12 di sepang - Google Blog Search |
[MOTO GP] ZULFAHMI KHAIRUDDIN LAKAR SEJARAH <b>DI SEPANG</b> Posted: 21 Oct 2012 06:58 PM PDT
Pelumba Air Asia SIC Ajo ini mencatatkan 40 minit 54.151 saat dibelakang pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese yang mencatatkan masa 40:54.123s manakala Jonas Folger meraih kedudukan ketiga dengan catatan 40:54.370s. Terdahulu, Sandro Cortese berjaya mengesahkan kejuaraan dunia bagi saingan Moto3 tahun ini dengan pungutan 280 mata keseluruhan.
"Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya," kata Zulfahmi Khairuddin selepas perlawanan semalam.
"Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi." "Terima kasih juga kepada semua Sementara itu, Sandro Cortese yang sudahpun dinobatkan selaku juara dunia Moto3 mengakui berada sedikit sedih kerana terpaksa merosakkan kegembiraan pelumba negara, Zulfahmi dalam perlumbaan semalam. "Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi," kata Cortese di sidang media yang semalam. "Kemenangan hari ini memberikan saya lebih keyakinan untuk menghadapi baki dua perlumbaan (musim ini). Saya pasti kami boleh menyinar di Australia dan Valencia," kata pelumba kelahiran Jerman itu. ![]() Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan