ads

Selasa, 27 November 2012

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Banjir <b>Di Dengkil</b> 800 Dipindah

Posted: 05 Nov 2012 09:10 PM PST

SHAH ALAM, 6 NOV : Seramai 800 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di DUN Dengkil dipindahkan segera oleh pasukan penyelamat ke beberapa pusat pemindahan yang disediakan.

Sehubungan itu,  Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar  mengadakan lawatan dan meluangkan masa bersama mangsa serta diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah Sepang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, Haris Kassim.

Taklimat diadakan di pusat operasi utama pemindahan di Dewan Orang Ramai Dengkil di mana Dr Xavier diberi penerangan mengenai operasi kerja menyelamat dan bantuan serta perkembangan semasa mengenai banjir.

Dr Xavier merakamkan penghargaan terima kasih Kerajaan Negeri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Sepang serta polis yang telah bersiap sedia 24 jam untuk menghulurkan bantuan kemanusian.

Beliau melahirkan kerisauan kerana berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (Ramalan Cuaca) bahawa hujan dijangka akan berterusan selama 7 hari lagi dan ini memerlukan pihak terlibat untuk menyediakan lebih banyak pusat pemindahan bagi menempatkan lebih ramai mangsa banjir dalam beberapa hari nanti.

Selain pusat itu, sebuah lagi pusat pemindahan adalah Dewan Orang Ramai Desa Gemilang, Dengkil.

Selepas sesi taklimat berakhir, Dr Xavier dibawa melihat beberapa kawasan dinaiki air di Kampung Ampar Tenang, rumah pangsa Taman Permata dan kawasan berhampiran.

Turut hadir, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Dengkil, Borhan Aman Shah.

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b> Meningkat

Posted: 04 Nov 2012 09:05 PM PST

05/11/2012 13:05:00

Di Dengkil, Selangor, sehingga pukul 10 pagi tadi, jumlah mangsa akibat banjir meningkat kepada 703 orang.

Pusat pemindahan juga meningkat kepada empat buah.

Kawasan terjejas - Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan stabil di lokasi-lokasi terbabit kecuali di Kampung Semarang.

Mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Dengkil, Dewan Gemilang Kampung Semarang, Kampung Kelinsing dan Kampung Paya Rumput.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Memenuhi Undangan Majlis Perkahwinan Penduduk <b>Hulu Kelang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 01:43 AM PST

Hulu Kelang, 11 November 2012 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan penduduk di DUN Hulu Kelang.

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Darus Samin Abdul Malik & Hasni Hassan yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Amruddin Buang & Saedah Abd Samad yang telah berlangsung di kediamannya Jalan AU2A/3, Taman Seri Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Roslan Musa & Siti Azariah Sapandi yang telah berlangsung di Rejimen 515 (AW) Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Roslan Mohd Hassan & Bedah Yusoff yang telah berlangsung di perkarangan Dewan Masjid Al-Ridhuan, Ulu Kelang

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dr Sulaiman Tamanang & Dr Norliah yang telah berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Berita Harian | Futsal TaHa, NSTP <b>di</b> Galaxy <b>Bangi</b>

Posted: 22 Nov 2012 02:13 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Kejohanan Futsal Antara Sekolah Menengah dan Antara Universiti 2012, anjuran Kelab TaHa dan TaHa@U, Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BH akan berlangsung di Galaxy Futsal Bangi, pada Sabtu dan ...

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG ANAK PENEROKA: Kejayaan <b>di</b> KKTM <b>Beranang</b>

Posted: 13 Oct 2012 10:18 PM PDT

Ni adalah gambar kejayaan kami di KKTM Beranang..

Untuk kategori yg cikgu join (kit pembelajaran / cd interaktif)...terdapat lebih 30 projek yg bertanding..alhamdullilah..cikgu dpt silver..1 projek jer yg dpt gold,2 projek dpt silver dan yg lain semua bronze utk kategori ni..

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


The-History-Of-My-Life: Berpiknik <b>di Ulu Yam</b>

Posted: 05 Oct 2012 01:18 AM PDT

Hari ni agak lewat aku update sebab amik mood nak berblogging.
15 September lepas, aku dan FZ plan nak pergi berkelah di Ulu Yam.
Punyalah lama kisah, sekarang baru nak update yeee...
So, kitorang pergi Ulu Yam tu agak lewat... dalam kul 2 lebih.
Itupun aku takut-takut je kot-kot tak jadi sebab aku tengok cuaca cam mendung je.
Aku dah buat backup plan...
Kalau hujan, cancel pergi Ulu Yam tapi kitorang akan pergi window shopping.
Tetengah bulan ni manelah ada duit nak shopping bagai.
Window shopping pon jadik laa...
Kalau ada barang berkenan, telan air liur je la.. huhuu.....
Pegi time camtu, orang pon dah tak ramai.
Parking pun senang nak dapat.
Tempat strategik untuk letak tikar dan barang-barang pun ada.
Aku lebih suke duduk disebalik pokok besar.
Bukannya apa... senang sikit nak salin pakaian.
Aku tak suke salin pakaian kat tempat khas tu sebab kotor dan sesetengah perempuan salin pakaian macam kan dia tengah jahit pakaian... lama gilee....
Kali ni aku bawak baby Alya...
Ni pes time dia mandi sungai...
Siap melalak time aku letak kaki dia atas pasir sungai.
Pelampung angry bird ni aku beli kat situ jugak.
Suke la baby duk dalam pelampung tu.
Tapi dia cuak sikit... mungkin sebab tak biase.
Kemain seronok lagi main kejar-kejar.
Time tu aku ada ajar dia perkataan 'Lari'...
Pastu terkejut aku bila dia pandai sebut.
Asal FZ kejar dia je, mesti menggelupur kayu kaki sambil sebut "lari...lari..."
Comel jek suara dia sebut lari tu... hehehehe....

Kaki tercokeng kat situ.. hehehe...
Pelampung tu sekarang aku simpan kat kolam, tempat kije FZ.
Sebab mane lah tahu nanti nak gune time mandi kat kolam.
Masa ni air sungai tu memang sejuk gile.
Dah macam mandi dalam ais.

Eh, dah macam family pulak... ngeee....
Bila dah nak naik, baby nangis.
Aku dah agak dah... sebab biasenye memang semua budak-budak macam tu.

Aku masak mee goreng je...
Aku ni kalau masak mesti meriah.
Kalau buat mee goreng tu, dalam tu mesti ada ayam, fish ball, sayur sawi dan tomato.
Tak reti aku masak mee goreng kosong.

Keropok keping ganu mariii...
Wajib ada kalau makan mee goreng.
Aku ada jugak goreng ayamas drummet.
Pastu aku bawak jugak jajan yang ada kat rumah aku.
Pastu untuk baby aku bawak jelly.
Tapi lupe pulak nak snap.

Behave je dia sepanjang duk kat situ.
Takde pon nak usik barang-barang ke ape..

Aku : Baby, tolong amikkan tisu.
Aku : Baby, amikkan umi tuala...
Aku : Baby, amik henset umi dalam beg umi...
Atas kepala aku tu tuala...
Rambut tak kering lagi tapi aku malas nak kesat.
So biarkan berkelubung dalam towel.
Baby pulak dah start ngantuk.
Tapi macam biase la... bukannya dia nak tido.
Time nak balik tu, dia pun tolong angkut barang.
Dia tolong bawak pelampung yang kitorang beli tadi.

Dalam pukul 4.30 petang, kitorang balik.
Kang mandi lama-lama takut sejuk dada pulak.
Dalam kereta, macam biase la...
Bagi baby hisap susu... dan lepas tu dia pon selamat tido...

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


Taiping Mali: Nazri Din bawa isu pasir sungai <b>di Ijok</b> pula......dahhh

Posted: 19 Sep 2012 11:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Nazri Din bawa isu pasir sungai di Ijok pula......dahhh ... 40 rumah dilanda banjir kilat di Meru! ... UMNO's International Forum di PWTC #PAU2012 .... PAS Kedah Ketakutan Apabila Kena Soal Bertalu-talu di DUN Kedah ...
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved