ads

Selasa, 27 September 2011

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Banjir <b>Di</b> Hadapan Leisure Mall <b>Cheras</b> | it&#39;s all about you and me

Posted: 18 Sep 2011 02:20 AM PDT

Tengahari tadi hujan lebat beserta angin kuat di KL.On the way ke cheras,as usual dari selayang akan lalu jalan loke yew dan pass by leisure mall . Tapi waktu bawah jejambat otw tuh,kereta tak bergerak.Kereta dari arah Cheras lak,langsung takde.Sah-sah air naik ni tapi tak tau kat area mana.Lama gak kami menunggu dalam kereta.Ada gak orang yang keluar nak tengok keadaan.Dalam pada duduk dalam kereta ada gak kereta yang berani merempuh air tinggi tu.Pastu tersangkut dek banjir tu.Kesian tengok.Bawah ni few pixs sempat aku snap:

orang dah start keluar kereta nak tgk apa kesnya..

orang dah start keluar kereta nak tgk apa kesnya..

motor pun tersangkut dlm banjir

motor pun tersangkut dlm banjir

percubaan untuk meredah banjir

percubaan untuk meredah banjir

Posted from WordPress for BlackBerry.

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Nombor tertuduh <b>di</b> beberapa lokasi : N9 Kini

Posted: 23 Sep 2011 09:11 PM PDT

SHAH ALAM: 24 Sept – Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama firma guaman N Pathmanabhan, digunakan di beberapa lokasi di Banting dan Subang Jaya, pada 30 Ogos 2010.

Saksi Pendakwaan ke-46, Pakar Teknologi syarikat telekomunikasi Maxis Mobile Sdn Bhd, Ahmad Safuan Shaharani, 32, berkata talian telefon bernombor 012-2051243 digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa nombor dan semua transaksi itu dibuat di Pekan Telok Datok dan Batu Laut di Banting serta di beberapa lokasi di Subang Jaya, Selangor.

Ahmad Safuan berkata, nombor sama turut menerima satu panggilan telefon jam 10.26 malam pada hari sama, daripada nombor 019-2689282 selama 18 saat.

Pada 30 Ogos 2010, jam 1.33 petang, nombor 012-2051243 ada membuat panggilan ke nombor 019-3124041. Panggilan itu berjaya dan berjumlah RM12.

Pemanggil berada di pekan Telok Datok, Banting, katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nur Amizul Azami pada pemeriksaan utama, semalam.

Ahmad Safuan berkata, 012-2051243 juga ada menghantar SMS kepada 019-2295153 yang didaftarkan atas nama Datuk Sosilawati Lawiya dan direkodkan di stesen pemancar Maxis Mobile di Batu Laut, Banting.

Katanya, satu panggilan juga dibuat nombor sama ke 019-2689282 pada jam 8.29 malam dari pemancar di Batu Laut 2.
Pada jam 9.55, 30 Ogos 2010, 012-2051243 ada membuat panggilan kepada 016-2123642 dan 012-2051243 berada di Subang Jaya.

Pada jam 10.13 malam, 012-2051243 ada menghubungi nombor 121 iaitu peti simpanan suara dan panggilan itu berjaya kerana ada caj 20 sen. Ketika itu, 012-2051343 berada di SS12, Subang Jaya.

Pada jam 11.12 malam, 012-2051243 ada menghubungi 016-2123641 dan pemanggil ketika itu berada SS15 di Subang Jaya dan pada jam 11.19 malam, ada satu panggilan ke 019-2689282 dan pemanggil berada di SS17 Subang Jaya, katanya.
Panggilan terakhir 012-2051243 ialah pada jam 11.46 malam ketika berada di SS12 Subang Jaya iaitu kepada 019-2689282 dan panggilan itu dicaj 5 sen dan semua panggilan itu dianggap berjaya berikutan ada caj yang dikenakan.

Ahmad Safuan turut mengakui lokasi diperoleh pada dokumen transaksi belum dibil dan bil terperinci bukan menunjukkan lokasi sebenar, sebaliknya merujuk kepada lokasi pemancar yang terbabit dalam transaksi itu.

Perbicaraan bersambung lusa.

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


(Cool) Perpustakaan Awam <b>Di Negeri Selangor</b> Yang Bertaraf Dunia

Posted: 09 Sep 2011 03:17 AM PDT

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Info tambahan:

- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.

- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.

- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.

- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.

- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Rakaman CCTV Anwar, Eskay <b>Di Ampang</b> Apartment | AIDC

Posted: 16 Sep 2011 08:38 PM PDT

AIDCNews – 17/09/11- Satu rakaman CCTV Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dipercayai dirakam pada 21 Februari 2011 di sebuah Apartment Ampang, tempat rakaman video seks yang membabitkan Ketua Pembangkang itu mengadakan adegan seks dengan pelacur dibongkar semalam.

Rakaman bertajuk "Bapak Anwar Di Ampang Apartment" itu dimuat turun oleh channel papagomo yang berdurasi 3:48 minit itu mengandungi rakaman CCTV Anwar dan Eskay masuk serta menaiki lif apartment tersebut.

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Turut dipamerkan rakaman CCTV yang menunjukkan kedua-dua sahabat baik itu keluar dari lif.

Turut tertera dalam rakaman itu adalah tarikh dan masa iaitu pada 21 Februari 2001 antara jam 10.26 minit malam hingga jam 10.45 minit malam.

Turut dipaparkan dalam rakaman tersebut sedutan di bahagian permulaan yang menunjukkan Eskay dan Anwar (tidak berbaju dan memakai tuala) sebelum berlakunya adengan seks dengan pelacur yang pernah tersebut di youtube sebelum ini.

Pada 29 April lalu, Eskay bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dengan melafazkan :

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mencadangkan agar Anwar bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti yang dilakukan oleh Eskay itu, namun saranan tersebut tidak disahut oleh Ketua Pembangkang itu.

Pada 24 Jun 2011, peguam bela Datuk Seri Shafie Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik memberitahu mahkamah laporan analisis oleh dua pakar pengiktirafan muka dari Amerika Syarikat yang menunjukkan 99.99 peratus persamaan antara pelaku dalam video itu dan foto asal Anwar.

Analisis dibuat profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, 4 Jun lalu.

Menurut Datuk Shafie, dua pakar terbabit turut mengesahkan rakaman video itu adalah tulen, tanpa sebarang tampering dan superimpose serta berasal dari satu alat perakam video yang dirampas oleh Eskay.

Rakaman video itu mengandungi aksi lucah dan persetubuhan antara Anwar dan seorang wanita asing.

Hujah Datuk Shafie itu diperkuatkan lagi dengan bukti rakaman litar tertutup, CCTV, dari pangsapuri berkenaan yang menunjukkan kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi pangsapuri sama pada hari kejadian seks itu, 21 Februari lalu.

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


海南村 / Bagan Hailam, <b>Port Klang</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 17 Sep 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

海南村 / Bagan Hailam, <b>Port Klang</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 17 Sep 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Kuliah Ustaz Azhar Idrus <b>di Puchong</b> Perdana « Kecintaan dan <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 05:49 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Puchong Perdana. Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ulama Tersohor : Al-Fadhil Al-Ustaz Azhar Idrus. Bertempat : Masjid As-Salam Puchong Perdana [Tepi Tasik]. Tarikh : 27 Syawal 1432H / 25 ...

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Maksiat sempena Hari Malaysia : Anak Gadis Pengarah Agensi <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 08:54 PM PDT

No of View :1190

Gambar Hiasan….

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin.

 Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.

Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.

"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.
"Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

from your own site.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Pusat Honda 3S baru kini dibuka <b>di Sungai Buloh</b> Selangor | Pandu <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2011 08:45 AM PDT

Advertisement :

Pusat baru Honda 3S yang ke 59 kini telah dibuka secara rasminya di Sungai Buloh, Selangor. Honda 3S yang telah dijalankan oleh AutoWorld Asia Sdn Bhd adalah pusat Honda 3S yang ke 10 yang berada di Selangor.

Pusat Honda ini telah dirasmikan oleh Dato' B Bhaskaran Pillai, pengarah urusan AutoWorld Asia Sdn Bhd dan juga Yoichiro Ueno, CEO bagi Honda Malaysia.

Selain daripada itu juga pengarah urusan AutoWorld Asia Sdn Bhd juga berkata AutoWorld Sdn Bhd tiada kena mengena dengan Autoworld.com.my. Kedua-duanya daripada pihak yang berbeza.

Katanya lagi pengguna Honda yang berada di Selangor kini mencecah lebih kurang 60000 dan ianya adalah jumlah pengguna yang paling ramai adalah di Selangor. Dan jumlahnya semakin meningkat.

AutoWorld Asia mempunyai 59 rangkaian Honda di Malaysia dan 56 daripadanya adalah Pusat Honda 3S.

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Terkini: Tokoh Korporat Yang Akan Bertanding <b>di</b> DUN Sementa <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 05:31 PM PDT

Terkini: Tokoh Korporat Yang Akan Bertanding di DUN Sementa Dan Parlimen Kapar

Rupanya beliau menyediakan kenderaan untuk Anwar Ibrahim pusing satu Semenanjung pada PRU yang lepas.  

Anwar tak keluar sesen pun… cuma duduk je.. siap pemandu beb!!!  

Huh… untung betul jadi kroni Anwar nih… Nasib kau la YB Manicka… alamat habis madu sepah dibuang la kau kejab lagi…huhuhuhu..  

Siapa tokoh itu??? Yang pasti bukan Khalid Gagap, kerana dia tokoh keparat!!!  

Siapa? Tungguuuuuuu….

Kredit to: http://gerakantimur.blogspot.com/2011/09/terkini-tokoh-korporat-yang-akan.html

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


krisis air <b>di</b> lembah <b>klang</b> : papan kekunci dot com

Posted: 21 Sep 2011 09:55 PM PDT

Minggu lepas pergi beraya di rumah ibu saudara di Semenyih, waktu kami datang air tidak ada hingga terlonggok pinggan mangkuk. Walaupun empangan Semenyih berdekatan, kawasan Semenyih tidak ada bekalan air mencukupi. Minggu ini saya mula perasan pada waktu malam air tidak ada bila buka pili walaupun kediaman berdekatan dengan sungai Klang yang keruh itu. Semalam di Kosmo, saya ada terbaca petikan "Krisis Rizab air di lembah Klang".

PETALING JAYA – Krisis air di Lembah Klang semakin menjadi kenyataan apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh).

Ini bermakna dalam kes kecemasan, jumlah rizab harian itu hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.

Pengarah Eksekutif Perancangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Sanusi Sulieman berkata, kadar rizab yang diunjurkan oleh pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan.

Namun katanya, kekhuatiran mengenai bekalan air timbul selepas permintaan melonjak kepada 4,197 jlh sedangkan kapasiti pengeluaran air sedia ada setakat 4,326 jlh.

"Situasi ini membimbangkan kerana purata kadar penggunaan air naik 3.5 peratus, dan angka ini dicatat naik berterusan sejak 2005.

"Peningkatan permintaan ini dijangka berterusan sejajar dengan perkembangan pembangunan di kebanyakan kawasan di Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat meja bulat mengenai isu bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason turut disertai Ketua Penolong Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Nor Zamri Sondor dan Pengarah Pusat Kajian Sumber Air Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Mohd. Zaki Mat Amin.

Kosmo! 23 Ogos lalu menyiarkan mengenai krisis kekurangan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketiga-tiga kawasan berkenaan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 4.2 peratus iaitu 186 juta liter sehari.

Krisis air di Lembah Klang sudah ada tanda-tanda. Agaknya air memang sudah tidak cukup di Lembah Klang khususnya negeri Selangor tercinta ini. Teringat krisis air yang teruk dulu hingga kami perlu mendah air dihadapan rumah kerana tekanan yang cukup rendah. Pagi tadi buka pili hadapan rumah, air tak naik lagi. Malam ini nekad tadah air dalam tonglah jawabnya.

Pemilik Papan Kekunci merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang wanita yang suka menaip di ruang sesempit blognya. Terima kasih kerana sudi membaca.

azura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beraya <b>di</b> Kapar <b>Klang</b> Rumah Tn. Zamri | Cinta Hatiku Sampai Ke <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 07:15 PM PDT

Salam semua,

Semoga hari ini semua rakan-rakan pembaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Musim-musim cuti ni pastinya ramai yang dapat undangan rumah terbuka rakan-rakan sekerja atau kenalan-kenalan.

Sama macam aku semalam sempat hadiri 4 undangan rumah terbuka di sekitar klang.. memang pendek kata balik terus terbongkang kekenyangan.

beraya di kapar 1 beraya di kapar 2 beraya di kapar 4

Kunjungan pertama di rumah Tn.Zamri (sepupu aku ni).. kebetulan sepupu aku ni baru pindah rumah baru so kita orang bercadang nak gi berayalah sambil tengok rumah baru beliau.. biasalah rumah baru mesti cantikkan.. sampai-sampai je terus belasah kuih raya dia.. hehehe.. Semoga Tn. zamri terus dimurahkan rezeki amin..

beraya di kapar 3 

Cantik design rumah yang baru dibeli ni.. siap ada beranda tempat lepak2 lagi.

 beraya di kapar 5

yang ni pulak anak saudara aku… anak kepada tn. zamri.. macam-macam gelagat dia buat.. seronok dia kita orang datang.. siap nak main sorok-sorok tu.. hehehe.. Zakuan bila nak dapat adik ni.. hehehe

 

 beraya di kapar 6 beraya di kapar 7 beraya di kapar 8 beraya di kapar 9

Lepas makan kuih je.. tn.rumah terus ajak masuk dapur..katanya ada masak special untuk kita orang… wahhh memang betullah dia masak masakan kegemaran aku.. Mee Bandung Muar.. memang terbaik…. nak kena minta resepi ni.. macam biasalah aku dengan cik malarang memang kaki makan so kami berdua tambah 2 kali lagi mee bandung ni.. hahaha.. adik aku dengan wife dia macam biasalah diet katanya… hehehe

Bukan setakat mee bandung je.. lemang moden, rendang dan ayam golek bro pon ada…. semuanya sedap-sedap belaka.

 beraya di kapar 10

gelagat zakuan naik kambing biru… geram pulak aku tengok kambing dia tu.. macam nak naik juga je.. hahaha.. anak adik aku perhati je kambing tu.. sat lagi berebut nak naik.. hahaaha.

Habis je makan-makan dengan sembang2 dengan sepupu aku .. kita orang terus g umah staff adik aku pulak.. dah tu g umah rakan sekerja cik malarang pulak.. dan last sekali baru singgah umah adik aku sekejab sebelum kita orang gerak balik.

Apa pon yang penting sepanjang korang gi beraya kalau boleh sentiasalah berhati2 di jalan raya.. lagi satu makan tu berpada-padalah ye..hehehe.

Hari ini ada lagi satu jemputan.. ingat lepas balik koje baru gi.. rezeki.. rezeki…

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved