ads

Rabu, 8 Jun 2011

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


[Sinar Harian] Simpang bahaya <b>di Cheras</b> Batu 11 cetus resah

Posted: 29 Mar 2011 09:38 AM PDT

CHERAS – Peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan persimpangan di Pekan Batu 11 menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya terutamanya masyarakat setempat.

Ini berikutan persimpangan berkenaan tidak mempunyai lampu isyarat menyebabkan ia sering mengalami kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu pagi dan petang.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 5, Lee Ah Seng, berkata, kebimbangan penduduk semakin ketara melihatkan pertambahan kenderaan menggunakan laluan berkenaan yang merupakan laluan utama masyarakat setempat.

"Penduduk mengemukakan aduan mengenai permasalahan ini dan berharap pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti dan menyelesaikan permasalahan ini demi kebaikan bersama.

"Kebanyakan pengguna khususnya penduduk setempat terpaksa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas ketara di persimpangan berkenaan memandangkan ia merupakan laluan utama penduduk untuk ke pusat bandar dan kawasan berhampiran", katanya ketika mengadakan lawatan bersama pegawai JKR Hulu Langat dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Ah Seng berkata, kemalangan kecil sering berlaku di simpang berkenaan memandangkan tiada lampu isyarat dan hanya bergantung kepada sikap toleransi pemandu apabila hendak keluar dari persimpangan berkenaan.

"Kita sememangnya mengharapkan lampu isyarat di simpang berkenaan segera dipasang demi keselesaan dan keselamatan semua pihak", katanya.

Sementara itu, Nie Ching berkata, permasalahan ini akan dipanjangkan kepada JKR Hulu Langat agar ia segera diselesaikan memandangkan ia membabitkan keselamatan pengguna jalan raya.

"Saya akan mengadakan perbincangan bersama JKR Hulu Langat dan pihak lain yang bertanggungjawab supaya permasalahan ini diatasi segera memandangkan jumlah peningkatan kenderaan yang semakin meningkat.

"Berdasarkan tinjauan bersama, memang jelas berlaku kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan dan agak membimbangkan sekiranya sebarang kemungkinan berlaku", katanya.

Dipetik dari Sinar Harian.

Today's Visitors: 0 Total Visitors: 1

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


HARTANAH PROPERTY 2U: Tanah Pertanian seluas 205 ekar <b>di Semenyih</b>

Posted: 15 May 2011 03:47 PM PDT



Price : RM 24 000 000 Type: Land, For sale Area: Semenyih
Title type: Leasehold Tenure: 99 Other info: Bumi Lot
Size: 205 Acres Estate agency no: 31240
Property Type: Agricultural

Tanah 205 ekar untuk dijual. Data seperti berikut:

No. Lot: PT 2331
Daerah : Ulu Langat
Mukim : Mukim Ulu Semenyih
Kategori Tanah : Pertanian

Tanah ni telah di tanam pokok kelapa sawit di mana:
- 160 ekar adalah pokok ditanam semula
- 30 ekar adalah pokok tua
- 10 ekar belukar

Lokasi berdekatan dengan PLKN Semenyih

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


ORANG PERLIS MENULIS: Meneroka Sejarah <b>Kuala Kubu</b>

Posted: 17 May 2011 07:04 AM PDT

Wesak Day, aku dan rakan aku menyelongkar sejarah Kuala Kubu Bharu. Sudah seminggu aku menetap di Kuala Kubu Bharu. Sebenarnya, sejarah tempat ini menarik untuk diselongkar. Bukannya aku si pengkaji paranormal, tetapi rasanya ianya satu kemestian jika kita mahu blend in dengan masyarakat. Bukankah orang cakap, tak kenal maka tak cinta? Jadinya, sejauh mana kesinambungan kisah yang berlaku dalam tahun 1883 dan 1926 itu patutnya diperturun ke keturunan muda mudi seperti kami sekaligus membawa satu stigma baru dalam penterjemahan sejarah pekan Kuala Kubu.


Tak perlu aku bercerita tentang banjir besar yang melanda. Sebabnya kisah itu hanya lebih baik diceritakan dari mulut mulut pak cik mak cik yang lebih arif dan mengetahui. Seminggu di sini bukan lagi tahap jagung boleh rebus, jangungnya masih muda bha! Jagung? Hah? Gerrr….

Tadi petang, aku dan member aku, Rosdi… sempat kuar untuk meneroka isi KKB. Isi yang masih sukar dikoyak koyak menjadi cebisan yang senang dihadam. Apa lagi kalau tentang kisah sejarah Kuala Kubu. Pertama dalam rondaan kami, kami ke kawasan Alir Limpah yang menurut kata orang adalah sungai back-up yang digunakan untuk pelepasan air jika Empangan Kuala Kubu melebihi takat. Menurut orang, masih ada tinggalan empangan yang boleh dilihat. Namun, usaha kami gagal sebab malu bertanya, maka sesatlah jalan. Kah3!

Hujan turun mengiringi perjalanan. Semakin lama, semakin hujan melebatkan rintiknya. Macam tak nak bagi kami teruskan perjalanan jer. Tetapi, akhirnya hujan mengalah pada takdirnya, dia pergi melepaskan rintiknya di kawasan lain, membenarkan kami untuk meneruskan expedisi meronda petang Wesak. Next pitstop is Masjid Lama Al-hidayah.


Masjid ini adalah masjid lama yang kini hanya menjadi surau dan digunakan untuk solat lima waktu kecuali solat Jumaat. Masjid kecil di tengah hutan yang terletak di Ampang Pecah ini ada sejarahnya tersendiri. Tanda 1926 di atas masjid ini menandakan ianya sudah tua dan sudah menyaksikan pelbagai perubahan kawasan ini.
Masjid Lama Al-hidayah Ampang Pecah, kini...
Kunjungan kami ke kawasan ini membuka cerita cerita baru. Pelbagai versi sejarah Kuala Kubu Lama sudah diperdengarkan dan melalui pembacaan internet, nyata bahawa kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut ini sudah menjalani proses tokok tambah dan menjadikannya pelbagai versi. Namun, apa yang dapat kami ketahui dari perbincangan dengan seorang pakcik (sebab kami tengah tunggu Asar untuk solat jemaah di masjid lama ni), kami dapat tahu yang waris kepada orang yang mana melarang Cecil untuk tidak menembak buaya tersebut masih wujud. Dikatakan sumpahan telah terjadi dimana satu daripada keturunannya akan mendapat penyakit kulit putih (mungkin saintifiknya, albino nama penyakitnya). Stop kat situ, sebab aku dan si Rosdi ni pon tak berapa jelas lagi pasal sejarah ini. Dari mulut ke mulut, storynya berbeda beda. Entahlah, yang penting apa yang kami perasan dalam mana mana story tentang sejarah Kuala Kubu, buaya putih pasti menjadi karakter utama dalam kisah.

Menurut pembacaan di internet (sumbernya tak jelas sebab tak ingat link), ada yang menyatakan bahawa Cecil Ranking ini sebenarnya mahu mengusir penduduk kampung di sini. Maka, orang kampung Kuala Kubu akhirnya membina cerita tentang mitos buaya putih untuk menakutkan Inggeris. Maka, Cecil Ranking akhirnya nekad mengebom empangan dan banjirlah Kuala Kubu. Cecil Ranking meninggal. Mayat Cecil Ranking yang dijumpai di atas pokok memberikan satu bayangan dalamnya banjir yang terjadi.

Next pit stop kami seterusnya adalah makam Cecil Ranking. Namun, makam tersebut tidak dijumpai sebab malu bertanya sesatlah jalan. Menurut Rosdi, housemate yang juga menginterview beberapa guru, dikatakan adalah tugu di sekitar kawasan Masjid Daerah yang tersergam indah. Malangnya, pencarian kami menemukan sesuatu yang lain. Sedar atau tidak, ada seketul tugu kecil peringatan terhadap sesuatu yang telah dilakukan oleh Inggeris di sini.

Ada seketul tugu peringatan bertanda 1935 yang bertulis 'Pokok Ini Ditanam Sempena Jubli Perak King George Ke Lima. Siapa King George The Fifth, korang Google lah sendiri. Usah mencari pokoknya kerana ianya sudah tiada lagi. Sekali lagilah kalau malu sesat jalan, kami pun pulang dengan persoalan kenapa pokok itu tidak ada lagi pada masa sekarang.
1935, congak cepat dah berapa tahun benda ni ada kat situ..
Hari ini sudah tamat, jadinya penggembaraan akan dijalankan lagi. Insyallah pada masa akan datang, jangan malu bertanya lagi na… nanti susah nak korek kisah. Haha.. a…
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


.:Kembara Memburu Syahid:.: Bowling <b>di Ampang</b> Superbowl Flamingo

Posted: 29 May 2011 11:08 PM PDT

event semalam:

bayaran yang dikenakan cuma RM2 seorang! :)


tempat kejadian


bola berbagai saiz.
yang warna merah jambu paling ringan, 8. hijau berat sikit, 9. biru 10. warna biji remia tu tak ingat sebab saya tak guna pun.


abang fateh setia menunggu bola.


sibuk jaga bola untuk ummi dia. heh!


ini amru.
waktu ni amru baru sampai. masih blurr lagi sebab terjaga dari tidur akibat dikacau. ops! bukan saya yang kacau tau~


amru dan hamzah

ps:
[1] ni kali kedua percubaan main bowling setelah kali pertama dua tahun lepas.
[2] bola yang dilantun oleh saya masih lagi suka masuk longkang. hehe. sungguh perlu main lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Pekerja Kimpalan dan Pertukangan <b>di Port Klang</b> | eJawatan

Posted: 04 Jun 2011 04:36 PM PDT

Posted On: June 5th, 2011    Job Type: Tech/Engineering    Job Location:

Memerlukan SEGERA Pekerja Kimpalan dan Pertukangan di Port Klang.
- Tempat tinggal disediakan
- Boleh kerja lebih masa
- Berpengalaman atau tiada pengalaman
- Jujur & bertanggungjawab dlm menjalankan
tugas

Berminat sila hubungi 019-2766061 atau
email interhybrid@yahoo.com

___________________________________________________________________________________

Join Facebook Page kami untuk mendapatkan update terkini jawatan kosong setiap hari!

atau

Dapatkan update tekini jawatan kosong setiap hari melalui email anda!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Realiti Kehidupan: Sepagi <b>di Kuala Selangor</b>......

Posted: 05 Jun 2011 10:17 PM PDT


Sepagi di Kuala Selangor
Menikmati Pemandangan Pekan Bersejarah
Sepintas Sejarah

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura.

Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawa nama Selangor telah pun ada ketika itu ada pun sebelumnya. Dalam kitab Jawa Negara kertagama yang terkarang di pertengahan Kurun Masehi 14 pula menyebut nama Klang tertakluk ke Majapahit.

Beberapa keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang menjadi panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran Cina yang dipercayai belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut ada tertulis Sungai Klang dan Selangor darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458), Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu di Klang.

Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.

Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut.

Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang pemerintah yang bertimbangrasa inilah yang mempengaruhi hati penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.

Apabila meninggalnya ketua mereka, lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.

*Rujukan dari Sejarah Kuala Selangor (2002) oleh Dato' Dr Hj Yusoff Bin Hassan

Aktiviti kami sekeluarga








  




Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


KENALI KAWASAN-KAWASAN PERANGKAP HAD LAJU

Posted: 16 Dec 2006 12:00 AM PST

~KAWASAN SPEED TRAP~

Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam

SUMBER dari PPEOC

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Titian Ainul Hayat: Memori <b>di Jeram</b> Linang,Machang

Posted: 26 May 2011 12:33 PM PDT

Assalamualaikum...

Memori sem yang lalu kadang - kadang menyingkap rasa rindu untuk kembali besama korang.

Shie, zila, & dua budak lelaki yang aku sendiri  lupa namanya...

Nama2 inilah yang menjadi peneman dikala " tension study "..

 Sebabnya mereka  yang memaksa aku untuk turut serta beriadah ke Jeram Linang.. 

Hehe (^_^)....Thanks a lot to Shie kerana suport duit minyak kereta,

 Thanks to zila sebab turut serta,

 Thanks to dua orang budak lelaki itu sebab suport kenderaan untuk ke destinasi dengan tanpa perlu menyewa kereta ( macam faham2 je poket tengah kosong time hujung sem ni )

 

Sebelum itu, ingin  memohon kemaafan kepada semua budak2 kelas  sebab gambar korang di Jeram Linang tidak dapat dimuatkan di sini atas sebab2 tertentu ( sebabnya aku kan x join korang atas sebab aku dah pokai time tu)

 Sememangnya Mas Aini dikenali sebagai sahabat yang sangat sukar untuk diajak turut serta bersama menjalankan aktiviti luar. Walaupun begitu, bukanlah bermakna yang diri ini seorang yang tidak gemar bergaul bersama teman. Pada hakikatnya aini adalah seorang yang suka bergaul tetapi mesti mempunyai sebab sampingan untuk turut serta dalam sesuatu aktiviti. Harap korang memahami dan tidak berkecil hati dengan keputusan  yang tidak mahu turut serta bersama semua..




Sekian, ini sahaja gambar yang larat untuk dimuatkan di blog ini..

 Kesimpulannya, Jeram Linang yang bertempat di Machang , Kelantan ini memang lokasi yang sesuai untuk dikunjungi.. Sangat best! 


 Wasalam..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KAMIkakiJALAN2MAKAN2: MERANCANG2 MAHU CUBA SEAFOOD <b>DI JERAM</b>, KUALA <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 11:31 PM PDT

Wekend ni 30/4 dan 1/5 kami ke Bentong, Pahang. Ada aktiviti anjuran opis kami. Katanyer ada aktiviti Water Rafting.. yesss!! cuak gak tu tapi tetap mahu mencuba.

Balik dari Bentong, 2/5 pulak kami plan nak ke Jeram. Katanya ada port makan seafood disana.
Tambahan pula dah book sorang co-pilot (fendi jangan buat2 lupa kteorang dah book ko 2/5). he3.Berkobar2 mahu pergi ni. Harap2 menjadi.

Best kah? boleh la cadangkan tempat/kedai makan yang best kat sana..

geng meh la join kalau nak :-)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


MIMPI SENJA: 64 ahli cawangan DAP Melayu pertama <b>di Puchong</b> keluar <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 01:33 AM PDT

64 Malay Members of DAP Puchong Quit Party to Rejoin Umno

by Dajmarizal Zolkipli

The Malay DAP Branch of Puchong was established in 9 September 2009, first of its kind in Selangor and its approval letter was signed by Teresa Kok, Member of the Selangor State Assembly for Kinrara.

The representatives of the DAP Malay branch met Umno information Chief, Datuk Ahmad Maslan to handed in 64 application forms to join Umno.

When commenting on the matter, the Deputy minister in the Prime Minister's Department said that this is an indicator that the public is now starting to realize that only Umno/Barisan Nasional can help and change the fate of the Malays.

"It amazed me that there were Malays that join DAP, but what is more astonishing is the fact that these people came back to Umno since realizing that they cannot achieve anything with DAP", he said.

Its Chairman, Haron Abdul Wahab when met said that they were frustrated with DAP leadership and decides to rejoin Umno.

"Even when we're supporting them (DAP), we got nothing in return."

The 58 years old also reveals that before he joined DAP with around 51 other Malay members, he was an Umno members but left the party after having some problems within the party.

"It is about time that we come back to Umno since Umno is the only party that can protect the Malays and this is the party that our ancestors used to support during their time."

Talking about other DAP Malay branch, Haron said that right now there are not so many active branches operating.

"There is one in Ampang, but that one is hardly functioning," he said.

Haron also said that he expects another 100 DAP Malay members from Puchong will follow him to join Umno.

- mD

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Tentang C.I.N.T.A: Banyak Perubahan <b>di</b> Pantai <b>Morib</b>

Posted: 05 Jun 2011 08:18 PM PDT

Pertama kali pergi Pantai Morib dulu masa umur as dalam lingkungan 7-9tahun..

masa tu keadaan kat sana,tak cantik..

kotor...

Sekian lama as tak pergi ke sana..

Pantai Morib dah banyak berubah...

tak macam dulu..

banyak kemudahan dah disediakan..

kedai-kedai yang menjual makanan pun bersih..

orang yang datang pun ramai...

lagi2 pada hujung minggu...

ada yang berkelah...

ada yang main layang2...

ada yang datang saje berjalan2 bawa keluarga..(macam as lah..hihihi)

seronok jugak jalan2 dengan keluarga sekali sekala kan..

seronok.....

walaupun mama dengan ayah as agak sibuk dengan kerja masing2...

tapi bila kami dapat jalan bersama2....

ia nya sangat2 seronok...

lagipun...

as kan dah nak kahwin..

jalan puas2 dengan keluarga sebelum kahwin nih...

hehehhee....

sebenarnyer..

as pergi Pantai Morib tuh pun tak dirancang..

sebetulnyer nak pergi kenduri kahwin...

kat sijangkang batu 8...

dah alang2 sampai sana...

kitaorang terus g Morib...hehehhee

suasana di morib...cantik kan?

ramai orang main layang2...

my family... :D

banyak orang jual layang2 kt sini..sebab angin memg kuat...

jalan2 di pantai.....huhu

turn kitaorg lak mian layang2..hehehhe

saya....!!!

khas for my fiance....hehehehhee...

tepat pukul 5.30petang..

kami pun berangkat pulang....hehehhee

walaupun tak masih tak puas kitaorg main buih sabun dan layang..huhu...

tapi,nak buat macam mana....hehehe

hari lain kan leh datang lagi..

tapi,mungkin kedatangan kami lagi sekali akan ada perubahan lagi pada Pantai Morib?

mana lah tahu kan..

lepas ni morib leh jadi lokasi percutian yang menarik kat Malaysia nih...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


PASUKAN KOMPANG SINAR 12: Majlis Perkahwinan <b>Di Paya Jaras</b> Hilir <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2010 03:38 AM PST

PASUKAN KOMPANG SINAR 12: Majlis Perkahwinan Di Paya Jaras Hilir 23hb Januari 2010 (Sabtu Malam) Majlis Malam Berinai / Weddings in the Paya Jaras Hilir January 23, 2010 (Saturday Night) Night dyeing
skip to main | skip to sidebar

FOR ENDORSEMENt : cc1b809c5717a97c

Hi I need confirmation from friends about the blog friends who haveendorsed so far, hope can be their friends what I had to show {EAV_BLOG_VER:cc1b809c5717a97c}

Thank you

Majlis Perkahwinan Di Paya Jaras Hilir 23hb Januari 2010 (Sabtu Malam) Majlis Malam Berinai / Weddings in the Paya Jaras Hilir January 23, 2010 (Saturday Night) Night dyeing


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


MTV World Stage concert protest picking up | Malay Mail Online

Posted: 06 Jun 2011 09:30 PM PDT

Monday, June 6th, 2011 16:09:00

THIS year's MTV World Stage concert has sparked quite a number of protests following Shah Alam MP Khalid Samad's petition objecting to it being held at the technology hub I-City.

Four days afters Khalid set up an online petition, it has already garnered 406 signatories in support.

They did not mince their words when expressing their protest on the petition page towards the concert, scheduled for July 23 and featuring American rock band Thirty Seconds To Mars (pic).

Most felt the concert would encourage immoral activities among young revellers, while some felt the event was not suitable to be organised in Shah Alam, largely seen as a conservative city and an academic centre.

"Please consider not 'polluting' the knowledge centre that is I-City with something that will lead to immoral activities," wrote one of the protesters, Ahmad Hafizuddin Razalli, from Selayang.

Another commenter, Muhammad Hanif Abdul Razak, from Section 4, Shah Alam, wrote: "Please respect the majority Muslim community in Shah Alam. Our teenagers will follow Western culture if the concert still proceeds."

On Facebook, protests against the MTV concert have picked up rapidly. An independently set up protest page — Kami Bantah Konsert MTV World Stage di Shah Alam (We protest MTV World Stage in Shah Alam) — has garnered 1,293 "likes" since it was set up on May 18.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, had said last Wednesday the State government would not cancel the concert.

The MB's stand did not seem to deter the Shah Alam MP in his campaign as he brought up the matter in his party's annual meeting, the PAS Muktamar, yesterday.

This is the third time Malaysia will host the MTV World Stage event.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Online - Konsert MTV <b>Di Shah Alam</b> : Bantahan Pas Sekadar <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 12:34 AM PDT

Kategori Utama

Konsert MTV Di Shah Alam : Bantahan Pas Sekadar Lakonan Sandiwara

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 2 Jun – UMNO Shah Alam hari ini menyifatkan Pas sebagai "Parti Amalkan Sandiwara" berhubung bantahan mereka  terhadap penganjuran konsert MTV World Stage yang akan diadakan di I-City Shah Alam pada 24 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin berkata bantahan yang dilakukan Pas itu hanyalah sekadar mainan wayang bagi mengaburi mata rakyat khususnya pengundi Islam di negeri ini.

Tegasnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Pas membuat bantahan sedangkan Pengerusi Pasi Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sendiri merupakan Exco Kerajaan Negeri yang akan bermesyuarat setiap minggu bersama Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan negeri yang lain.

Berdasarkan hakikat tersebut kata beliau lagi, Hassan Ali  sendiri boleh menyatakan prinsip sebenar Pas menolak dan membantah cadangan membenarkan penganjuran MTV World Stage ini.

"Ini semua sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Selangor khususnya orang-orang Islam. Mereka tidak serius menangani atau membantah konsert ini. Mereka sebenarnya 'ibarat lembu dicucuk hidung' oleh DAP yang hakikatnya mendominasi pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kenapa mereka tidak menganjurkan demonstrasi besar-besaran, mengapa mereka tidak menaikkan poster-poster dan kain-kain rentang dan sebagainya untuk menunjukkan mereka benar-benar membantah penganjuran konsert MTV ini di Selangor.

"Jika ini berlaku di zaman pemerintahan kerajaan BN, mereka pastinya akan membantah dan melakukan berbagai-bagai kempen dan demonstrasi bantahan,"  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa UMNO Bahagian Shah Alam sama sekali menolak dan membantah konsert penganjuran MTV World Stage di i-City, 24 Julai ini.

Pendirian ini kata beliau lagi jelas sejak BN mentadbir Selangor, sebarang bentuk konsert tidak sesuai diadakan di Shah Alam memandangkan statusnya sebagai sebagai bandar raya Islam contoh.

"Tidak ada sebarang aktiviti hiburan yang boleh dianjurkan di bandar raya ini dan ia sepatutnya dikekalkan", ujarnya.

Pendirian ini turut dikongsi bersama Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Datuk Shari yang melihat tindakan Pas Selangor ini sekadar lakonan untuk memperlihatkan pendirian Pas sebagai sebuah parti yang kononnya berjuang atas nama Islam.

Pas Selangor kata beliau lagi diibaratkan seperti seekor 'semut' yang mengigit sekadar untuk rasa gatal, tetapi tidak boleh mendatangkan kesan buruk kepada kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR dan DAP.

"Mereka tidak ikhlas, isu arak yang timbul dulu pun tidak dapat diselesaikan Pas Selangor, inikan pula isu konsert MTV ini.

"Dulu mereka kata, nak tutup kilang arak terbesar di Shah Alam, tetapi bila kerajaan negeri dah berada di tangan mereka, apa yang mereka robohkan dan apa yang mereka khususnya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tawarkan kepada kilang arak tersebut?", katanya

Pendirian Pemuda UMNO Shah Alam tambah beliau menolak penganjuran konsert tersebut malah bersedia untuk bersama-sama mana-mana pihak termasuk Pas Selangor untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah konsert tersebut. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 2 June 2011 Pada 3:34 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Cetusan Rasa: Gambar ziarah kawan <b>di Sungai Pelek</b> bersama hasan

Posted: 07 Jun 2011 07:24 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Gambar ziarah kawan di Sungai Pelek bersama hasa... Sek Men Tinggi Kajang. ► May (3). Pesan Cikgu.... Lawatan Sekolah Kebangsaan Sg Koyan Kuala Lipis Pa... Kasih Sayang.... ► February (2) ...
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved