Khamis, 11 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


YB Dr. Xavier Jayakumar Menghilangkan diri dari Penduduk Kampung

Posted: 26 Jun 2012 12:15 AM PDT

by INIYAVAN03

Setelah merentasi 4 generasi secara turun temurun kini Penduduk Kampung Fatimah, Kuala Langat melangkah ke perang Pusingan yang ke 4 untuk mendapatkan Geran Penduduk tetap. Kampung Fatimah( Ladang Ann Kiat) yang merentasi 4 generasi menempatkan 99% bekas pekerja india Ladang Ann Kiat.

Pada tahun 1982 pengurusan Ladang Ann Kiat membuat arahan Pekerja yang mencapai umur 55 tahun perlu meningalkan Ladang tersebut. Pengurusan Ladang juga tidak membuka kawasan baru untuk menempatkan bekas pekerja ladang tersebut. Melalui kesatuan kebajikan pekerja ladang Ann kiat mengenal pasti plot tanah yang sesuai untuk menjadikan kawasan perumahan kepada pekerja Ladang pada masa itu. Tanah itu berhampiran dengan Sungai Langat.

PERANG Pusingan 1 - Bekas pekerja ladang sebulat suara membuat keputusan untuk mendapatkan kawasan Perumahan untuk pekerja Ladang tersebut, Pusingan pertama rundingan dimulakan oleh En.Panadian, En.Muthu Samy dan juga En.Marimuthu. Setelah rundingan demi rundingan mantan Menteri Besar Selangor Dato' Mohd Rafi mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat untuk membuat kajian tanah di kawasan yang dikenal pasti.

Selepas itu di tanah rezab Kerajaan mereka diberi kebenaran untuk mendirikan 37 unit rumah. Pada tahun 1990 setelah kerja keras ADUN Kawasan Telok Datuk Pada masa itu Dato'Paduka Hajjah Fathimah Suhaimi, sebanyak 37 keluarga mendapat geran penduduk sementara di tempat tersebut. Kerja –kerja pembinaan perumahan bermula pada tahun 1992 dan berakhir pada Jun 1993, majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Datuk Seri, S.Samy Velu (Menteri Kerja Raya ) Pada masa itu.

PERANG Pusingan 2 - Kali ini En.M.Gunasegaran Ketua Jawatankuasa Penduduk Pada Masa Itu menjadi penggerak untuk mendapatkan Geran Penduduk bersama-sama dengan kesatuan pekerja ladang Ann Kiat. Bekas pekerja ladang yang mendapat kebenaran untuk mendirikan kediaman dikawasan tersebut menggunakan wang simpanan mereka ada juga yang menggunakan wang KWSP untuk menjayakan impian mereka hidup di rumah sendiri. Pejabat Tanah meluluskan Geran pendudukan sementara bagi Kampung Fatimah,Kuala Langat.

PERANG Pusingan 3 - Kali ini rayuan demi rayuan ditujukkan kepada ADUN Kawasan Teluk Datuk YB Ee Kim Hock. Beliau memberi kata putus untuk mendapatkan geran pendudukan tetap bagi pekerja Ladang Ann Kiat. Keadaan ini berterusan sehinggalah Pakatan Rakyat mengambil–alih Pentadbiran Selangor dan juga DUN Telok Datuk Khusnya.

Pada waktu Pilihan Raya yang ke 12- YB Abdullah Sani Fathimah (Ahli Parlimen Kuala Langat) memberi kata putus jika Selangor dibawah Pakatan Maka Semua penduduk Kawasan Kampung Fatimah akan mendapat geran penduduk Tetap. Janji tetap janji. Beliau juga memberi kata putus tersebut setiap kali lawatanya.

PERANG Pusingan 4 - Kali ini Permainan dan pencaturan diambil alih oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor Pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang lain yang bukan YB Dr. Xavier Jayakumar. Seperti biasa beliau juga memberi kata putus untuk mendapatkan Geran Pendudukan Tetap bagi penduduk Kawasan Tersebut, Malangnya Siri perbincangan pada 30-01-2012 setelah mengejar hulu kehilir pejabat Menteri Besar Gagal.

Perbincangan yang dilangsungkan bersama Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor tidak Berjaya. Selepas itu pada 14-06-2012 siri perbincangan kali ke-2 bersama Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor Pengarah memberitahu akta perairan tidak membenarkan. Pelbagai helah dikeluarkan. Yang menjadi hal sekarang YB Dr. Xavier Jayakumar. Terus mendiamkan diri dalam hal ini.

Penduduk Kampung Fatimah berharap Agar, Janji-janji manis yang diberikan oleh Pihak Kerajaan Negeri Selangor Perlu ditunaikkan sebelum PRU-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads