ads

Ahad, 11 November 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Guan Eng paling yakin <b>di</b> Kelantan dan Selangor | Free MalaysiaKini

Posted: 04 Nov 2012 05:18 AM PST

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peluang terbaik Pakatan Rakyat adalah di Kelantan, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan akhir sekali Kedah.

Penilaian beliau berdasarkan kepercayaan bahawa retorik perkauman BN akan mempunyai impak yang kurang di Kelantan dan Selangor.

2012 selangor dap convention 041112 lim guan engBercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan
Konvensyen Tahunan DAP Selangor pagi ini, Lim berkata BN sedang memainkan soal perkauman, tetapi menurutnya adalah lebih sukar untuk bermain isu perkauman di Selangor.

Tambahnya, keadaan adalah sama di Pulau Pinang. Apabila ditanya mengapa BN akan memainkan soal perkauman di negeri yang mempunyai etnik yang bercampur, Lim berkata, ia adalah kerana beliau merupakan satu-satunya ketua menteri bukan Melayu.

"Pokoknya saya adalah satu-satunya ketua menteri keturunan Cina dan bukan Islam di Malaysia, jadi saya sasaran yang mudah. Ia adalah sangat jelas bukan?"

Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih memerlukan sokongan pengundi Melayu untuk memastikan "kemenangan yang baik" di Pulau Pinang.

Dalam ucapannya sebelum itu, Lim mendedahkan apa yang didakwa dari dokumen yang bocor mengenai persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya di kawasan bukan Melayu di Selangor adalah pada 53 peratus dan "sangat bersedia" di kawasan Melayu.

"(Ia adalah) sangat tinggi. Adakah kita di peringkat itu atau tidak? Mari kita membuat penilaian ikhlas selepas ini, "katanya.

Tambahnya, walaupun jika BN adalah lemah, tetapi DAP tidak akan menang jika ia tidak bersedia.

Beliau memberitahu pemberita kemudiannya bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam semua negeri termasuk Selangor.

"Saya akan berbohong jika saya katakan saya berpuas hati (dengan persediaannya)," katanya.

2012 selangor dap convention 041112 teresa kokDalam ucapannya sebelum ucapan perasmian Lim, pengerusi DAP
Selangor Teresa Kok menyenaraikan pencapaian dan cabaran dihadapi parti itu di negeri tersebut.

Ini termasuk mempertahankan kerusi marginal di Sekinchan dan Teluk Datuk, di mana ia menang dengan majoriti tipis masing-masing 190 undi dan 698 undi semasa pilihan raya umum 2008.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa BN juga mempunyai kerusi marginal di mana DAP harus menumpukan usaha dalam harapan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang, atau membantu rakan parti dalam Pakatan berbuat demikian.

Ini termasuk Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek di mana DAP tewas masing-masing dengan 449 undi dan 1572 undi, serta lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi parlimen di mana parti-parti dalam Pakatan kalah tipis.

"DAP adalah kuat di kawasan majoriti bukan Melayu. Di lapan kerusi BN tersebut, sekurang-kurangnya 15 peratus adalah pengundi bukan Melayu.

"Jika kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sokongan mereka, kita boleh memenangi kesemua lapan kerusi ini," katanya ketika menggesa ahli-ahli untuk menyumbang idea bagi membantu menyokong kemenangan.

Lapan termasuk Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam dan Sri Serdah, semuanya telah dimenangi dengan kurang daripada 700 undi.

Kerjasama lebih erat

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata pada keseluruhannya, kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai lapan hingga kerusi marginal.

2012 selangor dap convention 041112 delegates 3Ditanya jika beliau yakin bahawa rakan-rakan dalam Pakatan – PKR
dan PAS – boleh menarik sokongan pengundi Melayu yang diperlukan untuk memenangi kerusi marginal, Kok berkata, ia bergantung kepada tahap kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.

"Pada 2008, banyak kawasan yang yang saya telah ditunjukkan sebelum ini, tidak ada kerjasama (antara parti komponen Pakatan). Malah jika ada pun, ia adalah sangat minimum.

"Sekarang setelah kita membentuk kerajaan, ia adalah amat penting bagi kita mengeratkan hubungan antara PAS, PKR dan DAP untuk mencapai kejayaan di kerusi-kerusi tersebut," katanya.

Ahli Parlimen Seputeh berkata, kerjasama tersebut kini boleh dapat dilihat dalam program bersama seperti pelbagai ceramah di seluruh negeri.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=54070

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


GUNDAM <b>DI CHERAS</b>: Astray Blue Frame DABAN MG 1/100

Posted: 07 Nov 2012 07:47 PM PST

[unable to retrieve full-text content]item(s) : Astray Blue Frame DABAN MG SCCALE : 1/100. Packages includes : NEW Warranty :NONE * CHECK WITHIN COD Dealing method :COD/SHIPPING/ SELF COLLECT Location seller :KAJANG/ CHERAS ...

di negeri selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Tahap pencemaran air <b>di Negeri Selangor</b> masih terkawal <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 12:00 AM PDT

TAHAP pencemaran sumber air Negeri Selangor masih terkawal dengan indeks kualiti Air di tiga sungai utama iaitu Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang meningkat setiap tahun sejak  2000 hingga 2012.
 
Indeks Kualiti Air bagi Sungai Langat meningkat daripada 68 kepada 76 walaupun masih berada kelas ketiga dalam kategori sederhana tercemar. Sungai Selangor pula meningkat daripada 81 kepada 86 pada kelas kedua dalam kategori bersih manakala Sungai Klang meningkat daripada 53 dalam kategori tercemar kepada 72 dalam kategori sederhana tercemar.
 
Sepanjang 2010 hingga Oktober 2012, sebanyak 19 kes pencemaran sumber air yang menyebabkan henti tugas loji pembersihan air direkodkan. Kes-kes ini melibatkan pencemaran daripada pelbagai sumber seperti kilang, tapak pelupusan sampah, kuari dan kejadian alam semula jadi.
 
Antara sumber utama yang mencemarkan sungai selangor adalah daripada tumpahan minyak daripada kilang-kilang dan sekurang-kurang 2 kilang termasuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham telah diambil tindakan oleh kerajaan negeri dengan meminta jabatan peguam negara untuk mendakwa syarikat yang terbabit di mahkamah.
 
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap kesalahan pencemaran sumber air Negeri Selangor menerusi dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Selangor dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran.
 
Bagi kes kecemasan seperti pencemaran yang menyebabkan henti tugas loji, tindakan serta merta akan diambil melalui Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran SUmber Air Negeri Selangor yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menangani sebarang kes pencemaran.
 
Secara amnya, pencemaran sumber air adalah disebabkan ketidakpatuhan dan pelanggaran kepada peraturan sedia ada oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Setiap kes pencemaran diberi perhatian dan tindakan segera oleh LUAS supaya ia tidak menjejaskan keperluan masyarakat.
 
YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Sent from my BlackBerry®

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Azmin Ali <b>di Batang Kali</b>: syabas tidak <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 07:52 PM PDT

ANWAR IBRAHIM <b>DI BATANG KALI</b> - CERAMAH JELAJAH <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 09:23 AM PDT


P/S: RAKYAT SEMAKIN FAHAM MENGAPA UMNO BEGITU SIBUK INGINKAN KEPADA KUASA....MEREKA TAKUT DIDAKWA DAN USAHA MEREKA UNTUK MENGKAYAKAN KRONI TERBENGKALAI

PAKDOE ALLAN

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Masalah Kilang Haram <b>Sungai Buloh</b> Selesai Akhir Tahun

Posted: 19 Oct 2012 11:46 PM PDT

SHAH ALAM, 19 OKT : Pengusaha kilang haram di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini diberi sehingga akhir Disember ini bagi mendaftarkan kilang mereka secara sah dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala perbincangan akan diadakan dengan tuan tanah tapak kilang-kilang tersebut bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian ke industri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, proses pemutihan kilang haram boleh menyebabkan perniagaan bertambah maju dan berkembang pesat di situ.

Menurutnya, pertukaran status tanah dari pertanian kepada industri juga menaikkan nilai tanah dan memberi pulangan yang lebih kepada penduduk yang menyewakan tanah mereka kepada pengilang.

"Kita perlu betulkan sistem yang ada supaya perniagaan dijalankan mengikut cara yang betul.

"Kalau kita tidak betulkan banyak akan menjadi masalah. Perniagaan tidak boleh dijalankan secara efisyen begitu juga sistem pengangkutan termasuk segala aktiviti berkaitan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog Bersama Pengusaha Kilang Seksyen U4 dan U19 Kampung Baru Sungai Buloh di Dewan Bankuet MBSA semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkifli Ahmad.

Abdul Khalid berkata kelonggaran pembayaran cukai akan diberikan kepada penduduk yang premium tanahnya meningkat apabila statusnya ditukar daripada pertanian kepada industri.

Pemutihan kawasan kampung tersebut bermula pada 2006 dan berakhir pada 31 Disember ini.

Mohd Jaafar berkata, MBSA akan mengadakan perbincangan dengan penduduk dan pengusaha kilang bermula November ini bagi penyelesaian perkara itu.

Kebanyakan pengusaha kilang yang menjalankan perniagaan di situ adalah penyewa kepada pemilik tanah iaitu penduduk kampung tersebut di mana status asalnya adalah pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan berkata, penyelesaian masalah kilang haram ini sudah lama ditunggu seramai lebih 5,000 penduduk kampung berkenaan.

"Bayaran secara sewa itu memang betul. Saya rasa sistem sewa untuk mereka itu lebih bagus berbanding sewa di luar bandar iaitu luar dari kampung ini," katanya.

Manakala bagi pengusaha kilang Galaxy Decoland Sdn Bhd, Tee Wan Keong, proses pemutihan akan mengalakkan pembinaan infrastruktur di kawasan tersebut.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


&#39;Saya tiada sebab bunuh Sosilawati dan 3 rakannya&#39; | Minda Mandul

Posted: 07 Nov 2012 04:50 AM PST


SHAH ALAM – Tertuduh ketiga dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada sebab untuk dia membunuh keempat-empat individu itu pada malam 30 Ogos 2010 di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.


R.Matan, 22, juga berkata dia tidak pernah mendengar nama jutawan kosmetik itu dan tiga rakannya sepanjang bekerja di ladang tersebut dan tidak pernah diarahkan oleh mana-mana individu untuk membunuh mereka.


Menjawab soalan peguamnya Amer Hamzah Arshad ketika pemeriksaan utama, tertuduh berkata dia hanya mengetahui nama dan wajah keempat-empat individu itu selepas dia ditangkap serta disoal siasat oleh pihak polis.


"Pernah atau tidak N.Pathmanabhan (tertuduh pertama) dan R.Kathavarayan (tertuduh keempat) sebut nama mereka pada kamu," soal Amer Hamzah dan Matan menjawab tidak.


"Pernah atau tidak kamu lihat dua kenderaan jenis BMW memasuki ladang pada 30 Ogos 2010," soal Amer Hamzah dan tertuduh menjawab tidak.


"Pada malam 30 Ogos 2010, ada kamu atau mana-mana individu yang berada di ladang membuat sebarang pembakaran api besar," soal Amer Hamzah dan Matan menjawab tidak.


"Pada malam 30 Ogos 2010 ada kamu melupuskan apa-apa mayat dengan cara pembakaran dan ada atau tidak kamu dengar jeritan wanita," soal Amer Hamzah dan tertuduh menjawab tidak.


"Saya bersembang dengan Thilaiyalagan di pondok kemudian tunggu sehingga Ravi (Kathavarayan) dan K.Sarawanan (saksi ke-29 pendakwaan) datang untuk makan dan sambut kemerdekaan," kata tertuduh semasa menjawab soalan Amer Hamzah mengenai apa yang dilakukannya sepanjang waktu berada di pondok rehat bersama T.Thilaiyalagan (tertuduh kedua) pada malam 30 Ogos 2010 sehingga tengah malam.


Matan, bekas peguam Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, dan  Kathavarayan, 32, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


 Kepada soalan Amer Hamzah, Matan berkata dia tidak berhubung dengan Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan melalui talian telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 30 Ogos 2010.


"Pada malam itu (30 Ogos) kira-kira pukul 8.30 malam hingga 9 malam dengan siapa kamu berhubung melalui SMS," soal Amer Hamzah.


"Saya berhubung dengan teman wanita saya," jawab Matan.


"Dari pagi 30 Ogos 2010 sehingga malam tarikh sama, selain teman wanita kamu, ada kamu hubungi mana-mana individu lain," soal Amer Hamzah.


"Ya saya hubungi Sarawanan kerana dia janji nak datang ke sambutan kemerdekaan (di ladang). Saya hubungi dia untuk tanya dia sudah bergerak ke sini atau tidak," jawab tertuduh.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.- Bernama

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


7 <b>Sungai</b> Terpanjang <b>di</b> Indonesia - blog fadil

Posted: 08 Nov 2012 01:15 AM PST

[unable to retrieve full-text content]7 Sungai Bengawan Solo Sungai Bengawan Solo merupakan sungai terpanjang yg ada di Pulau Jawa (namun bukan terpanjang di Indonesia ya gan). Panjang sungai ini mencapai 548 km. Hulu sungai ini berada di daerah ...

12 di ulu yam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu yam - Google Blog Search


Berita Keselamatan & PDRM: Kilang Tembaga Dirompak <b>di Ulu Yam</b>

Posted: 12 Oct 2012 02:00 PM PDT


GOMBAK: Seorang pengawal keselamatan cedera di tangan ketika bergelut dengan lapan lelaki bersenjata parang yang menceroboh sebuah kilang di Ulu Yam sebelum melarikan 13 kotak berisi tembaga bernilai RM500,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengawal berusia 62 tahun yang cedera di tangan itu berada dalam pondok pengawal bersama rakan sekerjanya berusia 51 sebelum didatangi lapan lelaki bersenjatakan pedang dan parang.


"Suspek mengikat tangan dan kaki kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan sebelum mengurung mereka dalam stor," katanya.
Menurut sumber, ketika dikurung mangsa sempat melihat sebuah lori masuk ke dalam kawasan kilang dan memunggah barangan samun ke dalam lori. "Mereka berdua dikurung hampir dua jam dalam stor sebelum berjaya melepaskan diri selepas yakin kumpulan itu sudah beredar dan menghubungi majikan memaklumkan kejadian itu," katanya.


Mangsa yang cedera dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan dan majikan mereka membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


SAYA PENGEDAR SHAKLEE <b>DI</b> KLANG / <b>SEKINCHAN</b> SELANGOR

Posted: 24 Oct 2012 04:57 AM PDT

YES..! saya adalah pengedar SAH shaklee di KLANG / SEKINCHAN.. ( tapi xterhad sampai cini.. sebab hampir 90% customer saya adalah dari alam maya, n of cox la dari merata negeri.. negara lain pon ade tau... yang mana penghantaran barang-barang tersebut adalah melalui poslaju/gdex ke seluruh malaysia / luar negara...)
Blog inilah tempat saya berkongsi ilmu tentang kesihatan, pemakanan dan kecantikan.Bagi pengunjung setia Fair, terima kasih ye.. (^_ ~) silelah menjengah selalu..moga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk kita semua. dan of course, bagi anda yang ingin bertanya, berkenalan (mcm agen cari jodoh plak hihi), nk order, jgn malu2 ok, contact je.. atau pun nak torai-torai berbisnes a.k.a mencari side income.. dengan syarat.. bersungguh-sungguh ye.. :) sebab ini adalah duit awak.. tapi saya nak jugak awak rasa puas hati ngan apa yang kite buat bersama.. sebab tu bersungguh-sungguh itu penting..!!!
Anda boleh emel/ sms saya utk membuat pesanan. 
SETIAP BULAN ada SALE / PROMOSI BERLAINAN tau.. nak tahu ape sale / promosi yang sedang berlangsung dengan HOTnye??? cepat2 PM me ye... (^_~) oh yee.. selalu nye saya akan pos barang ni semua kol 12pm cox itu lah waktu rehat ku.. n kat PEJABAT POST BANDAR BOTANIC.. KEPADA SESIAPA JUA yang nak COD area berdekatan BOLEH J.. no problemm!! tapi make sure inform awal n lau boleh tunggu xp.. hehehhe.. TAKUT XD STOK.. SUSAHH TAUU..
yang nak COD area SEKINCHAN & YANG BERDEKATAN.. pon gi tu juga tau... GTAU AWAL.. cox my sweet home kat sekinchan.. selalu la jugak balik kampungg.. heheheh...
Apa yang anda perlu tahu,selagi anda membeli dari saya. InsyaAllah saya akan berikan panduan cara makan dan konsultasi percuma berterusan... saya sangat berpuas if u ol berpuas hati.. so.. same2 win2 la.. nak call / sms.. sila jgn jangan segan silu.. wink2.. (^_^)

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


Taiping Mali: Nazri Din bawa isu pasir sungai <b>di Ijok</b> pula......dahhh

Posted: 19 Sep 2012 11:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Nazri Din bawa isu pasir sungai di Ijok pula......dahhh ... Baru-baru ini heboh di media PKR Gua Musang Kelantan kononnya sekarang wujud satu gerakan bernama ABCD yang bermaksud Asalkan Bukan Cap Dac.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


MBPJ :Kesesakan lalu lintas <b>di</b> sekitar <b>Petaling Jaya</b> akan diatasi <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 09:35 PM PDT

PETALING JAYA 27 SEPT : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan RM5 juta bagi mengubahsuai dan membina semula beberapa laluan jalan raya di bandaraya Petaling Jaya bagi melancarkan kesesakan lalu lintas yang berlaku.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata antara laluan terlibat adalah Jalan Utara, Jalan Barat, Jalan Timur dan Jalan Sultan.

"Kita sedang dalam perancangan untuk mengsehalakan semua laluan ini untuk memudahkan lagi perjalanan. Ia akan lebih melancarkan perjalanan trafik di bandaraya ini.

"Untuk tujuan itu satu dialog akan diadakan dengan perunding dan pihak berkepentingan bagi mencapai kata putus," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MBPJ di sini semalam.

Majlis dialog tersebut dijangka dilangsungkan di Dewan Sivik MBPJ pada 18 Oktober depan.

Mohamad Roslan berkata, dialog itu diadakan kerana terdapat pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dalam perkara itu.

"Bila ada yang setuju dan tidak bersetuju, kita buat dialog dan pihak perunding dilantik MBPJ akan memberikan penerangan kepada mereka ini.

"Dari laporan perunding projek ini akan menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan semua. Ini sesuatu yang baru bagi kita di bandaraya ini," katanya.

Menurutnya, MBPJ merancang laluan sehala kerana semakin lama keadaan jalan raya di Petaling Jaya mengalami kesesakan yang teruk berikutan pertambahan bilangan kenderaan.

Bagi pembinaan laluan pejalan kaki di Jalan Semangat pula, beliau berkata MBPJ akan mengkaji perkara itu kerana sebelum ini projeknya tidak mendapat kelulusan.

"Kita akan kaji balik mengikut keperluan dan ini termasuk yang lain seperti di Jalan Harapan dan sebagainya," ujarnya.

- Selangorku

 

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Prevé R3 <b>di Sepang</b>

Posted: 19 Oct 2012 03:18 AM PDT

Prevé R3 di Sepang ! Hari tu masa ipaq aku ajak pi aku tak mau, bukannya duduk kat grandstand atau K1 atau C2/3. Tapi duduk kat Pit Stop...ada aircond, makan free....Alih-alih bila aku tengok ada gambar Prevé R3 ni kat laman2 web, rasa menyesal la pulak...ha3x!!! padan muka hang......

Aku tak tau la nak kata cun atau idaknya keta nih, tapi bagi peminat Proton Prevé R3, aku rasa kira okey la kot. Nampak garang, tapi still masih ada kureng lagi sikit. Bak kata orang tua, kurang umphhh laa.

Satu lagi yang aku rasa kureng ialah design kaler dia...kalau bagi kaler yang lebih garang baru la nampak ngam sikit. Prevé R3, ni depa buat show masa geng2 universiti buat race kereta eletrik kat Sepang. 
Aku memang malas nak pergi, rasanya sekarang dah kurang sikit kot dengan race2 nih...kecuali motogp jek.


Btw, layan je la gambar2 yang ada nih. Nak citer lebih2 pun aku bukan pakar dalam bidang motorsport nih. Tapi aku nak tengok juga Prevé R3 ni masuk race satu hari nanti.

Rasanya bukan aku je yang nak tengok, orang lain pun nak tengok juga kemampuan Prevé R3 dalam kelasnya nanti. Harap2 memberangsangkan laa....



12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Kita hidup 2x...: Kisah <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:48 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam ini istimewa. Teman UiTM saya akan menyahut seruan Allah untuk menunaikan rukun Islam ke 5. Menjadi tetamu Allah di usia belum mencecah 30 tahun adalah satu nikmat yang tidak terhingga daripada Allah. Saya cemburu. Usianya muda. Tapi telah dijemput Allah untuk bertamu di rumahNya. Di usia muda itu teman saya mengenali siapa Tuhannya. Tidak seperti saya. Sewaktu saya di usianya, saya masih sibuk dengan urusan lagha dunia. Saya cemburu. Cemburu itu bukan kerana gelaran haji yang bakal diperolehi. Cemburu itu kerana keistimewaan dan tinggi darjat yang Allah berikan pada teman saya itu. Dia seorang yang ringan tulang. Dia suka memudahkan orang lain. Dia menjaga solat. Dia jaga hukum Allah. InsyaAllah, saya yakin Allah akan memudahkan perjalanannya di sana.


Sewaktu sampai di Kelana Jaya, hati saya mulai sebak. Syahdu. Saya merasai Mekah di situ. Saya merasai Madinah di situ. Alunan talbiah cukup menggetarkan jiwa. LabbaikaAllahummalabbaik..saya menangis lagi!
Tahun 2011. Sebulan sebelum berangkat ke tanah suci, saya dan suami berkursus di Kelana Jaya. Kursus 'Smart Solat' anjuran majikan suami saya. Kami diajar tentang solat, tentang kesalahan2 yang lazim dilakukan sewaktu solat, bacaan solat dan sebagainya. Hati saya 'dibersihkan' di sini. Di Kelana Jaya ini. Kursus selama 2 hari itu cukup membuatkan saya insaf betapa saya telah banyak lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Malah, melakukan apa yang dilarang Allah.Astaghfirullahalazim..

Di Kelana Jaya ini, kami berqiamulail. Bermula dengan solat taubat, zikir yang dialun oleh imam sangat menyentuh perasaan dan mengingatkan saya tentang dosa2 yang saya lakukan. Selepas taubat, kami solat hajat supaya perjalanan umrah kami dipermudah Allah. Kemudian kami bertahajud. Telekung saya lencun di waktu ini. Basah sebasah basahnya. Hati saya sedikit demi sedikit sedang 'dicuci' oleh zikrullah dan solat2 sunat itu. Ya Allah, sungguh saya sangat bersyukur dengan nikmat kursus 'Smart Solat' yang Allah beri pada saya dan suami. Di situlah saya mula belajar memperbetulkan solat dan bacaan solat saya.
Kali ini saya datang lagi. Peristiwa qiamulail itu menerjah fikiran. Saya rindu untuk menangis bersungguh2 seperti itu. Menangis yang benar2 kerana Allah. Menangis yang benar2 menyesali segala perbuatan salah yang dilakukan kepada Allah.

Semoga Kelana Jaya akan menjadi saksi untuk kepergian saya sebagai jemaah haji satu hari nanti.Dan semoga saya akan menangis seperti itu lagi untuk Allah. InsyaAllah...
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved