ads

Khamis, 2 Februari 2012

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Kump Gendang Gemala Kasturi: Persembahan <b>Di Cheras</b> Perdana <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2012 08:38 AM PST

Persediaan sebelum bergendang


Lebih kurang jam 10.30 pagi, saya beransur dari Negeri Sembilan. Ada jemputan bergendang di Cheras Perdana pula.Harapan saya agar dapat selamat kembali serta sempat menyertai rakan-rakan lain untuk persembahan tersebut. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.45 saya sampai. Tengok-tengok rakan2 KGGK sudah 'sapdek', tak bertangguh saya pun 'kibau' beberapa ketul ayam panggang dan meratah dengan sodap. (maklumkan baru balik dari Negeri Sembilan).
Persembahan bermula ...

Asyik bersilat ...


Jam 12, kami memulakan persembahan. Dengan keadaan tiada kipas dan hangat yang boleh tahan, kami teruskan perjuangan hingga 12.30 dan berhenti untuk memberi laluan kepada pasukan kompang Cheras Perdana.

Kemudian menyambung kembali hinggalah jam 3 petang, kami berhenti. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dan kami bersyukur atas segala keselamatan dan kelancaran majlis dan persembahan kami.

* Terima kasih kepada Encik Mansor (dengan kami lebih mesra dengan panggilan Abang Mansor) yang menjemput kami. Seingat-ingat kami, inilah kali pertama rasanya bergendang di kawasan tempat kami tinggal sesudah 3 tahun kami di sini. Juga terima kasih kepada krew KGGK yang hadir.

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah Sewa <b>di Cheras</b> untuk kemasukkan April 2012 | Rumah Sewa

Posted: 26 Jan 2012 05:29 PM PST

Publish date: January 27, 2012 1:29 am
Contact Name: Azizi
Price: RM550.00
Region: Kuala Lumpur
Location: Cheras
Phone: 0196141725
Tags:

Sering Angsana Apartment
Tmn Sungai Sering,
43200 Cheras
Selangor D.E.

Keluasan 650 Kaki persegi,
2+1Bedroom(s), 2Bathroom(s),
Unit ini berada di tingkat 5 (Unit paling tepi)

Kadar sewa RM 550.00/bulan (Boleh runding)
Bayaran kemasukan:
1bulan + 1bulan + RM 50.00 deposit api/air

Kelebihan :
Surau, playground, parking, berdekatan dengan kedai runcit, Kedai Dobi, petrol pam (Petronas), persekitanran yang bersih dan nyaman. Diawasi oleh pengawal keselamatan pada waktu malam. Juga berdekatan dengan:

1. Sek Rendah Taman Cupect - 5 km
2. Pulapol - 6 km
3. Kolej Masterskill - 10 km
4. Giant Supermarket Cheras (GSCH) – 10 km
5. Econsave - 10 km
6. HUKM - 12 km
7. Lesure Mall - 12 km
8. Kajang - 20 km
9. Pusat Bandar Kuala Lumpur - 25 km

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

Full content generated by Get Full RSS.

Video: Makcik Rempuh Kedai Superbike <b>Di Cheras</b>

Posted: 02 Feb 2012 05:31 AM PST

Adehhhh... kesian aku nengok motor Honda VFR 1000 turr... hehehe

kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai 'Superbike' dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai 'Superbike' berkenaan.

"Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

"Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000. pelanggan punya tu," katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.


Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan. Full content generated by Get Full RSS.

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


SEMUT HITAM: ISLAM GERHANA <b>DI NEGERI SELANGOR</b> SEBAB <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 04:59 AM PST

Itulah yang diibaratkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali sewaktu mengulas mengenai portfolio Hal Ehwal Agama yang kini dipegang oleh Si Khalid Gagap.

Beliau mengibaratkan PAS pada ketika ini sudah hilang serinya, sudah hilang kredibiliti dan dasar perjuangannya sama sekali.

Bagi Hassan Ali, PAS kita ibarat tak de kaki, tangan, mata dan telinga. Macam buah labu yang boleh digolek - golekkan ke mana sahaja semahunya.

Ternyata, PAS kini hanya sekadar menjadi boneka dalam Pakatan Pembangkang semata - mata kerana mereka tidak lagi dipercayai boleh menjaga Hal Ehwal Islam.

Datuk Dr. Hassan Ali juga menjelaskan bahawa sebelum ini, semua tindakan penguatkuasaan Islam di Selangor sering dikritik oleh puak - puak DAPigs.

Dari isu penjualan arak, pekerja Islam di premis menjual arak, isu murtad, judi dan rumah urut, semuanya ditentang oleh puak - puak DAPigs.

Walaupun Datuk Dr. Hassan Ali telah menjelaskan bahawa tindakan tersebut hanya dikenakan ke atas umat Islam sahaja, tetapi ia tetap dibantah oleh DAPigs.

Alasan yang diberikan oleh puak - puak DAPigs ni ialah mereka memperjuangkan Kebebasan Manusia atau Human Right yang juga menjadi dasar perjuangan PKR.

Maknanya, secara tidak lansung, Pakatan Pembangkang, termasuk PAS sendiri telah menolak dan menafikan hak umat Islam dalam menjaga kesucian agama mereka.

Jika seorang muslim ditangkap berkhalwat atau minum arak, puak - puak Pakatan Pembangkang akan membantah kerana ia jelas mengugat Kebebasan Manusia.

Adakah PAS sanggup bersekongkol dengan pendirian tersebut? Adakah PAS akan tetap menyokongnya walaupun ianya jelas bertentangan dengan syariat agama Islam?

Nampak sangat yang PAS hari ni memang dah jauh tersesat dari landasan perjuangan mereka yang sebenar. Mereka sanggup mengenepikan syariat Islam demi meraih kuasa.

Itu yang menjadi dasar perjuangan PAS hari ini. Dan sebab itu jugak la mereka gugurkan perjuangan Negara Islam dan gantikan Negara Kebajikan. 

Lepas ni, jangan salah faham pulak. Kalau ada orang Islam yang kena tangkap minum arak, berzina dan sebagainya, itu semua adalah cara PAS menjaga Kebajikan Rakyat!!! Bukan nak menegakkan syiar Islam!!!

Full content generated by Get Full RSS.

Pendidikan Islam <b>di Negeri Selangor</b> perlu diperkukuhkan <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2011 08:45 PM PST

Full content generated by Get Full RSS.

Detikdaily - Hikmah <b>di</b> sebalik rombakan portfolio <b>negeri Selangor</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:41 PM PST

Oleh Penulis Khas

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar r.a.: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkhttp://4.bp.blogspot.com/-nkF1O9OV5pk/TxY6k9r87OI/AAAAAAAArZ4/q9bDbjn_iac/s1600/yunusjpg.jpgan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (menunaikan amanahnya)..."

Ribut dalam cawan ekoran pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dari parti dan kerajaan negeri berakhir dengan perlantikan Ahli Dewan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) yang baru.

Perlantikan Dr Ahmad diperkenankan Sultan Selangor dan majlis penyerahan watikah perlantikan berlangsung di di Bilik Singgahsana, Istana Kayangan, Shah Alam, 18 Januari lalu.

Perlantikan baru itu turut menyaksikan rombakan kecil dilakukan Menteri Besar dengan beliau mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Dr Ahmad Yunus pula diamanahkan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri.

Perubahan kecil ini bagaimanapun dijadikan modal parti pembangkang (Umno- BN) untuk mengeruhkan suasana. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Abdul Khalid yang didakwa kononnya cuba mengecilkan peranan PAS dalam kerajaan negeri.

Malah tindakan tidak melantik Pesuruhjaya PAS negeri sebagai Exco baru juga dijadikan modal untuk menyerang PAS oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri yang kemaruk kuasa.

Mungkin kejahilan mereka terhadap konsep amanah dan kepimpinan menyebabkan Umno gagal memahami budaya politik PAS dan sikap pemimpin PAS terhadap kuasa dan amanah kepimpinan.

Bagi Umno, kuasa adalah segala-galanya dan amanah kepimpinan adalah peluang untuk mengumpul pengaruh, kedudukan dan harta. Bagi PAS, kuasa pemerintahan adalah amanah dan sesiapa juga yang dilantik perlu menjaga amanah kepimpinan tersebut.

Maka mereka terpinga-pinga apabila Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berharap untuk dilantik Exco apatah lagi jika ada yang lebih layak untuk mengisi jawatan itu.

Setelah gagal mengadu domba pemimpin PAS dalam isu perlantikan Exco, rombakan portfolio juga dijadikan isu. Kononnya hanya PAS yang layak memegang portfolio agama kerana berlatarbelakangkan agama bukannya Menteri Besar. Sedangkan mereka menyedari pengerusi majlis agama dan pengarah jabatan agama negeri sendiri bukan berpendidikan agama. Exco agama di era pemerintahan BN juga bukan berkelulusan agama malah Dr Hasan Ali yang pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini juga, bukan berkelulusan agama.

Ketika menjelaskan hal rombakan itu, Menteri Besar menyebut bahawa ia dibuat berdasarkan pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

Adalah tidak adil bagi Dr Ahmad Yunus memegang portfolio agama sedangkan pilihan raya umum bakal berlangsung tidak lama lagi dan beliau perlu mengambil masa untuk memahami sistem pentadbiran agama negeri itu.

Adalah tidak praktikal bagi exco baru untuk bergelut memahami sistem daripada memberi fokus kepada aspek penyampaian.

Malah pengalaman tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat menyaksikan bagaimana wujud anasir-anasir tertentu dalam pentadbiran majlis dan jabatan agama yang tidak mahu tunduk kepada dasar-dasar dan program kerajaan negeri.

Menteri Besar juga mahu hal ehwal majlis agama berada di bawah pengetahuan kerajaan negeri dan ini dimudahkan apabila setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Beliau juga dapat mempengerusikan dan melihat perkemba ngan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kita juga yakin Menteri Besar dapat memberikan pandangannya terhadap hal ehwal Mais dan Jais kepada Sultan Selangor memandangkan beliau dijadual menghadap baginda pada setiap minggu bagi menyembah maklum perkembangan negeri.

Kekerapan bertemu baginda akan memudahkan Ketua Agama Islam Negeri itu diberi maklumat yang benar tentang perkembangan negeri termasuk hal ehwal Islam.

Mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pemikiran Umno masih terikat pada kotak pemikiran lama. Bagi Umno, PAS hanya layak bercakap tentang soal agama. Sedangkan agama Islam sebenarnya mencakupi segenap bidang kehidupan.

Umno dan BN akan terus berusaha untuk memporak-perandakan pentadbiran negeri. Seperti kata Najib, Selangor akan dirampas semula dengan apa juga cara.

Bagaimanapun kita yakin dengan kebijaksanaan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Kerajaan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat.-Editoral Harakah

Full content generated by Get Full RSS.

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Cuti: Memancing Kat Kolam Pancing <b>di Port Klang</b> ~ Blog Razis

Posted: 27 Dec 2011 10:07 PM PST

Salam 1Malaysia.

Lagi entry di segmen Jom Cuti. Kali ini pergi memancing di Kolam Pancing Sea Lion, Port Klang, Selangor. Walaupun bukan bercuti sangat, sekadar jalan2 nak seronokkan hati, boleh diketegorikan sebagai bercuti jugaklakan?

Bercuti sambil memancing ikan di kolam air masin, bertempat di Port Klang, Selangor.

Dapat juga 2 ekor Ikan Jenahak. Best jugakla bila memancing dapat ikan nie. Teruja dan terus boleh hilangkan tekanan.

Gambar masa dapat Ikan Jenahak yang pertama:


Kesian ikan nie kena pijak sebab nak buka mata kail di mulutnya. kalau tak pijak, ikan nie bergerak-gerak dan akan menyukarkan kita nak buka mata kailnya.
Berbaloi jugakla kalau anda memilih untuk memancing di Kolam Sea Lion, Port Klang nie. Memang boleh dapat ikanla. Kami berlawan2 menaikkan ikan di kolam ini. Memang meriah sangat. Sekejap-sekejap ada jer pemancing yang berjaya menaikkan ikan.

Kat kolam nie ada berbagai jenis ikan air masin antaranya Jenahak, Kerapu, Siakap, Senangin dan ade lagi 2-3 jenis.

Full content generated by Get Full RSS.

Jawatan kosong <b>di</b> Lembaga Pelabuhan <b>Klang</b> Terkini 2012

Posted: 28 Nov 2011 12:00 AM PST

Closing date 2 Disember 2011

Pelabuhan Utama Malaysia
Pelabuhan Klang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, kira-kira 40 km dari ibu kota, Kuala Lumpur. Kedekatan untuk Lembah Klang yang lebih besar – hab perdagangan dan perindustrian negara serta rantau paling ramai penduduk di negara ini memastikan bahawa pelabuhan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Berdasarkan kepada arahan kerajaan pada tahun 1993, Pelabuhan Klang sedang dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan akhirnya hab bagi rantau ini.
Dengan beberapa beban yang berpusat dan hab strategi yang dikejar sejak tahun 1993, kemudahan dan perkhidmatan di Pelabuhan Klang kini sinonim dengan orang-orang pelabuhan kelas Dunia. Pelabuhan itu mempunyai hubungan perdagangan dengan lebih 120 buah negara dan urusan dengan lebih 500 pelabuhan di seluruh dunia. Lokasi geografi yang ideal menjadikan pelabuhan pertama panggilan bagi kapal-kapal di kaki arah timur dan pelabuhan terakhir panggilan di kaki westbound Timur Jauh Eropah perdagangan laluan.

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK)
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) perbadanan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963, untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang dari Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.

1. Law Officer – L41
2. Administrative Officer – N41
3. Assistant Administrative Officers – N27
4. Administrative Assistant – N17

Complete advertisement relating this post

Jawatan kosong di LPK

Borang jawatan

Incoming search terms:

  • kerja kosong di klang 2012
  • jawatan kosong klang 2012
  • kerja kosong di port klang 2012
  • jawatan kosong kerja kapal 2012
  • kerja kosong di klang
  • jawatan kosong port klang 2012
  • kerja kosong klang 2012
  • kerja perkapalan
  • jawatan kosong di port klang
  • kerja kosong di port klang
Full content generated by Get Full RSS.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang: Pesta Ponggal <b>di Bukit Lanjan</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:06 AM PST

YB Sivarasa turut hadir bersama di Pesta Ponggal yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong  baru-baru ini. Program juga turut dihadiri pimpinan PKR Cabang Subang bersama ahli Majlis Kawasan.



Full content generated by Get Full RSS.

Ceramah dan Kursus PACABA <b>di</b> Kg Penderas Hari ini.

Posted: 23 Dec 2011 03:42 PM PST

Saya memanggil Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR untuk memberikan penerangan kepada penduduk Kg Penderas hari ini, 24.12.11 jam 4.00 petang, mengenai dasar tanah yang dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Ada sebahagian daripada masyarakat Orang Asal masih keliru dengan dasar PKR mengenai Tanah Orang Asal.

Kami mengambil pendekatan yang sama dengan NGO-NGO Orang Asal seperti yang diutarakan oleh JOAS dan Jaringan-Jaringan yang lain iaitu tuntutan supaya tanah komunal Orang Asal di wartakan.

Rezab ini hendaklah diketatkan dengan undang-undang yang jelas dan nyata bahawa sebarang pencerobohan keatas tanah yang diwartakan itu akan dikenakan hukuman jenayah yang berat.

Orang Asal mempunyai adat istiadat yang ditambatkan kepada tanah dan hutan, dan jika hutan mereka sudah ditarik dari mereka apalah lagi tinggal kepada mereka.

Pembangunan rancangan Felda telah menghapuskan kawasan-kawasan hutan yang menjadi sumber rezeki dan adat istiadat mereka yang mereka warisi dari nenek moyang mereka.

Orang Asal juga berhajat untuk meneruskan kehidupan secara berkelompok didalam jalinan masyarakat yang sentiasa bergotong royong, bantu membantu diantara satu sama lain, dan mengamalkan adat istiadat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.

Mereka telah melihat pembangunan di Bukit Lanjan oleh Kerajaan UMNO/BN di Selangor yang akhirnya menjadikan penduduk Orang Asal di Bukit Lanjan kehilangan segala-galanya.

Orang Asal bukan menentang pembangunan, tetapi pembangunan yang mereka mahu adalah pembangunan yang mengambil kira cara kehidupan mereka khususnya adat istiadat mereka yang perlu dikekalkan.

Tanah komunal mereka termasuklah kawasan-kawasan hutan iaitu kawasan buruan, kawasan tanah adat, tanah perkuburan, tanah kampong dan ladang yang sudah mereka kerjakan didalam kawasan tanah komunal itu.

Mereka lebih rela tidak mempunyai geran tanah untuk individu jika persempadanan tanah komunal mereka dapat dikekalkan dan mereka boleh menjalankan kehidupan yang menjadikan adat istiadat kaum mereka dapat dikekalkan.

Orang Asal khususnya di Pahang merasakan bahawa mereka telah tertipu diatas kekononannya bahawa mereka tidak diberikan geran tanah kampong dan ladang mereka bahawa mereka mempunyai hak dan kepentingan yang lebih besar dan luas keatas kawasan hutan di sekitar perkampongan mereka kononnya tanah-tanah itu telah direzabkan sebagai Rezab Orang Asli, walhal tidak ada sekeping tanah pun di Negeri ini yang direzabkan oleh Kerajaan sebagai Rezab Orang Asal, bahkan tanah rezab yang diwartakan semasa pemerintahan Inggeris dahulu pun sudah ditarik balik. Rezab Orang Asal di Kg Pian, Kuala Krau merupakan Rezab terakhir bagi mereka dan Rezab itu pun sudah ditarik balik.

Ada pula wakil rakyat UMNO menyatakan bahawa Kerajaan boleh memberikan geran tanah kepada Orang Asal keatas tanah kampong dan ladang yang mereka kerjakan tetapi Kerajaan tidak mahu Orang Asal dibebankan dengan membayar premium dan cukai tanah tahunan.

Kalau itu menjadi hasrat murni Kerajaan amat perlulah Kerajaan melindungi tanah-tanah Orang Asal dengan suatu Rezab yang ketat, tetapi dengan Kerajaan membiarkan tanah komunal Orang Asal diceroboh dan sesetengahnya diberikan hakmilik kepada penduduk dari kaum yang lain membuktikan bahawa Kerajaan hanya menanam tebu di bibir, hipokrit hanya untuk memperdayakan.

Di kawasan-kawasan seperti Kuala krau, Rompin, Bera dan Pekan, tanah-tanah yang sudah ditanam dengan getah dan kelapa sawit oleh Orang Asal telah dirampas, diceroboh dan diberikan geran kepada syarikat-syarikat swasta dan juga anak-anak syarikat kerajaan Pahang.

Ada juga agensi Kerajaan melaksanakan TSB dan TSK keatas tanah-tanah getah dan sawit yang sudah diusahakan oleh Orang Asal, tetapi pendapatan Orang Asal bukannya bertambah besar bahkan menjadi berkurangan. Kononnya dengan TSB/TSK yang dijalankan oleh ejensi Kerajaan, Orang Asal hanya perlu pergi "cucuk" di Bank setiap bulan, mereka akan membawa pulang wang hasil dari TSB/TSK itu. Tetapi apabila sistem itu diamalkan, berbulan-bulan wang tidak keluar dari bank walaupun setiap bulan Orang Asal pergi "cucuk" di Bank. Maka TSB/TSK adalah sistem memiskinkan Orang Asal menjadi lebih miskin daripada keadaannya yang sedia ada.

Maka Majlis Penerangan yang akan dibentangkan oleh Bob Manolan pada hari ini amatlah penting untuk membela nasib Orang Asal dan dasar yang akan dibentangkan itu akan dijadikan dasar Parti Keadilan Rakyat bagi menangani isu Tanah Orang Asal.

Pada hari ini, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asal dari Kg Terbol, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Berdut, Kg Rekoh dan Kg Rekoh akan diberikan penerangan secukupnya untuk mereka bawa balik ke kampong masing-masing untuk mereka bualkan kepada anak buah mereka.

Program seperti ini akan juga diadakan di cabang-cabang lain di Negeri Pahang semoga Orang Asal di seluruh Pahang memahami dasar tanah yang diperjuangkan oleh Orang Asal.

Kursus ulangan PACABA akan diadakan selepas Majlis Penerangan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Selamat Bercuti: Beberapa laluan <b>di</b> lebuh raya PLUS bergerak <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 10:58 PM PST

b_04traffic

Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara.

"Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun…di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Bharu namun pergerakan  masih lancar," katanya.

Plus menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini.

Full content generated by Get Full RSS.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Noh Omar Didakwa Gagal Bela Nasib Rakyat <b>Di Tanjung Karang</b> <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 08:19 PM PST

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 2 FEB : Gagal menunaikan janji pilihanraya umum ke-12 dan sikap sambil lewa Datuk Seri Noh Omar merupakan faktor utama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Osman Shamsudin meletakkan jawatan selepas 28 tahun berkhidmat.

Menurut Osman, beliau meletakkan jawatan sebagai JKKKP secara rasmi pada tahun 2010 kerana kecewa dengan sikap kerajaan BN dan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, segala permohonan bantuan untuk urusan kemudahan infrastrukur dan baik pulih surau juga tidak pernah dilayan.

"Umno-BN hanya mementingkan kroni semata-mata. Segala permohonan peruntukan untuk tujuan pembangunan surau dan jalan raya tidak diluluskan, malah tidak diendahkan.

"Sebaliknya, mereka menyuruh saya meminta dana daripada kerajaan negeri. Tetapi apabila tiba musim pilihanraya, tidak perlu suruh pun mereka akan buat," tegasnya.

Jelasnya, sebelum Noh dilantik sebagai menteri, beliau begitu mesra dengan penduduk setempat dan memenuhi setiap janji yang dibuat, namun kini tidak lagi.

Ujarnya, keputusan untuk meletakkan jawatan dibuat setelah melihat tiada perubahan dari segi kepimpinan Noh sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

"Bila saya mintak peruntukan, satu pun tidak dapat. Sebagai contoh, kalau saya minta empat, sekurang-kurangnya berilah satu. Ini langsung tak dapat. Mereka kata tiada duit, malah meminta saya untuk memohon dana daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sekarang," katanya.

Osman dalam pada itu turut berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan negeri kerana banyak menghulurkan bantuan untuk urusan baik pulih kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.

Beliau berkata, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai JKKKP, namun sokongan padu akan terus diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Sakura Shawl: Habiskan Cuti Dengan Berpiknik <b>di Batang Kali</b>

Posted: 24 Jan 2012 11:08 PM PST

Assalamualaikum w.r.b.t..
Cuti Chinese New Year bebaru ni dihabiskan masa bersama suami je kat umah, tak dapat nak balik kampung atas sebab² yang tak dapat dielakkan...luckily, cousins ajak gi piknik ke Batang Kali..nana tak pernah pegi ke Batang Kali, ni first time la kot..aritu time blaja dulu pernah gi Ulu Yam, tu pun 10 tahun lepas kot...hahaha dh lame sangat tu..
Memang best sangat, ingatkan tak jadi dah nak berpiknik aritu sbb cuaca nampak macam nak hujan.bukan macam, tapi memang hujan pun..tapi semangat nak berpiknik kami lagi tinggi..mane tak nye, sepupu2 nana ni dh siapkan macam2 makanan..ade nasi goreng cina, ayam berbeque, sosej, keropok goreng, kebab (kawan sepupu yang bawak)..siap bawak barbeque set tu..best sangat!
Nana tak mandi pun, duk main2 air ngan kaki je lepaskan geram tengok air yang best tu..tapi sangatttt lah sejuk, sebab tu takleh mandi..isau plak krem balik nanti..hehehe encik suami pun tak mandi, dia duk sibuk jadi kameraman je sbb dia demam..so tak mandi jgk..hehehe

hehhe gambar pertama snap!

sedang setting tempat rehat
uishhh sedapnye kebab nii
muka tak sabor nk mkn hhihihih
rajin intan melayan bebudak ni
 
tengok aksi suap menyuap kikiki terambil plak gambar ni

saya dh ready nak mandi ni, jom mandi!!
kesian bdk kecik ni, menggigil² kesejukan..
saya cuma menjadi 'ratu batu' duk atas batu.hihihi
cuba tengok proses susun batu
tak dapat mandi main² camni jela..hehe
tempat 'jatuh' lagi dikenang ye...
So, kepada korang yang tak tau mana nak pegi time cuti boleh la gi piknik bawak keluarga..memang best sangat3 gi mandi manda musim2 panas di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. tapi mandi pun mandi jugak, keselamatan kena jaga :)
Full content generated by Get Full RSS.

Kamen Rider NIMOTA <b>di Batang Kali</b>

Posted: 16 Dec 2011 07:44 AM PST

All times are GMT +8. The time now is 11:07 AM.

Full content generated by Get Full RSS.

Siapa Tu...Comelnya...: Berkelah <b>di</b> Sg.Sendat <b>Batang Kali</b>

Posted: 26 Jan 2012 12:33 AM PST

kami sekelaurga berkelah di Sg.Sendat Batang Kali
memula kami nak mandi manda di Templer
tapi tengok orang ramai sangat
terus kami pergi ke Sg.Sendat
nie 1st time aku datang ke sini
tapi adik ipar aku hafiz memang dah selalu datang ke sini
memula nak masuk ke dalam sini
kalau kereta berselisih memang salah seorang kena ke tepi dahulu
tapi bila sampai tempat yang di tuju
memang cantik air terjunnya
cantik dan airnya bersih jea
mungkin ramai lagi yang tak tahu air terjun nie kot
kesempatan nie aku dan sayang memang mandi betul-betul la

kami lepak atas batu besar
memang menarik untuk lepak di atas batu nie - leper jea
sebelah batu tu ada kayu tumbang
memansing berebut duduk atas batang kayu tu
lauk pauk yang simple makan di tempat sejuk nie
memang terbaikkkkk jadinya

ketika budak bertiga nie cecah kaki di dalam air
tapi bila tengok kakaknya selumber jea
baru la umar berani nak main-main air sungai tu
tangan dan bibir sudah menjadi biru
umairah dan pija hanya main pasir di tepi air sungai
cuma umar jea macam budak kebal
sampai bagi minum air kopi bagi panaskan badan umar hahahahahha
dalam kereta orang lain semuan dah ketidoran
cuma umar masih lagi tegak berdiri tengok pemandangan luar
penangan air kopi - ambik ko
jadi cuti yang lepas kami hanya lepak melihat
Full content generated by Get Full RSS.

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Mandi <b>Di Jeram</b> Toi, Jelebu. | Silampuneon

Posted: 22 Dec 2011 07:24 AM PST

Salam,

Mandi di Jeram Toi. Mana lagi kalau bukan di Jelebu, Negeri Sembilan...Kali ini saya menggagahkan diri melibatkan diri dalam aktiviti keramaian + kefamilian...Senyuman terukir, bergelak tawa, bergurau senda...menikmati keindahan alam semulajadi, menikmati sisa sisa kegembiraan yang masih ada. Semuanya dirasakan tenang dan bersahaja..kalau boleh nak hargai setiap saat dan waktu yang ada, rakam segala memori yang boleh disimpan kemas...

Tengok budak budak kecik main, kemudian borak dengan tok wan, rasa macam...rindukan seseorang...Atuk dah lama takde...nenek dah lama tinggalkan kita...bestnya kalau diorang masih ada...lengkap hidup rasanya...Tuan rumah pun tak buat saya kekok , apa lagi pakngah dan makngah yang juga sempoi sahaja...Huhu tenang jiwa.

Bila makan sekali di meja, ada yang tarik muka merajuk, masam mencuka. Semua orang menjamah lauk pauk yang ada, tapi ada orang yang makan ikan goreng, nasi dengan kicap je. Kena berpuasa sebab perut dah tak boleh terima makanan liat liat ni. Nanti ada yang bergulung atas katil =) Riuh makan semeja...sempoi sangat rasanya...duduk diam menguyah makanan sambil menatap wajah wajah yang mengharap..

Soalan cepuk lemas datang lagi...kali ini muka masing masing kelat macam ikan sepat. Tak dapat digambarkan, juga tak dapat nak diluahkan apa yang terisi dalam hati, tergulung di sebalik lidah. Yang pasti..hanya kita kita yang faham situasi itu...cuma perlu bersyukur dengan masa dan peluang yang ada...bersyukur dengan nikmat, dan masa yang diberi...hanya tawakal dan berserah...

Lepas habis mandi di jeram, terus bersiap nak balik...sebelum balik, sempat ajar orang buat blog dan beri briefing tentang nuffnang...Sempat juga buat projek kat dapur, projek buat puding karamel ekspres ! Berjaya juga buat hasil bantuan anak pakcik Asli =) Anyway..terima kasih kepada bintang eridanus, makcik zaini, pakcik asli, pakngah, makngah, tokwan, bangchik, puteri, anak anak makngah, anas, shemie , ninja, dan semua orang laa yang sudi menceriakan hari ku hari in...wa tata sama lu...=) Tata...

Layan gambar sekejap okayh =)

Mandi Di Jeram Toi, Jelebu.

Balik macam biasa...lalu LEKAS, kemudian tekan minyak sampai 350 kilo/jam =)

Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Travel & Photography: Cari Durian <b>Di Jeram</b> Gading

Posted: 29 Jan 2012 10:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Himpunan Gambar Cikgu Wanita Yang Bersalah Kerana Skandal Seks Bersama Anak Murid · Cara Duduk Obama Yang Biadab ! Koleksi Gambar Banjir Di Sana-Sini · Gambar Curi ! Tamrin Pas Puchong Intan - Jeram ...

Love Is Cinta: CNY <b>Di Jeram</b> Perlus

Posted: 26 Jan 2012 12:48 AM PST


Hari Isnin yang lalu bersamaan 23 Jan 2012 aku join Group Green dengan membawa hati yang duka lara kerana ditinggalkan DMG Trekkers yang berjimba-jimba di Mulu, Sarawak. Aku bawa diri pergi trekking ke airterjun Perlus di Batu 18, Hulu Langat lagi best..!!. Seramai 14 orang peserta yang diketuai oleh Kak B. Oh.! lupa thanks abg Yatt kerana sudi invite kami.
Perjalanan kami bermula jam 10.30 pagi. Starting point di perkampung orang asli, pada awal perjalanan kami agak tersasar sedikit berikutan ada dua jalan tetapi dapat diatasi oleh Kak B. Trekking yang memakan masa lebih kurang 3 jam itu agak memeritkan kaki kami semua. Boleh katakan disinilah kubu pembiakkan pacat-pacat...!! mulanya aku agak tidak percaya bila dikatakan tempat sini banyak pacat.. difikirkan ku mungkin seekor dua jer berjaya mencabul kesucian kakiku..!! tapi rupa-rupannya..... arghhhhh.... hampir 50 ekor pacat berjaya menawan kakiku... benci..!! tapi trek disini landai cuma bila hampir tiba di kawasan air terjun ianya mencanak sedikit...
Lebih kurang jam 1.30 tenghari kami tiba di air terjun Perlus... Wow.. terpesona dengan keindahan air terjun disitu... Sampai jer sana kami terus cari port bagi membuang pacat-pacat yang sedang bersuka ria di kaki kami.. Time nie, sandal karrimor pun dah macam kari jer... 
Perut pun da berbunyi so kami terus menjamu makanan yang dibawa, tiba-tiba hujan turun dengan lebat... apa lagi, makan dibawah daun keladi lar...!! the best moment with my AF.. 
Makan-makan, mandi-manda, snap picture and sembang-sembang kosong... Jam 4.30 petang kami bergerak pulang. Tapi macam biasa lah, encik-encik pacat memulakan tugas dengan jayanya... kira hari tue macam Hari Menderma Darah lar... Lebih kurang jam 7.00 petang kami sampai di kereta.. 
Walaupun baru bersuai kenal, kami sangat enjoy dengan trip nie.. Kak B, Yatt Mansur, Nadia, Oja comel, Abg Man dan lain-lain kita jumpa for the next event ya... Kalau ada terkurang bercakap harap maafkan (al-maklumlah first time jumpa masih malu-malu lagi..!!)

DMG Trekkers sila lah tengok gambar-gambar kami ya..!! hahahaha 

Photo credit to Yatt Mansur

Full content generated by Get Full RSS.

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Ceramah Anwar <b>Di Kapar</b> Kecoh

Posted: 22 Jan 2012 09:56 PM PST

KAPAR : Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.
Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.
Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.
Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.
Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.
Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.
Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.
Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.
Full content generated by Get Full RSS.

KERENGGA: Ceramah Anwar <b>di Kapar</b> kecoh

Posted: 22 Jan 2012 07:18 PM PST

KAPAR: Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.
Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.
Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.
Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.
Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.
Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.
Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.
Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.
Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.
Full content generated by Get Full RSS.

Full Video : Ceramah DS Anwar <b>Di Kapar</b> - TINTA HIJAU DARI KAKI <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 06:20 PM PST

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berucap dalam Ceramah PKR di Dewan Sri Kerayong, Kapar.

Full content generated by Get Full RSS.

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


tentang kami: Zoo negara dan main air <b>di ulu yam</b>

Posted: 24 Jan 2012 06:33 PM PST

Cuti Tahun Baru China tahun ni kami tak kemana. Spent masa kat sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur saja. Sebab tak plan balik johor hanya plan balik Gombak sebab atok kata dah lama tak balik Gombak (hehe padahal baru 3 minggu je, tapi sebab jarak Shah Alam dan Gombak tu cuma 30 minit masa pemanduan tolak jammed sebab semua orang keluar KL masa cuti panjang ni ;)
Jom layan gambar. Oii nak rasa selalu dah mak bawak gi tengok ikan, tapi kekaguman ko pada ikan memang tak leh nak dibendung lagi. Cuba tengok anak mokcik ni hah.
Lepas dah penat tengok binatang ko pun nak join panjat ke naqi. Hehe tinggi pokok tu nak, jangan harap la ko nak panjat, takat panjat tangga pun berani-berani seram, inikan pokok yang takde tangga tuh ;) hehe
'Bu, bu lepant" ye jom kita tengok elephant, tu hah elephant tu pun tak nak tengok ko nak. hehe
ye ye saya tau, ni pehal pulak dalam zoo ada sungai bagai. hehe ni gambar kat ulu yam. saya takleh nak bawak naik atas. Kami pergi mandi kat ulu yam keesokkan harinya, sebab budak kecik ni tak pernah mandi sungai lagi ;)
Haha sambungan cerita kat zoo negara. Meneruskan kekaguman budak kecik ni dengan tapir atau cipan. Huhu sekali imbas dah macam panda saya tengok
Sambung balik kat ulu yam. muka masa mula-mula letak dalam air. Cian dia sejuk. sungguh-sungguh dia tak nak rendam kaki ;)
Dan akhirnya, lepas hampir sejam berendam. Naik air terus mintak makanan, kelaparan dia. 2 ketul paha ayam dia ngap. Tak cukup dalam kereta terus mintak susu sebelum terlelap dengan lenanya sambung kat rumah atok, kul 5 petang baru bangun tido.
Sekian sahaja cuti panjang kami. Penuh dengan aktiviti tapi kami puas sebab budak kecik tu nampak sangat happy. yeay misi tercapai walau tak melabur banyak duit ;)
Full content generated by Get Full RSS.

Deqlis: Syoknyerr Berjimba-jimba <b>di</b> Eagle Farm <b>Ulu Yam</b>

Posted: 05 Jan 2012 08:01 PM PST






layan.....aksi2x deqlis n family berjimba-jimba di Eagle Farm Ulu Yam Bahru pada 1 1 12 lepas... mmg best sangat...terima kasih buat Aju (sepupu deqlis) n Hubby nyer kerana sponsor location...:-) dan yg bestnya weolls ramai2x dapat mkn durian kampung..yg fresh baru jatuh dari pokok .....FREE lagi tue...:-) mmg laa sedapppp:-) tengkiu...:-)
kali nie seakan family gathering jugak...saudara mara sebelah emak deqlis...:-) dan happy besdey buat Ayahchik deqlis pada 1 Jan 2012.... dia lambat sampai..deqlis belanja KFC hari tue...becoz kedai kek semua area2x tue tutup...KFC ada 24 hours kan?? tp ayahChik nyer lambat sampai, so anak2x buah ngn amak2s buah hehe yg lain dah bedal laa KFC nyer,,heheh..jgn mare...21 ketul KFC licin sekelip mata...al-maklumlah lak lepas mandi manda semuanya lapo..haha:-) lepas makan KFC kami ramai2x pekena durian pulak...
pepun pembuka kalendar 1 Jan thn nie deqlis happy bersama sanak saudara..:-)
Full content generated by Get Full RSS.

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


100 Orang Warga Emas DUN <b>Sungai Burong</b> Sertai Program Jom <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2012 12:54 AM PST

Alam Jaya, 11 Jan    :    Program Jom Shopping untuk peringkat DUN Sungai Burong sekali lagi diadakan pada hari ini bertempat di Econsave Alam Jaya, Puncak Alam. Seramai 100 orang warga emas berusia 60 tahun keatas yang telah mendaftar melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah menyertai program pada kali ini.

Daripada jumlah itu seramai 65 orang warga emas adalah terdiri daripada kaum cina manakala selebihnya adalah berbangsa Melayu. Program Jom Shopping pada kali ini diadakan adalah untuk meraikan kaum cina sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, kata Pengerusi Pusat Khidmat DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Beliau yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, berkata, sejak program Jom Shopping diadakan awal Oktober tahun lalu, seramai lebih 440 orang warga emas telah terpilih untuk menyertai program ini daripada 2,000 orang lebih warga emas yang telah mendaftar SMUE sejak tahun 2008.

Sebelum ini program jom shopping pernah diadakan di Tesco Kuala Selangor, Giant Klang Sentral, Econsave Kapar sebanyak dua kali sebelum ke Econsave Alam Jaya pada hari ini. Sambutan daripada warga emas untuk menyertai program ini sangat menggalakkan, bahkan ramai yang sudah bertanya bilakah giliran mereka akan tiba untuk dipanggil menyertai program ini, katanya lagi.

Ini menunjukkan, katanya, program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini sangat diterima oleh orang ramai. Tidak pernah Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan Bn selama lebih 50 tahun terfikir untuk mengadakan program seumpama ini untuk rakyat.

Ini membuktikan Kerajaan negeri Selangor dibawah pemerintahan PR sangat prihatin dengan masalah rakyat, dengan slogan "Hasil Negeri Untuk Rakyat" sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri Selangor membuktikan bahawa segala hasil keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan dikembalikan semula kepada rakyat untuk dinikmati bersama, katanya lagi.

Hadir sama dalam program tersebut ialah, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK) Kunci Air Buang, Mohd Jamshari Kassim dan Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Tanjong Karang, Au Yong serta kakitangan PKM DUN Sungai Burong.

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG MIK: PENTING..! Pengundi Melayu <b>Di</b> Selangor WAJIB Baca <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 05:08 AM PST

Di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor ada satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran berguna....

Tanah TOL atau tanah lesen menduduki sementara di situ telah lama diterokai dan diduduki penduduk sejak 70 tahun lalu dengan menjadikannya rumah kedai.

Semasa Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, kira-kira tiga atau empat pekedai di situ cuma membayar premium kira-kira RM5,000 untuk mendapatkan geran.

Tetapi beberapa lagi pekedai daripada keseluruhan sembilan kedai di situ enggan berbuat demikian. Senang cakap barangkali mereka ini penyokong pembangkang. Mereka enggan menemui wakil rakyat kerajaan waktu itu untuk urusan geran.

Masa berlalu.... Sebaik-baik sahaja kerajaan negeri BN itu jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, dikatakan antara pekedai tadi yang merupakan penyokong PAS merasakan peralihan kepimpinan itu adalah masa yang tepat untuk memohon geran....

Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila kadar premium yang dituntut untuk tanah berkeluasan lebih kurang 83.128 meter persegi (894.782 kaki persegi) bukannya RM5,000 atau RM6,000.

Sebaliknya mencecah RM60,000....!! Terkedu dan 'terduduk' mereka....

Terkena batang hidung sendiri apabila urusan permohonan geran itu mengikut harga pasaran.

Bukan sahaja kadar premium yang tinggi berlaku di Sungai Burong. Di satu kawasan di Sungai Kajang untuk keluasan tanah 3 ekar sahaja, kadar premiumnya melambung sehingga RM300,000.

Dahulu, dalam manifesto Pakatan Pembangkang, sibuk melaung-laungkan mahu tegakkan keadilan. Sama rasa dan sama rata kononnya... Tetapi tengoklah apa yang berlaku...!

Peruntukan untuk sekolah-sekolah contohnya. Kerajaan PKR Selangor mengumumkan sejumlah RM6 juta disalurkan masing-masing untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang berjumlah 108 buah dan sekolah rendah Agama (414 buah).

Untuk SJKT (Tamil) pula yang bilangannya 97 buah di negeri itu, cuma RM4 juta.

Mengapa nisbah peruntukannya 6:6:4 (SJKC, Sekolah Agama dan SJKT) dan bukannya 6:6:6. Hanya kerana dibezakan dengan 11 buah sekolah sahaja berbanding SJKC (108-97), sekolah Tamil rugi RM2 juta. Perbuatan 'pilih kasih' ini bukti cakap tidak serupa bikin Pembangkang... Tidak ada elemen sama rata dan sama rasa rupanya.

Berpegang kepada banyak isu yang dicetuskan pakatan Pembangkang di Selangor inilah maka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Noh Omar mengajak rakyat Selangor supaya berfikir lebih panjang.... Bahawa apakah wajar PKR, PAS dan DAP perlu dipertimbangkan lagi untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13...?

Rakyat Selangor tentu lebih bijaksana. Lebih lama Pembangkang perintah negeri itu, lagi lama rakyatnya 'memendam rasa'.

"Kerajaan PKR Selangor ini buat sesuatu untuk rakyat negerinya hanya bermotifkan keuntungan politik mereka. Mereka sanggup tolak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah yang sepatutnya direncanakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan satu lagi kerjanya (PKR Selangor) hanya jual harta yang ada.

"Apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah? Daripada kita (rakyat) ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual mereka (Pembangkang). Kita (BN) dahulu sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan. Jelas ini bercanggah dengan manifesto mereka.

"Dahulu kata nak sediakan kemudahan premis untuk usahawan, tapi hari ini bukan sahaja tak ada tetapi nak naik pula sewa dan tekan usahawan.

"Kemudian, rakyat Selangorlah yang rugi kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tentu sukarlah nanti Kerajaan Pusat hendak bangunkan projek pertanian kalau ada kelam-kelibut begini," kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ditemui penulis di Tanjong Karang kelmarin.

Noh sekali lagi menarik perhatian bagaimana sentimen peribadi tidak dicampur-adukkan oleh kerajaan BN sebelum ini namun pada era Selangor diterajui pembangkang, ia dipraktikkan pula.

"Contohnya permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan sebuah kilang di Kuala Selangor yang belum pernah dalam sejarah pentadbiran BN di Selangor, pemohon perlu mengemukakan atau mendapatkan ulasan/sokongan daripada Exco terbabit untuk kelulusan. Mengapa unsur peribadi dibabitkan untuk meluluskan permohonan berkenaan," katanya.

Cakap tak serupa bikin dan hipokrasi kini mewarnai pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor...!!

Cuba rakyat negeri Selangor nilaikan hipokritnya kerajaan PKR Selangor ini pula. Pada Mesyuarat Exco pada 25 Mac 2011, mereka bersetuju untuk menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya. Kenaikan elaun tersebut adalah dari RM4,112.79 kepada RM6,000. Bayaran dikira bermula 1 Januari 2011 (tertunggak).

Dalam hal ini, Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengakui dalam kenyataan pada Sidang DUN bahawa kenaikan itu sesuai kerana keadaan ekonomi yang baik dan tugas-tugas yang diberikan.

Tetapi dalam sidang Parlimen hujung 2011, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen atas alasan yang sama diberikan, dengan 'bermuka-muka' dan hipokrit pula pembangkang termasuk Azmin Ali yang juga Ketua Whip di Selangor menentang 'sehabis-habis alam' kenaikan itu.

"Nak jadi jaguh konon, elaun negeri kebas, untuk Ahli Parlimen ditentang pula, maknanya dia turut menganiaya ahli-ahli Parlimen Pembangkang juga. Tidakkah itu hipokrit namanya... cakap tak serupa bikin," kata Noh lagi.

Banyak lagi cacat-celanya pemerintahan kerajaan PKR Selangor yang memerlukan tindak balas rakyat negeri itu untuk memberi pengajaran berharga kepada mereka pada PRU13 nanti.

Ketika mula-mula menyandang jawatan Menteri Besar pada 2009, Khalid Ibrahim dalam ucapan sulungnya menyasarkan perlombongan pasir di negeri itu boleh mencecah sekitar RM150 juta setahun. Tetapi akhirnya tak sampai pun RM15 juta.

Semasa berucap sempena hari jadi Sultan Selangor tempoh hari, beliau mengumumkan pula kenaikan elaun guru KAFA menjadi RM1,300 sebulan. Tetapi langsung tak sebut pun daripada RM1,300 itu, cuma RM500 sahaja peruntukan datang daripada kerajaan negeri manakala baki RM800 lagi adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

Noh percaya peluang BN untuk kembali menerajui Selangor semakin terbuka... Apatah lagi jentera pilihan raya sudah pun disusun rapi daripada peringkat cawangan, DUN dan Parlimen. Malah, seramai 894 ketua-ketua pusat mengundi pun sudah dilantik. Dan baru-baru ini pula setiap seorang dengan penuh bersemangat bersalam dan berbaiah dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor untuk menebus kembali maruah BN di negeri itu.

Untuk mengembalikan semula kuasa di Selangor, BN memerlukan kemenangan di sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi DUN.

Dengan 'cakap tidak serupa bikin' Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor sekarang, peluang untuk BN kembali menerajui negeri itu dilihat boleh melepasi 'reading' 50-50.

Itupun terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai dengan 'mata hati' akan isu-isu terbaru yang menyelubungi PAS, PKR dan DAP di Selangor.

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved