ads

Jumaat, 4 Oktober 2013

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2013 03:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Aug 2013 03:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jul 2013 03:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kegagalan cerun - kajian kes di bukit antarabangsa, <b>hulu kelang</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 03:28 AM PDT


Merupakan fenomena yang kerap belaku di Malaysia adalah dikeranakan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hujan yang tinggi melebihi 3000 mm setahun meningkatkan kadar hakisan dan luluhawa yang boleh mempercepatkan pergerakan jisim terutama nya di kawasan cerun bukit curam.
 Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang bertopografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U ( Peta 1). Dicirikan oleh iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 3000 sehingga 3500 mm. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari keduanya. Kebanyakkan runtuhan tanah bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetus oleh air larian permukaan . Runtuhan tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dengan pantas tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang menggelongsor mengikut tarikan graviti . 
Air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng bukit. Pengaliran air yang teramat deras akan menghakis bunga tanah atau lapisan atas. Berkaitan dengan proses hakisan, runtuhan tanah juga akan berlaku di cerun bukit, terutamanya berlaku semasa hujan lebat. Proses kegagalan cerun  menjadi satu masalah di kawasan di berbukit-bukau seperti Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia. 
Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview  di Hulu Kelang (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali dikaitkan  dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding kawasan beriklim lain . 
Namun begitu, faktor-faktor lain seperti keadaan geologi, geomorfologi & struktur geologi akan berperanan dalam mempengaruhi corak pelemahan batuan. Kawasan kajian yang terletak di Bukit Antarabangsa merupakan kawasan perumahan di lereng bukit di Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Bukit Antarabangsa, Ampang adalah sebuah kawasan penempatan awam yang berprofil  pertengahan ke tinggi. Namun begitu, penempatan yang dimajukan sebagai perumahan ini mempunyai keadaan muka bumi yang bercerun dan sama sekali tidak selamat dan tidak stabil untuk diduduki. Kebanyakan projek  pembangunan di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa terletak di kawasan cerun bukit. Peristiwa tanah runtuh yang berlaku pada 6 Disember 2008 di Bukit Antarabangsa telah meranapkan 20 buah rumah dan mengorbankan sekurangnya lima orang penduduk dan lebih daripada 2,000 orang pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat
Kekuatan cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong kekuatan tapak bagi perumahan tersebut akibat hujan yang berterusan, telah menyebabkan kawasan menjadi tidak stabil dan aliran air berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin  lemah. Ditambah pula, dengan keadaan cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama beberapa rumah penduduk yang terlibat runtuh di sepanjang cerun dan dilonggokkan ke beberapa ratus meter dari  tempatnya yang asal. Menurut laporan, 13 Ogos 2008, menunjukkan bahawa kebanyakkan cerun di kawasan  Bukit Antarabangsa berada pada kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi kerana mempunyai kecerunan 26° - 35°.  

Meninjau Tapak Tanah Yang Dipohon Puan Bachan Kaur | Pusat <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 09:15 PM PDT

BachanKaur01

Puan Bachan menunjukkan lokasi tapak yang dipohon kepada Saari. Beliau telah menjaga kebersihan tapak ini sejak mulai mendiami rumahnya

Hulu Kelang, 7 Ogos 2013 – Saari telah meninjau tapak tanah tidak bertuan yang dipohon oleh Puan Bachan Kaur di Taman Hulu Kelang(dulu dikenali Ulu Klang Garden), dekat Zooview hari ini. Puan Bachan telah menetap di di taman ini sejak tahun 70-an dan berhasrat untuk memohon tanah yang terbiar di penghujung jalan rumahnya kepada Pejabat Tanah Gombak. Tinjauan ini merupakan langkah biasa yang dilakukan Saari untuk memahami keadaan di tapak sebelum menimbangkan sebarang sokongan.

BachanKaur02

Puan Bachan menunjukkan pelan pembangunan Taman Hulu Kelang yang berada di dalam simpanan beliau

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


3 Beranak Maut Dibunuh KEJAM <b>Di Dengkil</b>!!! | Penggempur Mutiara

Posted: 29 Aug 2013 04:30 PM PDT

Tiga beranak termasuk bayi perempuan berumur dua tahun ditemui mati dibunuh dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk kelar di leher dalam sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu seorang nenek berumur 64 tahun ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala bayi tersebut dikelar di leher.
"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat berasingan iaitu di ruang tamu, dapur dan bilik utama di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa yang berumur tujuh tahun yang baru sahaja pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.
"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut Imran, bergerak atas maklumat tersebut, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tiga lokasi berbeza.
Selain itu katanya, polis akan menyiasat kes tersebut daripada pelbagai aspek termasuk dendam mahupun rompakan kerana hasil siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di rumah mangsa.
"Rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun mahupun pergelutan, polis kini sedang giat mengesan senjata yang digunakan serta motif kejadian," katanya.
katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan ditalian 03-8772 422 bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mas Ayu, 27 berkata, pada pukul 11 pagi dia ada terdengar bunyi bising daripada rumah mangsa.
"Selepas terdengar bunyi bising saya ada meninjau keadaan di rumah mangsa, namun tiada apa-apa kejadian yang mencurigakan berlaku.
"Sekitar rumah mangsa pada ketika itu juga tiada sebarang kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir ia mungkin pergaduhan biasa yang tidak serius," katanya.
Katanya, sepanjang mengenali keluarga mangsa tiada sebarang masalah yang timbul, malah tiada pergaduhan besar melibatkan mereka. - UTUSAN ONLINE

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Bubblynotes: Tree Steak House, <b>Sg</b>. <b>Buloh</b>

Posted: 30 Sep 2013 01:11 AM PDT

Dah lunch kannn??? Tak apa kan??? Cerita pasal makan pula kali ni... ^_^... Yeshhhh!!! Akhirnya, akhirnya, akhirnya, mak buyung dapat juga makan di Tree Steak House setelah sekian lama mengidam... Dan di Tree Steak House ni adalah merupakan tempat makan "western favourite" Cik Puan Bubbly sedari tahun 2006 lagi. Memang setiap kali kalau keinginan tekak tu datang, di sinilah persinggahan Cik Puan Bubbly dan "family" ataupun dengan kawan2... 
Kira2 macam dah lama juga tak jejak sini walaupun agak selalu juga lalu di sini bila pergi ke Bandar Baru Sg. Buloh...^_^... sebabnya bila lalu ada masanya hari tu tutup... ada masanya hari tu ada urusan lain nak kena diuruskan jadi memanjang tak sempat jer lah... 
Tree Steak House ni adalah salah satu restoran "western" yang terbaik pada tekak Cik Puan Bubbly dan juga pada tekak ramai orang kot??? Sebab, Tree Steak House adalah salah satu restoran yang popular di sekitar Sg. Buloh dan juga rasanya bagi penduduk di kawasan Lembah Klang... Kalau tak, tak adalah keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan kan??? Entah bila keluarnya yang tu akak tak pasti... he he he... tau pun restoran ni keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan bila nak membayar di kaunter masa hari tu... 
Kami pergi malam minggu hari tu... dan bila sampai macam biasa "fullhouse"!!! Tak ada "seat"... Jadi, kami menunggulah sekejap...tapi rezeki ibu mengandung gamaknya, penantian tu tak adalah lama sangat...Agaknya kesian "owner" restoran tengok mak buyung berdiri lama... "plus2" muka "wanted" kannn??? Dah kenal...wakakaka.... Alhamdulillah ada rezeki junior... Dan pada malam tu, menu kami adalah... Chendana Chicken Chop... 
Hamik ko, mengidam punya pasal, licin kot pinggan tu... cumanya macam biasa... suami tukang habiskan tomato dan sedikit coleslaw yang berbaki... hu hu hu... "part2" sayur ni memang akak slow sikit...memang sejak azali macam tu...
Sedikit tentang Tree Steak House... Tree Steak House terletak di Kampung Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor. Restoran ini telah beroperasi sejak dari tahun 2003 dan berada di jalan utama ke Kuala Selangor. (Jalan menuju ke rumah akak "uols"), berhampiran dengan kawasan pasar malam Paya Jaras. Chef mereka adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam masakan "western" selama lebih dari 10 tahun.
Dari segi harga??? "Trust me!!!" memang berbaloi dan masih di dalam bajet kemampuan...walaupun mungkin ada antara menu2 tu yang mahal, tapi "uols" takkan menyesal punyalah... Sekali makan mesti nak lagi... ahakss... (beria "promote" walhal bukan dibayar pun....wakakaka...ikhlas la...sebab memang sedap... tempat makan sedap mestilah kongsi kan???"
Siapa2 yang dah pernah makan dan juga "regular customer" macam akak mesti setuju dengan pendapat ni... "but then to those" yang masih belum pernah mencuba...kalau nak rasa dan cuba "uols" bolehlah cuba... Yang uniknya, nama2 menu ikut nama pokok...dah nama pun Tree Steak House kannn??? Sebagai panduan "uols" yang masih belum pernah ke Tree Steak House....
Waktu Perniagaan:
6.00 petang sehingga 12.00 malam setiap hari
Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor
016-343 6550 (Sham Shaharir)
016-269 0656 (Efiyanti Jaarif)
Bon Appetite!!! ^_^... Yummylicious!!!

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Saat Kau Sentuh Hatiku...: Pencuri Kasut <b>di Bangi</b>

Posted: 01 Oct 2013 11:00 PM PDT


Subhanallah...semua bendapun nak curi?

Kasutpun dah jadi barang berharga semenjak dua menjak ni. Nasib baik selipar Jepun aku kat luar rumah tu tidak mengundang iri hati sang pencuri.

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Kampung Kemboja <b>Di Paya Jaras</b>, Pahang? - titian perjalanan ini <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:30 AM PDT

Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja. 
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain. 
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut. 

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Aksi Selangor, TRW dijangka &#39;pukau&#39; penonton <b>di Shah Alam</b>

Posted: 29 Jul 2013 04:32 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Pertembungan naib juara Liga Super, Selangor dan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Khamis ini dijangka mampu menarik minat sekitar 1,000 ...

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Kereta Remuk Dihempap Kren <b>Di Petaling Jaya</b>

Posted: 17 Aug 2013 08:42 PM PDT

Pic: ABN NewsPic: ABN NewsKUALA LUMPUR: Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini semalam, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya kepada pemberita.

Sani berkata bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai.

"Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya.

- Bernama

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2013 01:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 01:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Aug 2013 01:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Khaled Ibrahim Bakal Kalah Jika Bertanding <b>Di Ijok</b> | KLXPRESS

Posted: 12 Apr 2013 03:41 AM PDT

SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang sebelum DUN dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN.

Penganalisis politik meramalkan bahawa keducikkkdukan Abdul Khalid akan tercabar jika BN meletakkan Setiausaha MIC Selangor K.R. Parthiban sebagai calon, yang menewaskan beliau pada pilihan raya kecil DUN itu pada April 2007.

Sungguhpun Abdul Khalid dikatakan ada kelebihan disebabkan pengaruhnya sebagai menteri besar Selangor, namun landskap politik Selangor kini sukar diramal kerana isu-isu politik semasa yang melanda negeri, terutama Abdul Khalid dibayangkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak akan dilantik menteri besar walaupun jika partinya menang pada PRU13.

Penganalisis politik Anbumani Balan berkata Parthiban, yang merupakan antara bakal calon BN yang disebut-sebut bertanding di Ijok, berkemampuan mengambil kembali kerusi itu untuk BN kerana beliau kini mendapat sokongan yang meyakinkan daripada para pengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil DUN Ijok 2007, Parthiban mengalahkan Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi. "Sekiranya Parthiban menjadi calon di Ijok, MIC membuat pilihan bijak dengan tidak mengulangi strategi lama pada PRU12 apabila ia melepaskan kerusi tradisi Ijok kepada Umno dan menukarnya dengan kerusi DUN Bukit Melawati.

"Saya percaya kesilapan dalam strategi itu telah memberi ruang kepada Abdul Khalid yang menjadi calon PKR bagi kerusi Ijok pada PRU12, memenangi kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Mengulas lanjut, Anbumani berkata Parthiban mampu mendapat sokongan yang menyakinkan daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi Adun Ijok, walaupun untuk jangka masa pendek.

Parthiban juga sering hadir pada majlis-majlis keramaian penduduk di kawasan itu. "Beliau memahami segala permasalahan yang dihadapi penduduk Ijok dan ini membantu Parthiban memberikan tentangan hebat kepada calon lawannya," kata Anbumani. Pada PRU12, 2008 Abdul Khalid menewaskan calon BN Datuk Mohamad Sayuti dari Umno dengan majoriti 1,920 undi. Partibhan pula yang bertanding sebagai calon B Ndi kawasan DUN Bukit Melawati, kalah tipis kepada calon PKR, M.P. Muthiah dengan majoriti 297 undi.

DUN Ijok mempunyai hampir 19,000 pengundi, dengan kira-kira 49 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi India dan 16 peratus pengundi Cina serta kaum lain.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peluang seseorang calon untuk menang di Ijok bergantung kepada kerjasama antara calon dan jentera pilihan raya parti.

"Calon PKR akan bergantung kepada jentera parti di peringkat Selangor, manakala calon BN akan bergantung kepada bantuan jentera parti pusat. Kini perebutan di Ijok ialah sama ada jentera pusat boleh memanjangkan bantuan kepada jentera negeri," katanya.

Beliau berkata pelantikan Parthiban sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Ijok memberikan peluang cerah kepadanya untuk menebus kekalahan BN di kawasan itu dan beliau telah pun membuat gerak kerjanya sejak sekian lama.

Sivamurugan percaya Parthiban mampu memberikan tentangan hebat kepada mana-mana orang kuat PKR termasuk Abdul Khalid untuk kerusi DUN Ijok jika ada kerjasama antara jentera parti BN.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa puak atau kem yang wujud dalam PKR Selangor, yang tidak sehaluan dengan Abdul Khalid, boleh mensabotaj dan menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Parthiban, 43, yang juga bekas guru berkata beliau ingin kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat Ijok untuk meneruskan khidmatnya yang terhenti sebagai Adun kawasan itu pada April 2007.

Katanya sokongan masyarakat India khususnya kepada BN di kawasan Ijok telah meningkat dengan signifikan kerana beliau sering mengambil berat permasalahan mereka melalui lawatannya ke kawasan-kawasan ladang sejak tahun 2008.

"Saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN pada PRU13 kerana rakyat sudah pandai menilai situasi sebenar di Ijok, " katanya.-BERNAMA

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Geng Sarawak bergaduh <b>di Subang Jaya</b> , kerja kereta mangsa dan <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 10:58 PM PDT

SUBANG JAYA 14 Ogos - Seorang lelaki berasal dari Sarawak mati ditikam rakan senegeri selepas terbabit dalam satu pergaduhan di rumah sewa mereka di kawasan perindustrian di Jalan Utama 2/1 Taman Puchong Utama, di sini malam tadi. Mangsa Morris Asang Yahya, 22, difahamkan telah diserang di dalam kereta ketika cuba melarikan diri sekitar pukul 11 malam.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, mangsa dan suspek serta beberapa orang lagi yang menyewa di sebuah rumah di tingkat 2 bangunan rumah kedai telah bergaduh ketika sedang minum minuman keras."

Mangsa difahamkan telah melarikan diri dan memasuki kereta Proton Saga tetapi ditahan suspek yang kemudian menikam mangsa dengan dua bilah pisau dapur," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian.

Tambah Ah Chua, polis kini sedang mengesan suspek yang bernama Paul Lagang Anak Malit, 26, untuk siasatan lanjut. - Utusan

Bonus:
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved