ads

Rabu, 15 Jun 2011

12 di rawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


::Haluan Kiri::: Kemalangan Maut <b>di Rawang</b> Mutiara

Posted: 12 Jun 2011 05:43 AM PDT

Lokasi   : Rawang Mutiara ( Berdekatan Shell ) 
Tarikh   : 9 Jun 2011 ( Khamis )

Jam      :  8.15 pagi

Suatu pagi ketika HK dalam perjalanan ke tempat kerja di Rawang, HK dikejutkan dengan satu kemalangan yang membabitkan motorsikal. 

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian pembonceng motorsikal ini dikatakan telah dirempuh oleh sebuah lori dan kemudian lori tersebut telah melarikan diri dan kes ini disifatkan sebagai kes langgar lari. 

Mujur HK lewat sedikit dari waktu kejadian ini berlaku kerana jalan ini lah jalan yang HK selalu guna untuk pergi ke tempat kerja. HK sempat ambil gambar kejadian ini dari blog GobbloG hasil pencarian di google.


Hanya di kenali sebagai Hafiz, arwah menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan ke tempat kerja di Mydin Rawang.




A
rwah di percayai di rempuh oleh sebuah lori yang terus meninggalkan tempat kejadian.




Suasana mula diselubungi rasa sedih sebaik tiba ahli keluarga dan rakan-rakan arwah di tempat kejadian. Di fahamkan bapa arwah baru sahaja meninggal dunia.



Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Selayang untuk di bedah siasat.



Kemudian jenazah di kebumikan pada hari yang sama jam 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Sg Choh, Rawang.



p/s: Kepada rakan-rakan yang bawa motor ke tempat kerja nasihat HK berhati-hatilah. HK pun mintak doa dari kawan-kawan supaya mendoakan keselamatan HK ke tempat kerja kerana HK pun bawa motor ke tempat kerja. 

Setiap kali pergi dan balik HK tak berhenti-henti berdoa minta dijauhkan segala bencana sepanjang perjalanan. Untuk mangsa yang telah meninggal dunia sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

Al-Fatihah...

Kredit pada GobbloG atas ihsan gambar ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved