ads

Isnin, 12 Ogos 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Ucapan perbahasan Titah <b>Di Raja</b> Adun <b>Bukit</b> Antarabangsa <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:39 AM PDT

Puan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon izin untuk membawa suatu usul yang berbunyi seperti berikut:

Ampun Tuanku,

Patik–patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli–Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berhimpun memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas.

Saya menjunjung kasih atas Titah Tuanku Sultan Selangor tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang Ketiga Belas pada 28 Jun 2013 yang lalu. Hari ini saya tampil untuk membawa usul dan mengambil bahagian dalam perbahasan demi mengangkat suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini.

Reformasi Dewan Negeri Selangor

1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Puan Speaker yang telah terpilih sebagai Speaker wanita yang pertama di negara kita. Saya yakin YB Puan Speaker dapat memimpin Dewan yang mulia ini ke arah memartabatkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Negeri Selangor.

2. Sebagai permulaan, saya ingin mencadangkan supaya Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor perenggan 22(2) yang mewajibkan setiap pertanyaan hendaklah dikeluarkan pemberitahunya oleh seseorang Ahli Dewan Negeri dengan bertulis tidak kurang daripada 21 hari daripada hari yang dikehendaki jawabnya dipinda kepada satu tempoh yang lebih munasabah.

3. Pertanyaan – pertanyaan mulut dan bertulis yang perlu dihantar begitu awal menyebabkan Ahli Dewan Negeri tidak dapat menggarap isu – isu semasa yang muncul sejurus sebelum sidang dewan bermula. Sebagai contoh, Ahli – Ahli Dewan Negeri tidak dapat mengemukakan soalan mengenai darurat jerebu yang melanda Negeri Selangor baru – baru ini.

4. Amalan negara – negara demokrasi maju seperti New Zealand dan Australia memperuntukkan tempoh masa kurang 3 hari bagi mengemukakan soalan lisan kepada Parlimen. Amalan ini dapat memastikan kepentingan rakyat dan negara yang berbangkit dapat dibincang dan dibahaskan dengan komprehensif di Dewan yang mulia ini.

Pasca PRU 13 – Reformasi Sistem Pilihan Raya

5. Alhamdulillah, rakyat Negeri Selangor terus memberikan mandat yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Kerajaan Negeri Selangor. Mandat ini adalah manifestasi rakyat yang menuntut dasar pentadbiran yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik (good governance), kepimpinan yang berintegriti dan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam membuat keputusan.

6. Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah berjaya meraih 1.04 juta undi dari 1.7 juta undi di peringkat DUN. Sementara itu, 298 ribu rakyat telah memberikan sokongan dengan memilih parti DAP, 367 ribu memilih parti PAS dan sejumlah 373 ribu rakyat telah memilih KEADILAN bagi menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan meneruskan kecemerlangan yang dikecapi sebelum ini.

7. Muafakat utuh di antara komponen Pakatan Rakyat di Selangor telah berjaya mencatatkan 60 % undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menerima 40 %. Peratusan ini memperlihatkan bahawa dukungan rakyat di Negeri Selangor terhadap Pakatan Rakyat meningkat sebanyak 4 % berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

8. Sementara itu, Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan mendapat 51 % undi popular sementara sokongan kepada BN terus merudum kepada 47 %. BN terpaksa membentuk sebuah Kerajaan Minoriti.

9. KEADILAN dan Pakatan Rakyat mendapat 51 % undi popular disebalik kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya yang ditaja oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isu dakwat kekal yang tidak kekal, orang asing diberikan kelayakan mengundi, lebih 60 000 orang pemilih berstatus 'dubious voters', wujudnya pengundi yang mengundi 2 kali, media yang tidak bebas dan sogokan wang tunai untuk membeli undi. Ini semuanya telah mencemarkan proses pilihan raya di Malaysia dan Dewan ini menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan.

10. Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan berkenaan keanggotaan SPR dalam fasal (2) menegaskan peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Fasal tersebut menyatakan :

"Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam."

11. Oleh kerana keyakinan rakyat sudah terhakis ekoran kecurangan dalam PRU – 13, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR harus mengambil tanggungjawab moral untuk meletakkan jawatan masing – masing.

12. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri berhubung Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberikan kuasa perundangan yang sama kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di – Raja. Saya mendesak supaya Kerajaan Negeri segera menggunakan peruntukan ini bagi maksud menyiasat kecurangan dan penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke 13 yang turut berlaku di Negeri Selangor. Ini kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan. Selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam.

13. Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Siasatan ini memberi perlindungan kepada saksi – saksi yang bersedia untuk memberikan keterangan termasuk di kalangan Pegawai – Pegawai Perkhidmatan Awam dan juga SPR. Suruhanjaya ini juga diberikan kuasa undang – undang untuk mengeluarkan sapina terhadap mana – mana individu yang difikirkan dapat membantu siasatan termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan sekiranya ingkar, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. Suruhanjaya ini boleh mengeluarkan sapina terhadap media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang digunakan sepenuhnya oleh UMNO untuk memaparkan berita – berita fitnah dan pembohongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor seperti isu sampah, isu air bersih dan juga program – program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

14. Fungsi Suruhanjaya Siasatan Di – Raja ini dapat mencari jawapan melalui keterangan bersumpah daripada saksi – saksi yang boleh membantu siasatan yang menyeluruh terhadap isu kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya bagi melindungi kepentingan awam dan kedaulatan Negeri. Justeru itu, saya menyeru rakyat Negeri Selangor khususnya para pengundi untuk bersedia tampil sebagai saksi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Di – Raja ini dengan mengemukakan keterangan dan bukti – bukti yang kukuh kerana mereka akan diberikan jaminan perlindungan mengikut undang – undang. Negeri Selangor harus memimpin usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia

15. Sebagai sebuah negara yang demokratik, pilihan raya yang bersih, adil dan telus adalah tunjang kepada pengukuhan demokrasi. Ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku wajar diperbetulkan melalui agenda reformasi sistem pilihan raya. Pakatan Rakyat sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang menjunjung prinsip dan lunas – lunas demokrasi berperlembagaan tuntas mendukung usaha reformasi sistem pilihan raya.

azmin16. Ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada gerrymandering. Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

17. DUN Permatang dan DUN Seri Serdang mempunyai jumlah pengundi yang begitu besar perbezaannya. DUN Seri Serdang mempunyai jumlah pengundi seramai 72,769 orang sementara DUN Permatang mempunyai hanya 19,636 orang pengundi.

Ini berlaku apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria – kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi.

18. Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor – syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR.

19. Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan – kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. Antara kriteria – kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.

20. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor – syor berkenaan urusan persempadanan bahagian – bahagian pilihan raya dalam Negeri Selangor.

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA)

21. Saya percaya rakyat Negeri Selangor mengikuti perbahasan mengenai hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menandatangani Trans – Pacific Partnership Agreement (TPPA).

22. Sebanyak 17 pusingan rundingan telah dijalankan dengan negara – negara anggota yang lain. Dalam masa terdekat rundingan bagi pusingan ke 18 akan dijalankan di Negeri Sabah pada 14 Julai 2013 ini.

23. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa TPPA mempunyai kesan langsung yang boleh menjejaskan perlaksanaan dasar Kerajaan Negeri ? Persoalan saya ialah apakah langkah – langkah proaktif yang telah dan akan di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk terlibat secara langsung di meja rundingan ?

24. TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral. Namun, lebih mencabar kerana ianya bukan sahaja melibatkan isu – isu pelaburan dan perdagangan tetapi juga instrumen – instrumen baru ekonomi seperti intellectual property rights, procument, buruh dan kedaulatan negara.

25. Daripada 29 bab dalam perjanjian, hanya 5 bab sahaja yang berhubung secara langsung dengan isu perdagangan dan pelaburan. Manakala selebihnya isu – isu baru yang sangat mencabar keupayaan dan kekuatan delegasi negara dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan pengusaha – pengusaha tempatan khususnya dalam Industri Kecil dan Sederhana (SME) di Negeri Selangor.

26. Salah satu daripada 29 bab yang terkandung dalam TPPA adalah berhubung dengan bab perkhidmatan. Di bawah tajuk bab perkhidmatan, terdapat satu klausa yang bertajuk domestic regulation discipline dan klausa ini boleh memberi impak kepada dasar dan polisi Kerajaan Negeri yang sedia ada.

27. Antara lain, isu perlesenan yang dikeluarkan oleh PBT dan dasar industri dan perkhidmatan air yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri boleh menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri atas alasan non trade discriminatory yang dicadangkan oleh TPPA.

28. Ini menuntut supaya Kerajaan Negeri segera menyemak sama ada Kerajaan Negeri melalui Penasihat Undang – Undang Negeri telah menerima panggilan untuk proses perbincangan dan konsultasi bagi mendapatkan persetujuan Negeri khususnya dalam hal – hal yang berkait dengan bidang kuasa Negeri sebelum Kerajaan Persekutuan menandatangani TPPA.

29. Adalah sangat penting untuk konsep federalisme serta hubungan Persekutuan – Negeri dibangkitkan dalam membahaskan isu TPPA ini. Ini penting kerana setiap Negeri – Negeri di Malaysia akan menerima kesan langsung hasil daripada rundingan TPPA yang dipimpin oleh Kerajaan Persekutuan. Merujuk kepada jawapan lisan Menteri MITI di Dewan Rakyat pada 27 Jun 2013, YB Menteri menyatakan bahawa proses konsultasi telah berlangsung antara MITI bersama 19 buah organisasi NGOs, parti politik dan agensi – agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Namun tidak ada dinyatakan langsung tentang konsultasi dan perbincangan dengan mana – mana Kerajaan Negeri termasuk Kerajaan Negeri Selangor.

30. Antara perihal penting dalam rundingan perdagangan bebas antarabangsa seperti TPPA ialah elemen 'Non Conforming Measures' (NCM) yang mana Kerajaan yang mewakili negara perlu menyenaraikan 'perkara yang dipersetujui' oleh Kerajaan dan 'perkara yang tidak dipersetujui' oleh Kerajaan termasuklah 'perkara yang dipersetujui oleh Negeri' dan 'perkara yang tidak dipersetujui oleh Negeri'.

31. Biarpun keputusan muktamad di tangan Kerajaan Persekutuan, namun adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Negeri. Konsultasi ini penting kerana ianya termasuklah hal – hal yang berkait dengan klausa – klausa perlindungan seperti affirmative action dan hak Negeri untuk menerima atau menawarkan pelaburan asing ke Negeri tersebut.

32. Maka, Kerajaan Persekutuan perlu menghormati semangat federalisme dan pengasingan kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan harus sedar bahawa persetujuan Kerajaan Negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya akan diurus dan diakomodasikan oleh Negeri. Maka Negeri berhak untuk menentukan apa yang 'state exclude' dan 'state include'.

33. Justeru, saya akan menggesa Kerajaan Persekutuan dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat supaya mengadakan proses konsultasi dengan Kerajaan Negeri termasuk Negeri Selangor diberikan keutamaan. Malahan, wakil – wakil Kerajaan Negeri perlu terlibat sama dalam proses rundingan TPPA ini khususnya kerana ia melibatkan hal – hal negeri seperti domestic regulation discipline yang terkandung dalam sektor perkhidmatan. Perlu diingatkan bahawa dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

34. Ini menuntut perbincangan dan konsultasi berlangsung kerana sebahagian besar hal perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara – perkara yang tercatat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan. Di Amerika Syarikat, Kerajaan Persekutuan telah mengadakan rundingan dan perbincangan bersama Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan kedua – duanya. Ini semangat federalisme yang harus ada di Malaysia dan Negeri Selangor perlu menerajui semangat ini.

35. Sebagai langkah proaktif, saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya menerajui usaha perbincangan dan konsultasi ini dengan mewujudkan sebuah kaukus antara Kerajaan – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat; Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan untuk membuat satu ketetapan segera berkenaan hal – hal ini termasuk mendapatkan nasihat pakar dan profesional sebelum mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Persekutuan.

36. Di samping itu, Kerajaan Negeri amat perlu untuk menuntut satu kerusi dalam Jawatankuasa Rundingan di peringkat pusat. Saya difahamkan kini terdapat 20 kumpulan kerja yang mewakili negara ke meja rundingan; 8 daripada MITI dan 12 daripada kementerian dan agensi – agensi kerajaan yang lain. Tidak ada wakil Negeri yang dilantik bagi bersama – sama membincangkan perkara penting ini.

Perbekalan Tambahan – Belanjawan

37. Kerajaan Negeri akan sekali lagi mengemukakan Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM 761 juta dalam Mesyuarat kali ini.

38. Alasan yang diberikan adalah untuk beberapa perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi maksud – maksud yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan secukupnya termasuk keperluan RM 165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM 413 juta untuk KDEB bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), RM 24 juta sebagai pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pelaksanaan projek – projek dan RM 76 juta untuk perbelanjaan bagi menampung kekurangan bagi projek – projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.

39. Saya pernah menegur dalam Dewan yang mulia ini bahawa pengurusan kewangan yang baik adalah pengurusan yang berasaskan disiplin fiskal, perancangan kewangan dengan unjuran dan angka yang tepat serta perbelanjaan yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Perbekalan tambahan dengan jumlah yang besar tidak seharusnya dibentangkan selain daripada berlakunya krisis ekonomi yang mendesak atau malapetaka besar seperti tsunami atau gempa yang menyebabkan unjuran asal tersasar dan menuntut Kerajaan menyediakan perbelanjaan luar jangka.

40. Jika disemak rekod selama 5 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor, mulai tahun 2008 sehingga 2012, peruntukan perbekalan tambahan yang diminta pastinya dibentangkan lebih daripada 1 kali setiap penggal. Malah pada mesyuarat bagi penggal ketiga, peruntukan perbekalan tambahan dibentangkan sehingga 3 kali.

41. Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur. Apatah lagi, ini adalah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri. Apakah peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan yang lalu telah dibelanjakan sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini ?

42. Apabila dewan bersidang untuk meluluskan Belanjawan Negeri pada setiap tahun, ianya adalah bertujuan secara prinsipnya untuk mendapat kelulusan rakyat melalui dewan bagi tujuan – tujuan pembangunan yang telah dirancang. Adalah amat malang sekiranya dalam setiap sidang dewan, Ahli – Ahli Dewan Negeri diminta untuk memberi kelulusan terhadap perbelanjaan perbekalan tambahan atas alasan perbelanjaan luar jangka. Ianya membayangkan bahawa Kerajaan Negeri telah memesongkan Dewan yang mulia ini dengan membentangkan Belanjawan yang berimbang tetapi 3 atau 4 bulan berikutnya tampil di Dewan dengan mengemukakan sejumlah perbelanjaan perbekalan tambahan yang akhirnya akan menjadikan Belanjawan Defisit bagi Negeri Selangor.

43. Saya mengambil maklum bahawa simpanan rizab Negeri telah meningkat kepada RM 2.5 bilion. Ini tidak bermakna Kerajaan Negeri boleh berbelanja tanpa perancangan yang baik dan pengurusan kewangan yang berhemah.

44. Banyak perkara perbelanjaan bagi tujuan kebajikan rakyat boleh dirancang dan dibajetkan setiap tahun tanpa perlu dikemukakan dalam dewan ini untuk kelulusan perbelanjaan perbekalan tambahan yang terlalu kerap.

45. Saya sedia maklum KDEB telah lama merancang untuk melakukan pengstrukturan korporat melalui pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Persoalannya, mengapa dalam masa yang singkat dan diluar tempoh sesi Belanjawan Negeri yang mengikut amalannya diadakan pada suku tahun ke 4 setiap tahun, KDEB memberi notis yang singkat dan tergesa – gesa untuk mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM 413 juta sehingga berlakunya keperluan untuk perbekalan tambahan dalam mesyuarat kali ini.

Sekiranya penstrukturan korporat ke atas KHSB ini mempunyai nilai yang tinggi dan bakal meraih keuntungan, saya percaya KDEB boleh mendapat pembiayaan dana dan kemudahan pinjaman dari sektor kewangan. Mengapa KDEB mengambil jalan mudah dengan membebankan Kerajaan Negeri melalui pinjaman yang merupakan wang rakyat Negeri Selangor ?

46. Keupayaan pengurusan sesebuah GLC diukur berdasarkan pengurusan yang cekap, berhemah dan tidak bergantung dengan dana Kerajaan sebaliknya peranan GLC adalah untuk menjana keuntungan dan mengembalikannya kepada rakyat melalui Kerajaan Negeri.

47. Sebagai contoh, Petronas hanya menerima modal berbayar berjumlah RM 10 juta pada tahun 1974 dan pada tahun – tahun yang berikutnya, Petronas mendapat pembiayaan dari sektor swasta dan sektor kewangan atas dasar pengurusan korporat yang berwibawa. Petronas menjana keuntungan melalui pembiayaan swasta dan kemudiannya mengembalikan keuntungan ini kepada rakyat melalui pembayaran dividen dan cukai kepada Kerajaan Persekutuan.

48. Berhubung Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, saya ingin berhujah bahawa peruntukan sepatutnya telah dibajetkan dalam Belanjawan Negeri 2013 yang dibentangkan pada tahun yang lalu. Program Air Percuma telah dilaksanakan hampir 5 tahun yang lalu dan sewajarnya Kerajaan Negeri dapat membuat unjuran yang tepat dan bertanggungjawab berhubung kos program ini bagi setiap tahun.

Sekiranya Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan isu penstrukturan industri air dengan Kerajaan Persekutuan lebih awal daripada jadual yang disasarkan, maka lebihan peruntukan boleh dimasukkan semula dalam Akaun Yang Disatukan Kerajaan Negeri bagi keperluan perbelanjaan di masa yang akan datang. Saya berhujah Kerajaan Negeri boleh mengelak dari membentangkan Perbelanjaan Perbekalan Tambahan sekiranya unjuran dan perancangan dibuat dengan bertanggungjawab.

49. Maka saya menggesa Kerajaan Negeri untuk lebih cermat mengimbangi keperluan pengstrukturan korporat dengan kepentingan membuat unjuran dan perancangan yang menyeluruh dalam Sidang Belanjawan Negeri bagi mengelakkan kekerapan perbelanjaan perbekalan tambahan dalam Dewan yang mulia ini.

Pembangunan Rakyat

50. Tuanku Sultan Selangor telah bertitah supaya perbelanjaan untuk infrastruktur diberikan keutamaan secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

51. Pelaburan di dalam teknologi jalur lebar dan kemudahan internet berkelajuan tinggi perlu diperluas ke kawasan desa dan luar bandar. Hanya dengan teknologi maklumat kita dapat membina modal insan yang berilmu dan menolak kezaliman dan kemungkaran ekonomi dan politik.

52. Perbincangan dua hala antara saya dengan Yth. Bapak Ir. Jokowi, Gubernur DKI Jakarta baru – baru ini telah memperlihatkan bagaimana keupayaan beliau yang baru dipilih sebagai Gubernur Jakarta pada bulan Oktober 2012 telah berjaya memberikan tumpuan dan perhatian kepada pembangunan perumahan rakyat dalam skala yang besar dan juga menyelesaikan masalah pengangkutan awam melalui projek MRT yang dilancarkan pada bulan Mei 2013 yang lalu.

53. Pengalaman mengurus Mega City Jakarta yang mempunyai penduduk siang seramai 11 juta dan 5 juta berulang alik dari Kota Jakarta ke Kota Satelit di pinggir Jakarta amat mencabar pentadbiran Negeri Selangor supaya mengurangkan birokrasi dan menumpukan persoalan menyelesaikan masalah rakyat.

54. Bapak Jokowi yang dikenali sebagai pemimpin yang bersih dan melancarkan jihad rasuah telah dengan tegas dan berani memecat Wali Kota atau Datuk Bandar Jakarta Selatan yang dilihat tidak cocok dengan prinsip dan amalan pentadbiran yang telus dan bersih.

55. Perlantikan Datuk Bandar yang baru tidak lagi dibuat digedung atau hotel mewah, tetapi di kawasan perumahan rakyat yang usang dan penuh sampah sarap yang tidak dikutip. Bapak Jokowi menegaskan bahawa peranan Wali Kota adalah menggalas amanah rakyat supaya segera menangani masalah perumahan dan menjadikan Jakarta sebuah perbandaran yang bersih dan selamat.

56. Tuanku Sultan telah bertitah supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Penyediaan perkhidmatan bandar, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti, perumahan mampu milik dan pengangkutan awam yang efisien perlu disediakan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan berindentiti.

Tuanku Sultan turut menegaskan PBT perlu pantas mengambil tindakan terhadap aduan – aduan rakyat dan sentiasa bersikap inovatif dan proaktif dalam melaksanakan sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatannya. Sudah tentulah aduan–aduan ini sampai ke pengetahuan Tuanku Sultan ; apabila PBT dinasihatkan untuk terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab asasnya iaitu menyediakan kemudahan jalan dan longkang, pengurusan sampah yang cekap, pemotongan rumput dijalankan secara berjadual serta lampu – lampu jalan yang sentiasa berfungsi.

57. Sementara kita boleh menegur prestasi PBT, Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk membantu PBT bagi mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di setiap daerah melalui peruntukan yang lebih besar bagi semua PBT untuk menjayakan program – program pembangunan yang dinyatakan tadi. Kesemua peruntukan ini tidak perlu dibuat dalam belanjawan tambahan tetapi perlu perancangan yang menyeluruh dan unjuran yang bertanggungjawab.

58. Sementara PBT digalakkan untuk meningkatkan kutipan hasil, saya merasakan Kerajaan Negeri juga mempunyai peranan besar bagi membantu PBT. Geran MARRIS wajib disalurkan terus kepada semua PBT dengan adil dan telus supaya dapat meringankan beban kewangan PBT untuk menjalankan kerja – kerja penurapan dan pembaikan jalan.

59. Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri untuk menyegerakan peruntukan pembangunan bagi Ahli – Ahli Dewan Negeri dikalangan pembangkang di Negeri Selangor sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengamalkan dasar yang sama dengan mengembalikan peruntukan Ahli – Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

60. Mereka berhak mendapat peruntukan ini kerana mereka juga mewakili rakyat Negeri Selangor. Marilah kita tunjukkan contoh teladan kepimpinan yang baik dan berharap Kerajaan Persekutuan juga akan mengikuti langkah – langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor termasuk memberi balik kepada Negeri Selangor sejumlah peruntukan yang setimpal dengan sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK.

61. Perbincangan saya dengan Bapak Jokowi mengesahkan bahawa Kerajaan Republik Indonesia membayar balik kepada Badan Pemerintahan DKI Jakarta sejumlah 66 % daripada sumbangan yang dibuat oleh rakyat Jakarta.

Memartabatkan Institusi Umat Islam

62. Tuanku Sultan juga menitahkan supaya institusi umat Islam terus dimartabatkan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor.

63. Masjid Zakaria Gombak Utara yang dibina pada tahun 1938 adalah di antara masjid tertua di Gombak. Oleh kerana itu, kerja – kerja pembaikan termasuk keperluan untuk menaiktaraf dan pembesaran adalah mendesak kerana sudah tidak dapat menampung jamaah yang terpaksa menunaikan solat di bahu jalan utama. Keadaan ini boleh terdedah kepada risiko keselamatan para jamaah.

64. Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian Kerajaan Negeri seawal Mac 2009 sehinggalah sejumlah peruntukkan bernilai RM 6 juta diluluskan pada 8 November 2010 bagi pembinaan bangunan baru Masjid Zakaria.

65. Pada 25 Mac 2011, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Gombak memaklumkan kepada JAIS untuk membuat nilaian awal cadangan pengambilan tanah untuk tujuan tapak baru Masjid Zakaria di Lot 1199, Batu 1/2, Gombak seluas 1.1 hektar.

66. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kemudiannya menyusul pada 29 Julai 2011 memaklumkan kepada JAIS bahawa permohonan peruntukan pengambilan tanah diluluskan bagi bajet tahun 2012.

67. Pada 20 April 2012, Pengarah JAIS meminta Pentadbir Tanah Daerah Gombak untuk menguruskan proses pengambilan balik tanah bagi tujuan tapak tambahan untuk Masjid Zakaria, Batu 8 1/2 Gombak seluas 2.779 ekar.

68. Akhirnya pada 1 November 2012, Warta Pengambilan yang dicadangkan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan; Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 4707.

69. Perisytiharan Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk tujuan tapak tambahan telah ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor melalui Borang D, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 8) pada 16 November 2012 dan 6 hari berikutnya, pada 22 November 2012 – Perisytiharan Warta Pengambilan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan; No. Warta : 5087.

70. Untuk makluman Dewan, siasatan bagi mendengar semua tuntutan pampasan mengenai semua kepentingan pada tanah selaras dengan Seksyen 10, Akta Pengambilan Tanah 1960 juga telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

71. Pampasan Bertulis (Borang G & H) telah dikeluarkan pada 8 Februari 2013 kepada 2 orang pemilik tanah bersama. Bayaran telah dibuat oleh JAIS pada hujung Februari 2013. Keseluruhan proses pengambilan selesai sepenuhnya pada 8 Mac 2013. Saya juga difahamkan bahawa pihak JKR sewajarnya telah menyiapkan pelan pembangunan pembinaan Masjid Zakaria yang baru.

72. Saya merasa amat kecewa kerana setelah lebih 4 tahun saya perjuangkan untuk pembinaan Masjid Zakaria yang baru, namun sehingga hari ini tidak ada maklumbalas tentang status pembangunannya.

73. Untuk maksud ini, saya ingin mendapat jawapan yang jelas daripada Kerajaan Negeri berhubung status pembinaan Masjid Zakaria di Gombak Utara. Saya berharap Kerajaan Negeri dan JAIS dapat menyegerakan pembinaan masjid ini dalam masa yang terdekat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54008

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari rumah untuk <b>di</b> sewa

Posted: 05 Aug 2013 04:44 AM PDT

Ruangan iklan servis, perkhidmatan, hartanah untuk dijual, rumah sewa dll.

Mencari rumah untuk di sewa

Postby atyn » 05 Aug 2013, 19:44

Saya sdang mencr rmh utk d sewa bg kemasukan september...
Sila hubungi sy d talian 01126687812 / 0138711563 -atyn-
Urgent... tq

atyn
Baru Pindah
 
Posts: 1
Joined: 05 Aug 2013, 19:38

Return to Iklan dan Perkhidmatan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


My Crib of Craps: Berbuka Puasa <b>di</b> Restoran Subak, <b>Bukit Lanjan</b>

Posted: 29 Jul 2013 06:30 PM PDT

Last Sunday, July-28 to be exact, we had the opportunity to have iftar at Subak Restaurant somewhere in Bukit Lanjan, near Tol Sg Penchala (LDP).
I'm always looking forward to dine here for the atmosphere is so calming and you really feel closer to nature.
It is said that you're paying more to the environment than the food.
AND, bonus is, the food's good!!!
We arrived around 645pm.
Itu pun dah usaha dah nak sampai dekat-dekat nak berbuka, or else kita melanguk jela tengok makanan.
I thought we were among the last, turned out we're the first to arrive in the group!
This is my favorite tudung from my current favorite brand, Pearl Haya.
I love, SUPER love the cutting, the material and especially the way it fits my face.
Love it!
Love it so much!
Some more I have the membership card, so for every month you are entitled to get 30% off the first tudung you bought in the month, and 10% subsequently.
Memang every month la I'll make you I'll bag at least one tudung from them, Pearl Haya.
Inshaa Allah kalau ada rezeki.
My shopping partner snapped this.
Terus jatuh cinta.
Terus beli!
She's the reason after all, kalau tak selamanya la saya rasa Pearl Haya ni design untuk makcik-makcik je.
Eh eh bukan awak pun dah level makcik ke?

Anyway, back to the iftar story.

What I had for iftar...



Yummmmmmmy!!!
Seriously ALL the lauk were so delicious!
I am not kidding, and I'm not biased.
They were good, extremely good!
Dessert.
Well actually we took some kuih-muih also but I didn't snap.
Main focus of the night was the food.
I didn't waste any minute NOT enjoying the food and the ambience.
Other than the kebab, there were also stalls of fried noddles, roti canai, and kambing golek!!!
Serius sangat, the kambing golek was SERIOUSLY delicious.
The very first word I uttered upon chewing the meat... hmmmm sedapnya!

The buffet is RM65 for adult if I'm not mistaken.
Like I said, you may find it a bit expensive, but sometimes you're also paying for the atmosphere, the view, the location, the awesomeness of the food.
So if you ask me, I'll say, highly recommended!

We went home around 915pm with super full and happy stomach.
Looking forward for another session next year 2014!

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


[VIDEO] Lagak Gengster TETAK Hingga PUTUS TANGAN <b>di Batang</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2013 08:05 PM PDT

BATANG KALI - Umpama babak dalam drama gengster apabila sekumpulan tiga lelaki memegang parang sambil mengejar mangsa dan menetaknya beberapa kali sehingga rebah.

Mangsa yang pada awalnya cedera di kepala, masih mampu berlari dan cuba menyelamatkan diri, namun tiga lelaki terbabit terus mengejar dan menetak badan serta tangan mangsa hingga tidak berdaya.

Penjenayah tidak bertopeng itu hanya beredar setelah melihat mangsanya terbaring dan tidak mampu berdiri lagi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu bermula di sebuah tempat cuci kereta dan berakhir di kawasan stesen minyak.

"Saya nampak dia berlari dari belakang stesen minyak dan dikejar tiga lelaki berparang.

"Dua kali dia jatuh ditetak, kemudian dia bangun ditetak lagi, sampailah dekat tepi jalan itu, dia tumbang dan terus kena cincang," katanya berhampiran tempat kejadian, malam kelmarin.

Seorang lagi saksi dikenali sebagai Adib, 19, berkata, kekecohan bermula dari sebuah tempat cuci kereta di sebelah stesen minyak sebelum mangsa dilihat berlari dengan berlumuran darah dan cedera di kepala.

Menurutnya, situasi ketika itu agak tegang dan menakutkan sehingga semua pelanggan yang mengisi minyak tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.

"Memang macam drama gengster, orang yang melihat kejadian itu hanya diam tanpa buat apa-apa. Sampailah lelaki itu terbaring di hujung sana, tiga penjenayah berparang tadi terus menetak tangan kirinya sampai putus," katanya.

Adib berkata, mangsa yang hanya memakai baju T lengan pendek dan seluar pendek berkemungkinan menunggang motosikal sebelum diserang kerana terdapat sarung tangan pada tangan kiri mangsa yang putus.

Kenalan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kanna, 36, berkata, mangsa merupakan seorang penarik kereta dan tinggal di Taman Wawasan di sini.

Katanya, sebelum kejadian, dia ada ternampak dua kenderaan mencurigakan menggunakan cermin gelap dan bernombor pendaftaran Melaka, singgah di sebuah restoran berdekatan.

"Tidak pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kejadian tersebut atau tidak. Tapi, kejadian itu berlaku selepas saya lihat kenderaan mencurigakan. Jadi, mungkin ada kaitan. Tapi saya lupa nombor pendaftarannya," katanya.


Sementara itu,  Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa, N Sangar, 33, berasal dari Bandar Utama Batang Kali, selain mempunyai sebuah kedai mencuci kereta di sini dan kedai makan di
Hulu Yam.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kes, Balai Polis Batang Kali menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan dekat sebuah stesen minyak.

Katanya, pemanggil itu memberitahu seorang lelaki ditetak dengan parang sehingga putus pergelangan tangan kiri dan luka di bahagian kepala.

"Bertindak atas maklumat tersebut, anggota polis ke tempat kejadian dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

"Bagaimanapun, lebih kurang jam 6.55 petang, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan bahagian badan," katanya.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


~ Alyssha Shalya ~: Sehari <b>di Tanjung Karang</b>

Posted: 20 May 2013 03:08 AM PDT

Assalam,

K, kita sambung lagi.....

Keesokan harinya 19 Mei 2013, lya n en.asben gi jalan2, merewang-rewang area Tanjung Karang dan sekitarnya.. Tujuan utama datang sini, semata-mata nak pi makan mee udang n cendol durian.. hehehe...

Jarak KL ke Tanjung Karang tak la jauh sangat. anggaran sejam setengah sampai. tu pun drive sambil makan angin ditepi pantai, hehehehe.. nasib baik tak ada orang hon2 di belakang tu..

Sampai Tanjung Karang, konon2 nak cari Mee Udang Banjir yang terkenal tu.. tup2 tempat tu masih belum buka.. Sebab malas nak nunggu lama, lya pun meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam.



Dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam makan masa setengah jam juga la. mengikut apa yang lya google kat tenet, Mee udang kat tepi pantai Bagan Nakhoda Omar tu pun sedap gak.. so, nak try sana je la..
Rasa not bad la.. bole tahan.. manis udang tu terasa sgt.. al maklumlah udang segar dari laut katenye...

lepas makan, patah balik Tanjung Karang.. pi ke asrama adk ipar lya.. alang2 sampai sane, nak ajak bebudak tu jalan2 cari makan..

so, destinasi ke dua cari cendol durian. katenyeeee, cendol durian borhan cukup terkenal kesedapannya di area sana..

da kenyang makan cendol, terus jalan2 ke pantai remis.. meriah sungguh pantai ni dibanding pantai Bagan Nakhoda Omar tadi.. banyak yang berniaga kat sini..

Dari pantai remis, menghala ke tanjung karang singgah sekejap kat bukit Malawati. menurut sejarah, bukit tu merupakan kubu pertahanan british zaman dulu..

Lepas snap2 gambar ala kadarnya, terus ke Tanjung Karang makan satay hut n nak hantar bebudak tu balik asrama... n then terus balik KL.. penat tapi seronok !! hehehehe..


kbai....

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


[Essay Foto] Kemarau, <b>Sungai di</b> Gayo Lues Susut | Media Online <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 08:44 AM PDT

Sungai Leme di Desa Leme juga tampak kering. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Leme di Desa Leme juga tampak kering. (LGco-Supri Ariu)

Blangkejeren – LintasGayo : Musim kemarau tahun ini membuat sejumlah sungai di Kabupaten Gayo Lues mengering.

Irul warga Desa Blower, Blangkejeren kepada Lintas Gayo pada Minggu (04/08/2013) pagi mengatakan, di Gayo Lues sejak sebulan belakangan tidak pernah turun hujan, kecuali tiga hari yang lalu itupun tidak lama, akibatnya air sungai susut drastis.

"Sungai-sungai susut sekali airnya, kecuali sungai (Aih-Gayo:red) Sejuk yang airnya bersumber dari Gunung Akang Siwah memang selalu mengalir seperti biasa," terang Irul.

Kemarau bikin areal pertanian kering kerontang juga persawahan ikut kering. "Parahnya kebakaran hutan juga semakin marak", kata Irul. (Supri Ariu)

Aih Bob. LGco-Supri Ariu)

Aih Bob. LGco-Supri Ariu)

Sungai Aih Kutelintang yang berad di Kutelintang tepatnya di depan Masjid Lam Kutelintang terlihat mongering yang sebelumnya pernah membesar hingga merusak sejumlah perumahan warga disekitar aliran sunga. (LGco-Supri Ariu)

Sungai (Aih:Gayo-red) Kutelintang yang berlokasi di depan Masjid Lam Kutelintang terlihat mongering yang sebelumnya pernah meluap hingga merusak sejumlah rumah warga disekitar sungai. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Badak di Desa Badak juga tampak kering akibat musim kemarau hingga merubah pola aliran sungai menjadi kecil. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Badak di Desa Badak, penyusutan air sungai merubah pola aliran sungai menjadi kecil. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Kutelintang di Jalan Titi Gantung, Desa Kutelintang yakni jalan menuju Desa Badak. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Kutelintang di Jalan Titi Gantung, Desa Kutelintang, jalan menuju Desa Badak. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Nampaan yang berada di antara Desa Penampan dan tempat nongkrong masyarakat Gayo Lues juga terlihat mongering serta dikotori dengan sampah plastic yang dibuang sembarangan. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Nampaan yang berada di antara Desa Penampaan dan tempat nongkrong masyarakat Gayo Lues juga terlihat mongering serta dikotori dengan sampah plastik yang dibuang sembarangan. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Aih Sejuk di Desa Penggalangan yang tak pernah kering. (LGco-Supri Ariu)

Sungai Aih Sejuk di Desa Penggalangan yang tak pernah kering. (LGco-Supri Ariu)

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Pergaduhan berkumpulan melayu vs india <b>di Klang</b> - keadaan <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2013 05:43 PM PDT


Update terkini (12.40 am 15.7 2013) Tiada apa2 berlaku di Flat rebana. Polis kawal setiap pintu masuk ke flat berkenaan. keadaaan lengang. tenteram. Aminn...

Gua baru balik survey keadaan. Kedua-dua laluan masuk ke flat masih dikawal polis. Mula-mula gua cuba memasuki kawasan flet melalui jalan sg keramat 3 namun tidak berjaya kerana jalan masuk   ditutup dan sekitar 7-10 orang anggota polis berkawal di sana.

Gua cuba lagi melalui Jalan Meru dan memasuki kawasan perumahan Taman Bukit Raja. Terdapat laluan masuk ke flat berkenaan di situ tetapi hanya untuk motosikal dan pejalan kaki sahaja. Gua tidak jadi memberhentikan kereta kerana terlihat sekatan polis di jalan masuk ke kawasan flat berkenaan.

Polis dapat dilihat di merata-rata kawasan perumahan tersebut. Hampir setiap pintu masuk ke kawasan perumahan Taman Bukit Raja ada polis.  Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Dari apa yang gua lihat terbukti  tiada pergaduhan malam ini... Harap segalanya sudah selesai.

WARNING - jangan ke sana

Inilah berita yang belum disahkan... budi bicara tuan-puan adalah perlu bagi mendapatkan lebih maklumat tentang kejadian.

Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian
(1) lelaki melayu

Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bersama adiknya menaiki m/sikal untuk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang.

Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.

Susulan kejadian...

Salam YDH Dato' / Tuan / Puan;

Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.

Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13

Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
(0163536027)
cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.

2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama

Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.

Fakta kes:
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.

Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.

2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.

3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.

Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.

Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut.
(Tiada laporan polis dibuat)

Tindakan :
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Pemantauan masih dijalankan.
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.

Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan.
sumber SINI

Sementara itu kenyataan akhbar oleh polis melalui bernama tidak menyatakan tentang mangsa yang terbunuh. Baca sisipan laporan akhbar oleh polis di bawah

"Dalam kejadian pada 10 Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja di sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan.

Kejadian itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini pula, tiga lelaki yang sedang minum cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail, Sungai Pinang di Klang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap seorang daripada mangsa yang bertindak membakar motosikal miliknya pada Februari lepas.

Ekoran insiden itu, dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun ditahan pihak polis di Batu 1, Jalan Kapar, Sungai Pinang kira-kira dua jam selepas kejadian.

Ketiga-tiga mangsa berumur 20-an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan." -Bernama

Kepada sekelian yang tinggal berhampiran lokasi kejadian. Gua nasihatkan jangan ikut campur dalam persengketaan mereka. Biar yang berlaku diuruskan oleh polis . Itu tugas mereka. Perkara begini jika diapi-apikan akan membawa kepada pertelingkahan kaum yang akan merugikan semua pihak dan menjatuhkan maruah negara.


12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Mencari"KATI"jumpa <b>di Beranang</b>.. - koleksi pak mat tahir barangan <b>...</b>

Posted: 18 May 2013 05:35 PM PDT

Alat timbangan dacing ini menggunakan sistem imperial untuk sukatan berat dalam Tahil dan Kati...
                                                    1 kg .. .. .. = 1.653466 kati
                                                       1 g .. .. .. = 0.0264554 tahil
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977

Penukaran ke Sistem Metrik Bagi Perolehan Semua Barang-Barang

1. Pendahuluan Akta Timbang dan Sukat, 1972 telah pun diwartakan didalam Warta Kerajaan
pada 30hb. Mac, 1972 dan 10 tahun telah diperuntukan untuk menukarkan kesistem metrik.
Ketua Setiausaha Negara di dalam Surat Pekeliling bertarikh 5hb. Januari, 1973 telah
mengarahkan supaya semua Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri
menggunakan yunit-yunit sistem metrik didalam perkara-perkara timbangan, sukatan dan ukuran.
Sungguh pun sebilangan Kementerian dan Jabatan Kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk
menukar kesistem metrik dengan penuhnya tetapi masih ada lagi beberapa Kementerian dan
Jabatan yang belum lagi mengambil apa-apa tindakan untuk menukar atau menggunakan
yunit-yunit metrik didalam semua bidang kerja mereka. Walau pun penukaran ini akan
dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 1981, tetapi usaha-usaha penukaran kesistem ini
hendaklah dibuat pada masa sekarang supaya ini dapat dilaksanakan dengan licinnya.

Dacing setelah di baik pulih....
Cantik bagaikan baru..........

Pok Pek Pok Pek.. Kite: Makan2 <b>di</b> Rumah Parent In Law <b>Beranang</b>

Posted: 09 Jun 2013 11:00 PM PDT

ahad minggu lepas..
kite balik rumah PIL kat beranang..
balik sana sbb ada makan2..
hubby buat makan2..
saja jer..
kebetulan lak..
abg long hubby dtg dari t'ganu balik..
balik dgn menantu pertama..
hari tu masa kenduri kawen anak dia..
kiteorg semua x dpt nak pergi sana..
sbb kenduri dorg buat masa hari kerja..
kan ker cuti t'ganu lain sikit dari sini..
jumaat dorg cuti kite kerja..
kite ahad cuti.. dorg kerja.. yg tgh duduk tu la MIL kite..
kecik jer org nyer..
yg tgh pegang nak ceduk air tu..
kak ipar hubby kite..
yg baru dtg dari t'ganu..
kalau dah namanya org kampung..
kalau time makan..
reramai cam ni..
mmg eloklah duk kat lantai..
lg afdal.. muat sikit..
dari makan atas meja..

yg kawen awal bulan hari tu..
yg pakai cekak putih tu..
yg tu anak buah abg paling tua sekali..
rasa nya beza umur dgn abg..
x sampai pun 15thn..
hubby dia yg sblh kak ipar hubby kite tu..
yg tembam2 sikit tu..
ahhahaha..
suke2 jer panggil dia tembam kan..
ok lah dari pak mertua kite bg gelaran..
the buntal man.. kih3..
gelak jer sume..
masa dorg makan tu..
dah siap masak ayam gulai letak pucuk ubi..
yg ni ayam kite bawak..
ayam gulai gak.. tp letak kentang..
uii.. kalau masak pakai kayu api..
nak2 lak PIL n geng masak..
mau nyer x sedap..
sehingga menjilat jari la jawabnyer..
oh! petua kalau masak ayam gulai ni..
rupanya lg sedap kalau guna..
ayam pencen,,
kalau guna ayam kampung atau bandar..
x best..
manis ayam tu x der..
tu sbb nyer kalau masak lauk ni jer..
kite sker..
haha..
kite saje nak interprem dia..
asyik makanan jer kan..
sesekali masuk sekali gbmr laki lak..
alah.. mmg x hensem pun..
mak kite ckp abg rentung
xpelah rentung pun rentunglah..
tp dia penyayang..
itu penting..
pembersih.. pewangi..
sedap dicium dan dipeluk.. kah3
alah gmbr x bepe nak clear..
biasalahkan.. dah nak makan..
baru nak ambil..
tu pun ambil cpt2 sblm biras lain ceduk..
yg ni ayam masak gulai letak pucuk ubi..
tentu la sedap kan..
masak cara orang minang..
mana x sedapnyer..
kita makan kat dlm rumah..
lps batch pertama makan..
tuk hubby,abg ipar hubby ngan bapak mertua lak..
kite sediakan kar luar rumah..
sbb dorg yg tggu lauk batch kedua masak..
dorg makan blkg rumah bawah pokok..
sambil makan sambil menghirup udara segar..
angin pun bertiup sedap..
nyaman jer rasa..
masa ni kite dah siap makan..
hubby?
huih.. makan tiga pinggan dia kata..
mana tak nyer kan..
kite dah sarapan..
dia dari pagi x makan apa..
tu yg tghari balun smpi tiga pinggan..
masa ni lauk yg kedua dah nak masak..
masak yg kedua ni tuk sape2 nak bwk balik..
biasalah..
dah benda sedap..
kalau x bawak balik mmg  x sah..
kite bungkus dua plastik..
satu tuk makan malam...
satu nyer tuk sahur lak..
nyum3.. berbaloi3 balik..
betul uols.. kalau masak pakai kayu api..
mmg lain rasanya dgn masak pakai dapur gas..
yg seksi tu bapak mertua ku..
yg blkg tulak mak mertua..
yg tgh mencedok x renti2 makan tu..
hubby kite @ abg rentung bak kata mak kite..
hubby selalu kata..
mentang2 lah anak dia ni putih melepak..
dia kata nyer menantu dia ni rentung..
hahhahaha..
mak ayg gurau2 jer yang oiii..
rentung2 pun..
i lap u..

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Hulu Selangor</b> & Tg <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 09:23 PM PDT

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Perbandaran <b>Kajang</b> — Jawatan Kosong <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 11:55 PM PDT

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kajang

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Perbandaran Kajang ditubuhkan bagi mentadbir kawasan di sekitar Hulu Langat. Sebelum ini Hulu Langat ditadbir secara langsung oleh Pejabat Daerah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi. Misi MPKj ialah mewujudkan perbandaran yang selesa, selamat, maju dan aktif (SeSMA) kepada para pelanggan berteraskan budaya kerja Mesra, Cepat, Tepat,Mudah, Efisyen dan Efektif (MCT MEE).

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia  Keutamaan kepada warga selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakn untuk mingisi kekosongan jawatan kontrak seperti berikut di majlis perbandaran kajang.

1. Jurutera J41
2. Pegawai Undang-Undang L41
3. Pekerja Awam R1

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. (b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri
atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
(c) Alamat permohonan : Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Bahagian Perjawatan )

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2013

Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kajang" href="http://www.mpkj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ee70c399-c95c-4869-89cd-8035032711b5&groupId=98565″ target="_blank">Download Borang Permohonan Disini
[/LOCK THE FOLLOWING PART]

Jawatan Kosong Terkini Kerajaan, Majlis Perbandaran, Malaysia, Selangor

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved