ads

Sabtu, 22 Jun 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Pembelian Tanah <b>Di Bukit</b> Kiara: <b>Raja</b> Nong Chik Buat Laporan <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 09:16 PM PDT


Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

-Bernama

Pembelian Tanah <b>Di Bukit</b> Kiara: <b>Raja</b> Nong Chik Buat Laporan <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 11:11 PM PDT

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

- BERNAMA

Rumah Mampu Milik <b>di</b> Bandar <b>Bukit Raja</b>, Klang | Azri Nasruddin

Posted: 03 May 2013 07:08 PM PDT

Sime Darby - Bukit RajaPendaftaran bagi rumah mampu milik berkualiti oleh Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja, Klang sudah dibuka. Rebutlah peluang untuk memiliki hartanah ini bagi yang layak.

Maklumat lanjut disini.

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


<b>Datuk</b> Seri Ahmad Said mengundi <b>di</b> SK <b>Teluk</b> Kalong | Terengganu <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 01:31 AM PDT

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said membuang undi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said membuang undi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud membuang undi tepat jam 8 pagi di Sekolah Kebangsan Teluk Kalong, di sini, hari ini.

Ahmad yang diringi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengundi di saluran satu manakala isterinya di saluran dua.-berita harian

MB dan isteri meninjau suasana hari pembuangan undi.

MB dan isteri meninjau suasana hari pembuangan undi.

Mnenteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut membuang undi.

Mnenteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut membuang undi.

Breaking News: 2 calon DAP bertanding kerusi Dun <b>Teluk Datuk</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2013 07:49 AM PDT

Memang sudah terang lagi bersuluh.Kalau dalam parti sendiri pun mempunyai konflik yang ketara,apatah lagi kalau diberi untuk memerintah negara,sudah pasti HANCUR jadinya.
Namun,inilah wajah sebenar parti DAPig.Masing-masing mahu menunjukkan kuasa hingga lupa akan kebajikan rakyat.Di Dun Teluk Datuk sudah berlaku "perang"antara calon-calon yang bakal bertanding.Sekitar jam 5:30 petang tadi,bertempat di hadapan Dewan Orang Ramai,Jenjarom  telah berlangsungnya satu perhimpunan secara aman  bagi MEMBANTAH Philip Tan dilantik semula terajui Dun Teluk Datuk pada PRU 13 ini,seramai lebih 30 orang  berbangsa India dan seorang berbangsa Cina kelihatan membawa sepanduk menyatakan bahawa mereka MENOLAK Philip Tan untuk menjadi calon Dun Telok Datuk dengan alasan Philip Tan telah banyak kali mengetepikan masyarakat India.

Ternyata Philip Tan pada malam yang sejuk ini rasa akan bahang penolakkan rakyat terhadap beliau.
Namun sebaliknya di Pejabat DAPig Cawangan Teluk Bunut,satu sidang media telah diadakan dimana di situ.LIM SOON HONG dikhabarkan akan bertanding di Dun Teluk Datuk bagi menggantikan Philip Tan.

Pergh!lagilah bengang Philip Tan,Ada gunting dalam lipatan rupanya.Baguslah tu.Yang di Jenjarom buat demo,yang di Teluk Bunut buat sidang media.Macam ada sesuatu yang tak kena..

Apa-apa pun AKU TETAP UNIDI BARISAN NASIONAL!

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN SAJIAN KEM PLKN 2013 <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 06:00 PM PDT

13 Jun, 2013   –   Majlis Anugerah Perkhidmatan Kem PLKN 2013 telah diadakan di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu, Selangor dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Hilmi bin Yahaya dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tn Awang  Alik bin Jeman.  Turut hadir ialah Komandan Kem PLKN Geo Kosmo, Mej Mohd Kamarul Ariffin Bin Mohammed Azahar.

Calon DAP Cederakan Calon MCA <b>Di Kuala Kubu</b> Baru - MyKMU.net

Posted: 01 May 2013 05:06 AM PDT

May 1, 2013   ·   15 Comments

jessie-ooi-and-lee-kee-hiong

Ooi (left) showing the bruise on her right shoulder that she claims was caused by Lee.

Calon wanita DAP mula tunjuk samseng.  Kita memang tahu bahawa DAP yang berfahaman ala komunis semestinya agresif dalam tindak tanduk mereka. Namun begitu kita tidak pernah terlintas bahawa calon sendiri mampu dan sanggup mencederakan lawannya secara terbuka.

Jessie Ooi merupakan  calon MCA untuk kerusi DUN Kuala Kubu Baru telah membuat laporan polis bahawa beliau dicederakan oleh lawannya calon DAP Lee Kee Hiong (bekas setpol Lim Kit Siang) semasa mengadakan "walkabout" di pasar malam pada hari isnin baru-baru ini.

Ianya merupakan saat-saat yang cukup mencemaskan apabila calon MCA terpaksa berhadapan dengan calon DAP yang cukup samseng.  Jessie Ooi telah membuat laporan polis  pada hari selasa. Bahu beliau telah cedera dalam kejadian tersebut. Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital  KKB.

Menurut Jessie Ooi , para penyokongnya yang terdiri kebanyakkannya wanita telah berjabat tangan dengan penduduk disamping memberi risalah semasa mereka bertembung dengan  kumpulan calon DAP tersebut.

"Saya menghulurkan tangan bersalam dengan Lee dan bergambar bersama untuk pihak akhbar."

"Tetapi semasa bersalaman, tangan kiri Lee telah menolak bahu Jessie secara berterusan. Waktu ini calon DAP tersenyum dan mencabar saya berdebat dengan beliau.

"Saya beritahu bahawa ini hanya membuang masa. Lee terus menerus  menolak bahu saya. Ibu saya melihat kelakuan Lee oleh itu beliau menarik saya dari ditolak oleh Lee"

Memandangkan penyokong Lee kebanyakkannya lelaki maka saya telah berundur dan pulang ke pejabat MCA di bandar.

Beliau menyedari bahawa bahunya sakit dan merah.  Apabila Lee dihubungi maka dia pun telah membuat laporan polis. Menurutnya beliau sekadar menepuk bahu Jessie sahaja.

Lee Kin Hiong di perarakan Himpunan Hijau baru-baru ini

Rencana The Star  (30 April 2013) di bawah.

GE13: BN's Jessie Ooi claims shoulder injury caused by DAP opponent

HULU SELANGOR: Jessie Ooi, Barisan Nasional's candidate for the Kuala Kubu Baharu seat, claimed that she was injured after being "pushed about" by DAP's Lee Kee Hiong during a walkabout at the night market on Monday

Ooi, 34, lodged a police report on Tuesday claiming that her shoulder was bruised in the incident. She sought treatment at the KKB Hospital.

Ooi said she and her supporters, mostly women, were shaking hands with residents and distributing flyers when they met Lee's group.

"I offered my hand to Lee and we shook hands and posed for the press photographers.

"But while we were shaking hands, her (Lee's) left hand kept pushing at my shoulder. During this time, Lee was smiling and challenged me to a debate.

"I told her it was a waste of time and she continued pushing at my shoulder. My mother saw Lee doing this and pulled me away," Ooi told The Star.

Ooi said since Lee's supporters were mostly men, she left the place and returned to the MCA office in town.

She said she realised that her shoulder was painful and noticed that it was red.

When contacted, Lee said she had also reported the matter to the police.

Lee said she had only "tapped" Ooi on the shoulder.

Besides the two, Yoong Tham Fook, Pritpal Singh Mender Singh and Nadarajah Subramaniam are contesting as Independents in the state seat.-the star

Sebelum ini DAP pernah bertindak samseng terhadap seorang warga emas bernama Simon Thong. Beliau berumur 62 tahun menceritakan bagaimana beliau telah dibuli.

Kata Cikgu Simon ""After my police report, they hung 20 posters of me at the boomgate and on the fence in front of my house. The posters have been there 9 days, and counting… It's character defamation, of course. "No, things are not getting better. Still, this is my home and I won't be chased out."

Manakala DAP juga turut mengertak media " "My wife and I are alone,deep inside Taman Kaya. [...] Only my wife and I stay here.Neither my children nor my grandchildren are allowed to come within 500 meters of this danger zone. That is our decision: to protect them from danger. Even former students have been urged not to visit as we fear for their safety. This Christmas and then, Chinese New Year, will be quiet festivals: nobody is coming."

Budaya samseng yang menjadi asas perjuangan DAP patut dihapuskan bagi membolehkan rakyat Malaysia hidup dengan aman sejahtera. Mereka yang menjadi penyambung pemberontakan komunis di Tanah Melayu harus dibendung dengan sekeras-kerasnya.

By


12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


NAAK SANGAT: KHIANAT ANTARA DUA DARJAT.... <b>semenyih di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 09:40 AM PDT



Rupanya kisah kota Damansara masih tak habis... Tempat lain yang senasib atau secerita dengannya senyap macam sapa pun tak peduli... Kenapa??? Apa bezanya??? Jika di Kota Damansara PAS dikatakan khianat... kenapa di Semenyih dan Jelapang tak jadi cerita...??
Maka ada yang jawab... sebab Kota Damansara calon PKR kalah (sebenarnya PSM)... di Semenyih macammana... ini keputusan di DUN semenyih  ... 
 1. ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS (PSM)               5,568       

2. JOHAN BIN ABD AZIZ (BN)     17,616                  

3. HAMIDI BIN A. HASAN (PKR)                13,471                                    

Penyandang: Johan Aziz (BN - UMNO

% keluar mengundi: 88.70%


Dan ini pulak di Kota Damansara...

1. RIDZUAN BIN ISMAIL (PAS)   7,312                    

2.HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (BN)      16,387                  

3. MOHD NASIR BIN HASHIM (PKR)        14,860

4. HALMI BIN OMAR (BEBAS)                    116

5. EDROS BIN ABDULLAH (BEBAS)           57

6. SUPPIAH A/L ANANDAN (BEBAS)       39

                            

Penyandang: Dr Mohd Nasir Hashim (PKR)



Berbeza sikit dengan suasana di Jelapang...

1  M. Sarasvathy (PSM)                2,568                      

2 S. Mokan (BN)              4,655                    

3  Teh Hock Ke (DAP)      16,921

Penyandang: Teh Hock Ke (DAP)


Dari senario yang ada, jelaslah bahawa PSM adalah parti yang mengganggu Pakatan Rakyat.  Mereka sanggup bertanding atas tiket sendiri setelah Pakatan Rakyat berkeras meletakkan calonnya... Cumanya... di Kota Damansara PSM tak perlu berkeras kerana PKR memberi laluan kepada calon PSM Dr Nasir.
Aku pelik akan sikap PSM.. Mereka kata sokong Pakatan Rakyat tetapi lawan Pakatan Rakyat. Di Kota Damansara lebih pelik apabila PKR memberi laluan kepada PSM bertanding di atas tiketnya walaupun tahu tindakan PSM di Jelapang dan Kota Semenyih... Macammana pemimpin PKR yang terlalu bijak berpolitik boleh memberi laluan kepada Dr Nasir hanya kerana PSM berkeras untuk bertanding . Jangan lupa siri ugutan pemimpin PSM sebelum PRU 13 untuk menuntut kerusi dari Pakatan Rakyat  Sepatutnya PSM di ajar tidak diberi ruang kerana khianat mereka di Jelapang dan Semenyih... malah di Jelapang lebih mengelirukan kerana mereka mendakwa mewakili Pakatan Rakyat... alasannya wakil mereka bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara...
Persoalan pertama... Mengapa PKR bagi pada PSM sedangkan PAS dari awal menolak PSM.. ada yang kata ia adalah wakil sejak 2008...jangan lupa... PSM hanya di daftarkan selepas 2008, maknanya tiada PSM sebelum 2008 sebagai parti politik.... Di fahamkan bahawa TG Presiden telah memberi ingatan awal sejak 2 tahun lalu agar PKR tidak meletakkan PSM di Kota Damansara... PAS hanya serahkan kepada PKR...
Apakah dengan hanya memakai baju PKR, PSM boleh dianggap PKR.. sepatutnya PKR menjaga sensitiviti rakan sebelum mereka menyalahkan PAS  seperti hari ini.. Ia berbeza dengan Lumut yang diwakili ahli PAS memakai baju PKR kerana dalam keluarga yang sama... dan PKR sememangnya tiada calon berkelayakan.... harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat!!!! Apakah kerana PKR tiada calon layak maka dibenarkan meminjam calon PSM... sejauh mana komitmen yang akan diberikan PSM??? 
Kalau calon bendahari PKR Perak seperti Jamaludin  di Behrang pun boleh melompat ... bagaimana dengan PSM yang langsung tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat... semudah itu PKR menilai calon??? Apakah pengalaman pengkhianatan Calon tangkap muat yang mengecewakan kami di Perak tidak menjadi ingatan>> PERSOALAN saya...sejauh mana PKR meyakini PSM akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dari awal mereka sudah menentang Pakatan Rakyat di Jelapang dan Semenyih??? apatah lagi jika kedudukan kerusi di Selangor terjadi seperti di Perak 2008... saya sangat bimbang...
Dalam siri ini saya ingin bertanya..??? mengapa Kota Damansara menjadi isu hingga kini... Dan sasarannya ialah TG Presiden yang dikatakan menandatangani watikah perlantikan??? Mengapa Samsul mendendangkan isu ini di dalam dewan dan disambut Khalid samad ..... disaat pemuda mempertahankan Presiden...mereka dituduh membodek... ??? Mengapa isu di atas langsung tidak dibangkitkan oleh Khalid Samad??? Atau Khalid samad hanya berminat menyerang pemimpin PAS atau sasaran tepatnya TG Presiden dengan hujah kononnya amanah menegur??
Dalam tulisan ini saya juga mempersoalkan PKR yang memberi ruang kepada PSM bertanding atas tiket PKR walaupun tahu pengkhianatan PSM terhadapnya di Semenyih dan rakan PR  DAP di Jelapang??? Politik bijak apa yang digunakan hingga membenarkan musuh menggunakan lambang parti walaupun di sudut lain musuh dari kandang yang sama menentang partinya sendiri??
Isu di atas saya sentuh atas dasar khianat politik yang dilakukan oleh PSM, bukan mazhab sosialisnya... saya belum berminat menulis isu itu....
Andai secara sengaja atau tidak  tulisan ini menyentuh atau menyenggol tulisan Khalid Samad... bukan kerana sokongannya terhadap PSM atas dasar mazhab sosialinya, kerana saya tahu Khalid Samad adalah antara pemimpin PAS yang beriman dengan aliran Sosialis PSM tidak sesat... tidak sesekali... saya hanya menulis di sudut kewajaran PSM diberi tempat di Kota Damansara... isu yang dilupakan.. kalau rajin saya akan sambung isu ini... apatah lagi kalau ada yang berminat membela PSM atau sekutunya...

Khalid Samad: Respon Kepada Arul PSM Berhubung <b>Semenyih</b>

Posted: 10 Jun 2013 07:52 PM PDT

Pada mulanya saya mengucapkan terima kasih kepada Sdr Arutchelvan (Arul PSM) yang telah memberikan komen berhubung tulisan saya mengenai DUN Semenyih tempoh hari. Komen beliau adalah seperti berikut:

"Sdr Khalid Samad yang dihormati, Saya ingin memperjelaskan satu perenggan dalam tulisan ini mengenai PSM dan PRU DUN Semenyih yang tidak tetap dan tidak benar.

PSM semasa rundingan kerusi dengan DSAI pada 13 April 2013 yang juga dihadiri oleh saya, Dr. Nasir dan Dr. Jeyakumar di pihak PSM dan Tian Chua dan Xavier Jeyakumar dipihak PKR. Dalam meeting tersebut, PSM setuju untuk guna lambang PKR untuk DUN Semenyih tetapi meminta PKR menimbangkan samada PSM boleh tanding logo sendiri di salah satu dari dua kws yang PSM menang 2008 iaitu KD dan Sg. Siput. DSAI menjelaskan ia adalah susah tetapi memberi masa untuk PSM bincang balik dalam mesyuarat PSM manakala beliau berjanji tidak akan mengumumkan kerusi DUN Semenyih dan KD. Tetapi pada 14 April, PKR umum mereka tanding di Semenyih tetapi tidak umum KD. Ini adalah satu mungkir janji. Pada 15 April, PSM beritahu bahawa PSM setuju tanding semua kerusi bawah PKR setelah dapat persetujuan ahli. Tian Chua dan beberapa pemimpin kanan PKR berkata memang Semenyih kerusi PSM dan mereka hanya perlu 2 jam untuk jelaskan kepada Azmin Ali dan kerusi untuk akan diberi kepada PSM. Namun selepas itu mereka megakui Azmin tidak mahu beri laluan walaupun ramai pemimpin PKR dan pemimpin BERSIH dan NGO desak PSM diberi tanding guna logo PKR. Azmin berkeras mahu calon melayu dan mereka juga tidak kotakan perjanjian untuk beri kerusi ini kepada PSM walaupun PSM sudah setuju awal-awal untuk tanding bawah logo PKR. Akhirnya pemimpin tertinggi PKR minta PSM tanding logo PSM kerana mereka tidak dapat laluan dari Azmin."


Saya tidak berhajat untuk memberi komen berhubung apa yang telah dirundingkan di antara PSM dan PKR dan saya anggap ianya sebagai urusan diantara PKR dan PSM yang saya tidak ada kena-mengena dengannya mahupun PAS. Sepertimana yang Sdr Arul sedia maklum, permohonan PSM untuk bersama dalam PR telah ditolak sejak dari dulu lagi dan itulah sebabnya mengapa persoalan bertanding dengan menggunakan lambang PKR menjadi relevan.

Tujuan bertanding dengan mengguna lambang PKR adalah supaya calon yang diturunkan adalah sebagai calon PKR dan bukan sebagai calon PSM. Ini adalah kerana PSM tidak merupakan anggota PR. Tawaran ini merupakan kelonggaran yang diberikan oleh PKR kepada anggota PSM untuk mengelak berlakunya 3 penjuru. Mengelak berlakunya 3 penjuru pula adalah bertujuan untuk memungkinkan kemenangan bagi pihak PR dan kekalahan bagi pihak BN. Memenangkan kerusi yang ditandingi adalah matlamat di sebalik semua perkiraan ini.

Dalam kes Semenyih, sekiranya benar Azmin tidak bersetuju Sdr Arul diturunkan sebagai calon PKR, ianya mungkin atas sebab alasan 'winability' Sdr Arul sebagai calon di Semenyih. Sepertimana yang diketahui bersama, Semenyih adalah kawasan majoriti pengundi Melayu dan BN menurunkan calon UMNO untuk bertanding di situ. Walaupun kita menolak politik kaum, kita tidak boleh menafikan bahawa ia merupakan faktor yang akan diambil kira oleh pengundi-pengundi Melayu khususnya yang atas pagar.

Maka di atas hasrat untuk menambahkan kemungkinan menang, maka Azmin sebagai pengerusi PKR Selangor memutuskan bahawa calon PKR di Semenyih perlu merupakan calon Melayu. Oleh itu pencalonan Sdr Arul ditolak. Ini adalah merupakan bacaan saya.

Apabila keputusan PKR yang sebegitu dibuat, maka Sdr Arul berhadapan dengan 2 pilihan. Yang pertama, bertanding sebagai calon PSM dan dengan itu akan berlakunya keadaan 3 penjuru yang hanya akan menguntungkan UMNO/BN.

Pilihan kedua adalah untuk Sdr Arul menerima keputusan itu sebagai keputusan strategik yang dibuat oleh PKR dalam usaha memenangkan calonnya dan dengan itu berkempen bersama calon PKR untuk menjatuhkan calon UMNO.

Sekiranya kita meletakkan kekalahan BN sebagai objektif utama kita, maka sepatutnya Sdr Arul memilih pilihan kedua. Malangnya, mungkin di atas perkiraan lain, termasuk mungkin untuk membuktikan wujudnya sokongan yang kuat bagi PSM, maka Sdr Arul telah memilih pilihan pertama.

Kesan dari pilihan Sdr Arul diketahui umum. UMNO/BN menang dan hubungan Sdr Arul dengan PKR menjadi kurang baik.

Kalau Sdr Arul bertanya pada saya sebelum berlangsungnya PRU tempohari mengenai pandangan saya berhubung dua pilihan ini, maka saya akan menjawab "pilihlah pilihan kedua". Tetapi Sdr tidak bertanya; dan sememangnya tidak perlu merujuk kepada saya sekalipun. Sdr Arul adalah dari PSM bukannya PAS. Yang dari PAS sendiri pun tidak merujuk kepada saya, walaupun saya merupakan wakil PAS Selangor yang bertanggung-jawab untuk berunding kerusi dengan PKR, apatah lagi Sdr yang dari PSM!

Maka akhirnya kita semua, saya yakin, merasa sedih dengan keputusan yang tercapai di Semenyih. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.

Namun, apa yang lebih penting sekarang ialah apa yang kita semua ingin dilakukan pada masa akan datang, khususnya PRU 14. Suasana yang sama akan timbul sekali lagi. Pilihan yang sama akan kita hadapi. Sekiranya apabila berhadapan dengan keadaan yang sama, PSM memutuskan untuk bertanding walaupun akan berlaku 3 penjuru, maka pencapaian di Semenyih mungkin diulangi di beberapa kerusi. Dan kali ini bukan sahaja di Semenyih tetapi di mana sahaja PSM dapat bertapak dan dapat sokongan. Ianya tidak perlu ramai, seribu atau dua mungkin cukup untuk mengubah keputusan di beberapa tempat.

Ada yang menganggap bahawa sekiranya PSM bertanding 3 penjuru berlawan dengan calon PR dan BN maka undi PR tidak akan terjejas. Ini adalah kerana dianggap PSM tidak mempunyai sokongan. Saya harap tanggapan itu benar tetapi berdasarkan keputusan di Semenyih ianya seakan-akan sebaliknya. Mungkin kerana Selangor berbeza dengan Terengganu dan Kelantan. Kalau di Terengganu dan Kelantan mungkin undi PSM tidak begitu banyak. Tetapi di Selangor kes Semenyih perlu diberi perhatian.

Di Semenyih BN mendapat 17,616 undi, manakala PKR mendapat 13,471 undi dan PSM dapat 5,568 undi. Tetapi di Jelapang PSM mendapat 2,568 undi. BN pula mendapat 4,655 dan DAP mendapat 16,921 undi. Mungkin sebahagian akan menjadi seperti Jelapang (kawasan DAP) dan sebahagian akan jadi seperti Semenyih (kawasan PKR dan PAS?).

Dalam soal ini pimpinan PR perlu berbincang dan memutuskan strategi yang boleh terus menjamin suasana satu lawan satu di semua kerusi demi mengalahkan UMNO/BN. Buat masa ini saya sendiri tidak nampak kaedah lain, selain yang telah diguna-pakai pada 2008 dan pada 2013 di KD dan Sungai Siput. Di Sungai Siput ia berjalan dengan baik. Tiada 3 penjuru dan calon PKR dari PSM menang. Di KD semua telah tahu kesudahan ceritanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Malaysia Israel : Kapal Israel Berlabuh <b>di Port Klang</b>? | Berita Semasa

Posted: 21 Feb 2012 05:50 PM PST

Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada "slot Israel" di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.

Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan "hayat bosnya" Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai?

Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi "haru-biru". Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel….

Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnya," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat," tambahnya. (sumber : Malaysiakini)

Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini :

Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang…

Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini :

Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !!

Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama.

Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan  merupakan salah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv)

Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya….


12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Husam Musa Ditahan <b>Di</b> Balai Pois <b>Ampang</b> Sebentar <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 01:35 AM PDT

4.15pm, sebentar tadi,  Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang. Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ianya dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya berhubung mati syahid. Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan itu. Ikuti selanjutnya...

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2013 07:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2013 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Senarai dan Lokasi Perangkap Laju / Speedtrap | Isu Halal Terkini

Posted: 14 Aug 2012 12:24 AM PDT

Automated Enforcement System (AES): Berhati-hati,beratus kamera akan menjadi "mata" anggota polis sebaik anda memulakan perjalanan.

Aidilfitri datang lagi,semua perantau akan pulang beraya di kampung masing-masing.Elakkan tragedi,pandu berhati-hati,bila mengantuk berhenti.Jangan pandu laju-laju,ingat orang tersayang,ingat jugak saman…kah!kah!kah!

Sebagai panduan,berikut adalah senarai lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

PLUS Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 456km, Sg Buloh simpang.
■ Di bawah jambatan di 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Di bawah restoran overhed di Sg Buloh.
■ Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
■ Di bawah jambatan di 296.5km, Bangi persimpangan.
■ Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
■ Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS Arah Selatan

■ Di bawah papan tanda di 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Di bawah jambatan selepas Subang persimpangan di 11.3km.
■ Di bawah jambatan di 22km, Bukit Lanjan simpang.
■ Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
■ Di bawah jambatan di 302.8km, Kajang simpang.
■ Mengenai 1km selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara terikat luar lorong
■ Pada 296.5km dan 297km, Bangi simpang.
■ Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Utara Penilaian.
■ Pada 285.5km dan 285.8km, Penilaian Utara simpang.
■ Pada pembahagi pusat di 251.8km dan 253km selepas Senawang simpang.
■ Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air.
■ Di sebalik halangan nahas tangan kanan di 198.4km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Timur Tengah / Utara

■ Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Barat Tengah / Selatan

■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
■ Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover.90km. / H

NKVE Arah Timur / Utara

■ 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km, 80km / h!
■ Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat / Selatan

■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila keluar dari tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h!
■ Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h zone!
■ Daripada Jln Duta, di laluan bawah tanah di Sungai Buloh Y-persimpangan, 22km.
■ Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
■ Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
■ Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Di bawah jambatan di 44.8km, menuruni bukit yang berjalan selepas Puchong simpang.
■ Kesas West Bound
■ Pada sebelah Sg Besi Tol Timur Bound. Bandaraya Kuala Lumpur
■ Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ jalan Dwi antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km batu batu. 70km / h sahaja!

Leburaya Pantai Timur

■ Timur berjilid, menuruni bukit selepas Raub persimpangan.
■ Maran, 60km / h zone.
■ Paya Marang, 70km / h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ persimpangan Tangkak.
■ Di bawah jambatan selepas Yong Peng
■ simpang Utara di 97.3km.
■ Ayer Hitam simpang.
■ simpang Sedenak.

Jalanraya Sekitar Utara  Malaysia  - Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
■ Sebelum Perwaja Steel.
■ Sg Petani persimpangan.
■ Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
■ Jambatan Pulau Pinang di pulau end.Speed  ​​menghadkan 80km / j.

Jalanraya Sekitar Utara  Malaysia  - Arah Selatan

■ Jambatan Pulau Pinang Pulau akhir. Had laju 80km / h.
■ Mengenai 2km sebelum had Juru Tol Speed  ​​90km / h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 204.3km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 208km, sebelum Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum Kamuntingjunction.
■ Ipoh Point Vista pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h.
■ Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction.
■ Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Di bawah jambatan di Persimpangan 296km, Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Simpang Sungkai.
■ Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction.
■ Di bawah jambatan di 373km, Sungai Junction Slim.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Di bawah jambatan di 199km, sebelum Kamunting simpang.
■ Di bawah jambatan di 241.9km, di persimpangan Kuala Kangsar.
■ Di bawah tiang isyarat di 296.1km, sebelum Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 300km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 308.6km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 372.6km, di simpang  Slim   River .

Berhati-hati ketika memandu, semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Abd. Rahman

http://www.halalscience.com

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved