ads

Ahad, 24 Jun 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


MASJID AS-SYARIF,TAMAN SERI,<b>TELOK DATOK</b>: Kita <b>di</b> mana?

Posted: 19 Jun 2012 08:42 PM PDT

Orang Bertaqwa Mendapat Pertolongan Allah Ketika Titian Sirat


Sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Mariam ayat 71)

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal solih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus."

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: "…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa'daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa "Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t"

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah s.w.t. dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar." (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadhannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra' yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,"Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya." Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Sekatan Keenam : Mengenai wudhu' dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wudhu'nya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wudhu'nya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.

Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.


Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.

* Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
* Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
* Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk
* Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:

Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Sirat. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; "Wahai Muhammad!", dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata; "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


Sahabat yang dikasihi,

Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki Syurga Allah s.w.t. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?

Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan Nabi s.a.w tetapi dalam keadaan yang amat azab.

Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah ruginya kita bila bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada amalan yang dapat membantu dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.


Hanya jiwa yang beriman dan bertaqwa sahaja akan terselamat daripada azab yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.

Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


KECOH KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK <b>DI CHERAS</b>! MENTERI <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2012 07:09 PM PDT

Program 'Twitup YB Dato Seri Hishamuddin' merupakan program luar biasa kerana melibatkan anggota VAT69 dan UTK. Panas! Semalam memberi kenangan tidak terhingga dan pengalaman hebat buat 200 orang peserta program 'Twitup YB Dato' Seri Hishammuddin'. Mana tidaknya, mereka telah diberi peluang untuk menembak di Lapang Sasar Briged Tengah menggunakan pistol semi auto yang digunakan oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK)PDRM. Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh para peserta program yang rata-rata belum ada pengalaman menembak menggunakan pistol semi auto. Ketua Polis Negara turut menunjukkan kehebatan menggunakan raifal sniper menembak ke sasaran yang berada 120 ela. Sebelum acara menembak dimulakan, para peserta telah diberikan taklimat khas oleh pegawai UTK bertugas tentang ciri-ciri keselamatan ketika menggunakan senjata api. Peserta yang teruja telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua lapang sasar sambil setiap peserta yang mengambil bahagian diawasi oleh pemerhati (pengasuh) yang merupakan anggota VAT69 dan UTK. Selepas arahan menembak oleh pegawai lapangan, suasana menjadi gegak gempita dengan peserta melepaskan tembakan ke arah papan sasaran yang berada 15 meter dari lokasi menembak. Acara menembak dan demonstrasi senjata oleh komando VAT69 dan UTK memberi pengalaman luar biasa kepada pengikut setia Twitter YB Dato' Seri Hishamuddin. YB Dato memberi ucapan dan penerangan sambil bersuai kenal dengan para peserta program. Sebelum itu, para peserta turut diberi peluang bersuai kenal secara santai bersama YB Dato Seri Hishamuddin. YB Dato turut menyampaikan ucapan dan penerangan berkenaan isu-isu semasa. Para peserta juga berkesempatan bersoal jawab bersama YB Dato berkenaan pelbagai isu. Para peserta program sedang menikmati makan tengahari sambil ada sebahagian mereka mengambil kesempatan menembak di lapang sasar. Progrom 'Twitup' yang mencipta sejarah itu diakhiri dengan makan tengahari bersama YB Dato dan pemimpin-peminpin tertinggi VAT69, UTK dan PDRM. Para peserta mengambil kesempatan mendapatkan tanda tangan YB Dato sebagai kenang-kenangan. Tahniah YB Dato' Seri Hishamuddin! Program yang luar biasa! mimr

Read the article:
KECOH KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI CHERAS! MENTERI KDN TERLIBAT?

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Ilusi & Fantasi | UNEDITED | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 24 Jun 2012 12:50 AM PDT

©2012 Muktasyaf Ibrahim AnNamir™ (my facebook)
Not to be used or reproduced without written permission.
____________________________________________________________________
THUMB this up? OR View Large?
____________________________________________________________________

Sekeping gambar bisa mematikan waktu dan saat, itu yang ia mampu kerana ia tidak lagi berada dalam realiti duniawi. Jangan kita obses mencipta ilusi dalam fantasi, takutkan nanti natijahnya tidak seindah imaginasi. Sebaliknya serahkan ilusi yang kita gambarkan kepadaNya sambil berdoa agar realitinya nanti sekurang2nya hampir sama dengan apa yang kita imaginasikan...

About The Shot | Ilusi & Fantasi:
Foto diambil ketika meraikan anak-anak di Baitul Hasanah, Kuala Kubu Bharu petang 23.06.2012 (semalam).

Location, Date & Time:
Kuala Kubu Bharu | 23 June 2012 | 5:20pm ( 8GMT)

Nikon D300s + Tamron 17-55mm:
View EXIF

Me:
Thanks for your kind visit and support =)
All comments, criticism and tips for improvements are welcome.

---------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------
• Feel free to view my BEST INTERESTING SHOTS according to Flickr: Search here:
---------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------
- Search for ISLAM
- Search for MALAYSIA
- Search for 350D
- Search for 500D
- Search for KITLENS
- Search for MASJID
- Search for MOSQUE
- Search for HDR
- Search for Handheld
- and search for Annamir ;p
---------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


KERAJAAN <b>NEGERI SELANGOR</b> PERLU TERBUKA DALAM <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 10:40 PM PDT

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Forum Air Selangor secara tertutup tanpa menjemput wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan operator-operator air jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor masih mempolitikkan isu air di negeri Selangor.

Dalam forum tersebut, Kerajaan Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat tanpa memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor sewajarnya berani untuk bersemuka dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan membincangkan isu-isu tersebut secara profesional dan terbuka sepertimana yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan yang telah menjemput wakil Kerajaan Negeri Selangor menganggotai Pasukan Petugas Bagi Menangani Krisis Bekalan Air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Malah, saya berpandangan bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semasa forum tersebut mengenai ketidakwajaran pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 seharusnya dibincangkan semasa mesyuarat Pasukan Petugas atau mana-mana forum terbuka supaya semua pihak boleh memberi pandangan secara profesional bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai perkara ini.

Saya ingin menegaskan bahawa permintaan air di negeri Selangor semakin meningkat dan maklumat terkini daripada SPAN menunjukkan kadar permintaan tertinggi telah mencecah 4,410 juta liter sehari, melebihi kapasiti pengeluaran air dari loji-loji iaitu 4371 JLH. Ini bermakna bahawa terdapat loji-loji yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk masing-masing bagi memenuhi permintaan yang tinggi ini.

Oleh itu, kenyataan bahawa permintaan air di Selangor adalah semakin mendatar atau flattening, adalah tidak benar kerana hakikatnya, permintaan air pada masa ini tidak menunjukkan permintaan air sebenar.

Sebaliknya, permintaan air yang direkodkan ini lebih merupakan suppressed demand disebabkan loji-loji rawatan air tidak dapat membekalkan air yang mencukupi. Saya percaya, permintaan air di negeri Selangor akan terus meningkat seperti yang diunjurkan khususnya dengan pelaksanaan projek-projek di bawah Economic Transformation Program (ETP) sekiranya lebih banyak bekalan air terawat dapat disalurkan kepada para pengguna.

Oleh itu, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 adalah merupakan satu-satunya projek yang dapat mengatasi masalah bekalan air di negeri Selangor.

Ini kerana pelaksanaannya dibuat berdasarkan dapatan dari Kajian Sumber Air Negara 2000 yang telah mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk yang pesat serta kadar pertumbuhan perbandaran yang tinggi di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kajian tersebut seterusnya telah mencadangkan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor bagi memastikan bekalan air yang mencukupi sehingga tahun 2025 setelah didapati bahawa opsyen tersebut merupakan opsyen terbaik bagi memenuhi permintaan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025 dari segi teknikal, ekonomi dan sosial.

Pelaksanaan Skim ini dijangka dapat memastikan 8 juta penduduk di kawasan-kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa perlu membina loji-loji rawatan air tambahan.

Saya juga ingin menekankan bahawa pelaksanaan keseluruhan Skim ini yang dapat membekalkan 1,130 juta liter sehari memerlukan peruntukan sekitar RM5 bilion sahaja berbanding dengan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion yang diperlukan untuk menurunkan kadar air tidak berhasil atau NRW dari 32.3% pada tahun 2012 kepada 20.83% pada tahun 2020 iaitu penjimatan purata tahunan sekitar 126 juta liter sehari sahaja.

Fakta ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan projek-projek untuk menurunkan kadar NRW bukan merupakan jawapan bagi menangani masalah bekalan air di negeri Selangor.

Sebaliknya pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 merupakan opsyen terbaik bagi memastikan bekalan air yang mencukupi kepada rakyat di negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Oleh itu, saya menyeru buat kesekian kalinya supaya Kerajaan Negeri Selangor memberikan kerjasama untuk memberikan kelulusan-kelulusan yang diperlukan bagi melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Tindakan Kerajaan Negeri yang melengah-lengahkan kelulusan bagi pembinaan loji akan menyebabkan pembaziran wang rakyat kerana Kerajaan Persekutuan terpaksa meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan projek-projek mitigasi bagi menangani krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014.

Malah, sebahagian daripada projek-projek mitigasi tersebut dilaksanakan sendiri oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Secara tidak langsung, ini bermakna bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedar dan mengakui bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada langkah diambil untuk menanganinya.

Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Negeri supaya tidak sekadar membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan mengenai bekalan air di negeri Selangor tetapi perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menanganinya demi kebaikan rakyat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


headbomb: GEMPAR!!! SIAPA NAK JAWAB NI... KELUAR UMNO <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 10:00 AM PDT

masak... masak.. dengan keadaan tak keruan.. elok-elok.. je dengar mereka-mereka ini dah keluar... adui... hek hek.. pening pening... tapi yang pening bukan umno.. tetapi geng-geng pakatun yang macam kartun tun.. hehe.. nak tau ke apa ceritanya...

DENGKIL - Seramai 20 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Datuk Abu Bakar Baginda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang.

Mereka kesal kerana termakan janji-janji manis yang ditabur pembangkang pada pilihan raya 2008 selepas melihat pakatan itu tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri Selangor.

Selain itu, keyakinan terhadap corak pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat menyebabkan mereka menyertai UMNO.

Bekas ahli Pas, Akhiah Samidin, 57, berkata sewaktu berkempen pada pilihan raya umum ke-12, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji dengan manifesto untuk memperdaya pengundi dan tidak pernah menunaikannya untuk penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.

"Kami menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju jelas untuk membela nasib rakyat.

Kami sudah sedar, kami akan memujuk rakan-rakan lain kembali ke pangkuan UMNO demi masa depan anak-anak kerana hanya BN akan menjamin masa depan generasi muda," katanya kepada pemberita di sini.

Seramai 20 orang bekas-bekas ahli Pas dan PKR menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Marsum Paing. - BERNAMA

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


The Stylo Works Official Site: KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 12:36 AM PDT

The Stylo Works Official Site: KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA SIRI 3/2012 MULAI 21 MEI HINGGA 19 JUN 2012 KEM LATIHAN REJIMEN 502 SUNGAI TENGGI, BESTARI JAYA, SELANGOR REJIMEN 502 ASKAR WATANIAH

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Tanah pertanian 10 ekar <b>di Jenjarom</b> - Klang, Land - Sheryna.com <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2011 07:50 PM PDT

Malaysia » Selangor » Klang > Jenjarom » Property > Land > Agricultural Land

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 3,900,000

Land type: Agricultural Land

Size: 10 acres

Local area: Jenjarom

TANAH PERTANIAN 10 EKAR DI JENJAROM UTK DIJUAL

HARGA : RM390, 000 PER EKAR

POKOK KELAPA SAWIT
HARGA JUAL: RM390, 000 (BOLEH RUNDING)
HUBUNGI : 014-2397872 PUAN ZILA

 
Puan Zila
Klang, Selangor, Malaysia
Tuesday, 29 March 2011, 10:50
167566
0176049241 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad


View related LAND » AGRICULTURAL LAND ads:

REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Meninjau Punca Berlakunya Banjir <b>di Hulu Kelang</b>

Posted: 13 Jun 2012 04:01 AM PDT

0

Hulu Kelang, 13 Jun 2012 – Saari bersama beberapa orang penduduk telah meninjau punca berlakunya banjir di Kg Fajar dan Kuala Ampang.

Saari bersama beberapa orang penduduk meninjau sungai di Kg Fajar

Keadaan sungai yang cetek membuatkan air sungai naik mendadak apabila hujun turun dengan lebat

Saari bersama JKKK Kuala Ampang, En Patrick Ang menunjukkan longgokan sisa binaan yang dibuang di persisiran sungai di Kuala Ampang oleh pihak tidak bertanggungjawab

Sebahagian sisa binaan dan sampah yang jatuh masuk kedalam sungai

Antara bahan yang dilonggokkan berhampiran sungai di Kuala Ampang

,

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


FULL VIDEO : DR HASAN ALI <b>DI BERANANG</b>, KAJANG | SAVE <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 04:56 AM PDT

FULL VIDEO : DR HASAN ALI DI BERANANG, KAJANG

CERAMAH SELAMATKAN AKIDAH :
KEWAJIPAN BERSATU PERTAHAN ISLAM
PADANG KLINIK BERANANG, KG. SASAPAN BATU REMBAU, BERANANG.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


皇家吧生清真寺/ Masjid Bandar <b>Di</b> Raja <b>Kelang</b> / Royal <b>Klang</b> - Flickr

Posted: 10 Jun 2012 08:20 PM PDT

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Hairy Canopy Services (SA0008807-U): Majlis Perkahwinan <b>di Kapar</b>

Posted: 03 May 2012 02:25 PM PDT

Terima Kasih kerana kesudian Saudara/Saudari meluangkan masa melihat Blog kami. Kami Hairy Canopy Services sentiasa berbesar hati untuk memberikan anda khidmat terbaik kami........

Terima Kasih juga kepada puteri tunggal kami Zathirah Zahid kerana telah membuka ruang Blog ini untuk Hairy Canopy Services......

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Piknik <b>di Ulu Yam</b> | Adeqrifqi Official Blog

Posted: 19 Jun 2012 08:57 PM PDT

Assalamualaikum

Dah lama tak berpiknik. Dengan ayam BBQ plak.Perghhhh...sedap tak hengatt uuu..heheh.
Tarikh : 17 Jun 2012
Destinasi : Ulu Yam, Selangor
Ketibaan : Jam 9.00 pagi
Penyertaan : 2 family ( famili aku + famili kakak aku)
Jumlah peserta : 6 orang jea...;P

Heheh..cam surat jemputan plak. Ada detail bagai kan..
Tapi yang bestnye kali ni, family aku sampai dlu berbanding kakak aku yang terkenal dengan panctual dan awal..;D
Yang part kelakarnye,baru cop tempat dan nak mula pasang khemah...tiba-tiba...
Aduhhh..hujan lebat la pulakk...aku pon berlari termengah-mengah sambil dukung rifqi yg 17kg++ tu carik tempat yang ada bumbung...huhu

 Dalam 20 minit gitu..barulah hujan makin reda.Alhamdulillah...lega lah. Bukan apa kalau hujan terus-menerus macamana nak bakar ayam dekk onnn...alamat bungkus dan balik ajea lah..So Amir and Aiman ( anak kakakku) ditugaskan memasang khemah.  Nampaknya budak Rifqi ni cuba nak menyebok kat abang-abang sedaranya..padahal khemah die dah siap kat belakang tu..Lagi mau kacau...huhu  At last siap gak khemah..Alahh khemah zaman la ni tak sampai 20 minit dah siap pasang.Lain zaman dulu masa takde khemah yang pasang siap ni kan. Nak kena carik kayu, korek lubang nak pacak pancang lagi...carik tali nak ikat khemah lagi..huhu memang advanture abiss.  En husband dan abag jep (abag ipar i..) menugaskan diri untuk membakar ayam yang telah siap diperap..
Nampak macam best..Rasa belum tau lagi masa ni..jeng-jeng..  Yaaa...mari adik adik..abang..cik adis maness...mari beli ayam bakar kami..very special...heheh
Kipas..jangan tak kipas...:)  Rifqi kerjamya menangguk ultraman dalam baldi...lantak ler..asalkan die happy sudah..
Piknik kali ni temanya bebas.Lantak kome ler nak main apa pon..  Hahah..okey..first batch ayam BBQ dah masak...JOM makan..;D  Menu lain : Nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih, air dan cekedisss
 Abang ipar ku yg penuh sabar melayan karenah Rifqi yang macam-macam tu..  En husband sempat posing nyambil mengipas-ngipas..Happy Father's Day!  Menu tambahan : Aiskrim (Rifqi 2x round mkn aiskrim).Sebabnya bro jual aiskrim tu parking lama giler kat tepi tu..macam tak mau balik..member sorang ni memang takbleh nampak..Nasib la.terpaksa belikan jugak la.Mende depan mata kan. Ada satu fear factor Rifqi : Takut air..air kolam tak takut.Tapi cam gabra kalau air menderu macam air laut or air terjun.Sib baek ada abag jep.Macam-macam cara die nak menarik Rifqi masuk dalam air yang sejuk tu.Dan akhirrnyaaa...berjaya..Alhamdulillah.Nampak tu kakinya dah cecah air..kalau tak jangan harapler..asik nak berpeluk ajer le :)
Airnya agak keruh sikit coz baru jer lepas hujan.Sejuknya jangan ceritalah..memang sejuk amat.Tapi best!

 Mama Rifqi dan Kakzu berendam dalam air..perghhh..segar giler..heheh
Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved