ads

Jumaat, 22 Februari 2013

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b> Meningkat

Posted: 04 Nov 2012 09:05 PM PST

05/11/2012 13:05:00

Di Dengkil, Selangor, sehingga pukul 10 pagi tadi, jumlah mangsa akibat banjir meningkat kepada 703 orang.

Pusat pemindahan juga meningkat kepada empat buah.

Kawasan terjejas - Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan stabil di lokasi-lokasi terbabit kecuali di Kampung Semarang.

Mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Dengkil, Dewan Gemilang Kampung Semarang, Kampung Kelinsing dan Kampung Paya Rumput.

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Punca Kejadian Banjir Kilat <b>di Puchong</b>

Posted: 18 Feb 2013 08:35 AM PST


 Kejadian banjir kilat telah berlaku di pusat bandar Puchong sekitar pukul 5 petang tadi.Menurut sumber ini,penyelia operasi  Pegawai Bomba Kanan 2 Pusat Bandar Puchong, Ashwan Wasir berkata pihaknya telah menerima laporan banjir setengah jam selepas hujan lebat  berlaku dikawasan tersebut.Tambahnya lagi,'kejadian banjir kilat ini adalah  berpunca daripada  hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan longkang tidak boleh menampung jumlah air besar yang datang.'katanya kepada pemberita.
                                                              
Situasi sama turut dialami di kawasan sekitar IOI mall.Menurut peniaga disitu hujan lebat selama 4 jam itu telah menyebabkan air naik sehingga ke bahagian bawah pusat membeli belah tersebut.Banjir kilat ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk disamping meyebabkan kerosakan kepada beberapa buah kenderaan.
Sekiranya ada lagi punca-punca baru yang dikenal pasti disebalik kejadiaan ini aku akan cuba kongsikan di blog ini.Sama-sama juga kita doakan agar kejadian ini tidak berulang lagi di lain masa.

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Kaji bina hospital <b>di Kapar</b>

Posted: 11 Nov 2012 08:46 PM PST

KLANG: Kerajaan akan mengkaji cadangan membina hospital di Kapar bagi menampung kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini..

Source : Harian Metro Online

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Sepetang <b>di Beranang</b> | AmirulPhotographyArts

Posted: 18 Dec 2012 08:50 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sepetang di Beranang. Canon 1000D , f/10 , 1/15sec. , ISO-200 , 18mm. Posted just now by AmirulPhotographyArts · AmirulPhotographyArts. Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Susulan KES DERA ANAK TIRI <b>Di Klang</b>, Selangor. AKSI DERA Di <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 06:58 PM PST



SHAH ALAM – Seorang wanita yang dipercayai merupakan individu yang merakam perbuatan suaminya mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Klang ditahan pukul 10 malam kelmarin di Taman Meru Indah, Klang.
Suri rumah berusia 20 tahun itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, berdasarkan keterangannya, wanita itu mengaku membuat rakaman tersebut namun menafikan dia memuat naik video rakaman itu ke laman sosial Facebook.
"Isteri suspek yang ditahan itu mengaku dia berada di lokasi kejadian semasa penderaan itu berlaku serta merakam tindakan suaminya," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Dolomite Boleh Menjelaskan Kontroversi Projek <b>Batu Caves</b>

Posted: 13 Feb 2013 12:50 AM PST

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang pihak pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi pembinaan kondominium Park Avenue di hadapan Batu Caves.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemaju kondominium itu boleh bertemu pihak berkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memberi penjelasan.

"Dolomite mempunyai inisiatif sendiri kerana untuk mendapat kelulusan dan perancangan perlu dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan Selayang.

"Jadi apa yang perunding Dolomite nak terangkan dia boleh berikan kepada MPS.

"Dan jika perlu, MPS akan kemukakan pandangan mereka untuk dibincangkan di mesyuarat perancang negeri," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN), di Bangunan SUK, di sini.

Beliau berkata demikian selepas pemaju itu sebelum ini mendakwa projek kontroversi pembinaan kondominium Park Anenue itu adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Pada 24 Januari, Abdul Khalid mengumumkan pembatalan projek kondominium tersebut.

Manakala keesokannya, (25 Januari), pemaju mendakwa mereka sebelum ini cuba bertemu menteri besar dan pihak berkuasa berkaitan tetapi tidak diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Kontroversi berhubung pembinaan kondominium itu timbul susulan bantahan daripada masyarakat Hindu yang mahu projek tersebut dihentikan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Dolomite Properties mendapat kelulusan untuk membangunkan projek mereka pada 2007 oleh MPS.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di sijangkang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sijangkang - Google Blog Search


MAJLIS MENERIMA MENANTU ARIFF DAN ROSFARAHHANIM <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 04:08 AM PST

Permulaan tahun 2013 Restoran Seri Keningau telah diberi kepercayaan untuk menguruskan majlis menerima menantu Ariff dan Rosfarahhanim di Sijangkang, Selangor. Pada majlis tersebut pihak Seri Keningau diberi tugas sepenuhnya sebagai wedding planner, decoration pelamin dan walkway, hidangan buffet dan dome. Majlis malam berinai dimulakan pada malam 19 Januari yang

bertemakan bollywood dan keesokannya pula 20 januari majlis menerima menantu dilangsungkan dengan suasana yang meriah dan dihadiri lebih daripada 8000 orang tetamu. Menu yang disediakan seperti nasi mandey, udang butter, ayam golek, ubi kayu siram bawang goreng dan bermacam lagi hidangan yang menyelerakan membuatkan para tetamu tersenyum. Dekorasi dan hidangan Seri Keningau telah mendapat pujian daripada ramai tetamu VIP dan orang kampung setempat.

Untuk tempahan perkhidmatan Katering Seri Keningau boleh menghubungi Pengurus Restoran Seri Keningau Jasri-0123437287, Widya-0192727121, Hj.Basuni-0198214451

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Kembara Sastera Perempuan Pengembara: Masjid Jamek

Posted: 26 Jan 2013 09:57 AM PST

#Tajuk tak boleh blah...kononnya ala-ala Kembara Sastera Nisah Haron: UK & Dublin :P
Sudah lama Baca@LRT menyepi daripada sebarang aktiviti. Tahun ini ia dihidupkan kembali (harap tidak 'mati' semula selepas ini). Temanya kali ini membuatkan saya berasa teruja (baca: thrill) kerana melibatkan seorang penulis tersohor di Malaysia ini. Penulis yang dilabel sebagai no. 1 di kalangan penulis - penulis novel bergenre thriller tanahair. Siapa lagi kalau bukan Tuan Ramlee Awang Murshid. Maka dengan itu, tercetuslah Baca@LRT: RAM. Idea ini sudah dizahirkan kalau tidak silap saya dari tahun 2010 (atau 2011?) lagi. Dan sebenarnya ia sudah diuar-uarkan untuk diadakan pada bulan Jun 2010 (atau 2011?). Tetapi malang sungguh terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Terus terang, saya bukanlah peminat tegar Tuan Ramlee Awang Murshid (baca: Tuan RAM). Tetapi yang pasti novel "Tombiruo" yang dibeli lebih sedekad yang lalu telah memperkenalkan saya kepada corak penulisan beliau. Masih teringat lagi perasaan saya setelah habis membaca novel tersebut. Kagum. Selepas itu saya tidak lagi membeli novel-novel tulisan beliau kerana tidak mengikuti langsung perkembangan industri buku di negara sendiri dan kerana kecewa "Tombiruo" saya itu hilang. Lagipun Tuan RAM belum begitu dikenali pada waktu itu. Namun nama beliau sudah terpahat sebagai salah seorang penulis Malaysia yang saya kagumi selain Tuan Ahmad Patria Abdullah. 
Saya teringat beberapa lama selepas saya membaca novel "Tombiruo" pihak penerbit telah mengadakan promosi novel terbaru Tuan RAM (tidak ingat novel yang mana) dan sesi tanda-tangan di bahagian ruang legar bawah tanah Stesyen LRT Masjid Jamek. Saya yang sudah beberapa hari tahu tentang hari 'kejadian' tersebut, sengaja keluar untuk melihat-lihat sambil mengambil peluang berjalan-jalan. Sampai sahaja di sana saya lihat lengang sungguh meja di mana tempat Tuan RAM duduk. Saya jadi malu-malu untuk menghampiri meja untuk membeli novel dan seterusnya mendapatkan tanda-tangan beliau. Malang sungguh waktu itu teknik 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' belum diperkenalkan oleh Tuan Bahruddin Bekri - dalam "Diari Mat Despatch" - yang belumpun menjadi seorang penulis novel lagi. Sekiranya sudah, saya pasti akan menggunakan teknik tersebut untuk mendapatkan tanda-tangan Tuan RAM. Tidak berjaya menahan rasa segan dan ragu-ragu, sudahnya saya membawa diri ke KLCC.
Baik, kita tinggalkan cerita lebih sedekad yang lalu dan kembali kepada tarikh 19 Januari. Oleh kerana bimbang tidak sempat (baca: terlambat) berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan iaitu pada jam 10:00 pagi di Stesyen LRT Gombak, maka saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Stesyen LRT Masjid Jamek dengan menaiki bas (hidup public transport!). Bagaikan perjalanan direstui olehNya, cuaca begitu baik sekali pada pagi itu; tidak terlalu panas dan tidak pula sejuk. Redup. Alhamdulillah.
Setelah melalui perjalanan hampir sejam tanpa diiringi dengan aktiviti membaca (teruk betul!), saya turun di Masjid India. Kemudian berjalan kaki dengan kelajuan yang entah berapa kilometer sejam, saya berjaya sampai di platform tren tepat pada pukul 10:45 pagi. Saya kira para peserta yang bergerak dari Gombak pasti akan sampai sebentar lagi kerana mengikut rancangan asal, mereka akan menaiki tren pada pukul 10:30 pagi. Namun, saya masih belum mendapat apa-apa petunjuk (baca: SMS) daripada pemberi maklumat kepercayaan saya iaitu Penasihat RAMFC; Tuan AttOkz Dikulgai.
Tidak berapa lama kemudian saya menerima SMS daripada sahabat saya, Puan Azrina yang bertanyakan saya berada di mana. Beliau kata beliau sudah bergerak dari Stesyen Gombak dan pada masa itu sudah berada di Wangsa Maju. Beliau tidak turun di Stesyen Gombak tadi kerana menyangkakan para peserta Baca@LRT sudah menaiki tren yang sama dengannya. Namun beliau hairan, kenapa tidak ramai orang. Eh?
Saya menuntut penjelasan daripada pemberi maklumat saya yang masih lagi diam seribu bahasa. Rupa-rupanya para peserta masih lagi berada di Gombak. Mereka belum menaiki tren lagi. Patutlah! Cepat-cepat saya khabarkan berita tersebut kepada Puan Azrina dan meminta beliau sekeluarga turun di Stesyen Masjid Jamek untuk menyertai saya di sana.
Puan Azrina tiba tidak lama kemudian bersama-sama dengan rombongan beliau yang terdiri daripada seorang Maryam (baca: anak perempuan) dan tiga orang Sunan (baca: seorang suami dan dua orang anak lelaki). Saya rasa Puan Azrina pula adalah Ratna, si ratu hati Sunan. Setuju, Puan Azrina? Hehe!
Apabila tren yang membawa para peserta yang bertolak dari Gombak sudah bergerak dan kemudian hampir tiba di Masjid Jamek, Tuan AttOkz menghantar mesej supaya kami bersedia. Tren yang dinaiki mereka tiba dalam pukul 11:15 pagi.
Ah, leganya. Masih banyak tempat duduk. Saya duduk sebaris dengan Ratna, Maryam dan dua orang Sunan. Sementara Sunan yang paling tua duduk di kerusi berhadapan dengan si Ratna (romantik gitu..boleh bertentangan mata). Di sebelah saya duduk seorang gadis Melayu. Tiada bahan bacaan yang dipegang. Jadi, saya beranggapan dia bukan salah seorang peserta. Sepanjang masa dia banyak tertunduk. Mungkin gelisah kerana ramai penumpang di sekelilingnya sedang membaca sedangkan dia tidak. Sah, dia bukan salah seorang peserta dan rasanya kami telah berjaya 'mengusik' gadis tersebut.
Saya pula, hanya membawa novel "9 Nyawa" kerana hanya novel inilah yang ada di rumah yang diduduki sekarang sedangkan novel-novel tulisan Tuan RAM yang lain sudah diangkut ke rumah baru (yang sudah tidak baru lagi). Nasib baik Tuan AttOkz sempat menghulurkan novel terbaru Tuan RAM berjudul "Aku Bercerita" - yang telah dipesan awal-awal - semasa saya baru menaiki tren.
Sampai di Stesyen Kelana Jaya, kami semua pun keluar dari tren. Ada sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Tuan Penasihat RAMFC, dan sesi yang wajib iaitu bergambar beramai-ramai sambil memegang buku masing-masing. Kemudian kami diberikan masa beberapa minit untuk aktiviti bebas (baca: bergambar dan beramah mesra) sebelum sama-sama menaiki tren yang akan membawa kami ke Stesyen Taman Jaya.  
Sementara menunggu tren, sempat saya memberikan buku percuma kepada Ratna (baca: Puan Azrina) iaitu buku Sailang Magnum Opus RAM. Buku yang memuatkan karya saya yang berupa sebuah certot (cerita kontot) yang berjudul "Sailang - 9 Nyawa." Ia sebuah cerita cross-over daripada salah satu kejadian dan watak misteri dalam novel "9 Nyawa" (sebab itu hanya ada novel ini dalam tangan). Rugi sesiapa yang tidak memiliki buku tersebut. Bukan senang hendak pujuk perempuan ini menulis, hatta menulis certot sekalipun...ehekk!

Terpancar kegembiraan di wajah Ratna apabila diberi buku percuma. Di sebelah beliau ialah Maryam. Manakala di belakang Maryam ialah Sunan paling tua.

Tren sampai, kami pun naik. Sampai di Stesyen Taman Jaya, kami berjalan kaki pula menuju ke taman yang terletak bersebelahan dengan bangunan TNB. Nama taman itu ialah Taman Jaya. Duh! Sudah dua, tiga kali saya ke bangunan TNB atas urusan tidak rasmi, tidak perasan pula ada taman tasik di sebelahnya. Memang benarlah, jauh perjalanan (baca: berjalan kaki) luas pemandangan yang selama ini disekat oleh bangunan TNB itu.
Aktiviti pertama di tepi tasik adalah - makan! Waktu pun sudah menginjak ke tengah hari, maka memang patutlah kami makan dahulu. Ada pulut kuning, rendang ayam, bihun, nasi lemak bungkus, dan cupcakes coklat. Om nom nom nom...
Aktiviti seterusnya, permainan Ice Breaking yang sebenarnya bukan permainan tetapi sesi memperkenalkan diri. Saya tidak turut serta kerana saya tidak suka publisiti...hihihi! Selepas itu Tuan RAM pula yang melakukan Ice Breaking (baca: ucapan alu-aluan) sebelum acara permainan RAMtasia dimulakan.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan RAM yang tidak memakan masa dua jam...nasib baik...

Namun, belumpun sempat bermain, kami semua dipanggil untuk sesi bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan Tuan RAM.
Gambar beramai-ramai. Tidak perlulah dicari mana Perempuan Pengembara...'hijab' tidak terbuka.
Gambar kredit: Puan Azrina.
Walaupun keseorangan, 'hijab'nya masih belum terbuka. Maka, jadilah dia si muka buku.
Gambar kredit: Puan Azrina.

Permainan disambung selepas sesi bergambar. Selesai permainan kedua ini, Puan Azrina pun meminta diri untuk pulang. Namun sebelum itu saya diberikan sebuah buku percuma oleh beliau. Buku bertajuk "Bergaduh & Menari" tulisan Alif Firdaus Azis. Terima kasih, Rin! Nanti bagilah lagi...hehe!

Setelah Puan Azrina sekeluarga pulang, tinggallah saya seorang diri bagi meneruskan permainan yang ketiga iaitu "Manggala Mengganas." Manggala ialah serigala jadian yang mengganas di sebuah perkampungan. Setiap malam ia akan membunuh seorang mangsa. Apabila hari siang, orang-orang kampung diminta untuk mencari siapakah Manggala daripada kalangan mereka, lalu membunuhnya untuk mengembalikan keamanan kampung. Untuk bermain permainan ini, setiap pemain diminta untuk mencabut watak yang telah ditulis pada cebisan kertas. Hanya mereka sahaja yang tahu watak apa yang dipegang oleh diri masing-masing. Watak yang saya dapat - ibu mithali. Nasib baik saya tidak tergelak kuat semasa melihat kertas yang saya cabut itu. Ibu mithali? Ya, saya mengaku saya ibu mithali - 'ibu' mithali kepada kucing-kucing saya :D

Akhirnya, dua orang Manggala berjaya 'dibunuh.' Sebenarnya ada tiga orang Manggala. Manggala yang  ketiga terselamat kerana 'orang-orang kampung' sudah kepenatan hendak meneruskan permainan.

Acara disambung lagi untuk permainan yang terakhir iaitu "Panggilan Zonan" yang merupakan permainan menyampaikan mesej. Permainan ini yang paling banyak mengundang ketawa. Manakan tidak, daripada mesej yang panjang lima baris, apabila sampai kepada orang terakhir yang tinggal cuma satu baris. Kelakar betul. Nasib baik juga kami hanya bermain sebanyak dua daripada tiga pusingan. Saya mendapat tahu pusingan ketiga adalah yang paling mencabar kerana ada diselitkan mesej dalam bahasa Jawa. OMG!
Habis permainan, tibalah acara penyampaian cenderahati yang disampaikan sendiri oleh Tuan RAM. Kemudian, acara yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta. Sesi mendapatkan tanda-tangan Tuan RAM. Walaupun ramai yang sudah pulang, tetapi itu tidak bermakna tiada sesiapa yang beratur untuk mendapatkan tanda-tangan beliau. Berbeza sungguh dengan situasi yang saya lihat lebih kurang sedekat yang lepas. Kini Tuan RAM sudah ada ramai pengikut. Kalau tidak, mana mungkin RAMFC boleh wujud seperti sekarang.
Gembira rasa di hati setelah mendapat tanda-tangan Tuan RAM pada novel "9 Nyawa" dan "Aku Bercerita" Tidak ketinggalan, salah satu cenderahati yang berupa penanda buku juga ditanda-tangani oleh beliau. Sebenarnya saya ingin meminta beliau menulis kata-kata "You'll Never Walk Alone" atau cukup setakat "YNWA" dalam kedua-dua novel tersebut kerana saya tahu Tuan RAM seorang penyokong pasukan Liverpool dan memandangkan Tuan AttOkz telah memberitahu beliau saya juga penyokong Liverpool. Namun tidak terucap jua...malu...hihi! Semasa sedang menanda-tangan, sempat juga beliau memberikan pendapat bahawa Liverpool agak lemah di bahagian pertahanan. Juga kisah beliau anak beranak ketika menonton perlawanan antara Liverpool dengan Manchester United (baca: MU) pada pertengahan bulan ini. Mereka diberi amaran agar tidak bergaduh apabila isteri beliau mendapat tahu MU telah menjaringkan gol (anak tunggal mereka merupakan peminat MU). Sweet :D 
Setelah mendapat apa yang dihajati, saya pun meninggalkan taman tasik lebih kurang pada pukul 3:30 petang dengan perasaan gembira yang mengebu-gebu dalam hati. Cewah!

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tim RAMFC di atas kejayaan mereka mengatur acara dengan begitu baik sekali. Ini adalah antara siri Baca@LRT yang terbaik pernah saya turut serta.

Saya juga membayangkan akan ada lagi tema Baca@LRT yang melibatkan para penulis yang lain. Antara yang saya paling impikan adalah Baca@LRT: APA. APA? Bukan apa-apa...APA di sini merupakan kependekkan bagi nama penulis fantasi dan sains fiksyen no. 1 di Malaysia - Tuan Ahmad Patria Abdullah. Namun, mungkin ia sukar dijadikan kenyataan kerana dengar khabarnya Tuan APA tidak sukakan publisiti yang luas. *Bunyi cengkerik*

APA pun tak boleh...APA kata kita cuba pelan B pula - Baca@ LRT: BB (Baca: Tuan Bahruddin Bekri). Atau...buat tema gabungan penulis-penulis yang meminati Liverpool (tetiba) - antara yang saya tahu, Tuan RAM, Tuan APA (itupun jika beliau sudi...uhuhu), Tuan BB, Tuan Web Sutera, dan Es Rahmaniza. Eh? Siapa Es Rahmaniza? *Bunyi cengkerik*

Apa-apapun, diharapkan Baca@LRT atau Baca@ yang lain akan terus hidup subur di bumi Malaysia ini. Memetik kata-kata Puan Azrina, "Saya harap lambaian kelmarin bukanlah lambaian terakhir. Malahan, ia adalah lambaian menjemput delegasi Baca@LRT yang lebih besar selepas ini." Well said, my friend.

Nota: Dengar khabar Es Rahmaniza juga tidak sukakan publisiti. Jadi, bolehlah diabaikan. Lagipun, dia ini entah siapa-siapa (dan cengkerik pun berbunyi...krik...krik...krik...).

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved