ads

Khamis, 11 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


YB Dr. Xavier Jayakumar Menghilangkan diri dari Penduduk Kampung

Posted: 26 Jun 2012 12:15 AM PDT

by INIYAVAN03

Setelah merentasi 4 generasi secara turun temurun kini Penduduk Kampung Fatimah, Kuala Langat melangkah ke perang Pusingan yang ke 4 untuk mendapatkan Geran Penduduk tetap. Kampung Fatimah( Ladang Ann Kiat) yang merentasi 4 generasi menempatkan 99% bekas pekerja india Ladang Ann Kiat.

Pada tahun 1982 pengurusan Ladang Ann Kiat membuat arahan Pekerja yang mencapai umur 55 tahun perlu meningalkan Ladang tersebut. Pengurusan Ladang juga tidak membuka kawasan baru untuk menempatkan bekas pekerja ladang tersebut. Melalui kesatuan kebajikan pekerja ladang Ann kiat mengenal pasti plot tanah yang sesuai untuk menjadikan kawasan perumahan kepada pekerja Ladang pada masa itu. Tanah itu berhampiran dengan Sungai Langat.

PERANG Pusingan 1 - Bekas pekerja ladang sebulat suara membuat keputusan untuk mendapatkan kawasan Perumahan untuk pekerja Ladang tersebut, Pusingan pertama rundingan dimulakan oleh En.Panadian, En.Muthu Samy dan juga En.Marimuthu. Setelah rundingan demi rundingan mantan Menteri Besar Selangor Dato' Mohd Rafi mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat untuk membuat kajian tanah di kawasan yang dikenal pasti.

Selepas itu di tanah rezab Kerajaan mereka diberi kebenaran untuk mendirikan 37 unit rumah. Pada tahun 1990 setelah kerja keras ADUN Kawasan Telok Datuk Pada masa itu Dato'Paduka Hajjah Fathimah Suhaimi, sebanyak 37 keluarga mendapat geran penduduk sementara di tempat tersebut. Kerja –kerja pembinaan perumahan bermula pada tahun 1992 dan berakhir pada Jun 1993, majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Datuk Seri, S.Samy Velu (Menteri Kerja Raya ) Pada masa itu.

PERANG Pusingan 2 - Kali ini En.M.Gunasegaran Ketua Jawatankuasa Penduduk Pada Masa Itu menjadi penggerak untuk mendapatkan Geran Penduduk bersama-sama dengan kesatuan pekerja ladang Ann Kiat. Bekas pekerja ladang yang mendapat kebenaran untuk mendirikan kediaman dikawasan tersebut menggunakan wang simpanan mereka ada juga yang menggunakan wang KWSP untuk menjayakan impian mereka hidup di rumah sendiri. Pejabat Tanah meluluskan Geran pendudukan sementara bagi Kampung Fatimah,Kuala Langat.

PERANG Pusingan 3 - Kali ini rayuan demi rayuan ditujukkan kepada ADUN Kawasan Teluk Datuk YB Ee Kim Hock. Beliau memberi kata putus untuk mendapatkan geran pendudukan tetap bagi pekerja Ladang Ann Kiat. Keadaan ini berterusan sehinggalah Pakatan Rakyat mengambil–alih Pentadbiran Selangor dan juga DUN Telok Datuk Khusnya.

Pada waktu Pilihan Raya yang ke 12- YB Abdullah Sani Fathimah (Ahli Parlimen Kuala Langat) memberi kata putus jika Selangor dibawah Pakatan Maka Semua penduduk Kawasan Kampung Fatimah akan mendapat geran penduduk Tetap. Janji tetap janji. Beliau juga memberi kata putus tersebut setiap kali lawatanya.

PERANG Pusingan 4 - Kali ini Permainan dan pencaturan diambil alih oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor Pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang lain yang bukan YB Dr. Xavier Jayakumar. Seperti biasa beliau juga memberi kata putus untuk mendapatkan Geran Pendudukan Tetap bagi penduduk Kawasan Tersebut, Malangnya Siri perbincangan pada 30-01-2012 setelah mengejar hulu kehilir pejabat Menteri Besar Gagal.

Perbincangan yang dilangsungkan bersama Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor tidak Berjaya. Selepas itu pada 14-06-2012 siri perbincangan kali ke-2 bersama Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor Pengarah memberitahu akta perairan tidak membenarkan. Pelbagai helah dikeluarkan. Yang menjadi hal sekarang YB Dr. Xavier Jayakumar. Terus mendiamkan diri dalam hal ini.

Penduduk Kampung Fatimah berharap Agar, Janji-janji manis yang diberikan oleh Pihak Kerajaan Negeri Selangor Perlu ditunaikkan sebelum PRU-13.

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Aircraft carrier USS George Washington sits at the pier in <b>Port Klang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 12:49 PM PDT

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Eta Fairy Tale World!: Klinik 1 Malaysia UTC Pudu

Posted: 07 Oct 2012 07:51 PM PDT


Bismillah....

I promise to try to update blog more frequently tp as usual nk menulis mood mesti kena tip top atau mood berada pada level paling bawah (sesuai tok tulis post yg emotional). But currently mood kt berada pada level pertengahan sahaja. xtip top or x terlalu bawah. Makanye xde cerita tok dikongsi. Di tambah lg dgn laptop yg sudah koma tanpa diketahui sebabnye.

Walaupun mood berada pada level pertengahan sahaja tp kt masih wajib tok update blog sbb dh lama menyepi plus skrg xde patient n xtau nk wat ape. Harharhar.....pekerja xberkhemah betul kt ni. Padahal berderet lg CME yg kt kena buat sbb CPD point masih belum cukup 50. grrrr...tp petang ni pun boleh buat kan?

Hari ni merupakan hari pertama kt kena bertugas di KK 1 Malaysia UTC Pudu. Macam biasa kerja dekat KK under KL ni kt bukan sahaja akan bekerja di Klinik tmpt kt bertugas tp juga kat tmpt2 lain. Kerja kat tempat2 lain adalah mengikut rotation dgn staff dr Klinik lain. So far kt kena bertugas di KK 1 Malaysia UTC, extended hours KK Kg Pandan, Methadone Cure n Care Sg Besi, Methadone KK Jinjang dan Methadone KK Jinjang. Jd sila jgn tanya kenapa kt xboleh nk buat long term planning tok g holiday. Sebabnye nanti dh dok planning, beli tiket bagai tetiba nama naik tok oncall. Nk cari org ganti or tukar jadual adalah susah ye sbbnye semua org pun bnyk jadual tugasan lain.

So apa cerita hari pertama kt?
Dimulakan dgn cara kt nk dtg kerja. As u all know rumah kt adalah di Jenjarom, dan kt merupakan pengguna tegar KESAS highway. Untuk sampai ke sini, kt perlu meredah KESAS sehingga ke stesen LRT Bukit Jalil. So td keluar rumah kol 7am. Hujan, makanya KESAS jem. Bayar tol RM6.60. Smpi LRT pukul 805am. Naik LRT 815am. Perlu meredah lautan manusia yg ramai dalam LRT tu. So as expected kena berdiri. As breastfeeding mother perlulah kt angkut beg pump kt tukan. Penuh beg tu dgn ice pack, cooler bag, set pump n botol susu. Ditambah dgn botol air suam, botol air nescafe, satu kotak air dutchlady n wet tissues tok lap pump nanti. Bukan beg tu je kt kena bawak, handbag tok bawak2 brg peribadi pun kena angkut. Nasib baik bendera merah, kalau x beg telekung pun kena bawak. Adei....dgn body frame kt yg kecik ni nk kena angkut mcm2 benda n kena bersesak lak tu dlm LRT (i cant imagine). Nasib baik tok pertama kali ni En Husband yg setia dok temankan kt sampai sini. Kebetulan lak dia ada kerja kat area KLCC. So die pun join sekali naik LRT. After this kena angkut barang sorang2 lah :(. Then i need to find new beg pack tok set pump kt. Senang nk angkut.  Naik LRT kt kena tempuh 9 stesen tok sampai ke stesen Plaza Rakyat. Tambang sehala adalah RM1.90. Kt guna kad Tounch N Go sbb xsanggup lah kan nk beratur panjang. Sampai Plaza Rakyat kena jalan kat satu lorong yg xsempurna binaan nye tok g ke stesen Pudu. N here i am, sampai pada pukul 842am instead of 830am. Secara total kos pergi dan balik adalah
tol RM13.20 + LRT RM3.8 = RM RM17 tidak termasuk minyak

Hasil kajian kt berdasarkan rekod kat sini, dalam sehari secara purata patient dlm 20-30 org. Sehari tu bersamaan dgn 9jam ye. No lunch time, kena berada kat kaunter all the time. Mak aih sikitnye pt. Waktu skrg dh 1032am, baru ada 6 pts. Adei.... Nk g toilet pun kena cepat2. Toilet berada diluar fasiliti klinik n kena bayar RM0.30 setiap kali masuk. Hurm...nampaknye kena r water restriction sbb nk jimat. Hohohoho.....
En husband pun dah berlalu g ke lokasi kerja die, makanye tinggalkan kt keboringan di sini.
Erk.....macam mana nk pump kat open area ni???? Dush2. Tak pump nanti engorge lak. Kenalah tebalkan muka n cover2 guna nursing poncho. No matter what pumping still go on!!!!! Go go go ;)
Ok tu je r cerita kt tok hari pertama kerja kat sini. Till we meet again UTC.

Saya Yang Menurut Perintah
Masnita Abdul Karim
Pegawai Farmasi U41

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Cycy Realla : Saya <b>di Bangi</b> .

Posted: 08 Oct 2012 05:53 PM PDT

Di temani dengan lagu Bila nak Saksi oleh Spider , tertiberr mood aku untuk update belog tiba. Mahu ceritakan tentang weekdays saya yang lepas. Saya balik Bangi sekejap , balik rasa macam tak balik jer , tetapi disebabkan minggu tu genap sebulan saya tak balik , jadi saya kena balik ! hahaha :D 

Pengalaman pertama balik naik bas luar , selalunya balik dengan senior takpun bas poli. Okay juga lah naik bus luar, cuma penat. Aku bertolak dari poli after class,dalam 0415ptg juga aku bertolak,mula-mula naik prebet ke Sg.besar,then tunggu bas kat situ , bas tu berhenti kat Pudu , tapi dia ada juga berhenti kat Sg.Buloh(KTM). Jadi aku pilih berhenti kat ktm Sg.buloh , then staright je sampai Ukm. Maghrib juga lah aku sampai Bangi . Penat dia tak payah cakap kan , tapi puas hati dapat berjumpa Family tercinta. Okay pagi ni class AE101 batal , jadi saya tengah berseronok duduk di bilik menunggu untuk kelas pukul 10am ni.
Shopping hilangkan tension .
Pagi Ahad,kami berkumpul di Kl sentral,naik bas Politeknik ,untuk kembali ke tempat asal kami .
Sementara tunggu bas ,kami membeli-belah di BBPlaza.
Assalamualaikum , baiiii :')

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Kebanyakan <b>Sungai Di</b> Selangor Tercemar, Ancam Bekalan Air <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR – Kebanyakan sungai di Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan berpotensi menjadi ancaman serius kepada keperluan asas yang amat penting ini jika tidak ditangani, seorang ahli sains memberi amaran Khamis.

Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir, berkata bahagian air bersih di sungai-sungai ini semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi, terutama pembangunan kawasan perumahan.

Sebagai contoh, beliau mendedahkan panjang Sungai Langat, sungai utama di antara beberapa sungai di Selangor yang menjadi sumber air mentah ialah 149.3 km tetapi bahagian air bersih hanya tinggal 49.3km sahaja manakala selebihnya 100km sudah tercemar.

Dalam satu temuramah dengan Bernama, Hafizan berkata, pencemaran sungai dikategorikan kepada empat kelas iaitu 1 dan 2 belum tercemar, manakala 3 dan 4 tercemar secara serius.

"Sepanjang 100km Sungai Langat sudah masuk dalam kelas 3, 4. Dan jika kualiti air sungai lebih teruk daripada ini, ia sudah dikira sungai mati," katanya.

Hafizan menjelaskan data-data ini adalah terkini yang diperolehi oleh para pelajar beliau yang membuat persembahan penemuan mereka mengenai keadaan Sungai Langat hanya tiga hari lepas.

Beliau berkata di daerah Hulu Langat kini keadaan semakin meruncing dan mengancam sungai akibat terlalu banyak pembangunan terutama kondominium, rumah-rumah kedai dan peningkatan populasi yang memberi impak negatif terhadap kualiti air akibat air cucian, sisa-sisa domestik dan sampah yang masuk dalam sungai.

"Saya adalah ahli sains dan penyelidik. Saya bercakap berdasarkan fakta mengenai kualiti air. Saya lihat secara terperinci setiap parameter kualiti air atau pun trend indeks kuailiti air. Jadi kuantiti air yang bersih sahaja pun tinggal sikit sahaja," tambah beliau.

Hafizan berkata ramai orang terkeliru apabila bercakap mengenai sumber air kononnya negara yang kerap hujan untuk mengisi empangan seperti di Malaysia tidak perlu bimbang tentang sumber air.

"Empangan hanya air untuk tujuan rawatan sebelum kita bekalkan kepada pengguna akhir seperti kita semua, pengguna domestik atau perindustrian. Tetapi sumber air daripada ini tadi perlu kita teliti daripada mana datang sumber air ini. Sumber air ini datang daripada sungai.

"Kalau nak mengharapkan hujan, memang jumlah hujan kita tinggi tetapi ia jauh daripada mencukupi dengan keadaan pembangunan yang pesat, pertambahan dan peningkatan dalam populasi. Tidak dapat tidak, permintaan bekalan air bersih dan air terawat terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Hafizan keadaan kualiti sungai yang semakin tercemar dan kuantiti air bersih yang semakin merosot bermakna kos rawatan air akan menjadi lebih tinggi dan ini akan mencetuskan persoalan sama ada kerajaan akan terus mampu memberi subsidi.

Ditanya mengenai dasar kerajaan negeri yang lebih mementingkan rancangannya untuk penstrukturan semula air di negeri itu daripada mengatasi masalah seperti ancaman pencemaran sumber-sumber air dan kekurangan kapasiti pengeluaran air terawat, beliau berkata penstrukturan semula seperti yang dicadangkan itu tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya masalah-masalah yang lebih kritikal tidak diatasi.

"Tanpa mengambil kira bagaimana untuk mengawal pencemaran sumber air kita ini, meningkatkan keupayaan loji, mengambilkira aspek kuantiti air bersih, penstrukturan ini tidak akan memberikan apa-apa kebaikan," kata Dr Hafizan.

Beliau juga menyatakan sokongan terhadap rancangan kerajaan Persekutuan mendapatkan sumber air dari Sungai Pahang ke Selangor bagi mengatasi kekurangan sumber air dan pembinaan loji rawatan Langat 2 sebagai langkah tegas mengelak krisis air yang dijangka melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2014.

Lagi pun, katanya, air dari Sungai Pahang tidak tercemar seperti sungai-sungai di Selangor. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pesta Tang Long Disambut Dengan Meriah <b>Di</b> Bagan <b>Sungai</b> Kajang

Posted: 01 Oct 2012 11:15 PM PDT

Bagan Sungai Kajang, 1 Okt    :    Pesta Tang Long hari ini diraikan dengan penuh meriah oleh masyarakat cina di Bagan Sungai Kajang dengan pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur termasuk cabutan bertuah . Lebih meriah lagi program tersebut turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat termasuk Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Bagi masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Sungai Kajang, Lim Hock Tiong

Warna serta tempat di mana tanglung digantung, pula katanya, membawa makna tertentu, Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada peserta yang mendapat cabutan bertuah di dalam program tersebut. Pesta  Tang Long berakhir kira-kira jam 12.00 malam selepas acara membakar Tang Long beramai-ramai.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Kwi Ai Mei, Lee Bon Hong, Ng Kok Guan  dan Tan Chew Lay.

Manakala, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Jumasri Jumin dan Saifuddin Ismail, Musa Hussein, Haji Abd Basid Abbas, Abbas Mujikan, Md Yatim Mohd Said serta Esa Ramli adalah Pengerusi JKKK yang  turut hadir.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Life..Love..n Happiness: Berkampung <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 27 Sep 2012 10:12 PM PDT

Rabu malam yang lepas, kami sekeluarga membuat aktiviti reunion di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Wak Lan & Wak Mon akan berangkat ke tanah suci Mekah. Dieorang kene masuk untuk pendaftaran pada pukul 1am. Mmg seronok dapat jumpe semua sedara mara, sepupu sepapat, pakcik makcik tp letihnye badan mmg tak dapat dinafikan lg la. Kesian jugak ngan en hubby yg tak rehat2 dari balik kerja petang tu. Pukul 2-4am pulak nak kene sambung tugas rukun tetangga kat taman..Huhu..
Suri la paling seronok dapat jmpe Maksu Ija die. Asik tunjuk kat belon2 yg ada jual kat tepi jalan tu je. Last2 dapat gak satu-ihsan uncle Ad die. Tak dapek la umi die nak belikan. Mahal kott..(kedekut..hehe) Punyelah banyak makanan dieorang bawak dari Melaka. Aku tgk nasi lemak je ada 2 tong. Wak Lan siap sedekah lagi kat orang yang duduk bersebelahan group kami. Ada kuih, ayam goreng, rendang, kek..macam2 lg la. tp yg pastinya aku tak makan pun sebab masa tu dah rasa tak sedap badan & mmg takde selera. Sebelum datang tu pun aku & hubby dah siap2 makan dulu..

Die mmg suke kacau org nak makan..

 Tikar pun tak muat nak tampung semua sedara mara..huhu

 Kekek..terduduk pulak atas riba abg Syakir

 Sedey weh sesi salam bersalaman ni..Isk isk

 Uncle Naim layan budak yg meragam sebab dah mengantukk..

Ni la makcik2 (termasuk mak kat tgh2 nu) yang masih mentain comels :)

Kereta kami park dekat umah Fuad je. Senang jalan kaki je ke Kompleks tu. Kami sampai rumah pukul 2.30am..Aduhaiii mengantuk & letihnyeee...

Thanks sayang bawak umi pi sana jmpe family.. & sorry ye kalau buat babah penat :(

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Mengancam! Wajah Proton Preve R3 <b>Di Sepang</b> (5 Foto) | Informasi <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 09:30 PM PDT

Pernahkah anda melihat Proton Preve R3? Preve R3 kini sedang dipamerkan di Litar Sepang dan terbuka kepada orang ramai. Pameran ini sempena berlangsungnya program Proton Green Mobility Challenge.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Mengancam! Wajah Proton Preve R3 Di Sepang (5 Foto) | Jika sebelum ini kita dapat melihat wajah kereta Proton Satria Neo R3 (LINK), kali ini terdapat beberapa keping imej pertama jentera perlumbaan bagi Proton Preve R3, yang ketika ini sedang dipamerkan di garaj R3 di Pit No. 22, Litar Antarabangsa Sepang, sempena berlangsungnya program Proton Green Mobility Challenge. Dimensions. Bagi anda yang mempunyai masa lapang dan tinggal berdekatan Litar Sepang, jangan lepaskan peluang untuk melawat garaj R3 di sana bagi melihat dengan lebih dekat 'R3 Proton Preve Race Car', hadiah misteri menanti anda. Jom lihat gambar di bawah ini.

Melayukini.net - Apabila diubahsuai, menampakkan kereta lebih menarik lagi. Dengan tambahan bumper dan sirkit, menjadikan imejnya lebih sport lagi.  Preve merupakan kereta terbaru yang dikeluarkan oleh pihak proton selepas Proton Inspira.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber: Arena Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di sijangkang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sijangkang - Google Blog Search


Produk BeautyFrenz Kini <b>Di</b> Az-Zain <b>Sijangkang</b> Pula!

Posted: 08 Oct 2012 02:43 PM PDT

Pandangan Hadapan Az-Zain Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor
Alhamdullillah, produk BeautyFrenz kini telah memasuki pasaran Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor. Pendekatan Kedai Az-Zain dengan tag 'Produk Halal Pilihan Muslim' yang hanya memilih produk keluaran Muslim untuk menjaga dan memastikan pengguna mendapatkan produk yang tepat pilihan mereka.
42500 Telok Panglima Garang, Selangor
No Tel: 019-6793017 (Rahman)
Antara Produk-produk yang terdapat di kedai Az-Zain ini
Kedai ini yang bersebelahan kedai alat tulis memudahkan anda yang juga ingin mendapatkan sebarang alat tulis dan servis seperti 'binding' dan 'laminate'.
Papantanda bersebelahan jalan utama di Bt. 1, Kg. Sijangkang

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


Selangor Sumbangkan RM 50,000 Kepada SJK(C) <b>Ijok</b>

Posted: 07 Oct 2012 01:29 AM PDT

IJOK 7 OKT : Suasana ceria pesta tanglung di Ijok lebih bermakna apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ijok menerima sumbangan RM 50,000 daripada Kerajaan Selangor.

Selain itu, Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyumbang RM 6,000 kepada Kelab Kebajikan Ijok yang bertanggungjawab menganjurkan pesta itu malam tadi.

Sumbangan berupa makanan keperluan dan beras turut diberikan kepada kira-kira 30 fakir miskin.

Di dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata beliau yakin masyarakat Selangor sedar akan kebaikkan yang telah dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat walaupun ia selalu difitnah Umno-BN.

"Sejarah menunjukkan kita bahawa perkara baik pasti akan memenangi kejahatan.

"Kerajaan Negeri juga sudah menunjukkan usaha memberi kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira asal usul dan keturunan.

"Saya pasti rakyat nampak semua ini dan akan terus menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Abdul Khalid turut berpeluang melakukan demonstrasi membuat kek bulan dan melepaskan sendiri tanglung ke udara di akhir majlis.

Selain Abdul Khalid dan MP Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 hadirin.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved