Khamis, 2 Februari 2012

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang: Pesta Ponggal <b>di Bukit Lanjan</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:06 AM PST

YB Sivarasa turut hadir bersama di Pesta Ponggal yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong  baru-baru ini. Program juga turut dihadiri pimpinan PKR Cabang Subang bersama ahli Majlis Kawasan.



Full content generated by Get Full RSS.

Ceramah dan Kursus PACABA <b>di</b> Kg Penderas Hari ini.

Posted: 23 Dec 2011 03:42 PM PST

Saya memanggil Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR untuk memberikan penerangan kepada penduduk Kg Penderas hari ini, 24.12.11 jam 4.00 petang, mengenai dasar tanah yang dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Ada sebahagian daripada masyarakat Orang Asal masih keliru dengan dasar PKR mengenai Tanah Orang Asal.

Kami mengambil pendekatan yang sama dengan NGO-NGO Orang Asal seperti yang diutarakan oleh JOAS dan Jaringan-Jaringan yang lain iaitu tuntutan supaya tanah komunal Orang Asal di wartakan.

Rezab ini hendaklah diketatkan dengan undang-undang yang jelas dan nyata bahawa sebarang pencerobohan keatas tanah yang diwartakan itu akan dikenakan hukuman jenayah yang berat.

Orang Asal mempunyai adat istiadat yang ditambatkan kepada tanah dan hutan, dan jika hutan mereka sudah ditarik dari mereka apalah lagi tinggal kepada mereka.

Pembangunan rancangan Felda telah menghapuskan kawasan-kawasan hutan yang menjadi sumber rezeki dan adat istiadat mereka yang mereka warisi dari nenek moyang mereka.

Orang Asal juga berhajat untuk meneruskan kehidupan secara berkelompok didalam jalinan masyarakat yang sentiasa bergotong royong, bantu membantu diantara satu sama lain, dan mengamalkan adat istiadat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.

Mereka telah melihat pembangunan di Bukit Lanjan oleh Kerajaan UMNO/BN di Selangor yang akhirnya menjadikan penduduk Orang Asal di Bukit Lanjan kehilangan segala-galanya.

Orang Asal bukan menentang pembangunan, tetapi pembangunan yang mereka mahu adalah pembangunan yang mengambil kira cara kehidupan mereka khususnya adat istiadat mereka yang perlu dikekalkan.

Tanah komunal mereka termasuklah kawasan-kawasan hutan iaitu kawasan buruan, kawasan tanah adat, tanah perkuburan, tanah kampong dan ladang yang sudah mereka kerjakan didalam kawasan tanah komunal itu.

Mereka lebih rela tidak mempunyai geran tanah untuk individu jika persempadanan tanah komunal mereka dapat dikekalkan dan mereka boleh menjalankan kehidupan yang menjadikan adat istiadat kaum mereka dapat dikekalkan.

Orang Asal khususnya di Pahang merasakan bahawa mereka telah tertipu diatas kekononannya bahawa mereka tidak diberikan geran tanah kampong dan ladang mereka bahawa mereka mempunyai hak dan kepentingan yang lebih besar dan luas keatas kawasan hutan di sekitar perkampongan mereka kononnya tanah-tanah itu telah direzabkan sebagai Rezab Orang Asli, walhal tidak ada sekeping tanah pun di Negeri ini yang direzabkan oleh Kerajaan sebagai Rezab Orang Asal, bahkan tanah rezab yang diwartakan semasa pemerintahan Inggeris dahulu pun sudah ditarik balik. Rezab Orang Asal di Kg Pian, Kuala Krau merupakan Rezab terakhir bagi mereka dan Rezab itu pun sudah ditarik balik.

Ada pula wakil rakyat UMNO menyatakan bahawa Kerajaan boleh memberikan geran tanah kepada Orang Asal keatas tanah kampong dan ladang yang mereka kerjakan tetapi Kerajaan tidak mahu Orang Asal dibebankan dengan membayar premium dan cukai tanah tahunan.

Kalau itu menjadi hasrat murni Kerajaan amat perlulah Kerajaan melindungi tanah-tanah Orang Asal dengan suatu Rezab yang ketat, tetapi dengan Kerajaan membiarkan tanah komunal Orang Asal diceroboh dan sesetengahnya diberikan hakmilik kepada penduduk dari kaum yang lain membuktikan bahawa Kerajaan hanya menanam tebu di bibir, hipokrit hanya untuk memperdayakan.

Di kawasan-kawasan seperti Kuala krau, Rompin, Bera dan Pekan, tanah-tanah yang sudah ditanam dengan getah dan kelapa sawit oleh Orang Asal telah dirampas, diceroboh dan diberikan geran kepada syarikat-syarikat swasta dan juga anak-anak syarikat kerajaan Pahang.

Ada juga agensi Kerajaan melaksanakan TSB dan TSK keatas tanah-tanah getah dan sawit yang sudah diusahakan oleh Orang Asal, tetapi pendapatan Orang Asal bukannya bertambah besar bahkan menjadi berkurangan. Kononnya dengan TSB/TSK yang dijalankan oleh ejensi Kerajaan, Orang Asal hanya perlu pergi "cucuk" di Bank setiap bulan, mereka akan membawa pulang wang hasil dari TSB/TSK itu. Tetapi apabila sistem itu diamalkan, berbulan-bulan wang tidak keluar dari bank walaupun setiap bulan Orang Asal pergi "cucuk" di Bank. Maka TSB/TSK adalah sistem memiskinkan Orang Asal menjadi lebih miskin daripada keadaannya yang sedia ada.

Maka Majlis Penerangan yang akan dibentangkan oleh Bob Manolan pada hari ini amatlah penting untuk membela nasib Orang Asal dan dasar yang akan dibentangkan itu akan dijadikan dasar Parti Keadilan Rakyat bagi menangani isu Tanah Orang Asal.

Pada hari ini, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asal dari Kg Terbol, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Berdut, Kg Rekoh dan Kg Rekoh akan diberikan penerangan secukupnya untuk mereka bawa balik ke kampong masing-masing untuk mereka bualkan kepada anak buah mereka.

Program seperti ini akan juga diadakan di cabang-cabang lain di Negeri Pahang semoga Orang Asal di seluruh Pahang memahami dasar tanah yang diperjuangkan oleh Orang Asal.

Kursus ulangan PACABA akan diadakan selepas Majlis Penerangan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Selamat Bercuti: Beberapa laluan <b>di</b> lebuh raya PLUS bergerak <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 10:58 PM PST

b_04traffic

Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara.

"Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun…di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Bharu namun pergerakan  masih lancar," katanya.

Plus menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads