ads

Khamis, 5 April 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


:: Kamaluddin ::: Senja <b>di</b> Rest House <b>Kuala Kubu</b> Bharu.

Posted: 05 Apr 2012 04:04 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Senja di Rest House Kuala Kubu Bharu. Sembang2 dgn Dato Kuris di gerai depan Agro Bank K... Dah letih bagitau.. nak msg/call guna whatsapp, ta... Cilok WiFi · 90% Kolej Swasta Akan Tutup Tanpa PTPTN.. Apa maca.

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Terima Kasih Kerajaan <b>Negeri Selangor Di</b> Bawah Pakatan Rakyat <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 07:29 AM PDT

OMG, what could that loud, piercing scream be? Let's join Agent77 to find out!

Hari ini dalam sejarah hidup aku dapat duit bantuan banjir dari Kerajaan Negeri Selangor. Kalau sebelum ni aku memang tak layak terima sebab syarat dapat bantuan satu rumah hanya satu orang je (wakil keluarga) yang dapat duit. Tapi Kerajaan Selangor tak tamak sebab diorang bagi setiap orang dalam rumah aku ni duit untuk bantuan banjir. Buat masa susah macam sekarang ni memang kami perlukan banyak duit untuk membina hidup baru. Terima kasih tak terhinggalah kepada semua yang sudi membantu tak kiralah dari wang ringgit atau tenaga yang dicurahkan.

Majlis pemberian bantuan banjir dilakukan di Komplek Penghulu Mukim Cheras jam lebih kurang 8.30 pagi. Ramai juga mangsa banjir datang siang tadi sebab nak dapat duit bantuan. Pada majlis tu ada beberapa orang ketua kampung bahagian Batu 10 dan Batu 9 hadir sama-sama membantu. Yang bestnya YB Cikgu Lee Kim Sin (Adun Kajang) dan  YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat pun ada sama. Terima kasih ye YB sebab sudi bantu kami penduduk kampung Mukim Cheras ni. Sedikit sebanyak ianya membantu penduduk disini untuk membeli barang keperluan yang telah rosak akibat banjir.

YB Cikgu Lee Kim Sin memberikan kata-kata semangat kepada mangsa banjir dan berusaha untuk membantu sedaya yang mampu. Apa yang aku dengar Cikgu Lee ni cakap mereka bercadang untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir. Projek membina tebing batu di Saliran Sungai Langat dan Sungai Sering disini pun sedang berjalan. So at least air sungai boleh mengalir dengan tenang dan sampah sarap boleh bergerak supaya tak mengakibatkan banjir. Selain tu cadangan membina takungan air di tempat-tempat strategik akan dilakukan supaya air sungai / banjir dapat dikurangkan. Kalau sebelum ni air naik sampai paras bumbung mungkin dengan adanya takungan air boleh mengelakkan atau memperlahankan air banjir naik secara mendadak.

Baguslah setiap orang dapat duit.. semoga Kerajaan Negeri Selangor terus berbakti kepada rakyat dalam segala aspek. Moga-moga pada PRU akan datang mendapat yang terbaik untuk semua. :)

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


(GAMBAR) BANJIR KILAT <b>DI KLANG</b> 2012

Posted: 30 Mar 2012 12:10 AM PDT

Banjir kilat di Klang 30 Mac 2012? Mungkin ramai tidak tahu yang banjir kilat telah berlaku di Klang awal pagi tadi akibat daripada  hujan lebat sejak dari 3.30 pagi tadi.

Klang dilanda banjir kilat paling teruk pada hari ini dengan beberapa kawasan termasuk kawasan perumahan banjir. Antara kawasan perumahan yang terjejas ialah :

  • Taman Sri Andalas
  • Taman Selatan
  • Taman Bayu Perdana
  • Taman Melawis
  • Taman Sentosa
  • Taman Sg Ujong
  • Taman Palmgrove
  • Padang Jawa
  • Taman Chi Liung

Beberapa buah sekolah di Klang juga turut dilanda banjir yang agak teruk. Berikut saya kongsikan beberapa gambar kejadian banjir kilat di Klang.

Gambar banjir kilat kat Klang

Banjir kilat 30 March 2012

Klang banjir kilat

Banjir di sekolah kat Klang

Gambar banjir kilat di pekan Klang

Banjir kilat Klang

Banjir kilat

Teruk juga kan banjir kilat di Klang 30 Mac 2012 ni. Diharapkan air akan cepat surut dan penduduk di Klang boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Banjir Kilat Di Klang 30 Mac 2012, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


MPP Online: Acara bogel beramai-ramai <b>di Shah Alam</b> 13 April 2012..

Posted: 19 Mar 2012 09:00 PM PDT

Selepas dorang tak berjaya 'berbogel' di Kuantan Pahang, kini puak-puak Pakatan bercadang nak menganjurkan satu pesta bogel beramai-ramai di Shah Alam pulak..

Gua pun confius.., dorang tu semua nak bantah apa sebenarnya? Kalau nak bantah Lynas, kenapa buat di Shah Alam? Kat situ bukan ada Lynas pun..

Yang gua tahu, cuma terdapat sebuah kilang "rare earth" di Shah Alam, Selangor. Lokasi lebih tepat lagi ialah di Seksyen 26, berdekatan dengan kilang Proton Shah Alam.

So.., mungkin dorang tu semua nak protes kilang tu agaknya ye.. Lepas tu, bolehlah beramai-ramai turun ke Penang pulak..

Kita boleh buat demo di tapak kilang pembuatan panel solar di Batu Kawan.. Bogel untuk demonstrasi tak salah kalau ikut kitab Pakatan.., jangan bogelkan bini orang sudah laa... Hahahaha...

Kisahnya.., Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.

Himpunan yang diadakan secara serentak itu akan bermula selepas solat Jumaat, mengikut lokasi-lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Namun, himpunan utamanya akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, di mana sebelum itu para peserta akan berarak dari Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata tujuan himpunan itu diadakan bagi menunjukkan komitmen rakyat di seluruh negara bahawa isu Lynas bukan merupakan isu rakyat Pahang semata-mata. - Baca Selanjutnya DISINI..

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Air <b>Di</b> KL, Petaling Dan <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 30 Mar 2012 04:32 AM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara, wilayah Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 hingga 14 April depan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melalui satu kenyataan media memberitahu, gangguan bekalan air sementara itu berlaku disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor Syabas.

"Gangguan bekalan di kawasan Desa Tun Razak, Taman Desa Tasik, TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 ½, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau dijangka berlaku bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April hingga pukul 6 pagi keesokannya," kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula 13 April depan pada pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan.

Kawasan terbabit adalah Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Kentomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah dam Kampung Chubadak Jaya.

Turut mengalami gangguan itu adalah Kampung Chempedak. Kampung Chempedak Hilir, Kampung Puah, Kampung Puah Seberang, Kampung Puah Bahagia, Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir.

Justeru, kata kenyataan itu, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222, " tambah kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, informasi mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di bandar sunway - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Souq Qafilah Di Masjid Al Husna <b>Di Bandar Sunway</b> « Rezeki Halal

Posted: 24 Feb 2012 04:56 AM PST

Souq Qafilah Masjid Al Husna Bandar Sunway

Lokasi : Tempat Parkir Kereta Bersebelahan Masjid Al-Husna Bandar Sunway

Alamat : Masjid Al-Husna Bandar Sunway, Jalan PJS 10/22, 46000, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tarikh : 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 5.30 petang
Yuran : Percuma

Hubungi:

  • 019 8433390  (Ust. Mawaridi Abdullah)
  • 016 3157356  (Shahrin Ramli)
  • 017 6300178  (Mazli Alias)
  • 012 6526676  (Arif Azizi)

ATURCARA SOUQ QAFILAH
7.30 pagi: Perniagaan-Perniagaan Mengambil Tempat
10.00 pagi: SOUQ QAFILAH bermula
11.00 pg – 1.00 ptg: DINIHARI DINAR Sesi Pagi
Taklimat dan Pencerahan Mengenai DnD Matawang Syariah
1.00 ptg – 2.00 ptg: Rehat dan Solat Zohor
[Souq Qafilah masih berjalan dikalangan Muslimah]
3.00 ptg – 5.00 ptg: DINIHARI DINAR Sesi Petang
Taklimat dan Pencerahan Mengenai DnD Matawang Syariah
5.30 ptg: SOUQ QAFILAH di tutup dan bersurai.

RESAM AMAL MADINAH DI SOUQ QAFILAH

  • TIADA TEMPAHAN (BOOKING) untuk tapak perniagaan – amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan;
  • PERALATAN PERNIAGAAN DIBAWA SENDIRI oleh peniaga seperti kerusi, meja dan plastik sampah;
  • TIADA SEWA, TIADA CUKAI, TIADA FI. Acara TERBUKA; Penyertaan PERCUMA.Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Para Muhtasib Souq Qafilah;Souq Qafilah dianjurkan bagi membolehkan aktiviti jual-beli menggunakan matawang syariah Dinar & dirham (DnD)*.*Dinar dirham yang diiktiraf sebagai matawang syariah dan diperakui WIM termasuk Dinar & Dirham Kelantan keluaran Kerajaan Negeri Kelantan (kelolaan KGT).
  • Penganjur menyediakan khemah-khemah "Arabian" berkipas secara PERCUMA!
  • TIADA SEWA. TIADA CUKAI.
  • TIADA "BOOKING",
  • SIAPA CEPAT, DIA DAPAT TAPAK .
  • Peniaga perlu bawa peralatan perniagaan masing-masing seperti kerusi, meja & plastik sampah.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Demonstrasi Silat Gayung Malaysia <b>Di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 05:21 PM PDT

Kajang Utama, 01 Jamadil Awal 1433 = 24 Mac 2012 (Sabtu):

Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) bagi Silat Gayung telah bertapak sudah agak lama iaitu sejak 2004 bertempat di sebuah premis kedai bersebelahan dengan Sekolah Kafa Integrasi al-Hidayah di sini. Menurut Cikgu Idris Shafie Pengerusi Silat Gayung di sini PLKU di sini adalah di bawah Pertubuhan Silat Gayung Malaysia. Silat Gayung yang didukung oleh PLKU di sini pada asalnya diasaskan oleh Dato` Mior Abdul Rahman pada tahun 1938 di Singapura. Beliau adalah Bekas Anggota Polis. Ianya merupakan Silat Tempur bagi mempertahan diri dalam menentang musuh.

Pada malam ini diadakan Program Himpunan Waja Diri (PHWD) sebagai demonstrasi kejayaan latihan yang telah disampaikan selama ini. Adun Bangi sebagai Pengerusi Perbadanan Permuziuman, Adat Melayu dan Warisan (PADAT) diberi penghormatan merasmikan program yang diadakan sejak pagi tadi dan akan merasmikan penutup oleh Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Exco Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu pada petang esok (Wakil beliau). Hadir pada majlis malam ini antaranya Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Utama, Ustazah Tumijah Ketua Guru Sekolah Kafa Integrasi Al-Hidayah, Cikgu Akhtar Pengarah Program, Leftenan Kernal Jaafar Abdul Ghafar, Cikgu Ahmad Harun,, Cikgu Ruslan, Ustaz Ruslan dan tamu-tamu jemputan.


Menurut Cikgu Akhtar, program yang diadakan sejak pagi ialah motivasi Jati Diri yang disertai pelajar-pelajar dari beberapa pengajian tinggi, teknik bela diri, sukan dan tahlil.Menurut Cikgu Idris Pengerusi PLKN, ``Penyertaan kali ini sejak pagi dihadiri lebih kurang 1.000 orang. Antara pasukan silat, mewakili Kelab Silat UKM, UNITEN, UIAM, Wakil-Wakil dari Sekolah, Rela dan kumpulan-kumpulan yang lain. Antara mereka dari:

Seni Silat Gempur 200 orang

Kesatria Wanita 20 ,,

Gayung Petani 20 ,,

Tempur Betawi 10 ,,

Majlis perasmian berlangsung di padang berhampiran Sekolah dengan pasukan-pasukan pesilat berpakaian seragam hitam segak di dalam barisan. Sejak dari ketibaan Adun disambut dengan iringin gendang silat yang menaikkan semangat. Kemudian keizinan dipohon dari Adun bagi memulakan acara dengan berpancak silat. Cikgu Idris memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan memaklumkan tentang PLKU dan tujuan diadakan Program Himpunan Waja Diri. Menurutnya sejak 8 tahun PLKN dapat bertapak di institusi-institusi pengajian tinggi dan Silat anjuran PLKN diterima sebagai ko-kurikulum pelajar-pelajar.

Adun Bangi berterima kasih di atas jemputan dan berpendapat keperluan pertahan diri satu kemestian. Silat adalah merupakan kaedah teratur bagi mempertahankan diri. Pada peringkat masyarakat dan bangsa pertahanan adalah kewajipan, sebab itu kita memerlukan, askar, tentera, polis dan berbagai lagi bagi pertahanan dan keamanan. Jika pertahanan memerlukan peperangan, maka kita perlu berperang sebagaimana di dalam Islam banyak berlaku peperangan bagi mempertahan dan menegakkan Islam contoh Perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya. Jadi mempertahankan diri adalah tugas suci. Selain daripada itu silat adalah latihan dan amalan untuk kesihatan dan melatih diri dengan disiplin dan aturan. Silat juga pada peringkat yang lebih tinggi ialah membina `Seni Mempertahankan Diri` yang mempunyai elemem estetik dan menarik. Sebagai Pengerusi PADAT Adun berminat untuk mempastikan tentang seni silat asal Selangor. Bagi mencari akar seni pertahan diri tempatan dan negeri, barangkali kalau perlu kita boleh mengadakan Konvensyen Seni Pertahan Diri dan meneliti akar dan tradisi yang boleh membina imej dan identiti Seni Pertahan Diri masyarakat dan negeri.

Selepas perasmian diadakan demonstrasi silat dari berbagai pasukan dan berbagai jenis silat yang dipersembahkan secara solo dan berpasukan. Persembahan diiringi dengan gendang silat (gendang, gong dan serunai). Persembahan berterusan sehingga jam 11.30 malam.

Sekian.

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


Marah sana sini ... Cina <b>Ijok</b> pula malas layan | The Unspinners

Posted: 05 Feb 2012 11:00 PM PST


Biasalah pemimpin mengadakan perayaan Tahun Baru CIna untuk kawasan.

Hari itu, dua kali Khalid diherdik kaum India di kawasannya di Ijok kerana tidak penuhi janji beri tanah segera kepada India. Ingatkan India saja ada masaalah dengan Khalid, rupanya CIna pun ada masaalah dengannya.

Demikian khabar Cucu Tok Selampit, gambar-gambar boleh rujuk sini:
Jika sambutan sebegini dilakukan terhadap seorang Menteri Besar Selangor, CTS merasakan TS Khalid Ibrahim mempunyai masalah yang besar untuk mengekalkan kerusinya di Ijok. Dengan kehadiran lebih kurang 500 orang tidak segah dengan kehadiran seorang pemimpin nombor satu negeri Selangor.

CTS pernah menghadiri majlis seorang Wakil Rakyat biasa yang dihadiri ribuan masyarakat setempat. Tidak seperti situasi di atas seakan mereka terpaksa hadir di dalam majlis tersebut.

Semakin hari semakin banyak bukti-bukti yang dapat kita ketengahkan mengenai penolakan Rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Haram di Selangor. Dengan usaha yang keras dan menjaga kebajikan Rakyat tanpa mengira jemu, CTS yakin Barisan Nasional dapat mengambil kembali Selangor.

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Siapa Makan Duit Masjid 100K <b>Di Kuala Langat</b>? UMNO Kuala <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 05:34 AM PDT

Wah ini bukan cerita baru !

Bekas Nazir Kampung Masjid Sijangkang telah makan habis duit tabung masjid bernilai lebih dari RM100,000.00++ (SATU RATUS RIBU RINGGIT).





UMNO juga telah menelan tanah wakaf seluas 35 EKAR dengan kuasa yang dipegang oleh NAZIR TERSEBUT.

BUSUKNYA (BEKAS) NAZIR !
BUSUKNYA UMNO KUALA LANGAT & SIJANGKANG !

Semua orang kampung tahu.

YB DR AHMAD YUNUS HAIRI, ADUN kawasan Sijangkang merangkap exco kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik ini pun lebih mengetahui dari orang lain.

APA KES UMNO DAN BEKAS NAZIR NI ?

Sesiapa tolong jawab! Keris berhubung dengan blogger SinisMalaysia dan dia kata cuba tanya dengan YB Yunus Hairi.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka." (Muslim)

K7L : Ehem..ehem..PAS boleh jawab tak?..

12 di sijangkang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sijangkang - Google Blog Search


Skandal YB Yunus & Bekas Nazir <b>Di Sijangkang</b> - ANGIN <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:00 PM PDT

Haji Yassin, bekas nazir Masjid Kampung Sijangkang dituduh menggelapkan wang peruntukan masjid sejumlah RM100,000 dalam facebook. Nazir tersebut juga dituduh menggelapkan wang hasil tanah wakaf seluas 35 ekar.
Tuduhan dalam facebook tersebut dibuat oleh penyokong penyokong PKR dan PAS terhadap nazir tersebut. Tuduhan tersebut sudah pun sampai ke telinga YB Dr Yunus Hairi (Exco Adat Istiadat Melayu & Sukan, ADUN Sijangkang). 
Persoalannya mengapa YB Yunus tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membuat tindakan terhadap tuduhan penyokongnya itu? 
Apakah YB Yunus simpati dengan bekas nazir tersebut? Khabarnya YB Yunus tidak sanggup mengambil tahu kes tersebut kerana ingin menjaga hubungannya dengan golongan JATI. Betul ke? 
Malah ramai penyokong PAS (bukan parasit) sudah tahu YB Khairi dipilih sebagai Exco gantikan Hasan Ali adalah kerana ingin mengekalkan kumpulan penyokong Hasan Ali terhadap kerajaan Khalid Ibrahim. 

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Kelana Jaya dan <b>Subang Jaya di</b>&#39;biru&#39;kan dengan program BN <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:37 AM PDT

Program Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya hari ni (24/3/2012) betul-betul meriah . Ramai yang hadir termasuk ahli-ahli parti komponen BN dari MCA. MIC dan PPP . Program ini dibuat untuk mendekatkan BN dengan anak2 muda di sekitar Parlimen Kelana Jaya. Boleh dikatakan program ini berjaya dengan penyertaan konvoi bermotor dan berkereta yang melebihi dari jangkaan . Boleh dikatakan hampir setiap kawasan-kawasan strategik di sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya dilalui konvoi. Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Yahya . 

Program konvoi Puteri ini bermula dari Pejabat UMNO/Barisan Nasional Kelana Jaya melalui Subang Parade, Maideen USJ dan seterusnya berhenti di PDM Angsana untuk program bersama kanak2 di  Dewan Masyarakat Angsana, USJ1 Subang. Persinggahan konvoi di PDM Angsana juga disambut meriah, lebih ramai yang menunggu kedatangan konvoi melebihi jangkaan awal. 
Selesai aktiviti di PDM Angsana, konvoi bergerak melalui Desa Menteri , seterusnya ke Padang Kelana Jaya, berhampiran 7 Eleven dan menamatkan konvoi di Pejabat UMNO/BN Kelana Jaya . Boleh dikatakan program Puteri UMNO Kelana Jaya hari ni berjaya mem'biru'kan sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya yang dikuasai oleh PR. Kehadiran mereka di tempat-tempat ini memberi isyarat bahawa BN di Kelana Jaya dan Subang Jaya masih 'hidup' dan akan sentiasa bersedia bersama rakyat di kawasan-kawasan ini tanpa mempedulikan tohmahan-tohmahan oleh pemimpin-pemimpin PR Selangor.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved