ads

Sabtu, 28 Disember 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Flower Gurl: Pengalaman Bercuti <b>di Kuala Selangor</b>

Posted: 16 Dec 2013 10:07 PM PST

Sabtu lepas 14 Dec 2013, Kami sekeluarga bertolak dari rumah awal pagi coz perjalanan dari Nilai ke Kuala Selangor agak jauh juga.. so kami bercadang bertolak awal supaya bole rehat awal sebelum melawat tempat-tempat menarik kat Kuala Selangor yang terkenal dengan Bukit Taman Melawati dan Kelip-Kelip. Kami bermalam dekat Budjet Hotel "Hotel Bukit Melawati coz situ saja yang ada kosong dekat Chalet Kelip-Kelip semua penuh tapi Dari situ dah dekat dengan kampung kelip-kelip. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak ke situ. Sampai-sampai ajer, ramai sungguh orang beratur. Tapi orang kita tak ramai, yang ramai orang cina (singapura kot), mat saleh dan Korean ....Lepas ambil tiket semua kami pun bergerak ketempat menunggu naik sampan, tunggu dalam setengah jam, akhirnya dapat naik sampan. Pakai life jacket semua tetapi sebelum tue kalau naik Sampan tue kena ikut giliran so no. giliran kami ialah 13 (No. Bertuah la kunun).
Tapi sayangnya datang waktu bulan penuh jadi langit terang, cahaya terang tak berapa cantik. duduk atas darat, bukan kat pokok berembang ataupun duduk bawah daun. Bertelur pula atas lumut kat tebing sungai. Air sungai deras dan nampak dalam, 10 meter. Tapi memang cantik sangat. Macam lampu raya, lampu kat pokok krismas. Ada lampu yang terang  (kelip-kelip jantan)  dan  ada yang malap sedikit( kelip-kelip betina) tetapi sayang tak dibenarkan ambil gambar guna Flash.. takut kot kelip-kelip tue terbang jauh..hohohohoohohoooo... 

Menarik juga pengalaman tengok kelip-kelip  di Kuala Selangor minggu lepas selain tue kami juga dapat melihat pemandangan kat Bukit Melawati dapat bermain-main ngan Monyet-monyet yang jinak kat situ. Tue la pengalaman kami bercuti di Kuala Selangor.. Tapi bestla gak walaupun kami tak banyak tempat nak berjalan.. Tapi lupa nak gitau kat Kuala Selangor tue ada Cendol sedap (Cendol Durian Borhan) cendol Nyer memang sedap sangat lain daripada cedol yang biasa minum dan beli kat pasar malam, so kalau kengkawan nak datang ke Kuala Selangor jangan lupa lepak kejap kat Cendol Durian Borhan..hihihihihiih.. Jom layan gambar-gambar kami




di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Selangor</b> (PKNS <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 01:25 AM PST


Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Disember 2013 Terkini :

  • Pengurus Kanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Disember 2013

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Mayat lelaki warga Indonesia ditemui <b>di Ampang</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2013 02:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan tiga kesan kelaran di badannya di tangga sebuah rumah kedai di Taman Muda, Ampang di sini semalam.

Jurucakap polis berkata pekerja buruh kasar berumur 37 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh penghuni di kawasan rumah tersebut jam 7.30 pagi.

"Kita tidak menemui sebarang senjata. Ketika kejadian, isterinya berada di dalam rumah mereka di tingkat tiga berhampiran lokasi di mana dia ditemui," katanya sambil menambah lelaki itu memasuki negara ini lebih setahun lepas.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian berikutan tiada barang peribadi milik mangsa yang hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Apabila Ombak <b>Tinggi</b> Melanda <b>Sungai</b> Qiantang (16 <b>...</b> - Blog Serius

Posted: 02 Sep 2013 09:01 PM PDT


Dayyum!

Seramai 30 orang penonton yang ingin melihat fenomena aneh "water backflow" di Sungdai Qiantang tercedera apabila ombak laut yang dilanda taufan Trami melanda dan memecahkan pagar penghadang. Fenomena back flow berlaku apabila ombak dari laut menolak air yang keluar dari kuala sungai. Penduduk setempat yang ingin melihat fenomena yang jarang dilihat ini berkumpul di tebing sungai untuk melihatnya dengan mata sendiri. Malang bagi yang hadir secara tiba-tiba ombak setinggi 6.6 meter datang dan memberikan mereka the biggest surprise wet t shirt party. Bad luck!

Laporan asal ChinaSmack

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Spyshots Exora SV <b>di</b> R&R <b>Dengkil</b>! ~ ScaniaZ

Posted: 25 Dec 2013 07:09 PM PST

Rakan kita Axis telah menghantar foto-foto ini melalui email sebentar tadi. Menurut infonya Exora SV berwarna putih ini ditemui di R&R Dengkil arah utara. Sebelum ini juga Exora SV yang sama juga sedang diuji, rujuk artikel spyshots exora sv sedang-diuji. Belum ada lagi info rasmi mengenai tarikh pelancaran Exora SV. Nantikan kemunculannya!

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


jinggo-fotopages: Zoo Negara berwajah baru kekal <b>di Ulu Kelang</b>

Posted: 27 Dec 2013 03:16 AM PST

Lokasi : Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor
Zoo Negara kekal di Hulu Kelang dan kerja pengubahsuaian untuk wajah baru kini sedang berjalan rancak. Tiket masuk bagi rakyat Malaysia dnegan MyKad ialah RM30. Setakat ini enclosure beruang telah hampir siap diubah suai dan hanya menunggu beruang dikembali kan ke enclosure tersebut. Tambahan terbaru ialah harimau putih dan Safari Walk yang hampir siap. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan keadaan binatang-binatang yang kelihatan sihat dan aktif  di dalam enclosure masing-masing. 
 8 ~ 12  Badak Air Nil - Badak air adalah perenang yang hebat dan boleh menahan nafas didalam air selama 5 minit. Badak air juga boleh berjalan didalam sungai dan tasik. Ia mempunyai kelenjar yang mengeluarkan mukus berwarna 'pink' yang berfungsi sebagai losyen plembab, pelindung matahari dan pencegah serangga..
Makanan utama - rumput & rumpai air.. Habitat asal - Afrika
 13 ~ 14  CAPYBARA - Tikus terbesar dunia. Gemar menghabiskan masanya berkubang didalam kolam yang berlumpur. Apabila terancam, ia boleh berlari seperti kuda serta berenang dan menyelam dengan mudah. Mempunyai lubang hidung dan telinga yang terletak diatas kepala membolehkannya meninjau keadaan sebelum naik ke darat.
Diet - rumput dan rumpai laut.  Habitat asal - Amerika Selatan
 15  Seladang India - Aktif sbelah pagi dan senja. Hanya bertindak agresif apabila didekati atau cedera.
 16   Kijang (Barking Deer) - diburu hingga hampir pupus
 20  ~ 21  Badak Sumbu (White Rhino) - Merupakan badak terbesar antara spesis badak yang lain dan merupakan haiwan daratan kedua terbesar selepas gajah.  Walaupun memiliki saiz badan yang besar badak sumbu mempunyai otak yang kecil.
Makanan - Rumput dan tumbuhan. Habitat Asal  - Afrika
 22 ~ 27  Harimau Putih (White Bengal Tiger) - Mempunyai mata yang berwarna biru. Harimau putih bukanlah harimau albino. Warna putih terhasil akibat kekurangan pigmen gelap dalam bulunya.
 28 ~ 37  Harimau Belang (Malayan Tiger) - Seekor harimau mempunyai kekuatan sebanyak 10 kali ganda manusia. Ia menyukai air dan sering berenang untuk menyejukkan badan pada waktu panas.

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


3 Gambar bayi tidak bermaya ditemui tepi longkang <b>di Puchong</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 08:16 PM PST


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Walaupun kempen giat dilakukan oleh pelbagai pihak dalam membendung gejala seks bebas dan membuang anak, perbuatan jahiliah ini masih berlaku.

Dalam kes terbaharu yang menyayat hati di Puchong, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan terpaksa menanggung azab sendirian apabila ditinggalkan hampir lima jam di tepi longkang, di belakang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara di sini semalam.

Lebih menyedihkan bayi yang ditemui dalam keadaan bertelekup itu diletakkan di atas jalan tar yang tidak berturap rapi sehingga sebahagian badannya lebam-lebam dan calar-balar akibat terlalu lama berada di atas jalan.

Kejadian itu hanya disedari selepas pukul 12 tengah malam apabila tangisan bayi itu semakin kuat seolah-olah meminta pertolongan.

Seorang guru, Haslinda Madun, 55, memberitahu, beliau dan keluarganya mendengar tangisan itu kira-kira pukul 8 malam lagi tetapi tidak pernah menyangka itu tangisan bayi yang ditinggalkan di belakang rumahnya.

Katanya, tangisan bayi itu semakin kuat apabila mereka sekeluarga mahu tidur dan memaksanya menjenguk melalui tingkap dapur untuk mencari arah bunyi tersebut.

"Pada awalnya kami menyangka tangisan itu datang dari pusat jagaan di belakang rumah saya atau dari rumah seorang wanita yang baru bersalin.


"Tetapi kira-kira pukul 12 tengah malam ketika saya sekeluarga mahu tidur, bunyi tangisan itu semakin kuat dan saya memberanikan diri untuk menjenguk dari tingkat dapur. Saya terkejut apabila melihat seorang bayi terbaring di jalan tar. "Apabila saya dan suami keluar, tangisan bayi itu mulai perlahan seolah-olah dia tahu kami semua telah menyedari kehadirannya... syukur pada Allah kerana bayi itu masih hidup kerana kawasan ini sememangnya banyak anjing liar serta tikus besar," katanya.

Jelas Haslinda, beliau tidak berani untuk mengangkat bayi itu kerana terlalu terkejut, sehinggalah pemilik pusat jagaan, Mazlen Mahmood, 40, datang dan mengambil bayi itu untuk dimandikan.

Menurut Mazlen, beliau mengambil keputusan untuk memandikan bayi malang itu kerana seluruh badan bayi tersebut masih dipenuhi air ketuban.

"Ketika diangkat tangan bayi itu bergetar-getar mungkin kerana terlalu lama bertengkup di atas jalan. Malah mulutnya juga dipenuh pasir mungkin kerana terlalu lapar dan dia cuba mengunyah pasir di atas jalan itu.

"Bayi itu juga amat sihat dan saya dapat rasakan dia seberat lebih tiga kilogram," katanya.

Mazlen berkata, beberapa hari kebelakangan ini, pekerjanya ada melihat sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki tempatan sering berulang-alik di sekitar pusat jagaan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira 11.30 malam dan mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Kinrara, Inspektor Jasman Osman ke lokasi kejadian.

"Polis tiba di lokasi itu dan mendapati bayi tersebut berada dalam keadaan lemah. Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

"Saya difahamkan keadaannya stabil. Polis juga tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang berhampiran pusat jagaan itu supaya disedari pekerja atau pemilik pusat itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, polis telah melawat kawasan kejadian dan mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.

Kata Abdul Razak, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. -Utusan Online

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Dec 2013 01:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MBSA Perlu Perjelas Lulus Kompleks Hiburan <b>Di Padang Jawa</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 04:42 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini diminta menjelaskan mengapa permohonan IRDK Land untuk membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif di Padang Jawa diluluskan sedangkan Almarhum ...

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


QasehDalia: Bercuti <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Water Theme Park Resort

Posted: 24 Dec 2013 06:04 PM PST

Akhirnya dapat jugak qaseh update tentang percutian kali ini , GOLD COAST australia MORIB , first bagitahu kakak nak prgi brcuti 3 hari 2 malam , lepas tu dia jawab australia ke weh ! haaa macam la adikmu ni banyak sgt duit nak pegi sana , kah kah gelakkan diri sendiri ..tak tahu la motif menyindir ke apa ahaks yang penting daku nak main air dan menyelam sambil minum air hingga kenyangg ~ blurb blurb , al kisahnya , ni semua angkara abg lan duk wasap-wasap dalam group katanya STREETDEAL[klik] tgh promosikan kupon ! hah apa lagi dengan mata yg terbuntang terus tgk web dia , hanya RM168 dari harga RM584 utk dua org pd hari biasa ~ perghh terus rancang dengan mata yg masih terbuntang bersama 3 blogger cun , kaksue , mieyza dan yanty ..
terbalik bijik mata pusing2 360 darjah tengok gambar ni , bila dah terjun lagi biol dah jadinya qaseh ni , terbaik !! yg gelongsor ada payung tu kami tak dpt naik sebab tak pakai swim suit .. yg lain ok je , main smpai lebam 
Oh ye , bila beli pakej RM168 ni kami dapat breakfast free dan water theme park ni pun free , jom tengok bilik depa pulak ,boleh berjakuzi u olss gitu , syok berendam mcm badak ! so kami berempat , dapat la dua bilik , qaseh tido dengan kaksue , yanty pulak dengan mieyza .. erm waktu ni memang kurang sihat badan sebab demam , tapi jakuzi dan berenang tetap jalan ! 
                                                                                        


 bilik ni sangat sesuai bagi suami isteri sebab pintu ni boleh bukak dan bilik air kaca , hari tu nak mandi pun tak berapa selamat , rasa berdebar - debar je bila kak sue main acah-acah nak buka pintu ! grrr ~ tak rela u ! lepastu masa kaksue nak mandi qaseh pulak acah2 buka pintu , kah kah ! rasakan ~ suwit boleh main kuci-kuci ahhh 
klik read more untuk cerita seterusnya
then kami pun bersiap bertukar menjadi memerang , nak bagitahu satu rahsia bahawasanya qaseh tak pandai berenang , tapi bila masuk kolam kat Gold Coast Morib tetiba qaseh pandai berenang , baik korang datang sini ,haa its miracle ,cewahh  sebenarnya di ajar oleh cikgu sueizza dan yanty .. kih kih

padan muka kat kanak-kanak belakang kena beratur , sila hormat orang yg lebih dewasa ye .. 




padan muka lagi kat kanak-kanak yang tak boleh main masa ni , ahaks ! ni namanya kakak-kakak terencat air tambah jakun ~ sabo je la

Bagi qaseh tempat ni memang best , suasana meriah , yang jaga Taman Tema pun peramah , ehem-ehem nak ngorat mieza lettew ,dan dekat sangat dengan PANTAI MORIB , suka lepak kat pantai tu rasa tenang je , rasa angin menderu , rasa air yang beralun lembut .. wahh rindunyaaa , then kami pun lepak la dekat PANTAI MORIB , selfie , berangan , gelak ketawa dengan diorang ni memang qaseh akan ingat smpai bila-bila.. hilang stress dan segala masalah .. 
 manis senyum kaksue ,ibarat model COLGATE ,sebab tu abg eddy syg ! opsss ~
mieyza yang suka golek-golek tepi kolam hinggakan makcik kat situ terkejut terus reject jadi menantu pilihan ! kah kah , mek serba serbi .. 
yanty - model majalah remaja tahun 2007 , tengok gaya pose pun da mcm model ahaks !

qaseh bakal model majalah remaja tahun 2020 , tunggu ! harap masih belum kerepot .. sign kontrak dah .. 



suasana di tepi PANTAI MORIB , tunggu sunset kat sini tapi tak nampak sangat , kami lepak smpai senja then siap-siap , malam tu keluar makan ikan bakar dan kerang kat DATARAN MORIB , yummi then  balik berjakuzi 4 orang sekali dalam tu sampai pukul 2 pagi , haha borak-borak sampai kecut ! dan tido menanti hari esok yang masih ada ..







pagi-pagi kami keluar , kononnya nak tengok SUNRISE tapi RISE je mampu , keluar cari makan kat Dataran Morib again , lepak santai kat sini , ber photoshoot ala-ala model kak limah balik kg , makan aiskrim tapi xde rezeki kami bila ada kera datang , sumpah sangat takut jika beliau-beliau menggigit kami yang ayu berdress bagai .. agak-agak kalau qaseh kejar kera tu , kera tu akan kejar qaseh balik tak , then qaseh kejar balik smpai koma , huwaaa  tapi xpelah takde rezeki , ambil la aiskrim tuh ! puas hati kau wahai kera !!kah kah peseng tak boleh trima hakikat ..then kami lepak kat surau menuju ke PANTAI KELANANG .. 

Subhanallah sunset yang sangat indah kat sini , alhamdulillah hujan rintik-rintik je , memang berharap sangat nak tengok sunset , sebab kat PANTAI MORIB tak berapa nampak ,perghh syukur dapat jugak melihat ciptaan indah Tuhan .. 




Alhamdulillah 3 hari dua malam yang tidak cukup buat kami , tapi dah mencipta memori yang indah di sini , in shaa Allah ada masa , umur panjang kita bertemu lagi , bertemu di persimpangan senja yang indah .. tq atas rancangan kalian dengan izinNYA , nanti nak bercuti ajak la lagi , ahaks !!
tq guys for everything , tq kaksue buatkan air milo panas yang penuh dengan kasih sayang buat budak demam ni .. ahaks .. syg semua muah muah leb leb skit . tq jugak kat KERA sebab rampas aiskrim dari kami , harap KERA baca , kah kah .. bye u ols ~ 
jangan lupa datang sini yawwwww !!!

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Menteri dakwa diesel hanya kurang <b>di</b> Lembah <b>Klang</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2013 07:08 PM PST

KUANTAN: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kekurangan bekalan diesel hanya berlaku di Lembah Klang, Selangor dan Johor.
    
Beliau berkata ini berdasarkan aduan yang diterima kementeriannya setakat ini.
    
"Sebenarnya permintaan diesel di Sabah dan Sarawak lagi tinggi berbanding di Semenanjung, namun kita tidak menerima laporan kekurangan bekalan di negeri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menemui warga Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di sini semalami.
    
Hasan juga tidak menolak isu kekurangan bekalan diesel di stesen-stesen minyak itu berpunca daripada sindiket penyeludupan.
    
"Oleh itu, saya akan pastikan pegawai dan anggota penguat kuasa kita melakukan tugas pemantauan dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap sindiket atau peniaga yang tamak ini," katanya.

Menurut Hasan, andaian pembabitan sindiket penyeludupan itu berasaskan kepada penurunan jumlah permohonan menambah kuota daripada pengusaha stesen minyak di seluruh negara sejak kebelakangan ini.
    
Pada Oktober lalu kementerian memproses 119 permohonan dan menurun kepada 60 pada bulan lepas dan bagi tempoh bulan ini sehingga semalam kementerian menerima 18 permohonan, katanya.
    
"Kalau kita tengok jumlah permohonan ini, maknanya masalah bekalan tidak sepatutnya berlaku," katanya.
    
Sementara itu beliau berkata pihaknya berjaya mengurangkan aduan kekurangan bekalan diesel selepas melaksanakan prosedur operasi standard baharu yang membolehkan permohonan menambah kuota diproses dan diluluskan dalam tempoh tiga hari. - Bernama

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Dec 2013 11:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2013 11:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

Apartment Bandar Tasik Kesuma, <b>Beranang</b>. | Rumah untuk dijual <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 12:14 AM PST

Description

Type: Apartment
Furnishing: Unfurnish
Occupancy: Tenancy
Beds: 3
Baths: 2
Built Up: 700sq.ft.
Title type: Freehold
Other info: Non Bumi Lot

Keterangan :
– Lokasi: Apartment Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
– Berdekatan JMI & Kolej Professional MARA.
– Grill, ceiling fan, lighting, move in condition.
– Pasaraya berdekatan adalah Giant, Mydin & Tesco.
– 2 km ke Tesco Semenyih.
– 4 km ke Pekan Semenyih.
– 15 minit ke LEKAS Highway.
– Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan.
– Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang.
– Pembeli diperlukan SEGERA !!

Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P.
Lawyer & Loan akan diuruskan.

Adakan Anda Nak Jual Rumah?
Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.

SERIOUS BUYER ONLY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334

About The Poster

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187 Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7620673

Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA <b>Beranang</b> Mei 2013 <b>...</b>

Posted: 16 May 2013 04:10 AM PDT

May 16, 2013 by jawatankosong24 | Filed under 1Malaysia.
Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA Beranang Mei 2013

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Closing Date: 24 Mei 2013 – Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA Beranang Mei 2013 Terkini

Kolej-Profesional-MARA-Beranang-logo

MARA Professional College Beranang (KPMB) was formerly known as MARA Institute of Commerce(IPM), which was established on may 1977. Its first rented premise was at the second floor of Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. At that time,it had an enrollement of 100 students and 4 lecturers. In August 1982, it moved to a new building at Bandar Tun Abdul Razak, Cheras. This new building had hostel facilities, which accommodated 400 students.

Jawatan Kosong di Kolej Profesional MARA Beranang Mei 2013 :

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

KLIK DI SINI UNTUK PERMOHONAN KERJA DAN CARA MEMOHON

KLIK DI SINI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

http://jawatankosong24.com/wp-content/uploads/2013/05/tag.png Tags : kerja kosong di beranangkolej profesional mara beranang jawatan kosongkerja kosong beranangpegawai pendidikan siswazah mara 2013kerja kosong di singerkolej di ipohjawatan kosong kolej profesional marajawatan kosong pensyarah di kolej polytech mara 2013kolej swasta di ipohjawatan kosong kktm beranang 2013pegawai siswazah mara 2013jawatan kosong kolej mara beranangjawatan kosong kolej profesional mara 2013jawatan kosong pensyarah kolej poly tech marajawatan kosong pensyarah di kolej polytech marajawatan kosong sekolah swasta upsi bkkjawatan kosong swasta untuk professionalkeje kosong beranangKEJE KOSONG KAT CHERASkekosongan jawatan pensyarah poly-tech marakerja kosong mara mei 2013JAWATAN KOSONG DI KILANG BERANANG 2013kerja kosong kerani di beranangjawatan kosong kolej poly tech mara ipohpensyarah di kolej profesional mara

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di tanjung sepat</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Dec 2013 11:06 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Durian Belanda, Kopi 3K tingkat ekonomi <b>Tanjung Sepat</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 08:21 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Oleh : HAFIZAN TAIB,. TANJUNG SEPAT 12 NOV : Projek tanaman Durian Belanda akan dijalankan di DUN Tanjung Sepat bagi membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi masyarakat tempatan seterusnya memacu pembangunan ...

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


MJ-KAKI CONTENG: <b>DI SUNGAI PANJANG</b> & SEKINCAN

Posted: 28 Nov 2013 11:16 PM PST

[unable to retrieve full-text content]DI SUNGAI PANJANG & SEKINCAN. Posted by kakiconteng at 23:16 ... Kita jumpa lagi di entri bulan June 2012 dengan story percutian aku ke Johor Bahru. Memang lama dah nak bercuti ... MENU UNTUK BBQ. SALAM !

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Sunway</b> University Mac 2013 Terkini 2014

Posted: 26 Feb 2013 04:17 AM PST

February 26, 2013 by jawatankosong24 | Filed under 1Malaysia.
Jawatan Kosong Sunway University Mac 2013

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

Closing Date: 31 Mac 2013 – Jawatan Kosong Sunway University Mac 2013 Terkini

logo-sunway-university

Sunway University EXCELLENT rating in the MQA Rating System for Institutions of Higher Learning (SETARA) 2011 firmly establishes its status as one of Malaysia's premier institutions. It operates on a not-for-profit basis under the Jeffrey Cheah Foundation. Located on a substantial, modern, purpose-built campus it offers first class undergraduate and postgraduate programmes. We also have a range of pre-university, professional accounting and diploma courses.

Jawatan Kosong di Sunway University Februari 2013 :

Officer – Administration

Requirements:

  • At least 2 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
  • Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in any field.
  • Preferably Junior Executives specializing in Education or equivalent. Job role in Others or equivalent.
  • 1 Full-Time position(s) available.

Sila hantar resume anda ke:

Human Resource Department
Sunway Lagoon Sdn Bhd
No.3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Email : pennyt@sunway.edu.my

http://jawatankosong24.com/wp-content/uploads/2013/05/tag.png Tags : sunway university logosunway universityjawatan kosong di bandar sunwaykerja kosong di sunway lagoonkerja kosong di bandar sunwayjawatan kosong terkini di bandar sunwayjawatan kosong sunwayjawatan kosong di bandar sunway 2013sunway logokerja kosong bandar sunway 2013sunway uni logokerja kosong 2013 sunwaysunway university kerja kosongunway logosunway univerist logojawatan kosong 2013 di bandar sunwaysunway unikerja kosong sunway 2013kerja kosong di sunway universityjawatan kosong sunway universitijawatan kosong degree multimediawww jawatankosong24 com jawatan-kosong-sunway-university-mac-2013
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved