Ahad, 30 September 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


DaiADellas: AIr Tiada <b>di Cheras</b>, Selangor

Posted: 26 Sep 2012 12:34 AM PDT


Keputusan bekalan air adalah perkara biasa..

Teringat masa kecik2 dulu, bila Sungai Pahang melimpahkan airnya pada musim tengkujuh, pam air duduknya kat tepi sungai tu akan tenggelam. Makanya, xdela air yg disedutnya, makanya, takder la bekalan air untuk kami kat kampung.. Banjir, patut makin banyak air, tapi sebaliknya terjadi..
Mandi air banjir memang syok, tapi banyak betol kotoran yang ada bersama. Nak tak nak, lepas mandi air banjir, kena jugak bilas badan dengan air biasa..

Rumah kat kampung, dulu2 la, kolah dia sebesar kolam renang..(nampak sgt nipu..hihihi).. Masa saya kecik, dalam usia 3-8 tahun, selalu dok takut nak cebok air dari kolah, takut tangan kena sambar dek JAWS!! hahahaaa... Cuak wehh.. Budak2 betol..

So, bila air kolah pun dah surut, kami pun gi la mandi air perigi yang digali dek jiran sebelah umah.. Perigi tu bukan dalam kawasan umah dia pun..Mandi perigi pun syok kan..hehehe.. Disebabkan musim tengkujuh cuma datang time ujung tahun, so sekolah cuti,memang syok giler ahh mandi tgh2ari dengan air yg sejuk tu.. Sanggup ulang2 2-3 kali gi mandi kt situ..hehe

Tapinya, nie citer tahun 2012 yang penuh cabaran..

Takder air di KL, memang kisah haru untuk dilalui.. Tinggal di flat, tiada tangki simpanan air sendiri.. Apa yg lebih teruk apabila tiada air yang disimpan sedangkan perkhabaran dibawa mengatakan masalah akan berlarutan hingga seminggu?? Mahu saja mulut ini meluncurkan kata2 tak elok didengar.. Air minum boleh dibeli, air wudhu' boleh diiktiarkan.. Air mandi??

Survival hidup di bandaraya bak kata cik abang ku Sayang.. Tika dia baru je nak melelapkan mata kerna kusyuk berada di depan laptop sepanjang malam, Saya telah terjaga. menyiapkan beg dan diri sekadar dengan membasuh muka dan berkumur, Saya terus melangkah keluar rumah, menghidupkan enjin kereta bertepatan dengan 'Hayya alal falah..' azan berkumandang... Berkira2 tempat untuk disinggahi, Saya memilih untuk ke stesen minyak 24jam, menumpang mandi di sana..

Shell mempunyai tandas yang besar dan cantik, tapi sayang, hanya dibuka kuncinya pada jam7 pagi.. Apakah peraturan itu?? Saya pun tak tahu.. Akhirnya Saya ke stesen Esso, terus berjalan menuju toiletnya tanpa menoleh kepada penjaga kaunter tu, dengan beg di bahu.. Alhamdulillah, tandas wanitanya besar, bersih dan selesa bagi Saya membersihkan tubuh di awal pagi.. Surau yang disediakan juga selesa, menyebabkan pagi Saya terasa lapang..

Siapa kata mudah hidup di bandaraya?? Tapi sekurang2nya, pengalaman di asrama selama 5tahun, tambah lagi di matrik dan universiti, menjadikan saya seorang yg survive.. Sekurang2nya untuk hari ini..

Dan maghrib nanti, kami berdua akan bersenam di gim, dan akan terus membersihkan diri di sana.. Sesungguhnya, ada jalannya bagi yang ingin mencari.. Alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan, terutamanya apabila Saya tak perlu memasak sepanjang masa sempit ni... hihihi

~~Esok, Saya takkan singgah di Esso lg.. Saya dh punya kunci bilik masakan di sekolah, yang punya tandas dan tempat solat yang selesa.. Alhamdulillah.. Dipermudahkan.. Sesungguhnya Saya bersyukur dengan kemudahan di dalam kesempitan ini.. Ia mengingatkan kita bahawa tiap masalah akan ada penyelesaiannya.. Yang perlu kita lakukan adalah mencari jawapannya..

tata

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Hagna Polka.Com: Restoran Selera Ria, <b>Bukit Raja</b>

Posted: 06 Sep 2012 06:03 PM PDT

Dalam situasi bandar...haku jadi pelik kerana kedai-kedai macam gini  boleh hidup dengan persaingan di kiri kanan.
Keadaan kedai yang kurang terurus, makanan lambat sampai, harga yang kurang berpatutan dan yang penting...rasanya tidak menyelerakan. Haku bukan nak mengutuk ke hapa, tapi bila perkara melibatkan selera, haku akan sedikit bertegas. Bukan tidak menghormati makanan, atau tidak cuba berlapang dada menerima citarasa tukang masak, tapi...si tukang masak or pemilik kedai perlu ingat, bila pelanggan membayar makanan mereka dengan duit, so....masaklah dengan sebaik-baiknya. 
Haku ke Restoran Selera Ria....dekat ajer dengan Aeon Bukit Raja, Shah Alam. Alang-alang ada hal di Aeon tu, deretan dekat kedai berdepan dengan Aeon...haku menapak mencari makanan. Lapar.
Kedai tak banyak bukak waktu malam di kawasan situ, yang ada restoran mamak yang memang dikunjungi ramai orang. Haku suka melepak mamak dengan Along. So, kalau takder Along, haku rasa macam tak best ler. So, cari la tempat bukan kedai mamak.
Jumpalah food court ni di satu sudut hujung. Kedainya bersebelahan dengan kedai makan cina. Haku tengok lama2...sebelahnya kedai pemilik melayu dan lokasinya takderlah dekat sangat dengan kedai makan non-muslim tu. Yang makan pun ramai orang melayu. Kena tengok elok2 dalam hal ni, sebab makanan kan boleh jadi darah daging. Jujurnya, pernah beberapa kali haku rasa hati haku memang ada rasa-rasa malas nak solat...baca Quran dan sebagainya..ha...mesti faktor pemakanan yang haku rasa titiknya. Hadui....haku berpuasa lepas tu dan kalau boleh..elak daripada perkara2 shubhah nih. 







Air Asam Boi blended.....manis macam hapa..memang tak boleh minum langsung. Macam tu anda tengok dalam gambar...macam tu lah haku tinggalkan atas meja tuh. Kalau haku jadi peniaga, mesti haku pelik kenapa tak terusik airnya. Hang jawablah sendiri. Lagi satu...haku order..nasi goreng ayam kunyit. Tak tersnap gambarnya dan tak tertempek gambarnya dalam polkadots haku ni gambar nasi tu sebab minyak banyak giler...macam mana nak makan. Pun tinggal macam tu jugak.

Apapun, untuk peniaga di luar sana...keuntungan memang berlipat ganda anda mahukan dan perolehi..tapi tidakkah anda sedar yang kami sebagai perasa atau pelanggan ni keluarkan duit untuk memenuhi perut yang lapar dengan selera yang baik. Hm....

Mesti peniaga akan jawab...masak ler sendiri kat rumah kalau semua ta puas hati...

Bukan...tapi sebelum anda nak bukak kedai makan...silalah pastikan tukang masak anda tu boleh memasak dengan baik kerana itu ialah speciality anda dalam menjalankan tugas kan....


12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Merong Mahawangsa: -SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 21

Posted: 30 Sep 2012 09:03 AM PDT

Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang Mempertahankan Serangan Tentera Musuh Bisik Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai dalam tahun 1821.
Dalam meniti sejarah negeri Perak kita pasti akan bertemu dengan satu nama atau gelaran yang terkenal iaitu Datuk Panglima Bukit Gantang. Hari ini pula, gelaran ini masih lagi digunakan dan merupakan gelaran kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga merupakan lambang kepahlawanan ketika itu memerangi penjajah demi memelihara kepentingan agama Islam.
Keperihatinan kerajaan negeri dari aspek sejarah menyebabkan nama ini diabadikan pada beberapa tempat termasuklah nama tempat, nama bangunan, sekolah,dll di sekitar Bandaraya Ipoh dalam negeri Perak. Selain dari itu, masyarakat kita hari ini tidak banyak mengetahui asal usul gelaran pada nama tersebut. Izinkan kami memberi sedikit penjelasan.

Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Siam Songkhla merangkap Bendahara Empayar Islam Benua Siam Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda.
Sebelum pada itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah.
Nama Sultan Mudzaffar Syah III @ Po Chan ini ada tercatat dalam sejarah negeri Perak dan ada catatan yang menyebut baginda sebagai putera atau anakanda raja Siam Ligor (Raja Siam Ligor ialah Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Sila rujuk buku Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Tahun 1981).
Sementara itu di dalam Buku "A History Of The State Of Perak" oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda).
Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam.
Semasa negeri Kedah diserang oleh tentera Buddha Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821 masihi, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang yang ketika itu bersemayam di Istana Bukit Gantang mengepalai angkatan tentera Empayar Islam Benua Siam Kedah, menghalang kemaraan tentera Buddha Thai.
Baginda mara dengan menggunakan gajah bersama tenteranya hingga ke Kg Durian Burung, Kedah lalu berkubu di sebuah padang yang kemudian dinamakan dalam bahasa siam, 'Sanai' yang bermaksud, tentera dalam. Pada hari ini kawasan ini rata-rata telah dijadikan ladang tebu. Baginda sendiri bersemayam di Ban-Nai-Lang bermaksud, Kampung-Syed-Alang di Songkhla Thailand. Hari ini, lokasi Durian Burung ini memang terletak di selatan Songkhala dan ia bersempadan di sebelah Malaysia (zaman dahulu sempadan ini tidak wujud).
Pada masa yang sama, bapa mertuanya Maharaja China Manchu telah menghantar tentera dari China seramai 36,000 orang berkelamin untuk membantu menantunya Syed Alang Alauddin mempertahankan negeri Kedah. Sebahagian dari tentera Raja China Manchu mendarat dipelabuhan Tak Bai di Songkhla.
Oleh kerana jumlah yang ramai, tentera Maharaja China Manchu terus mara kesuatu tempat yang ditanam sawah padi sebagai satu sumber makanan utama mereka. Di sinilah tentera Panglima Bukit Gantang mengibarkan bendera atau panji-panji yang tertera perkataan kalimah Allah. Tempat ini dinamakan 'Na Thawi' bermaksud, 'Bendang Tunggu Kibar'.
Tentera raja China Manchu diiring pula ke salah sebuah kubu tentera Panglima Bukit Gantang di Padang Sanai. Di sinilah upacara resmi menyambut kehadiran tentera China Manchu telah diadakan secara besar-besaran lengkap dengan panji-panji dan tentera bergajah. Kawasan ini dinamakan Padang Terap bermaksud, Padang Tempat Menyambut. Hari ini, kawasan ini telah dijadikan sebuah daerah iaitu Daerah Padang Terap, dalam negeri Kedah Darul Aman.
Tentera Raja Manchu yang diketuai oleh General Baba telah mengadap Panglima Bukit Gantang dan menyampaikan amanat Maharaja China Manchu agar Panglima Bukit Gantang berperang menegakkan Syiar Islam disamping menyediakan tempat untuk simpanan bekalan makanan tenteranya yang ramai.
Dengan itu Panglima Bukit Gantang memerintahkan tentera raja China Manchu menanam padi huma seluas 27,000 relong (anggaran) untuk stok bekalan makanan mereka. Kawasan ini kini dijadikan hutan simpan Cheba. Cheba ialah bahasa Siam bermaksud, Nama Baba. Tempat tinggal General Maharaja China manchu (General Baba) hari ini bernama Kampung Cheba (Cik Baba).

Kawasan Huma Padi Raja Siam Songkhla, Nai Lang Datuk Panglima Bukit Gantang, Bendahara Empayar Islam Benua Siam Paduka Seri Sultan Sultan Syed Alang Alauddin tahun 1821 bagi menampung bekalan makanan tentera.

Bukit Masjid, tahun 1821. Ketiga-tiga peta ini adalah dengan ikhsan pejabat Tanah/Daerah setempat.


Sultan Idris Jammu Patani, anakanda Sultan Pak Teh Siam Jammu Patani (Pateh) telah berlindung di Istana Kota Aur dalam tahun 1820. Baginda terkorban dalam tahun 1821 di Padang Patani, Mukim Tajar, Kota Setar Kedah.
Jenazah baginda telah dimakamkan di tanah perkuburan Islam Di Raja Patani, Masjid kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang Kedah. Gelaran Jammu Patani bermula dari keturunan asalnya, Sultan Ismail Jammu Patani (Pija tu Nakpa) yang berasal dari Jammu Kashmir, anak saudara Maharaja Monggol India, Zahiruddin Bahadur Syah. Raja-raja Monggol India turut dikenali dengan gelaran Syah Alam.
Sejarah nama-nama tempat dari bahasa Siam Kedah.
Terdahulu, pada tahun 1758, Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III, ayahanda kepada Panglima Bukit Gantang ini telah membawa pengikut-pengikutnya yang terdiri dari orang-orang Islam dari Kemboja balik ke Kedah. Terdahulu, baginda menjadi Raja di Kemboja Cempakasari. Gelaran Koya berasal dari perkataan Nguyen, membawa maksud yang sama.
"During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng (Buddha), the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur'an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages".
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html
(Sebelum pada ini, kami ingatkan malumat ini tidak ada, puas kami mencari barulah kami terjumpa dengan penulisan yang agak ringkas dan tepat seperti diatas.)
Pengikutnya ditempatkan di kawasan Pedu. Pedu bermaksud, Abang @ Kekanda. Tindakan berpindah ini adalah berikutan serangan tentera Buddha thai yang telah mula menyerang negeri Islam Kemboja. Di Pulau Pinang hari ini ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Koya, berkemungkinan turut di buka oleh pengikut-pengikut Sultan Mud Zafar Syah III ini yang pergi menetap disana.
Koya Long bermaksud Putera Sulong @ Pe-du. Pho Chan pula adalah gelaran kepada baginda sewaktu menjadi Raja Kemboja Cempakasari. Sejarah penduduk Kampung Pedu, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap Kedah kebanyakkannya adalah dari keturunan Syed yang berasal dari Kampung Syed Pew dan Kampung Syed Sofoun dalam negeri Kemboja Cempakasari. Dahulunya kawasan ini pernah berada dalam Empayar Islam Benua Siam Kedah, sekitar sebelum tahun 1758.
Pelarian Kemboja keturunan Syed ini selain dari bermastautin di Kelantan dan Trengganu turut juga bermastautin di sekitar pekan Kuala Nerang. Perkataan Nerang ialah bahasa siam yang bermaksud, Tempat Ulu Sunyi. Di Kuala Nerang inilah terdapatnya kawasan Bendang Raja. Raja yang dimaksudkan ini ialah Pho Chan Koya Long, Sultan Mudzafar Syah III.
Di Mukim Rambai, dalam daerah Pendang Kedah juga terdapat Bendang Raja milik Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III yang pernah menjadi Bendahara sewaktu ayahandanya Syarif Yang Di Pertuan masih ada. Rujuk Buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa Dan Pustaka di ms 43 "… Dititah Bendahara Suruh Salin…" . Bendahara pada ketika itu ialah Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III.
Maharaja China Manchu telah mengariskan 3 strategi untuk menyerang tentera Buddha Rama II Chakri Sokho Thai.
Pertama, melalui jalan darat dengan teknik berkumpul tenteranya di Chiangmai untuk menyerang Kota Ayuthia.
Kedua, melalui jalan sungai, tenteranya mara melalui Sungai Chau Phraya dan mereka mendarat di Tak Bai, Songkhla.
Ketiga, melalui jalan sungai juga yang mana tenteranya mara melalui Sungai Mounmin Burma dan mendarat di Pulau Langkawi.

1799 – 1820 H.I.M. Emperor Chia-ch'ing [Jen Tsung Jui Huang Ti] [Shou T'ien Hsing Yün Fu Hua Sui Yü Ch'ung Wên Ching Wu Hsiao Kung Ch'in Chien Tuan Ming Ying Chê Jui], the Great Illustrious Emperor of the Great Ch'ing Dynasty, Son of Heaven, Lord of Myriad Years, etc c. b. at T 'ien-ti-i-chia Ch'un, Jehol, 13th November 1760, educ. Shang Shu-fang. Appointed as Heir Apparent with the title of Huang T'ai Tzu on 21st December 1773 (secret) and publicly invested 15th October 1795.
http://www.4dw.net/royalark/China/manchu11.html

Biasalah, hari ini kalau ada nama Islam pun sudah dipadamkan dari sejarah. Chia-Ching bermaksud, kepercayaan bersungguh-sungguh, Tsung Jui bermaksud, duduk di tempat yang tinggi.
Di Pulau Langkawi mereka mendarat di sebuah tanah tinggi yang kemudiannya digelar dalam bahasa siam, Ma Chin Cheng yang bermaksud, mari sehingga cerah mentari. Ini disebabkan kehadiran tentera china ini terlalu ramai dan mereka tiba secara berperingkat-peringkat melalui jalan laut.
Tentera ini dipimpin oleh menantu Raja China Manchu yang kedua iaitu Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai, bergelar Mat Sirat. Lokasi penginapan beliau semasa sampai di Pulau Langkawi ialah kawasan yang kini dikenali sebagai Padang Mat Sirat. Mat Sirat ialah gelaran dari bahasa siam untuk Tengku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai (Datuk Saudagar).

Dalam tahun 1821 ini, tentera Raja Sumatra Pasai Acheh telah bertempur dengan tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai di Kuala Kedah. Kapal yang dinaiki Raja Langkat Sumatra Pasai Acheh ini tenggelam dan baginda terbunuh. Dengan menggunakan rakit mayat baginda dibawa ke tebing Kuala Kedah dan dimakamkan disitu. Tempat pemakaman tersebut kini dinamakan, Makam Tok Pasai. Tok Pasai adalah cucu Iskandar Mahkota Alam dan merupakan bapa mertua Syarif Yang Di Pertuan (berkahwin dengan Tengku Marin/Suryamarin).

Jambatnn baru yang dibina di Kuala kedah dinamakan sempena nama baginda, Jambatan Tok Pasai. Hari ini, tidak adakah warisnya yang kini berada di Sumatra Pasai mengaku mengenali @ mengetahui salasilah baginda?
Susulan peristiwa serangan ini tentera China Manchu yang menang peperangan di Langkawi datang untuk membantu tentera Raja Sumatra Pasai Acheh. Tentera ini dibahagikan kepada 4 gelombang.
Gelombang pertama, mendarat di Teluk Bagan dan kawasan ini dinamakan Tanah Raja Teluk Bagan.
Gelombang kedua, mendarat di Kuala Kangkong. Kangkong ialah bahasa siam bermaksud, ditepi longgok. tentera tentera ini mara sehingga Kampung Tokai. Perkataan Tokai ini diwujudkan sempena nama Panglima tentera China iaitu Tok Kai. Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china Manchu ini masih wujud hingga hari ini.
Gelombang ketiga, mereka mendarat di Kuala Sala, perkataan sala ialah dari bahasa siam yang bermaksud, rumah wakaf . Tentera dari gelombang ketiga ini mara dan menetap di Kota Sarang Semut iaitu kawasan kota lama milik Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir, cucu kepada Raja Merong Mahawangsa (222 H). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud hingga kini. Istana Kota Sarang Semut dimusnahkan tentera thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1876 dan menjajahnya hingga tahun 1881.
Gelombang keempat. Tentera dari gelombang keempat ini mendarat di Kuala Sedaka. Perkataan Sedaka ini dari bahasa siam yang bermakna Tentera Mati Bunuh. Tentera dari gelombang keempat ini terus mara dan menetap di Padang Lumat.
Perkataan Lu-mat juga dari bahasa siam yang bermaksud, Mat Sirat itu Masyhur (merujuk kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai). Kawasan ini asalnya bendang raja, milik Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia (tahun 1788). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud bermula dari Gurun hinggalah ke Guar Chempedak, dikiri jalan menuju ke Alor Setar.
Untuk maklumat pembaca, isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu).
Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai. Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar.
Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch'ing.

Keratan dari buku Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini bergaduh. Khaek @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama Islam.
Seterusnya,
"The common name that Thai speakers use to refer to Islam and its followers is khaek while the more educated and official ones have been Thai Islam and Thai Muslim. The word khaek means a stranger or an outsider and a visitor or a guest. Original usage of the term regards khaek as one among several macro-ethnic categories into which the non-Thai world is divided.
Gradually the term khaek is used as a qualifier to specify particular costumes, language and eventually ethnic Malays and Islam followers including Arabs and Indians. By the late nineteenth century khaek was used by the kings in their descriptions of the Malay Muslims in the south.
Reflecting the political conflict of the Malay Muslim in southern Thailand, the term khaek has been regarded as inappropriate and insulting to the Muslim people because it creates a sense of contempt and social distance among the different races and religious beliefs." Thanet Aphornsuvan, "History and politics of the muslims in Thailand",Thammasat University. Pg5.
Apabila tentera Datuk Panglima Bukit Gantang berjaya mengusir keluar tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai mereka mendapat berita buruk bahawa datuk baginda, Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayut'ia ke 33, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia telah terkorban di Istana Kota Meang Kuang.
Gambar pintu masuk ke Istana Raja Siam Ligor yang terletak di Kota Nakhon Si Thammarat Thailand. Chau Pija Boromoraja V Ekataat Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia Empayar Benua Islam Siam Kedah pernah bersemayam di Istana ini dari tahun 1767 hingga 1782 sebelum berpindah ke Istana Kota Meang Kuang.
Lihat petikan ini yang menunjukkan Syarif sebagai Raja Ligor atau selengkapnya Raja Siam Ligor Nambang,
"Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di Kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu baginda pun mangkat."
Semak di sini,
http://www.geocities.com/prawat_patani/bab3.htm
Raja Bakar yang duduk di Kampung Teluk tak lain tak bukan adalah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang. Nam-bang bermaksud air-telok. Kenapa baginda dipilih? Mudah sahaja, kerana baginda adalah cucu Puteri Nang Kemuning (yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Khalifah Akhirul Zaman) dan cicit kepada Nang Che Yam (yang berkahwin dengan Pija Tuk Nakpa Sultan Ismail Jammu Kashmir). Sesudah berundur dari Ayuthia, baginda tidak lagi menggunakan nama gelaran Boromoraja Ekataat V. Hari ini, sejarah kita masih terus menafikan kewujudan baginda.
Wasiat dari TNL Kassim mengatakan bahawa lokasi Istana Kota Meang Kuang tempat bersemayamnya Syarif Yang Di Pertuan telah dibocorkan kepada tentera Thai oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin cucu Syarif Yang Di Pertuan segera bertindak untuk menangkap Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menyebabkan beliau meminta bantuan Inggeris dan lari bersembunyi ke Melaka.
Jenazah Almarhum Syarif Yang Di Pertuan telah disemadikan di tanah perkuburan Islam, Makam Di Raja Siam Islam Kampung Tualang, Mukim Tualang, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. Pada masa inilah Po Chan Koya Long Sultan Muzaffar Syah III menggantikan ayahandanya sebagai Raja Besar Benua Siam dan ditabal di Berahman Indera (Balai Besar). Di dalam buku Konvension Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia 1981 ada catatan mengenai Putera Raja Siam Ligor pernah bersemayam di Alor Ganu Anak Bukit, Kedah diantara tahun 1821-1839.


…yang memerentah Kedah sekitar tahun 1821-1839?…Putera Raja Ligor menulis jawi dalam surat beradat??? Siapa Putera Raja Ligor ini? Siam Islam atau thai Buddha? Kalau dah ada maklumat sebegini tak payahlah mendiamkan diri.
Oleh Dato Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, "Surat-surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (1904-1845) : Suatu Pengenalan, Warisan Mahawangsa Kedah, ms 30,31.

Putera Raja Siam Ligor yang dimaksudkan ini ialah Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah ibni Raja Siam Ligor Nambang, Syarif Yang Di Pertuan atau dikenali dalam sejarah Thailand sebagai Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke 33, Boromoraja Ekataat V. Baginda Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III pernah bersemayam di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan sebagai raja daerah merangkap Bendahara. Baginda berpindah kembali ke Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah Darul Aman apabila memegang tampuk pemerentahan induk.
Pada tahun 1821 Masihi Sultan Mudzafar Shah III ditabal menjadi Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah lalu bersemayam di Istana Kota Serjana, Alor Ganu. Putera baginda iaitu Raja Siam Songkhla Datok Panglima Bukit Gantang Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin dilantik menjadi Bendahara dan bersemayam di Istana Kuning Alor Setar Kedah. Istana Kuning telah dibina pada tahun 1668 Masihi oleh datok neneknya iaitu Maharaja Siam Islam Boromokot, Sultan Muhiyuddin Mansor Shah.
Manakala Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai Mat Sirat pula dilantik menjadi Paduka Sri Perdana Menteri Empayar Islam Benua Siam Kedah dan bersemayam di Istana Kota Burha, mukim Padang Kerbau, Pendang Kedah Darul Aman. Puteranya Nik Diah @ Tunku Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai dilantik oleh Sultan Mud Zafar Syah III Kedah menjadi Sultan Muhammad I Legeh (Kelantan). Baginda pun bersemayam di Istana Raja Legeh Kok Lanas, Jeli, Kelantan.
Sultan Mud Zafar Syah III Kedah melantik cucundanya iaitu putera kepada Panglima Bukit Gantang iaitu Nai Long Jaafar untuk menjadi Raja Larut Matang dan bersemayam di Istana Kampung Pokok Asam, Taiping Perak manakala adindanya Nai Long Abu Toha pula menjadi Raja Selama dan bersemayam di Istana Bagan, Pulau Pinang.
Turut dilantik ialah Syed Harun Jamalullail ibni Nai Ta @ Syed Muhammad Hatta Jamalulail sebagai Raja Perlis (Penghulu Kayang). Sebelum pada itu, ayahanda baginda Syed Mohammad Hatta turut terbunuh di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821. Adinda Syed Harun, Paduka Seri Sultan (Syed) Ismail dilantik menjadi raja daerah Kinta, Perak (lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Kinta).
Seperkara lagi salasilah Jamalulail Raja Perlis hari ini menurut wasiat pada asalnya bermula dari nama Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa, yang menjadi waris pertama Bani Hashim. Tok Soh atau Syarifah Maryam ibni Syed Jamal Al-Jeffri, permaisuri Raja Merong Mahawangsa adalah dari keturunan Bani Hashim. Sepertimana Siti Fatimah, talian ini tetap turun walaupun melalui waris perempuan.
Identiti penghulu Kayang dimasa lalu di sembunyikan dari pengetahuan penjajah Thai dengan menukar salasilah mereka. Hanya keluarga terdekat yang mengetahuinya termasuklah wasiat yang diperolehi oleh TNL Kassim. Sekali pandang, TNL Kassim ada rupa Raja Perlis hari ini (dengan maaf) kerana dari pupu-pupunya juga.

…dari buku yang sama seperti diatas.
Sultan Ismail Kinta pula ditangkap kerana dikatakan terlibat dalam pergaduhan di Kinta, padahal Inggeris ingin merampas kawasan lombong bijih yang kaya dan terus berkuasa disana. Baginda ditangkap sewaktu kembali dari Kedah menghadiri upacara pengkebumian Sultan Jaafar atau (Nai)Long Jaafar dalam tahun 1876 yang dibunuh di Gurun Kedah. Penangkapan ini dibuat oleh Sultan Abdul Hamid lalu diserahkan kepada penjajah Inggeris.
Walau pun disebut sebagai bendahara, keluarga di sini tahu bahawa itu lah Sultan Ismail Kinta. Turut dirampas adalah alat kebesaran Perak berupa gelang kaki berkepala naga. Waris Sultan Ismail Kinta masih ada hingga kini di Kedah. Tindakan ini bukan dengan kebijaksanaan tapi dengan tipu helah untuk menguasai Kedah yang ketika itu sedang dikecilkan wilayahnya oleh penjajah secara halus tanpa diketahui oleh mereka yang bersubahat.

Masjid <b>Teluk Datok</b>, Morib, Jugra - ontahsapo

Posted: 30 May 2007 09:25 PM PDT

Jumaat, 8 Jamadilawal 1428. Minggu lepas lah tu. Kami berpetualang ke Banting, berjemaah di Masjid Teluk Datok. Masjid ini adalah masjid baru yang dibina diatas tapak masjid lama Kampung Teluk Datok satu masa dulu. Kawasan Teluk Datok ni adalah kawasan mulanya pendatang Jambi mendarat di Selangor.

Dah terlanjur sampai sini, kami terus makan tengahari di Pantai Morib. Satu satunya pantai yang terkenal di negeri Selangor. Dapat la baca serba sedikit sejarah Pantai Morib ni dekat batu bersurat dia kat bawah ni.

Kemudian, hala nak balik singgah pulak ke kompleks makam Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Selangor yang keempat. Baginda mula memerintah Selangor pada 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad iaitu bapa saudara baginda.

Diatas ni adalah makam baginda. Bangunan bewarna kuning. Baginda juga yang memindahkan pusat pemerintahan Selangor ke Jugra dari Melawati atau Kuala Selangor. Dan dengan itulah maka, makam baginda juga terletak di Bukit Jugra.

Bukit Jugra memang terkenal sejak lama dulu. Dalam Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melaka, dikatakan Bandar Melaka dahulu bersambung hingga ke Jugra. Hingga disebut jika seseorang berjalan dari Melaka ke Jugra, tidak perlu membawa api, kerana pasti akan ada rumah rumah disepanjang perjalanan itu yang terang benderang.

Dalam Hikayat Hang Tuah pula dikatakan Bukit Jugra adalah persinggahan Hang Tuah yang terakhir dalam siri pertapaannya.

Wallahualam.

Di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad jugalah ramai pendatang dari Cina yang datang untuk menggali Bijih. Juga dizaman yang sama bermulanya perlantikan Residen British yang pertama di Selangor, J.G Davidson.

Antara makam makam keturunan Sultan Abdul Samad yang lain yang juga terdapat di sini. Antaranya makam Raja Muda Musa dan makam Raja Fatimah.

Al Fatihah.....

Labels: , , , ,

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


2,020 Pengguna Air Saman Kerajaan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 18 Sep 2012 09:22 PM PDT

alt

SHAH ALAM, 19 Sept - Seramai 2,020 pengguna air dari Subang Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Melalui tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi, kesemua pengguna terbabit menuntut tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), empat tahun lalu.

Peguam yang mewakili kesemua plaintif, Kamarudin Ahmad berkata, plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan kerajaan negeri kerana mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dalam pemberian skim air percuma berkenaan.

Katanya, apabila aduan dibuat Khalid menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini berkata, masih ramai penghuni pangsapuri dan flat menggunakan meter pukal dan bukan meter individu, sekali gus menafikan hak pengguna meter pukal domestik untuk menikmati Skim Air Percuma (SAP).

alt

"Manifesto PRU-12 Pakatan Rakyat amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor tidak kira sama ada pengguna air berkenaan menggunakan meter individu atau meter pukal.

"Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, hari ini.

Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi lebih RM1.1 juta atau bersamaan dengan RM570 seorang dan writ saman itu akan diserahkan kepada defendan dalam tempoh tujuh hari.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dan Pegawai Kerja/Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Kejohanan Bowling anjuran DUN <b>Bukit Lanjan</b> - R Sivarasa

Posted: 29 Sep 2012 09:00 PM PDT


12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


KELAB BERBASIKAL KBC : KAYUHAN <b>JERAM</b> KBC

Posted: 24 Sep 2012 10:09 AM PDT

Pada tanggal 23/9 seramai 41 orang ride telah menyertai kayuhan ini. 

Jom mandi di Jeram KBC ,
Distant 20km pergi dan balik,
Berkumpul di Petronas Pulai Perdana,
Kayuhan akan dimulakan dari Jalan Pulai Jaya 20,

PERINGATAN !
JERAM INI MASIH DALAM KEADAAN YG TIDAK TERUSIK , MOHON KERJASAMA RIDER AGAR BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT INI. HANYA TINGGALKAN KESAN TAPAK KAKI ANDA SEBAGAI KENANGAN. SEGALA PLASTIK ,SAMPAH SILA BWAK BALIK.

LEAVE NOTHING BUT ONLY YOUR FOOTSTEP

Persiapan.
Air secukupnya,At least 2 liter , masa balik boleh top up air jeram.
Air manis utk tenaga ( Glukos lg cantek )
Makanan ,coz bila dah mandi manda confirm lapor
Jenis2 makanan yg sesuai dibawa
* jemput2
*Roti Bun
*Roti prata
*Nuggets
*Sandwich
*Kurma ( utk tenaga )
*Sausage , kita boleh panggang tepi jeram , baru syok woo.
*Maggi kalau nk masak kat sana ,(sila bwak mess tin , bahan api akan disediakan )
*Nasi beriani Gam
*Nasi arab kambus kambing ( yg nasik2 ni , sila bwak utk makanan 20 org )

Peralatan
1.Tube spare kene bwak coz dlm ldg kelapa sawit.
2.Pam
3.Multi tool
4.Basikal
5.Camera

Aturcara :
7.00am : Berkumpul di Petronas Pulai Perdana.
7.30am : Bergerak ke Jalan Pulai Jaya 20.
8.00am : Tayar Golek
9.45am : Sampai di Jeram
!2 noon : Perjalanan kembali ke pangkal jalan
1.30pm : sampai dan bersurai.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


32 Rumah Terbuka Aidilfitri <b>Di Tanjung Karang</b> - Tugu Bangsa <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 05:05 AM PDT

TANJONG KARANG, 17 OGOS - Kesemua 32 kampung di Parlimen Tanjong Karang di sini akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri secara serentak pada 30 0gos ini sekali gus merangkap sambutan detik ulang tahun kemerdekaan negara ke-55.

Anggota Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) telah dimaklumkan berhubung perkara itu.

"Kita mahu penduduk kampung berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan hari raya, seterusnya dapat meneruskan budaya pemimpin mendekati masyarakat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang di Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, berkata rumah terbuka itu dapat memupuk semangat gotong-royong menganjurkan kenduri yang menjadi amalan masyarakat kampung.

Beliau berkata tujuan kenduri itu juga bagi meraikan mereka yang tidak dapat menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Tanjong Karang yang dijadualkan pada 25 Ogos ini.

Terdahulu, Noh berkata seramai 13,000 rumah di Tanjong Karang menerima bantuan berupa barangan seperti beras, gula, minyak, dua ekor ayam dan sekilogram daging sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka Ahad ini.

Selain itu, beliau berkata lebih 7,000 sejadah diedarkan kepada penduduk kawasan berkenaan manakala warga emas menerima tongkat sumbangan Radio Malaysia Selangor.

Seramai 800 anggota UMNO dan BN Tanjong Karang terlibat membantu mengedarkan bantuan yang bermula sejak pagi tadi hingga lewat petang ini.

Bersempena program bantuan itu, beberapa aktiviti seperti pertandingan mengacau dodol dan hiasan lampu pelita diadakan serta majlis berbuka puasa.- Bernama

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Sassy MP » Blog Archive » Program Kacau Dodol <b>Di Puchong</b> Indah

Posted: 05 Sep 2012 10:22 PM PDT

Pada malam 31 Ogos 2012, Sdr Gobind Singh dan saya menghadiri Program Kacau Dodol di Puchong Indah.

Selain daripada melawat dan memberikan galakan kepada mereka untuk menerus tradisi ini, saya juga mengacau dodol bersama dengan penghuni di sana :) .

Saya telah diberitahu bahawa memasak dodol memerlukan masa yang panjang iaitu agak 5 jam hingga 6 jam.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menziarahi Penduduk Sakit <b>Di Hulu Kelang</b> | Saari Sungib - ADUN <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 01:15 AM PDT

Hulu Kelang, 24 September 2012 – Saari dan Aliza berkesempatan menziarah penduduk Hulu Kelang yang sakit di rumah mereka.

Saari dan Aliza menziarahi En Hanafiah dan Isteri di rumahnya, Blok 6, Flat PKNS Keramat AU3

Saari dan Aliza menziarahi Hj Hamid dan Isteri, Hjh Sharifah Zabedah di rumahnya, Jalan I Satu, Taman Melawati

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Khalid Samad: Banjir <b>di</b> Padang Jawa <b>Klang</b>

Posted: 27 Aug 2012 07:51 PM PDT

Kami sekeluarga kembali ke rumah selepas makan tengah hari di rumah bapa saudara saya, Dato Zaidan pada petang hari raya kedua. Tiba di rumah jam sudah pukul 3 lebih. Bergegas menunaikan solat dan saya pun mengambil peluang untuk berehat seketika. Tiba-tiba pada jam 5 petang saya menerima sms dari ketua kampung Padang Jawa Klang. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa "Kawasan Sungai Rasa, Taman Keris dan Karupiah banjir kilat serius".

Setelah meminta PA saya yang sedang bercuti di Perak untuk menghubungi bilik gerakan MBSA, saya pun bertolak ke Padang Jawa. Saya difahamkan bahawa MBSA telahpun sedia maklum tetapi banjir berlaku di banyak tempat. Pada masa yang sama kakitangan hanya ada 10 orang. Yang lain bercuti. Saya berhubung dengan bilik gerakan dan diberitahu hanya 2 orang sahaja yang berada di kawasan Padang Jawa Klang.

Saya singgah di Taman Keris dan melihat bagaimana paras air telahpun melimpahi tebing Sungai. Beberapa rumah dimasuki air dan penduduk sibuk menimba air. Mereka menegur saya, sempat mengucapkan Selamat Hari Raya lagi sambil berusaha membersihkan kawasan rumah mereka. Ada yang memberitahu bahawa ada ular yang telah hampir masuk ke rumah mereka apabila mula banjir!



Seterusnya saya telah ke Taman Karupiah dan di situ hampir semua rumah dimasuki air. Penduduk sibuk menimba air keluar rumah. Ada yang mengadu peti ais rosak, permaidani rosak dan barang makanan pun turut rosak kerana ditenggelami air banjir. Setelah melihat keadaan di beberapa lorong, saya bersama seorang penduduk pergi ke sebuah restoran dan membeli makanan untuk mangsa banjir. Ada yang tidak sempat untuk memasak makan malam. Sambil menunggu makanan disediakan, saya ke Masjid Padang Jawa untuk solat Maghrib. Di Masjid saya bertemu dengan beberapa orang yang sedang mencuci kawasan anjung Masjid yang telah juga ditenggelami air!

Sekembali saya ke restoran saya bertemu dengan Ketua Kampung dan pegawai ADUN Batu Tiga. YB Rodziah sendiri berada di Temerloh, balik kampung, maklumlah baru hari raya kedua. Mereka memaklumkan bahawa Taman Manimaran dan Kg. Air kuning juga memerlukan bantuan makanan. Saya terus memesannya dari pihak restoran dan akhirnya 110 nasi bungkus berlaukkan ayam dan sayur untuk mangsa banjir telah dapat disediakan.

Seterusnya saya ke Kampung Air Kuning dan di situ juga hampir semua rumah dimasuki air. Pihak MBSA menyediakan khemah dan menguruskan lagi makanan tambahan untuk mereka dan juga untuk penduduk di Taman Manimaran yang diuruskan oleh pegawai YB Rodziah. Jam 12 saya pun sudah agak keletihan dan oleh kerana mereka tiba lewat sedikit berbanding saya, maka mereka menyatakan bahawa mereka akan uruskan selebihnya tanpa saya.

Sebenarnya pihak kerajaan Negeri telahpun meluluskan bajet sebanyak RM 20 Juta untuk mengatasi masalah banjir di Sungai Rasau. Ini termasuklah pemasangan kunci air dan pembinaan rumah pam serta pembinaan kolam takungan baru. Saya difahamkan dahulu kolam takungan semula jadi terletak di kawasan di belakang I-City tetapi malangnya ianya telah dibangunkan dan ini di antara sebab berlakunya banjir. Malangnya, projek RM20 Juta yang telah diluluskan belum lagi dijalankan sepenuhnya.

Saya akan mendesak JPS untuk menyegerakan projek ini. Pada masa yang sama saya akan juga berusaha untuk mendapatkan sedikit pampasan untuk penduduk yang terlibat, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Cik Bulat: Majlis Perkahwinan <b>di</b> Jalan Jambu, <b>Meru</b>, Klang :)

Posted: 09 Sep 2012 10:50 AM PDT




Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan mak cik aku (adik perempuan emak) di Jalan Jambu, meru Klang yang bertarikh 8 September 2012. :)
Semoga ikatan ini berterusan hingga ke akhir hayat hendaknya.. Amin..

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Kanak-kanak Pula Terima Jom Shopping Bonus Selangorku « PKM <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2012 11:22 AM PDT

Mohamad Judi sedang beramah mesra dengan peserta

Tanjong Karang, 22 Sep    :    Kerajaan Negeri Selangor terus melaksanakan pelbagai program sebagai salah satu usaha bagi merealisasikan slogan kerajaan negeri iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) benar-benar mencapai matlamat dan sasarannya, Kata Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN Sungai Burong), Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Justeru itu, katanya, Kerajaan Negeri sekali lagi memperkenalkan program dibawah MES  iaitu melalui program "Jom Shopping Bonus Selangorku" bagi anak-anak negeri Selangor yang telah mendaftar dibawah Tabung Warisan Anak Selangor

ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim, turut beramah mesra dengan peserta

(TAWAS).

Ini adalah kali kedua program tersebut dilaksanakan di DUN Sungai Burong sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri beberapa bulan yang lalu. Berbanding program sebelumnya program pada kali ini disertai oleh seramai 300 orang kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008. Lebih memeriahkan program pada kali ini ialah ianya turut disertai oleh DUN Sekinchan berbanding sebelum ini yang hanya melibatkan DUN Sungai Burong dan Permatang, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang.

Ibubapa peserta tekun mendengar taklimat daripada pihak TAWAS

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di dalam program Jom Shopping Bonus Selangorku di Billion Tanjong Karang. Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Sungai Kajang, Lim Hock Tiong, Pengerusi JKKK Kampung Pinang, Tasimin Pormin,  dan Pegawai PKM, Abd Malek Abdul Majid dan Norsidah Samat serta dibantu oleh kakitangan PKM.

Melalui program ini, katanya, setiap kanak-kanak diberikan voucer sebanyak RM100 untuk membeli barangan keperluan mereka seperti pakaian, makanan dan

Pegawai PKM, Norsidah Samat, sedang melayan kerenah kanak-kanak

sebagainya. Walaupun nilai RM100 tersebut tidaklah besar tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban ibubapa kanak-kanak tersebut.

Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit daripada Kerajaan Negeri. Manakala bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran, katanya lagi

Beliau juga berkata, Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun bermula kini.

Untuk rekod sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

ads