ads

Sabtu, 21 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gara-gara DAP takbur, BN menang S'gor « Helen Ang

Posted: 24 Feb 2012 09:05 AM PST

Februari 25, 2012 at 1:05 am

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN. Pada PRU12, Pakatan menang 36 kerusi dan BN 20.

Untuk memperolehi majoriti mudah di Selangor, sesebuah gagasan itu sama ada Pakatan atau BN memerlukan 29 kerusi.

Bandingkan juga keputusan DUN Kelantan PRU11 (tahun 2004) di mana PAS menang 24 kerusi, BN 21. Jikalau waktu itu dua orang sahaja Adun PAS melompat, parti Islam tersebut akan tinggal 22 kerusi dan BN 23!

Pada tahun 2008, Adun-Adun Selangor ada yang menang dengan hanya majoriti tipis.

Contohnya DUN Teluk Datuk di mana Phillip Tan (DAP) mendapat 7,584 undi dan lawannya Ei Kim Hock (MCA) 6,886 undi. Calon DAP itu menang dengan kelebihan 698 undi sahaja. Namun undi rosak ialah 493.

Yang keluar mengundi di Teluk Datuk ialah 82.2 peratus daripada pemilih berdaftar. Pecahan pemilih mengikut kaum ialah Melayu: 33.2%, Cina: 44.6%, India: 22.0%, Lain-lain: 0.2%.

Teluk Datuk adalah di antara 10  kerusi — yang lainnya Bukit Melawati, Cempaka, Sekinchan, Damansara, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Kota Anggerik, Lembah Jaya dan Selat Klang — yang mana Pakatan menang dengan majoriti kurang 10 peratus.

Tidak mustahil BN dapat merampas semula kerusi-kerusi goyah di Selangor jika boleh dipertingkatkan prestasi mereka. Untuk MCA tawan balik Teluk Datuk, misal kata, calon parti tersebut harus mengaut sekerat sahaja undi tambahan kaum Melayu atau India. 'Swing'/ayunan kecil ini sebenarnya bisa diusahakan.

Para pemilih India telah pun mengisyaratkan rasa tawar hati mereka terhadap pembangkang. Antara punca Pakatan kalah pilihanraya-pilihanraya kecil Hulu Selangor, Bagan Pinang, Tenang dan Merlimau ialah faktor sokongan India kembali kepada BN. Atau pemilih India sengaja tidak keluar undi.

Kalau kaum India sudah celik mata, bagaimana pula dengan kaum Melayu, khususnya yang duduk di luar bandar dan pedalaman? Biar kita tinjau sikap kerajaan Selangor dan menilai sama ada pentadbiran Khalid Ibrahim mesra rakyat.

Mengikut banci tahun 2010, Selangor mencatatkan sejumlah 5,462,141 penduduk. Daripada angka itu, Bumiputera dikira sebanyak 57.1%, Cina 28.6%, India 13.5% dan lain-lain 0.8%.

Orang Cina Selangor pada hakikatnya kurang 30 peratus tetapi tampak angkuh serta rakus membolot kuasa dan pengaruh.

Cuba kita tengok perangai puak Hosanna di Selangor Times yang semua wartawannya Cina.

Analisa 'Selangor Times'

Dalam posting yang lepas, saya mengatakan Selangor Times sedang giat mempromosi personality cult pemimpin-pemimpin DAP kesayangan mereka.

Di bawah ialah peta negeri Selangor mengikut sempadan DUN. Daerah Subang Jaya ditandakan dalam petak merah.

Saya telah mendedahkan bahawa setiap edisi Selangor Times pasti akan mempamerkan gambar Adun Subang Jaya DAP iaitu Hannah Yeoh.

Pada muka depan Selangor Times jilid 60 bertarikh Feb 10 terpampang gambar besar Hannah. Dalam jilid 61 bertarikh Feb 17, cerita utama di muka depan pun berulang kali menyebut nama Hannah — "Yeoh is influential and she knows how important this issue is".

Selangor Times edisi minggu ini

Edisi terkini Selangor Times, iaitu jilid 62 bertarikh Feb 24, mengandungi 24 halaman termasuk 5 halaman iklan mukasurat penuh dan 2 halaman iklan separuh mukasurat. Ini bermakna halaman bercetak ialah (24-6=) 18 helai.

Daripada 18 halaman berita ini, sejumlah tiga rencana membawa 'dateline' (yakni tempat cerita dilaporkan) Subang Jaya dan seperti biasa Hannah Yeoh mesti dipetik pemberita Selangor Times.

Sejak permulaan tahun dari jilid 55 ke 62, iaitu selama lapan minggu berturut-turut, Selangor Times tak ubah-ubah memaparkan gambar serta rencana berkenaan Hannah Yeoh.

Selangor Times seolah-olah takut sangat penangan Yang Berhormat itu jika sekiranya ada satu minggu berlalu di mana Hannah Yeoh tidak mendapat tempat dalam suratkhabar negeri. Pengarang, penyunting dan pemberita begitu menggeruni serta mentaati wala Sang Hannah Utama.

Selain penulis-penulis Hosanna yang lazim di Selangor Times, personaliti terkenal Patrick Teoh juga diundang sebagai penulis tamu untuk terbitan Feb 24.

Patrick yang terkenal sikap pro-DAPnya pernah memblog tentang Lim Guan Eng seperti berikut:

"Damn best speech I've heard from a politician in years la. He spoke about Penang and the people's collective efforts in building a great place to live and work and bring up family all. And he never once highlighted any one particular community for praise. All are Penangites and all contribute and share. I tell you ah, after listening to him and enjoying Penang for 2 days I really felt like moving there to live la."

Seorang lagi penulis jemputan Selangor Times Feb 24 ialah Tricia Yeoh yang mengulas perbahasan hangat presiden MCA dengan setiausaha agung DAP.

Beliau mengujar:

"The DAP leader [Lim Guan Eng] also scoffed at MCA for not being able to stand up to the corrupt ways of Umno. To be fair, the Penang Chief Minister did articulate a host of policy successes of his state, to prove that Pakatan Rakyat's policies would be viable."

Tricia Yeoh berpendapat Guan Eng berjaya menyampaikan kepada hadirin tentang sukses dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Sebaliknya Tricia tidak mempunyai apa-apa kata pujian bagi Soi Lek.

Selangor Times hanya untuk Hannah

Sudah terang lagi bersuluh siapa yang diberi ruang dalam Selangor Times meskipun 5.4 juta anak watan Selangor tidak semestinya semua pro-Pakatan.

Adakah sebuah jentera kerajaan seperti Selangor Times – yang sepatutnya berfungsi sebagai media rakyat – telah berlaku adil?

Cuba teliti sekali lagi gambar-gambar 56 orang Adun Selangor (scroll atas). Siapa di kalangan mereka yang mampu anda cam? Adun-Adun Cina umpamanya Ronnie, Teresa, Hannah dan Elizabeth Wong, bukan?

Ramai Adun BN yang mungkin kurang dikenali. Adakah kepincangan ini hasil kesan daripada golongan BN dipinggirkan oleh media dan aktiviti rasmi negeri Selangor (contohnya memanfaatkan peruntukan RM300 juta 'Selangorku')?

Mengapakah Selangor Times mahu melaporkan bahawa Hannah Yeoh seorang polikus yang memiliki pengaruh besar? Adakah pengaruhnya nescaya publisiti meluas yang selalu disalurkan oleh perkakas kerajaan negeri?

Kenapa Selangor Times asyik memberi tumpuan kepada Subang Jaya? Kalau sebut Shah Alam masuk akal kerana ibukota tersebut pusat negeri.

Tempat-tempat lain seperti Batang Berjuntai, Jeram, Langat dan Tanjong Karang langsung tidak mendapat liputan sebab Selangor Times ini Subang-centric siut.

Nampaknya Selangor Times ingatkan cakerawala berpaksi di Subang Jaya. Dalam sangkaan Selangor Times juga Adun-Adun BN berupa makhluk ghaib. Dan Selangor Times jarang nampak kelibat Melayu dan India.

Maka ada baiknya jika kita boleh khabarkan sikap riak Selangor Times ini kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung.

Pada PRU11 yang lepas, PKR telah bertanding 21 kerusi, PAS 20 dan DAP 15. Justeru status quo ini dikekalkan di Selangor, DAP boleh meraih tahap maksimum 15 kerusi.

Lantaran itu, kerajaan negeri akan ditentukan di gelanggang PKR lawan Umno. PAS lawan Umno. PKR dan PAS tidak jamin menang.

Kerenah Selangor Times - sebuah penerbitan yang berada di bawah kawalan pejabat menteri besar – boleh sedikit sebanyak membuka mata orang Melayu kepada situasi lidah Roket dibenarkan bermaharajalela.

Harap agar rakan-rakan blogger boleh tolong sebarkan. Terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Hannah Yeoh 56, Umno 0

Why Hindraf Indians won't vote Pakatan next election

Peruntukan berjuta-juta bagi Adun, majlis perbandaran S'gor tapi …

Kg Buah Pala: Pagar makan padi

Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU. Tags: , .

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa PRU-13,PDM <b>Teluk Datok</b>

Posted: 20 Mar 2012 06:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kejadian di JPM: Petanda "politics of hatred" jahanamkan masyarakat dan negara - Kejadian di JPM semalam adalah petunjuk tanda bahawa politik post 2008 yang diwarani oleh "politik of hatred" yang dibawa pembangkang dan politik ...

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


~ Truly Love ~: Berbuka <b>di Jenjarom</b>

Posted: 21 Jul 2012 08:50 AM PDT

Alhamdulillah.. Allah bg kekuatan padaku utk berpuasa dan berbuka hingga akhirnya...

Rasa penat juga ealah... Mana melayan si Faiqah yg demam lagi... Dan tak blh wat satu keje pun.. Ari pertama puasa ku terpksa postpone waktu mandi ke petanh kau... Penangan Faiqah demam la ni...

Dah dia demam... Tak nak makan lak tu.. Yang dia nak mengepeng aje.. Huhu.. Namun ku kuat kan smgt utk truskan berpuasa juga.. Alhamdulillah.. Mmg Allah bagiku kekuatan utk berpuasa walaupun seharian Faiqah menyusu je.. Pump jgn harap la dpat pegang ea time2 dia demam.  kirkm slm je lah..

Eh.. Nk cite psl berbuka di jenjarom.. Melalut ke lain plak... Ok.. Back to our topic... Aku dan suami dh merancang nk g berbuka umah baru kak ipar ku.. Iaitu satu2nya kak suamiku di jenjarom. . Banting selangor... Tapi sebelum tu kitaorg plan nk g Nilai dulu.. Saje2 la window shopping nk raya ni... Sja la shopping awl2.. Tak nk la berebut saat akhir kn.. X best bersesak2... Last2... Tak jadi sbb suamiku bawa kete g service dr jam 8.30 pagi hingga 3.30 ptg baru balik...

So.. Terpksa la ubah planning.. G berbuka kat umah kak ipar dulu..  esoknya bru gerak g Nilai... Yang pasti g nilai bukan nk cari bbju Faiqah ok.. Sbb baju faiqah awl2 lagi aku dan suami dan get ready... Tema raya kitaorg tahun ni polkadot background purple.. Blh jmpe ke tak baju tu esok kita tggu je lah...

Tapi... Aku syukur sbb plan nk berbuka bersama keluarga tercapai.. Wlaupun keluarga mentua.. Tapi mcm keluarga sndiri... Planning nk berpuasa dgn family belah aku di kedah plak tggu gaji t lah.. Baru plan nk balik kg di kedah plak..

Ok.. Semoga planning esok berjalan dgn lancar dan segala urusan dipermudhkan Allah.. Insya-Allah...

P/S: sape nk ikut aku shopping jomm.. Tapi bayr sendiri la... Hehhhe.. Doakan aku jmpe jenis corak yg ku nk cari tu esok k... Selamat malam....


Terima kasih sebab baca coretan MyFirdz. Jika tak dak idea nak komen tekan like atau share pun ok... (>_^)

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


Seramai 168 Dari <b>Paya Jaras</b> Terima RM 1500 Khairat Kematian

Posted: 20 Jul 2012 11:42 PM PDT


SUNGAI BULOH  : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) membawa kebaikan bukan sahaja kepada warga emas yang berdaftar, malah turut memberi kelebihan kepada ahli keluarga yang lain.

Mohd Hanif Husin 62, berterima kasih atas wang khairat kematian kerana dapat membantynya menguruskan pemergian arwah ibunya pada pertengahan bulan lalu.

"Sememangnya saya sangat setuju dengan langkah Kerajaan Negeri mewujudkan skim sebegini kerana sekurang-kurangnya dapat membantu kami mengurus jenazah dengan lebih baik.

"Dengan wang yang diterima hari ini, Insya-Allah saya ingin menaik taraf kubur arwah ibu dengan batu marmar selain menganjurkan kenduri tahlil untuknya," ujarnya yang berasal dari Paya Jaras.

Keluarga warga emas yang berdaftar dengan SMUE akan menerima RM 1,500 di bawah program khairat kematian.

Mohd Hanif antara 168 penerima wang khairat kematian SMUE yang diraikan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Paya Jaras sempena Program Khas Mesra Rakyat di sini petang semalam.

Seorang lagi penerima, G. Neela 59, berkata beliau sangat berbesar hati dengan langkah bijak Kerajaan Negeri yang disifatkannya sebagai berpandangan jauh.

"Di mana lagi di Malaysia kita mahu cari pemberian wang khairat kematian seperti ini melainkan di Selangor?

"Sebelum 'pergi' kita dijaga dengan pelbagai kebajikan, apabila sudah 'pergi', keluarga yang ditinggalkan pun tidak terbeban untuk mengurus jenazah lebih-lebih lagi kepada keluarga miskin," jelasnya yang hadir ditemani anak lelakinya.

Sebanyak RM 252, 000 disumbangkan kepada 168 penerima daripada 10 kawasan DUN dan kesemuanya disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam program tersebut barisan Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Ronnie Liu, Dr. Halimah Ali, Rodziah Ismail.Juga hadir Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan selain Penyelaras DUN Paya Jaras, Khairuddin Othman.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


asphalt driveway company Offer Bdr Teknologi <b>Kajang</b> Monteleone <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 06:32 PM PDT

Publish Date: 21-07-2012 09:32:04 | Contact name: Vaughn Karr | Location: Bdr Teknologi Kajang | Place: Monteleone Di Spoleto | 5 times displayed |

It's a good idea when the 1st step of concrete process sealcoating is performed inside just two years pertaining to the route having recently been produced.
Once some area might be cleaned related any debris, apply a single tach coat to make the new hot road adhere into the eliminate out area.

For more about asphalt driveway resurfacing cost visit http://portapacis.com/?page_id=61

Contact Vaughn Karr: asphalt driveway company

Send me an email with links to manage my Ad

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


*ShawlCenter* for Shawl Lover: Butik Radiusite <b>di Rawang</b>

Posted: 19 Jul 2012 12:44 AM PDT

Hari ni pergi Butik Radiusite yang baru buka di Rawang. Ingatkan boleh la tengok-tengok baju untuk hari raya. Tapi malangnya belum ada lagi. Kena tunggu bulan puasa, bulan puasa bila tu pun tak tau lagi.

Tanya ada sales sempena raya tak? Itu pun tak tau kata adik yg jaga Butik ari ni.

Dapat la belek2 tudung Shasmeen idaman hati.. Ekekeke.. Tapi macam takde warna tema jer.. Ermmmm.

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Terjun Dari Menara Telekomunikasi <b>Di Sepang</b>, Seorang Konstabel <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2012 06:00 PM PDT

Hari tu heboh pasal cubaan bunuh diri bapa jaguh badminton Negara
Datuk Lee Chong Wei dikatakan cuba terjun jambatan Pulau Pinang
Hari ni Seorang konstabel dari Balai Polis Sungai Buloh meninggal dunia
selepas terjun dari menara telekomunikasi
dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, kira-kira jam 10.15 pagi.

Anggota trafik itu yang sedang menjalani kursus menunggang motosikal ringan
dikatakan mengalami masalah kemurungan.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved