Selasa, 27 September 2011

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Gangguan bekalan air berjadual pada 7 September 2011 <b>di Sepang</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 03:34 AM PDT

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

Tarikh/Masa
7 September 2011 (Rabu), 10.00 malam hingga 4.00 pagi, 8 September 2011 (Khamis).

Sebab-sebab gangguan
Kerja-kerja Pengalihan Paip Bersaiz 200MM di Sungai Sepang Kecil, Sepang Ekoran Kerja-kerja Menaiktaraf Jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kawasan-kawasan terlibat
Wilayah Sepang
Ladang Sungai Rawang/ Tanjung Rhu/ Sungai Belankan; Ladang Teluk Merbau; Taman Telok Merbau; Taman Sri Merbau; Kampung Bagan Lalang.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Harap maklum.

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads