ads

Khamis, 6 Disember 2012

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


BUKAN SEKADAR POLITIK: Isu Kapal Israel Singgah <b>di Port Klang</b>

Posted: 15 Oct 2012 06:37 AM PDT

 Oleh Kamarn J.



Isu : 2 Kapal Israel di Port Klang

Call Sign : A8WN9, kapal kontena, seberat 41,000 tan.
Dagangan : antara China – Israel (port Shanghai dan Xianmen stop isi minyak)
Lagi satu, ada crew list? Kalau semua sailor Israel dengan passport Israel, macamana nak dapat Port Clearance? Duta pun takde … hahahaha .. kelentong betui.
Info ni boleh dapat kat mana2 pun, syarikat insurans, shipping agent dll. Yang tu pun PKR susah nak bagi?

Mana ada orang bawak minyak sawit pakai kapal kontena macam dalam video ni. Orang pakai kapal tanker. Sekarang dah keluar bendera kapal, no IMO kapal, barang kapal, Call Sign kapal. Ada lori kutip barang?? Aku tau dah kapal yang PR kelentong tu asalnya port Hong Kong .. hahahhahaha …
Kalau orang nak bawak minyak kelapa sawit, orang tak pakai kapal kontena yang bawak TEU (kotak besi) tu, orang pakai kapal tanker la. Ni contoh kapal tanker.


 Port Klang kapal selalu stop untuk isi minyak kalau nak ke China. Kalau nak stop kat Port Singapore bunkering timing full. Lepas isi minyak kapal blah lah. Video yang depa tunjuk ni takde aktiviti buat turun barang pun, kren pun tak bergerak. Cepat je kapal singgah. Kat Selat Melaka, Port Klang dan Port Singapore memang tempat2 favorite untuk kapal2 ni bunker.
Nak tengok kapal tu lama ke tak lama kat port tu, tengok full round trip kapal tu. Kalau lebih dari 4 hari, baru orang habaq unloading. Takkan unloading barang 40,000 tan ambik masa sehari? HAHAHAHA … jin pun tak boleh buat :D


Penerangan Menteri jelas, memang kapal yang ada pemilikan Yahudi Israel dibenarkan, sebab majority kapal2 dagang di dunia mereka ada saham. Kalau kita tak benarkan, macamana barang2 yang kita beli secara pukal dari negara lain seperti Arab, Eropah, Afrika, nak dihantaq ke sini? Takkan nak pakai perahu? Ini tidak bermakna Malaysia berdagang dengan Israel. Contohnya, kapal ZIM banyak disewa oleh peniaga2 dari China memandangkan port singgah dia banyak di Shanghai dan Xianmen. Kalau peniaga2 China ni nak hantaq barang secara pukal ke Malaysia pakai servis ZIM ni, adakah kita berdagang dengan Israel? Tidak, kita berdagang dengan China. Samalah modus operandi negara2 yang tidak mengiktiraf Israel jugak.
Pendapat peribadi akulah, takde orang Malaysia termasuklah yang bukan Islam akan deal dengan Israel di Malaysia terutamanya di pelabuhan2 kita. Bukan sebab Palestin, bukan sebab Islam, sebab LECEH! Pening kepala nak buat dagangan dengan negara yang takde hubungan diplomatic ni. Dengan Bank Negara punya red tape pasal duit masuk, dengan pencukaiannya jadi susah. "Masa itu wang" untuk orang2 port ni. Kalau nak sorong barang dengan sorok kertas kerja pun makan hari, ingat sewa kapal tu RM10 ke sehari? Boleh capai RM500K/sehari tau! Lebih baik pi Singapore je kalau nak sangat barang Israel tu.

Contohnya kalau Israel nak pakai Proton Saga, diorang tak payah beli kat Malaysia, diorang pi beli kat UK je. Kita jual kat UK, UK nanti jual kat Israel, habih cerita. Macam kita beli barang Intel gak. Malaysia tak berdagang dengan negara Israel tapi dengan proksinya iaitu syarikat antarabangsa Intel. Intel beli barang Israel, Malaysia beli barang Intel. 

Realiti, Iran yang tak iktiraf Israel pun benarkan kemasukan barangan Israel seperti barangan elektronik mereka. Syarikat perkapalan yang ada entity Israel pun ada ofis kat Tehran. Adakah kerajaan Iran yang membuat order atau syarikat antarabangsa yang beroperasi di Iran yang buat order? Mana satu?? Senario sama jugak macam kat Malaysia, adakah kerajaan Malaysia yang buat order atau syarikat antarabangsa tu? Kalau macam tu, adakah bermakna kita mengiktiraf negara Israel??
Kena faham beza kapal dagang dengan pedagang. Adakah semua kapal dagang kepunyaan Israel bawak barangan Israel? Diorang ni servis provider logistic. Bukan kapal ZIM satu tu je yang ada pemilikan Yahudi/Israel. Kapal2 dagang antarabangsa lain macam P&O Nedlloyd, Maersk Sealand, CMA CGM, Delmas, Hapag-Llyod, Italia Marritima, Portline, FESCO semua ni takde ke? 0% pemilikan Yahudi??
Malaysia tidak menghalang syarikat antarabangsa yang buat deal dengan Israel, sebab itu memang modus operandi syarikat antarabangsa. Syarikat2 swasta antarabangsa yang beroperasi di Malaysia macam McDonald, Coca Cola, Ford, BMW, Intel, Microsoft dll tak pernah ada deal dengan entity dari Israel ke? Dalam jaringan operasi mereka samada banking, supply raw material, logistic dll takkan takdak langsung entity dari Israel?
Kalau business import export, kita banyak deal dengan orang luar, so banyak duit datang dari luar. Kat situ Bank Negara menyibuk, diorang ada akta wang haram dan macam2 la, diorang monitor duit masuk kalau nama company luar, asal negara, jumlah, matawang dll. Bila bunyi lain macam je, puak2 Bank Negara ni cari la, jadi panjang cerita. Lepas tu buat delay paymentla, apalah. Bila dah delay tu, ketaq kepala lutut sebab semua orang akan cari. Barang dah hantaq, payment takdak, pening kepala. Kat Asia ni, Bank Negara kita paling ketat sekali pasal duit keluar masuk. So takdelaa orang Malaysia nak deal dengan negara2 yang takde hubungan diplomatic ni, leceh. Selalunya jual kat middleman dan broker ja, depa la yang akan jual balik kat sapa2 yang depa mahu. Orang business port ni payment tu kena on the spot, COD the best, mana boleh tunggu. Kalau Bank Negara buat hal tahan payment dari luar, mau tak owner kapal perhambat.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Azmin Ali <b>di Batang Kali</b>: syabas tidak <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 07:52 PM PDT

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Pelacur &#39;Buterfly&#39; <b>di Puchong</b>. - UtaraNews - The News Portal

Posted: 26 Sep 2012 05:33 PM PDT

Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej 'butterfly' atau 'booking' terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di sini.

Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu. Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej 'butterfly' di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit. Gadis 'butterfly' itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir.

 Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej 'booking' yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan. Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hasan berkata, premis terbabit pernah beberapa kali diserbu sebelum ini.

 Beliau berkata, kali terakhir premis diserbu pada 12 dan 14 September lalu masing-masing oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Katanya, selepas pemilik pertama menghentikan operasi sejak lapan bulan lalu, pemilik kedua dikatakan kembali mengaktifkan operasi perniagaan haram itu sekali lagi. Menurutnya, berdasarkan aduan orang ramai, pihaknya melakukan pemantauan dan mendapati ia dibuka semula selepas dua kali diserbu.

 "Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit. "Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang 'amoi' kepada pelanggan berminat," katanya. Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

"Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit," katanya.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Tanah 3 suku ekar <b>di</b> Kg Batu Laut, <b>Tanjung Sepat</b> – Land for sale <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 07:05 AM PST

Area:Tanjong Sepat Property Type:Agricultural Price:RM150 000 Size:0.75Acres Title type:Leasehold Other info:Bumi Lot
Kepada yang betul-betul berminat sahaja:-

Tanah 3/4 ekar di lot 2769, Kg Batu Laut, Tanjung
Sepat, Selangor.

Harga Jualan dari 150K

Status Tanah : Pertanian (kelapa sawit usia pokok
8 tahun )

Tanah sebelah jalan kampung, 300 meter dari
jalanraya utama.

admin

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Gold Coast <b>Morib</b> Banting

Posted: 23 Nov 2012 05:51 PM PST

Assalammualaikum..
Anak buah akak dah pergi ke Gold Coast Morib Malaysia...dia kata best gi sini. Anak akak yang masih bersekolah tu tak sabar nak gi.  Akak kena tunggu cuti sekolah sebab Ira ni duk asrama..ada ajer program sepanjang masa persekolahan.
Bila dorang tenguk ajer taman tema ni semua dah syok terutama Imran tak sabar nak gi masuk dalam air.  Akak ambil pakej yang tak sampai pun RM200.00..kira oklah untuk kami bertiga.  Suami dan anak-anak lelaki tak leh join sebab dorang tak leh cuti.
Tempat ni masih baru lagi...puas hati gak dapat bilik camni..kami pergi 3 orang ajer..jadi sambungkan ajer katil ni..memang muat.

Imran cam tak pernah tenguk jakuzzi..salah satu kelebihan kat sini..

berendamlah sampai kembang segalanya

Bila Imran dan Ira dah gi sini..akak cuma duk kat atas ajer..ambik gambar sambil perhati ragam orang yang mandi manda di tingkat 4.
Walau kat bilik mana kita tidur..dari balkoni memang pemandangan kat taman tema ni. 

Klau nak main slide yang tinggi warna biru tu kena pakai baju mandi..kalau pakai baju t shirt dan seluar track tak di benarkan..mandi manda ajerlah kat bawah..tapi kat slide rendah ni boleh pulak.  Beli ajer baju renang muslimah.

Dah bosan..akak berendam dalam jakuzzi..best wow ..tapi ralat sebab hb tak ikut ...kalau idak boleh berendam berdua-duaan...ahaksss.  Imran dan Ira pun suka duk berendam dalam ni.

Kat tepi pantai ..tak banyak aktiviti ...mandi manda pun 

cam payah ajer..sebab air jauh sangat

Sebelum pulang akak paksa dorang masuk ke taman tema..suruh ambik gambar.  Oh ya..masa check in dorang akan kasi sticker nak pakai kat tangan untuk masuk ke taman tema ni..sticker ni termasuk dalam pakej bilik.  

Jangan buka/cabut/potong sebab nanti nak masuk keesokannya tak boleh.  Kena bayar lagi tau..orang dewasa RM30.00 dan untuk kanak-kanak RM20.00..buat aper nak membazir bayar sampai 2 kali kan.  Nasib baik akak tanya masa check in.

Oleh sebab akak takut nak keluar pada waktu malam sebab tak orang lelaki dewasa akak siap-siap bawa bekal dan beli pizza.

Sarapan pagi pun termasuk dalam pakej..kira oklah juga.  Terletak di Morib tak jauh dari Pekan Banting.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Mayat Lelaki Dipercayai Dibunuh Ditemui <b>Di Klang</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Nov 2012 03:09 AM PST

KLANG – Polis menemui mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, dengan kesan tikaman di punggung dan kecederaan di kepala berhampiran sebuah taman permainan di Jalan Hulubalang 26, Taman Sentosa di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai T.Sivanegan, 36, ditemui beberapa penduduk yang melalui lokasi kejadian pada kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kenderaan dan samun.

"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki terbabit, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, terlibat dalam pergaduhan dengan beberapa individu ketika kejadian itu," katanya kepada pemberita.

Mohamad berkata pihaknya dimaklumkan seorang daripada rakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar mangsa dibunuh dan kejadian gaduh membabitkan mangsa, selain menjalankan gerakan untuk mengesan suspek lain dalam kes itu.

"Kita juga akan mengambil keterangan rakan mangsa yang sedang dirawat di HTAR bagi mengetahui kejadian sebenar untuk membantu siasatan," katanya sambil menambah siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohamad berkata mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Roboh Gerai Penjaja Melayu <b>Di Klang</b> - Zalimnya Kerajaan PR <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 12:43 AM PST


Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


Kisah ADUN <b>Sekinchan</b>, Dayang Ku Intan Dan Siaran FULAMAK <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2012 06:02 PM PST


Hebat posting Facebook saudara baru PAS yang masih lagi belum memeluk Islam, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang bercadang memberikan ceramah Agama pada ahli-ahli PAS. Bukan main seronok lagi Mamat Kulup ni dijemput hadir dan memberikan ceramah pada juak-juak PAS di Kg Bukit Hitam.
Siap ber'insyaAllah' lagi tuh. AMK Kota Melaka pun LIKE juga. Eloklah tu. Melayu hancurkan sesama melayu. Ini yang DAP nak tengok selama ni. Kalau sesiapa tahu berapa ramai PAS telah mengIslamkan pemimpin-pemimpin DAP yang sibuk mendoakan dan menyebut kalimah-kalimah Islam di dalam ceramah dan laman sosial mereka. Munafik tahap gaban betul.
CTS ingin mengucapkan tahniah kepada radio Sinar FM yang menjemput Dayang Ku Intan di dalam 2 jam bersiaran di dalam rancangan FULAMAK Carta Sinar. Tahniah Sinar FM yang menjemput lidah pembangkang yang saban hari berceramah mengutuk Perdana Menteri Malaysia. Minggu depan jangan lupa jemput Leman Raja Lawak dan Abby Abadi pulak ye!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Mesyuarat GTB <b>di</b> Restoran <b>Sekinchan</b> Ikan Bakar, Taman - Eyriqazz

Posted: 04 Dec 2011 08:23 PM PST

Special thanks buat Syam @ Shakiddo yang mengaturkan pertemuan dan makan-makan ini. 2 in 1. Makan dan bertemu geng talibarut.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa

Alisya pun turut teruja ( Muka eyriqazzstone yang masih belum berselera selepas terkena food poisoning di Sabah)

Nasi Lemak. Berselera Alisya makan

Ucapan dan kata aluan dari "Big Boss Restoran Sekinchan Ikan Bakar"

Kusyuk geng-geng talibarut mendengar

Penerangan lebih kurang berkenaan tentang asal usul Restoran Sekinchan Ikan Bakar, sejarah perkembangan, menu, perjalanan restoran dan juga penambahbaikan yang telah diambil setelah menerima feedback/komen dari pengguna .Antara penambahbaikan yang telah diambil seperti kata mereka antaranya berkenaan harga, penambahan menu sedia ada seperti Nasi Goreng Udang, dan juga berkenaan kualiti makanan di sana. Umm, kena terjah sekali lagi untuk melihat perkembangan itu.

Jemput Makan

Berselera Geng-Geng Talibarut menjamu selera sambil bergosip

Ikan Bakar Sekinchan

Kerang Bakar

Ikan Pari

Nasi Goreng Udang

Honestly, in term of rasa, eyriqazz tak dapat nak mengomen coz masih lagi tak sedap mulut gara-gara keracunan makanan masih terasa. Semua yang dimakan rasa tawar. Namun feedback dari Isteri dan rakan-rakan talibarut yang lain mengatakan makanannya memang sedap dan menyelerakan. Mat Joe dan Hazman Fadzil khabarnya sempat menghabiskan 3 bungkus nasi lemak. Ewah,ewah, berselera nampak?

Sambil Makan , Sambil Gosip.Ringan Sama dijinjing, berat sama dipikul

InsyaAllah, saya akan terjahi lagi Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini dan kasi pandangan lagi berkenaan pembaharuan dan penambahbaikan yang telah diambil oleh Restoran ini.

Voucher pun sudah diterima, RM500 lagi, cuma sayang, boleh guna RM10 je setiap kali datang (huwa,huwa,huwa….) untuk pembelian melebihi RM50. Honestly, saya merasakan pemberian voucher sebegini bukannya strategi yang bagus bagi menarik pelanggan setia dan juga reviewer untuk terus berkunjung. Till then, jumpa di the next visit…..Kalau sedap, akan dikata sedap, kalau tidak, begitulah juga…Jadi blogger kenalah honest kan?

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: ICU Bina Longkang Pelik <b>di Paya Jaras</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 05:18 PM PDT


PAYA JARAS 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.
Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.
Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.

"Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan
daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai.
"Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung," katanya.
Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan.
Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.
"Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi.

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibubapa Gembira Anak Terpilih Jom Shopping TAWAS « PKM <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 10:47 PM PST

3 12 2012

Tanjong Karang, 2 Dis    :     Seramai 168 orang anak-anak daripada 331 orang yang telah didaftar melalui Tabung 921_396827087060311_578790909_nWarisan Anak Selangor (TAWAS) telah menyertai program Jom Shopping TAWAS di pasaraya Billion Tanjong Karang dan melibatkan empat Dewan Negeri (DUN) iaitu Sungai Burong, Sekinchan, Permatang dan Malawati.

Seorang ibu, Azura Misri, ketika ditemui berkata, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah menganjurkan program ini dan mengharapkan supaya program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Manakala bagi Mohd Azman Abd Azis, juga turut melahirkan rasa gembira dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah merupakan penghargaan kepada anak-anak yang lahir di negeri ini, selain itu hasil kekayaan negeri ini dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad68494_396830417059978_1578156657_n Judi Sarjo, berkata, pihak TAWAS masih membuka pendaftaran bagi anak-anak kelahiran tahun 2008 sehingga tahun 2011 sehingga akhir Disember 2012. Oleh yang demikian ibubapa yang masih belum mendaftarkan anak mereka kedalam program TAWAS ini diminta mendaftar dengan segera di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong ataupun melalui Ketua-ketua Kampong Masing-masing.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

Program TAWAS telah diwujudkan sejak tahun 2008 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, yang bertujuan untuk member manfaat kepada semua anak kelahiran Selangor dengan perlindungan insuran sehingga berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua penerima sijil TAWAS ini berpeluang menerima RM1,500 hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana tersebut.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Buta+Pekak+Bisu=CINTA: Sesat <b>di Kajang</b> kerana BLOGGER INI!

Posted: 02 Dec 2012 03:31 AM PST

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi ayat tak tahan. Okey aku cerita terus jelah. Aku sebenarnya nak pergi kenduri kahwin kawan aku sekolah lama kat KL. Tapi sampai pukul 11 pagi tadi tak ada confirmation. Apalagi, aku kontek adik blogger ni kata jom jumpa. Akak free. Maka akupun lekaslah pergi jemput dia. Kat satu taman yang aku tak pernah sedar kewujudannya. Setelah sesat sejam baru jumpa.
Aku kata kat adik aku, buat malu je jadi orang Kajang tapi tak tahu. Memang serius aku rasa teruk sangat pengetahuan jalan Kajang. Sekolah Menengah Teknik Kajang pun kena berhenti tanya orang. Serius malu. Mohon jangan contohi aku. Loser kan? Tak apalah aku belajar lalu jalan yang aku sendiri tak tahu. Yang aku tak pernah jejak. Learn from mistake right?
Aku pun jumpalah NORAIM ISMAIL. Adik blogger aku. Dia memang duduk kelantan je. Ini pun kebetulan dia konvo kat Shah Alam semalam. Tak sempat wish tahniah. Maaf Aim! Kami pun pergi Jusco Cheras Selatan. Mula jalan bayar bil semua. Adik aku dah gelisah. Sebab dia nak tengok wayang. Aim dahlah tak tengok wayang. Adik aku nak TWILIGHT BREAKING DAWN part 2. Seksa mata dengan scene dia. Maaf sekali lagi Aim.
Lepas tengok, aku boleh kasi 4 bintang. Memang permulaan agak lembab, tapi part kemuncak aku suka. Serius tak sangka. Dan tamat dengan kissing scene lagi. Sabar jelah. Lepas tu kami makan fast food dan hantar Aim balik semula. Sempat snap picture untuk kasi cemburu itu pengantin basi. Kak Kiera, sila jeles. Haha seronok jumpa dia. Agak pemalu aku rasa. Lepas ni siapa nak jumpa aku? Tettt...

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Nabeel Fikree: Sepetang <b>di Batu Caves</b>

Posted: 28 Nov 2012 08:30 AM PST

Fuhhh lama gila kan tak update blog. Rindu pulak nak menulis hasil karya tak berbayar ni. Kalau nak tahu, 24 Nov haritu aku dan keluarga telahpun terbang ke semenanjung untuk bercuti. Maklumlah cuti sekolah kan? Aku bila bab2 bercuti ni memang nombor satu.

So harini genap 5 hari kitorang dah berada di bumi semenanjung ni. Sebenarnya hajat kitorang bukan sesaja nak bercuti, hajat kedua ialah nak balik kampung. Yeah!! Memang best. Siapa tak suka bila balik kampung kan? Lebih2 lagi yang memerlukan perkhidmatan kapal terbang.

Semenjak sampai haritu, tempat2 percutian yang dah aku kunjungi cuma Genting Highlands dan Melaka. Yang lain belum lagi kot. Cuma menghabiskan masa untuk berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur aje. Tak sah kalau tak membeli belah bila dah datang KL ni.

So petang tadi aku merayu lah konon2 nya kan nak pergi Batu Caves ni. Sebab aku memang dari dulu dah nak mengidam untuk pergi ke Batu Caves ni. Entahlah kenapa, hajat aku cuma nak ambil gambar aje. Pujuk punya pujuk, akhirnya ayah aku nak jugak ke Batu Caves ni. Itupun petang. Dalam pukul 6:30pm tadi.

Tapi takpe, asalkan pergi. So adalah beberapa gambar yang aku ambik untuk korang sama2 saksikan. Aku jadikan sepupu aku sebagai model. Hahaha..

Gambar yang ni aku suka tengok. Bila aku upload kat fb pun ramai kawan2 yang puji. Bangga lah aku kan sebab hasil kerja kena puji. Hahahaha.
Gambar yang ni sebenarnya takde kaitan. Yang ni gambar masa dekat air terjun Ulu Yam. Gambar ni natural di ambil menggunakan Canon 600D dengan lens 50mm ke tak salah aku. Malas nak p check lah.
Sebelum turun ke tempat air terjun. Aku memang turun2 je dari kereta, terus bukak kamera dan snap itu ini. Memang habit! Suka gila ambik gambar orang. Best!
Gambar ni di ambik masa kitorang dalam perjalanan balik ke kampung. Singgah dulu kejap untuk beli durian. Muka model pun dah letih gila. RM10 satu beg plastik besar dik!! Murah gila. Rugi siapa tak beli. Sedap pulak tu.
Okay gambar ni langsung takde kaitan dengan Batu Caves tadi. Sesaja nak letak gambar ni tanpa motif. Yang ni sebenarnya tengah bosan menunggu seseorang kat Terminal Bersepadu Selatan dari Melaka. Tambang bas pun murah cuma RM10. Amboi kemain dari tadi asyik RM10 aje. Hahaha.. Ok lah, mata pun dah ngantuk, tidur dulu lah ye. Gudbai

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


kamera kupang: Porsche hangus dalam kebakaran <b>di Petaling Jaya</b>.

Posted: 01 Dec 2012 01:59 AM PST

PETALING JAYA - Sebuah kereta Porsche turut hangus dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah satu tingkat di Jalan 1/4, Seksyen 1, Petaling Jaya pagi tadi.
   
Kereta tersebut yang terletak di halaman salah sebuah rumah tidak dapat diselamatkan kerana pemiliknya tidak berada di rumah ketika kejadian kira-kira 10.35 pagi itu.
   
"Ketika bomba tiba, api sedang marak di kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan itu," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hashim Mat Yasih.
     
Beliau berkata api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah tersebut sebelum merebak ke rumah satu lagi. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved