Ahad, 30 September 2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


32 Rumah Terbuka Aidilfitri <b>Di Tanjung Karang</b> - Tugu Bangsa <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 05:05 AM PDT

TANJONG KARANG, 17 OGOS - Kesemua 32 kampung di Parlimen Tanjong Karang di sini akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri secara serentak pada 30 0gos ini sekali gus merangkap sambutan detik ulang tahun kemerdekaan negara ke-55.

Anggota Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) telah dimaklumkan berhubung perkara itu.

"Kita mahu penduduk kampung berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan hari raya, seterusnya dapat meneruskan budaya pemimpin mendekati masyarakat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang di Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, berkata rumah terbuka itu dapat memupuk semangat gotong-royong menganjurkan kenduri yang menjadi amalan masyarakat kampung.

Beliau berkata tujuan kenduri itu juga bagi meraikan mereka yang tidak dapat menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Tanjong Karang yang dijadualkan pada 25 Ogos ini.

Terdahulu, Noh berkata seramai 13,000 rumah di Tanjong Karang menerima bantuan berupa barangan seperti beras, gula, minyak, dua ekor ayam dan sekilogram daging sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka Ahad ini.

Selain itu, beliau berkata lebih 7,000 sejadah diedarkan kepada penduduk kawasan berkenaan manakala warga emas menerima tongkat sumbangan Radio Malaysia Selangor.

Seramai 800 anggota UMNO dan BN Tanjong Karang terlibat membantu mengedarkan bantuan yang bermula sejak pagi tadi hingga lewat petang ini.

Bersempena program bantuan itu, beberapa aktiviti seperti pertandingan mengacau dodol dan hiasan lampu pelita diadakan serta majlis berbuka puasa.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads