ads

Rabu, 13 Mac 2013

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


APARTMENT UKAY PERDANA <b>ULU KELANG</b> – 4572th Edition <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 05:17 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rumah untuk disewa – Kemasukan bila bila masa, 3 bilek tidur ,2 bilek air, kemudahan Bus Rapidkl dari tempat kediaman terus ke stesen LRT Wangsamaju.
Berkeluarga sahaja .( BUJANG TAK NAK )
Tingkat 4 ( Tiada Lift ).
Deposit 2 + 1 DAN Deposit RM200 AIR / API = RM2300

By rumahsewa.com

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


MOUNTDWELLER: Najib terdesak, mungkin ambil Kavadi

Posted: 08 Mar 2013 08:06 AM PST

Zefry Dahalan | March 8, 2013
Orang India sudah tidak percaya pada Najib, mereka tidak mahu 'Nambikai' tetapi 'Urimai', kata S Manikavasagam, ahli parlimen Kapar.
Manikavasagam atau lebih popular dikenali sebagai Mike di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berkata demikian dalam satu program ceramah anjuran PAS Rembau di Senawang malam kelmarin.
"Najib pergi Batu Caves tahun lepas ketika sambutan Thaipusam dan berkata 'Nambikai', 'trust us' dan 'tolong kita' pada ratusan ribuan masyarakat India yang hadir. Apa itu 'Nambikai'? Bermaksud percaya pada saya (beliau).
"Orang India sudah tidak percaya pada Najib. Mereka tidak mahu 'Nambikai' tetapi 'Urimai'. Apa itu 'Urimai'? 'Urimai' itu bermaksud hak. Masyarakat India mahu hak mereka yang sewajarnya.
"Najib datang Batu Caves pakai 'Jippa' (Pakaian tradisional kaum India).Tidak lama lagi kalau anda suruh dia ambil kavadi pun, mungkin dia ambil kavadi," kata Mike berseloroh dan gelak ketawa lebih seribu masyarakat Melayu  menggamatkan lagi suasana ceramah.
Mike juga berkata Najib tidak mengotakan janji beliau kepada masyarakat India di Kapar.
"Pada sambutan Pesta Ponggal di Kapar pada tahun lepas, Najib berjanji akan membina krematorium (Pusat Pembakaran Mayat) di Kapar.
"Najib juga berjanji akan membina sebuah blok bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar.
"Perayaan Ponggal untuk tahun ini pun sudah selesai. Dah habis setahun, sampai hari ini saya belum nampak sebarang krematorium  dan sebuah bangunan sekolah yang beliau janjikan.
"Inilah dia 'Janji DiTepati' oleh Najib," kata Mike dan orang ramai yang hadir bertepuk tangan.
Jangan politikkan isu Lahad Datu
Sementara itu Mike juga meminta semua pihak agar tidak memperpolitikkan insiden pencerobohan bersenjata Sulu.
"Lapan anggota polis yang terkorban merupakan perwira dan hero negara. Mereka sanggup berkorban demi negara.
"Pengorbanan kelapan-lapan anggota polis itu harus dihargai semua pihak.
"Saya bersama kepimpinan PAS, DAP dan PKR Kapar sempat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran di kediaman bapa Mohd Azrul di Rantau Panjang, Kapar sebelum pengkebumian," tambah Mike.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Forum Politik Matang <b>di Shah Alam</b> | Saifulislam.Com 2.0

Posted: 13 Oct 2012 03:38 AM PDT

Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior.

Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah.

Antaranya:

  • Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi.
  • Revolusi Perancis 1789-99 dengan slogan Liberty, Equality dan Fraternity memudahkan kita melihat mengapa Tauhid dibenci golongan berkuasa. Elemen ini menjadi intipati Tauhid. "Seruan ini pasti dibenci raja-raja" adalah antara komen awal yang Baginda SAW terima berkenaan makna La Ilaha Illallaah.
  • Gerakan penterjemahan ide di era Tahtawi dan Muhammad Abduh sebagai perbandingan tentang keutamaan menterjemahkan buku pemikiran semasa bagi membentuk politik matang.
  • Gerakan Jadidiyyah oleh Sheikh Kursavi 1804 yang bersemangat Islam, berubah menerima serapan idea kesatuan bangsa apabila Rusia menakluk wilayah Volga pada tahun 1880an untuk membentuk Pan Turkism (Ketuanan Turki – Turanism)
  • Demikian juga perubahan yang berlaku kepada The Young Ottoman daripada berjati diri Islam, berubah kepada Turkism, sebagai menunjukkan idea-idea kesatuan berasaskan bangsa adalah idea reaktif yang tidak boleh menjadi asas perjuangan.
  • Nicholas Hagger di dalam buku The Light of Civilization dan The Rise and Fall of Civilization merumuskan bahawa semua tamadun tanpa mengira bangsa, di mana dan bila, akan berada dalam peningkatan apabila mereka komited dengan mesej 'Cahaya', dan jatuh apabila menjauhi mesej itu.

YB Khalid Samad kata saya 'mencari masalah' dengan menyenaraikan kedudukan istimewa melayu, hak istimewa melayu, ketuanan melayu dan diakhiri dengan Melayu Sepakat Islam Berdaulat :-)

Berikut adalah rakaman Forum Politik Matang di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Pentas dan topik yang saya jarang berpeluang 'menikmatinya'. Jelas sekali saya tidak berbakat dalam politik, harus terus menulis dalam fokus yang lain, namun amanah ilmu dan tanggungjawab al-Bayan mesti diteruskan.

Terima kasih penganjur kerana menggandingkan saya dengan masyaikh yang hebat. Banyak saya belajar dalam Forum Politik Matang ini. Semoga hadirin juga banyak mengambil manfaat daripada mereka.

HASRIZAL
43000 BSP

 Artikel Ini Telah Dibaca Oleh (4630) Pelawat

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Suasana Majlis PM <b>Di Ampang</b>....Lautan <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 11:00 PM PST

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


myMetroMayat wanita ditemui <b>di Sepang</b>

Posted: 29 Jan 2013 01:32 AM PST

Foto Menarik

ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laskar Kelas II, Mohd Haffis Ismail mencium pipi anak perempuan tunggalnya, Nur Qaseh Qaisara, 21 bulan, sebelum ke Lahad Datu bagi menyertai Op Daulat, di pangkalan Tok Bali, semalam. Seramai 37 anggota diketuai Lt Komander Maritim Nor Mohd Rafek belayar bagi membantu mengawasi perairan negara. FOTO Azlan Hafeedz

Foto Menarik

PENOLONG Penguasa Kastam KLIA, Hamdan Hamid menunjukkan antara taktik simpanan dadah iaitu dalam bingkai gambar dan hasil rampasan pada sidang media mengenai tangkapan dan rampasan dadah bernilai lebih RM22 juta, di Bahagian Import/Eksport KLIA, Kompleks Kastam, KLIA, hari ini. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

Foto Menarik

JENAZAH anggota tentera Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah (depan) dan Koperal Amad Farhan (belakang) tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, hari ini, untuk disemadikan di kampung halaman masing-masing. FOTO Zaman Huri Isa

Foto Menarik

JALUR Gemilang dikibarkan di Kampung Tanduo selepas operasi mencari dan menggeledah sejak 5 mac lalu berjaya membersihkan desa desa itu daripada baki pengganas Sulu yang mencerobohi sejak 12 Februari lalu. FOTO ihsan ATM

Foto Menarik

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kawasan operasi Op Daulat, hari ini, diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Muhyiddin akan melawat Sekolah Desa Kencana dan pusat pemindahan penduduk di Dewan Orang Ramai Bandar Cenderawasih. FOTO Effendy Rashid

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


4 Mayat Rentung Dijumpai <b>Di Tanjung Sepat</b>

Posted: 12 Sep 2010 04:34 AM PDT

Empat mayat rentung dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah ladang ternakan di Tanjung sepat. Berita ini menggemparkan berikutan kehilangan Datuk Soosilawati dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Anggota polis menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Banting malam tadi sementara menunggu unit Forensik Bukit Aman melakukan siasatan berhubung kehilangan Datuk Sosilawati bersama tiga rakannya yang lain

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

"Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan," katanya.

Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Ocean&#39;s 13: Bangsat Punya MP <b>Kuala Langat</b>..Ko Main Kotor Yeee?!!!

Posted: 12 Feb 2013 08:01 PM PST


Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga, Abdullah Sani, cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat. Abdullah Sani bagaimanapun, tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya, sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan, sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya, di Selangor.

Daripada maklumat yang kami terima, Abdullah Sani telah mengetuai PKR Kuala Langat dalam usaha mengeluarkan geran tanah kepada masyarakat atau lebih tepat lagi pengundi India di Pulau Carey bagi tujuan memancing undi dan sokongan.

Ketika memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah berjanji kepada para pengundi yang tinggal secara haram, Pakatan Rakyat akan memberikan geran tanah dan hakmilik tanah yang diduduki kepada para pengundi berkenaan. Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, jangankan geran tanah, Abdullah Sani sendiri pun, tidak pernah menampakkan muka di kawasan terbabit kerana takut dia akan didesak tentang pemilikan serta geran tanah yang dijanjikannya.

Apatah lagi, Abdullah Sani sememangnya seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab kerana sepanjang masa dia bergelar Ahli Parlimen, masanya lebih banyak dihabiskan untuk BERCINTA dengan isteri barunya sekarang. Manakala peluang berada di Dewan Rakyat pula, seringkali digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor berbanding membawa masalah rakyat di Kuala Langat untuk dibincangkan.

Kini PRU13 semakin hampir. Abdullah Sani yang melihat peluang untuk menang semakin terkatup rapat, mula memikirkan sesuatu yang lebih ekstrim atau lebih tepat lagi, jalan pintas bagi memenangi hati para pengundi.

Adalah difahamkan, TANAH yang diperjudikan oleh Abdullah Sani merupakan TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR. Yayasan Selangor di tangan Pakatan Rakyat, hanya tinggal nama. Sudah terlalu banyak aset Yayasan Selangor yang selama ini digunakan untuk membangunkan masyarakat marhein, terutama sekali masyarakat Melayu-Bumiputera, telah dijual dan dilupuskan oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor secara persendirian telah merompak wang dari akaun Yayasan Selangor dan dipindahkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor.

PKR Selangor akan mengeluarkan GERAN TANAH ATAU BORANG 5A sebelum PRU. Seramai 205 orang penama atau pemohon akan terlibat, termasuklah CV1 dan CV2. PKR Selangor yang menyokong kuat kerja-kerja Abdullah Sani, berpendapat, sekiranya perkara ini terlaksana, UMNO-BN tidak mungkin dapat menawan kembali kerusi N.51 Sijangkang.

Kerusi N.51 Sijangkang sekarang ini disandang oleh Dr. Ahmad Yunus dari PAS setelah berjaya mengalahkan Abdul Fatah Iskandar (UMNO-BN) dengan kelebihan undi sebanyak 2,081 pada tahun 2008. Pada tahun 2004, kerusi berkenaan telah dimenangi oleh Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti undi 3,396 undi.

Abdullah Sani dan PKR Selangor melihat usaha pemberian geran dan hakmilik tanah kepada pengundi-pengundi di N.51 Sijangkang akan memberi kelebihan kepada mereka. Sebabnya mudah… sekarang ini, undi masyarakat India merupakan undi penentu terutama di kawasan Pulau Carey.

Sekali lagi nampaknya, tanah-tanah Melayu dijadikan bahan sandaran oleh para pemimpin PKR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dan jawatan.SEL13

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Pergaduhan - 2 "Datuk" Sulu ditahan <b>di Kajang</b>

Posted: 12 Mar 2013 06:57 PM PDT


KAJANG: Two businessmen, who hold "Datukships" conferred by the Sulu sultanate, and their wives were detained by police after being involved in a free-for-all at a restaurant in Teras Jernang, Bangi here on Saturday.
It is understood that the altercation followed a verbal argument among those present and also saw the respective Datuks' followers brandishing sharp weapons as well as chairs flying all over the place.

The 6:30pm incident saw three of the "Datuks" followers admitted to hospital for head injuries, while 12 people, including the 'Datuks' and their wives, were detained for rioting.

Kajang police chief Assistant Commissioner Ab Rashid Ab Wahab said both 'Datuks' were holding talks at the restaurant, each accompanied by their wives and 10 to 15 followers.

"It was a business talk. They were discussing about their partnership to build houses in Sungai Merab when things get out of control," said Ab Rashid.

It is understood that the situation worsened when the wife of one of the Datuks behaved rudely by putting up her feet on the table, towards the other Datuk.

She refused to remove her feet even when told to behave.

"That was when her husband's followers moved in on the other Datuk and a fight ensued," said Ab Rashid.

He said police had detained both Datuks, who were from Shah Alam and Ampang respectively to facilitate investigations.

"We also detained their wives and their followers until March 12 for rioting," said Ab Rashid.

New Straits Times

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


hot news !!! anwar ibrahim pengsan <b>di ijok</b> - Badut Rakyat

Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT


Petang semalam Anwar Juburi telah mengadakan Roadshow PR mengelilingi Selangor untuk meraih undi orang Selangor.Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat ke Selangor yang bermula dari Puchong dan berakhir di Depan Masjid Batu 8 Ijok.

Laporan yang diterima melalui orang kampung Ijok mengatakan jumlah kehadiran hanya sekitar 100 orang dari masyarakat tempatan dan yang selebihnya adalah kumpulan bermotor dan rombongan yang dipungut dari tempat-tempat lain yang Anwar singgah sebelum ini,seperti Kuala Langat,Kapar,Pandamaran dan Assam Jawa. 
Gambar di atas,dapat dari sahabat yang mengikut rombongan tersebut di Assam Jawa.Boleh Dikatakan jumlah kehadiran termasuk rombongan ada la dalam 300++ orang...Malu lah Ketua Pembangkang datang yang sambut hanya 300 orang je ??? Lebih kurang jumlah yang selalu Mat Sabu dapat bila berceramah cerita seks nya bersama Normah Dan yang boleh dikatakan di semua tempat yang dikunjungi Anwar jumlah kehadiran hanyalah sekitar 300 ke 400 orang sahaja. - Jawa Bernam

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Tanah <b>di Bukit Raja</b> Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 02:47 AM PST

BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.

"Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

"Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

"Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Pendapat Anda

Pendapat

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved