ads

Jumaat, 16 November 2012

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


GUNDAM <b>DI CHERAS</b>

Posted: 16 Nov 2012 02:18 AM PST



 
Model - Sazabi Evo
Scale - 1/144
brand - GoGo
sms for booking - 017 991 8812 New Restock GDC at KL Downtown - Cheras
Model - SD RX-93-2 Hi-nu Gundoom
Scale - SD
brand - Gandoom
sms for booking - 017 991 8812
New Restock GDC at KL Downtown - Cheras
Model - Exia OO Seven Swords G (Led)
Scale - 1/100 MG
brand - GaoGao
sms for booking - 017 991 8812

New Restock GDC at KL Downtown - Cheras
Model - Exia OO Raiser (3pcs set) (LED)
Scale - 1/100 MG
brand - GaoGao
sms for booking - 017 991 8812

New Restock GDC at KL Downtown - Cheras
Model - Exia Ignition Mode / After Battle (LED)
Scale - 1/100
brand - GaoGao
sms for booking - 017 991 8812

 

New Restock GDC at KL Downtown - Cheras
Model - Shin Munsha
Scale - 1/100 MG
brand - GaoGao
sms for booking - 017 991 8812

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Misteri Suara Dari Pokok Kelapa <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 13 Nov 2012 03:19 AM PST

Mungkin ada di antara kita pernah membaca satu keratan akhbar tentang kes seorang lelaki yang bertindak terjun dari sebatang pokok kelapa di di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram suatu ketika dahulu. Namun cerita itu sudah beberapa bulan berlalu, namun wujud pula cerita misteri di sebaliknya. Walaupun ramai yang tidak mempercayainya, cerita ini masih lagi sampai ke telinga penduduk di sana. Ikuti kisah di bawah ini.

Seorang lelaki yang pernah menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.

Jam menunjukkan jam 3 pagi. Dollah (bukan nama sebenar) tidak sabar-sabar lagi hendak pulang selepas waktu syif kerjanya di sebuah kilang di Kapar berakhir jam 2.30 pagi. Rumah sewanya terletak di taman perumahan di Sungai Buloh, Jeram di Kuala Selangor.

Lelaki ini memekik meminta permintaannya ditunaikan, Nekad terjun pokok selepas kemahuan gagal ditunaikan.

Bukan kepalang lagi rasa penat yang ditanggung Dollah setelah hampir 10 jam bekerja. Untuk cepat sampai ke rumah, dia memilih Jalan Budi untuk pulang meskipun sebelum ini, dia sering melalui persimpangan lampu isyarat bersebelahan projek perumahan teres setingkat yang terbengkalai untuk ke rumahnya.

Jalan kecil yang hanya muat satu kereta dalam satu-satu masa itu dilalui dengan berhati-hati berpandukan cahaya lampu motosikal.

Dengan tak semena-mena, bulu tengkuk Dollah terasa meremang. Dalam sunyi sepi itu, dia tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan suara orang merintih sebaik sahaja melepasi satu selekoh.

Bimbang kalau ada yang benar-benar dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, Dollah memberanikan diri mahu berhenti. Namun sebaik sahaja dia memijak tanah tanpa mematikan enjin motosikal, dia langsung mengubah fikiran.

Dollah terus memecut laju motosikalnya dalam kegelapan malam tanpa dia menoleh ke belakang lagi. Esoknya, apa yang berlaku kepada Dollah menjadi modal sembang seluruh kampung.

Hingga hari ini – selepas lebih dua bulan – masih lagi jadi sebutan di Kampung Sungai Buloh, Jeram. Tersebarnya cerita itu hingga ada yang percaya, apa yang didengar Dollahada kaitan dengan kejadian seorang lelaki mati setelah terjun dari pokok kelapa di kawasan berhampiran tiga bulan lalu.

Saksi empat mata

"Saya pun pernah dengar cerita ada suara meminta tolong yang menakutkan di kawasan Jalan Budi itu pada waktu malam. Tapi cerita itu terhenti begitu sahaja," kata Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman kepada Sinar Harian.

Menurutnya, cerita itu disampaikan seorang ketua kampung selepas selesai mesyuarat mingguan di Balai Penghulu Jeram.

"Ia agak mengejutkan memandangkan insiden lelaki terjun pokok sudah berlalu lebih beberapa bulan," katanya yang memaklumkan turut hadir melihat lelaki terjun pokok selepas dimaklumkan penduduk.

Dalam kejadian yang heboh diperkatakan buat penduduk di situ, dia tidak menyangka lelaki terbabit nekad untuk terjun pokok selepas sesi memujuk gagal.

Insiden bunuh diri seumpama itu katanya, adalah kejadian pertama kali berlaku sepanjang tempoh khidmatnya selama 13 tahun sebagai Penghulu Mukim.

"Ketika kejadian, saya antara orang terawal yang datang untuk melihat sendiri lelaki yang berada di atas pucuk pokok kelapa. Dia menjerit tidak keruan dan mahu berjumpa beberapa individu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya juga ada memujuk lelaki terbabit supaya turun dari pokok dengan rela hati. Minta dia berbincang dengan baik tanpa perlu mengugut untuk membunuh diri."

Pokok kelapa ditebang

Ketika merujuk kepada Ketua Kampung Sungai Buloh, Hashim Mansor, 63, untuk mendapatkan kepastian mengenai kejadian misteri yang dikatakan berlaku selepas kes bunuh diri itu, Hashim menegaskan, itu hanya cerita yang diada-adakan.

"Rumah saya hanya 100 meter saja lebih kurang dari tempat lelaki itu mati. Tak ada pula saya dengar bunyi suara orang merintih atau apa-apa.

Kalau betul ada, tentu saya atau keluarga saya ada dengar. Bukan jauh sangat pokok tu dari rumah kami," katanya.

Menurut Hashim, dia dan keluarganya malah tidak pernah terganggu oleh apa-apa bunyi yang seumpama itu.

"Saya nak bagi peringatan. Janganlah sesiapa yang percaya kepada cerita seperti ini dan jadi taksub. Bimbang kalau kita terlibat dengan perkara khufarat yang boleh bawa syirik. Bahaya besar pada akidah kita nanti," katanya.

Atas sebab itu, Hashim mengarahkan pokok kelapa di mana lelaki itu mati, ditebang selepas sahaja jenazah lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang.

"Saya tak mahu ia jadi tempat perbuatan khurafat, saya yang bertanggungjawab," katanya.

Mengimbas kejadian pada 13 Mei lalu, Hashim berkata, pada hari itu, seorang lelaki tidak dikenali telah memanjat pokok kelapa di kebun belakang rumah keluarganya itu,kemudian mengugut akan terjun kerana kecewa. Dia dipercayai mempunyai masalah peribadi.

"Dia menjerit-jerit atas pokok itu hingga tidur kami terganggu sejak awal pagi. Penduduk kampung keluar pujuk lelaki itu supaya turun, termasuk imam dan polis tetapi dia tetap juga berkeras mahu terjun," katanya.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


IKRAM, JKR Diminta Buat Kajian Tanah Runtuh <b>Di Ampang</b>

Posted: 16 Nov 2012 12:03 AM PST

AMPANG 16 NOV : Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan melakukan kajian terperinci mengenai runtuhan tanah di kawasan berhampiran Menara Tinjau, Bukit Ampang.

Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu yang ditemui ketika lawatan di tempat kejadian pagi tadi berkata, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil.

"Laporan IKRAM mungkin dapat disediakan dalam tempoh seminggu, sementara laporan JKR mungkin ambil masa lebih lagi," ujar beliau.

Sebelum ini, menurut Ronnie, menara tinjau tersebut ditutup sejak awal tahun berikutan arahan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Turut ditutup ialah sebuah restoran makanan barat yang terletak bersebelahan menara tersebut.

"Kajian dan tinjauan MPKj mendapati kawasan cerun berkenaan bahaya, tidak selamat dan hari ini terbukti benar.

"Ia satu kesilapan juga oleh Kerajaan Negeri terdahulu membenarkan pembangunan di kawasan cerun kelas keempat ini.

"Sekarang, tiada pembangunan dibenarkan Kerajaan Negeri di kawasan kelas keempat, kelas ketiga pula boleh tapi dikenakan syarat yang ketat," tegasnya.

Kejadian tanah runtuh dikatakan berlaku lewat petang semalam menyebabkan Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara.

Sementara itu, Ronnie memberitahu jalan akan mula dibuka selewat-lewatnya 7 malam ini.

Beliau juga mengarahkan pihak MPKj untuk melakukan pemantauan 24 jam di kawasan kejadian.

"Orang ramai juga diminta untuk tidak berhenti di kawasan kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di samping mengelakkan kesesakan," jelas Ronnie.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 09:14 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


HappyIrfa: Mandi Manda <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b>

Posted: 15 Nov 2012 09:28 PM PST

kisah semalam..Cuti Awal Muharram tu ler..ni namanya 'rezki jatuh dari langit'..tiba2 dapat call dari sil bagitau dia sekarang kat Gold Coast Morib 'kalau nak bawak anak-anak main air jomlah datang sini'.Kebetulan jugak semalam (01 Muharram,en abe restday dan aku sudah semestinya memang cuti lor)..apalagi,kul 11 pagi kami dah keluar rumah.tak jauh pun dari rumah kami tapi sebab tak pernah pegi sana rasa jauh pulak.adalah lebih kurang sejam melalui jalan kampung melintasi Bagan Lalang.

Aku cuma tahu Gold Coast Sepang je tak tahu pulak ada Gold Coast Morib.nak pegi Gold Coast Australia jauh sangat.so kita pegi yang dekat dulu.Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami sampai sana,kalau tengok dari pintu masuk..nampak macam 'belum siap' mungkin juga tempat baru..so banyak bangunan masih dalam renovation.Overall semua okey sebab tempatnya bersih dan water theme park pun okey..sampai-sampai je mintak nak main air.sabar ye anak-anak.masuk bilik dulu letak beg,lunch dan solat Zohor lepas tu apa lagi..ya beda bedu la jawabnya.

layan gambar..aku je yang tak terjun.anak-anak ngan ayahnya sama naik berendam sampai kecut jari jemari.Sikenit siap melalak bila disuruh balik..huhu


Pagi ni..disudahi dengan sarapan ala barat..kami pun berangkat pulang.ops sebelum tu hantar umie gi keje dulu.huhu..kan best kalau umie cuti lagi hari ni.jangan berangan ye umie,esok jelah kalau nak cuti pun.hari ni pegi keje..syoh syoh..

kakak seperti biasa..takde nasi pun takpe
dengan roti pun dia boleh hidup

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


400 Wanita Meriahkan Program Memasak Sepetang Bersama Abby <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 04:19 AM PST

SUNGAI BESAR,13 NOV : Kira-kira seramai 400 orang wanita di sekitar Parit Lapan Gambut Sungai Panjang berpeluang belajar memasak Nasi Goreng Jepun, Kek Coklat Kukus Berpisang dan Daging Kari Hijau Ala Thai daripada Chef yang didatangkan khas daripada Shah Alam Convention Center (SACC).

Tunjuk ajar ini diperolehi Chef Zulkifli dan Chef Jamili dalam Program Sepetang Bersama Abby Abadi yang diadakan di Dataran Desa Permai di sini.

Program ini dirasmikan Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut.

Beliau dalam ucapannya berkata, wanita perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dengan bergiat aktif dalam program-program kemasyarakatan.

Ujarnya, di bawah Kerajaan Negeri banyak program disediakan untuk golongan wanita melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang boleh dimanfaatkan.

"Program wanita kini ditonjolkan dengan Geran Selangorku yang memperuntukkan kira-kira RM30 juta untuk golongan wanita.

"Kerajaan Selangor adalah kerajaan yang prihatin dan kita tidak mahu rakyat di negeri ini menderita, " kata Salbiah.

Di samping itu, jelas Salbiah di bawah Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), program laman dapur makin mendapat perhatian golongan wanita melalui geran khas untuk projek pertanian.

"Kini di bawah program laman dapur kita ada projek pertanian alam iaitu konsep menanam sayur di dalam beg poli dan Kerajaan Negeri membiayainya dengan peserta menerima percuma 250 beg poli dengan tanah kompos dan sistem saliran yang berjumlah RM2,700 sekali sahaja," katanya.

Ujarnya program itu kini sedang di perluaskan di setiap DUN dari masa ke semasa yang mampu menjana pendapatan tambahan kepada golongan surirumah.

Dalam program itu, masyarakat berpeluang beramah mesra dengan Puan Sri Salbiah bersama-sama Abby dalam program yang berbentuk santai.

Abby dalam sesi ramah mesra menceritakan kisahnya bagaimana beliau berhijrah daripada dunia lakonan dan menceburi perjuangan dakwah di negara ini.

"Jadi saya dapat sesuatu yang tidak ada dalam diri saya itu semasa menunaikan ibadah umrah dan bersyukur kini di mana kita berada di akhir zaman yang ramai menolak alim ulama dan kerja-kerja kebaikan tetapi Allah dekatkan saya dengan-Nya," ujarnya.

Turut bersama dalam program itu Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Zailani Kadir, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Sungai Panjang, Fadzlin Taslimin dan bekas pensyarah Undang-Undang UIA, Dr Aziz Bari.

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


Diari Anak Timur: Banjir <b>Di</b> Sekitar Masjid <b>Meru</b>, Klang

Posted: 03 Nov 2012 01:30 AM PDT

Semalam, ketika pergi solat Jumaat dah banjir sedikit di sekitar masjid.. malam tadi ketika pulang dari tempat kerja, ambe lihat air dh mula naik, beberapa kedai kelihatan ditutup akibat air naik.

Pagi tadi sebelum ke tempat kerja (OT hari ni), sempat lagi singgah  di sekitar Masjid Meru untuk melihat keadaan banjir.. SubhanaAllah.. sudah melimpah air dari parit besar akibat hujan lebat sehari dua ni...

Air melimpah dari parit

Kelihatan pagar juga hampir separuh tenggelam..

Sekolah yang bersebelahan dengan Masjid juga dinaiki air

Kedai-kedai di sekitar Masjid Meru juga dinaiki air

Parit besar tepi jalan

Kelihatan pemilik kedai sedang menutup laluan masuk

Parit dipenuhi sampah yang dihanyutkan

kawasan seberang jalan bertentang dengan Masjid Meru juga dinaiki air

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Liverpool FC Malaysia: D&#39;Stall Corner, <b>Kelana Jaya</b>.

Posted: 24 Oct 2012 03:05 AM PDT

Kepada Penyokong Sejati LIVERPOOL di Malaysia atau dimana-mana saja yang belum pernah ke ANFIELD..tapi teringin sangat nak rasai suasana seperti di ANFIELD sila jejakkan kaki ke D'Stall Corner Restaurant & CafĂ© di Kelana Jaya..Anda pasti tak menyesal!

* Restoran ini pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan a.k.a. JJCM @ TV3 ketika dihoskan oleh Iqram Dinzly

* You Are Not real 'The Kop' until you came here...'WAJIB' datang!





12 di sijangkang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sijangkang - Google Blog Search


Kanak-kanak sebulan Antara Yang Berkhatan di Majlis <b>Di Sijangkang</b>

Posted: 15 Nov 2012 03:00 PM PST

KUALA LANGAT 16 NOV : Majlis berkhatan 21 kanak-kanak di Masjid Jamiul Ehsani di Kampung Sijangkang di sini hari ini dilakukan sendiri oleh (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ia bertambah istimewa dengan penglibatan bayi berusia sebulan, Muhammad Habibur Rahman Shaiful Amri.

Bapa bayi itu, Shaiful Amri Mohamed Shapik, 36, berkata, memang menjadi kebiasaan untuk beliau bersama isteri, Nornajibah Md Saufi, 36, untuk mengkhatankan anak mereka pada usia awal.

"Dalam keluarga saya memang anak-anak lelaki saya dikhatankan dalam usia sebulan ke dua bulan kerana pengalaman anak pertama mengalami masalah buang air berdarah," katanya yang bekerja sebagai timbalan pengurus di Takaful Malaysia Bhd.

Doktor menasihatkan dia dikhatankan awal. Dari situ saya dan isteri teruskan untuk anak kedua dan ketiga kerana kanak-kanak lebih mudah sembuh pada usia awal.

"Berkhatan awal juga memudahkan kita mendidik anak bersuci dan mengerjakan amal ibadah di masjid.

"Saya juga menyarankan ibu bapa lain mengkhatankan anak mereka pada usia awal malah ia menjadi kebisaan di luar negara terutama di negara Arab," katanya ketika ditemui TVSelangor dan melahirkan rasa gembira kerana penyertaan anaknya dalam majlis berkenaan.

Nazir masjid, Zainal Ulum Ahmad Kasah berkata, majlis berkhatan beramai-ramai itu adalah program tradisi bagi masjid tersebut sejak 2008.

Menurutnya, pada kali ini dijalankan lebih meriah dengan jamuan makan serta semua kanak-kanak dimandikan dahulu dengan siraman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dijemput oleh jawatankuasa masjid.

"Sambutan kali ini bagus dengan lebih 20 kanak-kanak dan menjadi unik bila melibatkan peserta termuda berusia sebulan.

"Selain dikhatankan sendiri oleh Dr Ahmad Yunus, majlis kali ini juga berbeza bila jamuan beramai-ramai diadakan dan minggu depan turut dijalankan majlis kesyukuran bila semua kanak-kanak ini sembuh," katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Yunus menjelaskan proses berkhatan dijalankan dengan menggunakan kaedah Smart Klam yang mengurangkan risiko pendarahan dan jangkitan berbanding cara berkhatan biasa.

"Ini adalah salah satu program yang dijalankan secara bergilir dengan masjid lain di DUN Sijangkang bagi kanak-kanak pada musim cuti yang turut melibatkan golongan asnaf.

"Pada kali saya sendiri akan mengkhatankan mereka dengan dua pembantu," katanya.

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Bayangan Mariam Ibu Isa Muncul <b>di Subang Jaya</b> Medical Centre <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 02:12 PM PST

Nov 13th, 2012 | By | Category: Dari Meja Ketua Urus, Nasional

Dikatakan (masih wujud lagi hingga kini) bayangan Mariam ibu Nabi Isa di dinding kaca Subang Jaya Medical Centre (Sime Darby Medical Centre).

Sama ada benar atau tidak, tidak tahu pula bilakah kali terakhir bayangan mengenai kristianiti atau nasrani ini muncul di dunia. Maka dikatakan bayangan Mariam ini yang muncul pada November 2012 adalah sesuatu kejadian di era moden ini.

Sama ada benar atau tidak. Ini sangat menarik kerana rakyat Malaysia bermajoriti Islam aliran keras yang narcissistik, maka dengan munculnya bayangan agama lain maka kita mahu melihat reaksi penganut islam terutama reaksi ketua2nya yang keras dan narcissistik seperti Zulkifli Nordin (bukan ahli bidang agama), Ibrahim Ali (bukan ahli bidang agama) dan Harussani (ahli bidang agama).

Saya percaya dengan kukuh bahawa tiada tuhan melainkan Sang Tuhan Yang Esa tiada sekutu bagiNya, Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya, kitab Quran itu petunjuk yang lengkap, sempurna lagi mulia.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved