ads

Rabu, 18 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Wang Palsu <b>di</b> Kempen Permatang Pasir « Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2009 09:44 AM PDT

Sebenarnya, perkara ini bukanlah pertama kali didengar. Sebelum ini, pada PRU12 2008, berita yang hampir sama turut tersebar, di mana wang RM50 palsu turut diagih-agihkan. Ada suara-suara sumbang mengatakan yang pihak tertentu yang diberikan peruntukan untuk pilihanraya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk mencetak wang palsu, yang tentunya lebih murah. Dengan itu, segala lebihan dapat masuk kocek sendiri. Wallahua'lam

Hayati berita di bawah dari Malaysiakini/ Bernama

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

IMAN AMSYAR: bersantai <b>di teluk</b> batik...kira okey la

Posted: 28 Dec 2008 03:26 PM PST

[unable to retrieve full-text content]bersantai di teluk batik...kira okey la ... Tok Guru Abdul Hadi Awang bertemu pimpinan tertinggi Ikhwanul di Jabal Muqattam. 10 hours ago. ROCKY'S BRU · Scorpene's Friday ... 2 years ago. Web Panas - Hangat Di Malaysia ...

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Bilik untuk disewa <b>di Ampang</b>

Posted: 18 Jun 2012 06:00 AM PDT

Hi & As Salam semua,
kepada yang ingin mencari bilik sewa di sekitar Ampang,
saya mempunyai sebuah bilik utama di Apartment Permai Seri, Jalan Kerja Air Lama, Ampang.

Harga sewa untuk sebulan = RM 200
Deposit adalah 2+1 iaitu: RM 650

Harga Termasuk:
Bilik, Sewa Rumah, Bil Api, Bil Air, Bil Astro, Bil Maintenance untuk apartment.

Kriteria:
-Lelaki
-Muslim

Kemudahan:
- Berhampiran MaxValue
- Berdekatan dengan Ampang Point
- Berhampiran stesen minyak
- Apartment mempunyai security guard.
- Lif apartment (tingkat 5)

Digalakkan mempunyai kenderaan/transport sendiri kerana apartment agak jauh dari sebarang pengangkutan awam

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi:
Adha: 012-2063532
Faez: 017-4823244

Sila telefon kami dahulu sebelum datang untuk melihat bilik
Kemasukan adalah untuk bulan Julai 2012 dan seterusnya.

Sekian, wassalam.

Papan Tanda PKR <b>Di Ampang</b> Dicabut Tanda Protes @AzminAli <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 12:18 AM PDT

Baru-baru ini ada cerita pasal Geran 300 juta yang direbut oleh MB Selangor dan Pengerusi PKR Negeri Selangor. Rupa-rupanya Keris terima maklumat jentera pilihanraya di Gombak dah mula marah. Lantas mereka cabut papan tanda PKR sebagai tanda protes kepada MB Selangor dan PKR sendiri.
Rupanya mereka ini tidak dibayar seperti yang dijanjikan. Lawaknya sebab ada pula pemimpin pemimpin sengal PKR kata orang UMNO yang cabut.

UMNO daripada dulu lagi tak pernah halang pun mereka nak pasang apa pun. Malahan yang suka bakar bendera pun pihak pembangkang. Nak tuduh UMNO jugak salah?. Gila betul!
K7L : Sekarang protes PKR dah mula dari bawah...hancur..

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


fendi tazkirah: PERHIMPUNAN HIJAU <b>DI KUALA SELANGOR</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2012 08:24 AM PDT

Harakahdaily, 15 Jul 2012


(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

(Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS)

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda  berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.

 http://www.selangorku.com

Abdul Aziz Mustafa, 15 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bila Najib dipaksa berundur kelak apabila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddinlah yang akan nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Najib pula, yang nampak hayat kuasanya sudah hampir benar ke penghujung, beria-ia mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun selepas memenangi pilihan raya tahun 2008, kata Mahfuz.

"Najib sudah tahu, amat sukar BN akan dapat majoriti dua pertiga dan sebab itulah beliau mahu meggunakan sepenuhnya tempoh kuasanya sebagai Perdana Menteri selagi boleh untuk mengambil manfaat dari kedudukannya itu.

"Mungkin Najib rasa dia patut ambil kesempatan sepenuhnya sebelum dipaksa berhenti selepas tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Halau Pak Lah

Mahfuz (gambar) juga menjangkakan Muhyiddin akan melakukan apa yang telah beliau lakukan terhadap Abdullah dahulu sehingga memaksa Perdana Menteri kelima itu berhenti sebelum tahun 2010 seperti yang dimintanya.

"Orang melihat Muhyiddin sebagai watak utama yang memaksa Pak Lah berundur sebelum 2010 seperti yang dia minta sungguh-sungguh kepada rakan-rakannya dalam Umno dan BN.

"Kalau Muhyiddin boleh halau Pak Lah dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidak ada yang boleh menghalang beliau melakukan perkara yang sama kepada Najib dan Najib tentu tahu perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat, kebimbangan akan dihalau dari jawatannya itulah yang menyebabkan Najib kelihatan takut sungguh untuk menghadapi pilihan raya.

"Najib nampak benar begitu takut untuk membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya," katanya.

Muhyiddin dilaporkan berharap Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini juga walaupun ada banyak perayaan mulai bulan depan hingga awal 2013.

"Kalau boleh, biarlah pilihan raya umum diadakan tahun ini juga. Tak kisahlah bulan berapa sekalipun," ujar beliau.

Najib pula menyatakan kerajaannya berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun selepas memenangi pilihan raya 2008 lalu.

"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.

"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya lagi.

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Apa Sebenarnya PAS Mahukan......Selepas <b>Di Puchong</b> Di Sini Pulak

Posted: 23 Jun 2012 08:00 AM PDT


PETALING JAYA, 23 Jun 2012 - Satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh sekumpulan kariah Masjid Al Husna Bandar Sunway sejurus selepas solat Jumaat, semalam, 22 Jun 2012 . Tunjuk perasaan yang dihadiri lebih kurang 100 orang kariah itu mempertikaikan tindakan dan ketelusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menukar sebahagian daripada senarai jawatankuasa Masjid Al Husna yang dipilih oleh kariah melalui undian. Wakil kariah Masjid Al Husna, Encik Mohamad Rejab yang juga merupakan pengerusi surau As-Salam yang berhampiran menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan MAIS yang tidak menghormati keputusan kariah yang melantik jawatankuasa masjid melalui sistem undian yang telus pada 20/02/2012 . "Mesyuarat agung yang telah diadakan pada 20 haribulan telah berjalan dengan lancar. Semua pemilihan daripada ahli jawatankuasa hinggalah kakitangan masjid yang dilantik dengan telus katanya. Tetapi surat perlantikan yang dikeluarkan oleh MAIS, jauh berlainan" katanya .
En. Mohammad Rejab memberikan contoh Imam 1 yang dipilih oleh kariah secara sebulat suara tidak ada dalam senarai . Selain itu jawatan Imam 2 diberikan pada calon pilihan terakhir oleh kariah. Beliau juga telah memaklumkan kepada media satu memo telah dihantar kepada MAIS baru-baru ini. Tujuan bantahan dilakukan dengan harapan pihak-pihak yang terbabit membuka mata supaya berlaku adil dengan kariah-kariah masjid. Menurut beliau perkara yang sama pernah belaku sebelum ini namun tak keterlaluan. Beliau berpendapat MAIS mungkin menganggap anak-anak kariah masjid juga tidak mengambil kisah dengan pemilihan yang baru ini. Wakil kariah juga meluahkan kekecewaan mereka dengan menyatakan sekiranya perkara sebegini boleh berlaku adalah lebih baik MAIS melantik sendiri ahli jawatankuasa masjid tanpa melibatkan kariah.

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


JELAJAH JANJI DITEPATI HARI INI <b>DI BANGI</b> - Tugu Bangsa <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 08:31 PM PDT

Jelajah Janji Ditepati - Hari ini Giliran Penduduk Bangi Jumpa PM!

Lebih 20,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.

Berdasarkan jadual, jelajah dimulakan dengan Perdana Menteri bersarapan di medan selera bersebelahan Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Selepas itu, Najib akan ke Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri di Teras Jernang, Bangi, yang menjadi lokasi karnival JJD yang dijangka dihadiri kira-kira 100,000 orang.

Perdana Menteri dijadual tiba di akademi itu kira-kira pukul 11 pagi untuk beramah mesra dengan orang ramai.

Pada program itu, orang ramai juga berpeluang mengunjungi gerai-gerai yang memperkenalkan pelbagai produk kerajaan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dan Rumah 1Malaysia.

Mereka juga boleh mendapat maklumat mengenai peluang pekerjaan dan pendidikan yang ditawarkan pihak kerajaan dan swasta.

Program bermula seawal pukul 9 pagi dan berakhir pada 10 malam itu akan diselitkan juga dengan pelbagai acara menarik seperti konsert daripada artis tempatan serta pameran oleh agensi kerajaan.

Selain menjalin hubungan erat di antara pihak kerajaan dan penduduk setempat, program berkenaan turut bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah kerajaan yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

Malahan ia juga akan menjadi medan terbaik kepada rakyat untuk melihat sendiri segala pembaharuan yang telah dilaksanakan kerajaan untuk kesejahteraan mereka.

Segala apa yang ditunjukkan oleh pentadbiran Najib adalah bertentangan sekali dengan mainan politik pembangkang yang sentiasa menabur pelbagai janji bagi meraih kuasa sedangkan dari segi realitinya sukar ditunaikan.

Namun ini berbeza dengan pentadbiran Najib yang membuat janji kepada rakyat berdasarkan kemampuan yang ada dan hampir kesemuanya telah ditunaikan.

Ini membuktikan, Najib tidak akan sewenang-wenangnya berjanji jika beliau tahu bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan mampu menunaikan segala janji berkenaan.

Justeru berdasarkan hakikat itu, semua rakyat seharusnya sedar bahawa mereka akan mendapat faedah yang lebih besar jika Najib terus diberi mandat untuk memimpin negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang diminta mengulas jelajah terbaru di Bangi berkata, ia adalah langkah terbaik bagi membolehkan pimpinan Kerajaan Pusat mendekati rakyat Selangor yang kini dipimpin oleh kerajaan pembangkang.

Beliau yakin, rakyat khususnya golongan muda akan beralih memberi sokongan kepada BN sekiranya mereka dapat melihat sendiri segala pembaharuan yang telah dibawa kerajaan pimpinan Najib.

"Saya yakin rakyat akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi jika mereka dapat melihat dengan jelas bahawa hanya BN yang dapat membela masa depan mereka di negeri ini," katanya.

Beliau turut percaya, BN mampu menarik sokongan rakyat khususnya golongan muda berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap segala program yang dianjurkan pihaknya di setiap pelosok Selangor.

"Contohnya, penganjuran Karnival Belia 4B Malaysia di i-City di Shah Alam baru-baru ini telah berjaya menarik kehadiran 15,000 belia dari Selangor dan juga dari seluruh negara.

"Kehadiran ribuan belia pada program tersebut jelas membuktikan pendekatan Perdana Menteri yang bersikap lebih santai dan terbuka telah berjaya menarik golongan muda terhadap BN.

"Ia turut disokong dengan usaha kerajaan pimpinan BN yang sentiasa berusaha untuk membantu dan membangunkan golongan muda di negara ini," katanya.

Bagi menyokong program JJD itu, Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, BN Selangor turut menganjurkan sendiri program Pameran Auto di Bangi pada tarikh berkenaan.

"Kita menawarkan hadiah lumayan kepada para pengunjung yang menyertai pertandingan yang diadakan pada Pameran Auto ini bagi memastikan lebih ramai yang hadir.
"Selain sebagai sokongan kepada Perdana Menteri, pameran anjuran BN Selangor ini bertujuan mencetuskan minat golongan muda dalam industri permotoran dan teknikal di negara ini," ujarnya.

p/s - Bila pula Pakatan Rakyat nak buat roadshow seluruh Selangor dan Malaysia bagi membuktikan bahawa janji-janji dan manifesto mereka buat pada PRU-12 telah ditepati ???? Takut ke nak berhadapan dengan rakyat sebab tak ada yang MAMPU Pakatan tunaikan untuk rakyat !!!!

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam <b>di Batu Caves</b>

Posted: 11 Feb 2012 09:43 PM PST

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terus mengundang pelbagai bidasan.

Terbaru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu.

Sehubungan itu, Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam.

Jumaat lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap perdana menteri yang didakwa "menggadai akidah" dengan hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Menurut Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Najib seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya.

Turut membidas Najib dan Rosmah adalah kumpulan NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah Najib tidak merasa bahawa tidak perlu dipedulikan sema ada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?

"Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.

"TERAS menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama," kata Mohd Azmi dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, menghadirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak boleh diterima malah umat diingatkan menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.

"Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi.

Harussani juga dilapor membidas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan penasihat agama perdana menteri kerana gagal menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Pada acara tahun ini, Najib dan isterinya dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Shafie Nor: Tiga perompak larikan 11 dulang emas <b>di Batu Caves</b>

Posted: 14 Jul 2012 03:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, SABTU, 14, Julai, 2012: Tiga lelaki bersenjatakan dua pistol melarikan 11 dulang emas serta merampas satu 'pump gun' milik pengawal keselamatan dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Pasaraya Giant, Batu Caves hari ini. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.28 pagi. "Seorang pengawal keselamatan kedai emas terbabit cedera di kepala akibat dipukul dengan pistol," katanya kepada Bernama
Beliau berkata, semua suspek, yang belum dikenal pasti identitinya, melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran JLN 4488. 
Katanya, jumlah kerugian belum ditaksirkan.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved