Sabtu, 28 Disember 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Flower Gurl: Pengalaman Bercuti <b>di Kuala Selangor</b>

Posted: 16 Dec 2013 10:07 PM PST

Sabtu lepas 14 Dec 2013, Kami sekeluarga bertolak dari rumah awal pagi coz perjalanan dari Nilai ke Kuala Selangor agak jauh juga.. so kami bercadang bertolak awal supaya bole rehat awal sebelum melawat tempat-tempat menarik kat Kuala Selangor yang terkenal dengan Bukit Taman Melawati dan Kelip-Kelip. Kami bermalam dekat Budjet Hotel "Hotel Bukit Melawati coz situ saja yang ada kosong dekat Chalet Kelip-Kelip semua penuh tapi Dari situ dah dekat dengan kampung kelip-kelip. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak ke situ. Sampai-sampai ajer, ramai sungguh orang beratur. Tapi orang kita tak ramai, yang ramai orang cina (singapura kot), mat saleh dan Korean ....Lepas ambil tiket semua kami pun bergerak ketempat menunggu naik sampan, tunggu dalam setengah jam, akhirnya dapat naik sampan. Pakai life jacket semua tetapi sebelum tue kalau naik Sampan tue kena ikut giliran so no. giliran kami ialah 13 (No. Bertuah la kunun).
Tapi sayangnya datang waktu bulan penuh jadi langit terang, cahaya terang tak berapa cantik. duduk atas darat, bukan kat pokok berembang ataupun duduk bawah daun. Bertelur pula atas lumut kat tebing sungai. Air sungai deras dan nampak dalam, 10 meter. Tapi memang cantik sangat. Macam lampu raya, lampu kat pokok krismas. Ada lampu yang terang  (kelip-kelip jantan)  dan  ada yang malap sedikit( kelip-kelip betina) tetapi sayang tak dibenarkan ambil gambar guna Flash.. takut kot kelip-kelip tue terbang jauh..hohohohoohohoooo... 

Menarik juga pengalaman tengok kelip-kelip  di Kuala Selangor minggu lepas selain tue kami juga dapat melihat pemandangan kat Bukit Melawati dapat bermain-main ngan Monyet-monyet yang jinak kat situ. Tue la pengalaman kami bercuti di Kuala Selangor.. Tapi bestla gak walaupun kami tak banyak tempat nak berjalan.. Tapi lupa nak gitau kat Kuala Selangor tue ada Cendol sedap (Cendol Durian Borhan) cendol Nyer memang sedap sangat lain daripada cedol yang biasa minum dan beli kat pasar malam, so kalau kengkawan nak datang ke Kuala Selangor jangan lupa lepak kejap kat Cendol Durian Borhan..hihihihihiih.. Jom layan gambar-gambar kami




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads