan??? tapi kami cuma seramai 10 orang aje...hahahaha)..ke Jeram, katanyer sedap untuk makan ikan bakar.
Wa sempat bbm kawan-kawan lain tanya camneh keadaan sebenar Jeram nih?
Ada kata susah nak park kereta,
Ada kata hujung minggu memang ramai yang datang
Ada kata kalau 7.00pm - 10.00 pm tuh , sila bertabah utk makan..
Maka....
tu semua memang kami kena tempuh... Selepas lebih 15 minit kami menjeling2 mencari port meja kosong, ada team lain pergi reccee pilih ikan.
Nak beratur, satu hal
Nak pilih ikan, satu hal
AJK menu sedang pikir nak cadang masakan apa untuk binatang laut yang dipilih

Selama sejam kami menunggu, akhirnyer hasil tuaian kami pun tiba.
Itupun dok "alo-alo..adikk...adikk ..alllooo....adikk..." dengan  lambaian kaabah tangan kami sana sini pada pelayan-pelayan yang dok pegang walkie talkie itu......
Sejam=60 minit kami melangut kat meja kosong (kadang-kadang kami buat muka eksen pada mereka yang sedang mencari meja kosong yang lain...hahaahh.. keji,ok?) Makan sekejab aje...yang nak menunggu tuh lamaaaa.....

Selepas bayar tak sampai doploh hengget sorang ( agak berpatutan harganyer, sedap..cuma service agak lembab...iyela..ramai manusia kepinginkan ikan bakar pada satu masa...udang pun deme tak buang ta** sebab nak cepat masak...)

John Danny dah balik awal masa nih...sibuk bebenor retis sorang nih tau!!!
Ada function satu lagi kat KL katanya...

Dah...balik KL jommmm......
Dan wa , selaku 'pemberat kereta ChawaNa dan Aqillah',  kembali menambahberatkan lagi muatan kereta mereka selepas makan...
Kami balik lalu Latar Highway manakala Lily and the team menempuh bandaraya KL, melihat keindahan lampu neon di sana kata deme....
Dan wa pun balik Bangi malam itu jua....
Letih..memang...tapi wa puashati
Memakai baju kurung naik trem ke bukit, berjalan di tepi sawah , jumpa SUCI dan diakhiri makan ikan bakar di Jeram.
Memang kompom wa tak buat kalau jalan sensorang ke sana sini...
It's a one-day-trip to Sekinchan & Bukit Melawati + Jeram
Having fun indeed with full of activitiesss.....
Cover 3 entries for one day trip?
let the pictures reveal the real stories...
To SUCI....
Welcome to the real world of life
To the rest of us out there...
Welcome to the real world of temporary life ...
(incase we forgot the meaning of  'permenant' life after death ...)

Selamat Hari Jumaat buat semua di sana...
Jangan buat onar di muka bumi ini, iyee..

(wah..ko dah budget macam artis le pulak???...piraahhh!!!)

Nest Next trip...
ke manakah wa ?
Mencari SUCI lagikah?
.
.
.
takkkkk....
mencari kepala paip...
tak caya?
sila lihat gambar seterusnyer
.
.
.

yeaaa..dah jumpa satu...dan...

yeaaa...satu lagi...
tunggu entry selanjutnyer....stay tune...

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


myBancik: Laksa Beras Sungai Bakau Kini <b>Di Sungai Buloh</b>

Posted: 12 Apr 2012 06:19 AM PDT

21 Jamadilawal 1433

Penulis hari ini telah tersempak dengan sebuah gerai laksa di Sungai Buloh, berdekatan Masjid Bandar Baru. Mulanya penulis rasa macam kenal aje kelibat salah seorang peniaga berkenaan. Rasanya macam Pak Teh Azmi, adik kepada Ak'(Pak Ishak, Imam yang menjual laksa beras di Sungai Bakau , di Kampung Penulis).Penulis agak was-was pada mulanya kerana imej beliau sekarang semakin warak berbanding semasa penulis kecil dahulu, ditambah dengan jambangnya yang tebal, ala-ala orang tabligh.

Bila pergi dekat gerai berkenaan, bau kuah laksapun mula tertusuk dihidung , macam kenal aje baunya dan ianya  meyebabkan penulis semakin yakin. Mulanya beliau tidak kenal penulis. Apabila penulis memperkenalkan, penulis ini siapa , anak siapa dan asal dari mana, barulah Pak Teh kenal.Maklumlah dah lama beliau merantau di sini berbanding dengan penulis.Selepas itu barulah beliau kenal  sebab abang ipar penulis mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Penulis begitu teruja lantaran kerana dah lama tak pekena kuah laksa dari Sungai Bakau. Imam Ishak pun khabarnya dah tak meniaga lagi di sana. Patutlah setiap kali pulang ke kampung , penulis sudah tidak nampak lagi kelibat gerai bermotosikal yang menjual laksa beras di sana.

Namun alhamdulillah, kalau nak lepas gian selera laksa berkenaan lepas ni, penulis tak perlu balik kampung lagi. Kat Sungai Buloh pun ada ..Hu..Hu..

Wallahualam

p/s : penulis siap dapat free lagi cucoq udang  mee rebus dari Pak Teh untuk diletak dalam laksa. Pak Teh kata, orang kat sini tak makan laksa dengan cucoq.Itu sebab dia tak letak. he.he.. Hidup cucoq...cucoq forever, dulu ,kini dan selamanya..

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


DUNIA PUANSTOBERI: Corat Coret Course <b>di Morib</b> (2)

Posted: 01 Mar 2012 09:30 PM PST

Oke. Dah abis paintball tu kiterang buat highrope lak.
Ada 7 halangan. Mula2 pikir mmg cam tak bleh la. Tambah lagi yg takde pemegang tu. Grrr... tp aku saja nak buat awal. Abis citer. Takde la nak berdebar2 sgt kan. Join grup lelaki yg buat.
Paling mencabar adalah yg cam buaian ni. Tau je lah kaki cumil kan. Patut tak perlu buh dedua kaki atas tu, tp da jadi terbuai2 atas tu. Huwaaaaa.........



Akhir skali adalah flying fox. Tu takde masalah kot. Penah buat gak masa induksi dulu. Tp tinggi tak tinggi sgt la high rope ni. Aku rasa lagi gayat time aku buat canopy walk kat Poring tu. Lagi gigil rasa nak pusing balik.
Sokay la. Rest jap. Makan2. Ready utk kayak plak. Ni mengong. Sian kat Iza blkg aku. Kayak asik ke tebing je. Huhu

Settle tu kiterang dpt lagi satu task. Ecochallenge katanya.  Ikut grup lah.
Kena berenang amik sebijik buah tembikai (2 org).
 Lepas tu kena berkayak. Bawak temikai tu
 Dah abis, simpan kayak, meniti batang pinang plak. Bawak temikai tu gak.
 Lps tu kena lompat bintang, da siap kena merangkak atas pasir.
 Then kena tanam dugong - sorang lelaki la timbuskan.

And last skali makan temikai yg duk bawak tu.
 Owhh... abis tudung Ariani ku kena bola paint ball. Uhuks. Jadi belasahan je lah pas nih.
Kena makan smpai abis tinggal yg putih tu. Aku mmg tak makan yg tu. Jadi, bagi je ke orang lain perabiskan. Tak geli2 dah. Sbb kira adik badik je. Huhu.
Settle menda tu pun da nak senja. Malam tu kena siap2 utk dinner. Seme da mcm lembik dah. Patut ada persembahan kumpulan, tp urus setia sian kat kiterang, tak buat pun.

Dinner adalah bes. Ada bbq kambing bakar bagai. Mula2 nak buat kat luar. Dah siap dah ni pihak hotel buh bufet, tapi, malam kat situ bau adalah semerbak. Bau apa?? ce google area Morib ada pencemaran bau apa waktu malam. Sapa selera kan?. So, our KP mintak tukar tpt, masuk dlm dewan.

Esuknya ada xtvt grup lagi. Tp combined 2 grup. Explorace plak. Carik menda2. Yg tak tahan tu, kena carik seorang security (ha..ni grup kiterang dpt), then carik cicak, cacing, lipas (ni kiterang tak dpt). Sbb kiterang berjaya bawak security maka kiterang menang. Huuhu.
Dan sesi akhir. Penyampaian hadiah dan tangkap gambar ramai-ramai. 

Apa pun... mmg bes course camni. Dah lama tak buat xtvt camni. Walo badan2 sakit2, tp pengalaman yg dpt mmg bes....

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Program Rapat Rakyat Anwar <b>di Kapar</b> cuba <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 08:53 PM PDT


SUNGAI KAPAR INDAH - Penganjur program Rapat Rakyat Kapar bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa program mereka disabotaj pihak tertentu yang sengaja cuba menggagalkan program di pekarangan pejabat PKR Cabang Kapar, Sabtu lalu.


Salah seorang penganjur yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Cabang Kapar, Norkhalim Mohamed berkata, pihak terbabit mungkin tidak berpuas hati dengan penganjuran program itu dilihat besar dan dihadiri pemimpin tertinggi PKR.

Menurutnya, untuk menggagalkan program itu, pihak terbabit mengadakan program berasingan pada masa dan tarikh sama.

"Ia juga diadakan berdekatan Pejabat Ahli Parlimen Kapar di pekan Kapar yang jaraknya tidak sampai lima kilometer daripada lokasi program di Sungai Kapar Indah.

"Kita sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan tentang program ini yang membabitkan kehadiran Datuk Seri Anwar beberapa hari sebelum itu, bagaimanapun mereka degil dan dilihat sengaja meneruskan program tersebut," dakwanya.

Berang dengan tindakan itu, pihaknya segera memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zuraida Kamaruddin beberapa hari sebelum itu supaya meminta pihak berkenaan membatalkan program terbabit.

Katanya, bagaimanapun tindakan itu menemui jalan buntu apabila penganjur program yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kapar yang kini Penyelaras Dun Sementa, Mohd Bakir Wahab dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kapar yang juga Ahli Parlimen Kapar, S

Manikavasagam berkeras mahu meneruskan program mereka.

"Apa yang saya dan penganjur program kesalkan adalah hasrat kami untuk menyatukan orang ramai termasuk anggota PKR menerusi program ini tidak terlaksana," katanya.

Beliau berkata, penganjur program tersebut mempunyai banyak pilihan untuk mengadakan program itu pada tarikh lain namun tarikh sama tetap dipilih.

"Saya lihat mereka cuba melabelkan kepada umum dan pucuk pimpinan tertinggi bahawa AJK PKR Cabang Kapar gagal berfungsi untuk menjayakan sesebuah program selain tidak mampu menarik orang ramai ke program Datuk Seri Anwar.

"Justeru, saya dan AJK PKR Cabang Kapar minta pucuk pimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit yang cuba mensabotaj program PKR walaupun dari parti sama.

Sinar Harian

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Belajar Mengaji Al-Quran Dirumah <b>Di</b> Kawasan Kajang, <b>Semenyih</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 06:36 AM PDT

Assallamualaikum…..

Ingin Belajar Mengaji Al-Quran di rumah oleh guru bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sedia mengajar Al-Quran secara Tajwid dan Tarannum serta Iqra' disekitar kawasan Kajang, Semenyih dan Beranang.

Sedia datang mengajar ke rumah anda. Ibubapa yang mahu mengaji bersama anak-anak adalah digalakkan.

Sekiranya berminat untuk mendalami pengajian Al-Quran boleh hubungi :

H/Set : 016-5220165 – Zailani
010-2854498 – Pn. Nor (Isteri)

Masa dan bayaran boleh dibincangkan.

Terima Kasih.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Demi Keselamatan Anak, Seorang Ibu <b>Di Klang</b> Terpaksa Relakan <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 11:02 PM PDT

Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.

Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.

Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.

Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.

Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.

Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.

Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.

Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.

Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.

Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.

Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.

Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.

Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.

Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.

Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.

Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.

Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Jom Ke Ekspo Pengantin <b>di Selayang</b> Mall, 10, 11 dan 12 Februari <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 07:45 PM PST

Salam 1Malaysia.

Hari ini nak share aktiviti yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Kepada pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini atau awal tahun depan, bolehla menghadirkan diri anda ke Selayang Mall, Selayang.

Di sini bakal berlangsungnya Ekspo dan Pameran Pengantin 2012 dan para bakal pengantin dijemput hadir untuk mendapatkan promosi dan tawaran terbaik produk perkahwinan.


Terdapat booth Katering, Andaman, Kad Kahwin, photography, Dewan, Aiskrim dan lain-lain. Jadi, jangan lepaskan peluan untuk ke pameran pengantin di Selayang Mall ini yer.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


MPP Online: Tukang urut bawah Umur <b>di Shah Alam</b>.. Tahniah <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 05:11 PM PDT

Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.

Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

"Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan.

"Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh," katanya.

Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin.

Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

"Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial.

"Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis," katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit.

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Disimbah Asid <b>Di Rawang</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:13 PM PDT

KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: [Video] Alonso Juara Formula1 Grand Prix <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 05:01 AM PDT

Pemandu Ferrari Fernando Alonso berjaya menjadi juara the Formula One Grand Prix Malaysian yang berlansung sebentar tadi mengatasi Sergio Perez pemandu Sauber dan Lewis Hamilton, pemandu McLaren di tempat ketiga.

Di beberapa minit terakhir, Perez hampir memintas Alonso tetapi kesilapan yang dilakukan di pusingan ke 51 dimana keretanya terbabas ke kawasan rumput menyebabkan Alonso berjaya menjarakkan masa darinya.

Pemandu dari pasukan Red Bull Racing-Renault, Mark Webber di tempat keempat dan pemandu Lotus Renault Kimi Räikkönen di tempat kelima.

Bruno Senna dari pasukan Williams-renault di tempat ke 6, paul de Resta dari pasukan Force India-Mercedes tempat ke 7, Jean-Eric Vergne dari STR-Ferrari di tempat ke 8, Nico Hulkenberg dari pasukan Force India-Mercedes ke 9 dan juara dunia 7 kali, Michael Schumacher pemandu pasukan Mercedes yang membawa lambang Petronas mengutip 1 mata di tempat ke 10.

Bagi seorang lagi juara dunia iaitu pemandu Red Bull Racing-Renault, Sebastian Vettel mengalami nasib yang tidak berapa baik dimana tayar keretanya pecah namun berjaya memasuki litar semula dan menempatkan dirinya ke 11.

Grand Prix Petronas Malaysia 2012 di Litar Sepang terpaksa digantung sementara pada pusingan kesembilan petang ini ekoran hujan lebat.

Keputusan itu diambil demi keselamatan pemandu apabila jarak penglihatan dikatakan terjejas teruk. Ia digantung kira-kira 51 minit.

Bagaimanapun ia disambung semula kira-kira jam 5.15 petang, kata pegawai-pegawai perlumbaan.

Ketika digantung, persaingan didahului oleh Lewis Hamilton dari pasukan McLaren.


0 comments:

View Comments/Post a Comment

12 di pandamaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di pandamaran - Google Blog Search


MCA Klang <b>Di</b> Dakwa Sabotaj Peruntukan RM700,000

Posted: 08 Apr 2012 03:16 AM PDT

KLANG, 8 APRIL : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago meminta Pengerusi MCA Klang, Datuk Dr Teh Kim Poo mendedahkan kandungan surat yang dihantar kepada Jabatan Kerajaan Tempatan sehingga mengakibatkan kerajaan persekutuan membatalkan peruntukkan berjumlah RM 890,000.

Menurut Charles, surat bertarikh Oktober 2008 tersebut jelas menunjukkan terdapat unsur sabotaj kepada warga Klang dan beliau menuntut penjelasan daripada Datuk Teh Kim Poo.

Dalam surat tersebut dinyatakan, RM700,000 diperuntukkan untuk menaiktaraf Lorong Chinnlah di Pandamaran yang merupakan salah satu kawasan banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sementara jumlah selebihnya diperuntukkan untuk projek membina struktur untuk gelanggang bola keranjang Pandamaran dan membina tempat duduk dan menaiktaraf gelanggang bola keranjang Pandamaran.

"Jelas menunjukkan bahawa, ketua BN di Klang telah mensabotaj orang Klang sendiri. Ini tidak boleh diterima.

"Saya percaya Datuk Kim Poo menulis surat dan beliau hantar kepada Jabatan Kerajaan Tempatan. Beliau perlu jelaskan kepada warga Klang berhubung kandungan surat tersebut sehingga peruntukkan ini dibatalkan," katanya.

Tegas beliau, tindakan ini bertentangan dengan dasar yang dilaungkan oleh kerajaan dimana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved