12 di teluk datok - Google Blog Search |
Masjid <b>Teluk Datok</b>, Morib, Jugra - ontahsapo Posted: 30 May 2007 09:25 PM PDT Jumaat, 8 Jamadilawal 1428. Minggu lepas lah tu. Kami berpetualang ke Banting, berjemaah di Masjid Teluk Datok. Masjid ini adalah masjid baru yang dibina diatas tapak masjid lama Kampung Teluk Datok satu masa dulu. Kawasan Teluk Datok ni adalah kawasan mulanya pendatang Jambi mendarat di Selangor.
Kemudian, hala nak balik singgah pulak ke kompleks makam Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Selangor yang keempat. Baginda mula memerintah Selangor pada 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad iaitu bapa saudara baginda.
Bukit Jugra memang terkenal sejak lama dulu. Dalam Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melaka, dikatakan Bandar Melaka dahulu bersambung hingga ke Jugra. Hingga disebut jika seseorang berjalan dari Melaka ke Jugra, tidak perlu membawa api, kerana pasti akan ada rumah rumah disepanjang perjalanan itu yang terang benderang. Dalam Hikayat Hang Tuah pula dikatakan Bukit Jugra adalah persinggahan Hang Tuah yang terakhir dalam siri pertapaannya. Wallahualam.
Al Fatihah..... Labels: Bukit Jugra, Jambi, Masjid, Morib, Ziarah |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |