ads

Rabu, 15 Jun 2011

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


bukit raja blogger: Kehidupan <b>di bukit raja</b>

Posted: 21 May 2011 01:02 AM PDT

Wow, terbaca kat forum bukitraja.net pasal nak letak link kat forum tuh, aku terus buat posting ni supaya aku tak lambat utk bulan ni.

Kehidupan kat bukit raja, ok jer. Jiran2 mesra dan aku rasa best je stay sini. tak rugi aku beli rumah kat sini. Aku dok jalan mana tak yah le bagitahu, nanti tak best plak aku nak buat post yg panas2 nanti kan..ahaks..

Harap2 pihak bukitraja.net boleh le letak blog aku ni kat mukadepan forum tu ye, sebulan pun jadi lah.
tq bukitraja.net

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


AnakSipotLism Space: Seminggu <b>di kuala kubu</b> baru..

Posted: 20 May 2011 09:20 PM PDT

Pejam celik..pejam celik..pejam celik..

nasib baik pejam celik balik

klu pejam tak celik2..

apa jadi..hehehehehe

diam tak diam..dah seminggu dah

rupnyan aku kat kuala kubu baru

dalam tak suka

dalam penuh kepayahan..dah seminggu dah upanya

walaupun kat sana serba kekurangan

tapi aku masih hidup lagi..cuma berat badan jerk yang menurun

mana lah tahu..2 bulan aku kat sini..aku leyh kurus..

hahahahaha..tak akan punyer

aku tak tahu lah..mcm mn nak hidup dua bulan kat sini

serba kekurangan,,

dah lah final exam kat sini

aku dah lemah sikit bab2 neuro nih..

harap2 aku lulus dengan jayanyer..

aku tak mahu fail

aku nak kerja sebagai physio

nenek kat sini pun..paham2 sendiri lah

macam2 kerenah ada

semua nak kena layan dengan baik

bila aku dah seminggu kat sini

betapa seksanay kat sini

aku berazam kat dalam diri

aku tidak akan letak mak aku kat dlm rumah org tua tua

kesian kat dia..

klu seorg ibu tak boleyh jaga 10 org anak

tak akan seorg anak

tak boleyh jaga seorang ibu

SAYANGI LAH IBU DAN AYAH ANDA..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


DUNIA ADY: KAWASAN SPEED TRAP

Posted: 09 Jun 2011 12:57 AM PDT

KAWASAN SPEED TRAP~

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam



KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

p/s; sejauh mane kebenaran tak dapat aku nak tolong..tapi beringat-ingatlah yer. lainlah kalau ko tu orang kaya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


<b>PADANG JAWA</b> PETALING: HARI KELUARGA REHLAH DAN RIADAH

Posted: 14 Jun 2011 09:06 PM PDT





Program Rehlah dan riadah serta Hari Keluarga bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya diadakan pada 14 dan 15 hb May yang lalu. Bertempat di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, program tersebut telah diadakan selama 2 hari 1 malam.


Pada sebelah malamnya juga selain diadakan barbecue juga diadakan acara dalam dewan untuk menduga akal dan acara teka teki serta bertaaruf. Manakala disebelah paginya, telah bersolat subuh turut diadakan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Saiful yang didatangkan khas dari Shah Alam.

Di sebelah paginya turut diadakan sukaneka untuk semua.

Peserta terdiri dari pelbagai lapisan termasuk yang berkeluarga mahupun yang membujang.Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, alhamdullilah, antara tujuan utama program adalah untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim terutamanya masyarakat Padang Jawa bersama sama dengan JKKK. Alhamdullillah, saya melihat mereka semua merasa amat gembira serta rasa dihargai oleh pihak kami. katanya.


Kami berharap program seperti ini akan dapat kami teruskan dimasa masa akan datang insya Allah.

Kami berpendapat bahawa program ini adlah baik sekali. Bagaimanapun skopnya mungkin perlu diperluas dengan berusaha mendapatkan penajaan dari pelbagai pihak terutamanya dalam membentuk masyarakat yang perihatin di Padang Jawa.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Coretan Lukisan Hati...: Huru-Hara <b>Di Selayang</b>!

Posted: 26 May 2011 08:18 AM PDT

hari ni melakar sejarah apabila aq terpakse bergegar ke sekolah SMKSB tok bg kalkulator kat adik aq..yela dah tau nk pekse math leh plak dye tgl kalkulator kat umah..mmg havoc la rumah pastu fikir cmne nk anta kalkulator kat dye..

ape dye igt keje aq kat umah nih jge kebajikan kalkulator dye ke ape..padahal aq sambil menyanyi-nyanyi dan melalak untun packing barang2 nk balik perlis sabtu nih..

tapi time aq nk anta kalkulator kat dye yang namenye di sembunyikan untuk mengelak kontrovesi..satu kejadian aneh dan ajaib telah berlaku..dimana sejumlah wang bernilai RM5 telah turun dari langit..uish dasat! dasat.. tu hanyalah pepatah pepatung..sebenar er aku pon xtau mane duet tuh dtg..sedar2 terbang depat aku..so aku pon kutip dan trus tahan teksi..aq ase wat pertama kali dalam sejarah pakcik teksi tuh ade org g sekolah nek teksi padahal klu jalan kaki g sekolah x sampai 15 minit..giler x aku?

so aku sambung balik cerita biler aku kutip jer RM1 sampai cukup 5 aku pon tahan teksi dan trus ke sekolah SMKSB..mencari-cari si dye bukan name sebenar tok bagi kalkulator..hampeh tol! xde langsung batang hidung..geram la jugak hingga menyebabkan air mata aku yang mahal nih jatuh..so aku segera menhan seorang pengawas sekolah berbangsa india..so aku pon bg commang tahap kapten soh dye pass kan kalkulator tuh kat adik aku yang sedang jawab pekse tuh..so dgn bangga pon india tuh g la ppas kan kalkulator tuh kat adik aku..

TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!

yang paling aku bengang!! dye telepon macam nk guna kalkulator tuh time first pekse so aku pon menyibukkan otak aku tok anta kalukulator dye time2 tuh jugak! alih2 dye nk guna time exam akkhir!! x ker cipan name er tuh!! warghhhhhh!!!!!!!!! memang geram gler la aku..col mcm nk bg tau ade org meninggal jer bunyi nyer..padaha; xde ape pon yang kecoh..ish memanag pas dye balik tuh kne henta dgn 4 org umah aku..4 org tuh iaalah aku angah mak ngan ayah aku..amik ko acik..xpasal-pasal kne masuk mahkamah umah lak..wat kecoh selayang jer arini..xpasal-pasal ade drama siaran langsung kat sekolah td..ish malu aku..tension tau...paling best aq mmg g sehelai sepinggang..tp lg best bila duet muncul depan mata..kini aku dah mula percaya duet turun dari langit..so pasni jgn ckp pepatah xde duet muncul tiba2 sebab aku dah ase duet muncul tibe2..yang paling best duet yang muncul duet br lak tuh..uish bila pikir balik..seram pon ade..hehe papepon alhamdulillah dapat jugak aku merasa keadaan kritikal cmni..korang ade ker? hehe nyte!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Ikan Patin Temerloh boleh dinikmati <b>di Shah Alam</b> ?? | || Dear Diary ||

Posted: 15 May 2011 09:22 PM PDT

Dah berapa hari tak sempat nak update blog. Pulak tu blogger pulak tengah error. Kalo ada entry tu auto published ajer.Sunguh busy gila skang ni sebab sistem baru nak launching. Memang tak masuk ofiz.Duk menumpang di ofiz orang. Syok jugak, sebab dekat dengan rumah aku :p Rabu- Jumaat aku akan ke Penang .Penang waiting for me :)

Be sleek & cool with a white iPhone 4!


Hari ni, JJCM kembali di elissmie.com. Korang tengok tak cover pasal Ikan Patin Temerloh kat Majalah 3 hari tu ? Aku ngan my hubby tengok dengan penuh keterujaan lah weh, siap meleleh air liur :p Lepas tu teringat kat satu kedai kat Shah Alam ni kat Seksyen 15,sekali esoknya punya la excited pergi nak pekena Ikan Patin Temerloh ni, dapat info dari Kak Yat, ofiz mate aku ni.Malangnya, kedai tu tutup daaa..

Weekend baru ni, sekali lagi aku kesana tapi dengan Long aku..My hubby kerja. Ni cerita 2 minggu lepas. Kami kesana.Tawakkal ajer la kan :p Sekali..Bersorak kami dalam kereta sebab kedai tu bukak ok !! Terus cepat-cepat terjah ikan patin. Alahai..Tinggal 1 kepala dengan 1 badan ajer.Bila tanya, dia cakap tengah masak lagi. Terus hubby amik dulu part kepala dan aku tunggu dengan sabarnya (tak sabar mana pun) untuk kepala jugak. Malas ar aku citer panjang, jom layan Ikan Patin Gulai Tempoyak , Temerloh mari.....

Ni lah kedainya . Temerloh Catering nama diberi...

Alamat, korang boleh baca ajer kat atas ni. Ni dekat dengan Dataran Otomobil...


Ni deko dalam kedai tu..Simple and nice :)

 

Jom tengok kepala Ikan Patin yang kami makan hari tu...

Terliur tak ??

Terliur tak ??

Kami amik Patin Sangkar ajer..

Kuahnya yang pekat likat..perghhhhhhhhh...Memang macam berada di Temerloh ajer gayanya ni..

My Nuha tengah duk pelik nengok mak bapak dia yang macam naik hantu :p

Be a Sunsilk Perfectionista & win prizes worth RM35,000!

Ni yang kami santap tengah hari tu...Yang kelakar tu sambil makan sambil cakap sedap-sedap :P

Up lagi sekeping gambar kepala..Kasi korang terliur habis habisan gitu :p

Tengok, amik ko..My hubby punya..Hingga tinggal tulang...

Kuah pun licin..memang rakus btol laa kalo jumpa Ikan Patin Masak Tempoyak ni..


 

Semua sekali hari tu RM20 ++ . Harga Patin Buah - RM 12 seketul, Harga Patin Sangkar RM 8 Seketul dan Ikan Baung RM12 seketul..

Korang suka makan Ikan Patin Masak Tempoyak tak ?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


Ada 20 Kasus Pembalakan Liar <b>di Meru</b> Betiri - AntaraNews.com

Posted: 14 Jun 2011 10:29 AM PDT

Ilustrasi Pembalakan Liar (www.greenpeace.org)

Berita Terkait

Jember (ANTARA News)- Sebanyak 20 kasus pembalakan liar terjadi di kawasan Taman Nasional Meru Betiri (TNMB) yang berada di Kabupaten Jember dan Banyuwangi, Jawa Timur, selama lima bulan terakhir (Januari-Mei) 2011.

Kepala Polisi Hutan (Polhut) TNMB, Musafa, Selasa, mengatakan sebanyak 20 kasus pembalakan liar tersebut, hanya empat kasus yang diproses oleh petugas TNMB dan aparat kepolisian.

"Sebanyak 16 kasus pembalakan liar lainnya hanya temuan petugas dan tidak ada tersangkanya. Petugas hanya menemukan bekas kayu hutan yang sudah ditebang dan sejumlah gelondongan kayu di pinggir hutan," tuturnya di kantor TNMB Jember.

Ia menjelaskan kasus penebangan kayu secara ilegal terbanyak berada di kawasan Seksi Pengelolaan Taman Nasional (SPTN) Wilayah II Ambulu yang luasnya mencapai 28.370 hektare (ha).

"Kawasan SPTN Wilayah II meliputi Desa Sanenrejo, Andongrejo, Wonoasri dan Bandealit. Jumlah petugas yang memantau wilayah itu sangat terbatas, sehingga pembalakan liar masih saja terjadi di kawasan TNMB," paparnya.

Musafa mengemukakan jenis kayu yang paling banyak ditebang oleh pelaku biasanya jenis kayu sapen, kemuning dan garu karena kayu tersebut mudah dijual untuk kebutuhan rumah seperti untuk pintu dan jendela.

Selain pembalakan liar, lanjut dia, selama lima bulan terakhir juga terjadi perburuan satwa liar sebanyak dua kasus, perambahan hutan sebanyak satu kasus, dan gangguan hutan di kawasan konservasi sebanyak empat kasus.

"Kemampuan petugas polhut sebanyak 33 orang untuk mengawasi kawasan konservasi Meru Betiri seluas 58 ribu ha tidak seimbang, namun petugas akan mempersempit ruang gerak pelaku pembalakan liar," katanya menjelaskan.

Menurut dia, jumlah pembalakan liar tahun 2010 sebanyak 43 kasus, tahun 2009 sebanyak 58 kasus, dan tahun 2008 sebanyak 65 kasus, sehingga ada kecenderungan kasus pembalakan liar di kawasan Meru Betiri menurun.

"Mudah-mudahan kasus pembalakan liar tahun ini menurun dengan kerja keras yang dilakukan petugas polhut dalam mengawasi pelaku ilegal logging," katanya.
(KR-MSW*F002)

Editor: Aditia Maruli
COPYRIGHT © 2011

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


::Haluan Kiri::: Kemalangan Maut <b>di Rawang</b> Mutiara

Posted: 12 Jun 2011 05:43 AM PDT

Lokasi   : Rawang Mutiara ( Berdekatan Shell ) 
Tarikh   : 9 Jun 2011 ( Khamis )

Jam      :  8.15 pagi

Suatu pagi ketika HK dalam perjalanan ke tempat kerja di Rawang, HK dikejutkan dengan satu kemalangan yang membabitkan motorsikal. 

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian pembonceng motorsikal ini dikatakan telah dirempuh oleh sebuah lori dan kemudian lori tersebut telah melarikan diri dan kes ini disifatkan sebagai kes langgar lari. 

Mujur HK lewat sedikit dari waktu kejadian ini berlaku kerana jalan ini lah jalan yang HK selalu guna untuk pergi ke tempat kerja. HK sempat ambil gambar kejadian ini dari blog GobbloG hasil pencarian di google.


Hanya di kenali sebagai Hafiz, arwah menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan ke tempat kerja di Mydin Rawang.




A
rwah di percayai di rempuh oleh sebuah lori yang terus meninggalkan tempat kejadian.




Suasana mula diselubungi rasa sedih sebaik tiba ahli keluarga dan rakan-rakan arwah di tempat kejadian. Di fahamkan bapa arwah baru sahaja meninggal dunia.



Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Selayang untuk di bedah siasat.



Kemudian jenazah di kebumikan pada hari yang sama jam 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Sg Choh, Rawang.



p/s: Kepada rakan-rakan yang bawa motor ke tempat kerja nasihat HK berhati-hatilah. HK pun mintak doa dari kawan-kawan supaya mendoakan keselamatan HK ke tempat kerja kerana HK pun bawa motor ke tempat kerja. 

Setiap kali pergi dan balik HK tak berhenti-henti berdoa minta dijauhkan segala bencana sepanjang perjalanan. Untuk mangsa yang telah meninggal dunia sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

Al-Fatihah...

Kredit pada GobbloG atas ihsan gambar ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Parlimen Ampang » Blog Archive » MB Khalid Lawat Rakyat <b>di Sepang</b>

Posted: 11 Jun 2011 07:41 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR: 11 JUN  2011

Dato' Menteri Besar Tan Sri Khalid semalam telah meluangkan satu hari di daerah Sepang bersama rakyat sempena Progam Khas Mesra Rakyat di seluruh Selangor yang bertujuan mendekati rakyat serta memahami dan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau memulakan program di Sepang dengan Program Perhimpunan Pagi dan Dialog di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, bersama kakitangan kerajaan serta pemimpin tempatan termasuk pegawai kerajaan, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan KemajuaanKampung (JKKK) di Sepang.

Dalam sesi dialog tersebut, Menteri Besar memberi penerangan mengenai dasar-dasar baru, terutamanya dasar yang bertujuan memudahkan sistem pentadbiran dalam isu-isu tanah.

"Di bawah Skim Pemilikan Tanah Persendirian, rakyat yang ingin memiliki tanah atau rumah secara sah kini ada pillihan untuk membayar RM 1,000 sahaja sebagai premium. Bayaran penuh premium hanya akan dikenakan sekiranaya tanah atau rumah tersebut dijual kepada pihak ketiga yang bukan ahli keluarga," kata beliau.

Turut diperkenalkan adalah sistem pentadbiran tanah yang berasaskan sistem data komputer yang akan meringankan beban pegawai kerajaan dalam penyimpanan fail-fail tanah seperti sedia ada.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menambah baik pengendalian Skim Mesra Usia Emas dengan mewujudkan satu program baru dimana baucer pembelian barangan makanan akan diberi kepada warga emas.

"Kita lakukan begini kerana warga emas walaupun gembira dengan skim khairat kematian sebanyak RM2,500, namun begitu mahu menikmatinya sewaktu masa hidup. Oleh yang demikian, kita akan lancarkan program 'Jom pergi shopping bersama ADUN'. Bagi warga emas yang menyertainya akan dibawa ke hypermarket di mana mereka akan diraikan serta diberi baucer untuk berbelanja. Syarikat besar seperti Tesco, Giant dan Econsave telah menyatakan keinginan untuk turut serta dalam program ini," kata beliau. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM5 hingga RM 10 juta untuk menjayakan inisiatif ini.

Dato' Menteri Besar turut serta dalam dialog bersama lebih 4,000 rakyat di Dewan Orang Ramai Dengkil di mana rakyat berpeluang mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi terus kepada Menteri Besar. Dalam ucapan beliau, Dato' Menteri Besar mengulangi komitmen beliau terhadap menjunjung amanah yang diberikan oleh rakyat, iaitu untuk mereformasikan kerajaan negeri.

"Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah untuk manfaat semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama, atau kecenderungan politik," tambah beliau. Di Dengkil, Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan MES kepada peserta Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor serta menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Sebelum itu, beliau telah menunaikan solat jumaat bersama rakyat di Masjid As-Syakirin, Kg. Labu Lanjut dan seterusnya menjamu selera bersama lebih kurang 300 penduduk. Seterusnya beliau turut melawat pengusaha industri kecil dan sederhana di Kampung Sungai Buah.

Kemuncak program tersebut adalah ceramah perdana berkenaan pencapaian negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, dimana penasihat ekonomi negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan ucapan.

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program demi membela kebajikan rakyat terutama program pemilikan rumah serta pembinaan rumah mampu milik.

"Ini sebenarnya bukan kewajipan kerajaan negeri kerana kewangan kerajaan negeri mempunyai kekangan. Namun demikian, kerajaan negeri Selangor terpanggil untuk lakukan projek perumah mampu milik kerana kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Jadi saya ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Khalid," kata Anwar kepada lebih kurang 1,000 hadirin di ceramah tersebut.

Sepang adalah daerah ketiga yang dilawati sempena Progam Khas Mesra Rakyat selepas Klang dan Hulu Langat. Beliau dijangka melawat Hulu Selangor pada Julai depan.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

No comments yet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Muslimeen United: 10000 sertai program Selangor <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 31 May 2011 03:13 AM PDT

Align Centre(Gambar: Sebahagian remaja dan kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan di Sungai Besar baru-baru ini)

SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.

Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.

Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.

(Gambar: Dr Halimah melihat pameran Vespa di himpunan itu)

Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat.

Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black.

Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi.

Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian.

Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta.

Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat.

Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara.

Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri. -Hrkh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


jmc kota bharu: Temuduga Terbuka <b>Di</b> Pusat JobsMalaysia <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 13 Jun 2011 11:45 PM PDT

Temuduga Terbuka Di Pizza Hut

Tarikh : 16/06/2011 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi - 3:00 petang
Tempat : Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya, No.2, Jalan SS 5B/2, SS 5, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor (berhampiran Wisma Glomac, Wisma Kastam & Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya)

Majikan : Pizza Hut Restaurant Malaysia Sdn Bhd

Jawatan : Pekerja Makanan & Minuman(Crew)
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 50
Gaji Ditawarkan : RM 900.00
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM

Jawatan : Pelayan Tempat Makan
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 50
Gaji Ditawarkan : RM 900.00
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM

Jawatan : Pengurus Restoran
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 30
Gaji Ditawarkan : RM 1800.00
Kelayakan Yang Diperlukan : Diploma/ Degree (Any )

Sila pastikan calon yang hadir ke temuduga ini membawa Sijil Akademik & Resume, agar mereka boleh terus menghadiri temuduga pada hari yang sama. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin keterangan yang lebih lanjut, sila hubungi kami di talian pejabat 03-78735100/101(Ahmad Jazim atau Ismawi atau Kennedy Kumar).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved